Followers

My Wattpad

31 Dec 2009

Tahun baru...


Sayup-sayup ku dengar ia melabuhkan tirainya
Perginya disambut dengan penuh kegembiraan
Datangnya dahulu juga begitu.. penuh kegirangan
Namun..ia bakal meninggalkan kita semua
Pelbagai yang telah kita tempuhi sepanjang bersama dengannya
Satu arena baru bakal menghiasi laluan kita
Menyerikan lagi segala yang bakal kita tempuhi
Semoga arena ini lebih baik dari sebelumnya
Yang bakal mengajar kita erti hidup yang sebenar
~nurafaz~

Selamat menyambut tahun baru buat semua.
Keluarga..sanak saudara...
Guru-guru...teman-teman seperjuangan sekalian..
dan sesiapa sahaja yang mengenali diriku ini.
Sedar tak sedar dah tua dah kita kan...^_^

Tak lama lagi, 2010 akan menggantikan 2009.
Selama 19 tahun bergelar insan, terlalu banyak yang telah dilakukan.
Banyak yang telah ditempuhi.

Waktu remaja adalah waktu kita mencari dan mengenali diri kita.
Waktu untuk kita tahu tahap kematangan kita sendiri.

...2009...
Bila dikenang semula..
Senyum saya seorang diri..
Masanya saya kekadang keliru dengan perasaan sendiri..
Segala yang terjadi akan saya jadikan iktibar
untuk menempuh hari yang bakal mendatang..
insyaAllah.

Maaf saya pinta atas salah dan silap saya
Atas kekasaran saya
Atas kedegilan saya
Atas ke-emo-an saya
dan atas segala yang mampu buatkan kalian semua terasa.
Maaf saya pohonkan.

Semoga kalian hepy2 selalu.
Pada yang pasang azam..
laksanakan sebaiknya...huhuhu [tahun ni azam kekal dengan azam maal hijrah]

Akhir kata...
Masa tak pernah menunggu kita.
Sedar tak sedar.. kita telah pun melangkauinya..
^_^

p/s : saya gembira! Kawan2 lama telah dapat dihubungi. Ahli2 kadet dulu telah berjaya dihubungi. Rindunya zaman bersama kalian! Ingin sekali formasi sama kalian! ^_^





30 Dec 2009

Kutiplah iktibar dari amaran Tuhan


~ceramah di masjid al-muttaqin....~
~yang full nya saya just record.. x reti pula nak letak kat blog ni. Boleh minta pada saya~

Lepas Maghrib tadi, sempat dengar kuliah sal gempa bumi di Padang, Indonesia kat msjid dekat ngn rumah saya.
Nama ustaz ni, memang saya tak tahu. Tapi pengisian dia buat yang hadir terfikir-fikir.

"Jangan nak kata, gempa bumi adalah bencana. Jangan nak duk kata gitu yop. Gempa bumi ni amaran dari Allah. Kerna apa? Kerna tangan manusia juga,"

Jika dilihat dari pengisian yang diberikannya, terdapat banyak pusat2 pemujaan, pusat2 pesta di sekitar 3 kampung yang tenggelam semuanya. Hanya beberapa rumah yang terselamat.

"Cuba tuan-tuan lihat. Yang ada di sini, hanya tanah. Dari mana datangnya tanah ni, tak tahulah,"
Naik bulu roma saya melihat gambar2 yang dipaparkannya.

3 kampung yang tenggelam, hampir 30 meter ke dasar bumi, tiada seorang pun yang berjaya ditemui hidup. Titi gantung yang menghubungkan 3 kampung tu, selamat dan baik keadaannya. Kata ustaz itu, Allah mahu tunjukkan pada kita semua kesan dari semua yang berlaku.

"Ada seorang ibu ni, trauma dan tidak bercakap selama sebulan. Sebab apa? Sebab dia melihat sendiri gempa ini dan dia melihat pokok2 kelapa serta pokok2 yang lain berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain,"

"Kalau tuan2 perhatikan, apabila gempa berlaku, akar pokok ini akan keluar dan mengikut alurnya tanah yang menuruni bukit ini. Dan andai tuan2 perhatikan betul2, pokok2 di sekeliling kawasan gempa semuanya musnah, tetapi, ada beberapa pokok kelapa yang masih berdiri di sini,"

"Kalau ada orang mati, kita akan pacakkan pokok di atas kuburnya bukan? Begitu juga halnya ini. Allah sendiri pacakkan pokok2 kelapa ini menandakan ada orang di bawahnya. Menandakan ada mangsa tertimbus di bawahnya. Allah sendiri binakan kuburnya,"

Ya Allah...
Hebatnya kuasa Allah. Dalam masa 45 saat sahaja, 3 kampung tenggelam ke dasar bumi. Sekolah, rumah2 dan masjid2 juga tenggelam sama.

"Kenapa masjid juga tenggelam? Sedangkan itu rumah Allah? Sebabnya tuan2... orang yang menguruskan masjid ini tidak menjalankan kerjanya. Masjid ini dibiarkannya. Ini adalah amaran Allah,"


Saya sememangnya terpegun dengan ceramahnya. Meskipun perkara ini telah lama berlaku, namun hari ini baru saya didedahkan sebenar-benarnya. Setiap katanya membuka hati saya. Macam mana pula nasib kita?


Allah menyelamatkan mereka yang benar2 berjuang demi agamanya.
Amal yang dilakukan ikhlas kerana Allah,meskipun sebesar zarah, Allah pasti akan membalasnya.

Mendengar kisah2 mangsa gempa bumi tersebut, ada mereka yang terselamat menceritakan, ada yang mengajar mengaji, mewakafkan tanah untuk binaan masjid, dan sebagainya. Syukur, mereka terselamat.

Itulah dia. Banyak lagi yang ustaz tu beritahu. Zaman kita sekarang makin kembali ke zaman jahiliyah... tiada siapa tahu bagaimana nasib kita kelak. Ini baru persinggahan kita yang kedua setelah alam rahim. Bagaimana pula persinggahan kita untuk alam kubur? Alam akhirat pula?

Mungkin kita masih leka, mungkin kita masih terlena, namun, Allah tidak pernah lena, apatah lagi leka. Kita sentiasa diawasi olehNya. Ambillah iktibar setiap yang telah berlaku. Dalam Al-Quran, Allah menceritakan pada kita bagaimana DIA membinasakan kaum yang ingkar padaNya, seperti terjadi pada kaum Nabi Lut, kaum Samud, Kaum Ad. Apabila Allah musnahkan satu kaum, Allah akan gantikan yang baru. Mahukah kita menjadi seperti mereka? Nauzubillah..

Semoga kita sentiasa berada dalam pemeliharaanNya.

Ini baru yang sedikit Allah mahu tunjuk pada kita. Mungkin ada lagi yang lebih besar sebagai amaran dariNya supaya kita tidak leka dalam mengingatiNya.

