Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, May 31, 2010

Share a piece of my heart

Cuti dh nak habis dah.
^_^

I'm planning of something wif my schoolmates.
Well..it looks like saya yang over. Yalah..
I find the crowd.. I find the place..
Others biasa je.
Rasa malas pun ada. Tapi sebab fikirkan mungkin lepas ni dh x jumpa mereka semua,
tu yang kena teruskan juga. ^_^

Bila lagi kan?
Balik Ipoh pun saya diamkan dari mereka semua.
Ntahlah.. masih tidak yakin untuk berdepan dengan mereka semua.
May this is not the last time I meet them.
I will make the atmosphere little bit happening.
Maybe this is the time I make others happy.

Ok..
Sit down and listen to me.
Dont say a word!

Beberapa hari yang lepas, abah ibu argue. Dan argue tersebut really shock me.
Yup.. Rasanya seperti akan ada pergaduhan yang besar. Mungkin sebab mereka berdua lahir pada bulan yang sama? Ada sahaja yang mahu di argue kan?

Tapi serius ar.. argue tersebut buatkan saya teringat prank yang dikenakan pada Ecah. That was the first time I saw my parents argue like that. Scare me a bit. Yelah..api sama api kan..
Sebab apa argue..biarlah rahsia.

Namun, alhamdulillah, dalam rumah tangga, pasti ada yang perlu bertolak ansur.
Allah sinarkan juga ketenangan dalam ketegangan yang berlaku. Syukur.
^_^

Dan pagi tadi, tengah sarapan, abah sembang tentang arwah mak.
How she survive in the community.
Bagaimana arwah menjadi cikgu yang disegani.
Really touch my heart.
Arwah seorang guru sekolah rendah.
Bagaimana arwah tekankan prinsip mengajarnya.. iaitu..
"Ajar anak murid seperti ajar anak sendiri"

Bagaimana abah cerita pergaulan arwah dengan kawan2 yang menyebabkan dia sentiasa disenangi oleh mereka semua. I feel like I want to cry that time. Tapi tengok wajah abah bersungguh bercerita, wajah ibu yang juga mendengar. Saya biarkan tangisan itu dalam hati sahaja.

I want to share one picture.
Satu-satunya gambar yang bila kami sekeluarga@sanak sedara tengok, kami pasti tersenyum sebagaimana insan itu tersenyum. Tapi makin lama tengok, air mata yang mengalir. Maaf, over lak...tapi itulah yang saya rasakan sekarang. Saat ini, saat saya menaip entry ini. Saat saya mahu kongsikan pada semua.


Gambar ni diambil time along kahwin. Bila sedara cakap, pengantin lama naik pelamin, arwah senyum lebar, macam dalam gambar tu. Inilah satu-satunya gambar yang saya sangat suka. Arwah x sempat nak tengok cucu pertama dia, namun dia pasti gembira bila tahu dia sudah ada 2 orang cucu, plus satu dalam perut..[nk masuk 3 dh]

Yang kelakarnya abah lah. Orang tema ungu, abah gi bantai pakai baju biru. Apakah?
Lawak tul abah ni!

I wish I can be tough just like her. No one can replace her, but I thank Allah for what He gave me until now. This is just a sharing moment. I just want to share only. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang bertaqwa.

p/s : erm... group dah tercipta.. moga itu langkah terbaik untuk kita semua. Namun, bila bersama kalian, ak kian teringat hal itu. Sampai satu tahap tu nak je jumpe korang tanye.. kenapa buat dia begitu? Apa salah dia? Bukan sebab ak suka dia, tapi sebabnya, kerna dia, aku hentikan langkah ak. Cukuplah ak tahu keadaan dia bagaimana meskipun x jumpe dia. Kenapa perlu begitu sekali korang buat kt dia? Until now, it really hurts me.. 5 years... i kept this feeling.. adakah penjelasan untuk semua itu? Andai ada.. sila kemukakan....
please.. take good care of him...

Saturday, May 29, 2010

FB@MillatFB


Everyone knows that what is Facebook. But what is Millatfacebook?
Erm...

Terbaca paper pagi tadi.
Sekumpulan pelajar IT Pakistan telah menubuhkan satu laman web sosial baru untuk rakyat Pakistan. Kenapa? Menurut berita tu, rakyat Pakistan tidak menggunakan laman web terkenal itu [facebook] kerna telah menimbulkan kontroversi tentang karikatur Nabi Muhammad SAW. Yang mana ini bukan sahaja menaikkan kemarahan rakyat Pakistan, tetapi umat Islam khususnya.

Setakat ni meskipun tidak mencapai tahap ahli yang sehebat Facebook, namun dekat beribu juga ahli laman web yang baru ditubuhkan ini. Bagus! Oleh kerna masih baru, ada certain applications dalam pembikinan dan pembaharuan namun mereka mahu menampilkan yang seiras seperti Facebook yang kita sedia guna kini. Katanya lagi, kalau boleh biar lingkup mereka yang menubuhkan facebook ini. Sebabnya sensitiviti umat Islam telah dibangkitkan.

Berkaitan facebook ini juga, selalu kita dengar, "Ini adalah propaganda untuk memusnahkan umat Islam."
"Mereka mengkaji kita melalui ini laman web sosial. Boikot!"

Sejauh mana mampu kita pertahankan prinsip kita? Memboikot?
Maaf, ini pandangan saya. Saya tak mampu untuk berterus-terang@face-to-face, oleh itu ini medan untuk saya berbicara.

Pernah saya baca artikel Facebook di majalah SOLUSI dan ternyata ia membuka sedikit mata saya. Benar, mungkin ini adalah cara 'mereka' mahu merosakkan kita. Mereka mahu mengkaji kita dengan melihat prestasi kita di facebook. Apa yang kita lakukan, kita upload apa2 ke, kita komen ke kat facebook itu. Dan apa sahaja yang kita ujarkan di facebook sama sekali tidak dapat dipadam, mereka menyimpan semuanya dalam rekod. Ini apa yang saya baca.

