Tuesday, April 20, 2010

Permulaan pengembaraan

Pengembaraan sudah bermula.
Alhamdulillah, satu lagi presentation, kemudian akan menutup jendela semester 3 ni.
Banyak suka duka pahit manis sepanjang satu semester ni.

Ada yang boleh diingat sampai sekarang. Ada yang lama dah terkubur sejak first week lagi.
Ada yang berlegar-legar dalam ingatan dan banyak lagi.

Dan bagi pihak saya pula, ada yang terpaksa menggalakkan saya untuk membuat keputusan secara drastik. Well, that's common. If not, it is not gonna be a 'life'.

Erm...
Pengembaraan menuju ke final sudah bermula.
Saya akan start final pada 4 Mei 2010 dan berakhir pada 14 Mei 2010.
Jarak antara satu paper pada mulanya dekat-dekat je, tp dh lepas 2 paper, jurangnya amat besar.
Namun, bagi saya penyusunan jadual begitu baik! Leh saya rancang jadual dengan lebih sempurna.

Tak mahu celoteh panjang, saja nk update je.
Beberapa hari ni, kerap jadi stalker. Erm.. rasa sedikit sedih dengan yang di-stalker.
Mohon perlindungan Allah agar kami tidak begitu dan mohon agar dia cepat sedar serta terus sedar dengan dunia sebenarnya, kerna hidup ini bukannya selamanya dan hidup ini bukan hanya untuk bersuka-ria. Kita ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kita ada amanah yang berat untuk dilaksanakan. Tujuan kita diciptakan bukan untuk bersuka-ria semata-mata.

Bukan itu sahaja, beberapa hari ini juga saya kerap meng-update video2 di salah satu laman sosial yang saya rasa saya agak aktif di situ. erm.. itu adalah minat saya. Namun setiap apa yang kita lakukan pasti ada limit nya. Benar? Saya tahu dan ngerti di mana limitation saya sendiri. Dan saya tahu pasti ada pihak yang kurang gemar saya buat begitu. Maaf dari pihak saya, sebab itu jugalah saya telah ambil inisiatif untuk kembali menapis senarai teman-teman yang ada di laman sosial tersebut. Ini pengakuan yang jujur dan agak berani saya buat di sini.

Daripada saya menimbulkan ketidakselesaan pada orang lain, terlebih dahulu saya ambil langkah untuk terus tidak mewujudkan rasa sebegitu. Maaf pada semua ya.

IU Dinner...
Saya masih tidak berpeluang untuk meng-update event ni. InsyaAllah andai diberi kesempatan, bahannya sudah lengkap, segera saya update.
Overall, saya puas hati, terutamanya makanan di situ. Saya tidak fikir apa-apa pada malam tu,
tumpuan saya pada aturcara majlis dan juga teman-teman saya. Itu sahaja. Yang lain, saya kurang prihatin. Well, itu bukan saya sebenarnya. Namun malam tu saya berjaya lakukannnya.

My program for today and upcoming days, saya akan ke library sebentar lagi [bila library dah buka], rasanya mahu memulakan pengembaraan saya di sana. Andai saya ada di rumah, obstacles yang ada benar-benar menguji diri saya. Oleh itu, anjakan paradigma perlu dilakukan, insyaAllah. Pada yang nak join tu, come, kita study sama-sama di library. http://emo.huhiho.com

Ok, cukup sampai di sini. Semoga semuanya berada dalam pemeliharaanNya. Selamat meng-activate mode final exam pada warga MMU dan khususnya teman-teman seperjuangan saya. Jangan stress-stress ya teman semua. Erm..teringin nak makan bihun goreng kt kedai kuning. Lama sangat dah tak menjamah bihun di situ...

Semoga berjaya dalam apa jua yang kalian lakukan.
Akhir kalam,
jaga diri, jaga hati,
maaf saya pinta,
terima kasih saya ajukan.

http://emo.huhiho.com

Sekilas pandangan benar menyusuk jiwa. Tidak seperti ku kenal dahulu. Mungkin salah aku juga barangkali. Ya...tersilap pada langkahan pertama, dan tiada turn back dalam kamus hidup aku. Apa terjadi biar sakit di hati, aku akan tetap melangkah sekalipun aku terpaksa invi. http://emo.huhiho.com



No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law