Followers

My Wattpad

29 Jul 2009

Updated

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah,
Hajat mahu menukar skin blog sejak beberapa mingg
u yang lepas telah tercapai.
Amacam?
Menarik tak?

Reaksi beberapa teman yang rapat dengan saya tentang blog sa
ya ni saya dah expect dah.
Pasti mereka terkejut.

Blog saya satu lagi pun menggunakan skin yang sama.
Idea asal mahukan warna yang gelap..lebih smart,
tapi entah mengapa, saya tertarik dengan design te
mplate yang sebegini.

Saya lihat reaksi Ecah...Aida.. huhu~~
Apa dia?
Langsung tak kena dengan diri Mira
kan?

Tau dah~~

Memang saya kurang gemar pink..
Boleh dikatakan koleksi barang-barang yang saya miliki,
nak jumpa warna pink tu amatlah tipis.
Yang banyak, hanyalah warna biru dan hitam.
So, memang normal lah kalau ada yang ca
kap
"Tak sangka Mira, blog kau...dahsyat"

Tak kisahlah.. saya mahukan perubahan.
Bukan setakat skin blog ini sahaja yang dah
syat,
mungkin nanti isi blog ini pun akan dahsyat ju
gak..wah~~

Saya sedia menerima KOMEN teman-teman tentang skin baru blogku ini..huhu~~

**********

Selesai mock meeting sebentar tadi.
Alhamdulillah, teringat waktu PEN0015,
erm..

takut memang ada..
pegang jawatan GM..tapi cakap sikit je..
stakat ulang balik point yang telah
disebut.

Tahniah buat groupku.
Kalian hebat, sangat hebat.
Dan sangat senang satu group ngan kalian.
Tambah-tambah lagi Fatima, yang banyak ajar kami serba sedikit
budaya Arab dan bahasa Arab.

Midterm pun dah habis.
Buat yang masih ada midterm,
Jia You!
Semoga dipermudahkanNya.

Result midterm pun dah keluar...h
uhu..
Jujurnya...saya sedikit kecewa dengan pencapaian saya dalam midterm.
Sampai sekarang saya masih memikirkannya.
Sebagai penyejuk hati....
saya cuba berfikiran positif
..
susah gak nak latih diri untuk positif..hurm...^_^

*************************
Selasa - 9.00 malam.

BIP Gathering.

Siang melabuhkan tirai..malam pula menjelm
a.
Beberapa malam,

bulan tersenyum je, hostel pula semakin sunyi..huhu~~
Tapi ACR1005, lain agendanya...

Alhamdulillah, selesai gathering.
Segala berjalan dengan lancarnya.
Satu pengalaman baru buat saya juga sebenarnya.
Syabas dan terima kasih pada teman
seperjuangan BIP.
Ribuan terima kasih pada yang memeriahkan majlis.
Dan jutaan terima kasih buat ahli BIP yang hadir.

Khas buat sahabat-sahabat yang datang untuk beri sokongan moral,
terima kasih banyak. Korang memang best ar. Semoga ukhwah antara kita lebih kukuh! Dan selalunya untuk menjadi kukuh dan jitu, banyak ujian
dan cabaran yang perlu ditempuh.. itu lumrah hidup.


~AIN & DILA...gambar kalian Mira upload kemudian..huhu... sume gmbar de dlm ex hard disk~

Semoga kita semua diberi kekuatan dan dititipkan ketabahan dalam menempuhnya.

InsyaAllah,
ini merupakan permulaan yang baik,
dan seterusnya juga mengharapkan yang baik juga ^_^

*********
p/s : Wan Apih...banyak ke download movie.. meh wat sistem barter..huhu~~
Mira de cite Sailormoon + Power Rangers Operation Overdrive..hoho~~

28 Jul 2009

Hepy Birthday Sis

Allah selamatkan Ilah
Allah selamatkan Ilah
Allah selamatkan Nur
Adilah
Allah selamatkan Ilah..

^_^

huhu~~

Dah tue dah rupenya adik akak sorang nie..
Maaf ek..kak cik lupe r ari jadi Ilah..
Tetiba handset berbunyi dalam kelas..
Reminder..huhu~~

Selama ni ingat, banyak benda kot dalam kepala,
satu-satu dah semakin l
upa.

Di sini, entry khas buat
Ilah..
huhu~~~Dari kiri : Kak Lang, Saya, Kak Ikin, Ilah Dari Kiri : Along, Ateh, Angah~

Buat Nur Adilah Ishak yang sudah 17 tahun,
Tahun ni SPM kan?
Best of luck my dear sis
,
You are different from me, you are more hardworking.
But one thing.. do not stress your
self eh..
Study2 juga, masa utk diri perlu ada.

Zaman remaja adalah zaman mencabar,
perlu kuat luar dan dalam.
Seperti yang kak cik bicarakan,
Ilah lain dari kak cik..huhu~~
kak cik ni nakal..

Pepun..
Semoga adik akak sorang ni berjaya dunia dan akhirat.
Jika ragu-ragu, rujuk pada yang p
akar.
Jangan stress2..
Segala yang baik ambil jadikan pengajaran.
Sejak arwah mak xde, Ilah yang dulunya terumbang-ambing,
sekarang lebih matang dari kak cik..huhu..bagus!!

