Followers

My Wattpad

30 Oct 2009

Benar?

Alhamdulillah..
I'm home now..
hohohoh

Entah mengapa saya buat keputusan untuk pulang ke rumah minggu ni.
Khabarnya orang Cyber akan ke Melaka.
Sayang, tak dapat nak join kalian. Maaf.. T_T
Hope korang enjoy kat sane.
Jaga my mr Tony and mr Lappy baik-baik.
Jangan buli mereka tau!

Kali ni..
saya pulang untuk buat sesuatu.
Esok....
agenda saya nak ke sekolah. Rindu memanggil-manggil saya untuk ke sana.
Entah apa yang buat saya kepingin benar mahu ke sana.
InsyaAllah.. harapnya dapat singgah ke sekolah sekejap.

Tadi.. waktu kat Pudu, saya ditahan oleh seorang abang Endon hensem.
Bagi simcard free.. Taktik saya yang biasa saya guna time kene tahan tak berjaya.
Dapat juga dia tahan saya.. Ceh!!!! Geram sungguh. Dah lah waktu tu nak tunggu bas balik.
Pergilah juga..
Simcard Postpaid 3G [ 1 + 5 nye plan ] diberikan secara percuma untuk cuba-cuba lu..
Ada main dan supp..
Saya nye main.. saya leh tambah 5 supp untuk tepon dan sms secara percuma..
cuma kene bayar seminggu RM5 dan ianya postpaid.
Saya pun duk fikir.. postpaid? byk lak nmbor ak nie hah..
So.. cdgnye.. saya nak batalkan je nmbor tu..
Abang Endon nie la hai.........
Nombor tu start 018-................
^_^

Dalam bas, saya terkenangkan Dahlia 6.
Apa khabar mereka?
Paip bocor ok?
Elektrik dah ada balik ke?
Nasib baik Nadiah hantar mesej, sempat bertanya keadaan di rumah tu.
Kemudian, saya teringatkan apa yg berlaku tengah hari tadi sementara menyiapkan The Raise.
Apa yang didengari membuatkan saya rasa termangu..terkaku.. dan sedih.
Satu persatu datang meragut emosi saya. Hanya senyuman yang mampu saya lemparkan tatkala cuba memberi pandangan. Apa yang boleh saya lakukan???
Namun, pengalaman dan apa yg saya rasakan, saya cuba berkongsi pada orang tersebut.
Biarlah dia mempunyai kondisi yang baik.. kondisi saya?
InsyaAllah, Allah temukan yang baik juga.

Benar tekad di hati, namun, tidak sampai hati.
Masih ada tanggungjawab.. meskipun tidak pasti.

Entahlah..
saya pun buntu.
Sebab tu saya nak ke sekolah.
Saya teringatkan sesuatu di sana.
Saya benar-benar buntu.

Apa ni mira?
Orang lain lagi susah dari ko.
Yang ni perkara kecil je pun.
Tengoklah orang lain, ok je..
ko je yang lebih-lebih.
Mungkin ini pernah terlintas oleh siapa-siapa je.
Namun, jujur saya katakan.
Medan saya adalah penulisan.
Saya menulis untuk meluahkan.
Itu adalah saya sejak dulu.
Saya lebih lega andai saya menulis.
Dan saya akui, ada lagi yang lebih susah dari saya,
namun, ini adalah diri saya...
memang saya begini.
Allah tak akan uji seseorang jika ujian itu tidak mampu untuk dirinya tanggung.
Saya mampu untuk menempuhnya. InsyaAllah.

Saya tahu teman-teman yang lain mempunyai kondisi yang hampir sama..
Bersabarlah, dan sama-sama kita tempuhinya.
Dengan adanya kalian, diri ini turut sama terasa disuntik semangat.
Melihat kalian gembira, turut sama buat diri ini gembira. Namun dalam hati siapa tahu kan..
Tak apalah..
kita bangkit sama-sama..
mungkin susah.. kita cuba.
Diri ini mengharapkan kalian teruskan apa yang kalian perlu teruskan.
Semoga ukhwah kita kekal hendaknya. ^_^
Jujur, aku sayang kalian semua.
Kerna kalian juga sebahagian dalam hidup diriku ini.

Apa pun...
step by step perlu dilakukan..
hehehe..
yoyo oOo je kan..
InsyaAllah...

Erm.. dah lewat dah.. [padahal baru kul 10 lebih]
Nak rehat..
Nak makan...
Nak tido..
^_^

p/s :
Ya Allah....

Cah... aku dah buntu dah Cah.. apa ak nk wat Cah.. ak tul2 xtau nak wat ape dah Cah.. tolong doakan aku... agar aku diberi kekuatan.. agar kita semua diberikan kekuatan.
Cah... ak x tau nak wat ape dah..


