Followers

My Wattpad

30 Mar 2010

nUrAfAZ



"Petikan perjalanan sepanjang pengembaraan"

My officially site.

Perjalanan membawa kepada pengembaraan..
Perjalanan melukiskan pengalaman..
Perjalanan penentu kehidupan...

Ambil masa sekejap update blog selepas tengok We Got Married.
Padanlah Aida cakap die nak kawin..
best ke cite tu?

Firtly, saya sendiri tak tahu apa tujuannya cerita itu.
Untuk apakah?

Pada awalnya, saya sendiri tak layan..
Tapi lihat dek ke-romantik-kan Alex..
dan kebudak-budakkan Hyun Joong..
buatkan saya celikkan mata untuk turut sama ketahui perkembangan mereka.

And I hope that Jun Ki tak akan terlibat dengan cerita tu..^_^..

Sedih?
Itulah suasana mereka di sekeliling saya rasakan pada ketika ini.
Sebab apa?
Tak perlulah saya huraikan kat sini..pepun..saya juga turut sama rasai kesedihannya.
Untuk masa depan.. kita biarkan dia pergi ya?

Kewajipan
Sebagai student, apa yang mesti kita lakukan..dan tidak perlu kita complain tentang itu?

"Study is a PLESSURE, not a PRESSURE"

That word sometimes calm me. It soften my heart.
And sometimes it worry me also..

Andai kau usaha, pasti kau akan berjaya.
Andai kau usaha, pasti Allah berikan yang terbaik untuk dirimu.
Once I glance at it, I noticed that I didnt do well..
Yup.. thats what I feel now...
[sambil kedengaran lagu FIND... suke lagu tu!!]

Reverse the time?
hohohoho....

"Salah satu sebabnya adalah telah terangkatnya keberkatan waktu itu sendiri"

Pejam celik..pejam celik..
dah nak final..
dah nak grad...
Aduh, cepatnya masa berlalu!!!!!

"Masa tidak kan menunggumu walaupun sedetik,"

I need to think wisely..
It is for my own good...

But for sure..
I'm not in a good condition..
there are so many things that i really upset with..

erm...
Kutip iktibar..
Kutip pengajaran..
Andai itu terbaik.

Ok mira?
Cheer up..
You always want people to cheer up..
but you yourself..

"Rumahku Syurgaku"

Serpihan itu saya perlukan..


Ok lah..
nak siapkan tag hari ni gak..
kalau leh petang ni gak siap..
malam leh study tuk kuiz..

Owh....kuiz TMA..
kuiz Data..

26 Mar 2010

^_^

Malam ni tak ada mood sikit.

Maaf pada yang mengajak untuk memasak esok.
Maaf tolak perlawaan kalian. Serba salah sebenarnya, tapi masih ada kerja yang belum saya siapkan.

1. Assgnment Data Structure
2. Assgnment TMT1181
3. Test 2 TMT1181
4. LabTest TMA 1271
5. Dua Quiz TMA starting minggu depan

Dan sememangnya saya tak rancang mahu ke mana-mana hujung minggu ni. Mahu duduk di rumah, siapkan kerja-kerja yang semakin hampir dengan due date nya.

***********************************************************************************
Alhamdulillah, tadi lepas sudah Data Structure mid-term.

Janganlah tanya saya apa-apa tentang subjek ni.
Inilah satu-satunya subjek yang benar-benar telah buat saya down sangat2.
Dan sekarang saya sangat down.

Saya dapat tangkap teori tapi nk coding saya memang lemah.
Sejak Computer Programming 1 lagi. Erm..

Cam tadi..
Saya langsung tidak dapat menumpukan perhatian dalam apa yang saya baca@study.
Lebih cenderung rehat je.
Dapat tahu pula berita buruk daripada ateh saya. Merisaukan saya lagi.
Ya Allah........ saya dibayangi mimpi saya sendiri. Mimpi yang telah lama saya lupakan.

Sekarang ni, saya cuba sangat-sangat untuk berfikir positif.
Saat habis exam, saya cuba tersenyum.. gelak@buat lawak.
Itu pengubat hati saya. Tapi...
saya juga punyai perasaan.
Saat dengar suara abah@ibu, hati saya meruntun.
Kata maaf saya tuturkan kerna saya tak buat sebaiknya dalam exam.

Waktu cuti dulu, saya terfikir nak drop je subjek ni.
Nak tumpukan perhatian pada 4 subjek saya yang lain.
InsyaAllah mungkin dengan 4 subjek tu saya leh naikkan semula pointer saya.
Tak ada lah saya dapat surat lagi.
Tak ada lah saya menghampakan parents saya lagi.
Saya nak lihat mereka senyum dengan result saya.
Saya belum sampai ke tahap itu lagi.

InsyaAllah...
satu hari nanti.

Akhirnya saya batalkan niat nak drop subjek.
Saya lahirkan keyakinan yang saya boleh even keyakinan amatlah tipis.
Saya tak bersedia.

Sebab apa ya saya batalkan niat?
Erm..
mungkin sebab sahabat saya kot.

Sebab adanya sahabat saya sorang ni.
Kerna dia saya cuba kuatkan diri saya untuk bersama-sama dengannya tempuhi subjek ni.
Walaupun dalam hati saya, saya tahu sukar.
Yelah, mana ada yang senang kan????

Assgnment Data lak...
dah try wat..
rupenya salah teknik.
Terpaksa mula balik semula.

Itulah proses belajar kan?

Erm....
*************************************************************************************

InsyaAllah...
harapnya lepas ni bila bukak buku,
tak delah down sangat hendaknya.

Well, saya menanti lagi dua minggu.
Selesai semuanya,
saya akan pulang ke Ipoh.
Saya mahu support kakak saya.

Keluarga kami dah tak seperti dulu.
Dan itu buatkan saya sedikit sedih.

Mungkin itu juga sebab kenapa saya semakin down.
Saya lebih banyak ketawa..kacau orang..[maaf bunga raya]
sebab itu pengubat duka saya.

Sungguh,
dalam saya luka.
Tapi biarlah saya luka dalam senyuman.
Dalam gelak tawa.

Dan biarlah..
tangis saya tak siapa tahu.

Pinta saya pada semua,
doakan agar saya diberi kekuatan.
Agar kita semua diberikan kekuatan.

