Followers

My Wattpad

29 Apr 2010

Tired

Speechless.

Spending almost my time at campus plus spending 2 hours+ with Sir Dennis really makes
my mind tired. And yes.. I'm really tired. It is not my body, but my mind.

But, Alhamdulillah, Terima kasih ya Allah.
Thanks juga pada Eby dan Malliga yang khabarkan soal tu.

Thanks juga pada Malliga dan Uddin yang banyak membantu time wat latihan tadi.
Serius, dek menjawab soklan Machine dari pagi, buatkan fikiran saya jadi berat.
Lots to memorized...
Menyebabkan saya nye calculation time wat math tu lemah sangat. Banyak cuainye..
Dan acap kali juga saya cakap "Senget" pada diri sendiri. hahhaa..
kasihan pada diri..
dipaksa dan akhirnya senget yang diberikan.

Apa pun...
Thanks pada semua.
Well..

need to rest.
Gonna sleep extra early today.
Cant carry on with anything..
And sorry sebab tolak ajakan study sama2.
Maaf..
sungguh dah xleh nak go dah ni..
takut dari senget jadi benda len lak.

Orait..
thats all..
moral is that :::

You know your own limit,
dont ever try to extra extra away from the limit.
Cause only you know the real you.

Not just for me..but for all.

Akhir kalam,
jaga diri
jaga hati.

26 Apr 2010

Days...

Days keep counting.

Kemalasan untuk meng-update telah melanda diri.
Erm.. lagi seminggu, i will stop counting my days.
Final dah semakin dekat untuk menyambut salam ku ni.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

Alhamdulillah.

Satu ungkapan yang ternyata cukup bermakna setiap kali bangun dari tidur.
Kerna pastikah kita akan terus melangkah untuk esok harinya?
Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Tak nak cerita panjang-panjang.
Saja tak nak biarkan blog bersawang.

Cuma tertarik dengan satu term yang saya dapat baru-baru ni.
ILLUMINATI
FREEMASONRY

Yang Freemasonry tu dah biasa dengar juga, salah satu propaganda Yahudi. Tapi illuminati tu saya x dengar sangat. Teringin nak cari buku tentang dua benda tu. Sebab nak search kat internet, takut kesahihannya diragui. Try search gak kat youtube. Tapi tak tahu sama ada kebetulan atau pun tidak.

Erm.. andai sahabat2 sekalian ada info atau apa2 tentang benda tu.. war-warkan ^_^

Ok...

Ni lak ada satu video yang benar2 menarik hati saya.
Oleh kerana sekarang saya sudah sukai SS501,
tapi masih setia dengan Lee Jun Ki..
ne leh padamkan dia gitu je.

Video ni part 1 sal SS501 yang disuruh menjadi wanita pregnant.
Bagaimana mereka rasa wanita mengandung rasa even tak semua keperitan dirasai.
Memang menarik.

Ni baru part one..
ada dua part je.
Nak tengok seterusnya.. search kt youtube..
taip SS501 big mama.

Memang menarik.
Suppose lelaki2 kat luar sana perlu rasa begitu.
Barulah mereka sedikit tahu bagaimana rasanya.
Ni pendapat kami sahaja.

Pepun.. kredit to Aida dan Wanie for this video..
hehehe ^_^

Ok...
ada hal kejap..
jumpa lain entry.

Akhir kalam,
jaga diri, jaga hati.


23 Apr 2010

Day 3

Day 3
[22 April 2010]

I'm keep counting my days.

Hari ni ada kelas Math Tech yang ter
akhir untuk semester ni.
Semangat nak ke kelas tapi still bangun agak lewat..huhhu.

Pergi kampus awal tuk selesaikan bayaran bil TM. Alhamdulillah, sedikit lewat tp langsaikan juga.

Math Tech II.
First mula kelas, lecturer wat sesi heart to heart tapi kasihan juga kurnag respon.
Memang budak IT susah nak bg respon kot gamaknye.
Time tengok coursework TMA jumpa secara tak sengaja lecturer tu. Dah jodoh nak jumpa sebelum masuk kelas, apa salahnye. hehehe

Masuk je.. belum mula pun lagi, saya dah start mengantuk.
Kuat sungguh dugaan ini.
Sangat. Rasa dah cukup tidur tapi still mengantuk.
Mungkin sebab.....

Tahan jugalah..
Minum air, kacau Nadiah.
Tapi still mengantuk.
Layan je.
Bila dah masuk pertengahan pembelajaran, dugaannya lagi berat.
Saya dah mula hilang fokus.
Tak tahu apa yang saya buat sebenarnya.
Bahayanya kalau saya mengantuk. Ye.. saya kelihatan seperti fokus, tapi sebenarnya tidak.
Semuanya yang bermain di fikiran saya semuanya saya lakarkan pada kertas.
Unik...hahha..orang lain salin notes, saya salin...
Meh tengok saya salin apa...

Saya gigih menyalin apa yang ada di board tapi entah mengapa ada seperdua perkara lain yang turut sama saya salin. Nampak tu? Saya clearkan semula.

