Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, November 21, 2009

Ooppss Mengembara

"Macih aunty mira igt bday ibu n anniversary. Hope aunty sht selalu n berjaya dlm hidup."

20 November 2009

Semalam merupakan birthday kakak ipar saya [kak long] dan juga anniversary nya.
Pada tarikh keramat ini juga, dia telah mendirikan mahligai indah bersama abang saya [along] -Muhammad Syukri-.

Saya tak lupa untuk wish kat dia, sbb tahun lepas, saya telah terlepas tarikh. Saya igtkan 27 November, sebabnya seminggu selepas majlis di rumah perempuan, majlis di rumah lelaki pula dilakukan. Yang saya ingat, antara dua tarikh tu adalah hari jadinya.. tapi x pasti yang mana satu time tu.

Kak long mmg suke macam tu. Time saya anta mesej je, bila nak balas, dia pasti kirimkan gambar dua budak cute di atas [Syabil dan Syafia].
Gaya dia mesej, seperti budak cute tu yang taip mesej tu, bg kat saya.
Sama lah cam kat atas tu. Terusik time saya dapat mesej ni dalam kelas semalam. Nak nangis pun ada semalam, tapi tahan je.

Rindunya saya pada anak saudara tu. Lama sangat dah tak jumpa mereka. Asal mereka datang Ipoh, saya di Melaka. Bila keluarga saya ke Rawang, saya di Melaka. Sedih! Rindu sangat!
Bilalah dapat jumpa lagi? Mesti time tu dah semakin meningkat usia mereka. Rindunya!!

Tuhan, bawakan aku kepada mereka, andai mereka tidak dapat hadir kepadaku.

Semoga Allah sentiasa merahmati kak long dan sekeluarga. Semoga perkahwinan kak long kekal hingga ke syurga. Dan semoga anak2 kak long menjadi insan penyejuk mata, penenang di hati.

*************************************************************************************

Eh, padang Dahlia ni.
Benarkah?

Bila melihat padang terbentang luas ni, teringat akan perjalanan saya dengan 2 orang sahabat saya [rasanya dapat teka sapa kan?].

Journey ni saya gelarkan Ooppss Mengembara.

Jam 12, selepas kelas Discrete habis, saya dan Nadiah, cam biasa, akan mengisi perut terlebih dahulu. Tak lupa juga, time tu kami makan dengan Kak Izzati, Kak Suhaila, Syima, Ekin, dan Ecah.

Setelah hampir satu jam makan + tunggu orang, kami akhirnya mengambil haluan masing2.
Kak Izzati dan Kak Suhaila ke Sri Ruby.
Ekin, Syima library rasanya.
Saya, Nadiah, Ecah pula tunggu bas kat depan Ixora.

Destinasi kami adalah nak ke MP/DP.
Saya perlu ke Celcom Center untuk batalkan nombor saya tu.
Ekin cakap yang terdekat ada di DP, dekat dengan Affin Bank.

Kerja repek kami yang pertama adalah :
Time tengah tunggu bas tu, time sembang2, Ecah dengan spontannya, menarik tangan Nadiah, dan Nadiah pula tarik tangan saya untuk melintas. Pelik saya! Kami tunggu situ nak naik bas, dan bukannya nak melintas. Saya tengok juga sebelah kanan saya, ada bas ke.
Tetiba je kami bertiga lintas jalan.


"Kenapa kita lintas ni? Kita nak tunggu bas kat sana[kat tempat kami tunggu tadi]" saya bersuara.

"Entah, aku pun tak tahu kenapa," Ecah jawab. [hah???]

"Aku lintas sebab Ecah tarik tangan aku," Nadiah lak jawab.

"Ko ar. Tak tetap pendirian. Ikut je!," Ecah lak cakap [ayat tu tuju kat saya].

Kami pun bertekak la kat tengah jalan tu. Segan giler! Orang yang ada tunggu bas kat situ pun tengok je kami ni. Macam orang tak betul pun ada. Buatlah muka tebal lintas balik jalan tu, duk balik tempat kami tunggu tu, sebabnya dari jauh dah kelihatan Bas Wira.

Sampai ke MC, kami straight amik bas ke MP. Naik bas Panorama, tapi macam nek motorboat je rasenya..huuhu.
Kami solat Zohor kat DP. nak cari surau pun sesat. Bukan setakat sesat, nak masuk pintu bukak tutup tu buat malu kat orang je kita ni!! Aduih~~~


Selesai solat, kami kuarlah ikut jalan belakang DP, kat kedai yang ada kedai mamak tu. Kami berhenti kat situ, tertanya-tanya sesama sendiri. Affin Bank kat ne??
Kalau ikut kaki saya, jalan je. Sebab tak silap saya, Affin Bank kat depan DP.

"Aku suka jalan dengan Mira. Dia suka cuba nasib. Jalan je, macam mengembara dah aku rasa,"
Saya dengar je Ecah duk mengumpat kat belakang. Entahlah, saya memang suka berjalan.
Teringat pula time kat KL tu.. sesat oOo.. gara-gara saya ni konfiden sangat.