Dan...
Doakan semuanya baik belaka.

Sebelum saya akhiri entry kali ni..
Saya mahu kalian dengar lagu SS501 ni..
Sedap pula.
Nanti saya upload lagu lain pula. ^_^

Saya tak fanatik pada sesiapa ya..
kerna saya masih ada JunKi.
Biar pun dia curang dengan saya, bersama perempuan Korea lain.
Saya tetap sayang sama dia..hahahhaha






25 Mar 2010

Thank You


Thank You
Syukran
Arigato
Kamsahamnida
Shukriya
Kesuwun
Xie Xie
Terima Kasih

Ucapan penghargaan pada seseorang.
Atas sebab apa kita mengucapkannya?
Atas tindakan baiknya?
Atau sebaliknya?
Sebab lakunya yang menyenangkankah?
Atau sebaliknya?

Tidak kisahlah atas sebab apa
Namun ucapan itu tetap satu penghargaan

"Terima kasih"
"Terima kasih kembali"

Perlukah ucapan penghargaan ini sebenarnya?
Sejauh manakah nilai penghargaan yang ada pada ucapan tersebut?

Hormat
Itu yang paling penting dalam mengucapkan 'terima kasih'.
Menzahirkan tanda hormat kita pada seseorang.

Tapi adakah kita ni kurang hormat atau kurang 'ajar' andai tidak menghargai seseorang itu?
Beredar tanpa berterima kasih?

Pendapat saya
Bukanlah ucapan itu sendiri yang saya pentingkan,
tetapi dengan mengucapkannya kita rasa dihargai.
Selain tu, nampaklah sopan sikit.

Beredar tanpa terima kasih
saya pun tak berapa suka.
Sesiapa pun pasti begitu.

Even, sejak kecil lagi, kita sudah dilatih untuk mengucapkan terima kasih.
Dapat coklat, 'maceh'.
Dapat permainan, cakap apa? terima kasih kat nenek.

Begitu indah adab dan tatasusila yang telah diterapkan.
Jadi, mengapa kita masih lagi perlu dikongkong oleh ego kita sendiri?
Mengapa masih perlu berpura-pura kita hebat, tak perlu menghargai orang lain?
Mengapa perlu ada sekelumit perasaan tersebut dalam diri kita?
Sukar benarkah mahu mengucapkannya?

Apa ucapan terima kasih lagi berat mahu dituturkan daripada I LoVe You?

"Mak, terima kasih masakkan lauk ini semua. Sayang mak,"

"Terima kasih. Susah-susah je,"

"Terima kasih semua,"

Susah sangatkah?
Berat sangatkah?
Perlukan jutaan ringgitkah untuk semua itu?

Erm...

Fikir-fikirkanlah.
Kita tentu tak mahu orang buat kita begitu,
oleh itu jangan kita mulakan dahulu.

"What you give, you will get back,"

Arena sekarang

"Terima kasih,"

"Kasih diterima"

Ni satu lagi ucapan yang saya selalu dengar. First saya dengar, sewaktu saya form 2.

"Kasih diterima,"

Ada komen?
Saya sendiri kekadang terfikir.
Andai ikutkan,cam betul lak.
Terima kasih..so..kasih itu diterima lah kan?
Betul ke?

Tapi jauh di hati saya,
saya sendiri tak dapat nak konklusi tentang itu.
Jika betul niatnya, bolehlah saya terima.
Andai nak menggatal, memang kena sumpah seranah dari saya.

Kesimpulan
Latih-latihkan diri dengan latihan yang ringan ini.
Mungkin ini adalah caranya untuk kita menghargai seseorang itu.
Andai dia tahu kita menghargainya, pastinya ada lahir perasaan gembira.

Capai telefon sekarang,
buka skype sekarang,
facebook online ya..
ucapkan dan sebarkan ucapan terima kasih pada semua
[hehehee]
lebih-lebih lagi mereka yang kalian sayang
Keluarga kalian

Kesempatan ini
Terima kasih pada semua yang sentiasa ada dengan saya.
Sentiasa menghulurkan bantuan, ringankan beban saya.
Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Terima kasih semua...
Terutamanya keluarga saya.
Ibu, Abah, Adik-beradik saya semuanya.
Kalianlah sentiasa di hati saya.
Sayang kalian!

Nota kaki
ucapan itu sangat bermakna buat saya.
Terima kasih pula dari pihak saya.
Walaupun hanya dua patah perkataan,
ia tetap memberi impak pada saya.
Tidak mahu fikir jauh, cukuplah dengan apa yang saya rasai sekarang.
^_^

p/s : minta kalian doakan operation kakak saya berjalan dengan lancar. InsyaAllah 8.4.10, dia akan menjalani operation buang ketulan di dadanya, [saya mahu pulang!] sama seperti kakak saya yang seorang lagi. Oleh kerna keluarga kami ada sejarah penyakit tersebut, dia terpaksa menjalani pembedahan. Minta Allah selamatkannya daripada sebarang mara bahaya dan selamat semuanya. Doa kalian begitu bermakna buat saya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



23 Mar 2010

Hoping

...: Ya Allah :..

Tenangkanlah serta damaikanlah hatinya

Semoga segalanya berjalan lancar

p/s : minggu ni saya rasa begitu tertekan. Tuhan, ini tarbiyah untuk aku, kuatkan diriku

21 Mar 2010

Desk

"Rindu nak makan makanan rumah"

Dah lama rasanya dapur Bunga Raya tidak berasap.

Alhamdulillah..
kami dapat beli barang-barang rumah.
Duit yang ada kami bajetkan sebaiknya.

Naikmat makan kat rumah lebih dirasai dari makan di luar, even lauk nya simple la sangat.
Telur goreng, ikan bilis, ikan masin, sayur.
Simple tapi amat sedap!

Tapi hari ni,
menu kami, ada ayam rendang, sayur masak lemak, ikan masin, ulam2 sikit.
Syukur!

Mari semua, kita makan!
********************************************************************************

Esok dah mula kelas dah.
Alhamdulillah, fieldwork 2 dah siap.
Syukran pada teammate yang telah banyak memberikan kerjasama.
Dua hari buat benda ni, bila dah siap, terasa best sangat.
Sekarang bersedia untuk presentation pula.

