Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, January 30, 2010

Starting...

"Semua orang boleh menulis"

Itulah ungkapan yang saya dengar saat saya menghadiri kursus penulisan di MMU anjuran PBMKM. Bagaimana dan apa yang mahu ditulis, itu yang menjadi tanda soal.

Benar, semua boleh menulis.
Saat saya click-click, terjah-terjah ke laman peribadi sahabat-sahabat, adik-adik junior.. kakak-kakak senior, ramai yang sudah mula menjinakkan diri dengan dunia blogger.

Cara penulisan setiap blogger semuanya berlainan. Ada yang pada saya, lebih hebat penggunaan kata daripada saya ni [bak kata Ecah..Nadiah.. saya ni bakal mencipta kamus Dewan sendiri]

Seronok baca blog orang sebenarnya. Saya mula selami blogger ni, mulai tahun 2007, tapi mula bergiat pada tahun 2006.. my starting point is WORDPRESS. Ternyata saya suka dengan wordpress, namun bagi saya, ia lambat sedikit. Lama-kelamaan, saya berpindah rumah ke BLOGGER plak. Tak sama dengan wordpress, blogger ni senang nak uruskan lagi.

Itulah dia. Nurafaz yang kat wordpress lebih hebat lagi dari nurafaz di blogger ni. tapi nurafaz di wordpress sudah dihilangkan dalam cyberspace. Sebab ape? huhuhhu... memininumkan jumlah blog yang ada.. wah..

Angah ada sebut2 gak sebelum ni sewaktu saya habis SPM dulu,

"Kau suka menulis, kau buka satu blog, siarkan kau punya cerita-cerita kat sana,"

Saya angguk je. Try belajar blog ni bermulanya dari situlah. 3 bulan kan.. tak buat ape pun. Kerja pun asyik tukar je. Kerja sebagai guru tuisyen budak sekolah rendah, kerja kt kedai topup, kerja kat kedai tudung@kain, tolong cikgu kat koperasi. Semuanya tak berkekalan. Hanya mencari pengalaman.

Saya gemar berpuitis, meskipun puitis saya tu tak ada sesiapa yang faham maknanya. Itu gaya penulisan yang saya terapkan. Dan sekarang, saya mula nak giat aktif semula. Rajin-rajin ke Tinta Januari saya.. hehehe [dengan bangganya saya bagitahu, laman ni diprivatekan, buat masa sekarang, hanya beberapa orang sahaja yang saya jemput untuk laman Tinta Januari tu..^_^]

Menulis, Penulis, dan bertulis.. asalnya "tulis", bila digabungkan dengan imbuhan, memberikan maksud yang lain dan masing-masing ada makna tersendiri.
Trademark, gaya seseorang ada kalanya boleh diketahui dari jenis penulisan mereka. Benar?

Bagi saya semuanya benar. Tiada apa yang tak benar selagi tak bercanggah dengan perkara-perkara yang tak baik. ^_^

Jadi, hak menulis ada pada setiap individu. Namun berhati-hatilah, jangan ingat, kita di cyberspace ini tak ada undang-undang atau polis internet..hehehe..
Banyak akta berkait dengan cyberspace ni.

Wah....
saya dah jumpa minat saya! Jom, bawa saya ke alam cyberlaw!!!
Erm.. CyberSecurity.... my dream office is located there... hehehe.. sekiranya YTM tak ambil diriku bekerja dalam syarikat die.. hehehe..

Saya mahu ke sana... ada sapa2 mahu bawa saya ke sana?
Buat lawatan ke sana pun tak pe.. saya rela tanggung semuanya.. kalau nak bawa saya ke CyberSecurity.. hehehe.. ada berani???

Owh...sudah jauh lak melencong ni...
Rasenye cukup di sini aja kot~~~~

Jumpa lain entry...


Friday, January 29, 2010

Sana-sini


Salam.
Lama sungguh tak mengupdate ini blog. Mungkin ini entry ringkas sahaja.
Hari ni ada induksi camp UPG.. dan juga XPDC Gua Senyum (IU).
Pada yang jadi peserta...
semoga seronok di sana ^_^

Erm..
hari ni kami menuntut ilmu. Alhamdulillah. Syukran pada Syima yang banyak turunkan ilmu.
Pagi, saya, Nadiah dan Aishah mengaplikasikan apa yang diajar. Yang petangnya pula, Aida dan Wani pula. Tok guru [Syima] pergi induksi camp tu.. so, x dapat nak tuntut habis-habisan.

Penat diri dan penat fikiran. Namun kuatkan juga untuk online sekejap kat FBL.
Itulah tempat rutin 2 Bunga Raya Girls ini. Kalau tak kt FBL...FOSEE...CITS..
Buat sementara ni, rumah kami tak ada bekalan internet lagi.

Alhamdulillah, setelah banyak yang diharungi, line telefon selamat dipasang


Lawa tak? Saya teruja dengan telefon ni. Macamlah tak pernah tengok kan...
InsyaAllah, lagi seminggu lebih sikit, adalah line internet kat rumah kami tu.
Pengurusan internet terbang dari Pahang... modem dari Melaka. kami memang dahsyat. Tu yang lambat tu. Pepun, syukran pada Aida dan parents... hihi..

Semalamnya kami ada tugas sikit.. hehehe... sonok korang ek kena belanja. Selamat duit saya.. ^_^.. xpe..still menunggu Pizza dari Cik Uddin.. [kami masih menunggu]..

Thankz pada sorang sahabat ni yg upload ni gambar..

Ada masa gi la Restoran Tom Yam Klasik. Rasanya orang Melaka dah tau kot tempat femes ni.
Nak wat weeding pun leh.. Saya suka tengok surrounding die.. Mata melilau je kerjanya. Nak dapat ilhamlah katakan.. Pada Faain yang dah tak sabar tu.. kad yang diberikan guna sebaiknya. Begitu juga pada Uddin dan Aida. hehehe... nanti jangan lupa jemput.