"Ko muka confident giler," Uddin bersuara.
"Kite kene sentiasa confident," ayat cover yang saya lontarkan.

Dah jumpa Affin, staright ke Celcom Center, dekat je pun, so, jalanlah kaki. Maaf ya Nadiah. huhuhu..
Saya lupa dia pakai baju kurung. Saya dan Ecah pakai seluar, so langkah kami lebih besar. hahaha.. Ikut kaki saya kan.. memang adventure ar!! ^_^

Alhamdulillah, sekejap je kami kat Celcom Center tu, semuanya berjalan lancar. Yang RM80 tu pun dah habis bayar dah. Kami seterusnya ke MP. Sampai MP,


"CIMB yang dekat kat Melaka Raya. Boleh jalan kaki ke?" saya kembali bersuara.
Ecah nak buat kad bank. Kan dia nye beg dompet hilang [Ecah ada beg dompet?????].

Saya, Nadiah tengoklah peta yang ada kat dinding tu, memang tak faham pun. So, kami keluar balik MP, tekad nak ambil teksi.

"Pak cik, CIMB yang dekat kat mana ya?" tekun pak cik teksi tu explain kat kami. Last-last,
"Bolehlah pakcik, kami nak ke sana,"

Naik teksi@punyalah jauh. Saya duk ingat jalan, manalah tahu kot2 apa2 terjadi ke.
Dah dekat nak sampai tu, saya tengok jam, 4.00 petang [bukak lagi ke bank ni?].

"Mira, tanya pak cik tu, nak balik nanti nak naik apa. Kat mana nak ambil teksi?," Nadiah sempat berpesan.

"Jangan risau, adalah tu nanti," setelah lama saya diam.

Sampai je kami depan bank, saya nak tanya, tapi Nadiah duk siku-siku saya. Isyaratnya, jangan tanya. Pulak! Tadi suruh tanya, lepas tu tak nak pula. So, saya tarik balik kata-kata saya. Kami pun bayarlah RM10.

Keluar je dari teksi,
tengok bank pula dah TUTUP. tak ada rezeki ko Cah, nak wat kad bank lagi.


Saya blur kejap! Terasa dekat je bangunan tu, cam kenal je bangunan kat depan kami tu. Akhirnya, kami gelak sesama kami!!! Terasa teramatlah "tak berapa betul" time tu! Kat depan kami, tersergam indah DATARAN PAHLAWAN!
Aduih~~~

Kami pun jalanlah kaki ke hadapan, menuju ke bangunan tersergam indah tu.
RUPANYE... DEKAT JE PUN. CIMB bank tu belakang barisan kedai Affin Bank. Dan kami pula naik teksi? Bayar RM10? Ya Allah~~~
Buat pertama kalinya, saya terasa teramatlah RALAT nye.. selama ni, saya duk sesat banyak kali, saya tak kisah. Tapi apabila berada dalam keadaan tu, saya rasa lain sangat. Tak sangka tul! Memang tak sangka! Muka saya mmg muka blur tul.

Tapi apa-apa pun, dapatlah timba ilmu baru. Dapat explore.. hahaha..

"Kuar dengan Mira ni, banyak kalori aku terbakar. Asyik jalan je," Ecah bersuara kembali.
[Ko perli aku ke Cah, bawa korang jalan2].

Selesai bank [meskipun tutup], kami kembali semula ke MP, sambil2 tu intai, kot-kot pak cik teksi tu ada lagi ke.. segan giler!

Sampai MP, kami solat Asar, jalan2 kat kedai buku, then baru kami pulang. huhuh..

Satu journey yang memenatkan otak, kaki, dan juga perut kami. Asyik gelak je. Sesat kami gelak. Naik teksi gelak. Langkah longkang pun gelak. tak tahulah~~~

"Aku rasa kan kita sebelum kuar tadi, kita isi perut penuh2. Jalan dengan Mira ni, buat aku cepat lapar," [sahabat saya dua orang ni.. memang nak kena ni!!]

Sempat juga isi perut. Tul cakap Ecah.. jalan banyak..cepat lapar..huhuhu

Kami tiba di MC.. dan pulang ke Dahlia 6.
Badan letih buat saya tidur awal semalam. ^_^

Namun, journey ni mungkin tak kan dilupakan. Harapnya kita dah KHATAM ek segala jalan di MP dan DP.. hohohoho ^_^

"Mati itu pasti, hidup itu..InsyaAllah"

2 comments:

ekin said...

haha..
terkejut gila ekin bila baca mira naek teksi g cimb bank..
padahal dpan affin tu sikit je..
hehe =D

..: nurish :.. said...

hahaha..
tu la pasal
tengok peta kat cimb MP tu cam jauh je..
tmpt pun xpernah dengar..
skali.. alahai~~~~

aduih~~~
terasa cam pak pandir je

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design