26 Oct 2009

Pengembaraan Laksamana Sunan 2

Pengembaraan Sunan kedua. hohoho.. Pagi ni.. kelewatan bangun sedikit. Kedengaran nyanyian Jun Ki menggerakkan saya bangun tidur tidak berhasil. Lena sungguh tidur semalam. hohoho

Hari ni menolong Ecah siapkan ID, IC, Bank Card.
Kami bahagikan juga kepada dua kumpulan..
Kumpulan 1 [Ecah & Nadiah] akan ke kampus siapkan ID.
Kumpulan 2 [saya & Aida] pergi ke MC amik Abang Aleep kite....
Hari ni, Aleep akan menjadi driver kami.
Sebab saya tak tahu kat mana JPN letaknya.
Esok time nk amik IC Ecah, i'll be full-time driver.

Seperti biasa, idea yang kurang bijak akan datangnya dari minda seorang yang amat bijak!!
hahaha..
Rasenye kalau ikutkan cadangan dan idea bernas tu menjadi tak korang?
Tak jauh kan... ^_^

Selesai semuanya,
kami isi perut sekejap, sambil menunggu Aleep yang berada di kampus menyelesaikan urusannya.
Selesai JPN, kami menuju ke AffinBank pula.
Buat kad dengan free sahaja, wat IC lak rm60.. tu pun dh diskaun setelah ada ID card..
fuhhhh... duit oooOOOOoooo..
tp ok la tu Cah.. ko pun bukannya tukar IC ko tu..
molek sikit nampaknye.. ngeh3..

Sampai kampus, terus ke masjid solat Zohor dan terus ke kelas.
Memang sehelai sepinggang.. tak bawa apa-apa pun tuk gi kelas.
Kertas tak bawa.. pen pun x bawa..
sebabnye saya bawa beg biru yang satu lagi..
if beg galas tu.. macam-macam ada di setiap zip yang ada... so x risau sangat ape2 berlaku.
Nasib baik la ada yang sudi nk pinjamkan.. trimas2.. ^_^

Alhamdulillah..
tuk kelas yang first ni...
interesting tapi blur2 sikit..
terlelap tu.. kebiasaan juga lah..
hahaha..
nasib bek lah Nadiah ada.. tolong urut.. tolong kejutkan.. hohoho

So.....
tak tahu nak story ape dah..
malam ni ada misi lagi..
haih~~~~
tak kisahlah..

ni ade yg menarik perhatian kami kat JPN tadi.. hohoho


nak cari pula Khamis bin Jumaat...
jom3

25 Oct 2009

Pengembaraan Laksamana Sunan

Laksamana Sunan..
Siapa ek?

hohoho..
akibat kemaruk Ramlee Awang..
Laksamana Sunan seakan ada di sini. Cewah~~
Semulanya novel BAGAIKAN PUTERI..
sambungannya CINTA SANG RATU..
dan kini HIJAB SANG PENCINTA..
menyebabkan watak Saifudin seakan hidup.

Hari ni..
Pagi tadi..
Aida kecederaan..
Terkena pisau..
Huiisshhh..
dahsyat..
Saya dapat bau lagi hanyir darah tu..
Merahnye warna darah tu..
Alhamdulillah semuanya baik..

Petang tadi..
Menyelesaikan urusan Ecah yang kehilangan beg dompetnya semalam.
Pas zohor tadi baru sedar.
So, kami divide 2 kump..
kump 1 [Aida, Wani, Syima] gi beli barang umah.
kump 2 [saya, Nadiah, Ecah] selesaikan kes Ecah.
Kami bertolak berasingan. Kump 2 awal sikit gerak, menuju ke MC..
Try tanya kat pak cik-pak cik bas tuh..
Huh.. memang menghampakan, tapi ini namanya dugaan. Sabar ya Ecah.

Lepas tu kami solat, minta petunjuk Allah, dan terus ke tempat bas tu balik semula.
Tetap tak ada. Jadi kami ke tempat teksi, untuk menuju ke Balai Polis Taman Tasik Utama.
Itu je balai polis yang saya ingat. Tau ada yang dekat sikit, tapi tak tahu kat mane.

Jadi story-mory la kat pak cik teksi tu, then dia bawa kami ke Balai Polis Batu Berendam.
Buatlah report kehilangan dompet.
Ecah sempat lagi tanya sal lesen...haahaha aduih~~
saya lak sempat amik nombor balai tu.

Then, kami menuju ke pasar malam. Macam-macam gak kami beli. Dah lama gak tak pergi pasar malam oooOOOooo...
Pastu kami tak tahu nak tunggu bas kat ne.
So..klu ikut idea saya.. memang giler!!!

So, saya cadangkan kami jalan kaki.
Depa mesti ikut mummy kan?
Ngekor je la depa tu kat belakang saya.
Kami berjalan la.. jalanlah punya jalan.. jalan...

