Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Sunday, February 28, 2010

Terima kasih Teman

Saat saya bangun dari tidur, saya mengadu pada teman saya. Apa dia? Halnya Albert ke?
Owh...bukan...

Saya tidur keadaan sedikit tertekan... Saya bangun, perasaan itu tetap ada.

"Tension aku wat soklan tu!"

"Selagi ko tak dapat jawab, bukan math la namanya,"

"Yelah tu," nak main-main ke ape dia ni???

"Betullah, kalau tak, tak kan lah Albert Einstein rambut dia tercacak. Selagi rambut ko tak tercacak, itu bukan la tu,"

Erm...
Walaupun dalam nada dia bergurau kot.. ada something yang melekat kat saya. Allah mahu berbicara dengan saya melalui teman saya itu. Alhamdulillah, setelah dia cakap tentang Albert Einstein tu, hati saya sedikit reda.

Tension saya pun kurang dah.. Syukran ya Allah.

Dan teman.. terima kasih even klu ko sedang bergurau tadi.. ^_^...

Ilmuwan Islam dalam bidang Algebra..
Aku mahu menjadi sepertinya! InsyaAllah! Amin!

p/s : jom3....hehehe..

Saturday, February 27, 2010

Suke-suke


Alhamdulillah..
Selesai lab test hampir 11 pagi tadi. Ermmm... How?
Well.. only God and me know the real thing.. ^_^

Tak ada apa pun yang nak dicelotehkan kat sini, just mahu menaip sesuatu sahaja. Mungkin kebosanan agaknya, jadi tikar blog ini menjadi santapan untuk menghilangkan bosan.

Hari Isnin ini pula ada Test Math yang pertama. Kalau tak silap, venue saya ACR 1002. Jam 8 malam. Semoga dipermudahkan untuk menghadapi test tersebut. Kemudian, barulah fikiran saya sedikit ringan.

Sesudah itu apa?
Sesudah itu, saya akan lancarkan satu program yang pernah saya lancarkan sewaktu saya Alpha dulu.. cuba teka apa dia? teka2...

Itulah dia kempen Jom Balik Kampung.
Cuti mid-term selama seminggu mengizinkan saya untuk pulang ke halaman rumah. Sungguh saya semakin homesick! Entah mengapa. Saya rindukan kedamaian suasana rumah saya yang sememangnya sentiasa sunyi..hehehe

Pada yang nak balik jauh2 tu.. cam Kelantan.. Terengganu.. Sila-sila lah beli tiket tu awal-awal..
Kalau tak nanti tak balik.. atau memang tak nak balik?

Pada yang dah beli tiket tu, jangan over excited nak balik. Al-maklumlah.. bila duduk satu rumah ni.. yang sealu akan ditanya..

"Bila balik?"

Kalau jawapannya adalah awal.. tak mengapa lagi. Bila part balik lambat je..

"Ala..kesiannya balik lambat. Tak pe, kali ni, kitaorang balik dulu. Asyik ko je balik awal..ahahaha.. balik lambat!!"

Tengok.. haih~~~ Itulah ragam manusia. Namun, ragam itulah yang mewarnai hidup kita kan??
Kalau tiada ragam, tiadalah asam, tiadalah masin, manis dan sebagainya. Keruh selalu pun tak bagus kan? [ini apa yang saya pelajari satu sem yang lepas... asyik keruh je].

Jadi, saya harap dan amat berharap, kawan-kawan juga jangan begitu. Keruh tu tak menarik kan? Jernih juga yang dipandang. Oleh itu.. selalulah tersenyum.. even senyum sorang-sorang..http://emo.huhiho.com

Rasanya cukup sampai di sini. Semoga semuanya berada dalam jagaanNya. Jangan lupa mereka yang kita sayang. Andai mereka yang kita sayang berada dalam kesusahan, mahukah kita lihat mereka terus tersepit??? fikir-fikirkanlah....

anyway... kredit to Uddin
for the nice work...

Selamat untuk semuanya.. ^_^

"Mira.. dah beli bas??"

"Bas?"

p/s : dari saya beli bas.. baik saya beli Swift je.. hahaha

Thursday, February 25, 2010

Bonjevilla

Wonder...

When talk about wonder...
Will it be Alice in Wonderland???

Erm..


That's not what I want to write about.

Jadi kita tolak tepi-tepi cerita di atas. Tiket dia mahal oOoo... sebab kawan-kawan cakap ia adalah 3D nye cite.. so tiket pun mahal jugalah.

Pagi tadi...time ber-facebooking, sesuatu mengejutkan saya. Setelah sekian lama, saya memang dalam terkejut[???], sehinggakan Wani tegur saya,

"Asal mira?"
"Owh....xde ape.. facebook..," Itu je yang mampu saya ucapkan. Namun jauh di sudut hati saya, saya keep wonder. And it really hurts me little bit.

