Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Sunday, August 30, 2009

aku..melaka..

Jun 2008

Kali pertama melangkahkan kaki ke bumi Melaka. Siapa sangka, diri ini akan berada di Melaka,
MMU Melaka. Jika abang kesayangan berada di MMU cyber, adiknya yang cute
(maaf, saja nak perasan jap) ni berada di Melaka..

Well,
sume balik kampus esok nampaknya.
Selamat menyambut hari kemerdekaan semua!!!!!! ^_^
Sayangnya, saya tiada rasa mahu menyambutnya. Entah hilang ke mana rasa itu, saya pun x pasti.

Hanya perasan yang sambut merdeka apabila terlihat bendera malaysia di kereta2 yang ada.
Bila nak merdeka, baru nk pasang bendera? erm.... ^_^

Merdekakah anda?
Soalan yang femes keluar setiap tahun. Tahun ni, sekali lagi diajukan. Merdekakah anda?
Jawab2.
Semuanya tepuk dada, tanya iman.
Sama ada kita sudah merdeka atau belum, diri kita yang memastikannya.
Merdeka dari segenap ruang. Dan yang pastinya merdeka dari perkara yang buruk, yang
mampu merosakkan diri kita.

Jadi, hayatilah merdeka ini dengan sebaiknya. Kita sudah dewasa untuk menentukan mana yang
baik dan mana yang buruk sebenarnya. &_&

***************************************************************************

Cuti merdeka kali ni,
meriah sikit.
Angah, Kak Ikin, Kak lang+Abang Lang
mereka pulang..
Along+Kak Long, Ateh ( x dapat pulang).
Memang best r..
Saya suke!!! Seronok Ramadhan kat sini.
Alhamdulillah.

Dan cuti merdeka kali ini juga...
saya ambil cuti extra.
Tiket habis~~~ ^_^
ade pun...teramatlah paginye.... &_&
jadi...
saya pulang ke bumi Melaka hari Selasa nie..
bagus x??

Sesampai sahaja di Melaka, saya perlu bergegas untuk exam Digital System pula.
Memang kamikaze la saya wat nie. Dan kalau tengokkan jadual...
dua minggu pas cuti nie.. memang pack..
pack dengan replacement kelas dan juga pack dengan exam.. wah3..
saya suka!!! sangat!! Bila saya sibuk..saya akan lupa diri sekejap ^_^.

Tadi petang...
time lepak2 kat luar rumah..
sambil main dengan Emas dan Putih ( dua kucing jiran sebelah),
ade juga saya bagitahu diaorang ( kucing tu r),
saya takut nak balik melaka.
Bila saya fikir MMU,
saya rasa takut nak pulang semula ke kampus.
Dan kalau leh, saya nak belajar je kat umah.
Pelik kan?
Tula..
bila sembang ngn kucing tadi..
Perasaan fobia saya kembali.

Tak kisahlah semua tu.
Saya masih ada tanggungjawab kat sana.
Saya masih belum pegang segulung ijazah lagi.
Saya masih belum berada di pentas grad lagi!

Itulah dunia cuti saya.
Alhamdulillah, study juga akhirnya saya ni.. sambil2 tu layan gak cite Jepun.. hohoho ^_^
So, manfaatkan cuti yang ada!

Alhamdulillah,
kelas x pergi pun, saya ada keluarga di sisi.
Wah!!!!!!!! ^_^

Akhir kalam,
selamat menyambut merdeka sahabat sekalian!
Dan...
Selamat mengakhiri cuti kalian! ^_^

p/s : "Kamu ni, sibuk dengan aktiviti berpada-pada la.jangan sibuk sangat" Masih terngiang kata-kata angah. Tuhan, saya takut nak pulang ke Melaka....

Friday, August 28, 2009

Home ..

Cukup tak cukup tido~~~

Semalaman menyiapkan assigment bersama dengan tiga orang teman lagi sehingga ke Subuh baru selesai. Alhamdulillah. Nak qada tido, tapi tak leh, mata tak leh nak pejam.
So, kemaslah apa-apa yang patut sebelum meninggalkan bumi Melaka ni.
Sekarang ni fikiran dah merewang-rewang sedikit. Edarkan the raise tadi pun cam blur2 je.
So, nasihat khidmat masyarakat, cukupkan tido kalian ye!

Hari ni partner edar the raise diberikan cuti. Kasihan. Tak sampai hati pula nak kacau dia. So, jalanlah sorang-sorang edarkan, ada juga tempat yang saya skip sebenarnya. Sebelum tu, uruskan dahulu soalnya banner hari tu. Naik STAD semula, nasib baik. Allah mudahkan segalanya. Abang Nizam yang uruskan, so, tak de lah kena tegur banyak. Katanya,
"Lain kali bawa dahulu banner baru gantung,"
Saya hanya mampu sengih je depan dia. Tima kasih abang Nizam!

So, menujulah diri ini ke exam hall, jumpa Kak Lela jap, dengan akak sorang lagi. Ucapkan tima kasih sebab tolong saya staple kan the raise ni semalam. Depa amat memahami diri ini. Sayang kalian berdua!