Ecah n Nadiah dah bising dah..
"Mira, dh dekat kubur Cina tu. Kalau Fad jln dr Jusco ke MMU, aku leh trima lagi.. ni....,"
Salah seorang dr mereka berbunyi.

Hahahahahaha....
"Klu kita dh tekad nk jalan kaki. Kita kene konfiden! Tekad!" Saya pula berbunyi.
Memang best lah tadi.

Kami berjalan sampai ke kubur Cina tu.. Menarik je pemandangan.
Alhamdulillah, Allah hadirkan Bas Wira buat kami!
Alhamdulillah.

Bila fikir balik..
asal balik Melaka je saya wat kerja giler.
Maaf ek..
^_^

Kan adventure tuh..
Musafir..
hahahaha..

Agenda esok pula...
Kami nk selesaikan Ecah nye Bank Card, IC, ID..
harap sempat sebelum kul 2..
sebab kelas dah start.
InsyaAllah!

Sabar ya Ecah.
Ada hikmahnya semua tu.
Pengalaman semua tu.. Dan ada pengajaran tersirat.

Ok..
Selamat mula kerja dan belajar di semester yang baru!!!!
Selamat semuanya..
^_^

p/s : dr kubur cina tu ke kampus.. RM1.20..
tak ke murah tuh~~~ hahaha..

22 Oct 2009

Badge Rasulullah??????

Tengah melayari Portal Ukhwah
terjumpa thread ni
try bukak,
dan tak sangka lak.. erm..

tak pasti sama ada ada yg dah tahu atau belum, tp saya baru tahu..
meh tgk ape die.. [copy n paste]

Thursday, October 15, 2009

Pin (badge) yang mempunyai gambar lelaki yang disebut sebagai Nabi Muhammad beredar di Makassar, Sulawesi. Peredaran pin ini meresahkan masyarakat, khususnya umat Islam.

Pin tersebut pertama kali ditemui oleh seorang anggota Forum Komunikasi Muslimah Makassar. Pin tersebut milik kepada seorang wanita bernama HDY samaran).

Namun HDY mengaku, dia bukan pemilik pertama benda tersebut. Pin itu dibelinya dengan harga Rp 20 ribu (RM7.19) dari seorang wanita bernama MAR. HDY dan MAR selama ini memang kawan perniagaan busana muslimah.

Pin yang menggemparkan itu berbentuk bulat, berdiameter sekitar 5 macam dan berwarna asas hijau muda. Pada pin itu, gambar wajah jejaka yang disebut sebagai Nabi Muhammad sangat tampan.

Hidungnya mancung dengan bibir yang tidak tipis atau tebal. Alisnya juga tebal rapi. Demikian pula matanya yang berwarna cokelat. Kepalanya tertutup serban putih bergaris-garis hijau. Di sebelah telinga kanan terlihat gulungan serban yang menyerupai kembang.

Gambar hanya tampak sampai leher saja. Di bawah gambar, ada tulisan Arab berbunyi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Alihi Wassalam.

Tulisan Muhammad Rasulullah berhuruf besar. Hampir sepuluh kali lebih besar dibandingkan tulisan Sallallahu Alaihi Wa Alihi wa Sallam.

Gambar tersebut leh tengok kat laman ni.

******************************************************

Lihatah halusnya musuh kita memperdayakan kita. Semakin banyak pula peluru halus yang menembus masuk ke jiwa kita. Semoga kita lebih berwaspada..

Beberapa hari yg lepas, seorang kawan saya ada bertanyakan ttg adab membaca al-quran. Diberitahunya, kawannya mempertikaikan bahawa nk baca quran kena pakai baju kurung, kene tutup semua. Dan mintakan dalil bagi menolak dakwaan tersebut.

Bila minta dalil, saya tak berani nak kuarkan sebabnya, setahu saya tiada pula dalil berkaitan ttg itu.Asalkan tutup aurat dan jangan pula membacanya di tempat2 yang tidak sepatutnya.

Alhamdulillah, dengan bantuan seorang akak, saya berikan jawapan padanya.
Perkara sebegini rupa nampak kecil bukan?
Tapi jika ini menjadi permasalahan, sudah tentu akan menyimpang jauh dari tujuan asal kita melakukan sesuatu.
Dan perkara ni meskipun kecil..mampu merebak malah boleh jadi lebih teruk lagi.

erm...........

18 Oct 2009

Aku...dan...

18 Oktober 2009
..:..: kebosanan kian terasa :..:..

Sesalan juga dirasai kerna tak follow ibu & abah ke UiTM Shah Alam utk konvo Kak Ikin..
Dah grad dah akakku sorang..
Tapi tak apa.. duk umah pun ok ape ^_^..
Alhamdulillah, berjaya menghabiskan 3 buah novel dlm mggu ni.. hohoho..
Cinta Sang Ratu baru bace semalam dah habis petang tadi selepas solat Zohor.
Menunggu Hijab Sang Pencinta & 9 Nyawa pula menjadi koleksi tak lama lagi.. InsyaAllah.

