Followers

My Wattpad

31 Dec 2010

Main-main taip


Ohaiyo minna-san
Selamat pagi semua.
huhuhu...

Pagi ni tak leh tido lak.
Duk layan kerja tadi terus malas nk tido walaupun cuaca macam kat Korea ni.
Sejuk!!!!
Semalam dah ar tengok KBS Gayo bersama housemates ku.
Sangatlah bestnye! ALhamdulillah..
disertai dengan air teh yang panas... biskut kering..pada waktu malam yang sejuk sekali!
Nikmat!

Hari ni, insyaAllah semoga Allah permudahkan kami.
Kami satu rumah ada aktiviti sendiri.
Ambil satu hari ni keluar even kerja berlambak suruh disiapkan..hahaha.

Esok dah tahun baru Masihi.
Erm.. sekejap sangat kan rasanya.
Baru je saya rasa macam baru ambil subjek Machine.
Dah nak masuk sem baru dah.
Eh..eh..ada kaitan ke? ><

Next week... final exam cisco for ccna 1.. hari Isnin.
Khamis lak Skill Based Exam..
Cuak gak.. semoga Allah permudahkan segalanya.
Erm...

Saje je nak memanaskan jari menaip kat blog ni.
Xde point pun yang nak disampaikan..cuma..
masa itu tidak menunggu kita.
Sama-sama kita gunakan sebaiknya..

Owh...Ohohoho....
Tahun depan dah masuk 21..
Tapi perangai macam budak2 lagi..hehehe...

p/s : Jom sama-sama kita kecapi nikmat kasihNya.. Jom tunaikan solat Dhuha jom! jom!! ><

29 Dec 2010

tak tahu nak letak apa tajuk


Selamat pagi semua.
Semoga sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik sekali.
Sedar tak sedar, kita sudah berada hampir di penghujung tahun 2010.
Maknanya, 2011 bakal bertemi dengan kita dan kita akan melaluinya beberapa hari lagi.

Macam biasalah, asal tahun baru sahaja, pasti akan ada azam yang baru.
Azam yang lama yang tak pernah dicapai tetap akan diperbaharui setiap kali tahun baru menjelma.

2011, saya pun sudah semakin berusia.
Dunia sekarang semakin hebat!
Hebat dengan rakyatnya, hebat dengan pentadbirannya, hebat dengan suasananya,
yang mana, andai silap langkah sikit, pasti kecundang.

Dalam kita merangka semula azam kita, maRilah kita juga sama-sama merangka semula jati diri kita. Kekuatan jati diri mampu bawa kita pergi lebih jauh, mampu menjadi benteng pada kita, insyaAllah.
Juga, marilah kita sama-sama sentiasa membina serta bangunkan semula keutuhan iman kita. 

Semoga dengan hadirnya tahun baru bagi kalendar Masihi ini, kita akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya, lebih teratur hendaknya, dan lebih matang gaya berfikirnya. Dunia sekarang adalah realiti kehidupan bukannya sesuatu yang hanya visual, yang mampu bermain di mata sahaja. Oleh itu, jadilah lebih professional, even dalam hal yang remeh.

Lihat tapak tangan kita...

Indahnya ciptaan Allah, kita sentiasa lakukan benda ini.
Genggamkan tangan anda.
Apa yang dapat dirasakan?

Bila mana kita genggam, dan genggaman itu kita berikan sedikit force, ada satu rasa yang buatkan kita semangat. Oleh itu, cuba letakkan harapan @ impian pada tapak tangan masing-masing, kemudian genggam ia. Once sudah berada dalam genggaman, aturlah langkah untuk realisasikannya. Kita adalah apa yang kita lakukan. Apa yang kita genggam itu adalah apa yang akan kita jadi nanti. Dan akhirnya, sandarkan pada Allah, kerna semuanya akan berbalik hanya padaNya.

Ok... 
><
*******************************************************************

Alhamdulillah, semalam dah selamat jawab exam comp network. 
Syukur juga Allah tak letakkan mr tuto dalam dewan exam tu.. [cewah,... dewan exam tu...],
kalau tak, pasti entah apa yang akan terjadi pada saya nanti.