Lepas tu, tengah jalan-jalan fikir pula, kot2 ada lagi yang tergendala. Bila dah rase xde tu, barulah berangkat pulang ke rumah, bersiap sedia untuk pulang ke Ipoh.
Baru on laptop ni, dapat panggilan dari seseorang yang amat saya kenali.

Bertanyakan pada saya siapa yang berikan keizinan untuk siarkan iklan program. Saya terangkan apa yang sepatutnya. Saya lihat publisiti di iumelaka, yahoo group, sebab itu sy amik inisiatif untuk siarkan.

Entahlah. Saya postkan entry ni bukan apa, setelah saya menulis, saya sedikit lega. Maaf pada pihak berkenaan. Maaf menyusahkan kalian. InsyaAllah, saya akan rujuk sape2 pasni untuk iklan.

Apa yang saya rasakan sekarang,
adalah...
saya tak mahu jumpa sape2..
saya tak mahu jejakkan kaki ke kampus buat masa sekarang.
Saya hanya mahu pulang ke rumah dan rehat.

erm..
cukup sampai di sini.
Blog ini mungkin akan rehat juga.
Jika ada yang menarik di Ipoh, akan diupdate!
Tapi cam susah je~~

p/s: Thanks HAJAR!!
WAN APIH...aku ade cite BOYS OVER FLOWER versi JEPUN~~~ hoho..
nanti aku kasi kat korang~~ skali cite PUZZLE dan MAOU.. best tau..hoho

~nurafaz~

Wednesday, August 26, 2009

Zira

Zira.

Pada yang pernah baca cerpan ( cerpen panjang ) saya pasti kenal sapa Zira.
Watak utama yang entah dari mana saya dapat idea agar terjadi satu cerita panjang.

Perihal gangster yang saya kupaskan dalam cerpan tersebut. Mungkin kurang hebatnya kerna waktu saya wat tu ketika SPM, so, apa sahaja yang terlintas time saya suka termenung, itulah yang menjadi idea untuk menulis.

Pada yang telah membacanya, pasti tahu apa panggilan Iskandar ( watak sampingan )
pada Zira. "Miss..."

Sepanjang hayat Iskandar, hanya memanggil jiran majikannya dengan panggilan
"Miss" sahaja.

Hari ni salah seorang ahli Biro.. memanggil saya dengan panggilan miss.. hohoho
dah tak tahu nak panggil apa dah agaknya budak tu. Sedikit sebanyak buatkan saya teringat
akan semua cerita-cerita yang saya karang dulu.

Kini?

Doakan agar terbit satu lagi cerita yang telah lama sepi menyepi kan dirinya. InsyaAllah.

Itu sahaja. Doakan juga agar dipermudahkan semua budak Engine jawab exam malam ni..
dan juga bebudak IT wat lab test esok malam. Semoga dipermudahkan semuanya.

~nurafaz~

Tuesday, August 25, 2009

aku..main field.. dan MMU

4 Ramadhan 1430H

Kembali menjelma dalam tirai blog ini.
Sedang menanti Aida habis kelas, singgah sekejap kat CITS.
Laptop tak bawa..menjalankan tanggungjawabnya di rumah^_^

Macam biasa lepas kelas Database, saya akan terus ke port biasa.
Main field. Tempat yang akan saya kunjungi setiap hari Selasa lepas kelas.
Jadi jika nak cari saya lepas kelas [ 4-4.30 petang], cari saya di main field.
Saya suka tempat yang lapang@kawasan yang luas.
Bila duduk kat padang tadi, terasa saya berada di pantai,
alhamdulillah, bila lihat kawasan lapang, fikiran saya sedikit tenang.

Tengah asyik duk kat situ, datang lak sorang teman nie, Izzat.
Secara tak langsung, dia pun turut sama duduk situ, sembang2 sikit.
Progress masing2 macam mana. erm...

Lepas azan Asar, masing-masing minta diri.
Saya pun bawa haluan ke masjid, solat jemaah. Sekarang berada di depan PC CITS updating my lovely blog.

Saya ada terbaca satu buku, yang khabarnya "Jika kita berputus asa, ada kesilapan di titik permulaan,"
[lebih kurang gitu la ayat nya]

Saya berfikir, saya berada dalam keadaan putus asa ke? Mungkin tidak, tapi jika di titik permulaan ada silapnya, itu saya akui.
Sekarang bukan masa untuk mengenangkan apa yang telah terjadi,
tapi untuk mengubah apa yang termampu,memperbaiki kualiti diri.
Betul tak?

Saya baca blog Abang Aizam, dia ke Acheh baru2 ni.
Saya kembali berfikir. Alangkah seronoknya andai diri saya dapat merasai
apa yang saya kehendaki. Seperti orang lain. Tengok seronoknya Abang Aizam di sana,buat saya iri hati di sini.

Kemudian, terbit satu perasaan kecil di lubuk hati mengatakan
saya juga boleh begitu. Apa yang saya ada sekarang, saya boleh juga berjaya,
saya boleh juga enjoy dengan apa yang saya miliki kini.