Oleh kerna duk umah je, so tak ada apa-apa sangat aktiviti yg dapat dijalankan. Semalam pun sesal juga... tak pergi Jamuan Raya Pakatan Taman Meru [my place]. Satu-satunya lorong kat Taman Meru yang buat jamuan raya setiap tahun. Bukan tak nak pergi, tinggal berdua dengan adik sahaja. Segan pun ada. Parents tak ada.. setakat kami mewakilkan rumah.. erm..
Tapi tak apa, jiran-jiran kat sini baik! Tak pergi pun, hantar makanan ke rumah. Yum3... ^_^

Jam 6.15 petang,
siap-siap untuk ambil kak lang kat stesen bas Medan Gopeng.
Bertawakal dan berserah padaNya..cuaca kurang baik telah menampakkan dirinya.
Risau juga...
Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat sampai.
Ingat lagi dalam perjalanan tadi. Kerna teruja, Ilah [my sis] kat sebelah terkejut beruk. hahaha
Maaf ya, keterujaan lahir dengan spontannya apabila memandu di hadapan benda itu. Sungguh bergaya ia meluncur di jalan raya!!!! Suka2!!!

Menanti dalam kereta selama 15 minit,
kami bergerak pula ke Tesco.. untuk solat dan makan malam.
Soal makan...erm..
Rezeki hari ni, dapat lagi merasa Pizza..
kali terakhir menjamah makanan itu bersama Dahlia 6 di musim final exam..
Sempat juga kalian mengorat itu abang yang hantar pesanan...erm... nakal2..
Ini memenuhi hasrat kak lang yang dari turun kereta menyebut-nyebut perihal pizza..

Ni ada sedikit bukti kami gi makan.. hahaha...

Hawaiian Supreme & Pep...[sorry...lupe satu lagi nama]


Yup... that is my kak lang... lapar ek.. &_&


Ni adik bongsu saya [Ilah]. bergaya sungguh dia makan! Ceh!!!


$$$$$ Berapa pula kene spend nie... $$$$$$


I see a bird.. i see a plane.. oh no.. that is......Ultraman?? Sailormoon?? Meteor???

Berbaloilah makan tadi.. tak kisahlah berapa yang spend..janji makan kan... ^_^

Tomorrow will be my last day here [Ipoh]. I'll be back to Melaka.. erm.......
Perlukan ikhtiar utk selesaikan sesuatu. Ya Allah, berikan kami semua petunjuk dan jalan.
Kalau boleh..semester baru..dengan nafas yang baru..dan suasana yang baru..hohoho

p/s: mampukah aku berhadapan dengan kalian semua?????

16 Oct 2009

coretan Ramlee Awang


Semalam, selesai mengkhatam MIKHAIL.

Buku yang amat menarik!
Sejak HATIKU DI HARAJUKU.. then.. A.D.A.M
thriller En Ramlee ni menjadi-jadi!

Syabas kepada penulis,
tak sia-sia beli..huhu..
dan tak sia-sia menjadi peminat..hohoho...

MIKHAIL...
seperti UNGU KARMILA juga..
unsur-unsur suspens memang ada,
die bawa pembaca ni meneroka ke dalam cerita dia!
Gaya bahasa yang digunakan simple tapi menarik,
ada juga yang jarang-jarang digunakan dalam penulisan.

MIKHAIL...
Jalan cerita yang unik dan pengakhiran yang menarik [wah3.. puji memanjang, nak suruh En Ramlee belanje ke mira...ehehehe]
Dan tak sangka, masih ada manusia sedemikian di muka bumi ini.
Fakta yang dikemukakan secara terang-terangan tanpa berselindung dan pastinya kajian telah dilakukan sebelum dimuatkan dalam penulisan. Mana mungkin kenyataan palsu dijadikan cerita. Tak ke kene kecam dek masyarakat nanti? ^_^

Apa-apa pun, tahniah buat En Ramlee.
Salah satu novelis thriller yang amat saya kagumi dan minati.
Karya anda berlainan dari yang lain!

Dan... tak sabar pula rasanya mahu menanti keluaran karya TERBARU anda!!

9 NYAWA!!!!!!!!

huhuhuhu...
cant wait 4 it!!!

p/s : try read his books.. awesome!!! like reading J.K.Rowling's books.. [huhuhu]

maklumat lanjut.. layari FANCLUB RAM

~nurafaz~


9 Oct 2009

Terima kasih kawan-kawan


Khamis, 8 Oktober 2009
[ Jalan-Jalan after exam]

Macam biasa, apabila melibatkan soal jalan-jalan ni, yang pastinya terlibat adalah bebudak Dahlia 6. Jika tempoh hari, jalan-jalan sampai pengsan, kini, jalan-jalan sampai tak tahu nak jalan ke mana dah.

