Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

Salam

Syukur ke hadratNya.
Alhamdulillah, selamat sampai ke rumahku!!! ^__^
Meskipun menghadapi perjalanan yang memenatkan, tapi once kaki jejak di rumah,
penat hilang sekelip mata.
Dapat pula main2 dengan kucing..lagilah tercuit hati saya. Alhamdulillah...kerna bawa saya pulang.

Naik bas SE bukanlah sesuatu yang mudah. Sebabnya, bas ni dalam sejarah saya naik bas, merupakan bas yang mengambil masa yang paling lama untuk sampai ke destinasinya. Oleh sebab saya dah agak terbiasa, saya sediakan bekalan lebih dalam beg..untuk menghadapi masa yang lama itu..[hampir 8 jam dalam bas..walhal melaka-ipoh je...]


Tidak sah kalau saya tak cuba ambil sesuatu setiap kali saya berjalan..
Perhentian pertama [Seremban]...
Kat sini, saya terpanggil untuk memerhatikan dua beradik yang molek gitu~~~
Sorang abang yang hantar adiknya naik bas.. Yang saya paling terharunya.. time mereka bersalaman, hidung abang tu merah.. menangis ke bang?? Wah..indahnya ikatan kekeluargaan antara mereka. Teringat gak perbualan di FB semalam.. isk3... apalah salahnya Jun Ki tu..
Kemudian, saya perhatikan pula sekumpulan ni... 4 orang..
Mereka menggunakan bahasa isyarat semuanya..
dari situ saya dapat agak.. 2 antra mereka [suami isteri] dan 2 orang [mungkin sedara (bisu)].
Uniknya, mereka still boleh memahami antara satu sama lain even dengan bahasa isyarat.
Indahnya bukan? Saya benar2 tertarik dengan mereka berempat tu.. ada something dalam hati saya berkata-kata melihat mereka. ^_^

Perhentian kedua [Klang]...
Time berhenti ni... ada dua keadaan manusia yang saya perhatikan.
Tiap satunya terkesan sedikit. huhu.. ngeh3..
Setiap manusia ada karenah mereka sendiri..ada kisah hidup mereka sendiri.
Saya tak boleh nak tembus kisah mereka..mereka juga tak boleh tembus kisah saya.. erm...

Perhentian ketiga [Slim River]...
Sampai perhentian ni...saya pelik.. mana perginya monyet2 yang suka berkeliaran kat hutan sebelah? Kosong je.. Dah de orang bawa lari ke pun? Tidur ke pun monyet2 ni?
Kat sini, saya lihat banyaknya mat saleh yang ada.. Silap naik bas pun ada juga ^_^.
Kalau kat kampus, susah nak jumpa mat saleh.. ramai pak arab jew.. hehehe...
Perhentian ni.. buat saya semakin bosan dan semakin penat!

Perhentian keempat [Tapah]...
Sampai perhentian ni...tak larat dah nak memerhati orang.. saya pejam celik je..
Letih oOo...


Perhentian kelima [IPOH]
Akhirnya...setelah menempuh 4 perhentian..saya sampai dengan selamatnya ke Ipoh..
Bas 9.30 pagi..sampai 5.30 petang..
fuh....fuh...

Dalam kereta..saya berkongsi cerita dengan abah.
Kat rumah, saya berkongsi cerita dengan ibu, adik dan kakak. [abang x balik]
Kakak saya ada cerita tentang ibu saya marah orang Celcom.. sebab kes simcard saya tu..
Ini saya baru dapat tahu... Thanks ibu..

[Ibu speaking dalam BI.. saya translate]
"Macam mana awak boleh benarkan student pakai benda ni, sedangkan saya yang bayar prepaid die? Dia student lagi,"
"Puan, anak puan berikan kami IC. Kalau dia tak bagi, kami tak masukkan dia dalam list ni,"

Ibu saya jawab..huhu, "Macam mana anak saya tak bagi. Awak asyik PRESS, PRESS, PRESS, dia. Kalau tak dia tak bagi IC tu,"

Ibu saya berjaya buatkan pegawai tu diam..hahahahaha...[jangan main2 dgn ibuku]

Itu dia.. kisah seorang musafir.
Apa yang telah saya perhatikan..saya lalui...saya ambil iktibar. ^_^

*************************************************************************************

Kenapa ada gambar kambing dan lembu di atas?

Ini sempena Aidiladha.

Pengorbanan..itulah yang tersirat dalam peristiwa penting ini.
Bagaimana Nabi Allah Ibrahim hampir mengorbankan anaknya, Ismail atas perintah Allah.
Kasih sayangnya terhadap anaknya tak dapat mengatasi cinta dan taatnya pada Allah.
Atas cintanya Nabi Allah Ismail pada Allah juga tak menghalang dirinya untuk dijadikan korban meskipun syaitan datang menyuntikkan jarum.
Akhirnya, Allah menggantikan kibas untuk dikorbankan.

Ingat lagi waktu liqa' hari tu.

"Apa itu pengorbanan dan apa yang menyebabkan kalian terkesan dengan pengorbanan?"
[soalan lebih kurang je]

Kami pun berkongsi cerita mengenainya. Amat menarik perbincangan ini.
Setiap yang bernyawa pasti akan pernah memberikan pengorbanan, menerima pengorbanan dan ada juga yang terkorban.


Sempena hari yang mulia ini,
saya ingin memohon jutaan kemaafan pada semua..
hargailah erti pengorbanan dan ingatlah mereka yang telah terkorban demi anda.
Juga.. jadikan kisah Nabi Allah Ibrahim ini sebagai iktibar pengorbanan dalam diri.

Akhir kalam... jangan sedih2 bg yang tak dapat balik.
Kita jumpa nanti. huhuhu ^_^


p/s : saya tak dapat menyertai apa2 program wat masa sekarang.. maaf.. hanya liqa' sahaja yang boleh saya sertai.. sekali lagi maaf..

Sunday, November 22, 2009

Exam


MMU tercinta
Balik je dari kampus tadi,
kami dikejutkan dengan bil air [kes yg lepas].
Terpaksa jugalah kami 8 org bayar. Kalau ikutkan, duit dalam dompet ni tak kan kuarnye. Tapi sbb ni rumah kami duduk [huhu, ayat tunggang langgang], mahu tak mahu kena bayar juga. Ya Allah... lapangkanlah dada kami semua. Bukakanlah pintu rezeki buat kami semua.