Akhir kata, jaga diri sebaiknya.

"DaripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita akan dikembalikan"


28 Dec 2009

Station 18

Gerimis petang ni buatkan diri rasa mengantuk sekali.
Semoga gerimis yang turun membawa seribu rahmat, sejuta keberkatan.

Hari ni, alhamdulillah, selesai bayar duit sewa rumah.
Syukran pada abah dan ibu yang temankan mira uruskan semuanya.
Dengar kat radio pagi tadi, bas dua tingkat mugkin tidak lagi digunakan di lebuh2 raya untuk perjalanan jauh, tetapi hanya untuk jarak dekat. Kerna peristiwa 26 Disember yang telah mengorbankan 10 nyawa, ada pihak yang mahu tindakan itu disegerakan.

Katanya lagi, hanya pemandu yang terlatih sahaja dibenarkan memandu bas dua tingkat. Saya fikir semula, andai pemandu yang mengantuk, jika terlatih sekali pun, tidak ada gunanya. Bukannya pada bas itu sendiri [cara mengendalikan bas] tetapi pada pemandunya. Andai Michael Schumacher yang pandu Formula 1 itu terlelap ketika memandu, sedangkan dia seorang yang handal memandu Formula 1, tetap akan berlaku sesuatu [even terlatih].

[Bas ni ada kat central kat ipoh ni. Adik saya sempat tengok real bas ni. erm..... lupe lak nk suh die snap sikit. Semoga dicucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban dalam kemalangan ngeri ini]

Jadi, ambillah iktibar daripada kejadian tersebut. Ingatlah mereka yang kita bawa [pada pemandu]. Kepada yang suka pandu laju2 tu, lepas ni kurangkan sedikit kelajuan ya. [turut berpesan kepada diri sendiri].

Hari ni.. ibu dan abah bawa ke Tesco Station 18.
Station 18? huhhu.. terasa macam kat stesen kereta api pula. Pelik.. station 18..
Kalau tak silap, dekat dengan sek kg pasir puteh. Ni first time saya jejakkan kaki ke sini. Ibu cakap, banyak sikit pilihan kat sini..saya follow je.

Ada la survey sikit barang2 elektrik. Abah plak, beli radio yang ada usb nye. Kirenye, nak dengar lagu tak perlu gune cd.. tp cucuk je pendrive kat radio tu. He bought two, one for tok bah, and another one for our use. ^_^

Abah pun dah mulakan satu peraturan baru. Start 6.30 petang, akan dipasangnya bacaan Al-quran daripada 4 sheikh. Iaitu :

1. Shiekh Ahmad Al-Agamy
2. Syeikh Khusorry
3. Syeikh Masyari Rashid Al-Afaasi
4. Sheikh Said Al-Ghamidi

Dan yang paling saya gemari bacaannya adalah Sheikh Said Al-Ghamidi. Mulai terpikat bila dengar bacaannya di radio IKIM. Andai ada yang mahukan bacaan keempat-empat di atas, jgn segan silu untuk minta pada saya...lengkap 30 juz.

[Tu dia, bersungguh-sungguh dengan kerjanya. Bagus. Nanti kalau ada fulus lebih sikit, ingat nak beli untuk umah baru nanti..huhuhuh..insyaAllah ^_^]

Ini pula tengah duk survey antara benda yang penting tuk umah nanti. Abah dan ibu nak juga beli..siap ukur ketinggian lagi tuk masuk dalam keta. Ada rezeki kami, dapatlah mesin basuh ni. hhuhuhu..

AVF...

The most trusted brand for me.
Saya tertarik pula dengan design kotak earphone jenama ni. huhuhu
Sangat menarik.

Ni ada satu lagi...

Dan kebanyakkan barangan komp saya.. adalah jenama AVF..
^_^

p/s : insyaAllah... jika diberi kesempatan olehNya, akan wujud satu lampiran khas untuk cerpen2 dan cerpan2 saya. But it is open to certain people only. ^_^.
Teringin nak hantar kat mane2 tapi terasa banyak kekurangan dalam setiap yang dihasilkan. Doa ya semoga ada yang tersiar mane2. dah pernah cuba, namun bukan rezeki lagi. ^_^.

26 Dec 2009

Selamat Bercuti semua ^_^

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerna masih diberikan kesempatan meneruskan sisa hidup yang masih berbaki ini. Alhamdulillah, sekarang sudah berada di rumah. Maaf kepada Kak Azi kerna tak dapat nak hadir majlis perkahwinan akak. Semoga kekal hingga ke syurga, insyaAllah. ^_^. Semoga akak suka dengan hadiah pemberian saya tu.


Hari ni, rutin saya adalah rutin seorang suri rumah. huhuu. Nak online pun agak susah sikit kat sini. Kena ada time dia. Pagi-pagi lagi dah kena bangun. Bak kata adik saya. "Yeah... Kak Mira sidai baju esok!!" Suka dia kalau saya balik, sebabnya, saya lah yang akan mengambil alih tugas dia lepas ni. Lagipun, hari ni, ibu buat makan2 bersama adik-beradik ibu. Ibu masak Nasi Bukhari. Saya duk tolong kacau, wat yang simple2 je. Tolong kemas depan umah, duk usha kucing main2 depan umah. Itulah kerja saya.


Nak tahu resipi Nasi tu? Ha... cepat2.. amik pen dan kertas. Kalau nak copy paste pun x pe. Ok.. nama resipinya.. Nasi Bukhari. Bahan-bahannya adalah.....[cari sendiri ek...x sempat nak mnta kat ibu tadi.. maaf... ^_^]


Semalam, alhamdulillah, sampai Ipoh awal.. 2 lebih dah sampai. Kalau naik SE.. maghrib baru sampai. Itu pun saya hampir terlepas bas. Tunggu punya tunggu... hampir 9.40 pagi, saya pergi kaunter, tanya, mana bas Starmart saya?


"Adik, bas ni nak jalan dah ni. Platform 11,"


Saya dengan sepantas kilat berlari kejar bas kat platform 11. Bagi tiket dulu, pastu barulah saya ambil beg saya kat Nadiah. Alhamdulillah lah... kalau tak.. mau saya menangis kat situ x dapat balik. T_T


Thanks juga pada Faain yang BELANJA kami sume makan. hahahah.. Nadiah tak abis2 kesian kat Faain. Saya buat tak kisah je..


"Kalau aku, tak kisah. Fain ni susah sikit nak belanja orang makan. So, bila dia cakap nak belanja kita makan. Aku on je.." [kejam ke saya cakap camtu?]


Pepun...thanks ya Faain.


Meh...saya story pula apa yang saya @ Dahlia 6 buat start 22.12.2009 sehingga 24.12.2009

**************************************************************************

22.12.2009

Hari tu, saya, Nadiah, Kak Wani, dan Kak Zinie...