Apa yang saya perlu wat, kembalikan semula perasaan minat@suka akan sesuatu yang saya lakukan.
Indah dunia ni, kita hidup hanya sekali. Jadi gunakan kesempatan yang ada untuk kita berbakti.

Saya lihat result mid-term...perit nak terima, namun saya berjaya tak tumpaskan air mata. Seperti rasanya bukan air mata jalan penyelesaian.
Saya harus fokus untuk final dan saya harus enjoy dengan apa yang saya ada sekarang.

Saya mahu seronok belajar. Saya mahu rasa indahnya menuntut ilmu dan
bukannya serabut memikirkan hal yang tidak berkaitan.

Alhamdulillah
kepercayaan pada si DIA semakin menebal.
DIA amat dekat dengan kita...sedekatnya urat nadi.

Bak kata Izzat, seronok dapat tengok orang belajar, rehat.
Izzat, kita juga boleh jadi macam tu. Aku juga mahu merasai menjadi mahasiswa di MMU ini! Sebab itu aku ke mari!

Ayuh~~~ kita pergi Bazaar.

~nurafaz~

Sunday, August 23, 2009

Bunga Raya.. Dadih

"Mira, jom wat dadih," Nadiah memecahkan sunyi di waktu tengah hari.

"Sekarang ke? Pas Zohor ar, awal lagi ni. Aku nak main game jap"

"Bez ke dadih ni? Nak bubuh susu ke? Apa rasanya ek?"

"Tak pelah, ni percubaan kita lu. Lagipun kita ada tetamu ari ni,"

Yup..Dahlia 6 ada tetamu. Putri Mira dan Nadiah (bukan Nadiah Arshad ek)

Mereka ada masalah sedikit dengan tuan rumah lama, so, sementara kes tu selesai, tinggallah
dulu kat Dahlia 6 ni. Lagi ramai lagi bez.

Alhamdulillah, rezeki hari ni lebih. Dadih pun menjadi. hohoho.. leh bukak bisnes pas ni. ^_^

sape2 nak tempah?????? ^_^

Esok dah mula kelas dah. Lab test minggu ni. Assignment kene hantar. Database tak wat lagi. Owh.. banyak juga kerja tertangguh ni ek.. xpe2..

erm....

jom, kita siapkan kerja yang ada sambil tengok cite cina!!!! ( ye...ye je tengok pun )
ayuh!!!

~nurafaz~

p/s: entry ni di request oleh AIDA ZAZREN MUSTAFA KAMAL... dan juga NADIAH MOHD ARSHAD.

Leh wat duit ni... banyak request .. hohoho

Saturday, August 22, 2009

First Ramadhan

Alhamdulillah,

First Ramadhan.
Alhamdulillah ^_^

...: Dahlia 6 :...

Hari ni kami berjuang membeli tiket balik minggu depan dan juga nak raya nanti.

Kalau ikutkan nak balik awal, tapi ada presentation+ assgnment pula week 13, so
saya akan balik 18 aribulan nanti.. ^_^

Ramai lah tadi yang turut berjuang dengan kami (saya, aida, nadiah,ecah) membeli tiket.
Alhamdulillah ada. Cuma tiket Wan Apih je x de rezeki. Tak yah balik lah Apih! ^_^

Belilah sikit barang kat Mydin. Dahsyat perbuatan Ecah!!!

Balik, kami siap-siap nk masak pula. Saya dan nadiah ditugaskan ke Bazaar RSU. Belilah sikit.. nak murtabak! Sedap tau makan dengan nasi. Saya dapat ingat lagi muka pak cik yang jual murtabak dulu. hoho Tapi bukan rezeki kami hari ni. hohoho..

Jumpa jugalah seorang adik ni ( budak sekolah). Saya nampak dia tadi menyebabkan saya sedang berada kat Ipoh. Susah nak jumpa budak sekolah kat sini. Saya ingat dia tapi lupa namanya. Sempat tegur dia. Duk belajar kat Kolej Komuniti ambil automotif. Bagus2..

Meh saya bawak apa yang kami buka tadi. Rezeki... ^_^...

1. Ayam goreng ( Aida goreng)
2. Sayur kangkung ( Versi Ecah)
3. Sambal ikan bilis ( Aida masak ala Pahang)
4. Gulai ikan ( lauk semalam)
5. Mempelam ( manis!)
6. Puding ( Bazaar RSU mari!)