Erm....erm....erm...


Bercakap tentang perkara mula2 di atas....
Mari kami kongsikan ilmu kami di bawah ni [gambar yg ada]



Sale hebat di Parkson. Kami memborong barang rumah. Melengkapi apa yg tak lengkap. Alhamdulillah. ^_^
Time sale ni lah keluarkan duit sebaiknya. Lebih2 lagi Nak Tahun Baru Cina ni, sume pakat wat sale. Tapi tengok gak... ada tu...sale ke tak sale ke..sama je harganya. Namun, kami ada pakar memborong di Bunga Raya..so tak perlu risau..ngeh3...

Erm.. cukup hingga setakat ini rasenye..
Semoga cuti ni seronok2 la sume ^_^

Pada Ain Comel..
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20..
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..^_^
Dah tua dah sahabat saya yang nun jauh di Cyber tu!
Nanti IU Sport..kami nantikan kehadiran kalian!
Sangat kami nantikan.
Rindu sama kalian!
Rindu pada saat kita sama2 naif mengenal dunia..
Sangat merindui detik itu!

Tuesday, January 26, 2010

Kelas 8 pagi


~~Geng...Geng..Geng Bas Sekolah~~
[Astro Ceria.. utk kita-kita aje..^_^]

Syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya, kita bertemu lagi dalam cyberspace ini.
Apa khabar buat semua?
Yang nak ke kelas, dah prepare sume barang2 tuk menghadapi hari yang baru?
Pada yang berpraktikal, sudah sarapan?
Pada ibu-ibu, sihatkah kalian?
dan pada rakyat Malaysia yang berada dalam naungan 1 Malaysia, selamat memulakan hari yang baru pada hari ini. Semoga hari ni lebih baik hendaknya.

Hari ini, rumah Bunga Raya meriah sedikit..SEBABNYE....
hampir semua penghuninya kelas jam 8 pagi..
huhuhuhu..

Awal-awal pagi lagi, si Syima dah sedia di dapur. Nak masak katanya. So, kami serahkan pada yang pakar untuk handle bab sarapan. Dalam menanti perut untuk diisi, kat iron board tu mula beratur manusia-manusia yang nak gosok baju. [Kenapalah tak gosok semalam je?]
Bukan itu sahaja, terpaksa pula ambil angka giliran untuk bilik air. huhuhu..
Lambat masuk, kene terjah@jerit..huhu..itulah dia karenah Bunga Raya. Awal-awal pagi dah memekak.

Baru minggu kedua, tak tahulah keadaannya minggu2 yang akan datang pula.. manalah tahu, kot2 still macam tu ke.. tak pun semua duk diam je ke.. erm.. we'll see then.
Setelah makan2 [Thanks to EKIN... Thanks BANYAK2 utk sumbangan anda pada kami. Yum3], kami semua (5 orang) bersiap-siap untuk ke kelas. Bila part kuar umah tu macam rasa nak pergi sekolah je. "Mak! Mak! Bas sekolah dah sampai. Duit belanja?????" hhehehe

Tapi, biasalah manusia....
"Cermin mata aku tinggal," Ecah bersuara.
"Handset saya tak bawa," Aida mencelah.

Pastu yang jadi mangsa [ yang kelasnya lambat sedikit]
"WANI!! Tolong ambil cermin mata kat atas almari," jerit Ecah semangat.
"WANI!!!! Handset Aida, satu kat depan, satu kat dalam bilik!!," orang banyak handset la katakan....

Jalanlah 5 Bunga Raya Girls menuju ke kampus tercinta. 2 FBL, 3 CLC...
Siap main traffic light dengan pak cik Viva.. Aduih~~~

Kisah kami bunga raya girls.. hehehe..
Kekadang seronok menyakat mereka di sana.
Lebih2 lagi Syima...hehehe...
Nadiah....haahaha...
Aida??? [xde kot]
Wani??? [owh....dia yg byk sakat org]
Ecah...lagilah...mastermind oOoo..
Amirah??? [baik je..^_^]

Kepada yang tak puas hati dengan kenyataan di atas, leh jumpa saya.. jgn malu2...^_^

Oh ya... kepada sahabat serumah.. xkan ku lupakan apa kalian lakukan pada makhluk Allah tu.. Sian dia.. meskipun ia kecik, namun, ia mempunyai hati dan perasaan.. hehehe

Ok.. nak g lab dah.. Data Structure is coming...[kurang bersedia utk hadapinya...]

Akhir kata...semoga semuanya ceria2 ya..

p/s : Semalam tu....haish...erm...
Apa-apa pun, harapnya aku buat keputusan yg betul..hehehe...


Sunday, January 24, 2010

Sandaran pada kenangan

Sandaran pada kenangan.
Mahu jemput Jamal Abdillah kah dalam entry kali ni?
erm..

Jauh sekali..
Tiada kaitannya Jamal Abdillah..lagunya untuk entry ini.
Terlintas mahu berkongsi sesuatu apabila kami [bunga raya girls] bercerita tentang kenangan kami semasa makan petang+malam [nasi goreng aida masak ^_^]

Kalau entry yang lepas, saya menyebut tentang rahsia hati.
Kali ini saya kupaskan pula soal kenangan.
Kenangan..apa ye?
Bagi kita yang telah lama didedahkan pada perkataan itu pastinya mengerti maknanya kenangan itu. Namun, bagi adik2 yang usianya kecik2 baru.. mungkin kenangan ini adalah makanan kot..hehehe..

Semua orang ada kenangan masing2 kan.
Kalau waktu taaruf.. pasti ada soklan..