Pas exam, sempat gak sembang2 ngan You Kang dan seorang pak guard ni.
Hidup ni mencabar kan? 
Itu apa yang saya dapat setelah bersembang dengan mereka berdua.
Namun, saya yakin, Allah itu Maha Adil. Benar Maha Adil.
Semoga apa yang saya rasa, dipelihara baik olehNya.

Lepas ni target nak siapkan esimen...huhuhu..
Esimen berlambak.. moga2 dapat siapkan semua dengan baiknya. Amin..

Tempat praktikal...
tak dapat lagi.. tak pe. Apa je saya terima, saya redha.
Kalau tak dapat pun tak pe. Saya dah tahap neutral dah..huhuuhu...
Dan saya akan proceed dengan plan saya next sem kalau tak dapat.
Bila buat keputusan ni semalam, hati saya tenang semacam, ermm.. petanda ke tu?
Entahlah..tapi saya happy je rancang plan ni..huhu..
Walau apa pun, doakan yang terbaik untuk saya. 

Ok... tak tahu nak story apa dah.
Nak tengok Qasidah Buat Laila!!!! yeay!!!
Jom3!!!!!

26 Dec 2010

A Beautiful Mind

Alhamdulillah, kahirnya dapat jugak tengok cite ni..
 Best movie!
Even cite ni dah lama.. tahun 2001 kalau x silap
Cite sal seorang yang genius.. sangat GENIUS!
But no one is perfect in this world.
Dalam genius dia ni, dia sebenarnya sakit.
Dunianya dipenuhi dengan delusions, yang mana, delusions ni sebenarnya menjadikan dia CODE BREAKER yang hebat. Seriously, even this is just a story, tapi saya suka.
Sebab tu saya amik security ni. Saya mahu libatkan diri sebagaimana dia libatkan diri dia dalam kerjaya dia, tapi bukan delusions ek.

"It is only in the mysterious equations of  love, that any logical reasons can be found"
Akhirnya saya dapat dengar kata-kata ni. huhhu..
terima kasih kerna bagi saya tengok ini cerita.
Like Jonathan said.. it is a nice movie.

Sedikit sebanyak berikan saya keterbukaan di hati.
Just believe in yourselves. Kita diciptakan dengan sebaik-baik kejadian.. ^^

****************************************************************

Kalau boleh tak nak tahu, kerna ia buat saya sedih.
Bila disoal..bila disuruh wat keputusan..saya mulai berubah,
Bukan tak mahu, tapi hati berat benar mahu lakukannya.

Semoga Allah permudahkan urusan kak ikin.
Semoga Allah lancarkan segalanya.

2 more weeks to go..
then.. i will decide my own path..

p/s : after watch this movie, I wanna say that i love him!!

24 Dec 2010

Angan-angan

Hari ni jalan-jalan.
Huhhu.. jalan-jalan even tengah kesempitan.
Pagi tadi baru selesai exam Comp Security.
Last minit punya cover, ada yang boleh jawab ada yang saya goreng tapi x hangit.
Nasib baik ingat sikit-sikit apa yang Rouzbeh ajar dalam lab, so taram lagi.
 Berakhirnya exam ni, maknanya keseksaan yang melanda kurang sedikit.
Tunggu Isnin dengan Selasa lak.
Huhhuhu..memanjang exam. Bila lah saatnya MMU wat gempak, no exams!!
hahaha.. tu sah-sah final kene pulun sampai geleng-geleng kepala.

Ok..jom masuk point yang saya nak tulis.
Angan-angan.

Bermulanya sebuah impian dan cita-cita dengan adanya angan-angan bukan?
Tapi andai jadi seperti Mat Jenin, tiadalah cita-cita yang akan tercapai.
So, beware! hehe..
Dalam berangan, pastikan apa yang kita angankan itu sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi.
Hohohoho...
Saya sedang mengharap angan-angan saya menjadi kenyataan.
Evan tidak datang kepada saya seperti yang saya mahukan,
cukuplah cahaya hidayah menerangi jiwanya. Itu lebih bermakna buat saya berbanding memilikinya.
Oleh itu..doa saya agar dibukakan pintu hatinya untuk menerima cahaya Islam.
Amin.
Bila pejam mata, dan bukak balik, 
saya benar berharap saya dapat share apa yang saya rasakan dengan orang yang saya sayang.
Alhamdulillah, baru-baru ni saya telah melayan kegilaan saya dengan kakak saya.
Dan hanya seorang kakak saya sahaja yang sanggup melayan gila saya ni, lagi sorang tu,
sah-sah saya akan kena tazkirah.hahaha..