Akhir kalam,

Cintakan ilmu ya sis,
capai cita-cita tu..
Kak cik dah ambil jalan lain,
Ilah teruskan dengan niat kat hati tu.
Yang paling penting,
bergantung padaNya..

Hadiah???
hoho~~
Pas SPM ek..huhu~~

~Jadilah mawar yang berduri adikku~


26 Jul 2009

Drag me to hell

Salam.
Apa khabar?

Alhamdulillah..
Syukur akhirnya terupdate juga.
Lama juga tak update kan? Saje nak ambil angin baru.
Lagi pun dengan keadaan diri yang masih terumbang-ambing m
enyukarkan saya untuk terus setia di sini.

Setelah habis exam semalam, dalam jam 11 pagi. Saya, Nadiah, dan Siti Hajar telah merancang satu program antara kami-kami je. Apakah? Atas sebab ma
hu release tension menjawab 3 paper yang sampai sekarang saya agak kecewa sedikit. Apa pun, kena teruskan juga. Yang akan datang, harus lebih baik!

Sambung cerita, kami bertiga telah ambil kata sepakat untuk ke Dataran Pahlawan. Kami ke MC menaiki bas Panorama, seringgit je~~~ hoho~~ tapi ada juga keburukannya naik bas ni..^_^..


Sesampainya kami di MC, kami cari pula bas nak ke MP.. sebab DP tu depan MP je..
Kami bukannya nak main bowling, tapi kami pergi tengok wayang. hoho~~
Rancangan awal, nak tengok HARRY POTTER. Lepas tu berkenan pula dengan cerita ICE AGE 3. Yalah, nak releasekan tension, mestilah nak tengok cerita yang bersahaja.

Tapi, selepas bermusyawarah dengan Nadiah & Hajar. Kami setuju nak tengok cerita DRAG ME TO HELL. Aduih~~ Cerita hantu kot. Ingat lagi Nadiah cakap.. "Tak pe, kalau takut sangat, buka cermin mata, bukannya nampak apa,"

Jangan tanya saya tentang cerita ni. Memang best!! hoho~~ Tapi saya ingat2 lupa je. Pertengahan cerita, kepala saya sakit sangat. Mungkin lepas jawab midterm, pastu layan pula cerita hantu yang suspens lebih, buat saya sakit kepala. Pepun, cerita ni berjaya buat saya tersentak@terkejut dua tiga kali, yang lain, saya pejam je mata...hoho~~

Hajar lak cakap, cerita ni lagi best dari SKRIP 707. Syabas cerita ni. Memang tak disangka-sangka endingnya..^_^.. Cubalah tengok.
Next trip.. kami akan tengok cerita PROPOSAL lak.. jom~~

Untuk pengetahuan, inilah kali pertama saya pergi ke pawagam di Melaka. Jika tanya saya, Ipoh nye pawagam lagi best..smart.. berbanding di Melaka. Yang saya suka kat Melaka ni hanyalah kerusinya yang empuk. Duk lama pun tak sakit badan.

Setelah tengok wayang, kami bergegas cari surau. Dan sesudah solat, kami cari tempat makan pula. Oleh kerana kerap makan kat sana, kami ubah selera..makan fast food. hoho~~ Nadiah bayarkan untuk saya.
Sesudah makan, kami ke Thai Kuang. Inilah KEWAJIPAN kalau keluar ngan saya & Nadiah. Kalau keluar dengan saya kat IPOH, huhu.. akan ke kedai komp je.. sian adik saya~~ ^_^~~
Hampir sejam lebih kami kat sana. Best tau. Belek-belek buku. Nak beli, alhamdulillah, duit tak masuk lagi.. hanya boleh wat list nak beli buku ape je.. ^_^ ..

Sesudah itu, kami meneruskan misi mencari hadiah tuk KAK WANI CUMIL.. huhu~~
Hope akak suka dengan hadiah tu.

Kami pulang dalam jam 8 malam. Setelah solat Maghrib, saya bergegas pula ke kampus. Bantu Aida dan yang lain untuk Birthday Bureau. Badan yang agak kepenatan sebab tidur lewat..huhu~~ banyak yang kita bicarakan kan Aida & Ekin??

Alhamdulillah, segala yang dirancang, berjalan lancarnya. Syukur. Segala kekurangan, kita baiki untuk next event. Tahniah dan Mambruk buat BAK...Aleep..Aida..Ekin.. Atif.. dan semua yang terlibat ^_^.

Hari tu, saya hadapi hari dengan badan yang letih sekali. Minda pun letih..namun tetap berpuas hati sebab saya tahu, masih ada lagi yang lebih sibuk dari saya. Yang dirinya hadir di akhir majlis sahaja.

