Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, November 16, 2009

...: 0310_1 :...


~Mati itu pasti, hidup itu..InsyaAllah~
[Sunan]


A : "De kelas ke?"
B : "xde dah"
A : "Pasni ni nk ke mana?"
B : "Nak gi PS, pastu gi library"
A : "Lama ke kt library?"
B : "Sampai Asar"
A : "Ooo..Minta tolong leh?"
B : "Tolong ap
e?"

Itu dia, dialog ringkas antara saya dengan seorang teman selepas Zohor tadi. Alhamdulillah, Allah hadirkan dia untuk bantu saya. Apa yang saya nk wat sebenarnye?

Hari Rabu nie [ikut apa yang adik saya bagitahu],
adik saya [Adilah] akn menduduki SPM.. hohoo.. dah dewasa dah adik akak nie ye.
Saya mahu kirimkan sesuatu buatnya, dan harapnya sempatlah sampai sebelum atau pada hari Rabu ni. Andai lewat pun, biarlah sehari je lewat. Ca
dangan awalnya, mahu guna pos ekspress je. Tapi fikir balik, pos biasa je la.

So, lepas Zohor tadi, nak lah gi pos, tapi kerna diri ini bijak [alhamdulillah], saya terlupa nak beli setem, gam pun saya tak bawa. hahaha.. resah juga time tu. sempat ke sampai pada waktunya. Kenapalah???? Tapi try gak fikir positif, ada hikmahnya tu.. so, steady je [padahal dalam hati duk ingat je]. Time kuar masjid tu.. jumpa lak dengan sahabat lama.. hahaha..

Tak sampai hati nk mnta tolong dia. Kasihan pula. Tapi fikirkan kelas petang, takut tak sempat nak ke pejabat pos. Alih-alih minta juga bantuannya. Syukran ya Wan Apih. ^_^
Dah pos ke bende tu???


Saje je nak bagi pada adik. Dulu, time saya SPM, kakak saya poskan something utk saya. Memang terharulah, time baca tu, saya menangis kerna terharu. Bukan bermaksud, saya mahukan adik saya juga turut terharu. Saya mahu dia tahu, jauh mana pun saya, insyaAllah, doa saya sentiasa untuknya. Lagipun, dia satu-satunya adik saya. ^_^

Adilah... Nur Adilah.. nama yang diberi kepadanya.
Orangnya berbeza sikit. Yalah, bak kata orang.. Rambut sama itam, hati lain2..
Namun, dia slalu motivate saya..bab study..huhu..
Cara dia study mmg lain dari kakaknye ni [saya la tu].
Die memang kaki study..huhu. Itu saya akui.
Cikgu2 kat sekolah pun dapat beza antara saya dan adik. hahaha..
Saya pernah mencipta rekod dalam gred di sekolah. Rekod apa? hoho..nak tahu kena tanya in personal dengan saya ek..
Namun adik saya? Pergghh... syukur! Jauh cemerlang dari saya. Semoga begitulah sampai ke penghujungnya. Amin!
Bila saya balik. Setiap masa dia gunakan untuk study. Pagi..petang.. sy tgk ni pun kagum..hoho..
Setiap kali saya nak study, mesti study depan die.. yelah.. jeles tau. Adik lagi mantap! hehe


Kekadang tu, segan pun ada gak. Tapi kekadang tu bagus pun ada gak. Saya ingat lagi baru2 ni, saya tengok die study Fizik. Tetiba dia cakap, rugi dia tak tahu bende ni dari awal. Saya pun usha la die nye soklan. Dengan senangnya, saya menjawab, " Ha....soklan ni, jujurnya, kak cik [saya bahasakan diri di rumah adalah kak cik] memang tak tahu. Tak faham konsep,"

"Senang je kak mira [sy lebih suka adik-beradik saya gelar saya dgn pggln mira dari kak cik]"

Saya pun duk angguk dan cuba faham apa yang dia nak terangkan. Lihat, ada bagusnya! Dia mengajar saya sesuatu. huhuhuh... ^_^

Itu dia.. serba sedikit tentang adik kesayangan saya. Cerita banyak-banyak kang susah pula. Oleh kerna dia nak SPM, saya citer study je. huhu


InsyaAllah, jangan gelabah2 ek. Steady sudah.
Dan juga jangan stress sgt. Steady sudah.
Yakin pada diri, namun jangan terlampau yakin.

Semoga dipermudahkanNya untuk menjawab semua soklan.
Adik Ecah pun SPM.
Semoga dipermudahkanNya. Kim salam kat adik ko Cah. ^^

p/s : Adik saya suka Kingdom Hearts. Kami adik-beradik gila dengan games nie. PS2.. Nintendo.. dan PS3.. rasenye PSP pun de game ni kot.. huhuhu... suke2!! Sebab tu banyak gambar dari games ni.

1 comments:

suraya said...

adik akak pun ada yang nak ambil spm rabu ni. all the best for them. kita kirimkan doa dari jauh :)

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design