Followers

My Wattpad

30 Sep 2009

Request fom my LOVELY BRO

Ini memang selingan semata-mata.
Sangat selingan!! Aduih.

Hebat diperkatakan di FB Kak Zainab..hak3..sian akak..
Permintaan khas dari abangku [ateh] yang sorang nie.

Mahu buat SURVEY. hak3..
lawak lak.. rasenye tak jalan survey nih..sbbnye readers skg sibuk ngn hal masing2.
Tak kisahlah.

Kepada readers sekalian. SURVEY anda diperlukan. Once anda baca ini entry, pastikan
tinggalkan KOMEN anda. Amat diharapkan.

Adakah abangku sorang ni HENSEM? hak3..
ini soklan yg mahu dibuat survey.
[soklan ini bukan dari saya ek..]

Mari2...
kita wat survey!
[cam x dpt sambutan je rasenye]

[Gambar terkini]

[Gambar sebelum terkini]
p/s: pastikan tinggalkan komen ek. aduih~~ tak sangka leh gk wat ini entry pd ketika nih. Ateh ar nie!

29 Sep 2009

Second Day

Selasa, 29 September 2009.

TMT 1171.
Itulah code subjek untuk hari.
2 jam berhempas pulas jawab exam ^_^

Habis je exam, bertemu pula dengan lec yg papernya akan dijawab esok.
Dua kali lak tu. Kali kedua time basuh tangan..hohoho..
hanya mampu tersenyum je [ibarat jumpa kak dayah dah]
Apa pun, harapnya esok bolehlah jawab dengan lancar.
Bukan setakat tu je.. ada lak sorang hamba Allah ni, panggil saya cam saya ni sebatu jauhnya,
lagilah...[x nak cakap banyak]

Hati saya memang tak tenang.
Banyak yang bermain dlm kepala otak ni.
Cara nak nmpak lebih cool..dgn byk bercakap..hohoho..
klu diam, makin fikir.

Rasenye cukup dulu kot. Update satu lagi blog..hoho..
kat situ baru leh luahkan sumenye..hahaha..

Best of luck 4 tomorrow.

Sesampai saja kat rumah,
dapat berita pula mak Aida kena ragut.
Alhamdulillah tak ada apa-apa,
hanya hilang gelang..dan bukannya hilang nyawa.
Berhati-hati selepas ni, tak kiralah di mana pun kita berada.

p/s : boleh ke? apa slh kami ek? mengapa begitu? why??[cam cite VOICE -Daiki-].. byk lg nk tempuh nie ^_^

...: n_03_a_10_Z :...

28 Sep 2009

My First Paper

Dengan nama Allah.

Alhamdulillah, selesai sudah satu paper [LES 1010].

Seawal jam 11 pagi [lebih sikit], saya & Nadiah menuju ke kampus. Menyelesaikan urusan bil yang masih tergendala sebelum balik cuti ari tu. hohoho..
Lama kat pejabat pos, lama berbaris amik duit, selesai sudah!
Kemudian, misi isikan perut pula. Tapi tak ada selera untuk makan. Pelik jugak.
Buat pertama kalinya saya mengambil kuantiti nasi yang sedikit. erm... rezeki jugak! ^_^

Kemudian, bawa diri ke masjid, menanti waktunya Zohor. ketikanya ini, sepatutnya bukalah buku sikit, revise semula. Namun, apa yg kami lakukan, kami bersembang. Mengenangkan waktu Alpha dahulu. Rindu pula dengan hostel. Dah wat rancangan dengan Nadiah mahu pindah semula ke hostel nanti..insyaAllah~~hoho [marah orang dahlia 6 nie]

Dan rasanya saya sengaja meninggikan volume bercerita ketika itu. Jika Nadiah perasan, dia mesti tahu kenapa saya buat demikian. Tuhan, jika mahu direflect diri ini, memang banyak salahnya, dan harapnya sahabat-sahabat yang lain jangan berjauhan sesama kita. Sejauh mana teruk pun mereka layan kita, jangan diputuskan silaturrahim yang telah terjalin. Jika kita lakukan begitu, itu bukan ajaran Islam yang sebenar. Ingat tu.. ^_^

Usai solat, saya sempat terlelap seketika..hohoho...^_^
Kemudian bawak diri ke Exam Hall [medan pertempuran]. Duduklah saya dan Nadiah kat meja tepi tu. Sempat telefon parents, minta restu dari mereka. Tapi time dengar suara mereka, saya jadi syahdu..sangat syahdu. ^_^

Tunggu nye tunggu tengok2 dah dekat 2.2optg. Masuklah kami ke dalam dewan.
Perggh..tak sangkalah..depan kot!
Tak kisahlah. Asal tak sesat.

Saya lupa format exam macam mana. Tak bajet soklan kuar camtu. Teruskan jugalah. Dalam kekhusyukkan menjawab, sesuatu mengganggu saya. Tak tenteram rasanya. Duduk dekat dengan aircond la katakan. Alih-alih saya terus bangun menuju ke toilet.
Kemudian, saya lupa mana tempat saya. Saya jadikan Tham sebagai tanda saya, tapi still silap. Saya gi menyeberang ke tempat lain. Nasib bek jumpa tempat duduk. Start dari situ, saya duk tengok orang je~~~selama setengah jam saya buat begitu, sampailah habis masa. ^_^

Dan bila keluar, saya mahu lupakan segalanya! Saya mahu fokus untuk yang lain.
Seperti yang saya beritahu sahabat saya tadi, time saya layan perasaan semalam, saya dapat satu kekuatan. Biarlah apa sahaja yang akan saya terima habis exam ni [time terima result], itu memang salah saya. Jadikan sebagai kekuatan, dan andai saya ditakdirkan untuk ulang semula, saya akan grab peluang itu untuk hasilkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya! Apa yang saya boleh lakukan sekarang, fokus dengan apa yang telah saya carry on.

Keputusannya biar Allah yang tentukan. Dan....sekarang juga bukan masanya untuk merungut setiap yang dilakukan. Itu apa yang saya dapat setelah layan perasaan semalam. Dan harap saya dapat berpegang teguh dengan apa yang saya katakan! InsyaAllah.

Thats why im heartless. Hati, minda dan perasaan saya bukan pada komitmen yang lain. Saya, dunia saya, dan DIA. Itu sahaja. Sekarang bukan masanya saya nak fikir yg lain [ thats why mira buat muka time korang cakap bapaknye tu].

Erm..cukup setakat ni. Nak makan jap..^_^..

Semoga dipermudahkanNya untuk exam akan datang buat semua kawan2!

Nantikan update untuk esok pula! ^_^

~n_03_a_10_Z~

27 Sep 2009

Di mana-mana

Artikel copy paste ni mmg pjg. Berkenan pula mhu letakkan dalam blog.
Semoga bermanfaat. ^_^

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak.

Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang. "Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif. "Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja. "Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu.

Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.


Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah. Tidur untuk menahan lapar, saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi. "Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

'Tak boleh sembahyang Jumaat!'

Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena. "Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya. "Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.

"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!" katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.

"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya. Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada.

Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka. Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya. "Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.

Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya... "Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka." Ya, begitulah juga dengan saya.. hanya pada Allah saya berharap.

Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah. Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ.

Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga. Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia.. itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu. Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.

Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya... Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan.

Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya. Saya bersabar menunggu detik itu... Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata : "Mmm...sedap.." Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena..

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini. Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang.

Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya. Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannyaa33;" (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa. Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang.

Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula.

Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan. Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya. Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

Study Week Dahlia 6

Study Week di Dahlia 6

Alhamdulillah sampai petang tadi,
thanks tu Faain, Aida, Wani, yang sudi nak jemput diri ini,
Thanks juga buat Ecah yang remindkan sal Add subjek [sedap Cah lauk kenduri jiran aku tuh!]
Thanks juga-juga buat Nadiah yang jadi perantaraan aku untuk aku sembang ngn Ogel2 dan
juga luahkan isi hati sal org kat sebelah aku dlm bas tuh.
Thanks juga-juga-juga buat Uddin yang tolong add kan subjek tuk member2.

Waktu balik tadi.. entah mengapa rasa happy lak kt dlm diri ni.
Selalunya time balik melaka.. rasa maleh giler..
mungkin sebabnya ramai yang menghantar tadi kot.. hoho..
adakah itu sesuatu yang baik?
Seronok balik melaka? apakah?

Final semakin hampir menyelak jendela. Itulah yang dirasai.
Perasan gusar menyelubungi diri. Itulah yang dialami.
Namun, macam mana pun, tengah try tanamkan keyakinan dalam hati, meskipun
percentage utk lakukannya sedikit. InsyaAllah.

Sekarang,
warga Dahlia 6 tengah study! Wani ngan law nye.. Aida dengan account nya.. sambil hadap lapt..
Ecah.. ngn prog.. sambil Facebook~~ hoho.. Nadiah dengan Tech Com nye sambil baring2..
Saya..dengan lapt la.. huhu..

Nak update banyak..erm...

ape2 pun..
jom tido..hahah..
gurau je..

Dah lewat dh pun ni.
selamat malam~~
Nak rehat jap..^_^.

~nurafaz~

23 Sep 2009

Syawal+Final+XP to 7??

Rabu- 23 September 2009

Selamat Hari Raya semua! Rasanya masih belum terlewat untuk ucap tahniah dan ucapan selamat..^_^

Alhamdulillah..raya tahun ni.. erm.. cam biasa je..tiada apa yang menarik yang boleh dijadikan
kenangan abadi..cewah~~~

Tak ada cita pun..tetap mahu menulis!

Tahun ni tahun keempat beraya tanpa insan tersayang di sisi. Raya kedua ziarah pusara arwah mak di Tanah Perkuburan Gurap. Dah lama tak jejakkan kaki ke sana. Berkesempatan juga membersih pusaranya.

Erm..setelah pemergiannya..semuanya berubah. Termasuklah adik-beradik arwah. Hati ini memang kisah..yalah.. mak sedara+pak sedara wat hal.. anak sedara mana yang akan buat tak kisah? Sejauh mana harta dunia mampu bawa kalian pergi jauh? Sejauh mana?
Hanya doa sahaja yang boleh dipinta agar mereka kembali ke pangkal jalan. Mahu juga lihat suasana raya kembali gembira. Rumah sentiasa dikunjungi sanak-sedara, sama seperti keadaannya arwah masih ada.

Diri ini akan sentiasa menanti saatnya semua dapat bersama kembali. Ingatlah, jika dunia yang dikejar..percayalah..kita tak kan ke mana! Siapa lagi yang akan kita berharap, andai sanak-sedara ditolak tepi, dilaga-lagakan? Fikir-fikirkanlah.

Tahun ni juga tahun keempat beraya dengan ibu. Insan yang menerima kami adik-beradik setelah arwah mak meninggalkan kami. Biarpun tiada sesiapa yang mampu menggantikan arwah, namun, ibu adalah yang terbaik juga. Syukran masih di sisi kami meskipun telah banyak yang terjadi sepanjang kembara hidup ibu bermula dengan kami.

Tahun ini juga tahun pertama beraya tanpa Ghani (kucing) yang telah hilang. Jika benar ia masih hidup, semoga ia sihat belaka. Alhamdulillah, Allah gantikan kami dengan 2 ekor anak kucing yang baru..hohoho..
Sekor nama diberi Makmur (Mek) [namun saya suka panggilnya Emas].
Sekor lagi nama diberi Glory [namun saya lebih gemar panggilnya Putih].
Comel2 belaka. Seronok ke Lucky..dapat dua adik baru?? ^_^

Cukup tentang Kisah Syawalku. Memang sedikit hambar. Kelainan amat dirasai. Namun itulah erti Syawal buat diri. Andai tiada kelainan yang terjadi, pasti diri tak akan sedar akan apa yang telah tercoret selama ini.
**********************************************************************************
XP to 7????

Alhamdulillah.. akhirnya!!!!

Satu hari masa diambil untuk customize my lovely..lovely..laptop!!
Thumbs up for BenQ..hahaha ^_^

Dah lama hajat dihati untuk buat semua ini. Hari ini termakbul semuanya. Alhamdulillah.
Sebenarnya..boleh je saya download Customize Pack. Tapi disebabkan akan ada rasa tak best dalam diri, saya mengambil masa satu hari untuk menelaah Tutorial.. Changing my Xp to Win 7.
[tu bukan tajuk die ek]

Bagi setengah orang..agak leceh wat semua ni. Tapi nak belajar..apa salahnya ^_^.

Kisahnya begini..
Kejelesan berlaku apabila melihat Kak Lang & Angah using win 7..
Dalam hati tekad nak install the new one.
Try to install, but as usual..
everytime i'm doing something new..
saya pasti akan gagal.
Begitu juga kisahnya nak format lapt kali pertama..mau dekat dua hari selesaikan..
Nasib baik Ateh kat Perlis tu ada.. Jauh telefon nak selesaikan..hohoho..

Alih-alih..saya tekad nak customize sendiri.
Pergghh.. bagi beginner cam saya..memang susah ar.
nak customize dekstop tu... sabar jela.. kalau leh tak nak berganjak dari lapt selagi tak selesai.
Alhamdulillah..slow2.. baca Bismillah dulu..

Tengok Tutorial..pastinya akan menemui halangan. Nak refer lek kat net, ateh tengah gune.. so godam sendiri la..saya pakai bantai je.. Asalkan result akhirnya saya dapat apa yang saya nak.

Click sana, click sini,
Kejap warna ni, pastu warna len lak.
Apa code ni? Kamus tak de lak.. ahh.. copy paste sudah!
Begitulah gayanya.

Alhamdulillah.. banyak juga yang saya belajar dari tutorial ni.
At least saya tahulah nak wat Restore Point..
Tahu siki2 nak guna Resource Hacker, Replacer.
Tahulah juga apa tu WFP (Windows File Protection)

Selama ni ada je file shell.dll [padahal tak tahu pun apa tu],
but..dapat juga selidik..rupanya satu file tu [shell.dll] contains a lot of sub-folders.. hohoho

Dan yang paling seronoknya...
Saya berjaya create my own BOOT SCREEN..hahahaha...
BOOT SCREEN saya gambar JUN KI!!! hahaha
Pasni leh create tuk Login lak.. hhohohoho

Ada juga yang saya tak dapat nak buat..
Cam Interface for Dialog-Box..
ShutDown@LogOff interface..