Cakap tentang presentation,
lama sudah tidak menempuhinya. Last sekali waktu semester satu yang lepas.
Terasa cuak sedikit, terasa malas pun ada. Tak silap ada tiga presentation yang perlu dilakukan semester ni. hohohoho.. we wait and see ya..

Cakap pula tentang assignment,
ada lagi dua yang sedang menanti untuk disiapkan.
CyberLaw dan Data.

Data lagi dua minggu kena hantar.
Tu yang mendebarkan hati saya ni, ibarat bakal pengantin menanti detik saatnya diijabkabulkan pula rasanya.

Task yang kami perlu selesaikan dalam assignment ni adalah melibatkan ADT Graph.
Konsep..alhamdulillah faham. Leh aplikasikan.
Coding????...belum jengah tutorial lagi.
3 soklan major yang perlu diselesaikan dalam assignment ni..
harapnya bolehlah buat nanti...

CyberLaw pula... cerita tentang virus.
Maklumat dah dapat, cuma tinggal nak compile je lagi.

Saja je nak story-mory kat sini,
hati tak sedap ni.....
dah lama juga tak rasa cam gini...
syuh3... pergi jauh2 ek perasaan ni..
jangan ketuk pintu hati ku lagi~~~

************************************************************************************
Sahabat..
http://emo.huhiho.com
Melihatmu diam
Diriku juga turut tidak berkata apa-apa

Melihatmu sedih dan duka
Diriku juga turut sama merasainya

Melihatmu gembira
Memberikan inspirasi padaku

Meskipun tidak aku tunjukkan sayangku pada mu
Meskipun ada kalanya aku tidak tahu untuk berkata apa-apa
Meskipun aku tak bertanya perkembanganmu

Tapi percayalah..
jauh di sudut hatiku
aku merasai keperitan yang kau tanggung
dan ia juga membuatkan hati aku
turut terluka

Gembiralah duhai sahabat
Kembali bertenagalah duhai sahabat
Teruskan tersenyumlah duhai sahabat

Kerna itu bukan sahaja menyenangkan dirimu
tapi juga mendamaikan perasaanku

Percaya dan yakinlah pada Allah
Ayuh kita bersama bergantung kukuh padaNya

Andai aku jatuh, sambutlah aku
Andai kau jatuh, aku pula menyambutmu
Kerna kau adalah pelengkap diriku

~Sahabat~
*********************************************************************************

Bukan mudah untuk melakarkan kata-kata

*******************************************************************************
Semoga semua yang bergelar sahabat saya berada dalam pemeliharaanNya.

Selagi kalian sahabat saya, kalian adalah pelengkap diri saya.

Dan saya sayang semua sahabat saya.

http://emo.huhiho.com


20 Mar 2010

Piece of life

Waktu Malaysia : 5.46 pagi.

Sunyi aja pagi ni.
Sejuknya pula menusuk sampai ke tulang. Nyaman sungguh tidur nie.

Alhamdulillah
part one sudah selamat ditempuhi.
Sekarang
melangkah pula ke part two.

Part one?
Part two?

Part One
Part ini memberikan sedikit tekanan pada fikiran dan minda saya. Namun, sebagai seorang yang mempunyai tanggungjawab dalam belajarnya, harus ditelan segalanya andai mahu berjaya.

Sekembalinya dari cuti seminggu 3 mid-term pada 3 hari berturut-turut harus ditempuhi.
Subjeknya semuanya teori, melibatkan penghafalan.
So, otak diasah untuk jadi tajam agar dapat mengingat dengan lebih baik.
Mungkin beginilah bebudak law rasanya.
Paper akhir subjek TMA1271. Alhamdulillah, lepas sudah.

Walaupun soklan dia agak direct tapi sebab teori punya pasal, ada juga yang saya skip dengan sengajanya. Namun, syukur, ada juga yang keluar.
Terima kasih pada Eby, Nathiya, Malliga, Nadiah, yang telah sama-sama membantu waktu study group tu. Memang itu yang keluar. Harapnya betullah jawapannya tu.

Dan nasib baik jugalah Mr Poong tak jaga venue, sebabnya aura dia terlalu kuat. Andai dia ada, mungkin sukar nak jawab gamaknye..

Cyberlaw....
"Ada kosong lagi tu mira. Sayang je,"

"Entahlah, aku tak tahu nak tulis apa,"

Ini dialog saya sebelum hantar kertas kecil tu.

"La....banyak juga...,"

Yang ini pula selepas saya hantar kertas tu.

Pepun...kertas kecil tu bantu sikitlah.... walaupun saya sendiri tak faham apa yang saya tulis, mungkin tulisan kecil sangat kot..hohohoho..

Physical Security.
Yang ni..totally teori.
Short nya.... Alhamdulillah, boleh buat ^_^

Part Two
Fieldwork 2 yang kena hantar Isnin ni.
Dek cuti seminggu yang lepas, dan juga midterm yang hadir, menyebabkan kami bertiga bercadang nak siapkan Sabtu dan Ahad ni.

Maaf pada akak2 yang jemput tuk Simposium Mahasiswa. Tak dapat nak pergi.

Tak lupa juga Midterm Data dan kuiz Machine. Semoga Allah permudahkan urusan kami semua.

*********************************************************************************

Pada yang ada exam hari ni [Sabtu],
try your best, and all the best!
Usaha,usaha,usaha, perang dan tawakal.
Campurkan sekali dengan doa dan keyakinan.

Pada Nadiah dan Hajar.
Kita buat Fieldwork kul 10 pagi!!
Sambil-sambil tu singgah ke Open Day MMU,
alang-alang kita nak wat CPTED kan...

Azan Subuh dah berkumandang.
Jumpa lagi lain masa...

"Jujur aku cakap, aku nampak cermin kat depan diaorang. Mungkin tak patut aku cakap ni, tapi ini yang aku rasa. Aku tak nak tinggalkan mereka semua, sebabnya, merekalah yang telah bawa aku sampai ke sini,"

"Majesty....."


16 Mar 2010

Syukur

Syukur.
Alhamdulillah.

Check MMLS pagi tadi..
Lecturer telah tukar waktu mid-term..
Terus start kul 8 malam.

Terima kasih

Itu ucapan yang mahu diungkapkan pada lecturer.
Tidak kisahlah sebab apa ditukar begitu,
hati ini mahu ucapkan terima kasih.

