Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Thursday, September 17, 2009

Part 1

*Isi artikel dipetik dari artikel yang diemailkan pada saya.
*Jalan cerita telah dioleh 100% oleh yang empunya diri.
*Artikel ini hanya untuk memuaskan hati kerna nk mengasahkan semula bakat
yang ada...hohoho [apakah?]

***********************************************************************************
"Wei! Apa kejadahnya ko buat macam ni? Kesian aku tengok dia tu,"
Huzaini melepaskan keluhan ringan, "Kenapa, tak boleh ke aku buat gitu?"

"Bukanlah aku kata tak boleh, tapi tak ke kejam tu? Ko bukan sahaja melibatkan
perasaan dia, tapi perasaan ko sekali. Ko ni... Nak kata budak kecik, dah besar dah aku tengok," ujarnya sambil terus menekan punat remote control.

Huzaini bingkas bangkit menuju ke dapur. Perutnya berkeroncong lagu dangdut. Apa adanya di dapur ketika ini.
"Zani, ko fikirlah baik-baik. Orang kata barang yang baik jangan dilepaskan,"

Huzaini tetap mendiamkan diri. Dirinya terasa tidak perlu untuk bersuara ketika itu.
Sedar tak sedar, dirinya mula mengelamun entah ke mana.

"Ko masih dihantui kisah dulu ke?" Balqis kini di sebelahnya. Tangannya erat menggenggam tangan sahabatnya itu. Pertama kali dia bertemu dengan Huzaini, dia tahu
sahabatnya itu baik orangnya, namun, dia ada kisah silam yang masih tercalit dalam kamus hidupnya.

Huzaini memandang wajah Balqis, lantas cuba tersenyum.
"Aku takut," Huzaini melangkah ke ruang tamu. Perutnya yang berkeroncong sebentar tadi
senyap seribu bahasa.

"Apa yang ko takutkan? Ko takut dia permainkan ko? Macam dulu? Gitu ke Zani?"
Sekali lagi Huzaini mengeluh.

"Sebelum aku datang sini. Aku pernah mempunyai perasaan macam ni pada seorang
teman aku. Aku hormati dia. Aku menyimpan perasaan pada dia pun kerna dia pandai
menarik perhatian aku. Dai berjaya buatkan aku mahu jadi seorang pesaing yang hebat.
Dengan perasaan saing inilah, aku mampu untuk memperbaiki diri aku sehingga ke
tahap ini. Dia tidak pernah tahu pun aku menyimpan perasaan padanya,"

"Itu aku Zani, tapi itukan cerita dulu. Dia tak tahu ko suka padanya. Jadi, aku rasa
ko tak perlu ada rasa takut," Balqis menyandarkan dirinya sambil mendongak memandang siling.

"Memang benar. Yang aku takutkan Qis adalah...... aku mempunyai perasaan pada Zafar sama seperti aku mempunyai perasaan pada dia. Zafar dan dia berjaya ketuk pintu hati dengan taktik yang sama. Sampai sekarang Qis, aku segan sebenarnya dengan Zafar.
Ko lihatlah prestasi dia dalam study, jauh lebih baik dari aku sebenarnya. Waktu studygroup, even dia guide aku, aku rasa segan kot,"

"La, ko ni, segan tak bertempat ar. Ko datang sini pun nak belajar. Apa pula yang ko nak segankan. Kalau benar ko kata si Zafar sedikit sama dengan mamat dulu tu, grab la peluang ini. Ambil yang baik darinya. Aku tengok study ko ngn dia tak jauh kurangnya pun. Jika dia atas, ko sure kat bawah. Bila time ko atas, dia kat atas gak. At least, ko ada someone yang leh guide ko dlm study ko."

"Lagipun kan Zani, aku rasa Zafar tu better dari mamat tu kan?"

Huzaini mengukirkan sekilas senyuman. "Alhamdulillah, time aku ada masalah, dia ada support aku. Time ak blur2, dia cuba suntik kawan2 aku wat ak tak blur. Sampai satu tahap Qis, ak rasa tak perlulah aku nak wat muka depan dia. Dia baik. Itu sahaja yang aku boleh beritahu. Tapi aku still takut. Aku takut nk beri dia harapan, dan aku takut nak biarkan dia bagi harapan pada aku,"

"Zani, dalam hal ini, ko banyaklah berserah padaNya. Andai benar dia tuk ko, tak ke mana nye. Percayalah. Tapi andai kata ko leh berbincang dengan dia, berbincanglah. Jangan larikan diri darinya. Kesian aku tengok dia. Dia tertanya-tanya apa salah dia pada ko. Fikir sebaiknya Zani," Balqis mengusap lembut kepala sahabatnya. Dia tidak mahu hubungan yang telah terjalin atas dasar kawan musnah begitu sahaja.

"Tengoklah dulu. Aku cuba,"

bersambung......
*************************************************************************************
Sebenarnya, tak tahulah apa pengajaran dari artikel sebenarnya. Sambung lain masa ek..

Ada leb test sat lagi..

Doakan kamis emua dipermudahkanNya...

~nurafaz~

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design