Alhamdulillah. Hari ni Ecah & Aida masuk dapur. Sok sahur...saya ke? erm.. apa menunya ya?? hohoho...

p/s : Hari ni kepenatan terasa, namun terubat melihat orang rumah gembira! Jangan ikut nafsu ya kawan-kawan. Makan ikut keperluan. Jangan lupa bersahur. Hargai masa anda dalam bulan nie...... ^_^

Friday, August 21, 2009

Tirai kemuliaan kembali tersingkap

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Bulan penuh keberkatan, kemuliaan kini kembali datang menemui kita semua.
Bersyukurlah kerna kita masih dihidupkan untuk terus merasai
kenikmatan serta kehangatan bulan kemuliaan ini.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
~Al-Baqarah : 183~

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini lain sikit. Puasa kat rumah. Berbuka+ bersahur dengan orang rumah. Syukur kami dipertemukan. ^_^
Terawih lak kat Irsyad. Seperti Ramadhan yang lepas, jemaah di masjid. Mungkin
Ramadhan kali ni, kami ke masjid lain pula nanti. Kak Tirah ( jiran depan ) dh ajak nak gi
Terawih kat tempat lain. Menarik tu ^_^

Kak Tirah tu baik ar. Alhamdulillah, ada jiran cam akak! Bez shopping ngan akak tadi ^_^

Gunakan sebaik mungkin waktu di bulan Ramadhan ni. Ia datang tak selalu. Kita masih bernyawa ketika ini, namun untuk bertemu Ramadhan yang akan datang, yakinkah
kita yang kita still alive?

Kepada semua, selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan. Selamat bersahur juga hendaknya ^_^

p/s : Ecah, silap eja.. bukan MINA.. tapi MIENA.. Ada maksud tersendiri nama tu. Akhirnya Teddy Bear aku dh ada kawan.. hohoho Hope ko suke dengan bear tu ^_^

Thursday, August 20, 2009

aku..aku ..dan aku..

Beberapa hari lagi, Ramadhan akan tiba.
Sudah bersediakah? Bulan yang dinanti-nanti akhirnya kembali lagi.
Alhamdulillah, berkesempatan untuk merasai kehebatan Ramadhan sekali lagi!

Minggu ni merupakan fasa tercabar buat diri ini. Yup! Bahangnya mula dirasai sejak semalam. Dan hari ini adalah kemuncaknya!

Seawal 8 pagi, sudah setia berada di hadapan STAD. Turun bawah jap, isi perut sambil fikiran melayang entah ke mana. Satu jam selepas itu, naik semula STAD menguruskan kerja
yang tertangguh semalam. Inilah bahayanya jika kerja yang diberikan adalah last minit!

Allah memudahkan urusan di STAD, alhamdulillah. Terus melangkah ke Exam Hall. Dalam kepala ni memang kosong. Dan inilah kali kedua rasa begini. Sampai je kat Exam Hall, bincang dengan Pak Cik soal banner. Alhamdullilah, thanks kat Uddin yang bantu. Maaf ganggu ko dalam kelas. Waktu tu teringat ko je, sebab ko selalu buat banner kan.. Thanks sekali lagi.

Mulalah ambil port (tempat biasa) sambil wat backup. Dateline yang diberikan pada diri ini hampir tiba. Tak tahu nak buat apa dah waktu tu. Kalau boleh tak nak ganggu 2 orang sahabat baik saya tu, namun, dalam menenangkan diri ini, dalam meniupkan kata semangat, hanya teringat kat Aishah dan Nadiah. Dengar suara Aishah, mata mula berair. Nasib baik Aishah ada kelas. Alih-alih, telefon Nadiah. Nadiahlah yang selalu jadi mangsa dengar luahan hati. Maaf Nadiah. Thanks sahabat! Terluah sedikit, meskipun masih ada yang tersimpan.

Berkali-kali memohon diberikan kekuatan dan hanya itu sahaja pinta diri ini sepanjang berada di MMU...
Dalam kelas, telefon berbunyi. Itu sesuatu yang sentiasa boleh dijangka. Jarang dan amat susah untuk jadi seorang yang tenang dalam kelas. Nasib baik eksperimen pertama menjadi. Alhamdulillah.

Bertanyakan pada saya sesuatu yang saya tak ketahui, itu bukan apa yang saya gemari. Sama sekali tidak. TIDAK!!!!!!!

Saya telah jalankan tanggungjawab yang telah diberikan. Saya cuba sedaya-upaya saya untuk berikan yang terbaik. Andai tindakan saya untuk beberapa minggu yang lepas buat kalian tak selesa, maaf, dan itu bukan pinta saya. Itu tersedia lahir setiap kali melihat@terjumpa kalian.

Selepas ketika ini, saya akan tetap dengan cara saya, suka tak suka, saya minta maaf.
Saya rimas! Namun tetap cuba berfikiran positif. Jangan biarkan saya mendidik diri saya dengan sifat yang kalian sendiri akan menyesal. Kalian tidak mengenali sepenuhnya diri ini. Saya mampu untuk lakukan yang lebih dahsyat lagi.

Saya masih berfikiran waras. PetunjukNya, kekuatan dariNya sangat saya perlukan. Cukup untuk saya lakarkan di sini. Ingat kalian, jangan kalian turunkan apa yang kalian telah lakukan pada kami pada generasi yang akan datang, andai kalian mahu mereka sentiasa di belakang kalian!

p/s : aku tak akan lupa apa yang telah terjadi hari ini. Menangis di Exam Hall sambil menjadi orang yang hampir kehilangan akal tidak akan aku lupakan. Ini akan mengubah cara aku di hadapan korang semua. Ya Allah, berikan aku kekuatan dan berikanlah aku petunjukMu....