*Hyun Joong
*Tony [ni nama teddybear saya ye]
*Undefined [sebabnya saya sendiri tak tahu apa tu]
* Dah tue dah [Itu ada kat tepi atas, saya tak snap kan sekali]

Lihatlah, tulisan saya pun buruk gak. Sedih bila saya dalam keadaan begitu.
Totally saya memang lost.
Saya hanya tersedar bila lecturer suruh semua buat kerja yang diberi.
Barulah saya terkial-kial cari notes semula.
Aduih. Sangat tak suka bila saya dah hilang fokus begitu.

Pepun bersyukur juga saya kembali segar sampailah kelas tamat. Syukur ^_^

Malamnya pula kami ada presentation.
Last presentation for this semester.
Alhamdulillah, kami berkumpul sejam awal untuk praktis.
Dan syukur, sedikit lega dengan presentation tersebut.
Tahniah buat semua groupmates.
Dan juga pada lecturer kerana membenarkan kami pulang awal.


Groupmate 1 : tak yah la nak kenalkan sape ek.. rasanya sume dah tahu.

Groupmate 2 : Teo Pei Kin

Groupmate 3 : Jee

Pas habis presentation, saya dan Nadiah siap2 untuk ke Usrah Wida'
Tahniah buat IU, satu talk yang amat menarik.
Tak rugi saya pergi.
Penceramah yang amat menarik! Input yang benar2 menyentuh rohani, membuka minda dan membuatkan kita kembali bermuhasabah diri.

Penerangan lebih pada dinar emas yang selama ni asyik dengar intro je.
Soalan yang diajukan buatkan pemahaman tentang dinar emas semakin meningkat.
Syukran. Ilmu yang ditimba sebegini amat bermakna.

Isu-isu semasa yang terjadi.
Sebab apa, why????
Buatkan juga saya asyik mengangguk sahaja. Benar!
Semuanya kerna dalaman yang lemah. Apa yang kita miliki sekeliling kita.
Masih wujudkah kesuciannya?

Dunia sudah tua.
Tajuk yang benar2 bertepatan dengan keadaan sekarang ni.
Bila mana dikaitkan dari sudut Law, Ekonomi, mencukupkan lagi rasa talk tu sebenarnya.

So, bunga raya girls insyaAllah dah berazam untuk memiliki dinar emas tersebut.
Bukan semata-mata untuk mas kahwin je ek.
MasyaAllah!

Banyak sebenarnya yang masih saya tidak tahu.
Masih banyak lagi yang belum didedahkan pada diri saya ni lagi.
Andai Allah tak gerakkan hati saya untuk ke talk tersebut,
pasti saya masih berada dalam lautan dunia saya sendiri sedangkan di luar sana
sedang berlaku bermacam episod pahit yang menanti sesuatu dari kita semua.

Jahilnya saya ni....

Sudah lewat sangat ni.
Pagi nanti perlu selesaikan urusan yang lain pula.
Mahu sentiasa proaktif dalam menjalani kehidupan!
Ayuh semua!

Akhir kalam,
jaga diri, jaga hati.


http://emo.huhiho.com

"Mira, tak makan rumah ke?"
Erm... saya teringin nak makan Pizza.. bukan rumah.
Lagipun, bagaimana ya nak makan rumah??
Anyone?????

21 Apr 2010

Day 1...Day 2


I'm counting my days...

DAY 1
[Selasa - 20 April 2010]

Little bit late.
Nasib baik masih ada tempat.
Cari port cantik punye.
Sambil2 tu jeling2 sekeliling kot2 ada member yang kenal.
Namun tiada.

Proceed with my plan.
Stay at lib until 12.30 pm
Cover the topics that I had planned before this.

Then, bawa diri ke PS. Perut sudah berbunyi minta diisi.
Keseorangan...
Alhamdulillah bertemu dengan Malliga dan Eby yang baru selesai kelas mereka.
So lepak dan sembang2 dengan mereka jap. hehehe...
Di samping menerima helaian-helaian duit seringgit daripada Kak Intan.. Mekasih ya.. ^_^

Selesai solat semua, naik lib semula..
pergghh... ramai giler orang. Konsentrasi pun mula terganggu..
nak menghafal memang x lepas ar.. jadi buat je latihan yang ringan-ringan
sambil2 layan hujan yang lebat membasahi bumi Melaka.

Alhamdulillah, tak lama sangat tunggu hujan reda.
Pulang dengan senang hati ^_^.

Pagi tu.. dapat berita kematian sahabat diploma kita Nurul Nadiah Syahida.
Saya memang tak kenal pun tapi kenalan Ayna.
Terkejut juga.
Sudah beberapa kali terima berita kematian insan yang hampir.
Mengajak juga untuk bermuhasabah diri.
Waktu kita pasti akan datang cuma tidak tahu bila nya aja.
Tertanya-tanya juga sudah bersediakah aku?
Hutang aku pada Allah telah sudah dilangsaikan ke?
Hutang ku pada manusia pula bagaimana?

Takziah diucapkan pada keluarga arwah.
Pada teman-teman rapat arwah, banyak bersabar dan sentiasa doakan untuk arwah.

Malamnye pula,
kami Bunga Raya Girls mengahadapi masalah untuk online.
Sabar~~
Itu tarbiyah hebat untuk diri.
Menahan keinginan diri untuk berada dalam dunia maya.
Dengan penuh harapan agar esoknya kami boleh online seperti biasa.