"Sebutkan kenangan manis dan kenangan pahit kalian"

Tak pun dalam buku biodata waktu zaman mude2 dulu.. pasti ada yang suruh tulis kenangan masing-masing.. comel sungguh waktu tu..[mekasih]

Tempoh hari, sedang Bunga Raya girls menjamah makan petang, ada di antara kami yang menanyakan hal keluarga.. berapa orang adik beradik... best tak jadi anak bongsu? best tak jadi second bongsu?

Meskipun kami ni pernah sebumbung di Dahlia 6, tapi masing-masing tak tahu sangat hal masing-masing. Kalau orang atas..hal org atas.. org bawah..hal org bawah. Alhamdulillah, bila ditempatkan dalam rumah comel di Bunga Raya, Allah eratkan kami. Baru tahu perangai masing-masing. Ada yang lucu, ada yang sakitkan hati, ada yang best..ada juga yang kurang best. Semoga kekal dan semakin erat hendaknya ukhwah antara kita. Amin.

Selesai soalnya adik-beradik.. terus kami fikiran kami melayang pada zaman tadika pula.
Bagaimana Aida menceritakan dirinya dengan Wani sewaktu tadika dulu. Al-maklumlah... dulu kan sume comel2.. gigi pun segan2 nak tumbuh kan...hehehehe..

Macam mana zaman tadika saya dipenuhi dengan buli-membuli. Sian..kecik2 dah kena buli, tu sebabnya saya kuat membuli kawan2... dah besar macam ni pun masih ada yang nak buli saya.. haih~~~~

Banyaklah yang kami story petang tu. Best! Tengok macam mana Ecah dengan pokoknya. Nadiah dengan abangnya. Aida dan Wani dengan guru ngajinya. huhuhu.. masing-masing ada coretan sendiri. Dan bila diingat semula semua tu, bak kata Aida, "Cam ape je bila fikirkan balik. Lawak pun ada!"

Benar.
Kenangan manis akan sentiasa buat kita senyum..sengih sorang2.
Kenangan pahit buatkan kita rasa sedih.. namun setiap kesedihan itu pasti ada kegirangan di sebaliknya. Itu apa yang saya rasakan.

Kalian pula bagaimana?
Selalu soalan sal kenangan ni ditanya di awal bibit perkenalan, bosan ke?
Atau sudah lupa ke semua kenangan itu?
huhuhuhu... terpulanglah.

Nak kongsi kat sini pun saya alu-alukan... [ade ke?]

Semalam, saya terima panggilan dari kakak saya.
Bertanyakan khabar akan dirinya. Sebelum ni dia disuruh buat rawatan. Tisu di dadanya diambil untuk di-check. Ada benjolan kecil katanya. Namun, makin lama makin besar. Tak berani nak buat tanggapan sendiri, jadi jumpa doktor. Namun, doktor arahkannya buat kali kedua. Erm... apa2 ntah doktor ni. Ambil tisu tu sakit tau! X pelah, asalkan resultnya kita dapat tahu.

InsyaAllah bulan 3 nanti result kuar. Kakak saya yang sorang lagi pun begitu juga, namun benjolan itu tak ada apa-apa. Dia buat keputusan untuk buang benjolan tu. erm...

Akak saya pesan bila nak akhiri perbualan kami,

"Mira, check selalu tau. Jaga diri,"
Saya mula sebak.

"Mira bukan tak nak check. Mira takut,"

"Kak Lang pun begitu juga mula-mula. Kita kena hadapinya," saya lagi sebak.

Bila saya letak telefon, saya teringat pada arwah mak. Kami anak-anak perempuannya semua berpotensi mempunyai penyakit yang sama seperti arwah. Saya teringat semua kenangan saya dengan arwah.

Saya tahu sakitnya dia menahan dugaan Allah. Sepanjang dia sakit di rumah sehinggalah ke akhir hayatnya, saya dan adik saya lah yang selalu ada. Semua yang dilakukannya dilakukan di hadapan kami. Sebab itu, saya takut.

Memang semalam saya asyik teringatkannya. Saya benar rindukannya. Saya tahan air mata even tak dapat nak tahan dah. Bila kawan-kawan bicarakan tentang hospital, tentang layanan yang diberikan doktor pada pesakit2, saya diam sahaja. Sebabnya, arwah mak pun begitu. Anak mana yang suka lihat mak dia dilukakan. Even, saya tengok ambulans pun saya terdiam. Semuanya masih dalam ingatan saya. Itulah kenangan yang saya tak akan lupa sampai bila-bila.

Saya mohon agar kami adik-beradik terhindar dari semua itu. Hanya pada Allah saya mohon dan berdoa. InsyaAllah..

Thursday, January 21, 2010

Rahsia Hati


...: Rahsia Hati :...

Setiap orang pastinya mempunyai rahsia yang sukar untuk diungkapkan pada sesiapa pun.
Adakah itu namanya rahsia hati?
huhuhu

Sekarang ni, saya suka mulakan penulisan saya dengan tajuk yang jauh menyimpang dari apa yang mahu saya tulis, kemudian baru saya story kan apa yang sebenarnya telah terlintas di fikiran saya. Namun, selak-selak juga jendela ini kerna ada masanya yang jauh menyimpang itulah memberikan maksud tersirat. hehehe ^_^

Berbalik pada rahsia. Apa itu sebenarnya rahsia? Besar sangat ke makna rahsia sehingga kan ada yang sanggup nyawanya dikorbankan? [pernah berlaku ke]

Kalau ikutkan kamus saya sendiri, rahsia pada pendapat saya adalah sesuatu yang tidak boleh diberitahu sesiapa. Sesuatu yang pastinya harus disimpan dalam hati. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

Huhuhuhu.... pastinya setiap yang bergelar insan mempunyai rahsia mereka sendiri. Ragam mereka juga sebenarnya merungkapkan satu rahsia yang tidak pernah sesiapa pun tahu. Dan ada masanya juga kita tak sedar pun itu rahsia kita. [??] Hanya saya je yang faham apa yang saya tulis ini.