Duit tuk semester ni ada saya simpan sikit dan berikan pada parents tuk simpan, dengan azam untuk digunakan time terdesak [sebab dah pernah kena waktu alpha ritu]. Tapi, nampaknya terpaksa keluarkan je. huhuhu...sedih~~~~

Sempat gak tadi [petang tadi..time makan malam ( 6 petang) ] kami dahlia 6 layan badminton di tv1..siaran langsung. Saya pada mulanya duk tengok-tengok je.. masuk game kedua, semangat membara. turut sama ikut Ecah dan Nadiah jerit bagi semangat pada pasukan Malaysia! huhu..
Malaysia vs Korea.

Kalau semalam, kami layan Korea vs Thailand..
Korea menang..
Yang si Aida tak habis-habis cakap pemain dia hensem. Ecah sampai berbuih mulut,
"Orang tengok cara depa bermain, bukannya pemain"

Kagum dengan pasukan Malaysia meskipun tewas di tangan Korea.
Gigihnya mereka bermain buat saya rasa..kalah pun x pe. Kalah bergaya oOo....
Memang best ar tengok ramai-ramai. Debaran kian terasa....huuhu

Sambil layan badminton...saat akhir..
Kak Ap datang.. huhuh..
kami berkongsi cerita yang menyebabkan bulu roma kami naik sikit-sikit.. siap amik pembaris lagi ukur ketinggian. haha [gurau2].

Dahsyat lah kak Ap.. bukan semua dikurniakan benda sebegitu..
Satu dalam seribu. Kalau lah saya dapat benda tu, mahu tak nak buka mata. Pejam je memanjang..hahaha..

Apa pun, cerita kak Ap senja tadi buka mata saya lebih luas.. tambah ilmu pun ada.. hhuhu..
Lain kali kita kongsi cerita lagi kak. ^_^


Minggu ni minggu midterm. meskipun ada di antara kawan-kawan yang telah lepas midterm nya. tapi tetap midterm kan? [apa ni??]

Saya start midterm
Selasa ni.... CP...killer paper.. huhu.. tp stakat ni hidup lagi saya..
Rabu ni pula [pre-test].. lecturer amik 5 markah dari midterm sebenar masuk dalam test ni.

Kalau dulu, setiap paper saya tertanya-tanya,
nak jawab apa ye..
harapnya kali ini tidak begitu lagi.
Semoga Allah permudahkan semuanya.

Kepada semua sahabat saya yang akan ada midterm..
selamat berjaya diucapkan..
lebih2 lagi buat Dahlia 6, classmates saya,
bebudak taman kat sana tu.
Dan jiran2 kami..^_^

Khamis ni saya akan pulang ke sisi keluarga..
Raya di sana, insyaAllah..huhuh^_^

Akhir kalam.. ketemu nanti ya..
kat kampus ke..
kat umah ke..
di mana sahaja..


"Exam..exam..exam.. ^_^"

Saturday, November 21, 2009

Ooppss Mengembara

"Macih aunty mira igt bday ibu n anniversary. Hope aunty sht selalu n berjaya dlm hidup."

20 November 2009

Semalam merupakan birthday kakak ipar saya [kak long] dan juga anniversary nya.
Pada tarikh keramat ini juga, dia telah mendirikan mahligai indah bersama abang saya [along] -Muhammad Syukri-.

Saya tak lupa untuk wish kat dia, sbb tahun lepas, saya telah terlepas tarikh. Saya igtkan 27 November, sebabnya seminggu selepas majlis di rumah perempuan, majlis di rumah lelaki pula dilakukan. Yang saya ingat, antara dua tarikh tu adalah hari jadinya.. tapi x pasti yang mana satu time tu.

Kak long mmg suke macam tu. Time saya anta mesej je, bila nak balas, dia pasti kirimkan gambar dua budak cute di atas [Syabil dan Syafia].
Gaya dia mesej, seperti budak cute tu yang taip mesej tu, bg kat saya.
Sama lah cam kat atas tu. Terusik time saya dapat mesej ni dalam kelas semalam. Nak nangis pun ada semalam, tapi tahan je.

Rindunya saya pada anak saudara tu. Lama sangat dah tak jumpa mereka. Asal mereka datang Ipoh, saya di Melaka. Bila keluarga saya ke Rawang, saya di Melaka. Sedih! Rindu sangat!
Bilalah dapat jumpa lagi? Mesti time tu dah semakin meningkat usia mereka. Rindunya!!

Tuhan, bawakan aku kepada mereka, andai mereka tidak dapat hadir kepadaku.

Semoga Allah sentiasa merahmati kak long dan sekeluarga. Semoga perkahwinan kak long kekal hingga ke syurga. Dan semoga anak2 kak long menjadi insan penyejuk mata, penenang di hati.

*************************************************************************************

Eh, padang Dahlia ni.
Benarkah?

Bila melihat padang terbentang luas ni, teringat akan perjalanan saya dengan 2 orang sahabat saya [rasanya dapat teka sapa kan?].

Journey ni saya gelarkan Ooppss Mengembara.

Jam 12, selepas kelas Discrete habis, saya dan Nadiah, cam biasa, akan mengisi perut terlebih dahulu. Tak lupa juga, time tu kami makan dengan Kak Izzati, Kak Suhaila, Syima, Ekin, dan Ecah.

Setelah hampir satu jam makan + tunggu orang, kami akhirnya mengambil haluan masing2.
Kak Izzati dan Kak Suhaila ke Sri Ruby.
Ekin, Syima library rasanya.
Saya, Nadiah, Ecah pula tunggu bas kat depan Ixora.

Destinasi kami adalah nak ke MP/DP.
Saya perlu ke Celcom Center untuk batalkan nombor saya tu.
Ekin cakap yang terdekat ada di DP, dekat dengan Affin Bank.

Kerja repek kami yang pertama adalah :
Time tengah tunggu bas tu, time sembang2, Ecah dengan spontannya, menarik tangan Nadiah, dan Nadiah pula tarik tangan saya untuk melintas. Pelik saya! Kami tunggu situ nak naik bas, dan bukannya nak melintas. Saya tengok juga sebelah kanan saya, ada bas ke.
Tetiba je kami bertiga lintas jalan.