*********************************************************************************

DAY 2
[21 April 2010]

Alhamdulillah, hari ni sedikit awal.
Port pun tukar.
Oleh kerna saya suka lihat orang lalu-lalang,
lebih-lebih lagi kalau nak menghafal,
saya cari port yang sememangnya saya leh tengok orang dan orang leh tengok saya direct nye.

Tapi insyaAllah next time saya tak mahu dah duduk kat port tu.
Sebab apa? biar saya je yang tahu.

"Come ar mira. Upstairs"

Saya geleng sambil tersenyum.
Bukan sombong, tapi memang itu stail saya.
Saya kurang gemar study ramai-ramai, lebih2 lagi 3rd floor tu
antara tempat yang bising kt lib tu.
Fokus saya akan cepat terganggu andai ikut serta.

Saya lebih suka sendirian.
Bagi saya bila saya sendirian, saya lebih tenang.

Hari ni saya pulang lebih awal.
Tertanya-tanya juga keadaan internet kat rumah.
Masih tidak dapat online.

Erm....
Sabar~~~
dan terus bersabar sehingga terlelap seketika.

Terima kasih pada Bunga Raya Girls yang lain.
Suka sangat sembang dengan kalian.
Kongsi cerita dengan kalian.
Lain kali kita buat novel pula ya.

Nadiah dah pulang ke Melaka!!
Selamat pulang Nadiah!
Bunga Raya dah cukup korum dah! Yeay!!!

Setelah apa yang saya lalui hari ni,
buatkan saya semakin kerap berfikir.
Dan hasil pemikiran saya adalah seperti apa yang kalian dapat tengok di blog ini.
Apa yang telah saya lakukan di sini,
dan apa yang telah saya lakukan di FB.

Itu hasilnya.
Dan insyaAllah saya akan tetap stick dengan keputusan ni.
Sungguh saya semakin tidak peduli.
^_^

Ok,
nak rehat.
Esok ada kelas
dan ada presentation.
Doakan kami ya.

Akhir kalam,
jaga diri, jaga hati.

p/s : pastikan apa yang kita bincangkan menjadi kenyataan ya bunga raya. Daku menanti hadiah itu daripada kalian semua time tu...hehehe

20 Apr 2010

Permulaan pengembaraan

Pengembaraan sudah bermula.
Alhamdulillah, satu lagi presentation, kemudian akan menutup jendela semester 3 ni.
Banyak suka duka pahit manis sepanjang satu semester ni.

Ada yang boleh diingat sampai sekarang. Ada yang lama dah terkubur sejak first week lagi.
Ada yang berlegar-legar dalam ingatan dan banyak lagi.

Dan bagi pihak saya pula, ada yang terpaksa menggalakkan saya untuk membuat keputusan secara drastik. Well, that's common. If not, it is not gonna be a 'life'.

Erm...
Pengembaraan menuju ke final sudah bermula.
Saya akan start final pada 4 Mei 2010 dan berakhir pada 14 Mei 2010.
Jarak antara satu paper pada mulanya dekat-dekat je, tp dh lepas 2 paper, jurangnya amat besar.
Namun, bagi saya penyusunan jadual begitu baik! Leh saya rancang jadual dengan lebih sempurna.

Tak mahu celoteh panjang, saja nk update je.
Beberapa hari ni, kerap jadi stalker. Erm.. rasa sedikit sedih dengan yang di-stalker.
Mohon perlindungan Allah agar kami tidak begitu dan mohon agar dia cepat sedar serta terus sedar dengan dunia sebenarnya, kerna hidup ini bukannya selamanya dan hidup ini bukan hanya untuk bersuka-ria. Kita ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kita ada amanah yang berat untuk dilaksanakan. Tujuan kita diciptakan bukan untuk bersuka-ria semata-mata.

Bukan itu sahaja, beberapa hari ini juga saya kerap meng-update video2 di salah satu laman sosial yang saya rasa saya agak aktif di situ. erm.. itu adalah minat saya. Namun setiap apa yang kita lakukan pasti ada limit nya. Benar? Saya tahu dan ngerti di mana limitation saya sendiri. Dan saya tahu pasti ada pihak yang kurang gemar saya buat begitu. Maaf dari pihak saya, sebab itu jugalah saya telah ambil inisiatif untuk kembali menapis senarai teman-teman yang ada di laman sosial tersebut. Ini pengakuan yang jujur dan agak berani saya buat di sini.

Daripada saya menimbulkan ketidakselesaan pada orang lain, terlebih dahulu saya ambil langkah untuk terus tidak mewujudkan rasa sebegitu. Maaf pada semua ya.

IU Dinner...
Saya masih tidak berpeluang untuk meng-update event ni. InsyaAllah andai diberi kesempatan, bahannya sudah lengkap, segera saya update.
Overall, saya puas hati, terutamanya makanan di situ. Saya tidak fikir apa-apa pada malam tu,
tumpuan saya pada aturcara majlis dan juga teman-teman saya. Itu sahaja. Yang lain, saya kurang prihatin. Well, itu bukan saya sebenarnya. Namun malam tu saya berjaya lakukannnya.