Kata ustaz tu lagi, andai kita ragu2@was2@tak yakin dengan leman web ini, malah andai kita tahu banyak kerosakkan dari kebaikan yang akan kita dapat dengan menyertai facebook ini, ada baiknya kita tinggalkan. Jangan SESEKALI mendaftar. Itu lebih selamat. Biar kita dikatakan ketinggalan zaman, tapi kita tahu apa yang kita lakukan.

Jujurnya juga, saya sadis melihat ada kawan2 di facebook telah menyalah gunakan medan tersebut. Ternyatanya untuk keseronokan..mungkin.. owh.. kita tidak tahu apa yang mereka fikirkan, namun apa yang dapat dilihat dengan kaca mata sendiri, itu yang dapat ditafsirkan. Dan ini juga merujuk pada saya. Saya juga pernah rasakan begitu. Facebook is for fun, finding your friends and new friends. Ini apa yang saya rasakan tentang facebook.

Namun, tidak salah andai kita gunakan facebook itu sebagai medan kita berdakwah. Seperti ada segelintir sahabat yang saya kenali, mereka bicara hanya bicara nasihat@teguran. Ada hadis, ada rujukan al-Quran, kata2 ulama, yang menyedarkan kita dan sentiasa mengingatkan kita.
Apa perkara ini tidak enakkah untuk dilakukan? Apa perkara ini tidak baguskah untuk dipraktikkan?

Oleh itu apa sahaja yang dilakukan, itu semuanya berdasarkan pada niat di hati.
"Aku mahu buat inilah!"
"Ini tempat aku nak sembang2! Apa kamu peduli. Dunia aku. Wall aku"
"Jom kita tubuhkan group ni. Mana tahu ada manfaatnya"

Semuanya adalah NIAT. Kerna dari niatlah terlaksananya sesuatu perkara itu.
Ye..kita sedang diperhati. Dua tahun yang lepas, saya diberitahu hal yang sama. Kita sedang diperhati. Lantas, dalam pemerhatian itu kita tidak petah untuk bicara? Kita tidak mampu untuk melakukannya ikut cara kita? Perlu jugakah kita berada dalam jemaah baru boleh terlaksana?

Owh... tidak2..
Even kita dalam jemaah sekalipun, kita masih boleh lakukannya sendiri.
Jemaah itu adalah bonus untuk kita.
Umpamanya BLOG, WEBPAGE..etc...
Semuanya adalah tindakan kita sendiri bukan?
Lantas, biar kita diperhati sekalipun, beradalah di landasan yang sebetulnya.
Jangan semakin diperhati, semakin meliar.

Saya kagum dengan tindakan rakyat Pakistan itu. Ada tindakan. Dari bercakap@komen kosong.
Harapnya apa yang mereka sedang usahakan memberikan manfaat dan still mengikut tujuan utama mereka mencipta laman web sosial tersebut. Juga, doakanlah agar hati2 kita [umat Islam] khususnya bersatu supaya kita tak mudah dilenturkan oleh mereka.

Begitu banyak hal yang berlaku di sekeliling kita.
Apatah lagi yang melibatkan umat Islam.
Meskipun sukar untuk bicara, namun biarlah ada usaha dari tiada.

Ini pendapat peribadi. Saya tertarik dengan apa yang sedang mereka usahakan.
Jujurnya juga, saya pengguna facebook yang boleh dikatakan aktif.
Semuanya bergantung pada niat kalian.
Kita juga boleh gunakan laman web sosial ini untuk menyatukan umat Islam seantero dunia.
Mampukah? InsyaAllah kita mampu.

Allah telah janjikan kemenangan buat kita. Usaha..perlaksanaan semuanya terletak pada diri kita..andai kita masih aware about it.

Oleh itu..
jagalah diri kalian
dan jagalah hati kalian.

Thursday, May 27, 2010

Miss Lonely

Miss Lonely nk update blog kejap.

Yup...little bit lonely, but will get used to it.

Kak Lang dah balik Kapar petang tadi.
Ilah lak xde. So, saya keseorangan.
Duduk di rumah sorang2 kekadang tu terasa sunyi lebih2 lagi time malam.
Hanya TV dan radio menjadi peneman diri ni.
Dan nasib baik Kak Lang tinggalkan broadband die,
kalau tak, lagi keboringan lah jawabnya.

Tapi sekarang, berada di rumah ibu [525].
Ibu dan abah risau agaknya saya sorang2 kat rumah 526 tu,
so, I ended up by sleeping in this room.
The best thing is that, bilik ni ada aircond!! hehehe..
tapi yang boringnya, I cant go out, susah sikit nak tengok TV,
Kalau kat rumah 526, tu bagaikan rumah saya. I can do anything,
sebabnya ibu dan abah tido kat rumah 525.

Dan ini juga latihan buat saya.
Mana tak nye..
pagi2 kena pastikan rumah bersih.
Cek untuk buang sampah ke tidak hari tu.
Then sidai kain, kemas rumah [esok kene operasikan rumah tu sorang2],
Petang sikit cam biasa sembang dengan pokok2 kat luar sambil mandikan mereka semua.
Itulah rutin saya setiap hari.

Kekadang tu rasa best tau buat kerja rumah.
Bila tension sikit, mulalah tangan saya nak mengemas.
So, alhamdulillah, almari saya telah berjaya saya kemaskan.
Teringat lak zaman muda2 lu time punggah sume barang keluar.
So sweet~~~~ ^_^

Erm...
Arqam?

Apa pula tu?
Dah lama saya nak mengkaji tentang kumpulan tu.
Kumpulan Arqam.

