Friday, April 23, 2010

Day 3

Day 3
[22 April 2010]

I'm keep counting my days.

Hari ni ada kelas Math Tech yang ter
akhir untuk semester ni.
Semangat nak ke kelas tapi still bangun agak lewat..huhhu.

Pergi kampus awal tuk selesaikan bayaran bil TM. Alhamdulillah, sedikit lewat tp langsaikan juga.

Math Tech II.
First mula kelas, lecturer wat sesi heart to heart tapi kasihan juga kurnag respon.
Memang budak IT susah nak bg respon kot gamaknye.
Time tengok coursework TMA jumpa secara tak sengaja lecturer tu. Dah jodoh nak jumpa sebelum masuk kelas, apa salahnye. hehehe

Masuk je.. belum mula pun lagi, saya dah start mengantuk.
Kuat sungguh dugaan ini.
Sangat. Rasa dah cukup tidur tapi still mengantuk.
Mungkin sebab.....

Tahan jugalah..
Minum air, kacau Nadiah.
Tapi still mengantuk.
Layan je.
Bila dah masuk pertengahan pembelajaran, dugaannya lagi berat.
Saya dah mula hilang fokus.
Tak tahu apa yang saya buat sebenarnya.
Bahayanya kalau saya mengantuk. Ye.. saya kelihatan seperti fokus, tapi sebenarnya tidak.
Semuanya yang bermain di fikiran saya semuanya saya lakarkan pada kertas.
Unik...hahha..orang lain salin notes, saya salin...
Meh tengok saya salin apa...

Saya gigih menyalin apa yang ada di board tapi entah mengapa ada seperdua perkara lain yang turut sama saya salin. Nampak tu? Saya clearkan semula.

*Hyun Joong
*Tony [ni nama teddybear saya ye]
*Undefined [sebabnya saya sendiri tak tahu apa tu]
* Dah tue dah [Itu ada kat tepi atas, saya tak snap kan sekali]

Lihatlah, tulisan saya pun buruk gak. Sedih bila saya dalam keadaan begitu.
Totally saya memang lost.
Saya hanya tersedar bila lecturer suruh semua buat kerja yang diberi.
Barulah saya terkial-kial cari notes semula.
Aduih. Sangat tak suka bila saya dah hilang fokus begitu.

Pepun bersyukur juga saya kembali segar sampailah kelas tamat. Syukur ^_^

Malamnya pula kami ada presentation.
Last presentation for this semester.
Alhamdulillah, kami berkumpul sejam awal untuk praktis.
Dan syukur, sedikit lega dengan presentation tersebut.
Tahniah buat semua groupmates.
Dan juga pada lecturer kerana membenarkan kami pulang awal.


Groupmate 1 : tak yah la nak kenalkan sape ek.. rasanya sume dah tahu.

Groupmate 2 : Teo Pei Kin

Groupmate 3 : Jee

Pas habis presentation, saya dan Nadiah siap2 untuk ke Usrah Wida'
Tahniah buat IU, satu talk yang amat menarik.
Tak rugi saya pergi.
Penceramah yang amat menarik! Input yang benar2 menyentuh rohani, membuka minda dan membuatkan kita kembali bermuhasabah diri.

Penerangan lebih pada dinar emas yang selama ni asyik dengar intro je.
Soalan yang diajukan buatkan pemahaman tentang dinar emas semakin meningkat.
Syukran. Ilmu yang ditimba sebegini amat bermakna.

Isu-isu semasa yang terjadi.
Sebab apa, why????
Buatkan juga saya asyik mengangguk sahaja. Benar!
Semuanya kerna dalaman yang lemah. Apa yang kita miliki sekeliling kita.
Masih wujudkah kesuciannya?

Dunia sudah tua.
Tajuk yang benar2 bertepatan dengan keadaan sekarang ni.
Bila mana dikaitkan dari sudut Law, Ekonomi, mencukupkan lagi rasa talk tu sebenarnya.

So, bunga raya girls insyaAllah dah berazam untuk memiliki dinar emas tersebut.
Bukan semata-mata untuk mas kahwin je ek.
MasyaAllah!

Banyak sebenarnya yang masih saya tidak tahu.
Masih banyak lagi yang belum didedahkan pada diri saya ni lagi.
Andai Allah tak gerakkan hati saya untuk ke talk tersebut,
pasti saya masih berada dalam lautan dunia saya sendiri sedangkan di luar sana
sedang berlaku bermacam episod pahit yang menanti sesuatu dari kita semua.

Jahilnya saya ni....

Sudah lewat sangat ni.
Pagi nanti perlu selesaikan urusan yang lain pula.
Mahu sentiasa proaktif dalam menjalani kehidupan!
Ayuh semua!

Akhir kalam,
jaga diri, jaga hati.


http://emo.huhiho.com

"Mira, tak makan rumah ke?"
Erm... saya teringin nak makan Pizza.. bukan rumah.
Lagipun, bagaimana ya nak makan rumah??
Anyone?????

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law