Parents merupakan kawan pada anak-anaknya waktu remaja.
Kata-kata tu saya sentiasa pegang time saya sekolah menengah lagi.
Waktu remaja saya nak habis dah. 
Huhhu.. dah nak tua dah saya ni.

Tiada yang lebih indah jika dapat kembali menjalani sisa kehidupan dan menikmati dengan sebaiknya dengan orang yang tersayang. 
Menatap gambar terubat sedikit, naik sedikit semangat.
Jujurnya... saya benar rindu nak salam dan cium tangannya.
Jujurnya.. saya benar nak usap kepalanya, kucup dahinya.. dan akan saya cakap..
"Mak.. mira pergi dulu,"

Kalau mak tido waktu nak gi sekolah tu, saya berdiri je sebelah dia, then terus gi sekolah, tak berani nak kejut dia. Teringin nak kembali masak untuk dia makan. Nasi goreng.. ikan.. ayam..... bihun...
huhhuhu.. rindu nak buat semua tu utk dia.

"Kat dunia inilah kita akan last jumpa. Belum tentu lagi kita akan jumpa di akhirat kelak,"
Saya terkedu bila dengar ucapan ni. Then saya reflect semula.
Saya belum puas nak bermanja dengannya.
Dan saya benar rindu padanya.

Bukan tandanya saya tidak bersyukur dengan apa yang diberikan pada saya sehingga ke hari ini, cuma rindu dalam diri buatkan saya begini. 
Semoga Allah sampaikan rindu ini padanya. Khabarkan padanya, saya benar rindukannya.

Dari angan-angan...
sebenarnya tidak mustahil untuk jadi kenyataan.
Kerna..
angan-angan itu ada kalanya buat kita sentiasa bermuhasabah dan kembali berserah padaNya.
Namun jangan sesekali mengangankan sesuatu yang sememangnya MUSTAHIL untuk terjadi.


p/s : saya masih menanti handphone saya berbunyi dan itu orangnya ^^

23 Dec 2010

Quote for today

" It is only in the mysterious equations of love, that any logical reasons can be found "
 < beautiful mind >
 
Quote for today.
Dah lama mentafsir di sebalik kata-kata tu, hari ni baru dapat interpret dengan menggunakan fahaman sendiri.

And  will use this word.
Minta keizinan.
^^

 

22 Dec 2010

=.=!

Selesai sudah exam.
Jangan cakap ar!
Jujurnya... saya totally hilang fokus.
Nak nangis je bile jawab, sampai satu tahap tu, saya bermonolog sendiri,
dan alhamdulillah monolog itu membantu saya sangat.
Saya mampu tumpukan semula fokus tersebut.
Dugaan...dugaan...

Walau apa pun..
semua dah lepas.
Berserah padaNya.
Apa sahaja keputusannya, saya terima, dan saya redha.

Terima kasih pada mr tuto yang telah larikan fokus saya.
Kejap lalu sebelah, lalu sebelah lagi, lalu sebelah lagi.
Then berdiri tepi, sembang lak dengan Mr info. 
Goyang-goyang plak kerusi saya.
Sembang lagi.. siap cerita hal peribadi lagi.
Then.. tarik kerusi, duduk depan tu plak.
Tengok..betapa saya tidak fokus nya.
"30 minutes more"

Waktu ni, saya cakap
"Biarlah berapa minit lagi pun,"
Saya cuba pelan-pelan selak soalan, tenangkan fikiran.
Lupakan sebentar "benda" yang bawa fokus saya lari.
Alhamdulillah, saya buat je, betul atau tak itu lain kire.

Ya Allah... 
aku benar sudah parah.
Sampai tahap begitu aku rasakan.
Ishk2.. 

Kuatkan hatimu Nur Amirah.
Saya tetap seorang student yang masih mengejar cita-cita.
Andai saya gagal, itu hal saya, orang lain tidak terlibat.
Yang terlibat hanya saya dan akibatnya akan berlaku dalam hidup saya juga.