Bukannya saya nak masuk ke apa, tapi sebabnya adik abah saya merupakan ahli kumpulan tersebut. Dan saya baru ketahui satu sejarah baru, semua adik beradik abah merupakan ahli Arqam except abah. Then semua keluar, tinggal sorang je, sebabnya suami dia orang kuat Arqam.

Sungai Penchala!
Kawasan kecil yang semua penduduknya merupakan ahli Arqam.
Adik abah tinggal situ lah. Hari tu pas hantar Ilah, kami singgah sekejap.
Kasihan saya tengok cara kehidupan mereka. Daif.

Bayangkan, satu rumah tu sampai 4 family tinggal.
Kena bahagikan lagi bahagian rumah.
Atas ni famili A, kat dapur tu famili B dan sebagainya.

Kalau rumah tu sebesar rumah PM ke saya tak le kisah mana,
Ni rumah kampung biasa. Ya Allah.
Mereka kelihatan bahagia, tapi kita yang susah hati lihat mereka begitu.

Cuma satu sahaja yang bagusnya,
mereka didik anak2 mereka untuk bekerja.
Means selain daripada belajar, mereka di-train untuk melakukan kerja2 teknikal.
Wat catering, buka restoran, repair, dan sebagainya.
In case mereka berpecah ke, ape ke, kemahiran yang mereka miliki membolehkan mereka hidup sendiri nanti.
Tapi....satu yang menyedihkan, mereka tidak mementingkan ilmu pengetahuan.
Dan jodoh telah ditetapkan sendiri oleh mak bapak mereka.
Mestilah berkahwin sesama mereka juga.
Sosial mereka adalah orang2 mereka sahaja.
Itulah kehidupan mereka.
Itu apa yang saya dapat lihat dengan mata saya sendiri.

Semoga adik abah tu sedar dan jangan terlalu taksub dengan kumpulan tersebut even mereka dah lama dalam kumpulan Arqam tu.

Isteri arwah Ashaari [x tau ar eja betul ke tak], Khadijah Aam telah menimbulkan kontroversi yang amat besar sekali. Mengatakan arwah suaminya lebih hebat daripada Tuhan? Bukankah itu jelas menunjukkan kerosakan akidah? Sampai bila mereka mahu terus butakan mata, pekakkan telinga dengan semua ni? Dan masih mahu taat pada ajaran tok guru mereka?

Taat pada suami akan diberikan payung emas. Membenarkan suami berpoligami, payung emas akan diberikan sebagai ganjaran pada isteri yang telah berkorban kasih untuk madu dan suaminya. Payung emas apakah itu? Taat pada suami tanpa memikirkan baik buruknya? Sehingga menyebabkan diri kita sendiri tidak terurus? Anak-anak? Nauzubillah..

Inilah yang hampir berlaku pada adik abah. Suaminya mahu kahwin satu lagi. Andai dia diberi keizinan untuk berkahwin, insyaAllah dia akan diberi ganjaran payung emas di sana nanti.
Abah memang tak setuju langsung! Mampukah dia memberikan nafkah zahir? Mampukah dia berlaku adil? Lihat keadaan kamu macam mana. Kamu hidup bagaimana? Bolehkah dia menyara satu lagi?

Inilah yang saya risaukan pada sedara saya tu.
Dan ini juga buatkan saya risau dengan kehidupan saya.
Semoga Allah perkuatkan akidah saya, dan mereka yang saya kasihi.

Dan saya masih berminat untuk mengkaji kumpulan tersebut sebenarnya.
Global Ikhwan....
Saya akan teruskan apa yang telah saya mulakan.
Walaupun kekadang tu takut pun ada, tetapi mereka adalah sedara saya.

Sama-samalah kita berdoa agar akidah kita semua terpelihara.
Tiada tuhan selain Allah.

" Jaga diri, jaga hati"

Wednesday, May 26, 2010

Kak Lang dan Abang Lang

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Kak Lang [25.5.2010]
Semoga Kak Lang sentiasa ceria, tabah menghadapi hidup, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur hendaknya.

Maaf tak ada hadiah nak bagi kat kak lang. Hanya ucapan sahaja yang mampu diberikan.
^_^

Dan juga Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Abang Lang [27.5.2010]
Advance sedikit.
Semoga Abang Lang ceria, kuat dan tabah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNya.
Semoga rumahtangga Abang Lang dan Kak Lang sentiasa diserikan dengan mawaddah serta rahmatNya.
Maaf juga x dapat nak berikan hadiah..hehe..

Semalam, Kak Lang belanja makan PIZZA HUT!
Alhamdulillah! Akhirnya hajat nk makan tercapai juga.

Kami order Fish King Pizza, yang baru tu.
Dan sangat sedap!
hehehe..
Mekasih kak lang belanjan.. ^_^


~Mango Lussi~
Best!


~Kek birthday Kak Lang. Simple tapi sedap~

Dan yang ini untuk Nurul Hazwanie..hehehe
Sebab dia sangat suka sama Jung Min.



Sahabat semua,
jaga diri kalian,
jaga jugalah hati kalian kerna itu harta yang tidak ternilai diberikan pada kita.

Tuesday, May 25, 2010

Off to KL

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Syukur ke hadratNya kerna masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar, mencelikkan mata untuk menempuh dunia yang lebih mencabar serta menyempurnakan tanggungjawab sebagai khalifahNya di muka bumi ini, dengan izinNya juga.

Alhamdulillah
Sudah selamat menghantar adikku yang sorang ni ke UM Ahad yang lepas.
Semoga dia sekarang baik-baik aja. Rumah sudah mula sunyi.
Ketiadaannya mulai terasa saat saya menjejakkan kaki ke rumah.

