Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Wednesday, July 15, 2009

Khayalan@Realiti@Impian

"Kenapa ni?"
Azfar menggeleng pantas.

"Tak ada apa-apa?" Adha kembali menyoal.
Sekali lagi pantas digelengkannya.

Adha tersenyum. Jiwa sepupunya itu tidak terlalu sukar untuk dibaca.
"Jadilah bunga yang berada dalam balang kaca, sukar untuk disentuh,"
Adha kembali memulakan bicara. Azfar merenung tanpara berkedip.

Adha mengalihkan laptopnya kepada Azfar.
"Blog ini saksinya. Ini kan tikar diari kau. Pasti ada sesuatu yang merunsingkan kau ni. Aku dah kenal kau lama la Far. Setiap butir kata yang kau tulis kat blog kau ni, semuanya telah kau alami,"

Azfar hanya mendiamkan diri. Nak cakap segan, cakap nanti malu pula. Berkias barangkali??

"Penulis cerita mempunyai imaginasi yang hebat bukan?" Azfar bersuara.
"Terpulang pada penulis tu lah. Imaginasi penting, untuk menghidupkan sesebuah cerita. Melalui imaginasi tulah, pembaca tertarik nak tahu jalan cerita seterusnya," Adha memberikan jawapannya.

"Kenapa?"
"Salahkah jika aku mahu sesuatu yang perfect?"
Adha kembali tersenyum.
"Siapa bunga tu?"
Diam. Tiada respon dari Azfar.

"Far, kita tak salah nak kan kesempurnaan.Ada kalanya sempurna tu satu doa untuk diri kita cari dan jadi yang terbaik. Tapi ingat juga Far, sejauh mana kita cuba kejar kesempurnaan, andai kesempurnaan itu buat kita menderita, terseksa, jauh dari manusia dan Pencipta, baik kau lupakan Far,"

"Dan jangan kau nak cakap yang kau nak kaitkan imaginasi seorang penulis dalam menentukan hidup mereka?" Adha cuba meneka. Ditenungnya Azfar.

"Kau pun tahu yang aku ni suka mengarang, lebih-lebih lagi cerpen. Dalam sebuah cerpen, kita mahukan kesempurnaan cerita, baru orang tertarik nak baca. Dan...." Azfar terkedu.

"Dan kau nak cakap yang kau mahukan kesempurnaan hidup kau sama seperti kesempurnaan cerita yang kau karang? Benar?"

Azfar hanya mampu mendiamkan diri. Adha berjaya menekanya dengan bijak.

"Far, kita semua tak sempurna Far. Cerita yang kau karang tu Far pun bukannya sempurna sangat. Kita semua tak sempurna. Andai kau tak sempurna Far, apatah lagi cerita yang kau karang tu. Bolehkah ia sempurna?"

"Andai kau mahukan kesempurnaan, sampai hujung nyawa pun kau tak kan temui Far. It's too subjective. Kau adalah sesuatu yang realiti Far. Cerita kau adalah sesuatu yang maya. Ia adalah dua benda yang berbeza. Sangat berbeza. Jangan samakan hidup kau dengan cerita yang kau telah karang. Lain sangat Far,"

"Far, kau fikirkanlah apa yang terbaik untuk kau. Andai kau boleh terima apa yang telah diberikan pada kau seadanya, dia juga akan terima kau seadanya. Jangan kau cuba mahu jadikan kisah hidup kau satu cerita maya. Sampai ke penamat kau tak temui apa-apa,"

Azfar jauh termenung. Adha kembali menaip.

~hak tercipta terpelihara nurafaz~

*************************************

Sempurna.
Kesempurnaan.
We are not perfect, but we can achieve perfection.

Ini sahaja mahu karang. Hati melonjak mahu mengarang. Mungkin tak ada moral value dalam entry ni, tapi bagi penulis, setiap yang tertulis itulah moral bagi diri ini.

~nurafaz~




2 comments:

nafisa said...

salam..
dah update ke citer??
klu dah, nak bce!!!
dah siap bgtau eh..hihi..

..: nurish :.. said...

cite ape dila?
yg kt atas tuh selingan je..
cerita masih tergendala..
masih tak istiqamah lagi utk terus menulis cerpen.
InsyaAllah..
siap akan diberitahu~~~huhu~~

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design