Saturday, April 10, 2010

Back


Ambil sedikit masa untuk update blog.
Alhamdulillah, semuanya telah selamat.

First step I enter that room..it all reflect back my memories..
The way she lay down.. that cloth...
all makes me remember the past.
Really makes me remember that...

Sesi heart to heart with abah dan ibu really gave me something.
And I wish that all my sis+bro also be there..to hear all that..

Allah telah berikan penerangan melalui abah dan ibu. Sesuatu yang saya rasa adik beradik saya perlu tahu tentang itu. Dan dari situ..baru saya sedar pengorbanan perasaan abah. Walaupun kadangkala abah bertindak seperti bukan dirinya.

"Biar anak-anak abah marah abah sekali. Biar korang semua sedih hanya sekali. Abah tak nak korang sedih dua kali. Sebab tu abah buat macam tu,"

Jawapan yang tidak pernah saya dengar daripada dirinya sendiri.
Ampunkan aku ya Allah.
Satukan kami semula ya Allah.

"Abah seronok tengok anak-anak abah berjaya,"

Saya hanya diamkan diri.
Bagi saya, saya tak menyumbang apa-apa pada kegembiraan abah.
Part ni saya sedih sikit..sebabnya...
saya terpaksa berhelah dalam saya meneruskan langkah saya.
Abah ibu tak tahu apa yang akan terjadi pada tahun akhir saya di MMU.
Saya sangat sedih. Harapnya keputusan yang telah saya ambil ini adalah yang terbaik.
Dan walau apa pun terjadi..harapnya abah ibu dapat terima.
InsyaAllah saya akan berusaha utk mengembalikan semula kegembiraan itu.

Esok..saya akan berangkat semula ke Melaka.
Meneruskan semula perjuangan saya.
Langsung juga tidak ada rasa bersalah dalam diri.
Masih punya perasaan kah saya ini??

Biarlah kemelut yang melanda diri hilang dan pergi begitu saja.
Cukuplah andai keluarga saya gembira. Kerna mereka adalah sumber kekuatan saya.
Andai mereka lemah..saya turut sama lemah.
Andai mereka tiada...siapalah saya hingga ke hari ini.

InsyaAllah...
lafaz yang saya sematkan dalam hati.
Dalam merobek semula yang telah terlakar.

p/s : melangkah dengan berhati-hati sambil memotivasikan diri.. sukar tapi tidak bermakna itu mustahil!

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law