Tak apalah..itu biar saya kekalkan dalam XP mode! ^_^

Meh tengok hasil kerja saya.
Ada kekurangan tu buat-buat tak nampak lah ek.
This is my first time!
Second time nanti tukar pula OS yang lain..haha

Either XP to Ubuntu..
Or XP to Mac OS Leopard...
erm.. XP to Vista?

InsyaAllah..semua kat atas tu boleh dilaksanakan andai diberi masa untuk mencubanya.
Amacam? Nak try?
Google sendiri! ^_^

Ini adalah figure sebelum di-transformasi.


Baru siapkan themenye dulu.. tu pun ada error mula2.. then.. alhamdulillah.. ^_^

Setelah mengharungi banyak error [cam programming la plak], barulah jadik cam ni. Misi nk tukarkan icon pula!



Jeng...jeng... setelah icon berjaya ditukar!! ^_^



Beberapa screen shots!! [Yang penting2 udah]



This is my latest dekstop. Tahu bukannya real cam win 7. Asalkan ada rupa sikit tu pun dah kira ok..^_^



Yang ini lak.. cube tengok icon fail tu.. hohohoho...
Google icon pelik sikit.. ^_^

*Maaf yek.. gambar tuk my JUN KI BOOT SCREEN tak dapat tunjukkan..haha*

Misi menukarkan XP ke Win 7 success!!!!!!
Oleh kerana saya ni suka ngn XP..
mana yang tak dpat nak buat tu..
kirenya itu tandanya..saya masih dengan XP..
[apakah?]
hahaha..

Ok.. nampaknya cukup sampai sini sahaja.
Masa untuk study pula.
Jumpa bile balik Melaka nanti! Adios~~~

p/s: Peratus menunjukkan ramai pengguna XP bertukar ke Win 7.. tak seramai mereka yang XP tukar kepada Vista.. erm????
Alangkah bagusnya andai saya leh study macam mana saya godam laptop saya ni.. erm.. ^_^.

19 Sep 2009

Tarbiyah Tuhan buat diri

Tarbiyah ini terkesan di hati.
[entry ni teramatlah panjangnya]

Jumaat, 18 September 2009.

Suasana Dahlia 6 mulai sunyi seawal jam 8 pagi. Tinggal aku dan Kak Wani je.
Yang lain sudah selamat berangkat@berada
di rumah di samping keluarga tercinta.

Dua tiga kali masuk bilik packing barang, rasa sayu je. Mungkin ini yang Ecah rasa time aku dan Nadiah pulang awal waktu Merdeka ritu. Untuk menghilangkan sayu ni, apa lagi, Jun Ki setia menemani dengan nyanyiannya. hohoho
ho ^_^. Bape kali dah aku duk ulang lagu yang sama.

Buat checklist,
Ada dua tiga perkara yang masih perlu diuruskan.
Setelah buat temu janji dengan orang
yang sepatutnya,
jam 10 pagi aku berangkat ke kampus dalam keadaan tergesa-gesa.

Sesampainya di kampus. Baru aku teringat
akan bil yang perlu aku bayar. Actually, aku pun tak tahu kat mana bil tu sebenarnya. Tak pelah, aku carry on dengan benda lain dulu. Checklist no.2, kene anta assgnment. Sampai je kat depan pintu Mr Yap, aku terkedu sikit. Dia ada kat dalam. Perlu aku masuk jumpa dia atau aku letak je CD kat pintu die? Teka mana satu yang aku buat.

Apa yang aku buat, aku melangkah pergi dari biliknya. Rasa tak bersedia langsung nak anta assgnment ni.. ^_^, jadi, aku pun straight
ke masjid. Nak anta kad raya pada presiden atas permintaan presiden kelab lain..hohohoho..

Sesampai je, baru aku teringat, hari Jumaat...tak kan aku nak melulu masuk ke lib masjid gitu je...segan kot. Alih-alih presiden IU cakap "Awak pegang dulu kad tu. Saya lupa hari ni hari Jumaat". So, konklusinya, aku ke kampus tu satu apa pun tak terjalan. Buang masa je.

Balik umah semula, carilah bil. Tak ju
mpa. Telefon sapa2 yang patut, x dapat. Tak pelah,
pergi semula ke kampus. Misi : tekad nak anta assgnment!

Sampai kt kampus, baru dapat tahu yang bil tu ada kat dalam bilik Aida. So, diri ni dah tak larat nak patah balik. Bayar balik nanti la.

Setibanya kat depan bilik Mr. Yap, ada rasa semacam je. Tak sedap hati betul. Tak tahu nak buat apa. Telefonlah Aishah. Sembang si
kit ngan dia. Jalanlah kat koridor tu. Dengan izin ALLAH, ada seseorang yang amat aku kenal keluar daripada Lab. Orang tu ajak aku masuk dalam Lab. Aku cakap..tunggu jap, tgh kol kawan. Cuba teka sapa? Itulah dia MR YAP!!!!!

Lihatlah, sejauh mana saya nak lari, tetap jumpa dia. Memang tak sangka Allah mahu temukan diri ini dengan Mr Yap. Mahu tak mahu tetaplah melangkah masuk tanpa sebarang preparation.

Time nak present tu..memang kecewa sangatlah. sangat kecewa. Mr Yap tegur sampai ke lubuk hati terasa. Dua budak cina depan aku tu duk tengok2..memnag segan la. Aku tahu Mr Yap tu baik. Dia bukan setakat tegur, tapi bagi semangat dan nasihat. Memang tak tahu nak cakap apa time tu. Nak keluar Lab tu pun dah rasa muka ni tebal sangat2.

Dari sini, aku muhasabah semula. Kalau dalam per
ancangan Allah, mahukan aku berjumpa dengan Mr Yap. Macam mana sekalipun cara aku duk lari, aku tetap akan jumpa dia. Allah mahu menegur aku sebenarnya... melalui Mr Yap. Terima kasih Tuhan. Selepas ketika tu, diri ni makin blur, mengenangkan banyaknya kesilapan yang telah aku lakukan. Maaf Mr Yap.

Tarbiyah tak terhenti di situ. Kali ini di MC. Sementara nak tunggu bas. Terdetik pula mahu bertanya kat kaunter tentang bas yang bakal aku naik nanti.

"Bas ni kul 4 petang. Bas ni rosak. Boleh 4 petang?"
Aku hanya mampu diam je. 4 petang?
"Tak ada awl lagi ke?"
"Tak ada dik. Bolehlah
ek, bas ni tengah repair ni. Jap lagi ok lah,"
Akak, tahu tak perasaan saya nak balik macam mana? 4 petang? Betul ke bas tu ok nanti?

Waktu tu memang tak tahu dah nak buat apa. Nasib baik kak wani ada temankan.
Alhamdulillah, teringat kat anga
h, kak ikin, kak lang, along.
Time telefon tu, dua kali aku pandang kak w
ani sambil cakap, "KAK, SAYA TAK DAPAT TERIMA NI KAK,"

Dugaan aku nak balik raya. Time tu memang nak nangis la. Hati ni memang tak tenang langsung.
Alhamdulillah, hati aku kembali tenang setelah ada seorang budak ni datang kat aku sambil bawak something. Dalam hati aku hanya ingat, aku buat apa kat budak ni semuanya kerana Allah. Once aku tolong budak ni, Allah akan tolong aku. Alhamdulillah, Allah dengar rintihan aku.