My program for today and upcoming days, saya akan ke library sebentar lagi [bila library dah buka], rasanya mahu memulakan pengembaraan saya di sana. Andai saya ada di rumah, obstacles yang ada benar-benar menguji diri saya. Oleh itu, anjakan paradigma perlu dilakukan, insyaAllah. Pada yang nak join tu, come, kita study sama-sama di library. http://emo.huhiho.com

Ok, cukup sampai di sini. Semoga semuanya berada dalam pemeliharaanNya. Selamat meng-activate mode final exam pada warga MMU dan khususnya teman-teman seperjuangan saya. Jangan stress-stress ya teman semua. Erm..teringin nak makan bihun goreng kt kedai kuning. Lama sangat dah tak menjamah bihun di situ...

Semoga berjaya dalam apa jua yang kalian lakukan.
Akhir kalam,
jaga diri, jaga hati,
maaf saya pinta,
terima kasih saya ajukan.

http://emo.huhiho.com

Sekilas pandangan benar menyusuk jiwa. Tidak seperti ku kenal dahulu. Mungkin salah aku juga barangkali. Ya...tersilap pada langkahan pertama, dan tiada turn back dalam kamus hidup aku. Apa terjadi biar sakit di hati, aku akan tetap melangkah sekalipun aku terpaksa invi. http://emo.huhiho.com



17 Apr 2010

You complete me

You complete me

Biasa dengar tak?
"You complete me"

Well, this entry will be a little bit long i think. 3 days not updating my blog is quite long i think.
Erm.. lagi pun dah kumpul banyak-banyak idea untuk update semua sekali. Kan bagus gitu..hehehe

My first point is
You Complete Me

Apa itu sebenarnya? Lelaki untuk wanita ke? Atau wanita untuk lelaki?
Owh..bukan-bukan. Jauh sekali bukan untuk itu.

I would like to dedicate this quote to all my friends. Friends that really close to me.
Yes, you complete me.

Bagaimana ukhwah para sahabat dengan Nabi. Ukhwah sesama para sahabat. Persefahaman, toleransi, kasih sayang yang mereka lahirkan dalam ukhwah mereka itu benar2 terlalu indah. Tidakkah itu dinamakan complete each other.
Andai saya lemah di sini, sahabat saya kuat bahagian itu. Andai dia lemah di tempat lain, mungkin saya atau sahabat lain kuat pula. Saya suka analogi begitu.

Saya juga suka lihat kawan-kawan kelas saya, well Chinese la.. kuatnya ukhwah antara mereka. Begitu menarik perhatian saya. Dan satu kumpulan ni pun benar2 membuka mata saya.
Bagaimana mereka memahami antara satu sama lain. Juga anggota SS501, hehehe...

"Dia tidak suka makan tu. Dia paling pantang kalau ada orang comparekan dia,"
"Dia masakkan untuk saya. Bawakkan komik yang saya suka. Tengokkan saya,"

Indah sungguh ikatan antara mereka. Hubungan mereka amat kuat. Brotherhood la katakan. Buatkan saya impikan keintiman begitu dalam persahabatan saya dengan rakan-rakan yang lain.

Sahabat merupakan cermin buat kita.
Siapa kita, adalah reflect dari sahabat kita.

Dan harapnya, kita [Bunga Raya Girls] mampu mencapai tahap begitu.
You all complete me.
I'm not perfect. The perfection that I don't have, you all have it.
Itu nilai ukhwah yang saya impikan.

Hilal Asyraf.
Wa.. mengapakah dia ada ni?
Saya suka bagaimana dia mengekspresikan kasih sayangnya pada teman-temannya.
Katanya, sehabis baik dia tidak akan melukakan hati teman-temannya. Ini apa yang dibaca di FB. Wah. Saya suka. Dan harapnya saya juga boleh jadi begitu. Sehabis baik, saya tidak mahu melukakan hati sahabat-sahabat saya. Baik yang dekat mahupun yang jauh.

Di kesempatan ni, mohon sejuta kemaafan juga andai ada yang terasa dengan saya. Asam garam dalam hidup berkelompok. Pastinya ada pedas..manis.. pahit dan sebagainya. Pada yang mempunyai perasaan kurang senang dengan saya, saya mohon maaf. Saya sayang kalian.

1. Bermusafir dengannya.
2. Tidur bersamanya.
3. Pernah bergaduh dengannya.

Ini tiga element yang saya masih ingat sewaktu sister gathering dulu-dulu. Kak Niza yang sampaikan. Alhamdulillah, selama saya dengan sahabat-sahabat saya di sini, 3 benda tu sudah kami lalui. Kami pernah musafir sama-sama. Tidur juga satu rumah. Bergaduh? Wa...wa...wa...
Ini jangan cakaplah... dengan Nadiah paling kerap. ^_^ Dan juga Azwani [teman sekolah dulu].

To all my friends..
Bunga Raya Girls..
Ain..
Dila..
Ekin...
Azwani..
Afiqah..
You all complete me.
Thanks to Allah because He send me you guys.
And hopefully we can always strengthen our 'ukhwah'.

Extra lines :
Suka diskusi sama kalian. Hal-hal isu semasa, hal-hal mengumpat, hal-hal muhasabah diri, dan banyak hal. Suka sangat. Kita leh buat satu kumpulan diskusi hebat! InsyaAllah.

