Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Sunday, June 28, 2009

Cukupkan Keperluan

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan berada di muka bumi yang perlu onak dan duri ini.

Sekali lagi, tercoret satu perjalanan dalam kamus nurafaz. Seawal jam 3 pagi, mata masih celik. Mungkin sudah terlena sebelumnya menyebabkan mata sea
kan berat untuk dipejam. Alih-alih selepas Subuh ringan je badan ni nak landing atas katil. Hajat dibatalkan. Roomate saya yang paling akrab dengan saya sudah bising-bising suruh mandi.. "Kita nak keluar kul bape ni?"

"Ntah..kejutlah diaorang dulu. Tapi biasanya kul 10 kan? So, kul 10 lah kita keluar," ujar diri ini sambil mengemas katil. huhu~~

Kami menerima tetamu khas...Syikin!!! Huhu.. ketiadaan Wani dan Aishah, memendapkan suasana rumah. Mereka ke Terengganu, atas urusan kerja. Jadi, kami hanya mampu pesan khabar dan juga pesan barang. Kiranya ganti balik barang yang EXO tinggalkan kat hometown dia tu!! Tengok EXO, kitaorang kempunan kot...^_^...

Nasib baik bas Wira yang dinaiki sampai ke destinasi cepat jugalah..kalau tak round MITC la, patah balik MMU la.. tapi ni straight je.. Bagus-bagus!!

First thing kami wat sesampai je ke sana, mestilah cari barang. Barang rumahlah katakan. Meskipun duit YTM tak masuk lagi, alhamdulillah, cukup nampaknya kami belanja.
Meh tengok apa yang kami beli..
  • Telur
  • Bawang
  • Sayur..spesifik kangkung
  • Beras 5 kg
  • Vico
  • kicap
  • sos, minyak masak
  • kordial
  • susu pekat
  • tudung salji
  • tepung
  • gula
Yang lain saya tak ingat. Kalau ikutkan itu je. Dihitung-hitung..cukupla sorang bagi RM10. Yang lebih masuk tabung rumah!
Memang ramailah hari ni. Mereka pun cam kitaorg juga rasanya, cari barang dapur, cukupkan keperluan rumah.

Selepas tu, sempat juga saya beli majalah SOLUSI. Susa
h jugalah nak dapatkan majalah tu. Rezeki... Belilah majalah SOLUSI, majalah baru dikeluarkan, banyak manfaatnya. Tak apalah jika mahal sedikit, jika nak dibandingkan dengan kandungan ilmu yang ada dalam majalah tu. Nanti try beli tau, lepas tu jadikan koleksi di rak buku..dan jangan jadikan koleksi je.. (apa yg sy cakap ni???)

Jadi, pengembaraan kami tamat stakat tu je. Kami balik..masing-
masing dah berada dalam mimpi sekarang. Letih semua.. Kasihan..pepun thanks buat housemates...

Atas permintaan housemates..saya letak beberapa
gmbar..( cam xprnah beli barang je )

~ni Aida lah suruh tangkap. Beli sayur je kot??? ~


~ tu dia.. taiko kami..huhu~


~ni lagi satu...beli tudung salji pun disuruh tangkap gambar. Tu baru kecik nye. In case kami beli yang besar.. tak dapat bayanglah..~~

Sempatlah saya update sikit..jadi..bila YTM dah masukkan duit..kita keluar lagi. Cukupkan mana yang masih belum cukup. Akhir kalam, buatlah apa-apa pun, asalkan diri ini ada masanya untuk berehat. Oleh itu, saya juga mahu berehat. Wasalam.

~nurafaz~

Thursday, June 25, 2009

Testing

Alhamdulillah.

