Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Sunday, August 30, 2009

aku..melaka..

Jun 2008

Kali pertama melangkahkan kaki ke bumi Melaka. Siapa sangka, diri ini akan berada di Melaka,
MMU Melaka. Jika abang kesayangan berada di MMU cyber, adiknya yang cute
(maaf, saja nak perasan jap) ni berada di Melaka..

Well,
sume balik kampus esok nampaknya.
Selamat menyambut hari kemerdekaan semua!!!!!! ^_^
Sayangnya, saya tiada rasa mahu menyambutnya. Entah hilang ke mana rasa itu, saya pun x pasti.

Hanya perasan yang sambut merdeka apabila terlihat bendera malaysia di kereta2 yang ada.
Bila nak merdeka, baru nk pasang bendera? erm.... ^_^

Merdekakah anda?
Soalan yang femes keluar setiap tahun. Tahun ni, sekali lagi diajukan. Merdekakah anda?
Jawab2.
Semuanya tepuk dada, tanya iman.
Sama ada kita sudah merdeka atau belum, diri kita yang memastikannya.
Merdeka dari segenap ruang. Dan yang pastinya merdeka dari perkara yang buruk, yang
mampu merosakkan diri kita.

Jadi, hayatilah merdeka ini dengan sebaiknya. Kita sudah dewasa untuk menentukan mana yang
baik dan mana yang buruk sebenarnya. &_&

***************************************************************************

Cuti merdeka kali ni,
meriah sikit.
Angah, Kak Ikin, Kak lang+Abang Lang
mereka pulang..
Along+Kak Long, Ateh ( x dapat pulang).
Memang best r..
Saya suke!!! Seronok Ramadhan kat sini.
Alhamdulillah.

Dan cuti merdeka kali ini juga...
saya ambil cuti extra.
Tiket habis~~~ ^_^
ade pun...teramatlah paginye.... &_&
jadi...
saya pulang ke bumi Melaka hari Selasa nie..
bagus x??

Sesampai sahaja di Melaka, saya perlu bergegas untuk exam Digital System pula.
Memang kamikaze la saya wat nie. Dan kalau tengokkan jadual...
dua minggu pas cuti nie.. memang pack..
pack dengan replacement kelas dan juga pack dengan exam.. wah3..
saya suka!!! sangat!! Bila saya sibuk..saya akan lupa diri sekejap ^_^.

Tadi petang...
time lepak2 kat luar rumah..
sambil main dengan Emas dan Putih ( dua kucing jiran sebelah),
ade juga saya bagitahu diaorang ( kucing tu r),
saya takut nak balik melaka.
Bila saya fikir MMU,
saya rasa takut nak pulang semula ke kampus.
Dan kalau leh, saya nak belajar je kat umah.
Pelik kan?
Tula..
bila sembang ngn kucing tadi..
Perasaan fobia saya kembali.

Tak kisahlah semua tu.
Saya masih ada tanggungjawab kat sana.
Saya masih belum pegang segulung ijazah lagi.
Saya masih belum berada di pentas grad lagi!

Itulah dunia cuti saya.
Alhamdulillah, study juga akhirnya saya ni.. sambil2 tu layan gak cite Jepun.. hohoho ^_^
So, manfaatkan cuti yang ada!

Alhamdulillah,
kelas x pergi pun, saya ada keluarga di sisi.
Wah!!!!!!!! ^_^

Akhir kalam,
selamat menyambut merdeka sahabat sekalian!
Dan...
Selamat mengakhiri cuti kalian! ^_^

p/s : "Kamu ni, sibuk dengan aktiviti berpada-pada la.jangan sibuk sangat" Masih terngiang kata-kata angah. Tuhan, saya takut nak pulang ke Melaka....

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design