Selesaikan urusan akaun streamyx kat TM Point. Ramai sungguh orang. Penat menunggu. Dah lah salah tekan button [akak kat kaunter bagitahu button tu].. pastu kata button len lak. Akak tu penat kot..sian die.


Punyalah lama menunggu.. akhirnya tibalah time kami.

"Saya nak tukar nama akaun,"

"Akaun streamyx x leh tukar nama. Cukupkan setahun, and then terminate this account. Lagipun akaun ni tak cukup setahun lagi,"[akak tu bgtau]

"Memang tak boleh ek kak?" [kami x putus asa]

"Tak boleh dik" [akak ni trainee baru.. hehehe.. kerja kat bahagian kaunter penat kan kak??^_^]


Tak pelah..bukan rezeki kami lah tu. Beransurlah kami dengan perasaan yang hampa lagi kecewa. Namun, mulai terubat bila nampak ini makanan....

[Jangan marah ye....]

Paling bestnya... kami berdua je yang makan. Kak Zinie dan Nadiah pergi TNB uruskan bil elektrik.. Hahahaha.. jahat sungguh kami. Maaf ya. Pepun.. sedap oOoOOoOOo.. ^_^

[RFC dah bukak kat Mydin.. Leh cuba nanti]


Selesai urusan kami untuk hari tu setelah Kak Zinie hantar kami pulang. Syukran kak.

***************************************************************************

23.12.2009

Jam 11 pagi. Saya menuju ke kampus untuk ambil kereta kancil untuk disewa. Hari tu, saya, Nadiah, Aida, keluar nak cari brg2 elektrik tuk rumah baru kami. Sambil2 tu kami jalan2 kat supermarket survey barang la katakan. ^_^


Yang menyayat hati hari tu... kami kena denda.. Parking tak letak kupon.hahahahah

Memang sadis sungguh! Tak pasal2 kena bayar RM 30.... duit kami terbang~~~~~~

~tempat bayar denda... T_T~


Petangnya pula, balik kampus sekejap, ambil Ecah pula. Sebelum tu, sekali lagi kami pergi ke TM Point untuk uruskan line telefon. Hampa~~~ Lama tunggu, akhirnya kami terpaksa uruskan bila buka sem nanti. Ada hikmahnya tu.


Kami ke Jusco. Saya beli hadiah untuk Kak Azi. Ecah lak borong tuk family dia. Then, kami tengok wayang.


Nadiah dan Ecah tgk Storm Warrior 2. Saya dan Aida tengok Santau. Menarik citer tu. Saya suka. Beri sedikit pengajaran buat diri agar sentiasa berhati-hati. Namun, part yang paling best time tengok.. ada abang auuuww ni.. huhuhu.. duk depan saya. Saya lak pilih tempat betul2 center. Straight je tengok skrin. Bila time suspen... abg2 kat depan saya ni menjerit.. mengalahkan perempuan. Kadang2 kami terkejut bukan sebab cerita tapi sebab jeritan abg2 tu. Yang Aida lak duk pegang saya. Aduih~~~ Mak cik belakang lak.. siap baca Bismillah bila start cite tu.. menarik sungguh. Yang paling bestnye.. adik sebelah saya tu.


Dia beli air..letaklah kat tempat air tu... tempat tu dekat dengan tempat saya. Lepas tu dia duk tengok2 saya. Saya pun pelik. Saya tengok lah dia balik. Time saya tengok tu.. dia tanya,

"Akak, ini air siapa?"


La... saya terkedu sekejap. Memang tak terkata saya time tu. Saya cuba tunjuk je dengan jari telunjuk yang air tu dia punya. Apalah adik ni. Dia sendiri letak air tu..die sendiri lupa air siapa. hahahaha. lawak2..


Bile time seram je.. adik ni banyak kali bangun. Sakit belakang ke.. sejuk ke.. saya pun tak tahu. Saya toleh ke arah dia...

"Sabar ye dik," [kot2 la dia cuak ke kan~~]


Dalam jam 10 lebih, kami beransur pulang untuk rehat kan diri, menempuh hari yang lebih memenatkan esoknya.

***************************************************************************

24.12.2009

Hari tu merupakan hari kedua terakhir kami di Dahlia 6. Semua barang dah siap dipack. Tinggal nak angkut je lagi.


Tunggu lori nye pasal lah. Alhamdulillah, syukran pada Fain and the gang bantu kami carikan lori. Kalau tak, kami sendiri kena cari. Thankz juga pada Pak Cik Makmur yang uruskan semuanya. Syukran.


"Pak cik, tadi ada dua orang laki datang jumpa pak cik kan?"

"Ada-ada,"

"Saya kawan dia, nak tanya pasal lori,"

"Haaaa.... ni tunang ke, makwe dia?"

"Hahahahaha[ketawa besar saya]... kawan je,"

"Macam mana ya pak cik kire angkut sume ni?"

"Sebenarnya..ni bukannya tuk service budak2, tapi kirenye..ini pak cik nak tolonglah ni. Bayaran terpulang..."

Antara dialog saya dengan pak cik Makmur.


Bila saya pulang je dari kampus setelah sewa kereta Wira [kereta kancil dah habis di booked],

Pak Cik Makmur tercegat kat depan rumah dengan lori MMU yang amatlah besar+panjangnye. Terkejut saya. Dahsyat!!! Teruja!!


Alhamdulillah, barang2 diangkut sekali semua [yang berat2 je]

Terima kasih sekali lagi buat Pak Cik Makmur [FMD MMU], dan beberapa orang FMD yang lain seperti.. Faain, Wan Apih, Aizuddin dan sorang lagi saya tak kenal.


Malamnya pula, kami angkat barang2 dapur setelah puas minta kotak kat Mydin. Haahaha...

Parahnya bila berbicara dengan pakguard Mydin yang pastinya berketurunan Bangla[if x silap]

Then, hantar kereta kat rumah Kak Liza.. Rumah dia memang betul2 menginsafkan setiap jiwa yang datang ke rumahnya. Mana tak nye.. Sebelah kiri Kubur Islam. Depan rumah kubur Cina. Cuba bayangkan.. huhhu.. Seriau rasanya time pandu kat situ.. hahaha...


Hampir kul 12 barulah kami siap semuanya. Alhamdulillah. Tibalah pula masanya untuk istirehat dan kemas2 tuk pulang.

********************************************************************************

Itu dia...

suppose ada lagi gambar.. tapi kamera saya missing in action~

Semoga saya ketemu semula dengan kamera saya tu.

Ada rezeki.. adalah tu.

~Gambar selingan... Jusco Ipoh.... sale..sale..sale...~

Sekarang dah mula cuti semester. Kawan2 sume balik semula ke tempat belajar masing2. Ingat bolehlah keluar ramai2.. tapi sayangnya.... tak apalah.. tak ada rezeki lagi nak jumpa mereka.