Ok...
Prepare utk exam esok plak.

p/s : Tak nak dah mr tuto jaga exam.....

Info Theory

Satu jam lebih sikit saya akan hadapi exam Info Theory.
ngeh3...

Subjek ni sangat interesting, tapi juga memeningkan kepala, lebih-lebih lagi kelas tutorial. Tapi banyak belajar juga daripada tutorial. hahaa..apa yang merepek nie.. 

Moga-moga Allah permudahkan segala urusan kita semua duhai teman-teman seperjuangan.
Dan maaf kiranya saya buat kalian terasa ke apa ke, tak tepati janji ke. Saya manusia biasa, kemampuan saya terhad sekali. TanpaNya, saya benar-benar nothing.
Malam ni saya benar-benar berharap agar sir jaga. huhhhu..
Seriously, saya benar tertarik pada dia.
Orang cakap dia pelik dan saya pelik.
Tak kisahlah. Cuma saya nak tahu, dia tu benar Cina tulen ke. huahahaha..sebab English dia pelik sikit

Dan bila ada orang nak argue ngn die, meh, argue dengan saya dulu.
OOOooooooOOO..sesuke hati je ek nk wat camtu.
Ni adalah kerja buang masa sebelum exam. http://www.emocutez.com

Seriously saya sangat serius!
Tiap-tiap minggu, hari Selasa dengan Rabu saya, Allah jadikan ujian buat saya kerna pada hari itu saya akan diuji dengan orang yang saya minati..hahahaha..
Dan dengan ini juga sebagai sumber inspirasi untuk melangkah lebih jauh!

Workey.. saja je nak update, kasi ada entry tapi tiada input/isi.
Semoga entry-entry yang akan datang lebih banyak input nya.

Lepas exam paper ni, cisco lak.
Pastu comp security plak..
huahahahaha.. saya sangat tertekan.
Sampaikan malam-malam saya tak mimpi apa-apa pun..
Semoga Allah ringankan segalanya.


Dan jangan judge saya berdasarkan apa yang kalian lihat, dengar, perhatikan.
Kalau berani, face to face dengan saya, atau tanya lah mereka yang rapat dengan saya.
Bukan pada mereka yang hanya sekali dua bertemu dengan saya.. lepas tu diam sampai ke sudah.
Sebab saya dah penat dengan semua yang tidak sedap didengar oleh telinga ini.



p/s : salam perkenalan buat kenalan yang baru.. JOM GI EXAM!!!!http://www.emocutez.com

20 Dec 2010

(*^&%^%#%^

**%$##2%^&)(*&^%$#@!!()(*^%$
*^*&%#@$@#$&(**)_(_
 
(*^&^$^#@!@)_)_&^%@
P*)&(*^&%^%#@$*_+
((*&^*&%#@@^()*_)(_+)*()(&*&%&^$^%@$#!#$()_)_)+_)(&^&^$@!#~~#@^%
(&(*^&%^##!@$%^*()_+*&^%$@#$%^&*()_

&^%&$()_)__&%$#

*_+

p/s : inilah rasanya pas labtest..
encrypt la sendiri ek

19 Dec 2010

Selamat malam

Santapan minda buat pembaca sebelum melabuhkan tirai.

Selamat malam dan selamat beristirehat.
Semoga hari ni lebih baik hendaknya daripada hari semalam.
[sbb dh masuk jam 12 tengah malam.]
Jam dinding Cindrella sudah berbunyi 40 minit yg lepas.

^^

17 Dec 2010

Terima kasih

Tiada kata semanis rupa..
Betapa berharganya ucapan terima kasih.
Manis bukan ucapan ini.
Saya terharu sebenarnye.
Baru dalam lab tadi saya seakan hampir berputus asa. 
Saya sedar nada suara saya seakan saya benar sudah pasrah.
Namun, bila saya tengok mail saya, saya terharu.
Terasa saya ni menyusahkan orang pula.
Apa pun, di sini, saya nk ucap terima kasih, regardless of accepted or not.
That one tolak tepi dahulu.

Terima kasih, semoga Allah sentiasa rahmati kalian semua.
^^
***************************************************************************

Kat sini sejuk.
Oleh kerna kami tak dapat jejakkan kaki ke Korea lagi,
Allah bagi rasa sejuk di Malaysia dahulu. huhuhu...