Oleh sebab saya malas nak fikir banyak-banyak dan ia akan merubah mood saya juga, jadi saya cuba padam benda tu perlahan-lahan. Bila saya balik dari kelas tadi... erm.. saya bukak lek, apa yang saya duk tengok pagi tadi betul rupenye.. ingatkan saya bermimpi.

Saya minta diberikan kekuatan. Saya tak mahu yang lepas datang berulang kembali. Kerna ia memeritkan jiwa saya sebenarnya. Andai saya boleh bersemuka, saya akan bersemuka, insyaAllah.

Walau apa pun, banyak lagi yang perlu saya runsingkan. Dan saya mahu berfikiran positif. Biar ini semua berada dalam hati saya, selagi saya belum ketahui hal sebenarnya.

Kepada Ecah, terima kasih memberikan idea untuk tajuk entry kali ni.. hahahahaha...
Sesiapa yang sakit mulut tu.. leh ar cuba Bonjevilla keluaran Ecah..
Kalau kat kedai.. Bonjella. Dua perkara yang berbeza tu ek... ^_^

Akhir sekali... saya mendoakan agar semuanya kembali pulih. Dan jangan diduga perasaan saya ni. senyum-senyum selalu ^_^.. biar apa yang berlaku! ^_^

p/s : kenapa ek??



Wednesday, February 24, 2010

Relaks Sebentar

Relaks Sebentar

Masih mempunyai waktu untuk relaks?
Relaks untuk mengupdate blog sebenarnya.

Minggu ni adalah minggu pack buat saya. Apa yang pack ya?
Terlebih dahulu... saya ingin memohon maaf kerna tak dapat hadir untuk talk semalam. Ada replacement kelas semalam. Kemudian, saya ada urusan yang perlu diselesaikan menyebabkan saya tak sempat hendak turut serta talk tersebut.

Workey.... terima kasih buat uncle HP yang deliver notebook kami sampai ke CIMB.. takut sesat ye~~~ hehehe...Alhamdulillah, Bunga Raya dah ada notebook. Saya rasa teruja sangat walhal notebook je. [jgn risau benQ, you still the best!]


Esok ada kuiz data structure. Inilah subjek paling killer untuk semester 3 ni. Jujurnya, saya memang tak berapa nak faham isi subjek ni. Datang tutorial pun saya rasa sedih sangat kerna paling tak faham apa yang diajar. hohohoho. Memang kena workhard, sangat workhard untuk subjek ni.

Dan Sabtu ni pula lab test untuk subjek yang sama...http://emo.huhiho.com
Mahu mengalah ke? InsyaAllah tidak. Kena polish lebih sikit lagi!!!! Jia you!!!

Pada teman2 seperjuangan saya, best of luck untuk kuiz dan lab test.. Orang selalu cakap terutamanya waktu kuiz...
"Sharing is caring.."

Isnin depan pulak ada test 1 Math Tech. InsyaAllah! ^_^
Jadi.. saya just mahu harungi minggu ni dengan aman sekali. Biar macam mana pun, tetap aman saya rasakan. Itu sahaja.


Minta izin ya untuk gambar ni. Ni saya snap waktu kelas tuto Math Tech. Saya kagum dengan laki Cina tu. Even tuto tu tak diajar lagi, gigih untuk dia memahami setiap jalan kerja yang ada di skrin depan. Bagus2. Saya pula macam mana?? Ce tanya sahabat saya dalam gambar tu saya cmne..hahahaha

Dia memiliki kekuatan tangan yang amat kuat. Kalau dia pegang tangan saya, nak terputus arteri saya.. hebat bukan dia ni? Walau apa pun, kelebihannya itu merupakan platform orang takut pada dia.. haaaa... brani dekat??? hahahaha..

Jangan marah ek.. kata suh cite tentang dirimu..ngeh3...


Yang ini pula saya snap kat masjid. Saya tertarik benar dengan rekaan dan jenis kasut begini. Cam tikar je tengoknya. Menarik2. eh3...kasut Nadiah pun ada sekali ar...

"Ko makan camtu je ke Mira?"
"Tak buang kulit luar dulu?"
"Tak pernah lak aku buang kulit pau ni. Makan jela,"

Antara line dialog saya dengan seorang teman ketika kami menyiapkan urusan MPBP yang lepas. Dan ga,bar di atas merupakan kali pertama saya makan pau buang kulitnya. Hahahaha.. tak pernah dibuat orang ke pun?? haih~~~


Yang ni lak....hohhoo..
Aida tak bagitahu pun yang ayah dia buka kedai nasi ayam.
NASI AYAM MUSTAFAH

Sampai hati Aida....

"Mustafa ok.. Bukan Mustafah!" Aida menafikannya..ish3...

"Ada ke.. yang H tu tiang ar.. bukan huruf.. jadi.. Mustafa.." saya mengiyakannya.

Akhir kata..jom ikut saya wat senaman nie...http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

lastly....http://emo.huhiho.com

Monday, February 22, 2010

...: Courage :...