Tinggallah saya jadi suri rumah sepenuh masa dan driver adik saya sepenuh masa.

Kepada sahabat2 yang lain, selamat bercuti di samping keluarga tercinta. ^_^

Manfaatkan cuti kalian ye...


Semalam...dia hadir lagi dalam mimpi saya. Sudah berapa kali dah dia asyik masuk dalam mimpi saya. Tak ada mimpi orang lain lagi dah ke nak kacau? Seakan real je semalam. Saya ada buat jahat dengan dia ke? Ada saya hutang dengan die ke? Ada saya dendam dengan dia ke? Ke dia yang berhutang@berdendam@nak buat jahat dengan saya? Tak pun nak bagi hadiah kat saya? Entahlah. Seriau rasanye.. Semoga biarlah itu hanya menjadi mainan tidur saya [bak kata orang...mimpi itu mainan tidur]. Harapnya tiada apa2 tafsiran di sebalik mimpi tersebut meskipun setiap mimpi saya pasti terselit sesuatu makna. Andai ada maknanya, biarlah yang baik2.. Amin...


p/s: sedang menanti pelancaran BLOG AIDA yang baru..hehehehe

21 Dec 2009

Labuh Tirai


Tamat sudah perjuangan di medan peperiksaan. Alhamdulillah, semester dua mula melabuhkan tirainya. Semester tiga pula menanti.

Pagi tagi, selesai sudah paper last.. iaitu Discrete Structures. Memang menarik sebabnya saya duk depan sekali. Sangat depan. Kalau Malaysian Studies saya duk depan dan dekat sangat dengan tandas, kali ini dekat dengan meja invigilator. Saya suke!! huhu ^_^

Setelah habis exam, rancangan seterusnya adalah menuju ke TM Point untuk penukaran akaun streamyx kat Dahlia 6. Jika asalnya atas nama saya, kini ditukar atas nama Kak Wani. Namun, tak berkesempatan lagi. Kami tunda esok lak. Mungkin akan uruskan sekali hal elektrik, air, dan sebagainya..huhu.



Dah habis exam ni, terasa kosong pula. Kalau dulu waktu study sem 1 nak final... ingat lagi, kami wirawati-wirawati Dahlia 6 study sama2 kat ruang tamu. Memang best! Ada yang tak tido semalaman. Bersekang mata study, usik-mengusik, masak memasak. Memang semua itu kenangan. Bila time cuti, rasa rindu sangat nak buka buku seperti yang kami lakukan time final tu. Tapi sekarang, semua pakat tido awal.. kul 12, dah pejam mata. Itu amalan yang bagus tu. Memberikan rehat yang cukup pada otak untuk bekerja lebih keras.


Kepada member Dahlia 6 yang masih ada exam, jangan sedih2 ek! Usaha sehabis baik untuk exam! Jangan stress sangat. Ingat cite 'Apa Kata Wanita' oleh Dr Niki tentang pemikiran luar sedar. Manfaatkan ilmu tu ^_^.


Dalam terasa kosong tu sebenarnya banyak benda nak buat. Aida Wani Ecah sume dah bg task kat saya semalam lagi..suruh saya dan Nadiah bekerja kerna kami habis exam awal. Lawak tul! Semestinya pada peringkat nak final, sape habis exam awal pasti akan dikecam hebat.hahaha... memang kanak2 comel kami nie ^_^.


Esok... nak selesaikan TM tu.. pastu nak ambil kunci rumah dan bayar deposit semua. Selesaikan semua bil2 sebelum berangkat pergi. InsyaAllah, 24 aribulan ni nak angkut barang pula. Semoga dipermudahkan segalanya. Banyak sebenarnya kena labur untuk rumah tu, tapi ikut kesederhanaan kami,insyaAllah. Semoga baik2 semua ye... sape nakal..kene rotan! hahaha

Dalam sibuk2 uruskan hal rumah, saya terfikir.. apa kata saya ceburi satu bidang baru? Saya nak cuba.. tapi bila lihat qualification-nya.. seakan sukar pula untuk saya teruskan. Mungkin sebagai bidang sampingan dan bukannya bidang utama. Dan cakap soal bidang@course ni. Saya teringat kata2 Abang Ijut dalam blog dia..
duk kat MMU, people expect something for us. [lebih kurang lah]...


Kata-kata dia pun buat saya berfikir. Saya masih mencari sinar dalam diri saya kat MMU ni. Design? Tak semua amik IT leh cenderung pada designing.. Entahlah.. saya tak minat design2.. kurang minat. Orang suh saya belajar wat website, belajar guna software ini... saya angguk je. Kurang cenderung. Maybe saya suka something yang melibatkan sedikit system dan sedikit hardware. Sebab tu saya suke eksperimenkan laptop saya ni. Sifu saya pesan.. dia suruh saya mahirkan dengan laptop saya sebelum saya beralih ke laptop atau PC yang lain. huhuu.. mungkin itu minat saya. 






[Meja sahabat saya. Katanya, "Aku ni nak makan ke nak study?" huhuhu... setiap kali kami lapar.. kami pergi ke tempat die..makan.. dah kenyang, sambung study lek..hohohoho... saya nampak pencil case je.. ^_^]


Saya ketemu ramai yang lahir sama bulan dengan saya, malah ada yang sama tarikh lahir pun ada. Sehubungan dengan itu, ia buatkan saya curious untuk mengkaji istimewanya bulan kelahiran saya ni. huhuhu... kerna.. ada kalanya ia reflect pada diri saya semula.. Yalah.. sama bulan, ada kalanya ada sedikit persamaan.

Sebelum saya akhiri entry ni.. 



[Surah Ar-Rahman, ayat 16]
 Kita sama2 perhati semula selama kita di sini.. sejauh mana kita hargai apa yang telah dikurniakan pada kita.

18 Dec 2009

Salam Tahun Baru

Alhamdulillah...
Sudah kita melangkah dalam bulan Muharam, bulan hijrah.

Salam Maal Hijrah saya ucapkan buat semua rakan-rakan, keluarga, sahabat2.. dan semua pembaca blog ini.

Esok, bermulalah satu peperangan hebat buat pelajar2 MMU.. huhuhu..
sok mula paper Programming. Subjek killer bagi saya sbb tak pandai sangat subjek tu. huhu..
buat teman2.. semoga dipermudahkanNya untuk menjawab.

Dalam kita melangkah meniti hari2 yang mendatang, semestinya kita sering melakukan kesilapan, melakukan noda. Begitu juga dengan diri saya, sepanjang 19 tahun saya bergelar insan, terlalu banyak yang telah saya lakukan, yang baik mahupun sebaliknya.