Kepada Kak Su..
saya sangat jeles!!!!

Kepada mr tuto..
saya mula rindu nak masuk kelas kamu..hahahah..


Mereng~~~

Done!
Alhamdulillah satu kerja sudah selesai dilakukan, namun masih banyak yang beratur untuk disiapkan.
Masa pun dah agak suntuk ni.

Sementara tunggu sahabat saya ni, gatal lak tangan nak menaip.
Dush*dush*dush*
Kepala berat sebelah.
Nasib baik kelas hari ni satu je, kelas Rouzbeh [pasti Mohana jeles giler!!hahaha]

Sabtu ni ada kelas ganti.
Isnin ada labtest DataStruct + submit assigment
Selasa ada sesi kuiz bersama Jin Zhe http://www.emocutez.com

Rabu ada test Info theory
Khamis ada test CCNA
Jumaat ada test Computer Security..
hahahaha.. nampak tak kepadatan dan kegilaan jadual saya minggu depan??http://www.emocutez.com

So saya sudah merasai kemerengan menghadapi minggu tersebut. 
Ya Allah..tabahkan dan permudakan segala urusanku.
Nampaknya Nescafe dan laptop kena menjadi temanku sepanjang minggu tu ^^

Workey.. nanti kita story lagi.
Saya tertarik dengan trip Kak Su.
Nanti saya update.
Sahabat dah kuar~~ ^^

Bukti

Allah berikan kepanasan untuk dirasai
Diberinya kesejukan bagi mengubati panas yang diberi

Allah berikan kegembiraan untuk dirasai
Diberinya kesedihan sebagai pencukup rasa

Allah berikan segala yang kita perlukan
Diberi segalanya kerna hanya DIA yang memahami diri kita

Jika mahu dihitung, pasti tidak akan terhitung
Jika mahu dikira, sudah pasti tidak akan terkira

Besarnya nikmat diberikanNya
Itulah bukti kasihNya pada kita
Itulah tanda cintaNya pada kita

Apa pula bukti cinta, kasih kita padaNya?

12 Dec 2010

nurafaz


Kalau dulu, pernah saya katakan..
nurafaz will never be deleted!

Tapi setelah apa yang telah berlaku, sesedap mana pun nama nurafaz ini, 
se-famous mana nama ini pun, saya akan tetap buang nya.

Kenapa ya?
Pasti ada sebab yang kukuh kan.
Hijrah barangkali?

Kalau orang lain mahu lakukan penghijrahan, saya juga mahukan begitu.
First thing first, saya kena singkirkan nama samaran ini, kerna ia berikan impak kurang baik pada saya.
InsyaAllah.. dengan perubahan ini saya mampu untuk langkah lebih jauh.

Kalau dulu suka dengan nama ini, sekarang timbul perasaan tak suka.
Saya dah malas dah.
Dan sekarang sudah keras dah rasanya. Sangat keras dan tertutup rapat.

Saya dah tebal muka dah mengaku. 
Mainan je semua tu.
Saya benar akan lepaskannya pergi setelah apa yg terjadi beberapa hari yang lepas.

Semua yang terjadi adalah satu rancangan.
Saya rancang untuk menguji meskipun telah meragut aib saya.
Saya rancang untuk memerhati.
Saya rancang untuk membuat kesimpulan.
Kerna rancangan itu saya telah tahu segalanya.
Terima kasih kerna respon ><

Mungkin pada pandangan kamu saya jenis yang tak tahu malu,
tapi ingatlah, semua itu hanya perancangan untuk melihat sejauh mana kebenaran yang saya pertahankan.
Saya masih punyai maruah.

Saya tidak peduli apa pandangan kamu.
Saya tidak kisah apa anggapan kamu.
Hanya Allah tahu apa yang saya fikirkan.
Terpulanglah pada kamu nak fikir apa ya.
Andai tindakan 'hilangkan' benda itu membahagiakanmu, teruskan.
Jangan khuatir, tidak akan ku cari lagi semua itu.

Ingat dengan semua tu saya tak tahu?
Hahahaha.....
Saya tahu semuanya dan sekarang saya malas nak ambil tahu dah.