Buat KAK WANI CUMIL, bukan kami tak wish akak,
ingat tak apa yang kami beritahu,
"Untuk next person nye birthday, kami akan lakukan dengan lebih kejam lagi. hoho"
Maafkan kami akak.
Semoga panjang umo, dimurahkan rezeki, berjaya selalu, cepat naik pelamin nye kak.. ^_^
Itulah dia kisah saya. Erm..
Balik rumah je, saya terus tidur. Minda saya perlukan rehat. Dan saya harap, kawan2 saya pun begitu..

Lupa pula,
Kami terserempak dengan pelancong daripada Korea. Lawak jugalah. First kami tegur dia, dan dia nak balas tu macam lawak. Yalah, orang kita tak kenal, tetiba tegur. Kesian pula mak cik tu.. ^_^.
Si Hajar apa lagi, speaking Korea la dia. Bagus2.. sempat juga kami bergambar dengan dia, nak bluetooth susah, sebab dia guna kamera..bukan handsetnye kamera..huhu~~ ^_^~~

Wo jiao Nur Amirah.. hoho.. Wo yia li. huhu..tu bahasa cine ye.. dan hanya gurauan je.

p/s : Saya nak balik IPOH!!! Rindu sama MEE UDANG KUALA SEPETANG!!!!


"Minggu depan BIP Gathering pula. Bagaimana pula?? huhu~~"

15 Jul 2009

Khayalan@Realiti@Impian

"Kenapa ni?"
Azfar menggeleng pantas.

"Tak ada apa-apa?" Adha kembali menyoal.
Sekali lagi pantas digelengkannya.

Adha tersenyum. Jiwa sepupunya itu tidak terlalu sukar untuk dibaca.
"Jadilah bunga yang berada dalam balang kaca, sukar untuk disentuh,"
Adha kembali memulakan bicara. Azfar merenung tanpara berkedip.

Adha mengalihkan laptopnya kepada Azfar.
"Blog ini saksinya. Ini kan tikar diari kau. Pasti ada sesuatu yang merunsingkan kau ni. Aku dah kenal kau lama la Far. Setiap butir kata yang kau tulis kat blog kau ni, semuanya telah kau alami,"

Azfar hanya mendiamkan diri. Nak cakap segan, cakap nanti malu pula. Berkias barangkali??

"Penulis cerita mempunyai imaginasi yang hebat bukan?" Azfar bersuara.
"Terpulang pada penulis tu lah. Imaginasi penting, untuk menghidupkan sesebuah cerita. Melalui imaginasi tulah, pembaca tertarik nak tahu jalan cerita seterusnya," Adha memberikan jawapannya.

"Kenapa?"
"Salahkah jika aku mahu sesuatu yang perfect?"
Adha kembali tersenyum.
"Siapa bunga tu?"
Diam. Tiada respon dari Azfar.

"Far, kita tak salah nak kan kesempurnaan.Ada kalanya sempurna tu satu doa untuk diri kita cari dan jadi yang terbaik. Tapi ingat juga Far, sejauh mana kita cuba kejar kesempurnaan, andai kesempurnaan itu buat kita menderita, terseksa, jauh dari manusia dan Pencipta, baik kau lupakan Far,"

"Dan jangan kau nak cakap yang kau nak kaitkan imaginasi seorang penulis dalam menentukan hidup mereka?" Adha cuba meneka. Ditenungnya Azfar.

"Kau pun tahu yang aku ni suka mengarang, lebih-lebih lagi cerpen. Dalam sebuah cerpen, kita mahukan kesempurnaan cerita, baru orang tertarik nak baca. Dan...." Azfar terkedu.

"Dan kau nak cakap yang kau mahukan kesempurnaan hidup kau sama seperti kesempurnaan cerita yang kau karang? Benar?"

Azfar hanya mampu mendiamkan diri. Adha berjaya menekanya dengan bijak.

"Far, kita semua tak sempurna Far. Cerita yang kau karang tu Far pun bukannya sempurna sangat. Kita semua tak sempurna. Andai kau tak sempurna Far, apatah lagi cerita yang kau karang tu. Bolehkah ia sempurna?"

"Andai kau mahukan kesempurnaan, sampai hujung nyawa pun kau tak kan temui Far. It's too subjective. Kau adalah sesuatu yang realiti Far. Cerita kau adalah sesuatu yang maya. Ia adalah dua benda yang berbeza. Sangat berbeza. Jangan samakan hidup kau dengan cerita yang kau telah karang. Lain sangat Far,"

"Far, kau fikirkanlah apa yang terbaik untuk kau. Andai kau boleh terima apa yang telah diberikan pada kau seadanya, dia juga akan terima kau seadanya. Jangan kau cuba mahu jadikan kisah hidup kau satu cerita maya. Sampai ke penamat kau tak temui apa-apa,"

Azfar jauh termenung. Adha kembali menaip.

~hak tercipta terpelihara nurafaz~

*************************************

Sempurna.
Kesempurnaan.
We are not perfect, but we can achieve perfection.

Ini sahaja mahu karang. Hati melonjak mahu mengarang. Mungkin tak ada moral value dalam entry ni, tapi bagi penulis, setiap yang tertulis itulah moral bagi diri ini.

~nurafaz~




Muktamar Sanawi

Alhamdulillah,
Muktamar Sanawi telah berakhir.