~nurafaz~

Tuesday, August 18, 2009

TCP @ CP

TCP @ CP...
Subjek yang paling digeruni.
Gerun ke?
hohoho...
Pada mulanya, banyak sangat la pula bahasa CP ni..
Kekadang kurang jelas, apa sebenarnya yang nak dilakukan ni.

Waktu Alpha dulu belajar Visual Basic.
Sekarang C++
Bila berdepan dengan prog ni mula-mula rasa seronok tau,
lebih-lebih lagi kalau dah dapat keywords die + apa yang kita nak buat sebenarnya.
Tapi bila nak implement kan segala jenis formula,
kat situ mula stuck.
Macam dalam kelas tadi..hohoho..
kasihan Mr Yap.
Waktu Mr Yap tu kat sebelah duk tengok coding tadi, setiap apa yang ditanya, disuruh buat..memang sume tak tahu. Memang blank ar. Hanya mampu terdiam je. Sume functions dan sume yang telah diajar sebelum ni sumenya hilang sekelip mata.

Programming is really fun. I admit it but I still can't reach that level yet.
Takes time..
tapi dh semakin kesuntukan masa dah ni.
hohoho~~~

I want to master this subject but really really really really have to work hard..
erm....
jia you!!

Nampaknya semangat untuk merehatkan diri semakin memanggil-manggil. nak rehat jap.
pas Asar..cari artikel then bagi kat eXo..
pastu hadiri liqa' malam ni...
kene prepare LCB1010 pula.. ada kuiz.huhu..

Alhamdulillah, setelah berada dalam kuarantin pimpinan...
kenalah bangkit semula membina pagar yang lebih kukuh.
Masa yang diberikan pada saya untuk berehat tak lama, so, kena gunakan
sebaiknya! ^_^....

ayuh MIRA!!!

p/s : untuk diri ini juga.. janganlah mudah kamu mengeluh..lihatlah orang di sekeliling kamu, kamu akan dapati diri kamu beruntung. Jangan asyik menghitung apa yang telah terjadi tapi kutiplah sesuatu setelah melaluinya. Jalani kehidupan ini sebaiknya kerna hidup cuma sekali. Andai tiap hari melalui fasa yang sama, pasti tidak akan ada sebarang peningkatan dalam diri.

....:....: bukan mudah melakarkan kata-kata andai kata-kata itu umpama kaca putih. mudah bicara itu andai bicara itu berbaur fitnah :....:....

~~ Jom belajar CP ramai2!!!!!! ~~

Saturday, August 15, 2009

BAKIP Gathering

Sebenarnya,
nak update tentang BAKIP Gathering pagi tadi.

Tapi, diri ini dilanda demam.
Dahlia 6 juga ada bebrapa yang masih tak sihat.

Sama-samalah doa agar diri saya serta sahabat-sahabat saya di Dahlia 6 cepat sembuh.

Time to rest.. me, and my blog also.
Hope to be able updating BAKIP Gathering as soon as possible..

Akhir kalam,
Sakit itu nikmat,
sakit itu kafarah dosa,
sedar tak sedar, ia dekatkan diri kita dengan Sang Pencipta.

~nurafaz~

Wednesday, August 12, 2009

Vice President Meeting


Alhamdulillah..
bertemu lagi dalam tikar nurafaz..
hoho.. tikar?? ^_^

Hari ini merupakan satu hari yang agak best..
satunya sebab kelas tak berapa nak pack,
satu lagi..
hari ini...

Vice President TM Meeting...
^_^

First dapat call dari Kak Dayah,
terasa tak nak pergi pun ada,
tapi dengan semangat cari coat nya,
saya pun kembali bersemangat nak pergi.
Terima kasih pada Kak Ina Shafina, Kak Suraya, Kak Ann,
kerana meminjamkan coat kalian! ^_^
Dengan coat kalianlah, kami tampil bergaya.. cewah~~~

Alhamdulillah,
VP, Encik Zainal is a very nice person and very close to En Zam.
He concerns about us. Rasa dihargai sangat-sangat. InsyaAllah, akan kami lakukan yang terbaik untuk membalas jasa kalian.
Banyak juga input tentang YTM yang kami dapat,
sambil-sambil senyum@sengih-sengih sesama kami ( saya, ecah, syima, apih, uddin, faain)
sebab kami memahami Kak Dayah.. cewah~~~


Kami tahu Kak Dayah concern tentang kami semua,
thanks Kak Dayah! ^_^

Tahulah kami sedikit projek baru TM.. contohnya
HSBB ( High Speed Broadband). Saya tahu ni pun daripada Abang Din. Bagus projek ni, semoga berjaya hendaknya! Sewaktu sesi Q&A pun kami dapat tahulah matlamat TM.. so, pandai-pandailah sahabat YTM yang lain buat keputusan!! ^_^.

Apa pun, saya terhibur sedikit dalam meeting nie, mengantuk tu biasalah, namun input yang penting! Ada juga kenal orang baru.. kan syima????? rugi x tangkap gambar tadi!