Well.. ini entry khas untuk mereka yang bergelar sahabat saya.
Saya mula rasakan ini setelah saya lepasi satu slot semalam.
Saya berfikir jauh dalam hati, even nampaknya saya seperti enjoy dengan happening malam tu.
Saya ketawa, saya bercerita, saya buat lawak, saya mendengar, dan saya memerhati.
Namun dalam hati saya, saya berfikir. Otak saya sedang bekerja.

Namun, setelah puas menganalisa, saya mendapat kata putus. I'm not one of them anymore. Saya tak perlu tamak mahukan semuanya. Saya harus bersyukur dengan apa yang saya miliki di sekeliling saya. Menghargai apa yg telah diberikan pada saya, bukannya meminta sesuatu yang sudah pasti tidak akan menjadi milik saya. Ya, timbul sedikit kekecewaan di akhir slot, tapi tidak akan saya nyatakan secara terang-terangan. Saya lebih suka diamkan diri..kemudian menganalisa lagi. Dunia saya begitu.

Terima kasih pada yang cuba menyelak jendela, menghulurkan tangan, memberikan sedikit suluhan cahaya dan pengudaraan yang lebih nyaman. Namun, hati ini masih belum mampu untuk membina semula kepercayaan yang telah berjaya diragut. Saya terima semuanya, kerna saya tak mampu untuk menolak, tapi untuk berada dalam satu kawah, sukar saya rasakan.

"You complete me" is such a precious statement that I would like to bare in my heart, not just in my mind. May Allah will always be with me.
********************************************************************************

Hujan juga tarbiyah dariNya

Alhamdulillah, sudah dua malam bumi Melaka dibasahi hujan lebat dengan guruh+kilat.
Bumi Melaka sedikit sejuk setelah panas melanda di siang harinya.

Ditakdirkan Allah, selepas slot kedua sebentar tadi, hujan sangatlah lebatnya.
Kami [saya, Aida, Aishah] menghadapi kesukaran untuk pulang ke rumah.
Akhirnya kami sepakat rehat di masjid Al-Irsyad.
Bolehlah juga tunaikan solat Isyak sekali, mohon juga hujan reda.

Di sini, terasa bagaimana diri berserah hanya padaNya.
Memohon dan berdoa agar hujan reda. Kilat tidak menyabung. Guruh tidak berdentum.
Benar-benar mahu bergantung hanya padaNya.

Alhamdulillah, setelah solat, hujan sedikit reda, meskipun guruh masih kedengaran dan kilat memancarkan cahaya ibarat lampu fluroscent kat rumah. Kami bertiga jalan dalam keadaan 'tawakal pada Allah'.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah. Kalau tak saya tak akan menaip di blog ni.
Sekarang sedikit kepeningan, kami bertiga begitu. Namun, jika dibandingkan dengan nilai nyawa yang ada, pening ni sakit yang kecil.

Meh... kami ni suka bergambar. Itulah kelemahan kami bila berjumpa dengan kamera dan cermin. hehehe....

~ selubung satu badan rasa macam tak adil lak sebab yang lain x selubung ~


~ cam rappers pun ada gak ni ~

Setiap yang terjadi sebenarnya ada terselit sesuatu yang harus bijak dikutip.
Andai benar kita selaminya..kita pasti akan temuinya.
*****************************************************************************

Alhamdulillah..
LabTest TMA sudah lepas. Assignment Math pun dah hantar.
Sekarang tinggal peresentation CyberLaw Khamis nanti.
Lepas tu tempuhi final pula! Yeay!

Tidak sabar pula nak pergi IU Dinner ni.
Jom pergi ramai2.
Kami Bunga Raya Girls sume pergi kecuali Nadiah.
Hopefully you will be fine there. Miss you Nadiah!

Erm...
cukup sampai sini. Nanti update lagi.
Pada semua,
jaga diri, jaga hati.


~ kucing selalu ku temu setiap kali habis lab TMA. Kucing yang jual mahal lah sangat mula2..tapi akhirnya jinak juge.. ~

14 Apr 2010

Jenguk kejap

Ambil masa sejenak sebelum masuknya waktu Subuh.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan menjalankan tanggungjawab di muka bumi Allah ni.

Alhamdulillah segala benda yang membuatkan diri tension semakin lama semakin menyepi,
cuma ada assignment, labtest dan presentation aja. Then..final exam pula.

Namun, masih ada seperkara dua yang mengganggu gugat pemikiran. Tapi x apa, bukan sesuatu yang besar pun.

Ok...
today....
LabTest TMA jam 9 pagi.
Doakan semoga segalanya dipermudahkan.

"It is harder than quiz 3 but easy than Quiz 1 and 2,"

So...I wonder how it would be?
Nak tahu? kene tempuh dahulu, then baru dapat tahu macam mana soalan dia.
Pepun.. harapnya dapatlah jawab nanti..dan harapnya enggak juga melakukan sebarang careless mistakes yang biasa dilakukan ketika kuiz.

Erm..Khamis ni cuti. Yeay!!!!!
Minggu depan hampir tiap2 hari tiada kelas.
Yeay!!! Yeay!!!
[sangatlah gembiranya!! yeay!]