Yang penting KERJASAMA! ^_^

Faain, yang mahukan namanya dalam blog ni. Mula-mula Aida, pastu Faain..
siapa pula selepas ni?

Dah update dah. Janji tetap janji. Setiap satu patah perkataan bernilai seringgit.

Huhu~~~~

Kepada Uddin:

Nak komen kat blog ko tak boleh, de prob kot..
Tak pelah, kat sini khas tuk ko.
Jangan tension2 meskipun tau ko tension.
Actually, ada masanya kurang berani jugalah nak bertegur dengan ko.
If anything, bagitahu je, sebagaimana ko minta untuk diberitahu masalah kami.

Mungkin ak tak banyak nak dapat tolong ko, tapi cuba sebaiknya..
Kadang-kala gurauan ko yang ada kalanya kurang logik tu sedikit sebanyak adalah kekuatan ko.
Teruskan usaha ko.

p/s : kita masing-masing mempunyai hala tuju hidup sekarang. Nurafaz, Uddin, Aida, Ecah, F
aain, Wan Apih,Wani, Nadiah, Ain, Izzwan, Exo, Aleep, Ekin, Dila, Syima. Masing-masing antara kita pegang tanggungjawab dan amanah yang telah diberikanNya. Namun, kita semua tetap bergelar kawan. Dan mempunyai kawan seperti kalian adalah sesuatu yang menakjubkan. huhu~~ bukan nak berpuitis, tapi ini lahir ikhlas dalam hati.

^_^

13 Jul 2009

Tag pun Tag la..

Ni tag yang Zu@exo kenakan..
Meh saya jawab bg pihak member yang lain.

1. Nama-nama timangan anda : (banyak gak la.. mule dr sek rendah ek)
~mi'a
~mirh
~timah
~kak cik
~nurafaz

2. Anda seorang yang??
*suka dengar je pastu buat
*pendiam
*gemar mengarang
*suka tengok orang

3. Insan teristimewa :
~Mak
~nurafaz

4. Lagu kesukaan anda :
*Amani
*Lao shu ai da mi
*others yg sedap didengar

5. Makanan kesukaan anda :
~apa sahaja jenis masakan asalkan tak pedas..
bukannye tempoyak..pajeri nenas.. dan apa sahaja
yang ada kaitan dengan buah-buahan untuk dibuat
lauk

6. Sikap yang buatkan anda stress :
*menyempitkan saya dalam keadaan yia li(stress)...

7. Warna kesukaan??
~ biru..sangat gemarinya..

8. 3 bende yang mesti ada dalam beg??
*dompet
*kertas
*phone

9. Bila kali terakhir anda menangis..kenapa??
~erm...

10. Tag 6 rakan anda : (sape ek?)
*Aida (meskipun tau dia tak kan wat)
*Uddin ( wat ek uddin..jika terluang)
*faain (erm...)
*Aishah ( wat tau meskipun ak x tau..)
*Fazysma ( Dialog dunia..anda mesti wat)

p/s: selesai sudah

12 Jul 2009

Friendship Camp

Alhamdulillah,
syukur ke hadratNya memberikan karuniaNya buat hambaNya yang lemah ini.

Semalam, Institusi Usrah mengadakan Friendship Camp (Ice Breaking) di Taman Botanikal Ayer Keroh. Jika dahulunya saya merupakan full-time peserta, semalam saya merupakan half-time peserta. ^_^

Pengalaman yang baru kan? huhu~
~

Pagi tu hujan turun. Hujan rahmat. Dapat pula kami nye program tempatnya sekali dengan UTEM...BADAR..
Alhamdulillah, sewaktu explore race tu
, mereka bertoleransi dengan kami. Syukran. Maaf jika kami ada menyakat anak buah kalian dengan menyamar jadi fasi. huhu~~ ingin menguji ketajaman kalian dalam mengenali fasi sebenarnya..huhu ^_^

FC ni bermula dengan sesi ta'aruf..aktiviti bisu..aktiviti ukh
wah web..it's me.. yeah, quite fun. Salah satu cara nk kenal antara ahli. Ukhwah itu penting..bila terjalin, kukuhkan dan rapatkan. InsyaAllah.

Aktiviti baru yang diterbitkan dalam FC ni dalam slot 3. Saya suka dengan permainan Belalang tu, tapi sebabkan saya ada hal, x dapat nak join. Rugi juga..^_^..

Sampai sesi petang, cam biasa, explore race. Modul explore race ni kami tiga serangkai yang handle. Manager besar kami ( Ecah ) terpaksa pulang, ada hal. Mula-mula tu memang haru sikit. Alhamdulillah, Allah berikan kefahaman pada kami tiga serangkai.

Ada 5 check point, dan setiap check point ada objektifnya. Check point 1, di sini, kami meringankan minda dengan soalan Sirah, namun memberatkan fizikal dengan kedudukan check point yang jauh. Maaf.