Alhamdulillah,
Allah permudahkan urusan kami.

Doakan kami dapat menempuh semua mid-term dengan jayanya. Amin.

Esok :
Kuiz subjek Machine.
huhuu..

p/s : InsyaAllah.. cuba tak nakal dah dalam kelas TMA lagi.. ^_^

15 Mar 2010

Luahan Penulis


Kecil hati.

Tapi tetap cuba untuk besarkannya.
^_^

Luahan Penulis

Semalam, jiwa penulis diuji dengan satu berita setelah MMLS dilayari.

Machine Architecture
7-9 pm

Asalnya mid-term ni pada 7.30-9.30 mlm.
(Email dihantar agar exam dilakukan jam 8 malam)
Namun, permintaan ditolak.

Dirujuk pada yang lebih pakar.

Resolusi :

1. Solat Maghrib terlebih dahulu.

Kini.. apabila waktu dienjakkan 30 minit lebih awal, penulis semakin keliru.

Pada waktu yang sama, penulis juga tidak dapat untuk berfikir secara positif.
Tidak mahu mendengar alasan kenapa diawalkan.
Adakah tindakan ini disengajakan??!!

Namun, penulis perlu bertindak tenang.

Selepas kelas, penulis bersama teman-teman menemui Lecturer dengan harapan dapat stick pada yang asal.

"It's ok, you can come after your prayer,"
"You can come 8 o'clock,"

Penulis makin terkesima.
Pandangan, renungan serta jelingannya benar-benar buatkan hati penulis kembali terusik.

Memang sikapnya begitu barangkali.
Dia gurumu wahai penulis! Hormatinya!

Itulah bisikan yang cuba dilemparkan.
Antara key-words untuk menenteramkan hati.

Tapi kini, penulis masih terasa sisa baki sesi pertemuan itu.
Berhadapan dengannya secara face to face,
dengan reaksi begitu..
penulis masih tidak dapat lupakan.

Tuhan...dia adalah guruku. Bantu aku untuk kuatkan diri menghormatinya. Dia tetap guruku!

Kini, resolusi :

1. Exam dahulu, keluar awal dari dewan.
2. Jika berani, solat dahulu, kemudian bertempur.
3. Bertempur dahulu, andai tak sempat juga, solatlah di dalam dewan.

"Jangan tunjukkan Islam ni susah sangat,"
kata-kata ayah penulis bergema di cuping telinga.

Penulis kembali berfikir.
Tuhan..
bimbing aku..
pimpin hatiku ini...

Semoga Allah permudahkan urusanku dan juga teman-teman.
Allah tak kan turun sesuatu andai tidak bersebab.
Yakin! InsyaAllah.

"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminta padaMu sebenar-benar tawakal ke atas-Mu dan sebaik-baik sangka dengan-Mu,"

~doa agar sentiasa bersangka baik dengan Allah~

Terfikir juga si penulis mahu laporkan pada SRC..
Agar nasib generasi seterusnya tidak seperti kami...
Kerna kami ini minoriti...

14 Mar 2010

Selamat Kembali

Alhamdulillah.

Selamat sampai di bumi Melaka malam semalam.
Setelah driver bas singgah sebentar di Rembau,
saya pula kelewatan pulang ke rumah. Pepun selamat juga sampai ke rumah
dengan menaiki bas Wira. Sungguh sejuk dalam bas tersebut. Jarang sekali bas Wira@Tuah yang beraircond, sejuk. Mungkin faktor cuaca sekali kot. Maklumlah, semalam hujan.
Kalau kat Ipoh, nak menunggu setitis hujan jatuh ke bumi, sungguh menyeksa jiwa.
Bahang panasnya begitu menguji mental dan fizikal.

Tak lupa juga diucapkan takziah pada Ecah atas kejadian pagi tadi yang ternyata berjaya kejutkan saya dari alam mimpi. Anda hebat!!
Nanti kita beli selipar baru ya Ecah..tapi duit ko la.. aku tolong teman je.

Esok dah mula kelas. Mula rutin ku semula. ^_^
Setelah diberi rehat utk recharge energy selama seminggu,
mulalah sudah saatnya mengeluarkan energy yang ada.

Minggu ni tak silap ada mid-term..erm.. x habis lagi rupenye..
Tak pelah..itulah rutin belajar. Bila belajar, pasti ada ujian.
Sama juga dengan memandu.. first belajar, kemudian ujian.
So, itu kitaran yang normal sebenarnya.

Mohon diberikan kekuatan dan kemudahan, keredhaan dan keyakinan dalam saya dan
teman-teman mengharunginya. Ayuh! cewah2~~~

Saya dah mula merindui rumah saya sebenarnya.. tak pernah pula rasa begini.
Waktu nak balik ritu pun tak sedap hati je.. syuh3.. pergi segala perasaan yang kurang enak ini!!
Mungkin balik kali ni, parents saya tak hantar. Tak sempat jumpa pun.
Ada mesyuarat PIBG dan tak sangka benda tu habis lambat , menyebabkan tak sempat nak hantar saya. Jumpa, salam, peluk cium pun tak sempat.

Dalam hati sedih juga. T_T

Erm...
Cuti kali sy rasa cam biasa tapi nilai sentimentalnya tinggi.. mungkin sepenuhnya saya habiskan masa bersama keluarga saya. huhuhu

Erm..saya pun tak tahu nak tulis apa dah.
Banyak nk cakap, tapi tetiba beku pula.

Dengar khabarnya,
ada pesta@fiesta ya di Pantai Putri.
Tentang apa ya benda tu?
Tak sempat pula nak tengok iklan kat jalan raya.
Malam ni malam kemuncaknya ya?

Erm...
Biarlah hujan terus membasahi Bumi Melaka..
Andai itu yang terbaik!

Oleh itu,
sebelum saya akhiri,
saya nak mengucapkan
selamat memulakan minggu yang baru pada
teman-teman setelah seminggu mid-term break.

Akhir kalam,
jaga diri,
jaga hati.

^_^

p/s: Allah tak akan turunkan sesuatu andai tidak terselit maksud di sebaliknya. Duhai manusia, kutiplah iktibar daripada apa yang telah Allah berikan pada kita. Dunia ini bukan sekadar untuk berhibur.