Adakah itu bermaksud boleh berseronok?
Oh..no..no... no....
Don't ever ever think like that ok...

Harus study [insyaAllah]
Dan rasanya macam nk terlibat dengan satu program start Khamis ni..
dan nasib baik program tu malam sahaja.
Erm..tapi tetiba tak konfiden pula.
Dengar katanya peserta majority adalah dari sekolah agama/maahad.
Erm...

Kalau saya diberi kelapangan saya join,
If saya patut pergi, macam mana saya elak pun..saya tetap akan berada di situ,
seperti Seminar tempoh hari. Ingatkan tak pergi..tapi pergi juga.
Itulah aturan Allah.

Masa pun semakin suntuk.
Harus mengundurkan diri terlebih dahulu.
Nanti saya update lagi.
Nak story-mory sikit ^_^
Pepun..
jumpa entry akan datang.

Jaga diri..
Jaga hati

p/s : ucapan takziah buat sahabat kita di Cyber, kak Ain Shaari sekeluarga, atas pemergian adiknya. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang beriman.

10 Apr 2010

Back


Ambil sedikit masa untuk update blog.
Alhamdulillah, semuanya telah selamat.

First step I enter that room..it all reflect back my memories..
The way she lay down.. that cloth...
all makes me remember the past.
Really makes me remember that...

Sesi heart to heart with abah dan ibu really gave me something.
And I wish that all my sis+bro also be there..to hear all that..

Allah telah berikan penerangan melalui abah dan ibu. Sesuatu yang saya rasa adik beradik saya perlu tahu tentang itu. Dan dari situ..baru saya sedar pengorbanan perasaan abah. Walaupun kadangkala abah bertindak seperti bukan dirinya.

"Biar anak-anak abah marah abah sekali. Biar korang semua sedih hanya sekali. Abah tak nak korang sedih dua kali. Sebab tu abah buat macam tu,"

Jawapan yang tidak pernah saya dengar daripada dirinya sendiri.
Ampunkan aku ya Allah.
Satukan kami semula ya Allah.

"Abah seronok tengok anak-anak abah berjaya,"

Saya hanya diamkan diri.
Bagi saya, saya tak menyumbang apa-apa pada kegembiraan abah.
Part ni saya sedih sikit..sebabnya...
saya terpaksa berhelah dalam saya meneruskan langkah saya.
Abah ibu tak tahu apa yang akan terjadi pada tahun akhir saya di MMU.
Saya sangat sedih. Harapnya keputusan yang telah saya ambil ini adalah yang terbaik.
Dan walau apa pun terjadi..harapnya abah ibu dapat terima.
InsyaAllah saya akan berusaha utk mengembalikan semula kegembiraan itu.

Esok..saya akan berangkat semula ke Melaka.
Meneruskan semula perjuangan saya.
Langsung juga tidak ada rasa bersalah dalam diri.
Masih punya perasaan kah saya ini??

Biarlah kemelut yang melanda diri hilang dan pergi begitu saja.
Cukuplah andai keluarga saya gembira. Kerna mereka adalah sumber kekuatan saya.
Andai mereka lemah..saya turut sama lemah.
Andai mereka tiada...siapalah saya hingga ke hari ini.

InsyaAllah...
lafaz yang saya sematkan dalam hati.
Dalam merobek semula yang telah terlakar.

p/s : melangkah dengan berhati-hati sambil memotivasikan diri.. sukar tapi tidak bermakna itu mustahil!

7 Apr 2010

Blackout = UKHWAH

Blackout = ukhwah

Apa pula ni cik nurafaz?

Semalam...
Semua sedia maklum..
Satu Bukit Beruang blackout.

Tapi bagi kami di Bunga Raya blackout ni dh jadi kebiasaan dah.
Agak kerap kami dalam kegelapan..disuluh hanya dengan lilin dan lampu suluh.

Namun, kejadian blackout semalam merupakan kejadian yang paling manis dalam ukhwah kami berenam di Bunga Raya.

Saat mulanya saya, Nadiah, Wani, Aida..
mengisi perut dalam gelap, menikmati teh ais buatan Nadiah.
Pelbagai cerita yang kami kongsikan. Saya begitu teruja dengan cerita Wani tu. Sangat teruja!

Malam kami bukan sahaja ditemani dengan cahaya lilin+lampu suluh..
ditemani juga cahaya laptop yang 100% bergantung pada talian bateri yang ada. Hampir tiga laptop silih bertukar ganti bagi memeriahkan suasana kami malam tu.

Semua duk kumpul dalam bilik Aida. Kami semua duk layan citer Hanazakari.
Dah masuk kali kedua buat saya, kerna saya sudah khatam terlebih dahulu cerita tu.
Tapi kerna cerita yang happening, saya amat terhibur!

Dah agak makin lewat tu..
Mulalah isi rumah Bunga Raya bising kerna kami terpaksa mendermakan darah kami sendiri.
Nyamuk yang bertebangan mencari darah menyebabkan kami rasa terlalu rimas. Habis darah kami! Kami mendermakannya pada cara yang salah! [ngeh3]....

Tapi layan je la..
kena gigit pun gigitlah..
bagi can sama itu nyamuk..
sebabnya kalau ada elektrik..
sure akan pasang ubat nyamuk...
Tak berpeluang pula nak gigit kan...
xpe3...