Check point 2, tujuan kami buat bedak sejuk tu, kami mau melihat sejauh mana komitment ahli kumpulan sesama mereka. Sanggup ke mereka nak pakai
tepung tu selama dalam explore race ni? Juga memberi gambaran pada mereka, dalam menyampaikan ajaran Islam, kita tak perlu malu. Kita harus berani dan yakin dengan diri.

Check point 3, Hijrah. Check point ni paling saya terkesan. Kerjsama antara ahli kumpulan yang ditunjukkan buatkan saya terasa amat kagum. Tahniah. Kalian memang hebat! Maaf jika perjalanannya agak jauh, namun kalian telah buktikan kalian mampu berkomunikasi dan mampu untuk melakukan tugasan bersama-sama dalam satu kumpulan.

Check point 4, ini merupakan check point baru. Syukran k
ak Zinie. Modul untuk check point ni kak zinie handle 100%. huhu~~ Dalam check point ni, agak variasi sikit. Nak tahu apa? huhu~~ kena tanya Kak Zinie..

Check point 5, Dr Saya. Ini adalah menguji b
idang lakonan. Kami mencari para pelakon. X delah! Gurau je sih. Kat sini, kami nak menguji macam mana dan apa nak buat jika kawan kita sakit. Ini juga adalah semangat kerjasama sebenarnya. Situasi yang kami buat unik sebenarnya.. Jika ada yang perasan, setiap situasi tu kami selitkan sedikit kisah benar. huhu~~~

Barang amanah pula ( saya suka lagi panggil barang
khazanah) sebagai ujian tambahan. Sejauh mana kita mampu jaga benda tu. Setiap kita ada amanah dan tanggungjawab. Mampukah kita menjaga amanah kita? Adakah dengan kehilangan barang amanah dalam explore race melambangkan diri kita sebenarnya yang sedikit sukar manjaga amanah yang sememangnya telah diberikan pada kita dalam meneruskan perjuangan hidup ini? Tepuk dada, tanya iman.

Itu dia, check point yang ada. Alhamdulillah, sekarang semuanya sudah selesai. Saya harap para peserta dapat sedikit input dari setiap aktiviti yang dijalankan. Hope semua enjoy. Maaf juga jika ada salah dan silap, terasa hati, terkurang mana2. Kami budak baru belajar, tegurilah apa yang terkurang tu agar kami mampu untuk memperbaikinya kelak.

Maaf jika saya tak jalankan tanggungjawab saya untuk menerangkan objektif setiap check point. Maaf..

Ada sedikit selingan... keizinan diberikan ol
eh ahli kumpulan..
( Abang Fakhrul tu bukan ahli kumpulan ye)



~Lihatlah bagaimana mereka ragu2 nk berikan barang amanah untuk disimpan. Takut dirampas? huhu~~apalah korang ni. Tapi kan Faain tu, kalau aktiviti yang lepas pun barang amanah dia slalu lesap..^_^ ~




~Kumpulan yang paling sporting. Tahniah. Korang memang best! Lihatlah setebal mana mereka tempekkan tepung tu. Bagus! ~



~ Ini gambar diberikan keizinan oleh tuan empunya diri. Dari muka yang putih suci, tetibe jadi lebih putih...~~



~Sampai dah ke? Macam mana? Menang ke? Barang amanah tu macam tinggal dua je.. ~

Maaf jika gambar yang ada dari kumpulan yang sama sahaja. Itu sahaja gambar yang saya ada buat masa ni.

p/s : Majukan sukan demi diri.. ^_^

MIRA ( Mata Intai Rahsia Alam )
~ini reflect diri saya yang lebih suka perhati dari berkata-kata~

9 Jul 2009

19 Tahun rupanya

Selasa, 7 Julai 2009,
Selepas tayangan Laskar Pelangi.

Ikin : Mira, Khamis ni birthday Aida. Apa kita nak buat?"
Mira : Tu la. Mira ingat nak kenakan Aida. Kita baling tepung ke, apa ke.
Ikin : Ok gak tu. Kebetulan ikin sengaja cari alasan nk tidur umah korang. Kita nak buat kat ne?
Mira : Mira c
adangkan kat tempat lapang, cam depan EP ke. Kalau wat kat kampus, tkut kena marah.
Ikin : Ok gak. Nanti kita plan lagi.

Rabu, 8 malam,
Kejadia
n SMS berlaku.
Ikin : Mira camne plan malam ni?
Mira : Kak Wani cakap de kek. Kita kene bincang dengan kak wani dulu. Takut nanti plan kita lain, plan kak wani len.
Ikin : Ok, roger!

Mira-Kak Wani
Kak Wani : Mira macam mana? Syima cakap nk kenakan Aida.
Mira : Tu lah. Saya cadangkan macam ni kak.. (bla,bla..)

Selepas makan malam kat kuning.
Kak Wani : Kita beli apa yang patut. Kek tak dapat beli lah.
Mira : Tak pe kak, kita cari su
btitute kek tu. Jom. (mencari kek)

Mira-Ikin
Ikin : Mira, nanti kalau beli apa2, bgtau la. Boleh suh Aida masuk bilik. Kami umpan.
Mira : Roger!
Kak Kamilah-Mira-Kak Wani
(Kak Kamilah lah telah menolong kami menyorokkan barang. huhuh~~)

Kat Rumah.. Taman Dahlia.. jam 1 pagi.
(Semua ada, termasuk Ikin)
Ikin : Kak Wani, cepatlah. Kata nak masak cucur.
Mira : Akak, saya nak lebih ikan bilis!