Seperti biasanya, kereta disewa. Oleh kerna kami tahu yang kami akan pulang lewat, jadi kami sewa kereta untuk setengah hari nye. Bertolak dari rumah dalam jam 2.30 petang.

Destinasi pertama adalah MITC. Aida nak ambil bunting kahwin. Zaman sekarang, sume dah advance, banner, bunting.. tinggal flyers and poster je tak gune lagi time kahwin [tak tahu lak jika dah start gune]. Hari tu kiranya saya jadi pemandu berhemah sekejap. Tenang rasanya bawa lambat2 kat jalan tu.. hahaha.

Destinasi kedua, Tesco. Aida ada misi kat sana. Kat sini, kami pecahkan kepada 2 kumpulan. Jika dulu, Kumpulan Mydin dengan Kumpulan Boikot. Kini, kami namakan Kumpulan A dan B sahaja.

Kumpulan A - 3 operator terBAIK Dahlia 6. [ ke Melaka Sentral cari tiket ]
Kumpulan B - Ogel2 dan Blink2. [ Tesco ]

Selesai urusan masing-masing,
kami ke Makhota Parade.
Tapi sebelum tu, kami isi perut dengan ABC [AirBatuCampur]
Kami makan kat atas jambatan, bawahnya sungai!
Tak silap... nama jambatan tu..
Jambatan Sungai Automobil!! hak3..
cube teka kat ne??


Sesampai je kat MP, sume blur, tak tahu nak wat ape.
Contact lah satu lagi kumpulan [Maskrider].
Kat sini, kami jalan-jalan tanpa ada hala tuju.

Aida & Wani ke Secret Recipe,
Saya, Nadiah, Ecah ke Farmasi dan kemudiannya ke MPH.
Hajat di hati nak beli TERASING karya HILAL ASYRAF [best tau!!]
tapi dah lama pula rasanya tak menatap karya RAMLEE AWANG...
so, saya belilah karya terbaru die [walhal dah lama di pasaran].. berjudul..
MIKHAIL.

RAMLEE AWANG ni unik orangnya. Mengarang bukan semata-mata cerita cinta tetapi thriller.
Imaginasi dia sungguh hebat! Buku dia seperti UNGU KAMILAH sangat mantap! Terasa bende tu di sebelah kita. SATU JANJI yang banyak mengelirukan tetapi jalan ceritanya sangat hebat, dua kali dah khatam cerita tu.. ^_^
Syabas kepada penulis! Masih adakah orang sepertinya?


Kami lepak kat MP tu sampai kul 7 malam.
Then, kami straight ke Masjid Al-Irsyad untuk solat Maghrib.

Usai solat, kami menunggu Maskrider.
Lama jugalah kami tunggu sampai bosan! Perut lak asyik berbunyi je.
So, kami ke Jusco sekejap, duplicate kunci, sesambil tu tunggu Maskrider.

Saya dengan confidentnya memakirkan kereta di hadapan MBMB. Cantik sungguh pemandangan di hadapan kami. Sangat cantik! Ciptaan Tuhan yang telah dirosakkan oleh ciptaan itu sendiri. Saya pun silap gak, yang pergi parking kat situ sape suruh.
Menambahkan dosa je, bak kata Ecah! Anak muda zaman sekarang.
Nasib bek tak naik lampu tinggi kereta saya tuh.. haih~~~~

Dapat kol dari Maskrider,
bergeraklah kami ke UMBAI.
Part ni, memang mencabar naluri saya sebagai seorang pemandu.
Pantang saya kalau orang wat saya begitu.
Banyak kali hot temper saya meletus kat dalam kereta.
Maaf buat teman2 sekalian!
Disebabkan saya ni TAK TAHU JALAN je saya duk ikut kumpulan tu!
Memang tul lah! Sabar je la!

Nasib baik sampai juga kat UMBAI tu! Haih~~~~~~~~~
Part ni, tak yah cakap la.. memang datang untuk makan!
Kami makan......... ^_^

Sambil-sambil makan tu bincanglah kami soalnya program kami selepas ini.
Tak retilah nak cerita part ni,
ada yang perlu ditapis~~ hak3

Usai makan dan rehat jap...datanglah DESERT.
[ xde gambar la]
Syukran buat semua! Sayang korang semua!
Saya memang tak tahu pun soalnya kek tu.
Comel je kek tu, cam saya gak..hohohoho ^_^
Memang terharu la. Sedih pun ade.... &_&

Part yang ditanya kenapa kek ni atas die warne biru tu..
bukannya nak mempersoalkan apa-apa. Saje je tanye.. sebabnya
diri ini suke giler2 warna biru! Walaupun warne tu tak masuk dengan warne kek tu, tapi sebabkan biru, hati jadi suka!! ^_^

Dan part korang nak wat diri ini sakit hati waktu memandu mmg menjadi ah!
Sume tu dirancang sebenarnye.. haih~~ korang2...