Senyuman..tangisan...tawa...rintihan...semuanya penyeri pada maksudnya rahsia.

"Eh...senyum semacam je orang tu. Tentu ada rahsia besar tu,"
"Aku tengok kan, sejak kebelakangan ni dia mula berubah, ayu semcam je. Ada rahsia yang dia sembunyikan ke?"

Biar besar mana pun rahsia kita, peganglah dengan sebaiknya. Pada yang diamanahkan untuk berahsia, peganglah amanah itu sebaiknya. Amanah itu adalah berat.

Jadi...pada yang nak bocorkan rahsia, tengok tempat juga ya.Jangan pakai bocor kan je. ^_^

Alhamdulillah,
Esok dah nak Jumaat. Esok satu kelas je pun.

Subjek sem ni memang mencabar. Namun, saya telah target tiga subjek [yang saya telah tengok selama minggu ni] untuk saya skor habis-habisan. Ini janji saya, insyaAllah.Doakan saya ya.

Teringat waktu Alpha. Apa khabarnya YC ya? salah seorang competitor saya yang hebat!
Setiap kali exam, kelas, saya pasti mahu lebih daripadanya. Adat persaingan. Harap yang sehat la ye YC..huhuhu.

Sekarang, saya telah target dua budak Cina dalam kelas saya sebagai competitor saya untuk degree ni. Entah mengapa, saya tengok je muka diaorang, saya rasa geram sangat2! Sama seperti saatnya saya satu kelas dengan Azfar waktu sekolah menengah dahulu. Sememangnya saya dah lama aim mereka, namun, saya ni je yang malas sikit. heheh..

Jika mereka boleh, saya juga boleh! InsyaAllah! Amin!

Nurafaz...
Teringat kembali saat saya memperkenalkan nama pena ini. Ramai bertanya, tentunya akak2 yang rapat dengan saya selalu mengajukan soalan yang sama. Seperti sebelumnya, saya katakan, itu adalah nama simbolik pada kenangan hidup saya. Yup..
Kerna kejadian itulah, nama ini terpahat dalam diri saya. Dan saya harap, ia akan kembali pada kami semua. Masa depannya masih panjang. Saya benar-benar harap, ia akan sedar dari lamunannya. Amin.

Kenapa tiba-tiba saya ceritakan ini semua?
Entahlah..... saja suka-suka kot.
huhuhu...
apa-apa pun..
saya masih mencarinya lagi. Tuhan..temukan kami semula.

Jom.........
ke mana??

Mana-mana je..
Jaga diri semua ^_^

Monday, January 18, 2010

Nikmat


Mawar berduri
Seringkali kedengaran
"Jadilah seperti bunga mawar, cantik, tapi berduri. Durinya adalah benteng diri"

Apa kaitan pula dengan post kali ni?
Tiada apa-apa, cuma terlintas di fikiran akan bunga mawar ni atau ros. Kata orang harum baunya. Benar ke? huhuhu.. sy kurang suka bunga..
Tapi kebanyakkan orang menjadikan bunga sebagai simbolik pada wanita. Asal nama sahaja wanita, bunga pasti menjadi kesukaan, namun bukan pada saya. Bukan tak suka, namun kurang suka.

Kita tolak tepi hal bunga...

Hari ini sudah bermulanya semester yang baru. Sem ni saya ambil 6 subjek..
Sepatutnya 6 juga (Islamic Study) tapi dah buat credit transfer.. tinggal 5,
saya dengan rela hatinya ambil pula cyberP...
senang sikit, ada group dah, satu rumah pula tu. InsyaAllah semuanya baik belaka nanti.

Rumah baru sudah di-deko-kan selama 4 hari. Bermula hari Khamis yang lepas. Fuh.. memang penat! Thanks abah ibu yang banyak tolong mira dan kawan2. Sayang kalian!

Hari ni nak selesaikan urusan streamyx pula.InsyaAllah. ^_^

Result dah kuar. Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan, syukur dilafazkan, nikmat itu ditanamkan agar lebih kuat berusaha.
Buat yang kurang berjaya, syukur tetap dilafazkan, nikmat itu juga tanamkan dalam jiwa agar lebih lebih kuat untuk berusaha. Itu adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin pada mata orang lain tidak, tapi pada Allah, itu yang terbaik untuk kita.

Pengajaran yang lepas sewaktu sem satu telah berikan saya sedikit iktibar. Memang sem 1 tu adalah satu sejarah dalam hidup. Allah mahu kita rasa sendiri. Alhamdulillah, result saya baik [bagi saya], berbanding yang lepas. Saya bersyukur padaNya, namun usaha lebih keras harus saya usahakan untuk sem ni dengan subjek yang lebih tough nampaknya.

Komitmen saya sekarang pada belajar. Saya tak nak berjanji, bersumpah pada sesiapa, takut nanti berbalik pada kita atau tak terjadi. Namun tekad saya adalah pada belajar. Tiada komitmen lain. Maaf andainya saya berkurang ajar dalam menolak apa jua kerja2 yang diberikan pada saya. Berikan saya ruang sekali lagi. Saya masih perlukan diri untuk menstabilkan minda, rohani saya dan jiwa saya. Saya tak mahu yang lepas berulang kembali.

Kepada sahabat2 yang saya kasihi semua, jangan bersedih ya. Memang terasa ralatnya sesuatu tu, tapi itulah yang terbaik untuk kita. InsyaAllah. Kita usaha lagi sem ni! Perjalanan kita masih panjang. Tak akan berjaya seseorang itu andai dia tak pernah menemui jalan kegagalan. Sama-sama kita nanti cipta sejarah yang hebat jayanya dalam study!!!!! Amin.