Kat sini, mahu mengucapkan ribuan terima kasih buat Haffis a.k.a Apiz dan Mai.
Yang Apiz tima kasih sebab sudi spend kan masa datang rumah sehari sebelum kami bertolak ke KL, semata-mata mahu berkongsi pengalaman semasa dia di UM [PASUM]. Sejam jugalah Apiz meluahkan perasaannya dan berkongsi rasa dengan adik saya.

Cara belajar, lecturers, setiap subjek macam mana pembawakannya dan bermacam lagi.
Dengan notes yang Apiz dan Mai berikan pada adik saya, buatkan saya rasa amat terharu.
Allah permudahkan urusan adik saya. X perlu susah2 cari senior kt sana.
Banyak betul notes yang depa duk bagi adik saya.
Mekasih sekali lagi.

Paling saya terharu, even ada dua budak SMKJ yang dapat, Apiz ternyata lebih care kan adik saya. Terima kasih Apiz. Tolong tengok-tengokkan dia ya. ^_^

Well, saya tak sangka saya telah menjejakkan kaki saya ke UM, dan ke PASUM[ Pusat Asasi Sains Universiti Malaya], yang mana telah mengubah hidup salah satu kawan saya sewaktu sekolah menengah. Harapan di hati even terlalu tipis, mahu bertemu dengan dia di sana. Tapi saya yakin yang saya tak akan ketemu dengannya. Dan kerna dia jugalah, saya masih begini.

Abah pula seronok juga tengok Ilah dapat UM even saya tahu abah risaukan dia. Kata abah dah hampir 30 tahun sejak dia last jejakkan kaki ke UM time dia belajar dulu.

Tak sampai setengah jam meninggalkan adik seorang, abah dah suruh ibu tepon Ilah tanya dia macam mana. Ibu juga turut sama risaukan Ilah. Yalah, Ilah mana pernah pergi asrama. Mahu tak mahu dia perlu belajar hidup sendiri. Even saya juga risaukan dia. Sebab dia tu lain sikit. InsyaAllah dia boleh!

3 hari off ke KL memang best bagi saya. Saya jumpa banyak benda baru..lebih2 lagi bab makan.
Restoran yang best, minum guna cawan yang saya tak pernah gune sebelum ni. Maklumlah kedai kuning kan cawan biasa je. So, lebih banyak gambar yang akan menjadi penyambung cerita saya ni.



~Pak cik tu sempoi kan? Anak dia yang kai baju hitam kat belakang tu.~

~Yang kai baju itam tu adalah lelaki kat atas tadi[anak pak cik tu]. Kat sebelah dia tu adalah abah saya..hehehehe.. inilah kerja saya tatkala saya sudah bosan!~

~Cawan yang sungguh unik! Sedap pun sedap! hehehe~
~Suppose ada satu gi cawan. Tapi saya dah delete la plak.~

Saya sangat jakun sebenarnya. Terasa macam saya ni baru nak kenal dunia, padahal cawan je kot.

~Dangau Rumbia~
Restoran yang sangat klasik. Kalau kat Melaka restoran ni ada cam Tomyam Klasik tu.
Tapi Dangau Rumbia ni makanan dia murah sedikit berbanding kat Melaka tu.
Dan yang PALING BEST kat situ adalah....

~TADAAAA!!! SATAY! hehehehee.... Satay daging dia memang sedap!!! Saya sangat suka!~

Cakap sal makan ni, ada satu lagi restoran yang saya tak sempat nak pergi, iaitu...
RESTORAN CINA MUSLIM
Menu UTAMA dia adalah NASI ITIK!

Saya nak sangat ke sana, dan bukannya hanya sebab nak merasa nasi itik,
malah turut mahu menitipkan silaturrahim. hehehe..
Restoran Cina Muslim... ^_^

Oleh sebab niat saya dah lain, Allah terus batalkan plan kami untuk ke sana.
Allah mahu saya betulkan niat saya dahulu.
Isk3... nakal sungguh cik nurafaz ni.

Itulah dia serba sikit perkongsian perjalanan saya ke KL.
Tak banyak nak story pun.
Nak story sal UM pun saya tak tahu sangat.
So.. saya hanya pakar cite sal makan je.
Leh ar join JALAN-JALAN CARI MAKAN pas ni.
^_^


Sebelum saya akhiri entry ni,
seperti biasa
jaga diri
jaga hati
ketemu lagi kita ya..


Wednesday, May 19, 2010

Ipoh Parade


Hari ni menghabiskan waktu dengan adik kat Ipoh Parade! Giler lama tak pergi. Kalau dulu, waktu sekolah, pergi bila ada gathering. Nak shopping ke. Skrg ni sebabnya ongkos pun nggak ada, nk shopping pun x leh. Temankan adik pun jadilah.

Ipoh Parade, antara shopping complex terbest selain Jusco. Kalau depan sikit akan jumpa lak Greentown Mall(GM), third best untuk shopping baju+tudung dan juga nak beli telefon bimbit. Gudang yang paling best adalah GM.

Andai nak jalan-jalan tengok wayang ke, main bowling ke, Ipoh Parade dan juga Jusco adalah pilihan di hati. Kalau rasa nak g Tesco tu [kalau nak lah].. leh pilih dua,
sama ada Tesco Extra tak pun Tesco biasa. Jaraknya dengan Jusco amatlah dekat.

Nak cerita sal shopping complex je ke?
Xde la..
Saja nak story tempat yang selalu saya pergi dengan kawan2, tak pun sorang2, di kala poket dan beg dompet ada wang. Kalau tengah tak de, sah2 saya hanya akan duduk kat luar je.