Bas aku kul 2.30 ptg menuju ke KL. Angah akan ambil aku kat sana. Alhamdulillah...
Angah kat KL,
Kak Ikin kat Shah Alam,
Kak La
ng & Abng ipar kat Klang,
Along & kak ipar kat Rawang.
Semuanya bekerjasama bantu sapa nak ambil aku. Sayang semua!!!!

Terima kasih juga pada kak Wani yang setia teman. Kak wani jugalah sejukkan hati aku ni. Time aku nak nangis tu, dia pujuk aku. Thanks akak. Hanya Allah yang mampu balas.

Tepat 4.30 ptg, aku sampai kat Bukit Jalil. Hampir sejam aku tunggu angah. Memang time tu,
aku seperti rusa masuk kampung. Aku tengok ora
ng duduk, aku duduk walhal aku dah pernah datang dah kat situ tahun lepas. Time aku duduk tu, kerja aku hanya termenung je la. Teringat semua yang telah terjadi pada aku. Satu-satu melekat kat benak ni.

Sampai je angah aku, dia bawa aku ke ruma
h dia. Pastu pas berbuka kami bertolak, ambil Kak Ikin pula. Kami bertiga pulang raya bersama. ^_^.

[Keta housemate die. Amacam??]

Kat sini, aku muhasabah balik. Aku rancang nk balik naik bas. Tapi Allah tetapkan aku balik dengan adik-beradik aku. Mungkin ada sesuatu yang mungkin tak sedap berlaku ke, parents aku bimbang ke. Allah rancang segalanya lebih baik dari aku rancang. Semestinya perancangan Allah tu terbaik, sangat terbaik. Syukran Ya Allah. Keyakinan aku pada KAU semakin menebal. Inilah tarbiyah Ramadhan yang aku perolehi di akhir Ramadhan ini.

Dan kini, aku di sini. Sy
ukran Ya Allah.

************************************
***********************************************

Khamis, 17 September 2009.

1. Lab Test
2. Shopping raya kali kedua

Lab Test
Ketensionan memang ada di sini.
Written test tu memang aku confident la. Tap
i lagi 5 minit tu, Miss Goh dtg kat aku, cakap
"Your transition JK is wrong"

Sudah...lagi 5 minit kot.. tak sempa
t nak ubah logic diagram, K-map.. memang.... &_&
Redha je la.

Time nak construct pula,
aku hadapi masalah nk pasang perintang
. Selalunya benda ni Nadiah yang buatkan. Tangan aku jenis everytime berpeluh. Bila time nervous, lagi kuat peluhnya. Licin nak pegang kaki perintang cucuk kt board tu. Dekat 15 minit jugalah aku amik masa nak cucuk. Aku toleh kat Nadiah. Aku pandang Hajar. Memang dah nak give up dh. Mahu je aku bawak circuit aku tu, suruh Miss Goh cucukkan.

Alhamdulillah, aku dah separuh pasang circuit kedua, barulah aku berjaya cucukkan perintang tu. Padahal, perintang tu sepatutnya aku siapkan dulu. Tak kisahlah.
Akhir eksperimen???? erm... tak payah bagitahu la. Aku dapat semua jawapan cuma... huhuhu
^_^

Shopping Raya kali kedua
Kali ni shopping raya denga
n Nadiah, Hajar dan Uddin.
Agak blur..bukan memang blur shopping kali ni. hahaha
Tak tahu mana hala tuju
kami (hajar, nadiah dan aku).
Si uddin tu terang2 dah tahu hala tuju dia.

Jalan je la kami, ronda-ronda.
Nak tahu updatenye.. la
yari blog Uddin..hahaha

Pepun... memang aku enjoy gak la kuar petang tu.
Thanks pada semuanya... ^_^


[Time menunggu cik Uddin round sorg2]



[Ni lak Nintendo yang bakal aku beli sem depan. Masih tgh kumpul duit ni. Angah kasi main dia nye. hohoho.. Sabar ek..akan ku miliki mu nanti]


[Akhir kata..selamat semuanya.. Jumpa lagi pas raya..cewah~~~]

~nurafaz~

Part 2...the end...

"Benar ke Zani? Bila dia bagitahu?" Balqis pula yang tidak keruan mendengar berita tersebut.

"Kejap tadi. Dia pun katanya baru sahaja dapat tahu," Huzaini masih mampu tersenyum.

"Ko x wat ape-ape ke?"

"Wat ape?"

"La, dah dia cakap macam tu. Tak kan ko nak diamkan diri?"

Huzaini merenung wajah sahabatnya. Nasib baiklah dia mampu menyembunyikan kekusutan
hatinya daripada terus terlahir di wajahnya.

"Lagi dua minggu macam tu lah. Kiranya, aku balik rumah, aku terus pack. Semua urusan surat-menyurat, urusan pejabat semuanya parents aku settle kan,"

"Ko nak pergi macam tu je ke? Dah lah bagitahu secara tiba-tiba," Huzaini membelek-belek sample assignment yang diterimanya. Due date nak hantar dah makin dekat ni.

"Aku tahu pun kelmarin. Memang aku ada apply benda tu dua bulan yang lepas. Aku apply main-main je kot. Saja nak testing kemahiran yang ada. Tak sangka pula dapat betul-betul," Zafar menceritakan keadaan yang sebenarnya.

"So, ko nak pergi juga?"

"Erm.. kalau ko tanya aku soalan camtu dua bulan yang lepas, aku akan angguk tanpa pandang kiri kanan dah,"

"Sekarang?" Huzaini mengangkat keningnya.

"Aku baru masuk degree. Mahu juga aku teruskan apa yang aku ada sekarang. Sayang pula rasanya mahu lepaskan semuanya. Lagipun...." Zafar memandang ke arah langit biru. Ditariknya nafas yang dalam.

"Lagipun?" Huzaini mengerling juga ke arah langit. Kemudian kembali semula menghadap Zafar.
Menantikan jawapan darinya.

"Hati aku mula tertarik kat sini. Ada sesuatu yang aku sayang nak tinggalkan," ujarnya tanpa berselindung, matanya dipejam beberapa kali sebelum bertentangan dengan Huzaini.

Huzaini diam seribu bahasa. Tiada apa yang mampu dia bicarakan. Sample assignment yang berada di tangannya diperhatinya dalam keadaan berpura-pura sahaja.

"Dan sekarang, aku tetap dengan jawapan aku," Zafar kembali bersuara apabila dia sedar, keadaan sedikit dingin.

"Aku tetap akan ke US, meneruskan apa yang telah aku apply dulu. Lagipun, family aku juga akan turut sama ke sana. Biarlah aku mula dari bawah semula, asalkan aku tahu matlamat aku kat sana," ujarnya sambil tersenyum.

"Baguslah kalau gitu. Aku tetap akan sokong ko. Asal ko tak lupa kitaorang kat sini sudah," hanya itu yang dilontarkannya meskipun hatinya juga berat membiarkan dia pergi.