Semalam..baru sahaja saya berbicara tentang semangat. Hari ini, sahabat saya memberikan saya sebuah cd yang berjudul "Courage".

Sebuah cerita Jepun yang diadaptasikan daripada kisah benar. Seperti ceritanya "One Little of Tears".

Namun, bukan kisah penyakit semata-mata, ada sentimental value yang cukup berharga yang diterapkan dalam movie ini.

Hampir dua jam lamanya saya menumpukan perhatian saya untuk cerita ini. Youki, seorang yang amat happy go lucky telah menghidap Massive Osteolysis. Satu penyakit yang jarang-jarang ditemui. Dan dia merupakan orang yang ke lapan menghidapi penyakit sebegitu. Tisu di otaknya hilang secara tiba-tiba dan tidak dapat diselidik apa punca sebenar penyakitnya itu.

Doktor telah mengambil inisiatif untuk melakukan pembedahan dengan menampal tisu yang hilang tu. Namun, sayangnya, ia mula merebak dan meninggalkan kesan yang lebih buruk pada pesakit. Ia meragut penglihatan, pergerakan dan akhirnya meragut nyawa.

Namun, yang tersentuhnya cerita ini adalah nilai persahabatan yang terjalin antara Youki dan rakan-rakannya yang lain. Mereka first berjumpa di Australia. Apabila Youki di hospital, dia menelefon semua rakannya untuk datang melawatnya. Tak ke pelik tindakannya itu?

Dalam kesakitan itu, dia mampu untuk membimbing rakan-rakannya dalam hidup mereka. Dan mereka tahu, tiada apa yang mampu mereka lakukan untuk Youki, selain merealisasikan impian hidup mereka untuk Youki.

"He taught us how to live our lives the fullest,"

"When I know, there is nothing I can do for him, it makes me feel mad!"

"He is Youki. How can he say all that,"

Antara dialog yang juga menarik perhatian saya.
Bagaimana semua rakan-rakannya cuba menggembirakannya walhal ia adalah sebaliknya. Youki tidak langsung menampakkan kekusutan yang dialami pada sahabatnya yang lain.

Saya sungguh tersentuh dengan nilai persahabatan yang ditunjukkan.

"He brought us together,"

Juga, kasih seorang ibu yang sentiasa di sisi anaknya. Ketabahan seorang ibu apabila mengetahui anak yang tercinta di ambang maut.

"Why it all have to be him?"

Syukran pada Hajar yang meminjamkan CD nya pada saya. Cerita ini amat menyentuh sanubari saya. Syukran pada sahabat-sahabat saya semuanya yang sentiasa ada di sisi saya tidak kira masa dan tempat. Semoga ukhwah kita kekal hingga ke akhir hayat hidup kita.

Juga, pada ibu, abah, mak.
You all are the sweetest in my heart.

Sunday, February 21, 2010

Bermula


Cuti yang diberikan bagi meraikan CNY (Chinese New Year) telah berakhir. Esok, bermulalah episod baru bagi minggu yang baru untuk ke kelas.

Bagaimana dengan tahap persediaan kita untuk hari esok dan seterusnya?
Lama sudah rasanya tak ke kelas. Lama sudah rasanya tak berjumpa dengan lecturer-lecturer.
Semuanya dirasakan terlalu lama. Tak sabar juga ada, namun persediaan, tidak tahu sudah sampai ke level yang mana.

Alhamdulillah, tahniah dan syabas buat groupmate saya, Nadiah dan Hajar, yang sama-sama bertungkus-lumus menyiapkan fieldwork 1. Kita tunggu pula fieldwork 2 pula yang bakal menyusul tak lama lagi. Kalau tak silap saya, minggu ni saya ada kuiz untuk data structure. Sabtu pula ada labtest. Ya Allah, berikan kami semua kekuatan untuk menempuhinya.

Senyuman. Itu yang mampu untuk meruntunkan rasa hati yang sentiasa gundah gelana. Bagi saya, seseorang yang saya tahu dia punyai masalah, kekusutan, namun masih mampu untuk tersenyum serta menggembirakan hati orang lain, adalah insan yang hebat sebenarnya. Buat teman-teman yang saya lihat begitu di depan saya sendiri, ketahuilah, kalian insan yang hebat sebenarnya. Bukan semua yang bergelar insan mampu untuk melakukan semua itu. Ambillah sedikit ruang untuk diri ya. ^_^

InsyaAllah, segala kekusutan pasti ada jalan keluarnya. Yakin padaNya.

Kematangan. Sesuatu yang subjektif untuk dibahaskan. Matang dalam menjalani serta melakukan sesuatu adalah sukar untuk diperolehi. Bak kata orang, asam garam kehidupan memberikan pengalaman dan menjadikan kita matang. Benar?
Saat saya menyelak semula entry-entry saya, saya dapat lihat sejauh mana tahap kematangan saya. hohoho. Bila saya baca semula saat saya waktu Alpha dulu, waktu saya create sendiri cerita pendek yang menjadi perantaraan dalam menyatakan isi hati, saya dapat lihat sebenarnya, warna-warni yang sedang berlaku di sekeliling saya. Untuk semua itu, pada Allah jualah saya panjatkan kesyukuran. Kerna redhaNya jualah, saya masih di sini.