11 Mar 2010

Alhamdulillah

AEF 1__8 meluncur laju di jalan raya. Sudah lama tidak merasa melayan karenah pemandu-pemandu yang ada di jalan raya. Cadangnya pagi ni nak ke Tabung Haji, tapi, sesampai je..... penuh la plak parking, ramai la plak orangnya, menyebabkan saya terpaksa batalkan niat saya untuk mengeluarkan wang simpanan.

"Kak Mira ni, naik kereta macam naik basikal. Jalan-jalan suka hati plak,"

Adik saya membebel seorang diri.
Dek malas nak ber-argue with my sister, saya pandulah terus ke sekolah. Hari ini keputusan SPM keluar. Adik saya gugup dari semalam lagi.

"Kamu jangan nangis pula mira. Ilah yang ambil result kamu yang nangis lebih,"
Mesej Kak Ikin buatkan saya rasa...erm... sampai begitu sekalikah lembutnya hati saya??

"Kamu tu kan memang, menangis tak bertempat. Mudah sangat touching nya,"
Sorang lagi kakak saya menyokong pula. Haih~~~~

Sesampai je kami ke sekolah, saya membuntuti adik saya. Baru saya teringat, hari ni sekolah. So, ramailah adik2 saya ada di sekolah. Segan tu jangan cakaplah. Nak jumpa cikgu pun segan..^_^

Tapi nasib baiklah, sebab saya kurang kenal dengan batch adik saya ni. Paling rapat pun batch RK. Tapi semua dah pergi tempat lain. Kalau kenal pun, itu melalui FB..

Berbalik pada cerita adik saya.
Debar dia makin terasa time jumpa cikgu-cikgu. Yalah.. cikgu kan dapat tahu keputusan awal dari kita. Adik saya tak tahu lagi keputusan dia.. tapi cikgu-cikgu dah bagitahu dah. Dah tak surprise....

Alhamdulillah...
Allah itu Maha Maha Adil.
Syukran pada Allah atas keputusan adik saya.
Well sis, you deserve it. You really deserve it.
Bak kata cikgu adik saya [juga cikgu saya], adik saya memang berhak dapat keputusan begitu.
Dia study bagai nak gila. Nasib baik tak gila. Pepun, Tahniah sekali lagi dik.

Panjatkan kesyukran pada Illahi. Ini merupakan permulaan dalam hidup. Langkah dengan hati-hati. Dan kecapi lah mimpimu dengan yakin! InsyaAllah, andai kita usaha, Allah akan berikan pada kita.

Adik saya merupakan Best Student. Dia dapat 10 A. Oleh kerna sekarang dah sistem baru, pakai A+, A-,A, B+..dan sebagainya.
Alhamdulillah, adik saya perolehi 6A+ 2A 2A-. Menjadikan dia mendapat straight A's.

Cikgu-cikgu semuanya menantikan result dia. Naik pejabat, tanya result Adilah dahulu.
Tahniah sekali lagi dik. Bangga jadi kakak. [Sebab saya ni nakal sikit time sekolah].


~Teacher Ambika~

Cikgu Add Math saya!!! dan juga cikgu Add Math adik saya!! Cikgu yang paling baik dan cikgu yang paling hebat dalam Add Math. Sayang teacher! Thanks teacher atas tunjuk ajar teacher.

~Cikgu Zainal~

Cikgu yang paling lawak ar. Dia ajar saya waktu saya form 2 jika tak salah.
Sekarang dah pencen dah.

~Barisan pelajar cemerlang bergambar dengan pengetua (yang perempuan tu ek)~

Dengar kata, pencapaian meningkat.
10 A sorang, 7A empat orang, 6A sorang, 5A..

Itu yang saya tahu lah.

Pada adik2 yang kurang berjaya, jangan sedih.
Ini bukan pengakhiran buat kalian.
Perjalanan masih jauh tau. Jangan sempitkan fikiran dengan result di tangan.
Muhasabah diri semula. Dan rancang hidup dengan lebih sempurna.

Pada yang telah berjaya, jangan terlalu gah dengan apa yang dimiliki.
Semua ini sementara. Bersyukur dan berterima kasih lah pada Tuhan.
Rancang sebetulnya planning korang lepas ni. Jangan tersalah langkah.
Istikarah andai kalian buntu memilih apa yang patut.

Pada Ilah...

Nak ambil Farmasi ya?
InsyaAllah..kamu boleh!
Rujuk Haffis tau.
Minta notes pada dia. Minta tunjuk ajar pada dia. Yakin dik!
Gugup lagi ke??? hehehe...

Alhamdulillah, gembira tengok adik2 sekolah Jati tu gembira.
Gembira tengok cikgu2 gembira.

Meh saya bawa pula jalan-jalan tengok sekolah meh!

Ini merupakan kantin sekolah Part 1. Part 2 ada sebelah lagi. Tak sempat nak snap.
Kat sinilah tempatnya kami mengisi perut dan mengosongkan dompet. hehe
Kalau mak cik kantin baik sikit, dan bodeklah dia, dapat makan free aja!

Ini pula kelas saya time Form 4. Sungguh banyak kenangan kat kelas ni.
Suka duka pedih pahit manis semuanya ada. Melarikan diri sebentar ke MRSM Beseri, kemudian pindah balik ke sekolah ni merupakan sesuatu yang saya tak dapat lupa.
Dan di sinilah sya mula mengenal erti apa itu persahabatan.
Dan di sinilah saya mula belajar menilai orang!

Ini pula kelas saya time form 5. Sya duk depan sekali. Memang tempat strategik.
Boring sikit leh kuar, leh tengok orang jalan-jalan kat koridor. Leh bersandar tengok orang bawah. Dan boleh berangan sambil tengok alam sekitar [belakang sekolah tu bukit je..]

Form 5 ya... hohoho.. tak perlulah cerita...
Stage saya baru nak kenal dunia luar. Memang mencabar. Mencabar kan?? hehehe...
Platform saya untuk meneruskan langkah saya sampai ke hari ini.

Ini kalau tak kenal, memang saja.
Bilik Guru!
Tempat selalu saya keluar masuk time sekolah dulu.

"Murid-murid tak dibenarkan masuk sesuka hati,"
Arahan yang selalu diberikan pada setiap pagi waktu perhimpunan.