"InsyaAllah. Oh ya, aku terlupa lak, aku kene jumpa Madam Yong. Mengamuk pula madam tu nanti,"

Huzaini lantas melihat jam tangannya. Lewat tengah hari dah ni. "Pergilah, tak baik biarkan orang yang kita dah janji tunggu,"

Dua langkah Zafar ke hadapan, dia kembali menoleh ke belakangnya.
"Huzaini!"

Huzaini mengangkat kepalanya.

"Aku yakin, sangat yakin, benda yang aku sayang nak tinggalkan tu pandai jaga diri. Sebab dia tahu mana yang terbaik untuknya. Selama aku kenal dia, aku tahu dia bukan jenis yang mudah mengalah. Dan aku juga akan tetap menyokongnya meskipun aku di US. Even aku tak pernah cakap..aku yakin..dia faham apa yang aku katakan ni. Aku harap once aku kembali from US, dia masih dia sama seperti sebelum aku pergi, dan aku juga akan cuba jadi seperti aku sekarang. InsyaAllah.Jaga diri ek,"

Itulah kata-kata terakhir Zafar padanya. Itulah pertemuan terakhir antara mereka berdua. Tiada ucapan selamat tinggal, dan tiada pertemuan selamat jalan.

********************************************************************************

17 Sep 2009

Part 1

*Isi artikel dipetik dari artikel yang diemailkan pada saya.
*Jalan cerita telah dioleh 100% oleh yang empunya diri.
*Artikel ini hanya untuk memuaskan hati kerna nk mengasahkan semula bakat
yang ada...hohoho [apakah?]

***********************************************************************************
"Wei! Apa kejadahnya ko buat macam ni? Kesian aku tengok dia tu,"
Huzaini melepaskan keluhan ringan, "Kenapa, tak boleh ke aku buat gitu?"

"Bukanlah aku kata tak boleh, tapi tak ke kejam tu? Ko bukan sahaja melibatkan
perasaan dia, tapi perasaan ko sekali. Ko ni... Nak kata budak kecik, dah besar dah aku tengok," ujarnya sambil terus menekan punat remote control.

Huzaini bingkas bangkit menuju ke dapur. Perutnya berkeroncong lagu dangdut. Apa adanya di dapur ketika ini.
"Zani, ko fikirlah baik-baik. Orang kata barang yang baik jangan dilepaskan,"

Huzaini tetap mendiamkan diri. Dirinya terasa tidak perlu untuk bersuara ketika itu.
Sedar tak sedar, dirinya mula mengelamun entah ke mana.

"Ko masih dihantui kisah dulu ke?" Balqis kini di sebelahnya. Tangannya erat menggenggam tangan sahabatnya itu. Pertama kali dia bertemu dengan Huzaini, dia tahu
sahabatnya itu baik orangnya, namun, dia ada kisah silam yang masih tercalit dalam kamus hidupnya.

Huzaini memandang wajah Balqis, lantas cuba tersenyum.
"Aku takut," Huzaini melangkah ke ruang tamu. Perutnya yang berkeroncong sebentar tadi
senyap seribu bahasa.

"Apa yang ko takutkan? Ko takut dia permainkan ko? Macam dulu? Gitu ke Zani?"
Sekali lagi Huzaini mengeluh.

"Sebelum aku datang sini. Aku pernah mempunyai perasaan macam ni pada seorang
teman aku. Aku hormati dia. Aku menyimpan perasaan pada dia pun kerna dia pandai
menarik perhatian aku. Dai berjaya buatkan aku mahu jadi seorang pesaing yang hebat.
Dengan perasaan saing inilah, aku mampu untuk memperbaiki diri aku sehingga ke
tahap ini. Dia tidak pernah tahu pun aku menyimpan perasaan padanya,"

"Itu aku Zani, tapi itukan cerita dulu. Dia tak tahu ko suka padanya. Jadi, aku rasa
ko tak perlu ada rasa takut," Balqis menyandarkan dirinya sambil mendongak memandang siling.

"Memang benar. Yang aku takutkan Qis adalah...... aku mempunyai perasaan pada Zafar sama seperti aku mempunyai perasaan pada dia. Zafar dan dia berjaya ketuk pintu hati dengan taktik yang sama. Sampai sekarang Qis, aku segan sebenarnya dengan Zafar.
Ko lihatlah prestasi dia dalam study, jauh lebih baik dari aku sebenarnya. Waktu studygroup, even dia guide aku, aku rasa segan kot,"

"La, ko ni, segan tak bertempat ar. Ko datang sini pun nak belajar. Apa pula yang ko nak segankan. Kalau benar ko kata si Zafar sedikit sama dengan mamat dulu tu, grab la peluang ini. Ambil yang baik darinya. Aku tengok study ko ngn dia tak jauh kurangnya pun. Jika dia atas, ko sure kat bawah. Bila time ko atas, dia kat atas gak. At least, ko ada someone yang leh guide ko dlm study ko."

"Lagipun kan Zani, aku rasa Zafar tu better dari mamat tu kan?"

Huzaini mengukirkan sekilas senyuman. "Alhamdulillah, time aku ada masalah, dia ada support aku. Time ak blur2, dia cuba suntik kawan2 aku wat ak tak blur. Sampai satu tahap Qis, ak rasa tak perlulah aku nak wat muka depan dia. Dia baik. Itu sahaja yang aku boleh beritahu. Tapi aku still takut. Aku takut nk beri dia harapan, dan aku takut nak biarkan dia bagi harapan pada aku,"

"Zani, dalam hal ini, ko banyaklah berserah padaNya. Andai benar dia tuk ko, tak ke mana nye. Percayalah. Tapi andai kata ko leh berbincang dengan dia, berbincanglah. Jangan larikan diri darinya. Kesian aku tengok dia. Dia tertanya-tanya apa salah dia pada ko. Fikir sebaiknya Zani," Balqis mengusap lembut kepala sahabatnya. Dia tidak mahu hubungan yang telah terjalin atas dasar kawan musnah begitu sahaja.

"Tengoklah dulu. Aku cuba,"

bersambung......
*************************************************************************************
Sebenarnya, tak tahulah apa pengajaran dari artikel sebenarnya. Sambung lain masa ek..

Ada leb test sat lagi..

Doakan kamis emua dipermudahkanNya...

~nurafaz~

13 Sep 2009

...: DahLia 6 :...

Sabtu, 12 September 2009.

Merupakan hari bersejarah buat wirawati Dahlia 6.
Program yang kami rancang selama ini, Alhamdulillah
mendapat hasilnya ^_^.

Agak kegilaan juga buat benda ni.
Sejak kebelakangan ini, kami menerima beberapa situasi yang
menyebabkan kami berada dalam satu keadaan yang sempit.
Ia menmberi tekanan yang hebat pada hati, perasaan, emosi, dan
gaya kami berfikir. Dan pastinya juga pahala puasa kami terbang begitu sahaja!
Dalam keadaan inilah menyebabkan kami berfikir di luar batasan pemikiran waras
kami sendiri.
Bila kenangkan balik....hahahah... dahsyat sungguh kuasa kami...^_^...

Apa yang kami lakukan? ^_^

Kami telah berjaya keluar dari rumah....jalan2 bermula jam 10 pagi dan pulang ke rumah
semula jam 11 malam!
Dan yang paling pentingnya hanya kami-kami sahaja!
Amacam???