Kak Wani : La, akak ke yang kena masak ni?
Wani : Akak masak kan sedap ( Syima sokong je!)
Mira : Cepat ar kak wani, saya lapar ni! (Padahal dah makan dah tadi)
Ikin : Akak! Nak cucur!
(Rancangan kami masak cucur, padahal menyediakan teoung secukupnya untuk kenakan Aida)

Masa yang ditungg
u setelah banyak halangan dihadapi...
Aida : Kenapa gelap ni? Saya nak buat kerja ni! ( Kak Kamilah menjalankan tanggungjawabnya)

Tiba-tiba:
"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Aida. Allah selamatkan kamu"

Bermulalah section touching. Saya yang tak sambut ari jadi ni pun rasa nak nangis. Apa lagi Ikin jalankan kerjanya. Habis Aida dibasahi t
epung. Amacam Aida, best tak? Idea tu datangnya dari ehem3...huhu..dirahsiakan. haha~~

Selamat Hari Lahir Aida..
Dah tua rupanya.
Ingatlah
pesanan kami tuh..
Nak letakkan rakaman tu, cam tak best lak..^_^

Maaf Aida..sekali sekala mandi tepung kan. Inilah first time kenakan Aida.
Dengar kata orang yang seterusnya akan lebih dahsyat. Siapa la tu eh..huhuhu
Ni ada sedikit selingan.


























.


























Ni lah dia..antara gambar kami.. sempat lagi tu kan.. Bukan stakat Aida je kena tepung. Kami yang x bersalah ni pun kena. Yang empunya blog ni jangan cakap ar camne...

p/s: Aida..ingat kata2 kak kamilah.. Tahniah kerna dah 19 tahun. Takziah kerana usia semakin singkat. Hargai masa yang ada, Aida. Hepy2 slalu. Sayang Aida...~~~^_^~~~

8 Jul 2009

Saya mahu lari

Alhamdulillah, baru selesai kelas.
Saya telah gagal melalui hari ini dengan baik meskipun saya telah berusaha. Mungkin usaha saya tak cukup kuat.

Adakah saya akan terus begini? Itu yang saya fikirkan sewaktu mendengar lecture tadi. Alhamdulillah apa yang diajar saya dapat tangkap dan faham.

Bila kelas habis tamat tadi, saya teringat peristiwa pagi tadi, sewaktu saya dan Nadiah tengah tunggu bas Wira@Tuah..nak ke MC.. belikan tiket Aishah. Apa yang menariknya tentang peristiwa tersebut?

Kami lihat beberapa orang pelajar, berlari-lari dari arah Food Court Ixora hingga ke EP. Ramai pula tu. Pelik juga, tertinggal bas ke mereka tu? Pada waktu tu pula, saya tengah pasang satu lagu kegemaran saya. Lagu ini juga ada ceritanya. Tu yang Nadiah cakap.."Sebab lagu ni ke Mira depa lari?"

Saya memang ketawa besarlah.. apa pula kisahnya lagu tu?

Semalam, sewaktu nak gi Lab, selepas jumpa kawan kat CLC, saya lambat sedikit masuk kelas. Pada waktu tu saya tengah dengar lagu yang saya suka tu lah. Seperti satu perasaan menyelinap masuk dalam diri dan saya terus berlari. Laju jugalah saya lari.

Entah mengapa saya lari, saya pun tak tahu. Bila saya lari sambil dengar lagu tu, itulah kali pertama saya rasa puas ketika berlari. Tak rasa letih pun, rasa seronok sangat. Lebih seronok daripada kena kejar anjing.

Bila saya tengok pelajar2 tu lari, Nadiah pula cakap macam tu buat saya terfikir, betul ke sebab lagu saya tu? Huhu~~~

Saya nak lari macam tu lagi. Dulu, waktu sekolah saya suka berlari. Tapi kat sini, saya lebih suka berjalan. Andai saya diberi peluang untuk berlari, saya mahu berlari seperti saya berlari semalam.

Dalam dunia realiti ni, lari seperti itu seolah-olah berikan saya kelapangan. Saya tak mahu diri ni jatuh. Kalau saya jatuh, saya tak boleh nak lari kan???

"Mira tu belum bersedia lagi nak beri keputusan. Dia belum lagi bersedia untuk bekerjasama,"

Yup..kenyataan tu benar tentang diri saya sebenarnya.InsyaAllah, saya akan bina benteng diri saya ini. Ya Allah, berikan aku kekuatan.

Jom, kita lari ramai-ramai! Rindunya nak join Merentas Desa kat sekolah!!!!! ^_^

Lagu apa yang buat saya suka berlari tu?
Saya bagi klu.. ianya lagu korea...
Nyatakan pada saya apa lagu tu...
Cubalah teka..huhu~ ^_^ ~
Penyertaan hanya dibuka buat mereka yang mengenali diri saya ni.
Tetapi penyertaan ditutup buat semua teman-teman saya di rumah!