Compare to Jusco, kalau nak beli gift, Ipoh Parade x bape best ar. Kalau nak beli kasut ke, ye kat sini dunia kasut, dan juga dunia entertainment. [rosak anak2 muda kan]
So, choice yang ada memang tak banyak dan juga harganya sedikit mahal. &_&

~Next Arena Hip Hop~
Tempat ni baru je dibangunkan. Very near to cafeteria.
Apa jek yang ada?
Owh.. inilah dunia orang Cina.
Pelbagai feksyen baju terdapat kat sini.
Kalaulah saya bawa kawan2 Cina datang sini, mesti best kan!
hohohoho..
Kat sini, saya tak gemar sangat pun sebabnya tak banyak leh beli..
setakat cuci mata je leh wat.


Kedai ni adalah kemestian untuk saya pergi. Anime Tech!!!!
My sis yang introduce tempat ni.Mekasih buat Ilah.
Kirenye ini adalah Heaven Anime tuk kipas-susah-mati anime.
Patung, cd, dan pelbagai macam jenis benda lagi ada.
Saya beli Kingdoms Heart saya kat sini ar!! Pergghh!! saya rindu zaman tu.
Bravo2.
Saya duk luar jek. X leh masuk. Dugaannya amat besat bg saya yang kekeringan wang ni.
So, jeling2 pun jadilah kan.

Yang ni lak kat Popular.
Saya memang suka singgah kedai buku.
MPH xde kat sini. Apa tah lagi Thai Kuang.
Yang ada hanyalah Popular.
Lepak2 kat tempat CD, jumpa lak dua CD ni.
Nasib baik saya dah ada semua benda dalam CD ni [download jek],
so jimat duit kat situ.

Tapi untuk album terbaru SS501 yang bakal launch 28 mei ni,
saya pastikan saya akan dapatkan yang original!! Yeay!!
Saya juga jumap DBSK, 2PM, 2AM,Big Bang!
hohohohhhoho..
Hajar!!!!
hehehe...

Itu dia, antara tempat2 yang selalu saya kunjung tatkala kaki saya ni melangkah ke Ipoh Parade.
Nak dapat bas pun senang.
Sebab tu duit selalu habis..hahaha [gurau2]

Pepun..
nanti saya bawa g tempat len lak ek.
Ipoh x besar mana pun..
Kalau Perak ye.. besar sikit...dari Perlis.. hehehe

p/s : hari ni asyik tido jek. Tapi x rasa apa pun.. sah... saya sudah terkena simptom demam. Mungkin perubahan cuaca kot saya terkejut sikit..cewah... kat sini sejuk owh.. selalu hujan. Kalau kat Melaka.. panas lak.. jarang giler hujan.
Erm... cepat sembuh ya! Cuti + demam adalah sesuatu yang tak best sebenarnya.

Tuesday, May 18, 2010

HYS

Alhamdulillah, selamat sampai kat rumah tercinta dalam jam 2 pagi. Laju sungguh bas tu.
Nasib baik sedar time masuk Simpang Pulai, kalau tak jadi cam sorang foreigner ni.

Tempat Kejadian : Perhentian Bikam
Jam : 12.52 tengah malam

Bas tiba-tiba lak berhenti. Ternyata pemandu mengantuk sebabnya dia pergi ke belakang kejutkan partner die, suh gantikan tempat die. Saya pula sedikit cuak, dalam fikiran, selamatkah diri ni sampai ke Ipoh?

Tiba-tiba lalu pula sorang foreigner ke muka pintu bas. Muka bangun tidur la katakan. Dia cakap-cakap dengan pemandu bas. Namun, pemandu bas tu nampak sukar untuk berbicara, nasib baik ada backup yang leh fahamkan apa yang foreigner tu bagitahu. Saya pula pada mula senyum2, sebabnya ingatkan foreigner tu mamai. Yalah, terus melulu ke muka pintu bas x tentu pasal.

"Is this KL?"

"KL?" Pemandu bas tu tanya semula.

"What time is it?"

"Almost 1 o'clock"

Terpinga-pinga foreigner tu. KL? Semua terkejut kot. Foreigner tu tak peduli langsung orang yang duk perhati die, fokus dia hanya pada pemandu bas tu je. Saya pula semakin cuak.

"We already near to Ipoh" Pemandu tu balas lek.

"Ipoh?" Nampak sangat foreigner ni x tau Ipoh tu kat ne.

Tak kisahlah, yang jadi masalahnye, dia sudah terlepas. KL dah jauh ke belakang. Ipoh lagi sejam lebih je nak sampai.

Yang pemandu bas lak cakap2 dalam bahasa diaorang [Indian], so saya tak tahu apa yang depa bicarakan, sungguh jauh saya nak tafsirkan semua tu. Tapi macam nak bergaduh pun ada, sebabnya masing-masing meninggikan suara mereka.

Akhirnya, foreigner tu minta turun kat situ jugak. Kat tengah highway, tengah malam. Hujan lak rintik-rintik. Saya kasihan tengok die. Dah lah foreigner, sesat lak tu. Kenapalah dia tak turun je kat Ipoh, at least ada tempat berteduh, leh ambil teksi ke, bas lain ke.

Ye..memang dia berhenti kat Perhentian time tu, tapi at least.... entahlah.
Kasihan sama dia, harapnya dia selamat la sampai ke tempat dia tu.
Erm.. so pas ni, hati2 yek kawan-kawan..kalau rase tido tu x ingat dunia dah, minta pesan kat orang sebelah ataupun pemandu bas itu sendiri. Mana tahu leh tolong kejutkan kita nanti.

***********************************************************************************

16 Mei 2010
Alhamdulillah apa yang telah dirancang berjalan dengan baiknya.
Terima kasih buat semua.

Cantik aturanNya.
Itulah kata-kata seorang sahabat saya time dalam kereta.
Benar!
Allah telah makbulkan doa kami.
Kita merancang, Allah menentukan.
Namun, perancangan Allah jauh lebih hebatnya dalam plan kami ini.
Terima kasih Tuhan.