Yang saya pasti, di saat-saat ini merupakan saat genting buat saya, entah mengapa.
Saya diuji dengan pelbagai gejolak perasaan yang sering menghantui saya. Ada kalanya saya stabil.. ada kalanya saya tidak.. wah.... apa ni???

Azam baru saya tahun ni [huhu].. saya mahu lebih ceria.. seceria saya pada dahulunya. Saya benar2 rindukan saya yang dahulu. Tapi... andai keadaan di sekeliling saya tidak membantu saya untuk ceria.. saya kena berusaha lebih gigih.. ^_^

Berkait dengan ceria~~~ ada kalanya gurauan mampu memberikan keceriaan pada seseorang itu. Benar?

Saya akuinya. Namun, apabila kita bergurau, harus kita perhatikan juga dengan siapa kita bergurau dan apa yang kita guraukan. Andai gurauan itu mampu membuatkan seseorang itu terasa, tarik muka, dan sebagainya.. elakkan dari melakukannya.

Setiap orang mempunyai hati dan perasaan yang berbeza. Kita fikir begini.. tapi orang lain fikir lain. Kita boleh terima semua ni, tapi orang lain mungkin sukar untuk terima. Mana tahu, gurauan yang dilakukakn itu membuka aibnya. Membuatkannya malu. Jika sekali-sekala, mungkin boleh. Tapi jika selalu?

Hati-hati dalam kita bergurau. Benda ni nampak remeh, tapi boleh cetuskan sesuatu yang amat besar sebenarnya. Semuanya bergantung pada niat di hati dan tutur kata yang dilontarkan. Dan setiapnya akan disoal nanti.

Kita mungkin tak rasa apa yang mereka rasakan. Dan mungkin jauh di sudut hatinya, mahukan kita sepertinya, agar kita tahu apa yang dia rasa. Hati-hati... manusia itu insan biasa, punyai jiwa, perasaan, roh dan hati. Jangan kerna perkara kecil... tersetusnya sesuatu yang kurang enak.

Owh... panjang pula. Ini ingatan untuk diri saya juga yang suka sakitkan hati orang.
Maaf saya pinta dan semoga kalian semua berada dalam perlindunganNya selalu.

Akhir kalam.. selamat semuanya..

~nurafaz~

12 Dec 2009

One Youth..One world.. We are the world

Sabtu, 12 Disember 2009
7.00 pagi.

Seorang sahabat saya tergesa-gesa masak nasi goreng untuk sarapan pagi.

Kami memerlukan tenaga yang secukupnya untuk menempuh hari yang semestinya terasa.............^_^

Semestinya kalau dah tergesa-gesa tu pastinya ada kekurangan dalam sesuatu yang dilakukan. Dan apabila kekurangan itu dipertikaikan..pastinya timbul perbalahan yang tiada penghujungnya.. [khas untuk Aishah dan Nadiah!]


[kumpulan halaqah nombor dua setelah kami berhalaqah ^_^....]

Dalam 7 lebih... kami tiba di kampus dan kelihatannya ramai kat situ. Teruja+tak tahu nak buat apa + selamba telah menjalar dalam diri. Pergilah ke kaunter pendaftaran. Carilah nama kelab.. [mewakili IU].

Cari huruf I.... tak ada. Pergi cek kertas satu lagi.. x ada juga. Baru terlintas. Dalam english.. IU adalah Usrah Institution...huhuuhu... so carilah nama under huruf 'U'... baru jumpa. Siap tulis nama. Kami tunggu kat situ sampailah Abang Cina SRC tu bagi arahan suruh naik bas.. huuhu

[Yang ni khas tuk Kak Suraya.. Kak! Jangan jeles!!!!! Saya bersamanya dalam program ni.. hahaha]

[Cuba Kak Su cari kat mana abg cina tu.. hehehe..saya dh nmpak~~]


[enjit-enjit semut...naik tugu yang dibina.. enjit2 semut.. jangan sampai MBMB nampak tugu ni...]

Oleh kerna MITC tu tak jauh mana, so...tak rasalah sangat perjalanan tersebut.
Sampai je kat situ.. huhuhu.. kami dapat baju! Ok la.. tak perlu beli baju banyak pas ni. Dah transformer..kami diberi sarapan pagi..tu yang buat halaqah 3 orang tu. Lama jugalah masa yang diambil. Maklumlah ramai orang. Nak tunggu sume siap dan sume datang memang makan masa la kan.

Part yang paling kebosanan terasa adalah bila menunggu ORANG2 Besar datang. Nak buat perarakan Hari Belia Sedunia (60 tahun). Ada juga kerjasama dengan luar negara. Erm.. kami berjalan dari MITC sampailah ke World Youth Foundation.


Kalau dulu, ingatkan bangunan tu adalah sebuah institut pengajian. Bangga sungguh kalau dapat belajar kat situ. Siap fikir.. course apalah yang ditawarkan kat situ. Rupa-rupanya ia adalah salah sebuah NGO. Keprihatinan belia di bawah naungan bangunan tersebut. Nak tahu lebih lanjut.. KLIK SINI.

Overall.. bagi saya ok lah program ni. Sepanjang berjalan pun menarik juga. Yalah, jalan ramai2. Macam2 ragam jumpa. Macam2 rupa ada. Macam2 ada...~~~

"Tak sia-sia aku berikan latihan pada korang selama ni"
[latihan sesat di Bumi Melaka membina stamina diri untuk berjalan jauh..hahaha]

Part yang paling saya suka, bila sume kenderaan yang megah meluncur laju di jalan raya berhenti kerana kami yang conquer semuanya. Memang menarik! Bukan selalu kan.. selalunya bila orang duk tengah jalan, sah2 kena langgar. Kalau yang ini.. siap main peace2 dengan orang sebelah gitu~~~~ huhuhu...~~~

[Part yang paling saya suka dalam progrm ni..hehehe~~~]

Sampai je kat bangunan tu.. kami cari tempat duduk kat bawah khemah. Tuhan sahaja yang tahu betapa panasnya hari tu. Betapa bahangnya terasa. Namun..semangat belia la katakan. Kena kuat!