Kegembiraan. Amat indah andainya ia sentiasa menerpa pada diri kita. Sehinggakan kita tidak sedar kita lakukan sesuatu yang di luar batasan pemikiran kita hanya untuk gembira. Melihat orang gembira juga memberikan kegembiraan pada diri sendiri. Begitu jugalah sebaliknya. Bila mereka yang ada dengan kita hadapi kesulitan, mampukah kita still gembira?

Semangat. Inner power yang ada dalam diri setiap insan [seperti iklan BML Nouveaux Visages]. "Manusia tidak boleh memberikan booster pada kita. Hanya Allah yang boleh berikan kita booster itu". Kata-kata seorang senior sedikit sebanyak membuatkan saya berfikir. "Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan" ~Al-Fatihah : 5~
Allah lah segala-galanya kerna dialah yang paling hampir dengan kita, sangat hampir, terlalu hampir hingga kita tidak sedar akanNya yang ada dengan kita setiap masa.


Prihatin dan kasih sayang. Merupakan dua perkara yang berbeza. Namun apabila disatukan, menjadi satu erti yang indah untuk dibahaskan. Bila kasih dipupuk, pastinya perasaan sayang mulai bercambah. Kemudian, lahirlah keprihatinan luhur dari jiwa. Itulah kombinasi indah yang dimaksudkan. Namun, berhati-hatilah. Kasih yang dipupuk, sayang yang bercambah dan prihatin yang lahir itu, andai disalurkan pada orang yang salah, tempat yang tidak kena, dan waktu yang kurang sesuai, kebinasaan pada diri pasti akan berlaku. Kerap kali artikel2, cerita2, malah di mana-mana pun mengungkapkan perihal ini. Pandai-pandailah kita dalam membuat keputusan, dalam menentukan mana yang terbaik buat kita, agar kita sentiasa berada di landasan yang sebenarnya. Ingatlah juga. Jangan kita sesekali lupa pada pemberi kasih sayang itu sendiri, iaitu Allah.

Itu dia, sedikit sebanyak yang mahu saya kongsi pada semua yang membaca. Andai terselit hikmah dalam setiap bait kata yang saya tulis ini, ambillah iktibar. Andai tidak, anggaplah ini luahan dari hati saya sahaja.

Cukup saja sampai di sini. Semoga ketemu lagi. Seperti biasa.... jaga diri, jaga hati, nanti jatuh susah pula. Wasalam.

Saturday, February 20, 2010

Webcam

Uiiissshh...
Webcam dijadikan tajuk blog. Apa kaitannya?

Haa... pernah tgk iklan upin dan ipin yang mempromotekan penggunaan internet?
Kalau tak silap saya... YM yang digunakannya untuk promote tu..hehehe

Dengan dunia yang cukup global sekarang ni....
Dan dengan ada YM.. even Skype.. MSN.. dan banyak lagi..
sebenarnya ia telah membuka ruang pada kita semua untuk berhubung bagi jarak yang lebih jauh.. betul tak?

Contoh, kiranya.. ada sahabat2 atau saudara-mara kat luar negara.. leh guna Skype.. hehehe..
Rasenya sume tahu dah kot..

Malah.. ada pula yang mahu jimatkan kredit dengan hanya menggunakan YM.. bagus2..
dan juga menjimatkan suara. Tak perlulah nak beli ubat sakit tekak dah lepas ni. Nak cover suara bangun tidur pun boleh dengan YM.. Skype.. dan semua yang ada.

Kenapa saya kata begitu?

Mana tak nye...
Dalam satu umah.. dalam satu bilik.. tapi menggunakan YM sebagai medium untuk berinteraksi.. seperti telah terpampang di pintu bilik.."Sila Senyap!".
Kalau kat 'tempat' dulu.. YM ni amat penting bg kami. Bukan semua boleh kita cakap secara direct.. benar?

Lihatlah betapa canggihnya dunia kita sekarang ni... hurm...

Oleh itu.. mari saya bawakan tajuk webcam ini kepada tujuan sebenarnya.

TAAAADDAAA...

Webcam bergerak! Heheh..
Lihat jenamanya tu.. BENQ!!!

Al-maklumlah... saya nye lappy xde webcam yang TERLEKAT atau TERSEDIA ADA dalam laptop..
So, I get for free this external webcam..

It was so nice..
Benda ni dah lama dah. Tapi sebabnya baru2 ni Bunga Raya Girls kemaruk Skype.. saya pun mengeluarkan webcam yang berazimat ni.

Ye... tahu.. saya punya external.. tapi cuba lihat...