~nurafaz~

7 Jul 2009

Mahasiswa

Kuasa anak muda..
Kuasa mahasiswa..
Kuasa jiwa remaja.

Wah, macam gah je bunyinya. Itulah antara kata-kata yang biasa didengari bila melibatkan remaja@mahasiswa.

Saya baru lepas pulang daripada satu program mahasiswa dan jalinan mesra MB Melaka dengan mahasiswa. Antara yang hadir, MMU, UTEM, UiTM, KYM, IPK, KPM, KTI.

Kami dikumpulkan di bawah satu payung.. rumah MB sendiri. Memang besarlah rumahnya. Lagipun ini first time dapat jumpa secara face to face.

Sebenarnya, saya tak berapa nak dapat daripada program ni. Maaf pihak penganjur. Saya juga kurang senang, namun, inilah yang dinamakan pengalaman. Saya ada kalanya keliru..jati diri mahasiswa atau politik?? Mana satu sebenarnya?

Saya bukan anti politik, tapi belum cukup masanya saya nak terjun ke dalam arena ni. Tapi yang sedikit bagusnya, sesi dialog tu.. at least MB dapat dengar luahan hati kami. Apa yang terkurang dperbaiki. Tak silap saya ada juga student MMU laporkan perihal WaterCity.. Wah.. bagus tuh..
kita perlu bela sesama k
ita. Itu sahajalah yang saya rasa bagus ttg program ni.

Dari pukul 6.00ptg sampai 12.30 tengah malam.. buatkan minda saya penat.. kelas kul 8, namun, saya masih belum prepare apa2. Ya Allah, kuatkan diri hambaMu ini. Kelam-kabut saya tadi menyebabkan saya lupa nak bawa notes sebagai backup plan untuk reading kat sana.

Kalaulah ayah saya tahu saya pergi program ni.. saya g
erenti 100%, ayah saya tak akan benarkan saya menyertai apa2 program dah..huhu~~ jadi, biarlah ayah saya tak tahu..

Mungkin apa yang saya leh dapat sedikit adalah....apa yang saya dengar, lihat..itulah merupakan pentas dunia yang sebenar. Kita dapat lihat bagaimana manusia berlakon untuk menyempurnakan misi hidup ini. Ini sedikit sebanyak buatkan diri ini kurang selesa, namun itulah realiti hidup ini...

Cukup setakat ini. Saya benar-benar telah penat.
Sangat. Perlukan rehat untuk kelas pagi nanti.

p/s" I wonder...??



Susah gak nak snap gambar MB nie.. ^_^











5 Jul 2009

Suka-Suki

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya.

Nak update ringkas je. Tengok roomate semangat tangkap gambar lepas beli barang kat IT Fair.
So, nk gak la..huhu~~ jangan marah Ecah.

Alhamdulillah, apa yang dihajati dimiliki. Syukur juga YTM x masuk duit lagi. Kalau sebelum ni, abang saya lah yang akan jadi tempat saya meluahkan keinginan nak beli barang, dia lah banyak tolong saya. Memang bany
aklah dia bantu saya. Adiklah katakan. Paling kejam saya rasa adalah, bila nak tanya something, lebih-lebih lagi tentang dunia IT ni, saya terus je tanya, tak de pula nak tanya khabar dia ke, nak sembang-sembang ke. Pas tanya, saya pun diamlah.. huhu~~ Maaf Ateh. Adikmu ni memang begini. Pepun, sayang ateh!

Ni serba sikitlah..( gambar tak bape clear )

Vacuum laptop saya dah de, so saya beli pula cleaning kit laptop saya ni..huhu~~
Atas cleaning kit tu pula saya punya
pendrive yang baru. Pendrive lama saya, 3 gig, hilang tanpa berita. Kak Wani, manakah pendrive saya???
Yang itam tu pula, saya punya MP3.. Alhamdulillah, mula2 mp3.. nanti boleh trus tukar ipod.. Warne tu memang smart..kecik pun kecik.
.





Nampak x?? comel tak?? huhu~~
Tak kisah lah orang nak cakap pe, saya suka dengan dua benda ni..













External hard disk merupakan selingan. Tu saya beli sewaktu IT Fair di Johor. Thanks to YC, help me to buy.
I really luv it..and it's really help me a lot!

















Tu dia, serba sedikit. Kalau lah ateh saya tahu saya beli semua tu, mesti dia bising.. huhu~~ Ateh selalu survey kan harga untuk saya. Apa-apa berkaitan hardware, saya akan bgtau dia, dialah rujukan saya. Tapi kali ni, saya diam je. Kalau dia tahu, apakah reaksinya?? huhu~~

Saya ni adik manja? Tak ah, cuma ateh saya seorang abang yang terbaik. Alhamdulillah. Saya ada tiga orang abang. Yang sulung dah berkahwin, kedua lak masih solo, keje kat TM, dulu amik software & games design kat MMU Cyber. Dan yang ketiga ateh saya, amik medical (saya lupalah), tapi berkaitan dengan mesin2..mesin bedah ke.. lebih kepada teknikal. Dan semuanya amik IT meskipun ateh tak de basic IT kat sek..die blaja sendiri. Dan saya generasi keempat berkecimpung dalam dunia IT ni. Tapi mampukah saya jadi seperti mereka? erm....^_^

Saya masih dalam proses belajar. Selagi saya boleh belajar, saya akan belajar, insyaAllah. Sekarang banyak saya nak belajar, hope saya leh cope..^_^..