Tapi saya ni degil sikit. Bilik Guru tu ibarat bilik kedua saya selepas kelas. hehehe...

Yang ni Pusat Sumber.
Tempat yang paling saya liat nak pergi time form 5 even saya ni Pengawas Pusat Sumber.
Ni kiranya bilik saya nombor tiga. Selalu lepak dengan kakak PS ni, bilik dia ada aircond. ^_^
Cikgu PS lak cikgu BI kami so, lagilah best! Time BI je datang PS.. huhuhuhu..

Satu je saya tak gemar.... bila balut buku, balut meja.. tak sampai seminggu semuanya hilang@rosak. Pastu kena balut lagi. Pastu rosak lagi.
Sampai satu tahap, saya rasa biarlah meja tu tak berbalut. Kalau balut pun, tidak ada gunanya...
Isk3...

Yang ni Dewan Perhimpunan. Astaka...
Kat sinilah tempat saya dan bebudak kelas selalu kena buat oral BI.
Sapa nak menyanyi.. sapa nak bersajak.. sapa nak berborak.. kat situlah tempatnya.
Sir suka sangat suruh anak muridnya bercakap waktu perhimpunan.
Sapa tak buat, memang tak akan dapatlah markah.

Kat tempat perhimpunan ni jugalah latihan kawad selalu diadakan.
Rindu giler sangat tu!
Rindu sangat kena marah dengan Haris, sampai campak-campak kayu.
Rindu sangat bergabung dengan Kadet Pertahanan Awam bawah pimpinan Rahimi.
Rindu nak wat formasi ramai-ramai.
Rindu juga nak tengok Rahimi merajuk..hehehe..
Dan rindu juga nak nyanyikan lagu sekolah..huhu
Semua itu dalam memori.

Itulah dia serba sedikit cerita time saya dulu.
Nak snap banyak gambar, hari ni sekolah la pula.
Aiseh..
Tak pe..
Lain kali kita story lagi.

Ok lah..
Dah meleret ni..

Akhir kalam..
Syabas buat adik2 sekalian,
dan syabas buat Ilah!!!! ^_^

10 Mar 2010

Lo$t World

"Maknanya..Kak Mira tahun ni 20 tahun la ek..?"
Tiba-tiba sahaja adik saya bersuara. Bosan kot agaknya dia tu.


"Ah'ah.. kenapa?"

"Tak ada apa, saja tanya,"

"Baik cakap kenapa. Nampak tak matang ke?" saya meluru ke arahnya. Sensitif ni kalau orang sentuh bab umur.

"Ada la sikit,"
Adalah sikit? Maksudmu? Memang kurang matang la tu...?

Pengakuan jujur dari sebuah perbualan yang rasanya dia tak terniat pun nak bertanya. Mungkin kakak dia sorang ni selalu wat kerja budak kecil, tu yang terlintas tu. Idok gitu Ilah?

Hohoho.. selingan memulakan butir-butir di laman ini.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bagi melakarkan sesuatu kat tikar ni.

Esok -Khamis, 11 Mac 2010-
Keputusan SPM keluar.
Jika dulu, saya yang berdebar lebih. Kali ini, tibalah giliran adik saya pula.

"Kak Mira, nanti kak mira solat, kak mira doalah ilah ek,"

Ingat lagi, waktu saya nak ambil result dulu-dulu-dulu..
Waktu tu saya tengah kerja. Nasib baiklah majikan saya faham situasi saya. Saya diberi excuse sekejap untuk ambil result dan kemudian sambung kerja balik. Ramai kawan-kawan saya time tu, pas ambil result, pergi makan ramai-ramai. Tapi teman idok le pergi.

Berbekalkan Proton Saga, drive le teman ke sekolah.
Ok. Tamat cite teman.

Berbalik pada adik2 yang akan terima result esok,
semoga beroleh kejayaan hendaknya. Amin. ^_^

Tak sabar lak teman.. hehehe.. nak ke sekolah esok..huhhuu..

********************************************************************************
Sabtu - 6 Mac 2010 -

Program jalan-jalan bersama junior-junior ku..

~jam 11 pagi~

Inilah dia yang saya katakan tu. Semuanya kawan adik saya. Adik saya yang duduk sebelah saya tu, hitam putih gitu. Mereka berempat ni dah lama merancang nak pergi jalan-jalan. Akhirnya kata sepakat diambil.. pergilah Lost World of Tambun.

Itulah first time saya ke tempat tu. Selama duk Perak, dan selama benda alah tu wujud, itulah kali pertama saya jejakkan kaki ke sana. Excited-nya la!!
Yang paling saya suka, saya di fully support by my sister.
Syukran ya dik.

"Ni camna ni. Kak Cik nak bayar separuh ke Ilah?"

"Tak yah. Fully support,"

Lebar senyuman saya. hehehe.
Memang saya tak keluar sesen pun, tapi untuk makan, ye.. saya keluarkan juga duit,
meskipun kami seludup masuk makanan.
[Sebab peraturan : tidak dibenarkan membawa makanan dari luar]

Well, bagi saya, tempat tu biasa2 je. Tidak se- gah yang diperkatakan.
Tempat dia kecil dan games tak banyak mana. Jika nak dibandingkan dengan Bukit Merah, situ lagi best! ^_^

Tapi dapatlah saya cuba satu game yang saya tak dapat cuba waktu kat Genting Highlands dulu, sebabnya tempat tu ditutup.


Yang sedikit uniknya tempat tu, diadakan satu Fedding Animal. [tak pasti betul ke idak namanya].

Kat tempat animal tu, kita boleh pegang, angkat, belai, sentuh, binatang yang ada kat situ.
Contohnya : monyet, arnah, burung, ular, kura-kura, hamster, kambing, adik-beradik rusa dan banyak lagi.

Ramai yang cakap kat atas tu kawan saya. Ok la tu. At least kalau saya sesat dalam hutan, sembang-sembang dengan dia, hilang sikit bosan.


~Time ni, azan sedang berkumandang. Tidak tahulah sama ada kebetulan dia berdiri tak pun memang dia ni suka sangat berdiri. ^_^~

Harimau ni pula duk berenang dengan bermacam jenis gaya.
Time orang kerumun dia, dia pergi masuk dalam air dan berenang-renang depan kami semua.
Tak tahulah sama ada dia mahu makan kami ke.. tak pun..
panas kot.. tu yang berendam tu.