"Kenapa kita lintas ni? Kita nak tunggu bas kat sana[kat tempat kami tunggu tadi]" saya bersuara.

"Entah, aku pun tak tahu kenapa," Ecah jawab. [hah???]

"Aku lintas sebab Ecah tarik tangan aku," Nadiah lak jawab.

"Ko ar. Tak tetap pendirian. Ikut je!," Ecah lak cakap [ayat tu tuju kat saya].

Kami pun bertekak la kat tengah jalan tu. Segan giler! Orang yang ada tunggu bas kat situ pun tengok je kami ni. Macam orang tak betul pun ada. Buatlah muka tebal lintas balik jalan tu, duk balik tempat kami tunggu tu, sebabnya dari jauh dah kelihatan Bas Wira.

Sampai ke MC, kami straight amik bas ke MP. Naik bas Panorama, tapi macam nek motorboat je rasenya..huuhu.
Kami solat Zohor kat DP. nak cari surau pun sesat. Bukan setakat sesat, nak masuk pintu bukak tutup tu buat malu kat orang je kita ni!! Aduih~~~


Selesai solat, kami kuarlah ikut jalan belakang DP, kat kedai yang ada kedai mamak tu. Kami berhenti kat situ, tertanya-tanya sesama sendiri. Affin Bank kat ne??
Kalau ikut kaki saya, jalan je. Sebab tak silap saya, Affin Bank kat depan DP.

"Aku suka jalan dengan Mira. Dia suka cuba nasib. Jalan je, macam mengembara dah aku rasa,"
Saya dengar je Ecah duk mengumpat kat belakang. Entahlah, saya memang suka berjalan.
Teringat pula time kat KL tu.. sesat oOo.. gara-gara saya ni konfiden sangat.

"Ko muka confident giler," Uddin bersuara.
"Kite kene sentiasa confident," ayat cover yang saya lontarkan.

Dah jumpa Affin, staright ke Celcom Center, dekat je pun, so, jalanlah kaki. Maaf ya Nadiah. huhuhu..
Saya lupa dia pakai baju kurung. Saya dan Ecah pakai seluar, so langkah kami lebih besar. hahaha.. Ikut kaki saya kan.. memang adventure ar!! ^_^

Alhamdulillah, sekejap je kami kat Celcom Center tu, semuanya berjalan lancar. Yang RM80 tu pun dah habis bayar dah. Kami seterusnya ke MP. Sampai MP,


"CIMB yang dekat kat Melaka Raya. Boleh jalan kaki ke?" saya kembali bersuara.
Ecah nak buat kad bank. Kan dia nye beg dompet hilang [Ecah ada beg dompet?????].

Saya, Nadiah tengoklah peta yang ada kat dinding tu, memang tak faham pun. So, kami keluar balik MP, tekad nak ambil teksi.

"Pak cik, CIMB yang dekat kat mana ya?" tekun pak cik teksi tu explain kat kami. Last-last,
"Bolehlah pakcik, kami nak ke sana,"

Naik teksi@punyalah jauh. Saya duk ingat jalan, manalah tahu kot2 apa2 terjadi ke.
Dah dekat nak sampai tu, saya tengok jam, 4.00 petang [bukak lagi ke bank ni?].

"Mira, tanya pak cik tu, nak balik nanti nak naik apa. Kat mana nak ambil teksi?," Nadiah sempat berpesan.

"Jangan risau, adalah tu nanti," setelah lama saya diam.

Sampai je kami depan bank, saya nak tanya, tapi Nadiah duk siku-siku saya. Isyaratnya, jangan tanya. Pulak! Tadi suruh tanya, lepas tu tak nak pula. So, saya tarik balik kata-kata saya. Kami pun bayarlah RM10.

Keluar je dari teksi,
tengok bank pula dah TUTUP. tak ada rezeki ko Cah, nak wat kad bank lagi.


Saya blur kejap! Terasa dekat je bangunan tu, cam kenal je bangunan kat depan kami tu. Akhirnya, kami gelak sesama kami!!! Terasa teramatlah "tak berapa betul" time tu! Kat depan kami, tersergam indah DATARAN PAHLAWAN!
Aduih~~~

Kami pun jalanlah kaki ke hadapan, menuju ke bangunan tersergam indah tu.
RUPANYE... DEKAT JE PUN. CIMB bank tu belakang barisan kedai Affin Bank. Dan kami pula naik teksi? Bayar RM10? Ya Allah~~~
Buat pertama kalinya, saya terasa teramatlah RALAT nye.. selama ni, saya duk sesat banyak kali, saya tak kisah. Tapi apabila berada dalam keadaan tu, saya rasa lain sangat. Tak sangka tul! Memang tak sangka! Muka saya mmg muka blur tul.

Tapi apa-apa pun, dapatlah timba ilmu baru. Dapat explore.. hahaha..

"Kuar dengan Mira ni, banyak kalori aku terbakar. Asyik jalan je," Ecah bersuara kembali.
[Ko perli aku ke Cah, bawa korang jalan2].

Selesai bank [meskipun tutup], kami kembali semula ke MP, sambil2 tu intai, kot-kot pak cik teksi tu ada lagi ke.. segan giler!

Sampai MP, kami solat Asar, jalan2 kat kedai buku, then baru kami pulang. huhuh..

Satu journey yang memenatkan otak, kaki, dan juga perut kami. Asyik gelak je. Sesat kami gelak. Naik teksi gelak. Langkah longkang pun gelak. tak tahulah~~~

"Aku rasa kan kita sebelum kuar tadi, kita isi perut penuh2. Jalan dengan Mira ni, buat aku cepat lapar," [sahabat saya dua orang ni.. memang nak kena ni!!]

Sempat juga isi perut. Tul cakap Ecah.. jalan banyak..cepat lapar..huhuhu

Kami tiba di MC.. dan pulang ke Dahlia 6.
Badan letih buat saya tidur awal semalam. ^_^

Namun, journey ni mungkin tak kan dilupakan. Harapnya kita dah KHATAM ek segala jalan di MP dan DP.. hohohoho ^_^

"Mati itu pasti, hidup itu..InsyaAllah"

Thursday, November 19, 2009

Syabab dan Celcom


...: Syabab Musafir Kasih :...
:.. Fatimah Syarha Noordin ..:

Akhirnya, buku Syabab ni telah berada dalam genggaman dan telah khatam dah pun. Sebaliknya dari liqa' malam semalam, saya tekad untuk menghabiskan beberapa helaian terakhir novel ini sebelum tidur untuk rehatkan diri.