Apa yang telah kami lakukan, kami telah lakukan,
walaupun pada mulanya memang cuak sungguh!
Serius.
Ecah merevealkan dirinya yang sebenar.

Tuhan je yang tahu perasaan kami semua.

"Mira, nak buat apa ni, Wani takutlah,"
Nampak ar muka cemas Wani tu. So, saya pun mematikan enjin kereta.

Jiran lak dah duk jeling-jeling. Tak boleh jadi ni.
Kami semua masuk semula dalam rumah.

Yalah,
bila api bertemu api,
apa yang akan dapat kan?

Saya sendiri tak tahu nak buat apa time tu,
sempat juga duk sengih2 sambil pandang whiteboard.
[Entah mengapa saya buat begitu. Nasib baik Wani sorang je yang nampak]

Walau apa pun,
tahniah pada semua.
Kita telah berjaya lakukannya.
Terima kasih pada watak utama dan semua watak sampingan.
Tanpa kalian, nescaya semua itu tidak akan berjaya.

Namun, jauh dalam hati saya,
mohon agar Allah tak timpakan kita semua dengan ujian begitu lagi
dalam kita bersahabat.
Owh...nehi..nehi...nehi...

I don't want to be in that situation anymore.
Let it be sweet memory in our heart yek Bunga Raya Girls!

Workey..
Setelah berjaya menikmati Coconut Shake..juga hajat menyambut dua orang member ni tercapai, hati sedikit lega!

Campur pula dapat pekena satay yang jejaka2 sekalian gigih mencari, menyebabkan hari tu memang best tuk kami semua. Mekasih ye..

MUET pun dh selesai daftar. Hope tak le dapat kat MMU.
Sekarang ni adalah masanya untuk memanfaatkan masa cuti yang ada!
Hehehe..

Killa! Apih! Pijah! T-rah! Lan! Syu! Ammar! Yana!
Jom wei!
Tournament bowling!
[hopefully dapat jumpa mereka semua!!!!!]

Ok..
cukup sampai di sini

Akhir kalam,
jaga diri,
jaga hati.

"Kau sedih, aku gembira?
Kau gembira, aku sedih???"
[lirik terbaru Aida]

p/s : [^_^]..khas tuk eXo.. Zul, maaf ek.... sal kasut tu. serius ak memang tak ingat ape2. yang ak tahu printer ko je.


Sunday, May 16, 2010

Yahio


"Belajar lagi ke?"

"Ye, nak masuk tahun kedua dah,"

Tak sangka cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar dah habis tahun pertama Degree dan tahun kedua di MMU.

Sepanjang berada di Beta level ni, banyak dugaan dan cabarannya. Sesiapa pun akan rasai semua tu. Formaliti hidup kita sebagai hambaNya.

Bile kenangkan semula, di mana fall point diri ini, sampai banyak kelas skip. Konsep die begini sebenarnya. Andai kita tak ponteng kelas, insyaAllah sampai bila-bila pun x akan ponteng. Tapi bila dh start ponteng tu, terasa nyaman sekali untuk melakukannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Itu apa yang dirasai waktu semester pertama.

Semester percubaanlah katakan. Kesilapan juga berjaya dilakukan.
Alhamdulillah semester kedua masih ada untuk melakukan perubahan.
Begitu juga dengan semester ketiga ni.

Pepun, apa yang boleh dikatakan, waktu degree ni bukannya waktu yang boleh dianggap enteng. Bukan juga waktu suka-suka gitu. Waktu ni lah sebenarnya kita perlu usaha gigih untuk masa depan kita. Semester demi semester menerima sesuatu yang baru. Kena marah dengan kak Dayah sebab xde study plan. Kerna kak Dayah la sekarang saya sudah tahu nak atur semula study plan.

Pepun, yang lepas biarkan lepas. Bukannya boleh putar balik dan betulkan semuanya. Bersedia pula untuk semester yang baru dan tahun yang baru, kerna lebih mencabar nampaknya. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan baiknya.

Pada semua lecturers dan tutors saya, terima kasih atas tunjuk ajar kalian. Tanpa kalian, entahlah, siapalah juga saya ni.Terima kasih dan halalkan ilmu yang telah diturunkan pada saya. Maafkan juga salah dan silap saya.

Pada teman2 seperjuangan pula, terima kasih kerna masih bersama dengan saya. Study sama-sama, makan sama-sama, stalker pun sama-sama, mempunyai minat yang sama. Rasa best punyai semua perasaan itu dan dapat berkongsi bersama kalian! ^_^



Pertemuan yang amat simple, terima kasih kerna menjemput diri ini.
Bukan selalu dapat hang out dengan korang. Lagi menarik kalau dapat sertai gathering kedua korang tu. Erm.. ^_^


Ish...ish...
apa ni?
Longgokkan barang pelarian ke?

Hari ni, Bunga Raya Girls telah berjaya menjalankan misi mereka iaitu mengemas rumah.
Alhamdulillah syukur kerna kami diberikan kudrat yang lebih untuk menyiapkan semua kerja pada hari ini juga. Masing-masing ada tugasan masing-masing, except Aida, sebabnya dia tak habis exam lagi, kesian lak nak ganggu dia study. Dan juga Syima, yang telah melarikan diri terlebih dahulu sebelum rumah siap dikemas.


Ini ruangan dapur kami. Sila-sila duduk.. jemput...


Ni sapa lak ni duk sengih-sengih kerang busuk ni? Ish2..
Sambil-sambil tu si Nadiah ni main jeling-jeling kat dua tempat,
satu kat kenduri hujung sana [ kami tak dijemput T_T], satu tempat lagi,
kat rumah sebelah. Haaaa...........


Yang ni lak try main selak tikar. Langsir rumah tak lak selak, tikar pun jadilah.
Hari ni kami jadi gadis cuci sebentar. Yelah, dah duk rumah kan, semuanya kena buat sendirilah,
kalau kat hostel tu nanti adalah yang tolong-tolong cucikan.