Ternyata rancangan dan instinct saya tepat.
Terima kasih sekali lagi ><


Ok... tu je..
Bye-bye nurafaz.
Thanks for being with me for the past 3 years.
Thank you and goodbye.

Ismi Nur Amirah

Hijrah

Ohho... 
Jumpa lagi.

Oleh sebab dah lama tak update, so biar kasi update banyak-banyak kali ni.
Salam maal hijrah buat semua.
Ye..tahu dah lambat untuk wish, tapi its better than never right?

Tiada kesempatan nak online sejak kebelakangan ni.
Mr Benq lak buat hal.
Nasib baik leh hidup lagi benq kesayangan ni.
Bertahan sampai sem ni ya?
Sem depan kita masukkan awak kat ICU..

Esok dah mula kelas semula.
Memang tak berapa cuti kali ni.
Sekejap jek.
Minggu ni sibuk giler!
Dengan midterms dan juga exam CCNA
Belum lagi campur dengan assigments nya.
So tengah tunggu untuk botak kepala je ni.. hehehe.. gurau3..

Sekarang adalah mode menunggu bunga raya girls balik.
Ibu abah bertolak tengah hari tadi tapi still ada di Melaka lagi. 
Bawa Ainur dengan Amir jalan-jalan round Melaka.

Beberapa hari yang lepas saya telah buat satu kerja gila.
Dan kali ni saya benar2 terluka.
Tak sangka benda tu buat saya sampai ke tahap begini.
Entah kenapa saya begitu saya pun tak tahu.

Satu dunia dah tahu dah kan?? hahaha..
Saya benar rindu nak main PS2..
Bila lah ada kesempatan ni... ><

Workey...
saya nak off dulu.
Jumpa lagi.

p/s : Saya telah atur langkah dengan cermat sebelum saya lakukannya. Tapi langkah tersasar menyebabkan semuanya punah. Jangan ingat saya tidak tahu apa-apa.. Tiba masanya untuk saya kembali redha dan kembali menyendiri. Terima kasih kerna semua ini berikan saya satu jawapan yang pasti... jawapan yang ternyata saya perlu berhijrah.........

Selamat menempuh exam buat semua ><

Adi Putra >> Johor

Im home!!!
Yeah!!

Setelah 3 hari berada di Kluang Johor, kini saya kembali semula ke bumi bersejarah ni.
Rasa memang tak puas sungguh cuti. 
Pepun.. nak ucapkan selamat pengantin baru buat Abang Ikmal dan Kak Hani.

Kesian abang Ikmal. Maaf lah, saya ni kurang biasa sikit, masih nak sesuaikan diri dengan keluarga.
Alhamdulillah, walaupun tak buat apa sangat, saya enjoy juga. Mamu Boy pun banyak buat lawak.
Itulah dia penyeri keluarga.

Yang paling bestnye.. dapat pekena Bun kat Kluang Rail Station!
The real one. Yang selalu tengok tu semuanya cawangan die.
Seriously.. yang original lagi best!!
Dah testing dah. First day rasa yang original.
Second day rasa yang cawangan nye..
Original paling best!!!

Nanti singgah Kluang nanti nak makan lagi kat situ..huhuhu.. ^^

First sampai, tolong tengok Mak Izan gubah barang hantaran.
Memang ppeerrgghh!! 
Speechless!
Mewah kot barang hantaran tu, Semuanya Mak Izan sendiri gubah.
Memang leh bukak ar kedai pengantin ek..

Meh tengok apa yang si Ainur budak kecik ni tangkap.
Ni antara barang2 nya.
Yang paling buat saya teruja adalah Petroleum Tower tu.. kat dalam gambar ni tak berapa nak nampak.
Memang mahal la saya rasa. 
Dengan Iphone nye..
Gelang emas nye..
Ya Allah.. dahsyat ar!!!

Oleh kerna saya ni materialistik sikit, so saya sedikit teruja la.
Tapi pepun yang penting ada restu dan redha dari keluarga.
Dan keberkatan dari Allah.

Tu dia cerita Johor saya.
Maaf buat semua.
hehehe..