Tahniah buat penulis. Karya yang bagi saya mantap, buat saya teruja dan sentiasa mahu ketahui apa yang akan terjadi seterusnya.

Syabab [pemuda]..
seorang anak yatim yang dipinggirkan kerna keturunannya,
kerna sikap nakalnya,
kerna suka akan benda2 kotor.
Setiap mata yang memandang, pasti mengatakan keburukannya sahaja.
Tiada siapa yang mengerti bagaimana anak kecil ini hidup berdikari tanpa ayah, tanpa ibu yang sibuk bekerja, tanpa pergantungan abang2 dan kakak2 kerna semuanya telah hilang arah.
Selalunya dihimpit kelaparan, tekun dan gigih mencari rezeki meskipun hutan diredah, paya direnangi.
Hebat semangat anak kecil ini.

Hanya seorang sahaja yang mahu melihat kehebatan anak kecil bernama Syabab ini.
Dididiknya supaya menjadi pemuda yang mampu menggegarkan dunia.
Dari sinilah bermulanya kisah hidup sebenar Syabab dalam melihat dunianya.

Kesungguhan Syabab menuntut ilmu. Kesungguhannya mahu berjaya meskipun seringkali asyik terduduk dan jatuh dalam mencari diri sendiri.

Akhirnya, jiwa Syabab semakin dipenuhi dengan semangatnya untuk mendalami ilmu. Pencarian cahaya itu terus menerbangkannya ke Syria. Di bumi barakah itulah dia menghabiskan masanya demi ilmu. Gigih!

Dari seorang anak yatim yang selalu dipandang hina, Syabab menjadi seorang yang amat disegani serta dikenali meskipun di kalangan para ulama di Syria.

Kegigihannya penyuntik semangat.
Keberaniannya dikagumi.
Itulah Syabab!

Jujurnya, saya benar jatuh cinta dengan novel ini. Tidak mustahil andai saya akan khatamnya buat kali kedua!

http://emo.huhiho.com

"Kuasa pemuda mampu merubah dunia"
[kata-kata seorang teman]

************************************************************************************

Jika ada yang msih ingat, pada entry yang lepas, saya ada perihalkan tentang saya dapat simcard baru dari CELCOM. huhu..
tak ingat?
tak apa, boleh baca di sini.

Apa kaitannya ya?
Ini KAITANNYA!

Jika dahulu, dua kawan sahaja dah terkena, kini masanya saya pula..
Semalam, kakakku telefon, menanyakan tentang nombor saya ni.
Soalnya, saya pakai bil ke prepaid?

Bila dengar postpaid, ingatan saya terus pada Puduraya!
Mamat Endon tu singgah sekejap kat benak fikiran. Dah agak dah!

"Berapa mira kena?"
[spontan je saya cakap]

"RM 80"
Dengar je 80, saya mengeluh... duit saya... terbang begitu sahaja...T_T

Apalah nasib. Saya memang dah niat nak batalkan nombor tu [niat je baru, tindakannya mana??]
Bila dah terkena ni, barulah.....[inilah dia peringatan berharga!]

Sekarang ni, saya perlu usaha untuk ke Celcom Center dan batalkan nombor tu secepat mungkin sebelum bilnya naik lebih tinggi. Nak menyesal pun tak guna dah, tapi ralit tu memang terasa sangat. huhuhu

Bila kenangkan balik peristiwa tu... terbayang duit saya..hahaha

Pesanan Ikhlas dari saya adalah,
berhati-hati ketika di PUDURAYA,
anda mungkin mangsa seterusnya..
pandai2 la lari ek..

p/s : taktik saya tak menjadi lak. Geram tul!!!

http://emo.huhiho.com

Wednesday, November 18, 2009

Life...

Life..
Some say it is unpredictable..
Some say it is hard..
Some say it does not hav
e turning point..
Setiap orang ada tafsiran mereka tersendiri.

Begitu juga saya.
Hidup ini indah di mata saya. Sangat indah. Dengan keluarga di sisi, teman2 seperjuangan yang sentiasa ada kala duka dan suka. Indah bukan?
Namun, pabila ujian sentiasa datang mengunjungi, hati mula berubah mengatakan, hidup ini nothing. Hidup ini membosankan! Di mana sebenarnya tekad kita dalam menentukan dan meneruskan hidup ya
ng masih panjang ini?

"Owh... kalau aku tidak ditempatkan di sini, ak akan lebih bahagia!" [Pastikah kebahagiaan akan sentiasa dikecapi sejauh mana kita lari?]

"Aku suka begini, aku mahu buat begini. Jangan
kongkong boleh? Aku bukannya malaikat seperti kalian!" [Manusia bertopengkan malaikat? atau kita sendiri berdalih mahu lari?]

"Sebab dia tua dari aku lah, aku ikut sahaja dia. Salah? Cara dia salah ke? Macam mana tu?" [Ikut membabi buta tanpa usul periksa? Andai usia jadi perhitungan, fikirlah, yang muda tak selalunya salah.. dan yang tua tak selalunya benar!]


"Aku redha. Aku terima semuanya. Andai ini untukku. Namun, berikan aku jalan yang terbaik dalam aku menentukannya," [Ke mana lagi kita mahu tuju, andai diri ini jauh dari Allah?]

Saya sering dihujani kekeliruan emosi sejak akhir-akhir ni. Sampaikan sahabat baik saya cop saya..saya ni minah emo. Sejak bila title ni melekat pada diri yang kerdil ni? Saya terima semuanya.

"Jadilah manusia yang lebih baik..dalam segenap aspek kehidupan,"
Keluhan... rintihan... tangisan... kegembiraan... semuanya berselimut dalam erti kata yang diri ini masih jahil.

"Kamu perlukan bimbingan. Kam
u perlukan pegangan,"
[Jangan lepaskannya.]