Saya nye webcam leh dibengkokkan. Kalian nye leh? [Tuju khas tuk bebudak Bunga Raya]
Kalian nye leh ke bengkok cam teman nye ni? Nanti tercabut lak skrin kan...

Lagi satu..
Cuba lihat betul-betul dua gambar ni..





Kejap ada kepala..kejap xde plak.
Leh main sorok-sorok lak dia nye head dia.

Kalian nye leh ke?? hahahahaha
Nak sorok camne? Waktu tutup laptop ke?? hahahaha

Maaf-maaf..
ter-over acting lak.

Ni entry sangat-sangat ditujukan untuk Bunga Raya Girls.
Bukan nak bangga tapi nak tunjukkan kenyataan.
Kat webcam-ku ada jenama BENQ lagi..
korang ada ke?

Mana tulisnye DELL.. Mana tulisnya COMPAQ?
ACER? [Jenama paling saya boikot sampai ke sudah!]

Hohohohooho..
Maaf-maaf..
Nampak sangat bangga diri, walhal webcam je pun..
external plak tu..
Namun saya tetap bersyukur, saya ada webcam..
dan ternyata lebih unik dari orang-orang di rumah saya!!
Hahahahahaahhaa

Last but not least..
My Lappy's screen boleh dijadikan lapik apa-apa pun.. sebabnya my lappy boleh diturunkan skrin dia sehingga 180 darjah. x percaya?? meh datang jumpa saya.. i show you then..

Hehehe..
This is part of my lappy story.
Banyak lagi sebenarnya..
Nanti kita wat part by part..
Pastu pakat ramai2 beli BENQ!!

Hehehehe...
Wahai pengguna lappy BENQ!
Mari kita majukan BENQ ini.. ^_^

Ada yang beritahu... BENQ bererti STUDY.. Benar ke??? Hurm...

p/s : Tak rugi tengok cite tu buat kali kedua! ^_^


Friday, February 19, 2010

Blue is my favourite colour

Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya,
masih diberi kesempatan untuk berada di sini.

Akhirnya....


Saya buat transformasi terakhir [InsyaAllah] untuk my blog...
Hard for me to find theme that is all in blue. Hard2..

Tu pun nasib baik ada penasihat kat sebelah duk tolong komen.
Hope this will be the last.

Erm... Cumenye.. bahagian tulisan je nampak seakan besar.. ke skrin lappy saya yang besar.. entahlah..

Tapi x pe, tak perlulah nak pakai spek pas ni bila nak baca blog saya dah. hehe...

Saya menanti sesuatu dari blog Aida sebenarnya.. nak tahu apa.. try baca..
kot2 dia dah update.. tapi bukan sal tag tu ek..

Petang tadi, tengah duk menunggu masuknya waktu Asar, saya selak semula entry2 lama di blog saya ni. Tu la dia tabiat saya, suka membaca semula kiriman entry di blog sendiri. Hahaha..

Tak pun saya akan tengok semula gambar2 waktu saya muda2 lu..hehehe


"Ko x sedih ke mira tengok gambar2 tu?"

La.. nak sedih gaponye... Lainlah kalau gambar tu kapal karam ke.. apa ke..
Tapi jawapan saya,

"Sedih juga...," Sebab apa?

Sebabnye.. setiap yang di snap memberikan nilai sentimental yang tersendiri..
Cam kasut Hani kat rumah kami ni..

"Akak.. jangan buang kasut saya tu. Tahu dah lama, tapi nilai sentimentalnya tinggi,"
[Maaf ya Hani. Tapi jangan risau, kasut tu masih selamat dalam jagaan kami].

Life must go on, right?

Erti Hidup Pada Memberi [trademark Ustaz Hasrizal]. Perhati juga akan apa yang hendak diberikan dan pada siapa yang hendak menerimanya.

So...have to pack now.. go prepare myself to work tonight.

Hope sempatlah siapkan semuanya. Dan saya perlu take note balik tarikh2 penting yang bakal saya tempuhi nanti [uuiiii] hehehe..

Sebabnya.. saya dah mula lupa kelas saya, bila waktunye.. kat mana kelas tu.. bila midterm.. quiz.. even nak submit assignment pun saya kurang ingat. Erm..

Ok then.. jumpa lain slot pula..^_^

Jaga diri, jaga hati.. takut jatuh plak nanti kan..

Take care..


Wednesday, February 17, 2010

Tag

~Kene tag dengan cik Syamsuddin [baru nak wat..] [FB].. anyway..saje nk isi masa yang ada..~
~Ecah suh masuk blog... hahaha.. sesiapa bace sila wat..if rajin.. cam Ecah..Nadiah.. Aida.. Apih.. Fain... Uddin.. Zakwan.. Syima..