Akhirnya, lahir juga satu entry di rumah baru. Setelah menempuh pelbagai benteng konkrit, kami telah berjaya mempunya wifi sendiri. Alhamdulillah. So, sebagai testing.. guna my name.. ~nurafaz~

Sok, baru tukar yang lain pulak..huhu~~

Entah mengapa, kebelakangan ni, nak post entry emo je.. cuma ditahan rasa hati untuk tak berbuat sedemikian. Apalah yang sedang bermain di fikiran saya sekarang.. erm.. banyak sih yang berlegar-legar. Ketahanan hati ni pun masih belum berjaya dipupuk.

Semester ni saya amik 6 subjek. Computer Programming, Mathematical Technique, Technical Communications, Database System, Digital System, Chinese For Beginners.

Agak banyak dan agak berat bagi saya sebenarnya. Lebih berat bila saya akan melakarkan satu agenda baru nanti. Semuanya memerlukan konsentrasi yang jitu dalam kelas. Tapi lemahnya saya, bila dalam kelas, saya akan tertido sekejap..huhu..pastu baru segar lek. Macam mana ni??
Ya Allah, berikanlah diri kekuatan.

Terfikir nak buat study plan 4 tahun.. instead of 3 years.. sebab IT.. leh wat 3 or 4 tahun. Tapi itu perlu fikir sehabis baik sebenarnya. Saya tak mahu wat 4 tahun sebab extend. Saya tak mahu begitu.

Jadi..saya perlu buat strategi baru..strategi yang tak sama dengan waktu sama Alpha dulu. Mungkin strategi ini akan buat saya sedikit penat..seperti dua minggu yang telah berlalu ni. Namun, jika mahu berjaya..penat bukan alasannya kan?

Doakanlah saya berjaya menempuh segalanya. Diberikan kekuatan untuk melaluinya. Kerna, pernah saya fikir untuk berehat seketika seketika. Saya rasa saya perlu berehat..mungkin... perluke??atau teruskan??

Saya masih ragu-ragu lagi. Tak apalah.. walau apa pun, saya dah melangkah sejauh ini. Saya harap diberikan sepenuh kekuatan untuk terus melangkah, dan bukannya , mengundur, dan bukan juga berdiri di tempat yang sama.

Cukup rasanya coretan kali ini.

Akhir kalam... tima kasih buat Uddin yang ajar saya design.. buat mereka yang berada di sekeliling saya..tima kasih. selagi saya masih sempat mengucapkan terima kasih..

p/s : Sibuk-sibuk juga.. pastikan minda kita tak letih..kerna mindalah mainkan peranan penting dalam study. Rehat sebaiknya meskipun tak dapat rehat cukup. Saya selalu tengok montaj IU.. saya terfikirkan bagaimana Abang Din study ek?? huhu.. gurau je..

Monday, June 22, 2009

Second Time

Alhamdulillah.
Satu kalimah tandanya kita bersyukur pada yg Maha Esa.

~ ni gambar ORI tau..Lihatlah ciptaanNya..SubhanaAllah ~

Semalam, merupakan pengalaman kedua diri ini bergelar fasi. Jika dulu, waktu di sekolah, jangan cakap ar, ntah apa-apa ntah aku nie.

Semalam diberi peluang sekali lagi untuk menjadi fasi. Pada
mulanya, memang tak nak, tapi mungkin perlu diri ini selami apa yang ada di sekeliling saya ni. Lagipun, boleh saya jumpa adik-adik baru.

Angin bertiup seribu bahasa di Tanjung Bidara memang best. Jujur, saya dapat kumpulan yang pasif, dah lah saya ni pasif. Teman sefasi pun pasif. Tapi, Allah telah mudahkan segala urusan kami. Adik-adik kami lah yang paling best. Syabas kalian.

Semoga apa yang telah disampaikan semalam, korang semua dapat serapkan dalam kehidupan ini, lebih-lebih lagi di peringkat kampus ni. Paling pentin
g, jaga diri kalian semua ya.

Kumpulan kita kan kumpulan "JUJUR". Itulah kenangan yang masih terpahat lagi. Syukran Ya Allah, mengurniakan diri ni teman fasi yang memahami diriku, dan juga adik-adik yang telah berjaya mengukirkan satu memori indah setalah saya setahun di MMU.