Hari ini saya telah tewas. Tewas? Main badminton ke?
Bulu tangkis yang selama ini saya lambung dan cuba kekal dalam keadaan yang terbaik telah terlepas dari pukulan yang sepatutnya. Se
telah beberapa minggu saya cuba membinanya, hari ini saya telah meruntuhkannya. Fokus saya telah hilang entah ke mana.
Sedih! Sedih kerna telah tewas dengan diri sendiri.

Air mata mengalir menginsafi diri. Memikirkan konflik yang tidak pernah sunyi. Diri sering tersepit dalam dua keadaan yang memaksa untuk bertindak bijak. Andai cadangan A ditolak, seakan dipandang jahat. Andai pandangan B diterima, baiklah pula. Itu dia. Bertindak kerna memikirkan fikiran orang lain terhadap diri. Mana keikhlasan diri? Mana?

Senyuman cuba diukir..kerna tahu. Itulah motivasi diri.
Intrapersonal to ourselves is important. Who we want to talk? To HIM! HE is too near.

Keluhan? Sampai bila?
Tangisan? Kapan mahu terus mengalir?


Fikirlah positif. Fokus! Singkirkan semuanya! Bersihkan hati!

Buat do no je. Be yourselves!

p/s : Benarkan aku tentukan hidup aku sendiri. Aku mahu terus tersenyum dan kuat.. untuk mereka yang sayang akan aku!


~Nurafaz~


Tuesday, November 17, 2009

Syukran

Update!

Ni khas tuk Saudari Endah kerna bantu saya dalam research.
Ilmu yang baru saya perolehi.

Terima kasih.

Sebelum ni saya ada beritahu ttg kerja saya. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya. Bertemu dengan Endah di alam maya ini sedikit sebanyak membantu saya. Saya baca blog dia, dia update dua entry baru ttg persoalan yang saya keutarakan.
Syukran sgt2!! Kini, research tu bukan setakat research, ia telah menjadi sesuatu yang saya memang nak amik tahu!! ^_^

Itulah dia uniknya ilmu ini. huhu...

Sekali lagi, syukran.

********************************************************************************

Tukar lagi?
Apa ni mira?
huhu.. pink bukan pilihan hati sy..
huhu..

Saya pun pelik yg sy amik template pink.. hehehe..
Jadi sy buat keputusan untuk menukarnya semula.
Tukar baju lagi blogku ini....huhuhu.. suka2!!

Semoga yang lain pun turut suka juga.. huhu..^_^.

p/s : Best wishes for all the candidates that will take SPM starting tomorrow.. especially my little sis. Luv u so much!

Monday, November 16, 2009

...: 0310_1 :...


~Mati itu pasti, hidup itu..InsyaAllah~
[Sunan]


A : "De kelas ke?"
B : "xde dah"
A : "Pasni ni nk ke mana?"
B : "Nak gi PS, pastu gi library"
A : "Lama ke kt library?"
B : "Sampai Asar"
A : "Ooo..Minta tolong leh?"
B : "Tolong ap
e?"

Itu dia, dialog ringkas antara saya dengan seorang teman selepas Zohor tadi. Alhamdulillah, Allah hadirkan dia untuk bantu saya. Apa yang saya nk wat sebenarnye?

Hari Rabu nie [ikut apa yang adik saya bagitahu],
adik saya [Adilah] akn menduduki SPM.. hohoo.. dah dewasa dah adik akak nie ye.
Saya mahu kirimkan sesuatu buatnya, dan harapnya sempatlah sampai sebelum atau pada hari Rabu ni. Andai lewat pun, biarlah sehari je lewat. Ca
dangan awalnya, mahu guna pos ekspress je. Tapi fikir balik, pos biasa je la.

So, lepas Zohor tadi, nak lah gi pos, tapi kerna diri ini bijak [alhamdulillah], saya terlupa nak beli setem, gam pun saya tak bawa. hahaha.. resah juga time tu. sempat ke sampai pada waktunya. Kenapalah???? Tapi try gak fikir positif, ada hikmahnya tu.. so, steady je [padahal dalam hati duk ingat je]. Time kuar masjid tu.. jumpa lak dengan sahabat lama.. hahaha..

Tak sampai hati nk mnta tolong dia. Kasihan pula. Tapi fikirkan kelas petang, takut tak sempat nak ke pejabat pos. Alih-alih minta juga bantuannya. Syukran ya Wan Apih. ^_^
Dah pos ke bende tu???


Saje je nak bagi pada adik. Dulu, time saya SPM, kakak saya poskan something utk saya. Memang terharulah, time baca tu, saya menangis kerna terharu. Bukan bermaksud, saya mahukan adik saya juga turut terharu. Saya mahu dia tahu, jauh mana pun saya, insyaAllah, doa saya sentiasa untuknya. Lagipun, dia satu-satunya adik saya. ^_^

Adilah... Nur Adilah.. nama yang diberi kepadanya.
Orangnya berbeza sikit. Yalah, bak kata orang.. Rambut sama itam, hati lain2..
Namun, dia slalu motivate saya..bab study..huhu..
Cara dia study mmg lain dari kakaknye ni [saya la tu].
Die memang kaki study..huhu. Itu saya akui.
Cikgu2 kat sekolah pun dapat beza antara saya dan adik. hahaha..
Saya pernah mencipta rekod dalam gred di sekolah. Rekod apa? hoho..nak tahu kena tanya in personal dengan saya ek..
Namun adik saya? Pergghh... syukur! Jauh cemerlang dari saya. Semoga begitulah sampai ke penghujungnya. Amin!
Bila saya balik. Setiap masa dia gunakan untuk study. Pagi..petang.. sy tgk ni pun kagum..hoho..
Setiap kali saya nak study, mesti study depan die.. yelah.. jeles tau. Adik lagi mantap! hehe


Kekadang tu, segan pun ada gak. Tapi kekadang tu bagus pun ada gak. Saya ingat lagi baru2 ni, saya tengok die study Fizik. Tetiba dia cakap, rugi dia tak tahu bende ni dari awal. Saya pun usha la die nye soklan. Dengan senangnya, saya menjawab, " Ha....soklan ni, jujurnya, kak cik [saya bahasakan diri di rumah adalah kak cik] memang tak tahu. Tak faham konsep,"

"Senang je kak mira [sy lebih suka adik-beradik saya gelar saya dgn pggln mira dari kak cik]"

Saya pun duk angguk dan cuba faham apa yang dia nak terangkan. Lihat, ada bagusnya! Dia mengajar saya sesuatu. huhuhuh... ^_^

Itu dia.. serba sedikit tentang adik kesayangan saya. Cerita banyak-banyak kang susah pula. Oleh kerna dia nak SPM, saya citer study je. huhu


InsyaAllah, jangan gelabah2 ek. Steady sudah.
Dan juga jangan stress sgt. Steady sudah.
Yakin pada diri, namun jangan terlampau yakin.