Antara yang berikan ucapan tu.. sorang foreigner, sorang menteri melaka, dan sorang lagi saya tak tahu siapa... huhuhu... Part ni saya lemah sikit. Memang dari dulu. Saya kurang gemar nak dengar ucapan2 ni..even ucapan cikgu2 kat perhimpunan waktu sekolah dulu pun begitu. Saya akan mudah terlelap. Tak tahulah hari tu penat ke.. memang saya terlelap sekejap. Tapi kebiasaannya... bila berhadapan dengan ucapan..saya akan mudah terlelap. erm... satu kelebihan juga kan? Kot2 le ada yang mengumpat.. terlepas sikit sebab tertido..hahaha

[Gambar menteri ni susah nak snap.. kalau yang perjumpaan hari tu pun susah nak snap. Kire nampak la kan...kalau tak nmpak.. gmbar banner belakang tu pun jadilah~~]

[Ada juga pemberita yang datang. Rasa2 masuk tv tak? hehehehe]

Dengar punya dengar.. dah habis. Perasmian pun selamat. Lepas tu.. sesi tanam pokok lak. Tengah hari oOo...
Yelah.. bila lagi nak tanam kan? Nak tunggu pagi sok, takut sibuk. Jadi tanam terus. Berapa pokok saya tak pasti dan nama2 pokok tu pun memang tak tahu. Bila nak tanam pokok kedua@ketiga kalau tak silap....baru saya dapat snap sikit.
Siap dipuji lagi kerana kepakaran menangkap gambar. [Tak tahulah pula kalau nak perli pula kan.. pepun... gambar dapat tangkap].

[Ada yang perasan saya tangkap tu.. say cheesee~~~~~]

Selesai tanam pokok... tiba masanya makan pula. Time makan.. alhamdulillah.. isi juga perut ni. Makan punya makan.. layan jugalah lagu yang diperdendangkan.. namun.. time lagu dangdut tu saya pergi bawa diri ke longkang besar.. Nak gugur jantung dengar bunyi drum...
Background music lagi kuat dari yang menyanyi.. lagilah nak jatuh jantung. Oleh kerna takut jantung tak kuat.. saya bawa diri... risau juga...^_^

[speechless...tengah cari jalan nak ke Mydin..hehe]

Namun... saya minta kebenaran Rifa [wakil SRC] untuk benarkan kami pulang sendiri. Nak menuju ke MyDin.. hehehe.. penat2 pun layan juga Mydin.

Kami pun jalan kaki ke sana. Cadangnya semalam nak pergi JJ yang baru kat MC tu.. tapi Mydin lagi berbaloi..so.. pergilah sana.

Selesai beli barang terus pulang... dan terus syahid di atas katil............

Sebenarnya ada video..hehe.. tapi yang menangkapnya sedikit haru..
Entah kenapa dia record camtu pun tak tahu.. apalah yang difikirkannya.
Jadi..kalau ala2 tak clear tu..senget2 tu.. bukan salah yang upload..tapi laptop kalian.
Kena perhatikan betul2 tu.. ^_^ hehehe..

Layan je la ek... ^__^














Sebenarnya.. sy tak tahu apa yang saya dapat dalam program ni. Mungkin sy dpt tahu.. wujudnya World Youth Foundation tu agaknya. Semangat belia?
Andai tak sertainya pun.. semangat tu pasti ada dalam setiap diri belia2 di Malaysia.. cuma tak tunjukkan aje.

Dan program ini juga sedikit buka mata, minda, hati saya dengan dunia luar. Tak semestinya semua itu indah.. tak semestinya semua itu buruk.. tak semestinya semua itu baik dan sebaliknya.. Setiap yang terjadi@berlaku... pasti ada hikmahnya. Yang baik ambillah.. yang buruk.. buang dan tolak jauh-jauh..

Memberi pandangan adalah salah satu ciri belia cemerlang [cewah..sukati je..]
Tapi dalam memberi pandangan harus juga lihat dengan siapa kita berkata-kata.
Dan dalam memberi pandangan.. harus juga lihat pro dan cons nye..

Namun.... selangkah kita melangkah untuk melakukan perubahan.. asalnya timbul dari satu pandangan yang diberikan.. benar kan???
Jadi..fikirlah sendiri~~~ ^_^

Akhir kalam...
Mode Final Exam sudah bermula.
Mungkin blog akan berehat dari aktif..

Tetapi empunya blog akan sentias aktif ^_^
Semoga semuanya baik belaka.
Buat semua pelajar MMU.. selamat menduduki Final Exam.

Buat beberapa dari Dahlia 6..
selamat melangkah ke tempat baru nanti ^_^.
Tak sabar!!! huhu..

Sekian~~
...: NuRaFaZ 0310 :...

One YOUTH..
One WORLD..
We ARE the WORLD!!!
[Slogan yang diperlaungkan]

11 Dec 2009

Tri-Update

Syuuhhh... Syyuuhhh..
Nampak tak?
Blog ni mula nak bersawang sikit2.. banyak pula serangga datang bertandang menetap.
Tak kan nk biar? ^_^

[Pameran di CLC Concourse~~ menarik~~]

Akhirnya.. masa yang ditunggu untuk update, sudah tiba. Memang sengaja tunggu hari Jumaat.
Hari penghulu segala hari ^_^

Alhamdulillah, segala yang memberati fikiran telah selesai dilalui. Minggu ni terlalu banyak ujian.
Ujian@kuiz.. sikit2 kuiz... plus ada pre-test tuk final lagi. Campur lagi assignment yang menggerunkan urat saraf di otak..huhhu..

[Alamak..dia perasan la plak.. ingatkan dapat cover time tangkap ni]

Sejak Jumaat yang lepas, selama tiga hari.. berhempas-pulas pusing satu Melawis, Bunga Raya, dan kawasan seangkatannya...mahu luaskan pemandangan la katakan. Usaha kami meluaskan pemandangan diteruskan dan digiatkan dengan lebih gigih pada hari Rabu, kalau saya tak silap. Alhamdulillah.. clear part tu.

Petang tu pula [Rabu], ada jamuan BIP. wah~~~ makan free~~~~ pantang diajak! Lokasinya adalah Dahlia 4 [betul ke nmbor umah ni?] Jiran sebelah je pun. Sesi suai kenal antara muslimah BIP. Maaf kelewatan hadir ke jamuan ni. Sempat datang untuk part makan je ^_^. Sedap spagetti dan juga dadih tu~~~ i liiiikkkeeee...^__^

Tak lupa juga Hepy Belated Birthday utk Zawani... tak sempat lak nak merasa kek yang comel tu...~~

Ini ada sedikit snap.. tp memang tak lawa sungguh gambarnya [pengakuan jujur lagi honest]. Ni je yang saya mampu tangkap menggunakan handset kesayanganku..

[Birthday girl.. x nmpk la wajah die.. hehe]

[ Yang ini bukan birthday girl ok... ni mesti kes x sabar nak makan ni...]

[yummmmyyy.... terliur kot time mula sampai.. tergugat iman...~~]


[Sila...sila.. buat seperti rumahmu sendiri ^_^]

Itu dia.... part yang mana orang cakap... kalau rezeki jangan ditolak...bala pula jangan dicari.
Alhamdulillah.. rezeki kami kenyang dengan masakan kak Ika... Syukran ya kak.