Ainur si budak kecik..
habis handset saya die gi snap gambar orang.. =.='

**************************************************************************
Ni pula cerita hari Ahad, 5 Disember 2010.

Kami satu rumah menghadiri Rahsia Pelajar Juara bersama Dr. Nikki.
Tapi Allah berikan kesempatan pada kami bertemu dengan adik Adi Putra.

SubhanaAllah!
Itu lah ucapan yang sering saya lontarkan tiap kali Adi Putra berhujah.
Sungguh menakjubkan.

Nak story kat sini susah la jugak.
Pepun, perkongsian ilmu meskipun formula untuk bebudak sekolah menengah, buatkan saya kembali teruja.
Itu belum dengan ilmu cakerawala nya lagi.

Sangat best!
Semoga Allah merahmati dan melindungi Adi Putra.
Kata Aid Putra..
setiap orang perlukan idola dalam hidup.

Idola Adi Putra adalah..
Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh

Ini pula impian Adi Putra..
  • Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
  • Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran

Petahnya dia berkata-kata, pelajari 9 bahasa asing yang lain.
Sajak untuk idolanya.
Saya amat mengagumi adik kecil kurniaan Tuhan ini.

Satu katanya lagi, 
"Jangan pandang Adi hanya pandai matematik, tapi pandanglah Adi dengan mata hati,"

Dia suka ucap perkataan kat atas tu. Dan juga yang ini,
"Otak Adi adalah pemberian Allah"

Dan misi Adi adalah untuk membangunkan semula ummah!

Maha Suci Allah!
Terima kasih pada Aida yang ajak kami join program ni.
Memang best!
Semoga dapat jumpa lagi dan mungkin berbual dengannya suatu hari nanti ><

Adik kecil ini ada syarikat sendiri.
Menurunkan ilmunya buat anak-anak kecil yang lain agar celik Matematik
dan mampu membangunkan semula generasi Ibnu Khaldun!
********************************************************************************


1 Dec 2010

Bunga-Bunga

Alhamdulillah.

Hari ni hati saya sangat berbunga-bunga..http://www.emocutez.com

Beginilah keadaannya bila hari Selasa dan Rabu. Syukur.

Kalau saya resah pun, bila teringat semula, saya akan mula tersenyum lebar.
Owh... meskipun orang cakap saya ni perasan je, tapi jauh di hati saya, saya tahu apa yang saya fikirkan.

Terima kasih pada mereka yang menyokong saya.
Saya menghargai segalanya. Doa kalian juga saya hargai..
hahahaha...poyo-poyo-poyo...http://www.emocutez.com

Assignments banyak tak buat lagi ni. =.='

Camne nie... hati berbunga tapi kerja x jalan sangat. 
So, apa yang boleh buat sekarang cik nurafaz??
Jom kita study~~

Malam esok ada exam, nasib baik cisco xde kelas. Syukur.
Dah ganti siap-siap.. leh fikir nak balik dan exam sahaja.


Pada yang ada exam, semoga Allah permudahkan urusan kalian,
juga saya, serta kita semua.

Ayuh!! Mulakan langkah kita.. jom3~~

Meh dengar lagu yang saya selalu dengar.
Kalau sehari x dengar, rasa semacam jek ><


p/s : minggu depan dah cuti.. midterm break.. selamat bercuti semua ^^

Sorry...

Dah tengah malam.
Sindrom tak mengantuk sudah datang menyerang dah.
Orang cakap insomnia selalu terjadi pada orang perempuan. Benar ke kajian ni?
Entahlah, sejak dua tiga hari ni, saya sukar nak tidur awal seperti kebiasaan yang saya lakukan.
Mungkin banyak benda yang saya fikirkan.
Biasalah rutin seorang pelajar, tidak pernah sunyi daripada exams, quiz, assignments, etc.
Itu semua rutin. Nak merungut tak ada gunanya. 
Lagipun untuk apa nak merungut. Itu tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan pada kita. 
Just go for it.

Kekadang sibuk ni akan buatkan kita lupakan sebentar benda2 yang tak penting, benar?
Tapi jangan kesibukkan buatkan kita lupa benda yang penting dan wajib.

Alhamdulillah, exam cisco yang pertama baru lepas. Syukur.
Cisco nye exam ni selang-seli. Markah yang kita dapat ni kekadang akan bantu untuk final, sebab final dengar citer lebih susah. So, semoga dapatlah bantu sikit-sikit nanti.