Semoga dipermudahkanNya untuk menjawab semua soklan.
Adik Ecah pun SPM.
Semoga dipermudahkanNya. Kim salam kat adik ko Cah. ^^

p/s : Adik saya suka Kingdom Hearts. Kami adik-beradik gila dengan games nie. PS2.. Nintendo.. dan PS3.. rasenye PSP pun de game ni kot.. huhuhu... suke2!! Sebab tu banyak gambar dari games ni.

Sunday, November 15, 2009

Ahad yang santai

Ahad yang santai..
Santai?

Alhamdulillah, semalam [Sabtu - 14 November 2009]
menjadi peserta klinik solat. Menarik!
Pagi-pagi [ tak lah pagi sangat ] bergegas ke kampus..ingatkan dah lambat.
Yelah..lambat bersiap la katakan, qiam di masjid dan dengan bantuan Kak Ika, tumpangkan balik rumah pas Subuh untuk transformasi sedia Klinik Solat.

Alhamdulillah, tidak sia-sia jadi peserta. Fasi2 yang ada bagus. Sesi yang saya benar-benar teruja adalah time tayangan video kemalangan tu. Memang teruja. Terasa kesannya time tu. Tak nak tengok, tapi gagahkan mata dan hati untuk terus tengok. Syukur pada Tuhan, masih dikurniakan tubuh badan yang sihat ini. Sesi yang saya terkagum adalah penerangan kebaikan solat ini dari segi kesihatan. Sebelum ni sudah didedahkan, namun tak didedahkan sebagaimana semalam. Tayangan gambar buatkan saya rasa, hebatnya apa yang Allah wajibkan kita lakukan. Namun, ternyata ia nya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Setiap perbuatan dalam solat semuanya ada kelebihan tersendiri. Ketika rukuk, sujud, duduk antara dua sujud.. semuanya terselit hikmahnya.

Sesi yang paling saya suka adalah sesi praktikal. Walaupun sekejap, namun banyak yang saya pelajari. Rukuk saya, sujud saya, diperbetulkan dan semoga ke arah kesempurnaan. Masuk petang sikit, sesi kumpulan. Mulanya kumpulan besar. Dalam kumpulan besar ni, ceritakan kaitannya taharah (bersuci). Penerangan perihal peringkat najis, wudhu', mandi dll.

Sempat juga wat praktikal wudhu' hanya dengan bayangan sahaja. menarik sungguh! Diberitahu juga bagaimana keadaannya jika kita di dalam bilik mandi.

Saya ingat lagi fasi ada beritahu. Mungkin ada di antara kita yang masih belum ketahui..

"Jika mandi, berkembanlah. Jika kita mandi berbogel, syaitan akan main apa yang ada di badan kita. Bagaimana dia main.. Wallahu'alam,"

Jika dulu, saya diberitahu, kita mudah rasa lenguh di bahagian ketiak@lengan andai kita mandi bogel. Maaf, mungkin kurang sesuai apa yg saya tulis ini, tapi jarangnya org tahu benda ini.

Kemudian, dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Dalam kumpulan ini, lebih detail tentang solat. Rukun, perkara makruh, sunat.. dan sebagainya. Ada yang bertanya soalan bagi menambahkan kefahaman dan menyingkirkan kekeliruan. Namun, tak berapa nk sempat untuk menyemak bacaan.

Selesai semua, barulah tibanya sesi bergambar. huhu..
saya masih tak dapat gambar yang tangkap ramai2 tu.. mungkin akan ada di tangan saya tak lama lagi..insyaAllah.

Balik je saya terus baring atas katil setelah melayan karenah Nadiah dan Ecah..hahaha..
satu jam terlelap tanpa sedar.Tak tahu apa yang saya penatkan. Kepala sakit semalam, berdenyut-denyut minta rehat, walhal, saya bukannya komiti Klinik Solat.. huhu.
Maaf pada kak kamilah, saya tak sedar apa yg akak cakapkan, sedar je, ada kamera di sebelah saya. Terus bangun capai tuala.

Pas maghrib pula... sy terlelap lagi..untuk masa yang panjang. Aduih~~~ kuat tido sungguh saya nie. Segala misscalls...segala mesej..semuanya saya tak sedar langsung. Sedar-sedar je sudah jam 2 pagi. Kemudian, pejam balik mata setelah 45 minit mata dicelikkan. Sampailah pukul 5 pagi. huhuhuhu..

Pagi Ahad pula, tengok2 soklan prgrmng.. dh wt date utk group diskusi.. tapi sy sendiri batalkan, sebabnya, saya tak faham apa soklan nak. Dah cuba buat, namun jem tengah jalan. Erm.. xpe2... kite utamakan apa yang sepatutnya kita utamakan.. ^_^.

Mula2 prgrmng.. pastu rehat jap...prgmng lagi...rehat..
sambung research lak. Syukran endah. ^_^. Pastu sambung discrete lak..
rehat... sambung movie..huhuhu..

Jangan amalkannya.. JANGAN!

Lepas ni, mahu melayan karenah Syabab pula.. hohoho... ^_^

Itulah dia.. santai Ahad saya. Minggu depan ada sesuatu namun tak pasti boleh ke tak untuk turut serta...assgnment, midterm sedang berbaris dan menanti untuk ditempuhi...

p/s : bukan mudah mahu menolak... dan bukan senang mahu menerima..

Friday, November 13, 2009

Tinggi tul bil air!

Post kali ni.. nk story sal bil air!!!

Ya Allah!!!

Memang banyak ar..
Tiap-tiap bulan cam gini, mahu pokai oOoooooo...
Terfikir gak.. kitaorg berendam ke? Wat kolam air ke kt depan rumah? erm...???

Mesti de bocor mane2 nie!!!!!
Jom.. tolong kami langsaikan bil..huhuhu

Memang speechless bila tengok bil. Kene bagitahu Pak Cik rumah ni.

