Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Wednesday, April 07, 2010

Blackout = UKHWAH

Blackout = ukhwah

Apa pula ni cik nurafaz?

Semalam...
Semua sedia maklum..
Satu Bukit Beruang blackout.

Tapi bagi kami di Bunga Raya blackout ni dh jadi kebiasaan dah.
Agak kerap kami dalam kegelapan..disuluh hanya dengan lilin dan lampu suluh.

Namun, kejadian blackout semalam merupakan kejadian yang paling manis dalam ukhwah kami berenam di Bunga Raya.

Saat mulanya saya, Nadiah, Wani, Aida..
mengisi perut dalam gelap, menikmati teh ais buatan Nadiah.
Pelbagai cerita yang kami kongsikan. Saya begitu teruja dengan cerita Wani tu. Sangat teruja!

Malam kami bukan sahaja ditemani dengan cahaya lilin+lampu suluh..
ditemani juga cahaya laptop yang 100% bergantung pada talian bateri yang ada. Hampir tiga laptop silih bertukar ganti bagi memeriahkan suasana kami malam tu.

Semua duk kumpul dalam bilik Aida. Kami semua duk layan citer Hanazakari.
Dah masuk kali kedua buat saya, kerna saya sudah khatam terlebih dahulu cerita tu.
Tapi kerna cerita yang happening, saya amat terhibur!

Dah agak makin lewat tu..
Mulalah isi rumah Bunga Raya bising kerna kami terpaksa mendermakan darah kami sendiri.
Nyamuk yang bertebangan mencari darah menyebabkan kami rasa terlalu rimas. Habis darah kami! Kami mendermakannya pada cara yang salah! [ngeh3]....

Tapi layan je la..
kena gigit pun gigitlah..
bagi can sama itu nyamuk..
sebabnya kalau ada elektrik..
sure akan pasang ubat nyamuk...
Tak berpeluang pula nak gigit kan...
xpe3...

Alhamdulillah dalam kul 3 lebih tu barulah ada elektrik sepenuhnya..
dan bukannya lip-lap-lip-lap seperti sebelumnya.
Kami pun masing-masing telah lena dibuai mimpi..

Kenangan manis buat kami Bunga Raya.
Tapi harapnya janganlah selalu blackout even itu mampu kukuhkan lagi ukhwah kami.
Mane tak nye..
nak ke tandas kena teman.
Nak ke dapur berteman..
Nak masuk bilik pun berteman..
tak ke mantap ukhwah tu???? ^_^

Walau apa pun....
Semalam memang best!
*************************************************************************************

Kini...saya sudah berada di rumah.
Sebaik sahaja kelas TMA tamat
[blackout sekali lagi]
[Thankz to lecturer kerna kami rasa dia amat baik hari ni. sangat baik dengan kami ^_^]
saya ke PS untuk makan..
kemudian ke MC jam 1 petang.

Syukran Kak Zinie kerna tolong hantar saya ke MC.
Semoga Allah permudahkan urusan akak dan semoga akak dikurniakan kekuatan untuk mengharungi segalanya. InsyaAllah! Akak kuat! Saya tahu!

Dan saya akan pulang semula ke Melaka pada hari Sabtu ni.
Jadi teman2 sekalian..
jumpa Sabtu ni ya..

Cukup sampai di sini.
Semoga kalian semua berada dalam pemeliharaanNya.

Akhir kalam,
jaga diri, jaga hati.

p/s : Setapak kita melangkah...jutaan kenangan kita tinggalkan. Setapak kita jauhkan, jutaan resah kita rasakan. Namun...hanya DIA yang tahu apa terbaik untuk kita. Apa yang berlaku sekeliling saya pada hari ni, apa yang saya dengar pada hari ini..buat saya semakin kerap menghitung semula diri ini. Sesungguhnya pertunangan itu bakal menemui diriku pada bila-bila masa.

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design