Tuesday, April 06, 2010

Melaka Sentral

Selasa, 6 April 2010.

"Cik abang... nk ke mana tu?"

Mata saya tidak berkalih pada pasangan tersebut. Dalam hati saya mula terdetik.

"Selalunya mereka-mereka pasti akan jadi perhatian masyarakat sekeliling mereka,"

Apa sebenarnya yang saya lihat?

Sewaktu saya ke MC tadi.. nak beli tiket untuk balik esok.
Saya duduk sambil baca paper.. tunggu bas Panaroma.
Saya rela menunggu lama daripada naik bas yang ada.
Dan ternyata... kesabaran saya diuji di situ.
Dahlah dua tiga kali hampir dikacau. Erm..
Alhamdulillah.. Allah berikan saya akal untuk berhelah.

Berbalik cerita tadi.
Ada pasangan ni.. yang pastinya seorang perempuan dan seorang lelaki.
Tetapi yang lelaki itu tidak berperwatakkan sebagai lelaki.
Saya memerhati mereka.
Kasihan.

Mereka dijadikan bahan bualan orang lain. Orang lalu je depan mereka, mata tidak berkalih langsung. Mereka lalu depan orang.. orang duk sembang sambil gelak-gelak tengok mereka.

Saya mula kasihan.. walaupun sebenarnya itu adalah kerja mereka sendiri. Mereka memilih jalan itu sendiri. Erm..... dan benda ni akan sentiasa jadi begitu. Sewaktu saya sekolah dulu pun gitu juga. Malah ada sampai pulaukan mereka lagi. Kasihan.

Kita semua tak sempurna. Bagi saya, benar, mereka juga salah sebenarnya. Kenapa mahu berubah jadi yang lain sedangkan kita telah dijadikan seperti apa yang kita sepatutnya jadi. Tapi kita pun salah juga. Kenapa mahu pandang mereka dan meletakkan mereka dalam satu kelompok yang seolah-olah memberitahu kita mereka itu adalah pelik! Apa mereka juga tidak mempunyai perasaan? Apa mereka sangat2 mencemarkan pemandangan kita ke?

Saya nak hujah panjang, saya juga tidak cukup ilmu tentang semua ni. Tapi bagi saya, hormatilah mereka. Hormati dalam erti kata yang seeloknya. Bukan menghormati mereka sehinggalah mereka semakin menjadi-jadi dengan perangai yang ada. Tapi hormati mereka seperti mana kita tahu yang mereka juga adalah manusia biasa..punyai hati dan perasaan.

Jika benar pun kita tak suka dengan mereka. Boleh tunjukkan tapi janganlah keterlaluan sehingga melukakan hati mereka. Mereka perlu kita rapati dan kembalikan mereka kepada fitrah sebenar mereka. Memang susah. Tapi kalau boleh.. jangan sakitkan hati mereka.

Kemudian saya teringat perbualan kosong antara kami Bunga Raya, yang membuat statement bahawa saya menyukai lelaki 'sopan'. Saya mula senyum sorang-sorang kat MC tu bila teringatkan semua tu. Ya Allah.. bagaimanalah boleh terlintas di fikiran teman-teman saya tu ye..

Adakah sebabnya saya selalu menegur mereka2 tersebut? Erm..
Tidak kisahlah... kita kuburkan statement tu yang teman-teman. Tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi di sini. ^_^

Kat MC tadi pun ada Karnival Buku.
Sempat jugalah singgah tapi tak banyak buku yang dipamerkan. Saya jalan-jalan begitu sahaja.
Sesiapa yang nak pergi..bolehlah.. sila-sila datang MC.

Banyak jugalah yang saya dapat belajar sepanjang saya di MC.
Orang kata.. jauh pengembaraan luas pengalaman..ngeh3..
sempat jugalah saya singgah kat kedai games tadi. Tengok promo satu game ni.
Lama juga saya duk situ.. dalam hati saya duk meneka game yang sedang dipromo-kan..
dan ternyata jawapan hati saya tu betul. hehehe.. nasib baik x ada sesi meneka games yang ada.
Kalau tak.. mahu saya bawa balik hadiah ke rumah.. manalah tahu, dapat PS3 ke.. PSP ke.. ^_^

Kepada teman-teman seperjuangan saya sekalian.
Sejak kebelakangan ni, kita semua berada dalam stage ke-tension-nan..
stress.. kekecewaaan..
Kita masing-masing diuji dengan ujian yang berbeza. Saya dengan ujian saya. Kalian dengan ujian kalian. Dan semestinya kalian biasa dengar...

"Allah tak akan menguji kita andai kita tak mampu untuk menempuhnya"

Jadi DIA tahu kita mampu untuk semua tu.
Saya tujukan khas buat teman-teman seperjuangan saya.
Saya mohon agar Allah berikan kita semua kekuatan, titipkan kesabaran, dan cambahkan pengharapan hanya padaNya.

Saya tahu, masing-masing sedang melalui saat sukar dalam setiap detik kalian.
Sama-sama kita berserah padaNya. Sama-sama kita tempuhi semuanya ini dengan penuh keyakinan.

Yup..kekadang kita perlukan masa tuk diri kita sendiri.
Oleh itu, ambillah sedikit masa untuk recharge semula diri kita.
Dan jangan kata tiada masa untuk itu ya..^_^

Semoga kita semua berjaya melaluinya.
Dan...kalau leh..saat jumpa saya manis-maniskan muka kalian.
^_^

"Opportunity Costs...Gives up something, if you want to achieve something..."
~statement seseorang dlm FB.. erm.... i'll accept it.. thank you... it somehow make me realize on something~

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law