Kepada Dahlia 6..
Jom repot kat pak cik!!!!!!!!!!!!!!!
huhuhu ^_^

*********************************************************************

Insan itu..
Bila dekat, diam seribu bahasa, diam sejuta kata.
Bila di sebelah, hanya pejamkan mata..

Meskipun mendapat tempat terakhir dlm hati ni, namun,
mahu sekali mengetahui setiap yang dialaminya..
Kasih sayang.. sukar ditunjuk, namun indah rasanya.

Semoga Allah memeliharanya sentiasa.
DIA lebih berhak ke atas dirinya.
Dan rasa ini hanya DIA yang mengetahuinya.

Semoga selamat sentiasa dalam apa jua yang dilakukan.

p/s : Meskipun diri ini hanya membisu, namun jauh di sudut hati, sentiasa mahu bertanya khabar.



Monday, November 09, 2009

Progress..Progress

Minggu yang ketiga dalam semester kedua di tahun pertama.
Setakat nie, alhamdulillah everything is fine.. only few things je.

Semester ni amik 3 subjek. Malaysian Studies, Discrete Structure, dan Computer Programming II.
Cp2 eh?
Masih berjalan perlahan lagi. Masih terkial-kial untuk menangkap apa yang dipelajari.
Alhamdulillah, semoga semakin faham dan expert satu hari nanti! ^_^
Assgnment dah diedarkan..hehe.. nanti balik raya haji kite bincang nak groupmates? hehehe
gurau je ek, nk bncg cepat2 pun no hal. Cp2 ni saya rase lain sikit. Lecturer betul2 mahu tolong kitaorg, dan kitaorng pun harus tolong diri kita. Mungkin Cp1 yang lepas kot......

Discrete Structure..
subjek ni ala-ala Digital System sikit. huhu..
Tiada yang senang di muka bumi ini, namun subjek ini amat menarik. Saya suka! Hari Jumaat yang lepas, terpaksa MIA sekejap dan sudah menjadi tanggungjawab untuk revise semula lecture 7 dan lecture 8. Entahlah, asal sampai part yang penting je, saya akan terlelap seketika. Ya Allah, kuat sungguh hasutan yang tak mampu aku singkirkan.
Bila orang sebelah tanya [Nadiah], saya pun blur lah.. hehe..
Ini salah satu sikap yang harus dibuang dengan kadar segera! Ayuh mira! Bangun!!!

Malaysian Studies..
Satu-satunya kelas yang saya tak pernah terlelap. Saya pun pelik kenapa, sedangkan sejarah. Saya bukanlah jenis yang suka subjek sejarah. Tapi lepas baca buku karya Ramlee Awang, saya mula suka lak.. hahaha..
Assgnment dan Research dalam progress.. satu kumpulan 15 orang. Kumpulan saya asalnya 5 orang sahaja, jadi 14 orang. Bergabung dengan group Vicky. Kami bahgikan kepada dua, group saya wat research sal etnik BOYANESE.. dan Vicky wat sal assgnment. Dan alhamdulillah, research tu hampir selesai, tinggal nak sediakan benda asas je. Semoga Allah permudahkan urusan kami semuanya. Tadi hantar homework.. "Why you need a peaceful country? Give 10 reasons".
First dapat soklan nie, memang blur sekejap. Apa nak tulis ni? Minta pendapat Ecah.. hahaha..
Sebab apa kita mahukan negara yang aman? Ada seorang member saya siap senaraikan lagi 20 negara yang aman, namun Malaysia tidak tersenarai. Hah?
Walau di manapun kita, bersyukurlah. Bukan semua dapat apa yang kita dapat ni. Jadi, sentiasa bersyukur.

Itu dia.. progress sepanjang minggu lepas dan minggu ni juga. hoho ^_^

No one is perfect. Itu kata-kata yang selalu saya dengar dan saya pahatkan dalam hati ini. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Begitu juga dengan diri saya. Maaf andai apa yang saya lakukan mengguris hati dan perasaan sesetengah pihak. Saya juga manusia. Dan kalian juga manusia. Masing-masing pasti akan melakukan kesilapan, antara sedar atau pun tidak.

Saya jujurnya di sini, sedih. Bukan sedih dengan apa yang saya kecapi, bukan sedih dengan apa yang saya lalui. Tapi sedih dengan diri saya sendiri. Saya harap diberikan kekuatan dalam ujian ini. Banyak mata-mata yang memerhati, namun tidak juga sedar, ada mata yang paling berkuasa sentiasa memerhati, baik diri saya dan juga semua di muka bumi ini. Dan hanya DIA yang tahu siapa benar, siapa tidak.

Cukuplah. Saya terima segala tomahan, segala kritikan, segalanya. Dan andai dikatakan saya telah berubah, ikutlah. Saya tiada kuasa untuk mengubah serta membentuk persepsi orang lain. Dan ingatlah.. Rasulullah diuji dengan ujian lebih berat dan dahsyat, namun tiada sekelumit titik hitam pun baginda lemparkan pada musuhnya, malah baginda berusaha untuk mendekatkan mereka padanya. Indah sungguh akhlak baginda. Mungkin sukar kita mahu jadi seperti baginda, namun ambillah iktibar atas kisah hidup baginda.

Ya Allah, sinarilah aku dengan NUR-MU...
ampunilah aku..
dan hanya KAU Yang Maha Mengetahui, baik tersirat mahu tersurat.

p/s : saya redha dan saya terima.


Saturday, November 07, 2009

Yeah..yeah

Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Illahi diberi kesempatan untuk terus melangkah di atas muka bumi ini.

Erm.....
Im opening back my blog.
Hampir dua bulan blog ini diprivatekan.
Sebab apa? Owh..biarlah menjadi rahsia.
Tak salah andai blog ini meminta izin untuk berehat daripada bacaan org ramai, bukan?

Bila diteliti semula entry2 yg pernah diposkan, [perlu juga ditapis]
Banyaknya kekhilafan diri ini. Saat menelaah setiap kata, terdetik di hati,
jauh sudah aku berjalan, banyak sudah titik hitam aku tumpahkan.
Tuhan, kepadaMu aku mohon keampunan.