Kepada yang telah melibatkan diri secara langsung dan tak langsung dalam membantu kami untuk rumah baru, lebih-lebih lagi kawan-kawan kami, terima kasih sebab banyak membantu. Uruskan itu, uruskan ini. Saya di Ipoh, kalian di Melaka, namun masih mampu untuk membantu kami. Jujurnya, saya sangat hargai kalian. Timbulnya rasa terharu dalam hatiku ini. Nilai persahabatanlah yang buatkan kalian sentiasa ada dengan kami.

Tapi jangan nanti kawan makan kawan ya. Jangan kerna duniawi kalian tikam kami. Jangan kerna wang ringgit kalian gunakan kami. Jangan kerna keuntungan kalian cari kami. Kami tak mahu menuntut apa-apa dari kalian lebih-lebih lagi di akhirat nanti. Jika Allah mahu tunjukkan pada kami, sepandai mana pun kalian berbelit lidah menyembunyikan, pasti kami akan ketahui juga nanti. Keuntungan dunia tak akan ke mana, kerna kalian akan kami ingat sampai ke akhirat, jangan ada tuntutan apa2 antara kita di sana nanti.

Saya sedikit terkilan, satu malam sukar hendak lenyapkan mata. Terasa diri ini terlalu bodoh kerna mempercayai kalian! Namun, kalian adalah kawan. Kerna nilai persahabatanlah saya masih menghargai kalian. Andai kalian rasa ini adalah untuk kalian, terimalah ini sebagai rasa luahan hati diri saya. Apa-apa pun terima kasih kerna bantu kami uruskan rumah baru kami.

Rasanya cukup sampai di sini. Semoga ketemu lagi nanti ya. Di kampus ke.. di rumah ke.. di tengah jalan ke.. di mana-mana di bumi milik Allah ini.

Akhir kata, selamat semuanya.

Tuesday, January 12, 2010

Percutian hampir ke penghujung


Esok dah masuk hari Rabu.
Esok juga saya akan berangkat ke Melaka, bumi bersejarah [memang banyak sejarahnya]

"Kau ni mira, suka buat hal!"

Saya terima mesej yang mengejutkan diri saya sendiri. Hal apa pula saya dah buat ni?
Rupanya.. itulah keprihatinan sahabat saya. hahaha.

Saya khabarkan yang saya akan pulang awal ke Melaka, hari Rabu.
Tup-tup, seorang sahabat saya hantar mesej, nak marah katanya saya ke Melaka sorang2.

Kalau semester lepas, saya juga balik awal ke Melaka, bercuti bersama kawan-kawan saya.
Kali ni kerna rumah baru yang comel, saya buat keputusan balik awal juga. Dan parents saya akan turut sama dengan saya ke Melaka. So, selamatlah saya daripada kena marah dengan Ecah. hahaha ^_^

InsyaAllah, saya mohon agar urusan kami semua dipermudahkan. Dan moganya, inilah titik permulaan yang baru buat kami berenam.. moga2 inilah hijrah untuk memulakan satu kisah yang baru hendaknya. Amin..

Apa je yang saya nak buat nanti?
Banyaklah gamaknye.. Tapi harapnye tiada halanganlah.

Jemput-jemputlah datang rumah kami nanti ye..
Kat mana? tunggu sehigga kami buka rumah tu dulu. ^_^

Nampaknya, semester baru nak buka tirai dah. Cuti pun nak habis dah. Dah mula nak angkatkan kaki dari bumi Ipoh ni. Sayangnye nak tinggalkan Ipoh.

Pepun.. misi saya untuk cuti kali ini tercapai
!

Salah satunya.. saya berjaya siapkan cerpen saya. hahaha
Alhamdulillah. siap juga satu cerpen.
Nak mula punyalah liat.. idea pun tak masuk2..
tp siap juga akhirnya.

InsyAllah, malam ni official nye akan buka laman baru tu.
Dan semoganya saya tetap konsisten dengan penulisan saya tu.

~ Makmur atau Mek.. kucing yang lincah! Gonna miss him~

Kepada kawan2.. yang MMU khususnya..
selamat mula sem baru.
Jangan tension2 ya. Rilek aja.

Pada yang nak pergi Pulau Tioman tu.. hati-hati ya..
Jangan seronok sangat. Dan paling penting, jangan lupakan buah tangan buat saya. ^_^

Kepada yang berhutang tu.. duit amnya, langsaikan hutang anda secepat yang boleh. Ingat.. hutang tu..
Andai tak terlangsai..bila kita tiada nanti, takut tergantung amalan kita di langit. Dan yang paling penting..hutang dengan Allah. Mana yang belum ganti puasa.. dan seumpamanya.. cepat2 ganti ya. Jangan ditangguh. Kita tak tahu bila masanya kita akan pergi dari dunia ini.

Peringatan buat diri sendiri juga.

Owh ya... Jumaat ni dijangka berlakunya gerhana matahari [parents bagitahu]

Khas buat penduduk TAMAN MERU, Kat masjid al-Muttaqin akan diadakan solat sunat gerhana pada jam 3.30 petang, dan sebelum itu akan diadakan ceramah. Seterusnya solat Asar. Ayuh penduduk TAMAN MERU!! Kita pergi ramai-ramai [sayangnya..saya tak dapat pergi]

The best picture 2009.
Gambar ni ditangkap pada Syawal lepas.
Credit pada Abang Anuar. Gambar yang marvelous. ^_^
Semoga akan ketemu Ramadhan dan Syawal kali ini pula.

Monday, January 04, 2010

Jalan-jalan cutiku

Alhamdulillah.