Lama jugalah kami kat UMBAI tu..
Selesai semuanya, kami beransur pulang ^_^,
follow maskrider sampai ke kampus.

Thankz bebanyak kat korang semua.
dan ampun maaf dipinta jika ada yang kurang selesa dengan apa yang terjadi.
Maaf sesangat andai ada yang teruji hati dan perasaan.
Maaf juga jika buat mood antara kalian berubah juga.
Jujurnya.....diri ini serba salah...harap dapat dimaafkan.

And know what???
I dpt this CUTE present from my lovely housemate! Thz u so much!!!!

[ Nama dia TOMA... adik kepada TONY a.k.a Bear. Lihat, BIRU jugak!!!!!! Suke2!!!! ]

Di rumah, siap2kan diri dan keadaan sekeliling untuk pulang pula!!
Dan kini, sudah berada di rumah!! hohohoho..

Selamat bercuti kengkawan!
Selamat...... ^_^
Jumpa nanti, insyaAllah.

~nurafaz~

7 Oct 2009

Finally...

Align Center
7 Oktober 2009.

Alhamdulillah,
dua paper terakhir selamat dijawab.. keputusan berserah padaNya.

[ 3 Operator terBAIK di Dahlia 6, cube teka siapa!!]

******************************************************************************
Sehari sebelum CP..


Demam datang melanda diri buat kali kedua. Kali pertama time midterm ritu.
Banyak dosa dilakukan.....
Memang sume tak sedap la bila dah demam.

Satu hari tu memang kerja saya adalah tidur sahaja.
Pas merajuk dengan Nadiah tengah hari tu, saya naik atas, baring dan melelapkan mata.
Sedar-sedar, Nadiah kejutkan [jam loceng saya sepanjang hari tu, tak perlulah handset dah].
Lepas solat Zohor, tidur lagi.
Sedar-sedar balik, Nadiah duk bising " Badan ko panas, jumpe doktor ar,"
Geleng je saya.
Pastu die sambung, "Asar!"
Bangunlah mandi dan solat. Alhamdulillah lah, wal
aupun hari tu banyak sangat tidur,
kepale tak mereng sangatlah, cam selalu berlaku. Tapi terasa nikmatnye..hohoho ^_^

[dah dapat teka???]

Alhamdulillah juga, bila demam, makan masa sehari sahaja. Syukur ^_^.

Teringat waktu alpha tiap kali demam.
Serasenye, teruk-teruk demam pun waktu sem 2 tengah final. Seminggu demam.
Waktu jawab PEN, pergghh... memang mamai ar. Belum lagi ngn soklan Ekonominya pula.
Memang tragis, tapi itulah kenikmatan. Kenikmatan mengingat kembali nasib diri dan
kenikmatan berada dalam dakapan Tuh
an! ^_^

Syukran buat teman2 kat Dahlia 6 yang banyak mengingatkan diri.
***************************************************************************

Alhamdulillah,
final sudah selesai..
namun ada benda lain yang masih menunggu u
ntuk diselesaikan.

Esok [8 oktober 2009]
ada program pula dengan Dahlia 6.
Kemungkinan tiada di rumah sepanjang hari.

Jumaat pula tiba masanya untuk pulang ke sisi keluarga ~cewah~
Ada sesuatu yang menanti di Ipoh dan diri ini tak sabar nak tahu apakah itu! wah3...

[lihatlah keserabutan 3 operator ni.. seserabutnye fikiran mereka]

Kepada teman2 yang masih ada exam, teruskan usaha kalian.
Dan kami yang dah habis exam ni pula akan meneruskan usaha kami dengan pelbagai aktiviti..
hohohohoho ^_^.

Akhir kalam..
manfaatkan cuti anda..
meskipun anda ada keje len..
dan..
keje-keje juga..
diri kene jaga ^_^..

~nurafaz~



3 Oct 2009

Sheng Ri Kuai Le

{Lolitop a.k.a Belon yang disimpan selepas tamat nyanyian Cina tu..printerku pun ade gak..hak3}

***Terlebih dahulu, maaf dipohon kat Ecah Busuk! Mmg ak jahat semalam, aku minta maaf. Ko slalu wat kt ak kan? so, time to balas lek. Rasenye better ko tgk nset ko..rasenye ade satu lgi.. hak3..ak wat dua kali tu!! hak3.. ***

***Kepada Nadiah, maaf atas apa yg ak dah wat kat laptop ko. Aku mmg tak sangka.. begitu jadinya. Namun, kejadian semalam, berikan aku satu lesson yg ak sendiri tak tahu selama ni. Nti ak otter lek ko nye laptop ^_^ ***

Hepy Birthday to my dearest self [hak..apakah?]