Ingat kata-kata abang otai kita. Ada satu yang menyatukan kita semua, meskipun kita berlainan latar belakang..itu adalah ISLAM. Kita saudara sesama Islam. Jika kita tak bantu saudara kita sendiri, siapa lagi yang mahu bantu.

Maaf segala salah dan silap sepanjang mengendalikan kumpulan kalian. Diri ini adalah insan biasa, mempunyai kekurangan dan juga sering membuat kesalahan serta kesilapan. Harap ukhwah yang terjalin semalam, akan sentiasa menghubungkan kita di bumi ni. Tegur-tegurlah ek kak mira nie..huhu..~~

Ni ada sedikit gambar..tima kasih buat Nadiah! Susah payah menangkap gambar! Kak Wani pun!!
Buat Aida..nasib baik dapat tukar dengan Abang Hazwan dan Hafiz..kalau tak.. tak satu pasukan kita. Pepun, memang best ar Aida. Saling melengkapi..cewah~~~ Maaf ya Aida, jika semalam ada yang terkurang dan terlebih.. huhu~~~~

Pepun..kumpulan kita paling JUJUR...cewah~~gurau je..

p/s : semoga objektif program tercapai..^_^

~ Mesin Manusia.. kene wat Vacuum lak.. Alhamdulillah, menjadi.. ~


~ Ni la dia group 4 (KAKIKUKI)..huhu~~


~ Ada pula ahli extra...erm...~~


~ Tak perlulah nak kenalkan sapa lagi gambar kat atas ni..^_^ ~

" Jika kita mampu untuk terus berdiri, teruskan berdiri..jika tidak.. duduklah.. jika tidak merangkaklah..jika tidak..baringlah..Berusahalah kita untuk menempuh saat kejayaan "

~nurafaz~


Tuesday, June 16, 2009

Jendela dibuka

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, memberikan kesempatan pada diri ini untuk terus bernafas dan terus berada di medan perjuangan ini.

Lama sungguh rasanya tak menjengah. Kekangan masa dan ketiadaan internet sedikit sebanyak menghalang niat untuk terus berada di meja laptop. ^_^

Alhamdulillah, baru selesai daftar subjek. Banyak ujiannya. Inilah namanya pengalaman. Terima kasih buat kakitangan FIST yang membantu. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memudahkan segala urusan saya dan teman-teman.

Fisrt day, dah mula belajar. Memang ekspress, tapi mungkin dah kebiasaan dengan keadaan sedemikian sewaktu Alpha.

Pantas sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar saya sudah masuk Degree. Semacam semalam je baru Alpha. Masih rasa macam budak-budak sahaja. Tak matang barangkali. Yang pastinya cabaran yang bakal ditempuh tidak sama dengan apa yang telah saya lalui dahulu..
Setiap kita berlainan ujiannya..^_^.. perlu kuat. Itulah yang saya cuba tanamkan dalam diri. Saya mahu kuat..agar saya tak akan diperlemahkan.

Buku yang lepas telah dikunci, dan harapnya saya dapat pegang kunci tersebut sebaiknya. Saya tak mahu buka semula, dan saya tak mahu buang kunci tu..kerna sedikit sebanyak apabila melihat kunci tersebut, saya sedar, banyak yang telah saya lalui selama ini. Pahit, manis, semuanya warna-warni.

Apa yang saya dapat pelajari sepanjang saya cuti nie.. hargai insan di sekitar anda. Terimalah dirinya sebagaimana dia menerima kita. Kepada keluarga saya, kenangan di Nilai...kenangan menghantar saya ke Melaka...selama 3 hari..buatkan saya rasa dihargai..meskipun cuti hanya 2 minggu..saya rasa inilah cuti yang sebenar-benarnya cuti.

Kepada teman-teman..lebih-lebih yang satu rumah di Taman Dahlia..terima kasih.. berada di rumah tu buat saya rasa berada di Ipoh.. sedap ek kita masak-masak! huhu...