1. Where did you take your profile pic?
~kt Ipoh

2. What exactly are you wearing right now?
~perlu ke jawab??

3. What is your current problem?
~menyiapkan fieldwork....

4. What makes you happy most?
~bersama mereka yang aku sayang

5. What's the name of the song that you're listening to?
~ x dengar lagu skg

6. Any celeb you would marry?
~ erm.......Lee Jun Ki for sure!

7. Name someone with the same birthday as you?
~ Jason(Tong Mun Hoe), Mira[kawan jumpa kt Terengganu..sama nama plak tu]

8. Ever sang in front of a large audience?
~ waktu wat oral BI..

9. Has anyone ever said you look like a celebrity?
~ ade2..hehehe

10. Do you still watch kiddie movies or kiddie TV shows?
~ PR

11. Do you speak any languages?
~ BM, BI, Cina [sikit2], Jepun[ amat sikit], Arab[ pun sikit2]

12.Do you ever watch MTV?
~ pernah kot.. xpasti ar

Chapter 1:
=====================

1. Middle name:
~ xde

2. Nickname(s):
~ Mira, Timah, Amirah, nurafaz

3. Current location:
~ Bunga Raya, Melaka

4. Eye color:
~ Hitam kot....

Chapter 2:
=====================

Do you get along well with your parents?
~ i love them.

Chapter 3: Favorites
==========================
=

1. Ice creams
~ chocolate

2. Shampoo/conditioner:
~ Green Tea [Follow Me]

Chapter 4: Do You...
==========================
=

1. Dance in the shower?
~ Erm... nape nk suruh daftar masuk pertandingan menari ke??

2. Do you write on your hand?
~ sometimes kalau terdesak sangat

3. Call people back?
~ klu penting...kredit ade.. kol je

4. Believe in love?
~ Believe..

5. Any mental health issues?
~ x pernah pun


Chapter 5: Have You..
.=========================
====

1. Broken a bone?
~ Tak de

2. Sprained anything?
~ Waktu tgh shopping

3. Had physical therapy?
~ xde

4. Gotten stitches?
~ xde

5. Taken painkillers?
~ depend


HOW I END MY SENTENCES
==========================
=====
1. I love: with all my heart.

2. I don't understand: the thing that i don't understand.

3. When I wake up in the morning: i go to toilet

4. Life is full of: opportunity

5. I get annoyed very quickly when: people make fun of me

6. Parties are: ok for me..but depend on the certain condition and situation

7. Dogs are: animal

8. Cats are: animal too

9. Tomorrow is: a chance for everything

10. I have a low tolerance for: people that drive me crazy..

11. If I had a million dollars I would: buy SWIFT and make my parents happy

12. I'm totally terrified of :ALLAH

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango

Cerita ni dah berabad la gamaknye.. tapi saya baru nak tengok.
Punyalah berkurun dalam hard disk, baru dua hari lepas buka untuk mengkhatamkannya.

Balik awal la katakan.. saya tak tidur sampai ke Subuh tengok season 2 Hana Yori Dango ni... sambil2 tunggu Syima pulang. Maklumlah tinggal sorang-sorang kat Bunga Raya ni. Dah lah bunga kebangsaan, kena berwaspada juga.. ^_^

Alhamdulillah, semalam, saya berjaya tengok season 1 dan season 2 plus movie Hana Yori Dango [Boys Over Flower dalam Korea... Meteor Garden dalam Taiwan]. Memang menarik. Saya lebih suka Jepun punya. [Thumbs up].

Dan saya lebih suka tengok cite Jepun daripada Korea. Ceritanya tak banyak stress. Cerita Korea yang paling saya layan.. MY GIRL.. Itu sahaja. hehe..

Ada yang beritahu, pelakon untuk Jepun ni tak le hensem mana.. terpulanglah.. biar ranking 3 sekali pun, saya tetap enjoy ini cerita. Pelakon utama die [Tsukasa Domyoji], kalau sesiapa kenal, dia pernah berlakon dalam Gokusen.. yang season berapa nya saya kurang pasti pula.

Cerita ni buat saya selalu nak tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Setiap orang lain pendapatnya. Mungkin pada orang lain, cerita ni ntah apa-apa ntah. So, terpulanglah...

Yang paling saya tak sangka.. IKUTA TOMA ada dalam cerita ni!! Season yang kedua nye.. hehehe.. bagus2..


~Ni saya snap yang movie nye. Hehehe... keyakinan dan kesungguhan Tsukasa menambat hati saya. Al-maklumlah.. windows 7 leh snap guna snipping tool..hehehe.. pause kejap..pastu snap.. cube2 la ek..~

~Comel tak?? hehehe.. ni la pelakon utama dia.. Cubalah tengok cite ni. Kalau nak, leh minta kat saya..hehhe~~

Tapi kan... tetap tak leh nak tandingi....

~My JunKi.... hehehehe.... No one.. He still the best for me..~

Minggu ni tak ada kelas.. hoho..
tapi banyak pula kerja yang beratur tuk diuruskan..