Bolehlah set masa depan sekarang dalam TM. En Zainal pun ada bagi contact number,
so make full use of it! hoho~~~

Tak tahu nak berceloteh apa. Cukup rasanya sampai di sini.
Kepada sahabat YTM..
sebenarnya, perjumpaan ini nak kumpulkan semua,
namun ada sedikit kesulitan, hanya beberapa je yang dijemput.
En Zainal cakap, nanti dia nak jumpa kita lagi dalam program YTM!
Grab this opportunity to get know him! ^_^

Akhir kalam,
makanan tadi sedap ar.. tambah-tambah lagi kuih tu... yum3..


~First time pakai smart kat kampus~


~Encik Zainal di sebelah kanan~


~Maaf, gambar kecik je, duduk jauh sangat~


~Khusyuk sungguh..~


~Kami je yang asyik kuarkan handphone tangkap gambar..sedangkan tengah meeting kot~


~Bakal peneraju TM.. Amin~


~Kumpulan nasyid baru ke? Apa namanya? Macam baru keluarkan album single je~


~Ada gaya peguam tak?~

p/s :dari mula sampai ke akhir.. Tak ada pun VP sebut sal budak IT... tertunggu-tunggu je...yang disebut budak Engine, Accounting, Marketing.. hoho... nasib bek la bilangan IT dalam bilik tu dua orang je....

Tuesday, August 11, 2009

Kekuatan

" Kamu akan rasa nanti, kamulah orang yang paling jahat di dunia ini! "

Ya Allah, aku memohon kekuatan daripadaMu.

Ini adalah jalan yang telah aku pilih.

Bimbinglah aku ya Allah.

^_^

******************************
~Entry dari nurafaz untuk nurafaz~
~NO OUTSIDER!!!!!~

Kita perlu matang. Aku harus matang! Biarlah kita melalui sesuatu itu dengan matang!
Dan biarlah aku melalui sesuatu perkara dengan matang.

Aku mahu selepas ini langkahku kembali lebar.
Dan selepas ini aku akan lebih kian tegar.

Ya Allah, aku benar memerlukan kekuatan!
Aku tak mahu terus lari seperti dulu.
Kali ini, biar aku terus berdiri di atas line aku ini!

Dan ingatlah....
aku, kau, mereka, semuanya punyai perasaan.
Andai terguris,
maaf dipinta..

~~aku perlu terus menulis..tapi bukan di sini. Karyaku telah banyak aku tinggalkan. Rindunya aku akan semua itu!!~~

nama pena :
~nurafaz~

Monday, August 10, 2009

Terima Kasih

Alhamdulillah.

Semalam ( 9 Ogos 2009 ),
sempatlah pergi PC Fair kat MP.
Ramai sangat orang.. sesak sungguh jalan raya.

Tak beli banyak pun..silap.. tak beli sangat pun.. eh bukan.. tak beli pun,
just datang nak tengok-tengok. Hanya beli pesanan
barang orang pada saya je.

Sempat gak la snap gambar dengan pelakon KOREA..
Wah..siapakah?
huhu~~



Siapa ek kawan-kawan ( merujuk pada semua yang bergambar tadi).

Lee Jun Ki ke?? Oh...tak mungkin sama sekali.

Apa pun, saya berasa seronok. First time saya lakukan sesuatu yang saya tak pernah lakukan.
Thanks my friends. ^_^. Next time pastikan SPIDER mira nye!!! hoho~~

Akhir kalam,
Kita mungkin memahami seseorang itu, tapi itu hanyalah jangkaan kita. Namun, cubalah memahami mereka, satu hari nanti, kita pula yang akan difahami. Hah??? ^__^

Sunday, August 09, 2009

Seminggu di rumah


Alhamdulillah

Tak sangka, cepat je masa berlalu. Tengok-tengok dah habis cuti. Tak puas sebenarnya,
namun tanggungjawab dan perjuangan yang masih belum selesai di Bumi Melaka,
harus pulang juga! ^_^

Seminggu ( x cukup seminggu sebenarnya) bercuti, banyak mengajar saya erti memahami diri sendiri. Apakah?

Banyak yang saya lakukan sebenarnya musim cuti meskipun duduk rumah je. Banyak juga yang telah saya pelajari di rumah sambil berkomunikasi dan ber'conference' dengan Ateh di Perlis nun.
Syukran Ateh. Ateh memang banyak membantu..Alhamdulillah.

Ingat lagi waktu meraikan hari jadi Ibu, abah ada bagitahu.
Anak-anak abah degil sebenarnya. Dah diberitahu dah, tapi masih nak buat. Kamu nak PENGALAMAN mengajar diri sendiri. Abah biarkan saja kamu. Bila sudah ada pengalaman, baru mahu berfikir akan tindakan seterusnya. Itulah anak-anak abah.

Saya kembali berfikir. Dalam bas, saya juga kembali berfikir, dan sedar tak sedar saya menangis sekali lagi. Tangisan yang entah kali berapa untuk ketika itu. Tangisan yang saya rasa tak perlu, tapi jiwa saya tersentuh. Betulkah apa yang akan saya lakukan?