Journey kami keliling Lost World tamat setelah kami pula mengikut jejak harimau dengan merendamkan diri kami dalam air. Semua tempat mandi kami pergi, termasuklah main gelongsor air yang paling tinggi kat situ. huhuhu.. Tapi Bukit Merah lagi tinggi.

Jumpa pula kawan lama kat situ [bukan monyet ek].
Dia buat program universiti, macam kerja charity kat tempat tu.
Dengan sekolah mana ntah dia buat.
Bagus! Keep that effort!
Tak sempat pula nak ucapkan selamat tinggal kat dia. ^_^

Kami kemas-kemas barang dan pulang jam 6 petang.


Jumpa next entry pula.
Jaga diri, jaga hati.

Akhir kata...
selamat untuk semuanya.
^_^

p/s : assignment memanggil-manggil namaku...tapi dari mana nak mula?? ada sesiapa boleh suluhkan jalan untuk saya???

7 Mar 2010

Minyak Wangi (Dambaan Hati)

Minyak Wangi
(Dambaan Hati)

Minyak wangi ORIGINAL daripada Makkah, Dubai dll.

Jenis-jenisnya:
Habibi, Raudhah, Kasturi Makkah, Mawaddah, Permaisuri Brunei, Medina, Sultana dsb.


Harga :
Dari RM10 - RM 30


~Permaisuri Brunei~


~Habibi~


~Sultana~

Pastinya menambat hati sesiapa pun

Jika berminat, tempahan bolehlah dibuat dengan menghubungi saya :

Nur Amirah Ishak
0136486853

tam_mirh@yahoo.com


atau tinggalkan komen ada di sini.

Sentuhan Qalam (Caligraphy Art Piece)

Sentuhan Qalam
(Caligraphy Art Piece)

~Huruf-huruf Hijaiyah~

Konsep yang diadaptasikan adalah melalui wacana Seni Islam.
Gaya yang diketengahkan menerusi gaya bebas (Abstrak), dan gabungan Seni Khat Abstrak dan Seni Tradisional.

Bahan yang digunakan :
Kanvas, Oil Paint, Acrylic Colours

Harga :
Mengikut pada saiz produk tempahan. Harga boleh dirunding.

~ 60% dalam pembikinan~


Sentuhan Qalam ini tampak lebih menarik dijadikan sebagai hiasan dalaman terutamanya di rumah, pejabat, sekolah, masjid, surau, tempat kerja dan sebagainya.

Ia juga sesuai dijadikan sebagai cenderamata mahupun hadiah buat orang yang tersayang.


Jika berminat, tempahan bolehlah dibuat dengan menghubungi saya :

Nur Amirah Ishak
0136486853
tam_mirh@yahoo.com


atau tinggalkan komen ada di sini.

5 Mar 2010

Lalalala

"Bila awak cakap nak pergi sana, hati tak sedap. Tu yang tanye tu,"
"Owh, yeke. Mekasih la pak cik,"

Itulah dia, kalau tak nak dengar kata-kata orang yang lebih tua.
Lebih-lebih lagi jika yang sedang bercakap tu tidak suka andai kata-katanya didebatkan, tidak diterima.

Alhamdulillah. Allah memudahkan urusan saya Khamis yang lepas. Dua tahun saya tunggu, akhirnya waktu itu, detik itu dan ketika itu hadir juga. Dek kedegilan dan keyakinan dalam diri, nasib baik tidak pergi jauh. Malu pula rasanya mahu ceritakan kat sini. Biarlah orang-orang yang tertentu sahaja mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi http://emo.huhiho.com

Tempat kejadian : Kat Melaka Sentral.
Waktu Kejadian : Tak ingat, hampir jam 5 petang, tengok-tengok dah terbalik dah lori nie.

Pesanan penaja buat pembaca.
Hati-hati ketika memandu. Ingatlah orang yang tersayang, even tak bawa penumpang pun, ingatlah akan nyawa sendiri. Sayangilah nyawa anda. Kita mampu mengubahnya andai kita mengambil langkah pencegahan yang betul. Pasti semua tidak mahu perkara di atas terjadi pada diri sendiri bukan? Pastinya kita tak mahu kita lah penyebab orang yang kita sayang menitiskan air mata kan..? Semuanya terletak di tangan kita.
Jangan juga lupa baca doa naik kenderaan.

Alhamdulillah, kini saya sudah berada di
Tempat saya dilahirkan. Saya transit ke KL terlebih dahulu bagi mengelakkan lewat sampai ke rumah. Nak naik bas Starmart, ada kelas pagi la pula. Jadi, saya dan Nadiah ambil keputusan turun KL terlebih dahulu, sampai KL, kami bawa haluan sendiri.

Dengar cerita pula, mulai 19 Mac 2010 nanti Puduraya akan direnovate, so akan ditutup sementara. Erm... semua akan dipindah ke Hentian Duta. Saya duk fikir, macam mana pula gamaknya saya nanti ek. Jujurnya saya tidak suka KL. [macamlah KL tu suka saya kan]...

Abang2 saya, kakak2 saya ada di kota tu, saya bersyukur kerna saya tak dihantar ke sana. Entah mengapa. KL merupakan satu-satunya kota yang saya takut nak pergi@diami. Bila saya duk dalam bas nk ke Pudu, saya duk fikir, bagaimanalah gamaknya keadaan saya andai saya belajar kat situ. Saya hanya boleh jalan2 kat KL ke tempat-tempat yang biasa saya pergi. Jauh dari itu, saya kurang berani. Saya bersyukur saya diletakkan di Melaka.http://emo.huhiho.com

Esok, insyaAllah, apa yang dirancang akan berjalan seperti yang telah dirancang [??].
Perasaan?? Entahlah, agak kosong la pula. Saya fikir juga, apa yang saya nak buat esok ni. Maklumlah, saya seorang je yang senior, semuanya junior2. Segan pula rasanya... Semoga esok baik-baik hendaknya...