Ini dinamakan self-early-training. Bagus untuk masa depan.

Setelah penat bekerja, kami melayan first class diri kami sendiri dengan Bubble Tea.
Pas Aida abis exam je, kami melencong ke Bubble Tea. Sangat sedapnye [thumbs up **], tapi kali ni dapat baby pearl la.. grand pearl abis sudah...

Dan sekarang, semua kami di Bunga Raya sedang menunggu masanya untuk pulang ke rumah. Sangat mahu pulang!!!

Semoga event esok berjalan dengan lancarnya dan semoga segala urusan daftar MUET juga berjalan dengan lancarnya. Wah!!!!!

Cuti nanti nk buat apa???
Erm...
nak keluar dengan member-member.
Nak habiskan semua drama yang di download.
Nak spend banyak masa di rumah.
Dan banyak lagi.

Ilah masuk UM 23 aribulan ni, tak dapat nak join Musafir Al-Quran.
Menemani adik yang tersayang masuk ke zaman universiti.
Melepaskan dia pergi untuk sambung belajar dan menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah.

Sedih sangat dia nak pergi belajar. Pasni tak de sapa dah nak sidaikan baju. Nak buli suh gosok baju, suh ambil barang kat rumah sebelah, tak de sapa dah nak membebel kat kucing "Jangan masuk rumah!!!", xde sapa nak marah-marah si Lucky, tak ada sapa dah nak membebel suh saya ni buat baik-baik, tak de sapa dah nak tolong masak2, tak de sapa dah nak jadi bahan sembang perkara mengarut-ngarut di kala bosan. Huhuhuhhu..

Rumah kami akan jadi sunyi nanti..sangat sunyi.
Sapa pula yang akan take over jaga rumah.. sebabnya selama ni adiklah yang buat semuanya.
Setiap kali rumah dikemas, tak tahu barang2 letak kat mana, adiklah yang tolong. hehehe..
over lak saya ni kan. Tapi tula.. terasa kehilangan sangat2 adik bongsu sorang ni tak ada kat rumah. Melaka-KL...insyaallah, andai saya lepas jalan kt KL tu, turun gak saya ke KL nanti.

Masa nak bersama dengan adik pun x lama. Cuti ni mesti sedikit sunyi. Tak pelah, berjuang untuk ilmu lebih baik kan dik.

Ok...dah jauh dah melalut ni.
Mahu rehatkan diri.
Akhir kalam,
jaga diri,
jaga hati.


~ Bunga Raya Girls ~

Sunday, May 09, 2010

Jom Study!


Jari-jemari gatal semacam je.
Hati melonjak suke-suke sejak kebelakangan ni.
Rupanya meminta agar blog ini di-update.

Workey-workey..
Wahai blog yang disayangi.
Dikau tempat diriku ini mencurah segala idea-idea, rasa-rasa, luahan hati,
dan sebagainya.
Kau lah juga menjadi tatapan diriku kala ak rasa boring sangat2.
Dan kau jugalah yang akan menjadi bukti untuk diriku di hari sana nanti.

Namun, ak akan memadamkan dirimu andainya diriku telah pergi.
Ini wasiatku.

Ok...
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meneruskan tanggungjawab yang masih belum selesai dilaksanakan. Sekarang, masih ada dua paper yang belum terjawab. InsyaAllah salah satunya akan dijawab esok petang. Mohon semua mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

Maaf buat teman-teman yang mengajak.
Jujurnya, saya tak suka keluar bila berdepan dengan subjek ni.
Lebih suka menghabiskan masa di rumah sahaja. Harap kalian faham.

Apa sebenarnya kita belajar ni ek?
Kekadang terfikir gak, selepas menerima input maksima dalam usrah wida' yang lepas,
adakah kita belajar ni sia-sia?
Juga lihat komen kawan-kawan, seolah-olah buatkan saya rasa adakah apa yang kita belajar ni x dapat menjamin kita hingga akhir?

Ye..saya akui.. ini DIRI saya..
ada setengah subjek tu saya belajar sebabnya saya hanya nak lulus@cemerlang dalam exam.
So output nya kita hanya akan dapat waktu exam sahaja.. untuk life... erm.. mungkin outputnya sedikit. Betul nggak?

Tapi ini juga ikut orang itu sendiri kan.
Setengah orang lain pemikirannya.
Baginya belajar adalah dunianya.
Bukan untuk exam di Main Hall atau Exam Hall atau di mana-mana tapi
Exam dia dalam menempuh hidupnya ini.. yang mana..
after study, dia akan kerja..then seterusnya. That's the cycle of life.

Erm.. sekejap tadi baru dapat satu ilmu dan kiranya itu juga merupakan satu point tambahan untuk entry kali ni. Aplikasi. Itu yang mahu diberitahunya. Macam sebentar tadi,
tengah duk syok-syok, tetiba saya telah berjaya buatkan satu rumah gelap gelita dengan sedikit percikan cahaya di bilik air. Wah. Hebat!

Tapi dalam hebat itu saya cuak sangat. Yalah.. kasihan orang rumah, pakat tak study kang. Penuh lak tempat kat library muka bunga raya je. Yang lain ok je.. Suis lampu dan kipas je yang terpadam.

So bila bab-bab begini, melibatkan elektrik, Allah kurniakan kami dua engineer dalam rumah ni. Dan thanks to Ecah. Kerna dia lah yang selalu jadi engineer kami [ tu kalau bab elektrik, panjat-panjat. Kalau bab duit lak...Aida lah orangnye...]
Itulah yang dinamakan aplikasi. Sebab sebelum ni saya ada tulis, kita belajar ni cam sia-sia je kan..
Tapi Allah bagitahu saya dalam gelap tadi. Itulah ilmu yang kamu perlu gunakan.
Allahuakbar. Terus saya jadikan point untuk entry ni.
Syukran ya Allah. Hanya DIA yang amat memahami diri saya.