Khamis ni ada Resource Management nye exam plak.
Subjek ni sangat interesting.Waktu lecture.. ok.. clear.
Bila masuk tuto.. ok..blur!! Tapi alhamdulillah, bila Jin Zhe terang.. clear semula.
Semoga Allah permudahkan segalanya Khamis ni. 
Lepas tu.. barulah dapat pulang ke rumah!!
Rindunya nak balik..

Maaf tak dapat nak join program IU..
5 aribulan tu ada program kat tempat lain. 
Teringin rasanya nak merasai saat-saat best program IU
seperti ketikanya saya waktu Alpha, 
Bila tengok adik-adik semua, saya teringat waktu saya Alpha..
hahaha.. poyo plak kan..
Mungkin belum masanya. maaf~~

Ok.. tengah malam ni saya nak mengarang panjang-panjang, dah sedia untuk baca??
Apa ni?? 

Apa itu hati dan perasaan?
Pernah kita terfikir akan apa yang orang lain fikirkan?
Pernah ke kita nak tahu setiap butir fikiran tersebut?
Pernahkah kita terfikir mahu berada di tempat orang lain agar kita dapat feel apa yg dia rasa?

Pastinya akan terlintas kat benak fikiran kita ni.
Bohonglah andai kita tidak pernah terasa begitu.

Nafsu adalah lawan yang paling kebal untuk dikalahkan.
Bukan mudah untuk berdepan dengan nafsu ni.
Penyokong dan pembantunya adalah yang ada kat atas tu.
Tapi yakinlah, kita mampu menewaskannya dengan keyakinan dan iman yang utuh padaNya.


Ala comelnye~~~~ 
Persahabatan. 
Pernah satu ketika dulu, saya pernah ungkapkan bahawa, andai ditanya pada saya apa yang buatkan saya berbangga dengan diri saya, dan dengan apa yang saya ada, selain study semua,
saya akan jawab "SAYA PUNYAI KAWAN2 YANG BEST"

Andai saya berpeluang untuk bercerita pada anak2 dan cucu2 saya, mahu saya katakan,
saya punyai sahabat dan kawan yang sentiasa ada untuk saya.

Begitulah pentingnya persahabatan buat saya.
Sangat saya susah, punyai konflik dengan organisasi,
punyai salah faham dengan organisasi, 
saya punyai kawan yang support saya,
perbetulkan diri saya.

Bagi saya, saya jauh di perantauan, yang ada dekat dengan saya adalah kawan-kawan saya.
Even saya sudah berpunya sekalipun, kawan-kawan adalah priority pertama saya setelah keluarga.
Melainkan kalau saya sudah berkahwin.

Ok... apa kaitan dua gambar di atas?

Dalam suka pasti ada duka, benar?
Dalam senang pasti akan diuji.
Tiada satu pun jalinan yang terjadi tidak akan diuji Allah.
Maafkan diri saya, andai saya terkasar bahasa dalam bergurau,
maafkan saya andai kelakuan saya menyakitkan hati kalian, sahabat.

Jujur dari hati ini, biarlah apa yang terjadi segera ditamatkan.
Seperti katamu...
"Andai kita begini, maknanya kita telah berikan kemenangan pada syaitan"
Ingatkah kamu akan semua itu?

Maaf, egoku membataskan ku untuk berterus-terang,
melalui penulisan ini, ku zahirkan setiap bait.
Sekali lagi, maafkan ku.

Andai tidak,
senyumlah walaupun terpaksa, 
Andai benar salahku, katakanlah.
Aku juga manusia biasa, sering melakukan salah dan silap.

Tidak mendengar jeritanmu, 
tidak mendengar rengetanmu,
tidak mendengar rungutanmu,
itu bermakna, 
kamu tidak berada dalam kondisi yang baik.

Maaf andai hatimu terluka,
maaf tidak dapat ubati kelukaan itu sebaiknya.
Andai diriku bukan orang nya untuk pulihkan semula hati itu,
meskipun orang lain..
satu pintaku..
maafkan diriku.
Ini rayuku..
kerna kau sahabatku.
*****************************************************************************


 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design