Erm..
cukup sampai sini je..

p/s : Internet dah ada kat umah..Alhamdulillah.. Terima kasih pada yang membantu..

Sunday, February 14, 2010

Percy Jackson


Baru je balik dari tengok wayang cite kat atas ni dengan Angah (Aida... jangan nak mengharap ek), Kak Ikin, adikku (Ilah).

Cerita yang sememangnya best!! Kalau kat Facebook ada button LIKE.. so saya nak wat LIKE kat blog ni..

Pernah tengok Hercules? Cite tu ada sikit2 kesinambungan Hercules. Hehehe..
Saya pula jenis yang suka cerita fiksyen.. cite kuasa2.. cam Sailormoon, Power Rangers...
Dan cite kat atas tu memang best!

Rugi tak tengok. Dan berbaloi jugalah.
Nak cerita banyak2, cam x best la plak kan..

Trailer leh tengok kat YouTube.. Search je.


Jangan lupe listkan cite ni dalam list movie yang mesti kalian tonton..hehehe ^_^

Pas tengok wayang, angah bawa gi kedai mamak yang slalau arawah mak gi makan.
Restoran Rahim..dekat dengan CIMB Silibin. Satu lagi kedai kat Jalan Kuala Kangsar.
Datang Ipoh..saya bawa gi makan kat sana.

Kat Melaka, susah nak makan mamak sikit. Maklumlah, sahabat2 saya di Melaka kurang suka makan makanan mamak..so, i'm following the flow..hehehe..

Ok..saya dah tiada idea nak menulis.

Selamat Tahun Baru Cina buat semua..[kawan-kawan Cina saya]
Saya nak recharge energy..untuk program esok [yang saya tahu hanya ada kenduri kahwin je]

Ok, semua.. selamat buat segalanya..

p/s : Saya guna broadband akak je.. Internet kat umah sudah tiada...huhuhu...jadilah.. dapat juga online...

Thursday, February 11, 2010

Aku...dan mereka

Khamis....11 Februari 2010

Tinggal kami bertiga.
Yang lain semua sudah berangkat pulang.
Tak lupa juga pada yang meninggalkan pesanan buat insan yang tersayang di rumah ini.
Thanks Aida.
hohohoho.. tapi memang tak ar semua yang ditulis diwhiteboard.diperkatakan akan berlaku.
MEMANG TAK AR!

Saya pun tak faham apa yang telah saya lakukan.
Apa salah saya sebenarnya hingga diperlakukan sebegini rupa?
Di manakah salahnye?

Kenapa saya aja yang selalu kene?
Hehehe..
Buat penghuni Bunga Raya...
Hati-hatilah dengan Amirah Ishak ni. Bisanya semakin menebal.
hehehehee...

Anyway..
Hepy Birthday buat Wan Apih.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Memang mereka yang berusia 20 tahun ni akan buat cermin mata baru kot.
Ari tu.. nadiah tukar cermin mata. Semalam...alamatnya macam Wan Apih lak kene tukar.
hohohoh..
Kalau gitu.. kene tunggu bulan 10 baru leh cek power mata ni..ngeh3

~Memang nampak kelainan di situ. Wajah yang sentiasa tenang, even cermin mata telah patah. Bagus2~

~Amin. Semoga kita semua berada dalam jagaanNya~


~Sedap2.. maaflah tak dapat nak tolong korang sangat. Stakat tolong tumbuk dengan Nunu tu pun kira ok la kan...^_^~


~Yang ni lak cam sape2 ntah. Kenal ke korang dgn dia ni? Dapat ke ko makan semalam din? Macam2 sungguh.~


Erm.......
Semoga ukhwah antara kita semua berkekalan hendaknya.

Pagi tadi saya mimpi something.
Dan tafsiran mimpi tu buat saya sedikit tak keruan.
Buat saya tak sedap hati.
Semoga semuanya selamat hendaknya.

Ya Allah, aku benar2 belum bersedia untuk kehilangan apa2.


Sunday, February 07, 2010

My Lappy

Saya risau dengan Mr BenQ saya ni..
saya terpaksa contact my lovely brother in Perlis.

Ateh menghantar email pada saya.

Katanya...
Lappy saya mungkin overheating berdasarkan condition yang saya ceritakan padanya.

Solution-nya :
Katanya...saya perlu buka fan saya ni untuk cuci bagi clean and clear.
Atau saya perlu beli cooling fan yang metal. Yang plastik tak transfer haba dengan baiknya.

Satu lagi problem :
Mungkin ada software yang tak sesuai untuk OS lappy saya..
Dan Ateh saya bagi satu software untuk merawatnya.

Setelah saya bukak lappy saya ni..[first time saya buat benda ni]

Saya kasi cuci sikit..
Alhamdulillah...
my Mr BenQ sekarang semakin pulih.

I love my lappy so much!!!!

Thanks Ateh!!!