Akhirnya.. muncul juga nombor ganjil tersebut.
Aida Ogel2 ada tanye..
ape tu nmbor ganjil? [kerna tak faham entry ak yang lepas]

Nombor ganjil tu Ogel2 adalah nombor 19.
Tu kiasan semata-mata ^_^
Maknenye..tibalah sudah detiknya diri ni berusia 19 tahun.
Clear?

Entry ni khas untuk semua yang telah memberikan ucapan kepada diriku sempena hari ketuaan ku ini.

~Familyku~
~Kak Zainab~
~Hajar~
~Azwani~
~Shikin Dango2 [Nurul Ashiqin Md Nasir]~
~Sakinah [group YTM, igt lg kt aku]~
~~ Kak Aini, Kak Wani, Kak Kamilah [like I expected]~~
~Aleep~
~Faain~
~Tok Apih [Wan Apih]~
~Uddin~
~eXo a.k.a Zu~
~Ain Cyber~
~Mira BSK~
~Nurul Afiqah, rindu kamu!~
~Abg Hazwan~
~Kak Izzati~
~Atehku!!!!!!!!~
~Hidayati~
~Abg Nik, terima kasih atas nasihat tu. Sy amt hargainya~
~Athirah a.k.a Opah!!!~
~Kak Zinie~
~Dahlia 6 tercinta~
~Yg komen kat FB..ramai sangat~

Thankz sume. Sayang kalian! [certain je ek! hohoho, gurau je.] Menyayangi kalian atas dasar kita adalah saudara sesama Muslim. Macam mana pun dilayan, kalian tetap dihormati!

Cerita sebelum birthday girl disambut :

Satu Nightmare!!!!! Sgt nightmare!
Memang kaw2 aku dikenakan oleh Dahlia 6. Ada shj yang mereka nk fire ak.
Tambah lak kat FB lagi la...
Memang menyerang fikiran dan jiwa sungguh!

Namun terubat dengan nyanyian SELAMAT HARI JADI oleh DAHLIA 6! Sayang kalian!

Pastu leh lak, depe suh ak g masak! Bkn sepatutnya mrka masak utk aku ke? hurm......
X kisahlah.. aku pun mmg lapar time tu..so layan je la.
Satu je yg tabiat aku.. time ak masak...jgn kaco kt dapur. Biar ak masak sorang2.. ^_^

Tapi time2 masak tu AIN dan DILA kol. depe pun nyanyi gak lagu.. tp versi Orang Putih. Memang terharu. dah lah tak dpt jumpa dorang. Memang nangis la time tu kat dapur sorang2. Tak tahulah sama ada air mata jatuh ke tak dalam masakan..hohoho [gurau je].
^_^

Hadiah terbaik utk aku kali ni..
adalah menyambutnya bersama kengkawan kat Genting pas habis final.
Minta2 la menjadi! InsyaAllah.
Dengar suara family tercinta [rindu giler!]
dan lagi satu hadiahnya..
semua perkara pulih semula. ^_^

Jadi, ku akui.. diriku dah tue....dari segi usia.. nmun kematangan..masih di tahap sederhana ^_^

Ok.. cukup sampai sini!
Nak gi masak skali lagi...
tuk mkan tengah hari lak ^_^
pasni kene concentrate study!!!

p/s: aku semakin jahat atau aku semakin pandai untuk membalas? pilih salah satu..

~nurafaz~



2 Oct 2009

Nombor Ganjil

...: Menanti detiknya :...

Namun, aku tak rasa apa-apa pun.
Jika nak dibandingkan dengan yang lepas,
aku sungguh teruja, setiap masa aku akan ingatkan orang di sekelilingku.
Namun, tahun ini,
aku seperti tidak berperasaan.

Tuhan, ampunilah aku,
aku bersyukur dilahirkan di dunia ini.
Dan aku bersyukur dengan setiap yang diberikan kepadaku
hingga ke saat ini.

Beberapa jam lagi,
ganjillah nombor itu!

Dan sempena itu,
aku harap segalanya kembali kepada asalnya.
Itulah hadiah yang terbaik
untuk aku!

^_^,

mak, abah, ibu...
mira rindukan kalian.
mira sangat rindukan kalian.
doakan mira mampu belayar
di lautan ini.

Mungkin pada orang lain,
hari itu hanya biasa saja, hanya libatkan nmbor,
namun bagi aku,
ia menentukan kematangan aku dan sebanyak mana telah aku lakukan
selama aku hidup ini!

~Kubur kata mari, rumah kata pergi~

p/s : bawa aku terbang sempena ganjilnya nombor itu!

~nurafaz~

1 Oct 2009

Kesekian kalinya

Kesekian kalinya...
Kesekian kalinya apa ya?
Meh layan dialog pendek yang direka khas oleh nurafaz.