Sekembalinya saya ke Bumi Melaka, berjumpa teman-teman seperjuangan yang banyak membantu saya di Bumi MMU ni, saya kembali berfikir. Ada kalanya saya rasakan, masa untuk berfikir tu seakan tak perlu. Namun, untuk perubahan, perlukan semua itu. Hoho..^_^

Ini adalah diri saya. Saya tetap saya. Dan ini adalah blog saya. Tikar serta hamparan saya meluahkan serta mencoretkan segala apa yang saya lalui. Di sini juga saya mula belajar apa itu dunia IT sebenarnya. Sebagaimana saya mulakan dengan kedamaian, saya mahukan juga pengakhiran yang baik!

Orang yang ada kemahiran, ada kalanya sering menyalahgunakan kemahiran yang mereka miliki. Mahu membimbing orang lain, namun tersasar juga. Mahu lakukan sesuatu namun sering membawa kepada kemusnahan. Bagi mereka yang kurang berkemahiran, sentiasa rendah diri, sentiasa mahu berada di aras yang sama. Sering terlintas, "Aku tak punya apa-apa. Ini sahaja yang aku miliki. Biarkan aku begini!"

Sedih jika keadaan sedemikian masih lagi terjadi. Ke mana dan apa tujuan sebenarnya kita lakukan sesuatu perkara itu?

Ya, saya lakukan kerna saya simpati.
Saya buat ni sebab saya rasa saya perlu lakukan.
Kalau saya tak buat, siapa lagi?
Kerana Allah! Ya, saya lakukan kerana Allah!

Niat...semuanya bergantung semula pada niat. Jika sesuatu yang kita lakukan bukan kerna Allah, pasti ada kesulitan di pertengahan. Benar?
Saya rasakan ini adalah benar. Jujurnya, saya sendiri telah mengalaminya. Namun, untuk memotivasikan diri, saya katakan pada diri, semua rintangan mematangkan kita. Ingat, Allah mahu kita bergantung padaNya! Dan perbetulkanlah niat!

Masih belum terlambat untuk memadamkan kisah dulu..dan melakarkan kisah yang baru. Saya gemar memerhati ragam manusia. Saya terhibur ketika memerhati mereka. Ada kalanya, saya terfikir, jika saya di tempat mereka, bagaimana keadaan saya pula?

Setiap kita dicipta dengan pelbagai keunikan dan kita adalah sebaik-baik kejadian! Namun, kenapa kita menyalahgunakan kesempurnaan kejadian kita ke arah yang tak sepatutnya? Tepuk dada, tanyalah iman. Saya bukan seorang yang alim, yang mampu menggoyahkan seseorang dengan kata-kata. Saya juga bukan seorang ahli falsafah, yang mampu merencana hujah. Saya juga bukan seorang Nabi, mahupun malaikat.

Saya hanya seorang hamba Allah (Abdullah) yang tidak mempunyai apa-apa di dunia ini. I'm totally zero! Without Allah giving me all that I have till now, I'm ZERO. Kudrat untuk saya mencelikkan mata, tersenyum, semuanya datang daripadaNya. Semuanya milikNya. Semuanya pinjaman yang akan diambil suatu hari nanti.

Entah mengapa, banyak yang mahu saya coretkan di sini, tapi masih lagi ada benteng yang tidak mahukan saya untuk terus menulis. Cukup sampai di sini.

Banyak lagi yang perlu saya pelajari di muka bumi ini, sebelum Malaikat Izrail menjalankan tanggungjawabnya ke atas saya.

Perubahan? Bukannya mudah untuk dilakukan..namun untuk terukir di bibir ianya cukup senang!!

p/s : saya memang sudah berubah. saya dah tak jumpa diri saya yang dulu. Adakah ini sesuatu yang baik untuk saya????

Monday, August 03, 2009

Dah Takdir

Alhamdulillah,
sampai dah rumah kul 2 pagi tadi.. ^_^
Best lak naik Starmart!

Balik rumah je,

dapat tahu
Ghoni hilang!
Dah seminggu dah die xde..

Tak terkata langsung.. terkedu!
Saya selalu tinggal rumah sorang-sorang,
selalunya Ghoni la temankan..
Lucky tu asyik lesap je..

nak makan baru balik.

Sedih sih~~
sangat sedih!

Sama ada Ghoni diambil orang
atau dia dah tak de kat dunia ni...
:(

Semoga yang ambilnya tu jagalah Ghoni baik-baik.
Ghoni tu kucing yang pelik. Perlukan care y
ang lebih.
Saya sangat sedih!
Kalau rase tak boleh jaga Ghoni...pulangkan semula pada kami!
~~Merayu~~


Kami sayang Ghoni!
Sangat!


Bila tengok semula gambarnya..
lagaknya main dengan kami..
serius rindu+sedih.


Apa pun.. dah takdir..kene terima.
Ghoni.....

~Ghoni yang kat belakang tu ( bak kata uddin cam raja firaun). Lucky lak yang putih tu.~

~Ni lak Ghoni waktu kecik~

Bila sesuatu yang kita sayang diambil..tentu pedih kan?
Dah takdir..
terima dengan hati terbuka..

~nurafaz~

Saturday, August 01, 2009

Sunyi?