4 Januari 2010. Sedar tak sedar dah masuk hari keempat dalam bulan Januari ni. ^_^
Dua hari ni, asyik keluar meluaskan pandangan dan pemandangan yang ada.
Seronok gak..asyik jalan je. hehehe.. nanti bolehlah, duit dikumpul untuk mengembara, seperti ilmuwan-ilmuwan terdahulu.

**********************************************************************************
...: 2 januari 2010 :...


Sedikit pengisian disampaikan oleh Dr Danial Zainal Abidin [tajuk : Al-Quran dan Sains Menuju Kecemerlangan] di Majid Al-Muttaqin selepas solat Isyak. Alhamdulillah, sambutannya amat hebat. Tak muat khemah yang disediakan. Meskipun hampir lewat malam, tetapi pengunjung tak berganjak dari tempat mereka. Yang paling best, buku-buku beliau licin, clean and clear dibeli oleh penduduk sekitar Taman Meru.
[antara yang diperkatakan oleh Dr Danial. Kurang ingat bagaimana ayat penuhnya, namun itulah isi yang diperkatakannya, tiada tokok tambah]

"Apa yang tuan-tuan dan puan-puan tahu tentang Spain, atau Sepanyol, atau dahulunya Andalus?" soalan pertama yang ditanya sebaik sahaja dia mahu memulakan tajuknya.

"Tentunya pasti ada yang terlintas kaitannya dengan bola sepak!"

"Tapi ingatkah tuan-tuan dan puan-puan di Bumi Spain inilah terlahirnya saintis-saintis Islam? Ilmuwan-ilmuwan Islam? Yang menggahkan dunia Islam?" sambungnya dengan penuh semangat.

"Yang pada ketikanya itu tuan-tuan, orang Barat, mengambil kegemilangan tamadun Islam untuk mereka bangkit pada zaman Kegelapan mereka. Inilah yang diperakui oleh orang-orang Barat. Mereka berterima kasih pada kita kerna tamadun kita. Mereka mengkaji kita sedangkan kita? Masih seronok dengan tempat yang sama. Kita enggan mencuba benda yang baru,"

"Dari dahulunya kita diberitahu, air terbahagi kepada 4 empat. Tapi adakah kita nak mengkaji, komposisi air itu sendiri. Bagaimana H2O nya.. Bagaimana strukturnya?"

"Umar Al-Khattab ada menyatakan. Jika mahu menjadi umat yang hebat, laksanakan 3 perkara ini. Iaitu Mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, dan bertakwalah kepada Allah. Ini sama seperti yang Allah katakan kepada kita dalam surah Ali-Imran, ayat 110,"

"Kamu(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi merka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang yang fasiq"
[Ali-Imran : 110]

"Saya pada satu ketikanya tuan-tuan, pernah berada di persimpangan,"

"Persimpangan" di sini, jika saya hayati ceritanya...seperti pernah berada dalam satu keadaan yang beliau hampir berpaling dari Islam. Nauzubillah.

"Sebab apa tuan-tuan? Sebab saya rasakan Islam dengan agama lain sama sahaja. Saya tak temui satu pun yang special tentang Islam ini!" katanya lagi.

"Namun, satu malam, saya menjerit di kota Iskandariah. Allah....apa yang KAU mahu padaku?!" ceritanya dengan penuh emosi. Saya yang lihat dia bercerita seolah-olah saya di sebelahnya.

"Dalam pada itu tuan-tuan, saya dengar satu suara yang menyatakan..."Danial.. kenapa kamu tak kembali pada mukjizat?" Allahuakbar! Itu suara yang saya dengari. Ya Allah,"

Mukjizat. Satu-satunya mukjizat yang masih ada sehinggalah ke hari kiamat adalah AL-QURAN. Kenapa tak kembali pada AL-QURAN?
~Allah sedang berbicara dengan dirimu~

Sejak hari tu, Dr Danial mula mengkaji Al-Quran. Banyak perkara yang ditemuinya dalamnya. Semuanya complete. Dr Danial juga ada membaca bermacam buku tentang saintis Barat yang terpesona dengan Al-Quran lantas membukukan apa yang dibacanya. Hebat! Banyak sangat bukunya menyebabkan saya tak tahu satu pun buku-buku yang disebutkannya.

"Apakah orang kafir itu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asalnya bercantum (sebagai benda yang satu). Lalu Kami pisahkan di antara kedua-duanya dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"
[Al-Anbiya' : 30]

Dalam ayat di atas, Dr Danial menguraikan bahawa penciptaan awal Bumi ini. Yang mana, ia pada awalnya langit dan bumi bercantum. Bumi ini kecil. Ia dikatakan sekecil bola pingpong. Namun, dari sudut Sains, saiznya itu bukan sekecil itu, lebih kecil, cuma Dr Danial sukar untuk menghuraikan pada kami semua. Allah menceritakan bagaimana awalnya pencipataan Bumi ini. Dan kemudiannya Allah pisahkan langit dan Bumi ini, seperti yang kita lihat ketika ini. Dan proses pemisahan inilah yang dikatakan sebagai TEORI BIG BANG.

Bila dengar teori ni, baru saya angguk faham. Selalu dengar, tapi x tau pun. Rupanya Allah dah ajarkan kita teori ini dalam Al-Quran lagi. Then, mulalah saintis-saintis buat kajian. Allahuakbar. Hebatnya Allah.

Dr Danial menceritakan juga asalnya awan ini berpandukan ayat Al-Quran. Sayangnya, saya lupa@tak sempat catit ayat yang mana. [maaf..]
Bicaranya, awan asalnya asap. Gabungannya HELIUM dan HYDROGEN. Seperti kita pelajari Sains, akan adanya satu proses menjadi bintang. Jika selak semula buku teks Sains form 3, ada satu tajuk kaitannya. Benar? ^_^

Bintang itulah, yang dikatakan ada bintang yang paling besar, iaitu Matahari., yang saiznya 70 sextrillion. Sextrillion? Camna tu?