Saya juga nak minta maaf jika dalam proses saya belajar, saya terlepas cakap, buat something yang mengguris hati orang lain, saya minta maaf. Ada masanya saya agak tertekan, banyak yang bermain di fikiran, dalam masa nak cuba kawal, pada masa itulah banyak yang berlaku. Maaf dipinta.

Nak update sikit..melarat lak..^_^..
Ok, cukup setakat ni. Salam perjuangan dari nurafaz~~

3 Jul 2009

Seminggu Menghilang?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, masih diberikan nafas untuk terus dihela dalam misi meneruskan perjuangan hidup. Hampir seminggu blog ni mendiamkan diri. Kesibukan urusan harian, kesempitan masa, serta kebuntuan idea menulis menyebabkan blog ini terdiam seketika.

Ada permintaan khas ni suruh saya update blog. Wah, permintaan tu..jarang orang minta untuk saya update blog. Kalau dulu roomate hostel saya yang selalu cakap, "Mira, bile nak update?" huhu~~

Teringin nak update, tapi yalah, belum diizinkanNya lagi untuk terus menaip dan menaip. So, nak cerita tentang apa ya?

Meh nak cakap tentang program MMU.. Kalau dulu, ada club registration, sekarang de kempen kesihatan. Bagus sungguh! Kempen derma darah, periksa kesihatan kita. Ada juga member yang dah derma darah...contoh cam Uddin, Exo, W
an Apih, Ikin. Niat kat hati memang nak ke sana..join, tapi..(tapi lagi kan? alasan je ke ni??)... belum ada kesempatan dan keizinan mahu ke sana. Nak tahu gak saya ni darah jenis apa.. ^_^..

Minggu ni agak pack bagi saya. Alhamdulillah, saya dah dapat kurangkan tabiat buruk saya dalam kelas, sedikit demi sedikit demi sedikit.. apakah?? huhu~~ biarlah rahsia.. Hope minggu yang akan datang akan lebih baik hendaknya..Ameen.

Bermulanya hari ni (Jumaat) hingga Ahad.. 10pg-5ptg, di EXAM HALL MMU, ada IT Fair. Kire event besar jugalah, meskipun Exam Hall tak bes
ar mana. Kalau dulu, waktu Alpha, tak berkesempatan nak join kan diri dalam kelompok manusia di IT Fair. Sekarang, alhamdulillah. Nasib baiklah YTM tak masukkan duit lagi..huhu~~ Jadi, pada sesiapa yang duk dekat ngan MMU, leh datang, jenguk-jenguk hardware yang ada kat IT Fair tu, sambil-sambil ronda satu kampus..^_^.. (maaf gambar tak ada)

Tu dia lah aktiviti MMU..banyak lagi sebenarnya..cuma saya je yang tak tahu @ ambil kisah. Sebelum saya tutup tirai untuk seminggu barangkali, ingin saya share sikit apa yang saya dapat dalam Sister Gathering siang tadi. "Komunikasi dengan Allah". Wah, tajuk yang best.

Soalan pertama yang ditanya, bagaimana kita mahu ber
komunikasi dengan Allah? Bila kita nak buat tu? Cara kita berkomunikasi dengan Allah yang biasa saya ketahui, melalui doa, solat dan zikrullah. Sebenarnya, kita boleh berkomunikasi dengan Allah setiap masa. Time kita nak pilih makanan, time kita tengah belajar, dan bila-bilalah.

Sentiasa berkata-kata dengan Allah, merupakan satu usaha kita mengingatiNya. Semakin kita ingat Allah, Allah akan ingat kita. Itu janji Allah. Sekaligus, ia melatih diri kita untuk sentiasa bergantung harap pada Allah. Allah suka kita mengadu padaNya. Dan janganlah kita bila dah sedih @ susah barulah nak berjumpa denganNya.

Alhamdulillah, input yang saya dapat dalam Sister Gathering hari ini lain dari yang lain. Kali ni, benar-benar ia menusuk dalam hati ni. Alhamdulillah. Semoga yang akan datang akan lebih besar impaknya.

Erm..rasanya cukuplah untuk kali ni. Sekarang dah bulan Rejab.. selepas tu tibanya Syaaban.. kemudian datangnya Ramadhan. Cepatnya masa
berlalu. Manfaatkan masa yang kita da sebaiknya. ^_^

~Mari layari satu laman web ni..isinya padat dengan ilmiah.~

Akhir kalam, sesibuk mana pun kita, minda mesti ada rehatnya. ^_^.

p/s : Aida.. ku dah update.. mu bila lok?
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design