Dan sekarang, dengan izinNya juga rumah kami kembali bercahaya. Alhamdulillah.
So, kat sini, elakkan dari berkata.
"Useless la all these things"

True.. I also selalu cakap begitu.
Tapi kita tak tahu bila pentingnya apa yang kita belajar itu.
Bila saatnya dia akan datang untuk kita gunakan dalam hidup kita.
So, life is so unpredictable! hehehe..

Then, the next thing is..FOCUS!
Itu yang penting. Bila fokus hilang, tiada apa yang tinggal.. kecuali TANDA TANYA.

After that... usaha dan teruskan berusaha.
Dan jangan lupa tawakal dan serahkan diri padaNya.
Bukan hanya pada musim exam sahaja, tapi istiqamahlah sehingga kita bertemu denganNya,
kerna semua amalan yang kita lakukan bukan untuk ketika ini, detik ini, saat ini tapi semua itu adalah bekalan kita di akhirat nanti. Kerna time tu kita sorang-sorang je. Tak de dah coursemate, housemate, groupmate, roomate dan apa jenis 'mate' yang duk teman kita kat sebelah kita nanti. We are own our own. Yang duk teman kita adalah AMALAN kita.

Erm..
kemudian jagalah diri kita.
Jaga diri dan jaga hati.
HATI.
Penting tu. sangat penting.
Organ yang terlalu penting dalam diri manusia.

Andai diri kita...perrghhh..kalah Menteri Besar, tapi HATI kita seperti lumpur di tanah,
kita tak akan ke mana.
Sebab tu hati penting. Jagalah hati masing-masing dengan sebaiknya.
Ok > ^_^ >

"Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"

"Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China"

Kata-kata keramat yang ditinggalkan Nabi buat kita.
Ambillah, pegangilah, dan tanamkan dalam diri kita.

"Aku tinggalkan dua perkara, andai kamu berpegang teguh padanya nescaya kamu akan selamat, Al-Quran dan Sunnahku,"

Jadikan dua harta pusaka yang Nabi tinggalkan pada kita ibarat mutiara yang kita perlu pelihara dan amalkan dalam kehidupan kita. Itulah ramuan istimewa yang Nabi berikan pada kita. Ambil dan tanamkan dalam jiwa.

Oleh itu, pada sahabat-sahabat yang tengah tension study untuk exam ni. Jangan tension-tension. Ingatlah bagaimana ilmuwan Islam dahulu lagi tension dari kita. Kita telah diberikan banyak kemudahan dan banyak tips. Pergunakan sebaiknya.

Jangan mudah putus asa ya! InsyaAllah setiap kebuntuan pasti ada jalan keluarnya.
Setiap kesukaran pasti ada kesenangannya.
Setiap kesusahan dan kesempitan, pasti datangnya kelapangan.
InsyaAllah. Yakin padaNya.

Dan ambil jugalah kata-kata ni..
"Study is a PLEASURE, not a PRESSURE"

Ok.. selamat study buat semua.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita hendaknya.

Lepas last paper nanti baru leh enjoy kan kawan-kawan? ^_^

"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Korea.."
[hehehehehe...insyaAllah... jika Allah izinkan]

Akhir kalam [seperti biasa]
jaga diri
jaga hati

p/s : Yes! I already miss him! hahaha... I'm in love! ^_^

Tuesday, May 04, 2010

SS501

Santai mode.

Yup.

Alhamdulillah lepas sudah 2 paper.
Pagi dengan Physical Security
dan petangnya pula Machine.

Erm..komen?
Bak kata sorang akak senior ni,
"Macam exam la"

So, saya pun memberikan jawapan yang sama, macam exam.
Susah senang tu semuanya bercampur aduk menambahkan ramuan yang ada.

Physical Security,
banyak aplikasi, ok lah..
gunakan kebolehan kelentong di situ dan pastikan ikut teori yang ada.

Machine pula,
soalannya semua adalah past years, alhamdulillah ada yang boleh jawab, ada yang tak boleh juga, normal la.. ^_^

So, tawakal sahaja pada Allah, kita dah berusaha, serahkan semuanya pada Allah,
rezeki masing-masing. Ada rezeki, adalah, insyaAllah.

Thankz to Mr Poong, because of him, I like this subject. Macam mana orang cakap sal dia pun, I tetap suke.. cewah~~~ Mekasih sir. Bila fikir balik, nak pula mahirkan diri dalam microprogramming ni, sebabnye C++ memang susah sikit nak faham. Manalah tahu, kot2 leh jadi machine programmer. Amin...

Sekarang fokus pula untuk 2 subjek yang akan datang ni.
Sebelum tu, mode saya sekarang ni SS501.

Lee Jun Ki pula sudah selamat berada di army side.
Sedang menjalani latihan selama 2 tahun.
2012 baru nampak kemunculannya.
Sedih tau!

Tak apa lah..
Kat sana dia fokus jadi askar
saya kat sini fokus untuk study.
2012.. kita ketemu semula dengan ketrampilan masing-masing.

Oleh itu.. jaga diri ek kat sana.
Wat latihan elok-elok dan semoga dapat jodoh cepat2.
Kalau leh.. nak tengok Junki kahwin lu.. baru leh saya naik pelamin. ^_^
[dan mengarut]

Ok..
mari layan satu lagu yang best!
Suka lagu ni..
JunKi nyanyi part rap je,
tu pun dah memadai.
Hayati liriknya
kerna itu yang saya akan wat setiap kali dengar apa-apa lagu.

Dan saya tujukan lagu ni wat JunKi ^_^

Akhir kalam,
jaga diri
jaga hati

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design