Manusia..selagi bergelar insan, tidak pernah terhindar daripada melakukan dosa.
Berusaha memohon keampunan memberikan kematangan pada diri dan pembersihan pada hati.
Kasih sayang Allah, tidak pernah berbelah-bagi. Subhanaallah.

Bila ku temui blog2 sahabta2 lama, rindu kian menghimpit. Rindu bangat sama kalian.
Lihat kalian dengan perwatakan sekarang, seronok lihat tau. InsyaAllah, kita akn ketemu nani kan? Ingin sekali seperti dahulu.
Dan ternyata sekali... diri ini rindu yang dulu.
Namun, kita melangkah satu langkah yang baru setiap hari. Tiada pusing balik. Teruskan melangkah. Biar yang dulu menjadi hiasan dalam diari.

Wah3.. dah lama rasanya tak menulis begitu. ^_^.
Alhamdulillah, dengan izinNya,
saya dapat menghabiskan karya Hilal Asyraf [gmbar di bawah].
Kenal ke dengan dia? Owh...saya pun tak kenal sangat. Nadiah kenal.. hahaha
Nak tahu lebih lanjut.. layarilah blognya... LangitIlahi


TERASING..
Menarik ceritanya, meskipun pada awalnya penceritaan kurang. Namun, mesej yang ingin disampaikan ternyata berkesan di hati saya.
Ceritanya tentang seorang sahabat.

"Janji dengan aku dua perkara,"
"Pertama, ingati aku dalam setiap doamu,"
"Kedua?"
"Kedua...kalau aku jatuh, hulurkanlah tangamu kepadaku. Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku,"
"Sahabat... jangan kau asingkan diriku dari kehidupanmu,"

Antara dialog yang menggamit jiwa saya. Hulurkan tanganmu andai aku jatuh. Luruskan aku andai aku bengkok.
Itulah sahabat. Sahabat yang sentiasa bersama kita walau di mana pun. Inilah nikmat sahabat yang Allah berikan.

"Jangan asingkan diriku dari kehidupanmu,"
Seorang sahabat tak akan asingkan kita, tapi kita yang asingkan diri kita.
Kita asingkan diri dari Allah, dari hambaNya. dan sejurus itu kita salahkan yang lain pula.

Allah ada dekat dengan kita..
DIA juga tak pernah sesekali asingkan kita. Kita sendiri memilih untuk mengasingkanNya.

"Dan jika hambaKu bertanya kepadamu berkenaan Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat,"
(Al-Baqarah :186)

Novel Terasing ni sedikit mengajar saya erti kemanisan ukhwah yang terbina. Juga kemanisan dan keindahan bergantung padaNya kerna DIA terlalu hampir...sangat hampir.

Saya akan diuji dengan kata-kata saya sendiri. Semoga Allah beri kekuatan untuk saya berubah ke arah yang lebih baik, insyaAllah.

Dan buat sahabat saya,
sayang kalian! Semoga ukhwah antara kita tetap kukuh meskipun badai datang melanda. Dan semoga persahabatan kita mendapat keberkatanNya. ^_^

p/s : waiting another 2 novels... Syabab Musafir Kasih dan juga 9 Nyawa.

Monday, November 02, 2009

Semua...semua

2 November 2009..
Sok dah msuk 3 November 2009.. hehehe

Alhamdulillah..
hari pertama untuk minggu kedua ini telah berlalu mengikut peredaran zaman.. ??

Hari ni, setelah berbincang dan memerah otak semalam dan dua ari yang lepas,
pergilah ke Admin. Cadangnye mahu siasat tentang course ni. Boleh ke sambung empat tahun. Bila tanya soklan tu, ada pegawai sorang duk tengok semacam je.. Telinga ni duk dengar katanya "Kenapa nak wat empat tahun? Nak belajar lama ke?"

Oleh sebab itu adalah pegawai, saya buat-buat tak dengar, tapi mata saya memang tak lepas dari pandang dia. Encik tak faham.. so tak mengapalah encik. Saya maafkan ^_^.

"Ibu dah bagi mira banyak kali untuk buat pilihan, tapi... kali ni, tiada dah. Biar ibu yg buatkan pilihan,"

Tak kisahlah ibu... nanti bila mira nak kawin nti, mira tetapkan pilihan ek.. hohoho...
Tiada apa nak cite.. cuma nk ucapkan ribuan terima kasih buat my friends. Thx a lot.
Juga pada ibu dan abah. Mira susah hati dengan tindakan ibu abah.. tapi mira tahu..
itu pun untuk kebaikan mira. Syukran.
Love u both!

Buat teman-temanku yang dilema, dihimpit kekeliruan..
tiada kata-kata yang datangnya dari nurafaz ni yang mampu diungkapkan.
Cuma, apa sahaja yang kalian akan lakukan,aku akn sentiasa beri sokongan!
Tengok korang susah hati.. hati aku pun susah juga.
Tengok korang buntu.. aku pun buntu sama.
Tengok korang termenung.. ak pun tak tahu nak cakap apa.

Aku pun dua kali lima sahaja,
namun.. apa sahaja yang korang lakukan..
istikarah.. mnta petunjuk dariNya..
Andai keputusan kita adalah yang terbaik untuk diri, kehidupan kita dan agama kita, semoga hati kita tenteram menerimanya. Andai itu bukan keputusan yang terbaik untuk kita, kehidupan kita dan agama kita, semoga ilham dan petunjukNya hadir menerangi jiwa kita. InsyaAllah ^_^.
keputusan yang kita nk buat.. harapnya datangnya juga dariNya.
^_^

aku sayang kalian..
jangan tension2..
kita wat sebaik mungkin.. even susah kita nak capai yang terbaik.
Jangan termenung selalu ya..
^_^
kalian sentiasa diperhati...hahaha

Akhir kata...
jom... kita study!!!!!

p/s : Miss Vijaya x citerkan kenapa Parameswara lari dari Palembang.. erm... xpe2.. this is the first class that i didnt sleep.. wah... bagus2!
mula meminati sejarah kerana Admiral Sunan. Thx!!! hohoho
Esok nk gi daftar kelas.. hehehehe.. minda yg cerdas datangnya dari badan yang sihat jugak..
^_^
study group? molek juga.. bole je.. klu nk wt study group..even.. lebih suka blaja sorg2.. ^_^.. insyaAllah. kabo je bile..hoho
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design