Meh kita layan gambar dan penerangan seterusnya. Sebelum itu, nak perkenalkan wirawati-wirawati Dahlia 6 dengan nicknamenya...

Mummy ( nurafaz)
Bucuk ( Aishah )
Ogel-ogel ( Aida )
Otai ( Nadiah )
Blink-blink ( Hazwanie )
Nomel-nomel ( Syima )

Atas permintaan Orang Rumah..
Blog ini akan dipublish buat tatapan umum selama 1 HARI SAHAJA.
***********************************************************************************

Pengembaraan kami bermula jam 10 pagi.
Ogel2 menjalankan tanggungjawabnya mencari kereta dan alhamdulillah,
kami berjaya tempah Kereta Wira Aeroback semalamnya lagi.
So kerjanya pula saya mengambilnya menuju Dahlia 6.

Kondisi kereta sangat baik nampaknya. Setelah testing-testing,
saya pun selesa dengan pemanduan saya. Tibalah masanya kami memulakan
program kami ini
.
Gaya kami tak ubah nak balik raya sama-sama.
Muat-muat satu kereta.

Destinasi pertama JAYA JUSCO.
Tak dapat dilupakan bunyi hon bertalu-talu tu.
Tahulah salah saya, tak perlulah nak ajak saya main hon sekali.. Kesian pengguna jalan raya yang lain...&_&
Kami singgah sekejap je kat sini. Tak ada yang berkenan di hati.

Destinasi kedua, MELAKA SENTRAL.
Saya pakirkan kereta kat MC dan kami berpecah dua group.
Group "Boikot" menuju ke Tesco.
Dianggotai oleh Mummy, Ogel-ogel, Bucuk dan Otai.
Kerja group ni adalah mencari keperluan diri sendiri dan juga sedikit keperluan rumah
untuk kami survive lagi beberapa hari.

Group kedua "Sayang pasar raya"
dianggotai oleh Nomel-nomel dan Blink-Blink.
Ni sah2 beli barang dapur.
Dan tak lupa kuih raya untuk dibawa balik ke kampung halaman. ^_^

Setelah itu, saya meneruskan kerjaya sebagai driver, membawa semua
ke destinasi ketiga, MAKHOTA PARADE.


Yang pastinya ada co-pilot..
Ogel2, Nomel2, dan Blink2 ( pjg sgt nk taip)
Saya tak biasa jalan Melaka ni. Setakat ke MC tu lepas la dah..
Nak gi jauh2 memang tak tahu pun. Naik bas, xpe!

Sempatlah juga kami sembang2 sal makan mayat.
Katanya kat Thailand.. tak pun Indonesia.. (lupalah)
Kata orang belakang gak, daging manusia adalah daging yang
paling enak. Amacam...try la!

Setelah bertungkus-lumus mencari parking. Kami ronda-ronda di situ sejam lebih kot.
Kaki ni memang terketar-ketar la rasanya. Lagipun saya mengenakan
kasut yang tapaknya tak berapa best utk jln jauh..
Sakit kaki pun jalan je la.

Setelah masing-masing memuaskan diri dengan membeli dan menengok,
saya meneruskan semual kerjaya saya dan memandu tanpa arah tuju.
Katanya nak ronda-ronda..
so, saya bawa mereka menuju ke Tanjung bidara...tapi masuk semula ke Bandar Hilir..
kerna hati ni rase macam dah sesat dah..hohoho..

Co-pilot saya memberitahu arahnya untuk pulang semula ke MELAKA SENTRAL (destinasi keempat). Sempat gak saya singgah PC WORLD.. beli CD..hahaha... dan ketika itu juga saya telah memecahkan rekod undang-undang jalan raya. Wah..perkara tu normal aja! Kami berhenti untuk solat Asar di sana.

Setelah jalan-jalan sikit kat MC buat kali kedua,
Nomel2 bawa kami ke satu RETORAN dekat dengan Tesco, destinasi kelima kami.
Dalam 6.15 petang, kami tiba di sana.
Nomel2 pesan utk pesan makanan awal, sebab mereka masak lambat.

Agaklah kot. Dalam beberapa minit sebelum berbuka kalau tak silap..baru sampai lauk kami.
Sambil2 tunggu, kami muhasabah diri dengan isu semasa yang melanda kami serumah.

Masuk je azan, kami baca doa dan tibalah masanya untuk mengmbalikan tenaga, kerna program kami tak habis lagi. Meh tengok gambar2 kat bawah ni.

*Cuba perhatikan, ada beberapa gambar menggunakan prop yang sama ( AIR TEMBIKAI).







Inilah dia menu kami : Sotong tepung, keropok ( Exo..mana keropok terengganu mu?), tomyam, sayur kailan ikan masin, telur bungkus.

Meh tengok lak muka2 koya bergambar.


Perkenalkan.. empunya Blog ...: a_m_ _z__R :...
Susah nak snap ni. Nasib baiklah menjadi.


Ni lak Syima Nomel-nomel.
Mana datangnya nomel2? hahahaha..prsan je lebih!



Wani Blink-blink namanya. Memang blink ar wani!!! hoho


Ini pula Aida Ogel-ogel. Hahah...
Ogel2? apakah? hohoho..
Lawak ar!


Yang ni lak....Nadiah Otai..
Sebab apa Otai? Sebab gaya dia cam dialah taiko MMU..hahah
Jangan marah~~~ &_&


Yang ni lak Nomel2 dengan Aishah Bucuk.
Hahah...



Yang ini saya snap bila dah dekat nak buka puasa.
Alhamdulillah licin kn semuanya?? hahahaha
Syima pun banyak makan malam tu. Senang hati kami melihat ^_^

Lihatlah kebesaranNya dengan terbangan burung semalam. Menarik kan?
Kuasa Allah! Allahuakbar!

Setelah makan, kami menuju ke MELAKA SENTRAL (destinasi keenam) dan kali ketiga masuk MC.

Kami solat Maghrib+Isyak.

Setelah solat dan jalan2 sikit lagi kt MC,
kami menuju ke BAZAR, destinasi ketujuh kami.

Memang panjang dan ramai giler!!!!!
Rimas saya dibuatnya. Saya hanya beli kerongsang je.
Yang lain..tanya mereka!! ^_^.
Jujurnya saya memang penat time tu. Nomel2 lak tak terdaya dah nak jalan.

Namun, misi kami kene teruskan.

Akhirnya...setelah kami beli penyapu kat MYDIN, kami pun bawaklah diri pulang ke rumah.
Sesampai sahaja kami di rumah, semua tak sabar nak tengok barang2 dalam keta.
Penuh kat belakang tu. Memang sakanlah.

Setelah smeua setel, saya dan Ogel2 hantar semula kereta kat empunya diri sebenarnya.
Syukran Kak Liza, lain kali leh kami sewa lagi ^_^.

Saya naik je atas, terus lelapkan mata. Ogel2 sembang pun saya sempat tido. Tersedar bila Ogel2 membebel seorang diri cakap sal saya tido time die nak sembang.hahahaha

Saya pastinya semuanya penat. Misi kami : Jalan2 sampai PENGSAN.