My Story


Alhamdulillah..
Berakhir Explorace untuk IU Sports Fiesta.
Semuanya berjalan dengan lancar. Syukur.
Tak banyak sumbangkan tenaga untuk event ni, tapi
bila dah berakhir satu episod, perasaan lega timbul.
Tahniah pada semua yang telah menjayakannya.

My check point is Taman Tasik [Shooting Range]
Memang mencabar tahap kebosanan di situ. hehehe..
Hanya ditemani dengan nyanyian abang2 yang jaga kat area tu jek.
Juga tasik yang damai rasanya.

Syukur juga, explorace ini menemukan dua sahabat kami yang sedang berjihad di Cyberjaya.
AIN dan DILA.
Dapatlah mereka tidur kat rumah kami semalam. Lepaslah kempunan Ain nak makan burger Ixora dia..^_^

Hostel yang lama ditinggalkan, sebenarnya telah melakarkan satu memori indah buat kami berlima. Dan dari situ jugalah ia menjalar untuk kisah hidup kami di Bunga Raya pula. Kuasa Allah. Namun, setiap insan mahukan ketamakkan.. saya mahukan mereka lebih lama di sini. Lebih lama masanya dengan kami semua. Kepenatan yang melanda diri tidak mengagahkan saya untuk duduk bersama mereka dalam jangka waktu yang lebih lama.

Biarlah orang mahu tag kami ini sebagai apa, namun, kami tahu apa yang kami lakukan ini. Saya harapkan saat seperti ini akan hadir semula ya. Nanti kita main lumba keta lak...hehehe..

Yang ni pula...tak tahulah nak cakap apa.. hehehe
Suka sangat kayak tu sampai terlanggar macam-macam..^_^

Check point Taman Tasik [wall climbing]..
Ni lah mereka-mereka yang telah lama mengidam untuk memanjat dinding yang ada. Ada yang mula-mula cakap seperti mahu kuasai dunia..tapi....kecut juga.. biasalah tu.
Positive thinking is good.

Saya suka bangat dengan gambar ini. Sangat unik...seunik orang yang berada di dalamnya juga..^_^

Malam sebelum explorace berlangsung......

Kami buat kejutan kecil untuk ORANG TUA di rumah kami..
iaitu... NADIAH....

Maaflah kalau kek tu tak sedap.. hehehe..
lilin yang dua tu menandakan ko sudah berusia 20 tahun.. tue sudah~~~~ ^_^

Hari tu juga kami [Saya, Ecah, Nadiah, Wani] menuntut ilmu ke Jusco yang baru dirasmikan..

Memang besarlah dalam tu. sangat!
Saya dan Wani sudah selamat khatam seluruh pelosok Jusco.
Ia bawa saya pulang ke Ipoh sebentar..hehehe...

Pepun.. perjalanan ke MC-----TESCO-----JUSCO----
Bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditempuhi..
Jauhnya membuatkan kaki saya ni bagaikan mahu tercabut aja..

************************************************************************************

Khamis - 4 Februari...

Pas habis kelas Data Structure..
Saya di-invite oleh Kak Wani dan Kak Erma untuk berentap di MITC untuk tournament Bowling.
Hehehe....

Saya tak bawa backup.. dan sememangnya.. saya kalah di situ.
Target saya bukan pada Kak Erma kerna saya tahu..saya pasti kalah nye..
Tapi target saya pada Kak Wani... ntah jampi apa yang kak wani baca.. setiap kali nama saya disorakkan... bola pasti masuk longkang..

Pepun..segala frust yang ada saya simpan untuk next tournament. Dengan peningkatan markah dan juga satu strike.. buatkan saya rasa.. saya tetap juara! ^_^

Pastu Kak Wani belanja makan AISKRIM.. yum3...[jangan jeles Nadiah]
Dan saya agak kelewatan untuk perasmian 1 Malaysia selepas itu..hehehee...

Kami satu rumah menuju ke Pulan Klebang untuk perasmian tersebut. Saya sangat excited.. penat pun excited gak.. hehehe

Dan yang paling excited......ada sorang tu satu colour baju ngn saya.. dan pada Kak SURAYA... jangan jeles tau. Dah jodoh saya dengan orang tu nak satu warna baju..hehehe..

3 Orang pak cik ni... tetiba join kami makan sekali.
Yang tepi kiri sekali tu.. nampak je cam sombong..tapi dia lah yang paling banyak cakap.
Menimbulkan ketidak selesaan pada saya dan yang lain.
Pepun... ada info yang pak cik bagi tu ada betul gak sebenarnya..lebih2 lagi sal.....[bahaya kalau didedahkan]..

Hanya bergambar sahajalah yang mengisi malam kami pada waktu itu..
Pepun....lain kali kita pergi tempat lain pula.. ^_^

Cukup rasanya untuk kali ini..
Tak tahu nak tulis apa dah..
Dah tak sabar menunggu Raya Cina ni...
Tak sabar nak cuti sangat2... ^_^

Take care semua..




 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design