Balik rumah.. siap2 dan fikirkan pula halnya untuk LabTest yang diadakan pada hari Khamis. Sambil2 tu try ubah sikit coding assgnment Programming. huhuhu.. memang terasa cabarannya di situ. Dan untuk LabTest pula.. saya rasakan CP1 lagi senang labtest dia. Memang sedih giler. Rasa nak menangis time jawab tu.. Mula2 baca soklan blank je.. rasa macam tak pernah belajar apa2 pun. Then.. take a deep breath.. cube fokus sikit2.. bolehlah..tapi mengecewakan.. namun.. tetap berpuas hati. Erm... speechless~~~~


Selesai LabTest.. cuba pula fokus untuk Assgnment. huhuhu... kalau ikutkan hati jiwa dan raga, saya redha je dengan coding kitaorg tu. Sedikit lari dari landasan. Tapi, selagi tak hantar, tak boleh nak menyerah kalah. Betul tak? Akhirnya.. kami stick juga dengan coding asal. Tak boleh nak buat apa dah. Tak apalah, kita dah cuba yang terbaik.. dan demo-kan yang terbaik juga.

Alhamdulillah.... time demo tu.. rasa sekejap je. Allah permudahkan segalanya.. sangat permudahkan. Coding kami yang rasanya lari dari soklan tu pun.. lecturer cam tutup mata je.. huhu.. letih kot asyk menghadap komputer je.. Kasihan lecturer.

Kami diminta mencipta Bank Account System.
Dan kami namakannya Aizu,Nurafaz,Nadiah system[hehehe^_^]
3 orang dalam kumpulan.
Pepun, saya juga berpuas hati sebabnya coding ni datangnya dari diri kami sendiri.. no copy2 from others.. rujuk untuk betulkan mana yang salah tu adalah. Putus asa? Memang ada juga. Bile2 time x leh nak run program.... rase nak menyerah kalah pun ada.. tapi yakin, insyaAllah kami 3 orang leh lakukan! Syabas buat Uddin dan Nadiah! Great teamwork.. huhu ^_^

Ni ada sikit screen shot... layanzzz...


Selesai je demo ni. Saya, nadiah dan Ecah.. bersiar2 sambil hirup udara segar di sekitar EP dan Bunga Raya, sebelum isi perut di kedai kuning.

Siar2 kat Bunga Raya, buatkan saya tak henti2 senyum. Saya rasa tenang kat situ. Tengok makcik2 adik2 main kat taman buatkan saya terhibur sedikit. Jalan je...

"Assalamualaikum cik...." [hehehe]


Sempatlah kami singgah satu tempat, sembang2 kat situ.
InsyaAllah, semoga tempat tu adalah permulaan yang baru buat diri saya dan yang lain. Dan semoga segalanya dalam keadaan baik sehingga ke akhir hayat.. insyaAllah.

"Tak sabar-sabar korang ni," Aiseh.. macam mana boleh terserempak dengan Kak Ada ni...

"Bukan tak sabar kak, kami sedang suaikan diri dengan keadaan di sini," jawapan kene kencang gak.

Selesai di situ, kami terus bawa diri kat tengah taman EP tu.
First time jejak kaki ke sana. huuhuhu...
Memang kami perhabiskan masa petang dengan sebaiknya lah. Memang dah target nak jalan2 je petang tu..best3!!!

Sambil2 tu.. tak ada keje lain kalau kami bertiga bersama.. dan keje tu adalah..... meh tengok..

[erm... wo jiao Nur Amirah.. eh..bukan.. ni tulis Emerald Park ni... huhuhu]


[Apa ke pelik Mira tu?? Tak pernah jumpa batu ke dia ni???]


[Tak ada tempat lagi romantik ke? Apa kejadahnya batu besar ni? Dah macam depan tugu dah ak tengok.. redha jela Cah.. ak terima dengan hatiku terbuka...^_^]

Kadang-kadang, jalan2 juga melepaskan sedikit ketegangan yang dihadapi. Jadi... spend sedikit masa untuk diri sendiri dalam mengembalikan stamina yang telah hilang.
Diri kita juga perlu dibelai dan dimanja. Berikan ia rehat yang secukupnya.
Berikannya makanan yang secukupnya...
Berikannya ketenangan yang sewajarnya..
dan paling PENTING...

hargai diri kurniaan Illahi. Nikmat yang tak terperi indahnya..
^__^

Rasanya cukup dulu buat kali ini.
Esok2 update lagi..

Owh ya.. pemberitahuan...
Jika ada sesiapa yang mencari2 rumah..khususnya pelajar MMU..
di DAHLIA 6 [TAMAN DAHLIA] ada kekosongan. Fully-furnished. Andai berminat, hubungi saya sendiri atau mana2 ahli DAHLIA 6 [Kak Wani & Kak Kamilah].


p/s : Baru sedar.. saya suka citer Jepun lebih dari citer Korea.. namun.. andai jejaka kat atas ni berlakon.. saya tak kan miss untuk menontonnya.. huhu.. ^_^

7 Dec 2009

Menulis @ Pengalaman



"Mira, memang kebanyakkan penulis, menulis berdasarkan pengalaman ek..."

Benar ke?

Penulis cerita akan menulis berdasarkan apa yang dilaluinya?
Bagi saya, itu adalah terpulang pada diri penulis itu sendiri.

Seperti saya, cerpen@cerpan yang saya karang, hampir 90% adalah apa yang telah saya lalui.
Diadaptasikan ke dalam cerita.

Ada setengah penulis, akan menulis berdasarkan apa yang mereka baca.
Tapi selalunya, apa yang penulis alami itulah bahan cerita sebenarnya.
Sebab itulah pembelajaran bagi penulis.

Andai satu tempat dalam cerita itu dihuraikan... sudah semestinya penulis pernah ke sana.
Erm... benar?
Samalah juga kita update status di YM dan Facebook.. itu adakalanya yang telah berlaku.. bukan?

Jadi..saya sokong sebenarnya apa yang sahabat saya keutarakan siang tadi.
Walau tak semua, tapi hampir semua begitu..^_^

Apa sebenarnya saya nak bagitahu ni?
Owh tak ada apa-apa..saja nak menulis.
Di samping tengah menyiapkan kerja yang tak tersiap..
erm.....

Rasanya... entry kali ni mmg tiada input.. tak apalah..

Saya tengah tension sebenarnya..huhuhuhuh...
coding~~~~coding~~~~coding~~~
Idea ada, tp nk implement saya gagal. hohoho.. tak kisahlah..
abang saya ada di Sarawak!! Angah!!! Adikmu perlukan mu..hehe..

Semoga segalanya berjalan lancar~~~

p/s : setelah tiga hari berusaha.. semoga ini yang terbaik utk kami ^_^

4 Dec 2009

Death Note

...: Death Note :...

Cerita ni dah kurun dh saya rasa.
Tapi tak berkesempatan nk tengok.

Alhamdulillah, beberapa hari kerja keras tuk download..3 season ni..
baru habis tengok.