"Kalau million tu...boleh tahu lagi. Billion pun boleh tahu lagi.. Trillion? Owh... tahu-tahu. Sextrillion? Apa tu?" Dr Danial tanya sendiri.

"Saintis ungkapkan satu yang boleh kita fahami. 70 sextrillion tu umpamanya... kiraan semua pasir di pantai + semua pasir di gurun didarabkan dengan 10. Atau... 70 ditambahkan dengan 22 sifar dibelakangnya"

Hebat bukan?

Lihatlah, Allah katakan pada kita, kita adalah THE BEST CREATION, namun, Allah ciptakan bintang itu yang jauh lebih hebatnya dari kita dari segi pencipataannya. Itu baru satu bintang. Berjuta-juta bintang ada di dada langit. Hebatnya Allah.

Ada satu lagi penemuan dalam Al-Quran.
Ada diceritakan dalam Al-Quran akan satu kota, iaitu kota Iram, yang mempunyai banyak tiang. Sekali lagi saya terlupa mahu catit. ralat sungguh rasanya. Namun, saya tetap mahu berkongsi akannya.

Tiada sesiapa pun nak percaya akan adanya kota ini. Pada tahun 1970, seorang ilmuwan Barat telah pergi mengkaji satu negeri, dan dia telah terjumpa satu batu bersurat. Dalam batu bersurat tu tertulis nama kota Iram. Kota Iram telah menjalankan perniagaan dengan negeri yang dikajinya. Benarlah seperti yang Allah ceritakan, kota itu banyak tiang. Akhirnya, ilmuwan itu memeluk agama Islam. Kalau tak silap saya, perempuan ilmuwan itu dan dia ada terbitkan satu buku berkaitan tentangnya.

Itu dia. Serba sedikit pengisian yang Dr Danial kongsikan bersama kami penduduk Taman Meru.

"Rakyat Malaysia subur keislamannya, namun tak faham akan isi Al-Quran,"

Katanya lagi, bukan hanya kita mengaji, tetapi mengkaji!

Akhir katanya...

"Cintailah Al-Quran"

Beliau ada kelas Tafsir di Pulau Pinang. Tapi jauh sangat. Oleh itu, kita boleh dengar online je.
Layari....[boleh klik di link bawah atau di tepi belah kanan]

www.mindasuper.com


*********************************************************************************
...: 3 Januari 2010 :...

Selamat Hari Jadi Along!!!!
dan
Selamat Hari Jadi buat Izzat [TonyMontana]


Kami bertolak ke Rawang awal pagi tu. Dapat juga jumpa Safia dan Syabil.
Ziarah kami untuk mak mentua along yang sakit.

Pertemuan kami dengan angah juga. Dengar khabarnya, angah nak berhenti kerja. Dia tak tahan kerja dengan TM. Terlalu sibuk dan terlalu tension.
Kasihan.

"Cuti ni barulah angah benar-benar cuti. Enjoy sikit," ujarnya. Kasihan angah.
Angah masih ada kontrak 4 tahun dengan TM.. dari 6 tahun. sebabnya dia under YTM waktu degree dulu.


Semoga Allah permudahkan untuk Angah.

Angah khabar lagi. Nanti MMU tak de course IT. dia akan tukar kepada COMPUTER SAINS. Erm..namun, ramai pensyarah yang tak setuju. Entahlah. Tak tahulah apa nak jadi dengan MMU. Semoga tepatlah keputusan yang dibuat itu ya Prof....

~ Syabil dengan Pak Ngah die!!! Suruh duduk dengan Tok Wan [abah], dia takut..hehehe~

~Terlentok-lentok puteri sorang ni. Safia namanye. Dah besar dah dia. Last saya jumpa dia, time tu dia masih merangkak lagi. Punyalah lama saya tak dapat jumpa dia~

~Apalah abang ni Safia? Habis kek tu dia main~

One thing that i like when i balik umah Kak Long.. adlah bab MAKAN.
Hehehehe...
Kak Long memang pandai masak. Sedap! Paling saya suka masakan dia adalah ayam masak lemak. Fuhh... Tuhan je tahu nikmat dia. ^_^


~Syabil...syabil... Syabil Rusyaidi~

~Suka dia dapat topeng tu. Spiderman je pun..tapi tak habis2 cakap Ottoman!! Ottoman ape Syabil?~

Meh layan karenah bebudak nie..



16, 17 Januari ni Along balik Ipoh. Sayangnya saya dah berada di Melaka. Haaiisshh.
Time saya tak da lah Along nak balik. Time saya ada? huhhuhu.
InsyaAllah. kalau tak ada apa-apa, Rabu (13 Januari 2010) saya akan pulang semula ke Melaka.

*****************************************************************************

..: 4 Januari :...

Kami off ke Taiping pula.
Nak melawat opah, ada kat umah sedara.

Kemudian kami ziarah pula kakak ipar ibu.

Then...kami ziarah pula Mee Udang Kuala Sepetang. hehehe.. time to eat.


Sedap mee udang tu. Best2! Nanti sesiapa singgah Kuala Sepetang, jangan lupa singgah makan mee udang.

Alhamdulillah...dapatlah kami jalan2 kat kota sejarah tu.

"First keretapi dibina..adalah...Kat Fortweld.. yang sekarang digelar Kuala Sepetang," berbalik pada sejarah.

Kami singgah Kota Long Jaafar.. Kota Ngah Ibrahim. Tokoh2 yang pernah berjuang semasa pemerintahan British dahulunya. ^_^

Kemudian, kami singgah ke Kuala Kangsar. Lama sungguh tak pergi!

Jalan2 naik keta, barulah kami pulang ke rumah. Tapi abah terlajar ke Simpang Pulai. Entah macam mana ntah. Kami pun solat kat Simpang Pulai, sebelum pulang semula ke Ipoh.