Alhamdulillah dalam kul 3 lebih tu barulah ada elektrik sepenuhnya..
dan bukannya lip-lap-lip-lap seperti sebelumnya.
Kami pun masing-masing telah lena dibuai mimpi..

Kenangan manis buat kami Bunga Raya.
Tapi harapnya janganlah selalu blackout even itu mampu kukuhkan lagi ukhwah kami.
Mane tak nye..
nak ke tandas kena teman.
Nak ke dapur berteman..
Nak masuk bilik pun berteman..
tak ke mantap ukhwah tu???? ^_^

Walau apa pun....
Semalam memang best!
*************************************************************************************

Kini...saya sudah berada di rumah.
Sebaik sahaja kelas TMA tamat
[blackout sekali lagi]
[Thankz to lecturer kerna kami rasa dia amat baik hari ni. sangat baik dengan kami ^_^]
saya ke PS untuk makan..
kemudian ke MC jam 1 petang.

Syukran Kak Zinie kerna tolong hantar saya ke MC.
Semoga Allah permudahkan urusan akak dan semoga akak dikurniakan kekuatan untuk mengharungi segalanya. InsyaAllah! Akak kuat! Saya tahu!

Dan saya akan pulang semula ke Melaka pada hari Sabtu ni.
Jadi teman2 sekalian..
jumpa Sabtu ni ya..

Cukup sampai di sini.
Semoga kalian semua berada dalam pemeliharaanNya.

Akhir kalam,
jaga diri, jaga hati.

p/s : Setapak kita melangkah...jutaan kenangan kita tinggalkan. Setapak kita jauhkan, jutaan resah kita rasakan. Namun...hanya DIA yang tahu apa terbaik untuk kita. Apa yang berlaku sekeliling saya pada hari ni, apa yang saya dengar pada hari ini..buat saya semakin kerap menghitung semula diri ini. Sesungguhnya pertunangan itu bakal menemui diriku pada bila-bila masa.

6 Apr 2010

Melaka Sentral

Selasa, 6 April 2010.

"Cik abang... nk ke mana tu?"

Mata saya tidak berkalih pada pasangan tersebut. Dalam hati saya mula terdetik.

"Selalunya mereka-mereka pasti akan jadi perhatian masyarakat sekeliling mereka,"

Apa sebenarnya yang saya lihat?

Sewaktu saya ke MC tadi.. nak beli tiket untuk balik esok.
Saya duduk sambil baca paper.. tunggu bas Panaroma.
Saya rela menunggu lama daripada naik bas yang ada.
Dan ternyata... kesabaran saya diuji di situ.
Dahlah dua tiga kali hampir dikacau. Erm..
Alhamdulillah.. Allah berikan saya akal untuk berhelah.

Berbalik cerita tadi.
Ada pasangan ni.. yang pastinya seorang perempuan dan seorang lelaki.
Tetapi yang lelaki itu tidak berperwatakkan sebagai lelaki.
Saya memerhati mereka.
Kasihan.

Mereka dijadikan bahan bualan orang lain. Orang lalu je depan mereka, mata tidak berkalih langsung. Mereka lalu depan orang.. orang duk sembang sambil gelak-gelak tengok mereka.

Saya mula kasihan.. walaupun sebenarnya itu adalah kerja mereka sendiri. Mereka memilih jalan itu sendiri. Erm..... dan benda ni akan sentiasa jadi begitu. Sewaktu saya sekolah dulu pun gitu juga. Malah ada sampai pulaukan mereka lagi. Kasihan.

Kita semua tak sempurna. Bagi saya, benar, mereka juga salah sebenarnya. Kenapa mahu berubah jadi yang lain sedangkan kita telah dijadikan seperti apa yang kita sepatutnya jadi. Tapi kita pun salah juga. Kenapa mahu pandang mereka dan meletakkan mereka dalam satu kelompok yang seolah-olah memberitahu kita mereka itu adalah pelik! Apa mereka juga tidak mempunyai perasaan? Apa mereka sangat2 mencemarkan pemandangan kita ke?

Saya nak hujah panjang, saya juga tidak cukup ilmu tentang semua ni. Tapi bagi saya, hormatilah mereka. Hormati dalam erti kata yang seeloknya. Bukan menghormati mereka sehinggalah mereka semakin menjadi-jadi dengan perangai yang ada. Tapi hormati mereka seperti mana kita tahu yang mereka juga adalah manusia biasa..punyai hati dan perasaan.

Jika benar pun kita tak suka dengan mereka. Boleh tunjukkan tapi janganlah keterlaluan sehingga melukakan hati mereka. Mereka perlu kita rapati dan kembalikan mereka kepada fitrah sebenar mereka. Memang susah. Tapi kalau boleh.. jangan sakitkan hati mereka.

Kemudian saya teringat perbualan kosong antara kami Bunga Raya, yang membuat statement bahawa saya menyukai lelaki 'sopan'. Saya mula senyum sorang-sorang kat MC tu bila teringatkan semua tu. Ya Allah.. bagaimanalah boleh terlintas di fikiran teman-teman saya tu ye..