Alhamdulillah
Diberi kenikmatan hidup sehingga ke detik ini.

Suppose,

saya, Nadiah, Ecah gi KL..
tp, di saat2 akhir kami batalkan.
.
Kalau x, sekarang kami dh berada di KL dah..
esok baru kami pulang semula ke Melaka.

Tidak mengapa, ada hikmahnya.

Yang ke KL. ;
Abg Zulfazlizan, Abg Zulhairi, Abg Nik, Atif,
Kak Kamilah, Kak Wani, Kak Su
haila,
hati2 ya..jaga diri kalian di sana

erm..
Saya ni baru balik dari Melaka Sentral..
nk tukar tiket..boleh balik pagi esok, instead o
f balik malam,
namun, takdir telah menetapkan kami pulang malam esok..^_^
Sunyi..MMU nie..
malam ni, rumah Dahlia 6 akan bising
la..hoho~~~
maaf dipinta pada kedua-dua belah rumah (jiran) andai
kami ni terlampau bising~~

Sambil jalan2 kat MC..
teringin lak nak makan SUP UTARA..
Oleh kerna saya ni org UTARA..

Saya dengan suka hatinya memesanlah SUP PERAK..hoho~~
meh la cube~~^_^~~


Selesai bab makan dan tiket~~
Masa untuk pulang ke Dahlia 6.

Sekarang saya bawa pula kisahnya kelas saya ni.
Saya ingat lagi..
waktu Alpha..

dalam LAB..
yang wat eksperimen, sumenye YC.
.
die xkasi kami watkan..
so, tugas kami adalah wat report dan salin..hoho~~

Tapi dah masuk Beta ni, bila time LA
B..
saya terfikir..YC xde dh.. saya kene berdikari~~ ^_^~~
Satu group ngn Nadiah..mmg best r.
Eksperimen pertama ok..

Kedua pun ok..

Tapi dua minggu yang lepas..
Entah mengapa..eksperimen fail!!
Geram sungguh rasa di hati..

Tu dia.. Bila dicheck..lagi 15 minit nak habis kelas.. baru tahu.. salah satu kaki IC tu patah rupenye.. aduih~~~ *_*~~~

Sebenarnya, wat eksperimen ni best tau..sangat best!
Tapi bila tak dapat wat tu..memang tension
giler! Sangat!
Lain pula bila kita dapat wat. Seronok sangat!
Sama juga kesnya dengan belajar Programmi
ng.
Bila tengok benda yang kita program tu berjaya, mmg riang sangat!
Alhamdulillah!!

Tu kisah waktu saya dalam LAB..
meh saya story lak jika saya dalam lecture..
^_^


Saya hanya boleh tumpu dalam kelas sejam yang pertama..
Selepas tu saya akan mula berada di awang-awangan.
Ada kalanya, saya akan bawa story book extra,
tak pun saya wat latihan Cina,
atau saya sembang dengan orang sebelah ( Nad
iah la tu)~~~
paling kerap, saya terlelap..erm...
saya selalu terfikir, kenapa saya begini sejak ma
suk Beta nie?
Sampai sekarang saya tak ketemu jawapan..
dari saya terus mencari jawapan, ada baiknya
saya cari alternatif lain untuk saya terus stay di atas track yang betul...

Erm..

saja nak share..
salah satu yang saya suka wat jika dah tak boleh t
umpukan perhatian..
dan ini diamalkan sejak ALPHA lagi~~

Nampak tak apa yang saya wat tu? Orang selalu tanya, "Kau wat game ke?"
huhu~~ x delah.. saya pun tak tahu apa yang saya wat.
Tapi kalau saya betul2 mengantuk..bila wat bende tu, saya rasa segar sedikit.
Dan saya juga akan buat benda di atas ni ketika saya berada dalam keadaan marah.
Banyak koleksi saya dah kumpul..huhu~~

Yang ni pula saya testing guna tangan kiri saya. Saya latih tangan kiri ni sejak sekolah menengah.
Bila saya tak boleh tumpukan perhatian,
saya akan melukis menggunakan tangan kiri..
Dan saya siap sediakan satu buku khas lagi~~ ^_^ ~~
Menggunakan kedua-dua belah tangan, kiri@kanan,
akan meransang otak kita dengan lebih baik kerna setiap anggota memainkan
peranan tersendiri dalam meransang fungsi otak kanan@kiri.
Amacam comel dok tulisan tu?? ^_^

Saya duk fikir juga tadi..

Apa sebenarnya motif saya update blog ni??
Mungkin suka-suka je kot..
untuk memecahkan kesunyian Dahlia 6..

hoho~~

Akhir kata..
yang balik umah, selamat bercuti..jumpa selepas cuti nanti.
Manfaatkan cuti kalian.
Yang tak balik, jangan sedih.. manfaatkan juga
cuti kalian! ^_^
Selamat semuanya...*_*


Bila saya tengok mesin ATM..
saya teringatkan YTM..
blakang tu "TM" gak..
erm...
bilakah????????????

p/s:

Rindu sama kalian!!!!!!!!!
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design