Khamis ni pula, result SPM keluar. Itu pun saya tahu time baca surat khabar pagi tadi. Saya ni kurang gemar baca paper. Kalau dulu ada TV leh tengok berita. Tapi la ni, agak 'kerajinan' untuk semua itu. Oleh kerna saya ada di Ipoh time tu, saya akan turun sama bagi support pada adik2 saya. hehehe... Lama juga tak jumpa cikgu-cikgu. Sekali-sekala sibukkan diri kat situ, apa salahnya kan??? Manalah tahu, kot2 jumpa member2 lama [meskipun harapan tu terlalu tipis].

Nak celoteh panjang, tak tahu nak tulis apa dah. Rasanya cukup di sini saya berceloteh. InsyaAllah jumpa lain entry pula. Pada di Bunga Raya, jangan tangisi pemergian kami ek. Jangan rindui kami.

Pada Aida.. dan seangkatan dengannya.
Best of luck dalam exam seterusnya. Cuba sehabis baik ek! Ganbare!
Ingat, andai kalian berusaha, pasti akan dapat hasilnya. Oleh itu, selagi ada masa ni, selagi tu teruskan usaha kalian!!!

"Nanti ko turun bas, ko jangan cakap terima kasih kat pak cik tu,"
"Ko cakap 'SENGET'. Bukannya faham pun dia,"

3 Mar 2010

Bicara Hati

Terlebih dahulu, izinkan saya memohon maaf atas tindakan saya asyik menukar baju blog saya ni. Bukan apa, pasti ada yang bosan dengan kelakuan saya yang suka sangat cari pakaian lain untuk laman ini bukan? Bukan saya sengaja, saya juga tak dapat nak nyatakan sebab saya menukarnya di sini. Terimalah baju baru ini dengan hati terbuka. Any comment, leave here ataupun kat shoutbox tepi tu..

Apa-apa pun.. saya suka ni baju baru.. http://emo.huhiho.com
Pernah merasai barang penting hilang?
Keadaan sepertinya dompet yang mengandugi IC, ID, kad bank, duit, hilang begitu sahaja, kerna kecuaian kita?

Bagaimana rasanya ya? Mesti kita dalam situasi yang tak tahu nak cakap apa kan.. erm...
Nasihat pada diri saya dan juga pada semua pembaca, jagalah barang peribadi anda sebaiknya. Lebih-lebih lagi macam saya ni, suka letak handphone atas meja. Pernah sekali tertinggal kat kedai pak cik, dek asyik print kerja. Alhamdulillah, rezeki masih ada...^_^...

Hari ini, kes yang sama telah terjadi. Saya terjumpa handphone dalam bilik air kat PS. Alhamdulillah, saya kenal empunya handphone tu, junior saya juga. Dan Allah permudahkan segalanya. Masih ada rezeki lagi adik tu dengan handphonenya.

~Gambar ini sekadar hiasan~

Lagi dua hari, saya akan berangkat ke Ipoh. Adik telah merancang sesuatu dengan kawan-kawannya dan saya secara muka tebalnya, join sekaki. Nasib baiklah saya agak kamcing dengan kawan-kawan die.. so saya tak kisah sangat. Lagipun, adik saya akan support saya. hehehe. Apa punya kakak la kan.. adik pula tolong support..hurm... [klu dia x support, sy pastinya akan duk di rumah hari tu...T_T]

Banyak perkara dalam checklist yang perlu saya lakukan. Ini antara yang saya ingat :
*Kuiz Data Structure [khamis]
*Fieldwork 2
*Mid-term CyberLaw [pas cuti]
*Mid-term Physical Security [pas cuti]
*Assignment Data Structure

Bila fikirkan semua ini, kepala saya naik pening. Tapi saya kena laluinya juga, macam mana sekalipun. Doakan saya agar diberikan kekuatan, kemudahan untuk menyelesaikan semua itu.http://emo.huhiho.com

Pasang surut. Turun naik. Runtuh dan naiknya semula.
Saya sering dengar bait-bait kata ini apabila seseorang itu menghadapi konflik dengan dirinya. Antara ayat common yang akan singgah menyapa cuping telinga saya.

Sabar. Rilek. Kuatkan diri. You can do it.
Antara kata-kata semangat yang mengetuk pintu hati mereka yang sedang berkonflik. Lebih baik kiranya daripada tidak berkata apa-apa, kerna kata-kata itu merupakan doa.

Siapa yang tak pernah mengalami masalah? Konflik? Sila angkat tangan kalian, saya mahu kira.

"Mereka yang tidak mempunyai masalah, sebenarnya bermasalah,"
Inilah apa yang cikgu saya khabarkan pada saya sewaktu saya sekolah dulu. Benarkah? Saya meletakkan penilaian pada kalian semua. Setiap orang berhak memberikan pendapat. Toleransi itu penting.

Saya juga mempunyai masalah saya sendiri. Bila selak semula balik, saya rasakan macam apa je. Entahlah..Lantaklak..Redha jela.. [sbb saya ni suke amik jalan tengah]. Tapi bila saya fikirkan semula, sampai bila saya harus berenang dalam segenap permasalahan yang timbul?

Allah sedang menantimu.
Benar..Allah sedang menanti kita untuk berkongsi denganNya. Jika kita mampu berkongsi dengan pakwe@makwe@tunang@suami@isteri@sebagainya..tentu sekali kita mampu untuk berkongsi pahit manis kita dengan si DIA.. benar?

Pada empunya diri, juga pada pembaca sekalian.. ambillah ruang sedikit, muhasabah kembali. Spend paling kurang pun 5 min untukNya. Mungkin inilah platform kita untuk mendekatinya dan ini jugalah caranya untuk DIA memanggil kita agar tidak semakin jauh denganNya.

Ini apa yang saya rasa dalam diri saya sekarang. Ini apa yang saya mahu berceloteh sekarang. Sama-sama kita ringankan fikiran kita dengan mengingatiNya. ^_^

Ada kalanya bila saya menaip di sini, ia berikan sesuatu impak dalam diri saya sendiri.

Workey.. banyak pula peminat duk panggil nama saya ni. Terpaksa mengundurkan diri. Mekasih pada Ekin atas pengakuan jujurmu. Syukran.

"Assalamualaikum cik,"
"Baru balik ke?"
"Ah'ah, baru habis kelas,"
"Baru habis kelas? Ke sukan?"

Hah???? Aduih~~~~



 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design