Ni dia yang pengsan pada waktu petang : Aishah Bucuk (telah memecahkan misi Dahlia 6 dengan tido dalam keta pas gi MP..pe kes???)

Yang hampir memengsankan diri : Syima Nomel-nomel. (hampir mengaku kalah kat Bazar. Tak larat eh?)

Yang suku nak pengsan tapi masih tak pengsan : Wani Blink-blink. hahaha.

Yang berjaya memegang misi Dahlia 6 : Mummy, Aida Ogel-ogel dan Nadiah Otai.

Itu dia......



Macam cekerama tak? Ini dia kereta sewa kami. Plat Wilayah tu..hohohoho....
************************************************************************************

Itulah kerja @ program kami semalam. Memang saya akui..memang penat giler.
Dan rasanya time saya update blog ni wirawati Dahlia 6 telah syahid msuk mimpi ni.. ^_^..

Semoga apa yang kita lalui semalam akan kita lalui lain masanya.
Korang memang best!

Nanti kita ajak Dila dengan Ain pula!!!!!

Khas buat Dahlia 6 :
"Biarlah apa terjadi sekali pun. Susah senang kita bersama. Kita mengalami satu situasi yang sama semuanya. Andai kita bersama, insyaAllah Allah akan bantu kita. Dan kalau leh..kita tolak tepi semua yang telah terjadi. Ok? Biar mereka nak judge kita macam mana pun, hanya kita-kita yang tahu siapa kita! Biarlah depa nak paksa sekalipun.. kita tetap ada hak!"

Rasanya cukup sampai sini lu............

Akhir kalam.........

Selamat menduduki final+cuti...

~nurafaz~

10 Sep 2009

aku...batu berendam

Baru lepas pulang berendam dengan peluh..
hahahaha...

Dah lama tak pegang raket.
Dah lama tak jejakkan kaki ke gelanggang.

Alhamdulillah, tadi terlepas hajat.
Dari mula sampai ke akhir..
aku je kat situ.
Entah mengapa....kalau boleh nak terus pukul dan pukul buah tangkis pihak lawan.
Masuk sahaja je petak gelanggang... ak tak fikir lain dah..
yang aku fikirkan.. aku dan pihak lawan..
orang kat sekeliling langsung aku tak endah..
sebab tu aku berani duk lompat..jerit sikit2.

Puas aku rasa!
Sangat puas!
Penat tu jangan cakap ar.
Memang penat, namun ku tak layan langsung kepenatan tu.
Yang penting..aku rasa sangat puas.

Tuhan, andai perasaan ini aku tinggalkan di court tadi..
benarkan aku bawa pulang perasaan yang baru..
jiwa yang baru...

Thanks to BAK..
korang memang best!!!!!
Lain kali kita wat lagi!

Itu kisah aku dan batu berendam!

~nurafaz~

9 Sep 2009

I'm in love

Rabu....
Hari ni ada listening test Cina..
fuhh~~~~
susah kot. ^_^.

Balik tadi..selesaikan sedikit urusan The Raise, cari artikel.
Lepas tu, burn cd sikit, gune laptop Nadiah. Nak kurangkan sedikit beratnya space dlm hdd. hoho...Laptop kesayanganku ini tidak dapat detect sangat CD-ROM. erm... tunggu lu ek BENQ... nanti kite wt eksperimen pulihkan kamu.

Alhamdulillah,
tadi keluar sekejap, cuci2 minda dan mata.
Sabtu ni pun kuar gak..tapi dengan sahabat di Dahlia 6..
cant wait for that!!!

Tengah duk jalan-jalan,
ada juga saya perabihkan duit..sedikit~~~ ^_^ ~~~
Sebelum nak perabihkan ni, saya minta izin Nadiah&Ecah lu... hoho..
saya tahu leh download..tapi nk tunggu downloadnye..
dengan ade 3 cite on the way..lambat la gayanya...

So, saya pun belilah yang originalnya..hahaha ^_^
Nak tahu citer pe?? Meh layan sampai habis saya tulis ini blog.

***********************************************************************************
I'm in love....with this guy...
(sila abaikan tarikh tu ek.. lupa nak setting sebelum snap)

~VIRGIN SNOW~


~Hensem dok? hoho~

~Testing kat laptop...marvellous!~

~Smart dok? hoho~

Sebabkan Jun Ki berlakonlah saya beli ini CD...
Thanks juga pada Nadiah yang tunjukkan ini CD.. hoho..
Sayang korang!

Nak tahu lebih lanjut tentang ini cite..
seacrh sendiri....
*****************************************************************************


Ini gambar saya snap..sebab saya rasa menarik bebudak ni main game. Teringat cita-cita waktu sekolah lu. Nak jadi games designer..cam abang.. Saya ni hantu PS2 gak.. wah..
rindunya nak layan Kingdom Heart!!!! Angah..jom, kita beli PS3... mira nak main!!! ^_^
So, saya tak salahkan bebudak tu main. Kalau saya pun, saya akan singgah kejap, tapi selalunya Nadiah akan tarik saya balik supaya saya tak lekat kat situ..hoho..Main game ni ada kalanya bagus.. dan lihat juga game yg dimain.. ada yang menjana minda.

Teringat ateh ckp ritu.. "Bila kita main, kite leh improve skill kita"
Ateh, kalau study..mesti depan PS.. sekejap study, pastu tutup buku main. Berhenti kejap main..study lek. hoho...ateh3..

****************************************************************************
Dan tak dapat dilupakan.. my dream car~~~
^_^

That's all for now..

Jom bukak pose kat luar kampus.
Jom main badminton..
Sape jadi my lawan nie??

~nurafaz~

8 Sep 2009

Andai aku...

Andai aku diberi peluang..

pasti aku akan pilih untuk jauh dari semua ini..

Andai aku diberi pilihan..

pasti aku akan pilih untuk memulakan semuanya balik semula....

Tapi jika itu diberikan pada aku...