Memang best! Walaupun ada sesetengah yang komen tak best..pasal hantu die tu cakap Jepun.
Tapi bukan hantu pun.

Sekarang baru saya faham.. apa itu "L Change the World"
Dan juga simbol L itu sendiri.. ^_^

Cerita ni ada 3 seasons..


First season ni baru warming up. Agak menarik. Idea dan strategi yang digunakan hebat juga.
Suka dengan Light Yagami meskipun jahat..tp dia baik.. erm...
L mula menyiasat start episod ni. Mencari Kira (Light Yagami) dan menyelesaikan kes di Jepun.


Season 2 ni pula semakin hebat. Dengan kehadiran Kira 2 dan Kira 3 menghebatkan lagi permainan Death Note. L juga hampir terpedaya dengan Kira. Strategi yang dimainkan oleh Kira (Light) memang menakjubkan! Sangat teliti dan sangat halus! Untuk menghapuskan L, dia perlukan nama penuhnya.. hahaha Tapi.. yalah.. yang jahat biasanya tak kan menerima kemenangan.. ^_^

Cuba teka.. Last Name.... siapakah nama yg tertulis dalam Death Note itu???


Season akhir.. Di sini kelihatan pandai giler L ni.. Memang cerdik! Dia mengorbankan nyawanya dengan menulis namanya sendiri dalam Death Note tu.. semata-mata mahu perangkap Kira. Saya memang kagum dengan teknologi digunakan serta kebijaksanaan L ni sendiri.
Hohoho..

Pepun.. cerita ni memang menarik! Saya suka..

Kalau sesiapa mahu menontonnya..
boleh minta kat saya citer ni..

aku tak mahu tewas

Benar, aku tak mahu tewas.
Sesiapa pun tak mahu tewas.

Mengapa susah benar?
Mahu kemenangan, bisakah andai tidak menempuh kesusahan?

Orang yang berjaya pasti menemui tangga kegagalan. Itu biasa kita dengari. Biasa juga kita tekadkan dalam diri untuk menjadi pembakar semangat.

Aku semakin letih..
Aku perlukan ruang...
Bisa berikan pada aku?

Niat aku bukan mahu berjauhan..
hanya ruang...
aku juga manusia..
punyai perasaan..
punyai hati..
punyai jiwa..
punyai roh~~~

Namun..aku tidak sempurna..
Dan bukan kesempurnaan juga yang ak mahu pertikaikan.

Minta berikan aku ruang..
Aku semakin hilang~~~


Maaf... aku semakin letih.
Namun.. tak akan sesekali aku akan tewas...
tewas dalam menghadapi ujian emosi@perasaan yang diberikan pada aku.

Aku mahu membentuk diri ini agar kental dengan semuanya..
Berikan aku ruang.....

p/s : sampai bila aku mahu terus begini? benar.. aku rindukan masa lalu. kerna..masa kini, aku semakin tidak kenal siapa aku! Tuhan... kuatkan diri aku agar aku bisa terus melangkah..

Kebahagiaan berasal dari bersihnya hati...
Kebahagiaan datangnya dari diri yang mahukan bahagia itu sendiri!


2 Dec 2009

Lama


Cahaya bulan menerangi kelam malam.
Indah~~

Alhamdulillah.

Lama pula rasanya tak update. Seperti biasalah, yang sentiasa menerjah ke dalam diri setiap blogger..iaitu malas. huhuhu..
Ternyata malas bangat nak update. Idea sudah disusun, tapi tidak juga bergerak.

Macam mana cuti? Macam mana pula sambutan aidiladha? [lambatnye...]
Dapat tengok sembelih lembu..makan daging..hampir seminggu.. benar ke?

Hari Isnin yang lepas, ada makan free kat FOSEE [bangunan baru]. Erm...
Saya berada di kampus. tak dapatlah mesej yang dihantar melalui YM.
Buka "online" lagi lah kan... asyik MMLS je yang sentiasa buka.
Selesai makan je, ada yang bagitahu,

"Mira, ada makan free kat FOSEE,"
"La, yeke.. nape tak bagitahu..."
[bukan rezeki la tu namanya...]

huhu.. apa-apa pun.. sentiasa updatekan diri anda ye!


So...progress minggu ni.. erm. ape ye?
Assignment dan Research Malaysian Study sudah beres. Alhamdulillah.
Minggu ni ada midterm dan banyak kuiz. Tu yang penat..tapi bagus juga. Tak delah asyik lupa je apa yang belajar. So, minggu ni tumpukan untuk midterm [malam ni], kuiz dan assignment CP..

Minggu ni juga ada Tamrin [Musafir Tautan Syahadah] anjuran IU.
Maaf, tak dapat nak sertai program ni. erm..

Erm... semalam, saya ada tengok kat youtube, ada satu video ni kisahnya tentang sekumpulan wanita yang bercaka-cakap sesama mereka. Lepas tu mereka makan something... looks like meat, i think. Memang menjijikkan. Dengan darahnya.. sambil sembang tu.



[video tersebut. mungkin ada yg pernah tengok]

Lepas tu saya stopkan
kejap. Saya baca komen2 yang ada kat bawah.
Baru saya tahu. Video tu kisahnya hal MENGUMPAT.
Kita mengumpat..ibarat kita makan daging sedara kita sendiri.

Maknanya, wanita2 tu tengah mengumpat dan sambil2 tu makan daging[ umpamanya tengah makan daging sedara mereka]. Nauzubillah.. gerun juga tengok. Geli pun ada.
Tapi bila fikir balik... selama hidup 19 tahun ni.. yang mana sehari ada 24 jam.
Rasa2 nya pasti terselit umpat-mengumpat ni. Bila hitung balik, kekadang tengah duk cakap, terfikir, aku ni tengah mengumpat ke?

Video tu buat saya terpana seketika. Memang tak lari semua tu. Astagfirullah..
Banyaknya dosa terkumpul dengan mengump
at, sedar atau tidak. Yalah, benda ni, kalau duk cakap, tak sedar yang kita duk cakap tu..
Sedar2 je.. "
la..aku mengumpat rupanya.. macam best je!!!"
[betul tak??]

Itu dia, video yang asalnya menarik..ternyata terselit hikmah.
Erm...

Dan jangan juga kita judge seseorang tu secara melulu.
Sebabnya, nanti benda tu akan berbalik pada kita.
Well, itulah lumrah hidup sebenarn
ya.. erm...


Sentiasa berjaga2 dengan setiap kata2 kita.
Kita sentiasa diperhati..
tapi ingatlah.. pemerhatian MANUSIA itu tidak sehebat pemerhatian MAHA PENCIPTA.
Biarlah kita tetap diperhati..asal kita tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sampai bila mahu terus diperhati...itu bukan kuasa kita.

Akhir kalam,
Semoga semuanya baik2 belaka. Jangan lupa...selesaikan semua bil2 anda.. huhuhu

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design