Adakah sebabnya saya selalu menegur mereka2 tersebut? Erm..
Tidak kisahlah... kita kuburkan statement tu yang teman-teman. Tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi di sini. ^_^

Kat MC tadi pun ada Karnival Buku.
Sempat jugalah singgah tapi tak banyak buku yang dipamerkan. Saya jalan-jalan begitu sahaja.
Sesiapa yang nak pergi..bolehlah.. sila-sila datang MC.

Banyak jugalah yang saya dapat belajar sepanjang saya di MC.
Orang kata.. jauh pengembaraan luas pengalaman..ngeh3..
sempat jugalah saya singgah kat kedai games tadi. Tengok promo satu game ni.
Lama juga saya duk situ.. dalam hati saya duk meneka game yang sedang dipromo-kan..
dan ternyata jawapan hati saya tu betul. hehehe.. nasib baik x ada sesi meneka games yang ada.
Kalau tak.. mahu saya bawa balik hadiah ke rumah.. manalah tahu, dapat PS3 ke.. PSP ke.. ^_^

Kepada teman-teman seperjuangan saya sekalian.
Sejak kebelakangan ni, kita semua berada dalam stage ke-tension-nan..
stress.. kekecewaaan..
Kita masing-masing diuji dengan ujian yang berbeza. Saya dengan ujian saya. Kalian dengan ujian kalian. Dan semestinya kalian biasa dengar...

"Allah tak akan menguji kita andai kita tak mampu untuk menempuhnya"

Jadi DIA tahu kita mampu untuk semua tu.
Saya tujukan khas buat teman-teman seperjuangan saya.
Saya mohon agar Allah berikan kita semua kekuatan, titipkan kesabaran, dan cambahkan pengharapan hanya padaNya.

Saya tahu, masing-masing sedang melalui saat sukar dalam setiap detik kalian.
Sama-sama kita berserah padaNya. Sama-sama kita tempuhi semuanya ini dengan penuh keyakinan.

Yup..kekadang kita perlukan masa tuk diri kita sendiri.
Oleh itu, ambillah sedikit masa untuk recharge semula diri kita.
Dan jangan kata tiada masa untuk itu ya..^_^

Semoga kita semua berjaya melaluinya.
Dan...kalau leh..saat jumpa saya manis-maniskan muka kalian.
^_^

"Opportunity Costs...Gives up something, if you want to achieve something..."
~statement seseorang dlm FB.. erm.... i'll accept it.. thank you... it somehow make me realize on something~

3 Apr 2010

Hurt


It really hurts me.
 
I try to find the perfect way to explain...
 
I'm not perfect.
 
Sorry......
 
Follow your own path
 
I know you can do it!
 
Let me switch the way for my ownself...
 
It makes me more relieve
 
Once again....sorry to hurt you.. as it really hurts me also...


2 Apr 2010

Cute

...: Cute :...

Hari ni entry cerita tentang cute.
Tadi gi tengok result midterm..erm..
first impression..relieve.. Alhamdulillah..i pass..
second impression.. Thank God.. i pass..
third impression....he's cute [^_^]

Biar yang lepas jadikan pengajaran dan semangat tuk melangkah lebih kukuh.
Itu saya cakap pada diri time tengok kesemua result midterm.
Syukur pada Allah kerna tunjukkan saya mana kelemahan saya.
Sejauh mana saya telah berada sekarang.

Sedih?
Manusia mana yang tak sedih kalau result tak berapa elok..
Buat tak tahu sudah la.. walaupun dalam hati saya amat kecewa sangat2.
Saya tak tahu sama ada leh pergi jauh atau tak dengan markah tersebut.

Saat jumpa kawan2 sekelas, saya malu.. sangat malu..
pada orang yang saya target tu.. terus malas nak tengok muka dia.
Malu... 
Itu yang saya rasakan.

So...apa saya nak buat sekarang?
Sebelum saya undur diri, saya akan siapkan assignment data struct.
Cuba sedaya upaya saya siapkan.. then baru saya tutup diari.
Lagipun melihat pada kondisi saya sekarang.. semuanya terarah untuk saya lakukan sedemikian.

Yup.. i'm taking the risk..
but I deeply had thought about it..
and I will stick to it.
May Allah show me the way to achieve it.

Pepun..hati saya berbunga..ngeh3...
Mira! Fokus!

Well...
Schedule : 
[this is for the upcoming week]
1. Assignment Data Sruct [last touch]
2. Test 2 Math Tech
3. Kuiz TMA
4. Assignment CyberLaw

Then..I will fly home...

*************************************************************************************

Fly..
I wish that I could fly
Up to the sky
Where I can feel free..
Where I can see others..
Where I can go anywhere I want

But all that just a dream..
A dream...
A dream...

I wish that I could stop the time
Where I can turn things to the other way round
Where I can make others happy..
Where I can feel happy too..

But... it is impossible..
Really impossible..

The only thing that I can do is that...
Just carry on with my life..
With what I have..
With what Allah already gave to me..
With no regrets..
With no complains..
With all of my pleasure..
That says...

"Redha... Anything you done to me.. I accept it no matter what. Because only YOU know the best for me"

With HIM besides me..
I know that..
I can get through all the obstacles
that always appear in my ways...

..: nurafaz :...

*********************************************************************************

p/s : He is soooo cute~~~~ ngee... ^_^
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design