Pasti aku akan pilih untuk tidak berada di sini....

~~~~best of luck tuk exam my frenz~~~

6 Sep 2009

6 Dahlia....pecah rekod

5.45 pagi
Ahad, 6 September 2009.

Nurafaz melaporkan...
hoho

Tahniah buat Dahlia 6.
Buat pertama kalinya semua wirawati Dahlia 6 tidak tidur semalaman.
Buat pertama kalinya.. ^_^

Sabtu, 7 September 2009,
jam 10 malam.

Harus menghadiri kuliah dasar, tapi assgnment datang lebih awal menyuruh diri ini
komited dengan groupmate yang ada. Serba salah juga. Mesej diterima membuatkan saya terpaksa memberi alasan. Mesti kebosanan mereka menerima alasan yang sama.
Assignment, exam...study.... erm.... tapi inilah kenyataan.

Saya hanya sempat menyertai peserta Cameron dua tiga minit sebelum jam 12 tengah malam.
Waktu tu tengah LDK. Ada juga seorang yang menyapa. Syukran.
Kami pun ikutlah sama untuk menghantar peserta, meskipun kami tak dapat pergi.

Maaf, ini bukan komplot ramai-ramai, bukan boikot ramai-ramai, tapi masing-masing ada aula
sendiri.

Bab menghantar ni lah yang tak bape nak gemar. Emo la pula. Lebih-lebih lagi Kak Wani, Ekin, Aida. Nak pergi beberapa hari je.. bukannya setahun...^_^... tapi tak apalah.. bukan selalu.
Lama jugalah tunggu mereka... alhamdulillah selamat bertolak. Next pula, kami isi perut dengan nasi. Lapar... ^_^

Balik rumah kami sahur awal.. jam 2 pagi. adakah itu maknanya sahur? erm.......

Paginya pula.... kami operasi kemas rumah. Syukran pada Nadiah yang pasang lagu raya..
yang buatkan orang lain terkejut lantas terus bangun. Lagu raye kot? Alarm yang baru tuh...
Kami pun kemaslah rumah... ikut profession masing-masing. Sesiapa yang mempunyai ladang di fb mengambil port di peti ais.. Yang memasang alarm raye mengambil port dapur. Yang lain merempat kat sume port..asalkan ada kerja nak dibuat. Yang bestnya, dari awal operasi sampai ke akhir..ditemani lagu raye.. dua kali round kan? hoho..

Selesai kemas rumah.... masing-masing menghadap laptop...sehinggalah ke waktu asar.

Malamnya pula..saya tak ada kat rumah. Ada discussion. Balik-balik sahaja, dapur berasap..
tu tandanya orang dalam rumah tu lapar.
Alhamdulillah, dalam rumah hanya ada kami2 aja.. Semoga ukhwah antara kita kekal sehinggalah kita tak kenal lagi siapa diri kita ini. ^_^

Masing-masing wat kerja masing-masing, ada yang bergaduh. Ada yang bertekak, ada yang feel lagu raye.. sumelah..variety... sampailah ke waktu nak sahur. Saya yang menghadap buku tersengguk-sengguk menyebabkan Integration saya tak menjadi. Geram rasanya. Otak penat kot. Namun, sempat jugalah saya layan VOICE... wah...

Mumtaz pada Syima dan Aida yang setia dengan senduk dan kuali pada ketika itu untuk hidangan sahur.

Alhamdulillah, waktu sahur kami sedikit happening. Dah lama juga saya tak gelak macam tadi sejak saya balik dari Ipoh ni. Rase tegang je muka ni. Mungkin sebab masing-masing blur tak tidur kan..so idea yang hampir gila pun terkeluar tanpa disengajakan. Ditemani dengan rintikan hujan, sapaan angin bayu...menambahkan keriangan sahur kami. wah~~~~~~

Agenda untuk hari Ahad ini pula...
InsyaAllah..Ain nak datang.
Mira belikan AYAMAS ek tuk Ain..kite bukak pose sama2..
Selain itu...Aida nak bercucuk tanam kat luar.. simen kot aida... bercucuk tanam gaponye?

Saya pula.. akan meneruskan misi dengan database. Sikit je lagi..tunggu screen shots dari Thiam Soon, insyaAllah semuanya akan selesai. Alhamdulillah. Yang menanti lepas ni adalah exams.... ^_^

Hari ini juga peserta Cameron akan pulang. InsyaAllah keadaan akan jadi baik semula.
Erm... setakat hari ini... segalanya baik.

Rasenye cukup sampai sini. Tadi ada je banyak idea nak tulis, bila kat depan laptop, tak tahu nak tulis apa. Letih dah~~~~ Jom, rehatkan diri!!!! ^_^

Nanti kita update lagi!
Kepada yang ada assignment, selamat wat assignment.
Kepada yang ada exams, selamat study dan best of luck.
Kepada yang tak ada apa-apa, selamat berpuasa ^_^.
Kepada diri ini... anda banyak ketawa.. pastikah lepas ni, anda akan kembali seperti sebelum ni?
Owh....^_^

*************************************************************
p/s : Alarm diriku juga yang menarik. Lee Jun Ki kejutkan tau! Siap menyanyi lagi bagi diri ini jaga.^_^.

1 Sep 2009

~~.....~~

Alhamdulillah,
sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung fasa pertama Ramadhan,
bakal masuk fasa kedua pula.
Macam mana puasa?


Lagi beberapa jam, saya akan berangkat pula.
Transit KL dulu..baru pulang terus ke Melaka.
Mari lihat apa yang akan saya bawa balik ke Melaka. hoho

Tu dia.. ni namanya kopi Habbatus Sauda. Kopi ni asalnya saya memang x gemar,
tapi lama-kelamaan, sedap gak, cuma bau kopi ni kuat sedikit. Herbalah katakan.

Yang second pula...buah prune.
Stok kat melaka, yang saya tahu kt Melaka Sentral, tul x Ecah?

Kenapa dengan dua bende ni?
Saya kena amalkan makan benda ni mulai sekarang. Hohoho..

'Bende' tu datang balik..
Eh..bukan..'bende' tu memang dah ada, hampir 3 tahun ia berada dalam diri ni,
cuma masih kecil je. Tapi seminggu sebelum pulang ke sini,
saya mula merasai kesakitannya semula, sehingga sekarang.
Mungkin saya ni main makan je kot. Sakitnya juga terasa jika saya lama sangat duduk.

Ubat? haha..
saya lupa mana saya letak ubat tu.. sebabnya saya hanya makan bila sakit, bila
ok tu.. tolak tepi.
Jadi..kita guna cara tradisional!! ^_^
So pasni, leh la amik alih turn basuh pinggan kat dahlia 6 supaya kurang duduk..hohoho

Alhamdulillah,
saya ditemukan dengan teman2 dahlia 6 yang memahami.
Depa tahu saya tak leh makan apa..
ada masanya kasihan juga pada mereka,
yalah, hampir semua dalam rumah ni makan pedas2, tapi
bila masak, ada kalanya tak pedas, sebab saya tak boleh makan pedas2,
doktor suruh kurangkan.
Hanya Allah saja yang mampu balas jasa kalian semua.

InsyaAllah,
jika saya jaga pemakanan saya, kena pantang sikit,
'bende' tu mungkin akan hilang terus.
Saya wat research.....
Takut juga andai ia membesar dan alamatnya saya kene bedahlah.. hohoho ^_^
Atau ia akan memudaratkan saya bila sudah berkeluarga nanti.
Doakan semakin ok.

Akak saya pula...erm...
mempunyai kes hampir sama dengan arwah mak.
Sok pas habis kerja barulah dia akan pergi ke klinik wat pemeriksaan.
Risau juga. Mempunyai pengalaman berdepan dengan orang yang kita sayang yang mempunyai penyakit tu amat memeritkan. Berharap, agar itu hanya ketulan biasa saja. Bukannya kes seperti arwah.

Doakan segalanya berada dalam kondisi yang baik semuanya.
Sesuatu yang datang,
datangnya dariNya.
DIA yang akan menyembuhkannya.
Kita perlu usaha@ikhtiar.
^_^

*************************************************
Last but not least!
Adik saya..

Nur Adilah...form 5,
akan menghadapi TRIAL SPM mulai 1.9.2009

Doakan dirinya dipermudahkanNya.
Yakin ya sis~~
Kamu tu mampu lakukannya, cuma ragu2 aja pd diri..

Best of luck my dear sis~~ ^_^

Lihat...ketekunan dirinya study.
Andai diri ini boleh sepertinya..hoho
^_^
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design