A : Awak umur berape ye?
B : 19 tahun. Kenapakah?
A : Terlalu muda!
B : Terlalu muda untuk apa?
A : Yelah, terlalu muda untuk bermain dengan perasaan.
B : Owh.. yeke?
A : Yelah. Berani ke nk bermain perasaan sekarang? Banyak dugaannya.
Tengok kawan2 yg lain dahsyat.
B : Setiap orang kan mempunyai cerita yang berlainan. Tak boleh nak samakan.
A : Betul tu. Tapi bagi aku, terlalu muda untuk semua itu [dgn yakinnya berkata].
B : erm.......

B dah tak tahu nak cakap apa dah..hohoho [sebenarnye dah kehabisan idea]

********************************************************************************
Kenapa ye saya menulis tentang ini?
Saje nk menulis apa yang tersimpan di fikiran ke?

Sejak kebelakangan ini,
ramai yang mula bicarakan soal cinta.
Cinta?
Apa tu?
Tak nak lah bagitahu apa itu erti cinta kerna setiap jiwa insan mempunyai tafsiran yang berbeza akan perihal cinta ini.

Cinta ni sama ke dengan suka?
Suka sama ke dengan minat?
erm....

Orang cakap, dari suka datangnya minat, dan dari minat datangnya cinta! benarkah?
Kuasa cinta amat kuat kan?
Dan ia berjangkit. Setuju?
Mula-mula kita tengok Z bercinta, pastu M lak bercinta,
pastu kawan baik kita pula.
Cam mengandung la..
Kalau kat sekolah, sorang cikgu pompuan mengandung,
pastu mulalah, yg lain ikut. [ada musim!]
Kiranya sekarang ni musim cinta ke?
erm...

Dan jika di akhir percintaan, tidak bertemu kebahagiaan, pastinya akan menemui perpisahan.
Bila tengok orang berpisah ni, sayu rasa hati.
Mahu2 kalau orang tu kenalan kita.
Setiap yang dia lakukan andai dia rasakan serba tak kena, kita pun akan rasa bende yang sama.

Tu belum lagi bila dah putus minta sambung balik..
Macam-macam sebenarnya kisah cinta ni.
Tengok tak video CINTA yg abg din wat?
Lihatlah PM-PM kite bercakap tentang cinta.
Benar semuanya,
tiada yang salahnya.
Macam saya bgtau tadi,
setiap orang mempunyai tafsiran sendiri ttg cinta.

So, apa motif saya tulis ni?
Saya takut...
takut andai saya tersalah pilihan nanti.
eh..bukan2..
bukan itu motifnya.

Pelihara diri,
jaga diri,
jaga iman,
jaga sahsiah,
jgn terjatuh dlm jurang bahaya cinta.

Bak lirik nasyid :
Cinta bunga, bungakan layu
Cinta manusia, manusia kan pergi
Cinta Tuhan, kekal abadi

Ingat, definisi CINTA terletak di tangan anda.
Sebagaimana yang biasa kita dengar,
bayi ibarat kain putih, ibu bapa yg corakkan.
Sama juga...
CINTA itu suci, kita yang ukirkan bagaimana keadaannya.

Ini luahan hati sebenarnya.
Minggu ni, banyak lak post ttg cinta.
So, nk tulis sesuatu tentangnya.
Dan sila abaikan kuiz kat FB ek

Tamat sudah.
Jom kita gi ke topik kedua..
murid-murid..selak muka surat 16 ek ^_^
***************************************************************************
Apa sebenarnya akan terjadi nanti?
Benarkah mahu bermain api?
Jangan...
nanti pedih...
dan jangan change me into someone else.
Bila nak habis semua ni??
Bila??????

Inilah dialog yang bermain-main dengan saya sejak beberapa minggu ni.
Ambil angin di Main Field dulu,
sampingannya memikirkan jalan penyelesaian.
Kekuatan dariNya datang memberikan kami semua semangat untuk teruskan.

Tapi sampai bila?
Benar ke nak bermain api ngn kami semua?
Teringin mahu melihat kesudahannya.
Ya Allah, kami tersepit!
Ya Allah, kami kebuntuan.

Setiap hari ada sahaja sesuatu yang sakitkan hati datang menyelusuri jiwa kami semua.
Hingga ke saat ini pun!
Dan andai benar mahu bermain api dengan kami,
silakan,
aku akan sambut dengan api juga!

Maaf katakan..
MEMUTUSKAN SILATURRAHIM adakah itu yang diajar oleh Nabi?
TAK BERTEGUR SAPA itu yang diajar oleh Nabi?

Entahlah..
kalau dulu,
permata indah yang dilihat,
kini hanya gelas putih sahaja yang terbayang.
dan jangan..
nanti satu hari yang ternampak hanyalah
hitam semuanya... macam tengok laptop!
hak3...

Tuhan..sinari kami jalan penyelesaiannya..
********************************************************************************

p/s : aku terlalu muda ke untuk bercinta?
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design