Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, June 22, 2009

Second Time

Alhamdulillah.
Satu kalimah tandanya kita bersyukur pada yg Maha Esa.

~ ni gambar ORI tau..Lihatlah ciptaanNya..SubhanaAllah ~

Semalam, merupakan pengalaman kedua diri ini bergelar fasi. Jika dulu, waktu di sekolah, jangan cakap ar, ntah apa-apa ntah aku nie.

Semalam diberi peluang sekali lagi untuk menjadi fasi. Pada
mulanya, memang tak nak, tapi mungkin perlu diri ini selami apa yang ada di sekeliling saya ni. Lagipun, boleh saya jumpa adik-adik baru.

Angin bertiup seribu bahasa di Tanjung Bidara memang best. Jujur, saya dapat kumpulan yang pasif, dah lah saya ni pasif. Teman sefasi pun pasif. Tapi, Allah telah mudahkan segala urusan kami. Adik-adik kami lah yang paling best. Syabas kalian.

Semoga apa yang telah disampaikan semalam, korang semua dapat serapkan dalam kehidupan ini, lebih-lebih lagi di peringkat kampus ni. Paling pentin
g, jaga diri kalian semua ya.

Kumpulan kita kan kumpulan "JUJUR". Itulah kenangan yang masih terpahat lagi. Syukran Ya Allah, mengurniakan diri ni teman fasi yang memahami diriku, dan juga adik-adik yang telah berjaya mengukirkan satu memori indah setalah saya setahun di MMU.

Ingat kata-kata abang otai kita. Ada satu yang menyatukan kita semua, meskipun kita berlainan latar belakang..itu adalah ISLAM. Kita saudara sesama Islam. Jika kita tak bantu saudara kita sendiri, siapa lagi yang mahu bantu.

Maaf segala salah dan silap sepanjang mengendalikan kumpulan kalian. Diri ini adalah insan biasa, mempunyai kekurangan dan juga sering membuat kesalahan serta kesilapan. Harap ukhwah yang terjalin semalam, akan sentiasa menghubungkan kita di bumi ni. Tegur-tegurlah ek kak mira nie..huhu..~~

Ni ada sedikit gambar..tima kasih buat Nadiah! Susah payah menangkap gambar! Kak Wani pun!!
Buat Aida..nasib baik dapat tukar dengan Abang Hazwan dan Hafiz..kalau tak.. tak satu pasukan kita. Pepun, memang best ar Aida. Saling melengkapi..cewah~~~ Maaf ya Aida, jika semalam ada yang terkurang dan terlebih.. huhu~~~~

Pepun..kumpulan kita paling JUJUR...cewah~~gurau je..

p/s : semoga objektif program tercapai..^_^

~ Mesin Manusia.. kene wat Vacuum lak.. Alhamdulillah, menjadi.. ~


~ Ni la dia group 4 (KAKIKUKI)..huhu~~


~ Ada pula ahli extra...erm...~~


~ Tak perlulah nak kenalkan sapa lagi gambar kat atas ni..^_^ ~

" Jika kita mampu untuk terus berdiri, teruskan berdiri..jika tidak.. duduklah.. jika tidak merangkaklah..jika tidak..baringlah..Berusahalah kita untuk menempuh saat kejayaan "

~nurafaz~


3 comments:

ainxplod said...

mira...
tak ajak kami pun...
kami pun junior gak...
huhuhu...

nafisa said...

salam..
Best nyer dpt adik2..
Do the best eh!!
Smg Allah mempermudah kan segala nya untuk mira..

Salam dari perantauan..
hahaha..

..: nurish :.. said...

ain & dila..
syukran..
huhu~~ prasaan la sangat..
aduih...
uhuk!uhuk!

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design