Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Tuesday, August 25, 2009

aku..main field.. dan MMU

4 Ramadhan 1430H

Kembali menjelma dalam tirai blog ini.
Sedang menanti Aida habis kelas, singgah sekejap kat CITS.
Laptop tak bawa..menjalankan tanggungjawabnya di rumah^_^

Macam biasa lepas kelas Database, saya akan terus ke port biasa.
Main field. Tempat yang akan saya kunjungi setiap hari Selasa lepas kelas.
Jadi jika nak cari saya lepas kelas [ 4-4.30 petang], cari saya di main field.
Saya suka tempat yang lapang@kawasan yang luas.
Bila duduk kat padang tadi, terasa saya berada di pantai,
alhamdulillah, bila lihat kawasan lapang, fikiran saya sedikit tenang.

Tengah asyik duk kat situ, datang lak sorang teman nie, Izzat.
Secara tak langsung, dia pun turut sama duduk situ, sembang2 sikit.
Progress masing2 macam mana. erm...

Lepas azan Asar, masing-masing minta diri.
Saya pun bawa haluan ke masjid, solat jemaah. Sekarang berada di depan PC CITS updating my lovely blog.

Saya ada terbaca satu buku, yang khabarnya "Jika kita berputus asa, ada kesilapan di titik permulaan,"
[lebih kurang gitu la ayat nya]

Saya berfikir, saya berada dalam keadaan putus asa ke? Mungkin tidak, tapi jika di titik permulaan ada silapnya, itu saya akui.
Sekarang bukan masa untuk mengenangkan apa yang telah terjadi,
tapi untuk mengubah apa yang termampu,memperbaiki kualiti diri.
Betul tak?

Saya baca blog Abang Aizam, dia ke Acheh baru2 ni.
Saya kembali berfikir. Alangkah seronoknya andai diri saya dapat merasai
apa yang saya kehendaki. Seperti orang lain. Tengok seronoknya Abang Aizam di sana,buat saya iri hati di sini.

Kemudian, terbit satu perasaan kecil di lubuk hati mengatakan
saya juga boleh begitu. Apa yang saya ada sekarang, saya boleh juga berjaya,
saya boleh juga enjoy dengan apa yang saya miliki kini.

Apa yang saya perlu wat, kembalikan semula perasaan minat@suka akan sesuatu yang saya lakukan.
Indah dunia ni, kita hidup hanya sekali. Jadi gunakan kesempatan yang ada untuk kita berbakti.

Saya lihat result mid-term...perit nak terima, namun saya berjaya tak tumpaskan air mata. Seperti rasanya bukan air mata jalan penyelesaian.
Saya harus fokus untuk final dan saya harus enjoy dengan apa yang saya ada sekarang.

Saya mahu seronok belajar. Saya mahu rasa indahnya menuntut ilmu dan
bukannya serabut memikirkan hal yang tidak berkaitan.

Alhamdulillah
kepercayaan pada si DIA semakin menebal.
DIA amat dekat dengan kita...sedekatnya urat nadi.

Bak kata Izzat, seronok dapat tengok orang belajar, rehat.
Izzat, kita juga boleh jadi macam tu. Aku juga mahu merasai menjadi mahasiswa di MMU ini! Sebab itu aku ke mari!

Ayuh~~~ kita pergi Bazaar.

~nurafaz~

3 comments:

Aizuddin said...

owhhh kalu jelez tgk abg aizam berbakti gi aceh berbakti kepada mangsa tsunami...
jom la kita pakat2 masuk pheuheba aceh tahun depan...insya allah kalau ada la....

ekin comel said...

nak join juga pheuheba aceh tahun depan..
insyaAllah =)

..: nurish :.. said...

uddin:
insyaAllah.. dlm perancangan barangkali..hohoho

ekin:
phuehaba aceh kite2 aje..
tentu menarik!!!

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design