Tapi kami tak balik umah terus, abah bawa pergi masjid. Ada pengisian sedikit, katanya. Saya, adik dan ibu ikut je. Alhamdulillah, terisi sedikit rohani saya. Syukran abah.

Then..kami pulang untuk rehatkan diri. ^_^

Menarik kan gambar ni? Saya snap bebudak yang pergi PLKN. Ntah macam mana, budak ni kebetulannya berdiri depan keta. Dan gaya dia memang hebatlah! hahahaha.. nak tergelak saya tengok gambar ni. Haaiii adik.. macam2..

Saturday, January 02, 2010

Yang Pergi tetap pergi

Ramai berkumpul di persekitaran rumahnya.
Ibu, adik dan saya tak ketinggalan untuk menyertai kerumun yang ramai tu. Dia banyak berjasa semasa arwah mak masih ada.

"Anak-anak mana? Panggil anak-anak arwah untuk mandikan arwah. Lebih afdal,"
Masih lagi teringat kata-katanya saat mahu menguruskan jenazah arwah mak.

Kami adik-beradiklah yang memandikan arwah..diketuai oleh ustazah Hindun. Kami sekeluargalah yang menguruskan arwah..ikat kain kafan dan sebagainya dengan bantuan yang lain.

Kini, semua itu saya teringat semula. Tubuh saya sedikit menggigil, entah mengapa.
Saat melihat jenazah sebentar tadi diangkat ke atas katil, saya terkedu, sedikit menggigil.
Ya Allah...

Suaminya telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Saya hanya melihat....
Ratapan, tangisan, kesedihan memenuhi ruang rumahnya.
Datangnya ustazah tersebut menenangkan anak-anaknya. Tidak mahu arwah terseksa.
Aluanan bacaan surah Yaasin yang diulang-ulang setia menemani kami semua.

Ya Allah....
Benar aku teringat perstiwa 3 tahun yang lepas.
Ku tahan...tapi tetap mengalir.
Yang hidup, pasti akan menemui Tuhannya satu hari nanti, tiada siapa yang terkecuali.

Berikan ketabahan pada mereka, Ya Allah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah

...: Cuti kali ni memberi pengertian pada saya dan inilah cuti sebenarnya cuti bagi saya :...
..:..: nurafaz :..:..

Friday, January 01, 2010

Mata hati tak pernah berdusta


Alhamdulillah, dengan izinNya... dapat juga saya selesaikan pembacaan novel di atas ni.
Novel terbaru Ramlee Awang Murshid
..: 9 Nyawa :...

"Mata hati tidak pernah berdusta"

Sebuah novel yang bagi saya sentiasanya best! Andai karyanya hasil Encik Ramlee,
insyaAllah, saya akan membelinya!

Setelah habis 3 cerita tentang Laksamana Sunan, Saudara Ramlee tampil dgn 9 nyawa, yang mengupas bagaimana kita[masyarakat sekarang] mempercayai mitos2 ni.

Manusia dikatakan mempunyai 9 nyawa..seperti mitosnya seekor kucing.
Kucing dikatakan mempunyai 9 nyawa. Benar ke?
Sejauh mana pula mitos ni bertahan dalam novel terbaru dia ni?
Dengan penerapan sedikit ala-ala penceritaan Laksamana Sunan, iaitu
perantaraan hidup dan mati..serta berada dalam koma..
Menghidupkan lagi cerita beliau.

Jika dahulunya, Haryani koma..bertemu dengan Laksamana Sunan [Saifudin] yang berada jauh berkurun2 lamanya.. ada suatu hijab yang tidak dapat dicapai dek akal menemukan mereka berdua. Kini, Intan Suryani yang dikatakan mempunyai 9 nyawa berada dalam hijab tersebut. Bantuan yang diberikan oleh Hakim si buta, yang melakukan sesuatu berdasarkan mata hatinya, sedikit sebanyak mampu menarik Intan ke dunia sebenar. Bukannya kepercayaan semata-mata yang cuba ditampilkan, seperti biasanya, Saudara Ramlee ni berani bermain dengan isu semasa. Itu cabaran yang saya rasakan hebat baginya. Banyak kajian yang dilakukannya membuatkannya berani untuk bermain dengan itu semua dalam ceritanya.

Tahniah Encik Ramlee!!! ^_^

Intan Suryani.. Hakim... Azizah... David... Shauqi...
antara watak yang berjaya menyerikan lagi cerita ni.
3 hari saya tumpukan sepenuhnya untuk menghabiskan novel ni.
Berbaloi beli ^_^
Cubalah baca kawan-kawan.
Ceritanya bukan sekadar cerita cinta tetapi cerita yang bermain dengan isu semasa, isu kemasyarakatan, dan tentunya...thriller yang menjadi trademarknya. huhu

Dan saya sedang menanti karyanya yang baru.. iaitu..
...: CINTA SUFI :...

Kisah sambungan dari Hijab Sang Pencinta.
Kalau sesiapa yang bacanya...perasan tak..Saifudin [Laksamana Sunan] terdampar di pantai ketika kedatangan Alfonso ke Melaka pada 1511?
Waktu tu memang saya tak puas hati dengan pengakhiran ceritanya. Saifudin terdampar begitu sahaja...RUPANYA....

Saudara Ramlee menghidupkan semula ceritanya dengan suasananya adalah pada zaman penaklukan Portugis di Tanah Melayu. Tiada lagi watak Haryani... Dani... diganti dengan watak yang lain! Hebat!

Saya menanti ceritanya Encik Ramlee!
Ternyata...Laksamana Sunan terkesan di hati saya.
Kerna wataknya lah sedikit sebanyak menyentuh rohani saya yang sentiasa terumbang-ambing dengan duniawi..

Akhir kata...
saya suke... ^_^
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design