Kepada teman-teman di Cyberjaya.. bagaimana kalian di sana? Pastikan komen di entry ni ada kalian.. AIN, 'ADILAH, FAAIN.

Semoga apa sahaja yang dilalui dipermudahkanNya..

p/s : Aida meminta namanya dimasukkan dalam entry ni. Aida!!! Aida!!! huhu~~

~nurafaz~

Friday, June 05, 2009

Reunion

Tarikh : 4 Jun 2009
Masa : 11.30 pagi

Tempat : PizzaHut berdekatan ngn Jusco, sebelah stesen minyak Esso

Peserta : Bebudak 5 Sains 2007 SMK Jati

Alhamdulillah, akhirnya rancangan kami nak buat reunion ni terlaksana. Cadangan awal adalah Pulau Pangkor, tapi, disebabkan kami ni susah nak berkumpul satu tempat, jadi hanya makan-makan sahaja menjadi kata putus.

Saya, dan member paling rapat saya, Azwani, tiba lebih awal. La
malah kami duk menunggu yang lain tiba. Setelah dua kali tawaf di kawasan tersebut, barulah yang lain menyusul. Mulanya, tak tahu nak sembang apa, setakat tanya, kat mana sekarang, buat apa, cuti sampai bila. Bagi yang matriks pula, soalan ni yang menjadi tajuk perbualan, apply 'u' mana? Sambung apa lepas ni?

Walaupun agak kekok, huhu, tapi lama-kelamaan, kami dah macam biasa, lebih-lebih lagi bila Fairus dengan Haffis datang. Memang harulah. Riuh kot PizzaHut tu. Lepas semua dah berkumpul, barulah banyak perkara yang disembangkan. Tapi saya lebih banyak mendengar dan ketawa..huhu~~

Alhamdulillah, masing-masing nampaknya happy dengan apa yang mereka miliki sekarang. Seronok tengok. Meskipun, ada beberapa yang tak datang, seperti, Amiruddin, Jason, Yoha, Amin, Aliff Ganu, Liyana, namun, perjumpaan kali ni seolah-olah telah berjaya. If tak, kami nak buat reunion apabila berusia 21 tahun nanti..huhu~~rase cam dah tua lak time tu, bek buat cepat-cepat. But, I'm expecting Amiruddin to come, dahlah belajar jauh, bukan selalu jumpa.. tak apalah, bukan rezeki nak jumpa lagi tu..

Dan inilah kali pertama rasanya saya makan banyak...perut dikosongkan sejak pagi, menanti untuk diisi oleh pizza. Memang saya makan betullah time tu. Huhu~~ Alhamdulillah.. ^_^ ..

Akhir yang kami lakukan, cam biasalah, tangkap gambar. Tangkap gambar sebagai kenangan sebelum mengorak langkah lebih jauh!


Kepada teman-teman, terima kasih buat segalanya. Jumpa nanti. Jaga diri, jaga study. InsyaAllah, kita ketemu lagi nanti!!!

Namun, ada satu yang menggamit sedikit perasaan saya. Teman tuisyen kami, kena keluar daripada tempat dia belajar atas masalah displin. Saya panggilnya AA. Itu yang buat saya sedikit sedih. Dia bukan jenis begitu. Namun tak mengapa, semua yang terjadi ada hikmahnya. Jadikan itu sebagai pengajaran. Jangan diulangi lagi. Kami semua concern, meskipun AA bukan satu sekolah dengan kami semua. Jangan mudah mengalah ya, Azma Azfar!



~ Yang baju Oren tu, Haffis namanya. Budak genius! Dia lah yang banyak bantu diri saya, dan juga teman yang lain, lebih-lebih lagi dalam subjek Sains ( Bio. Kimia, Fizik). Thanks Apiz. Dia merupakan guru kedua kami. Ada masanya dia buat kelas tuisyen. Sekarang pun sama. Memang dia suka mengajar orang. Bagus tu!! ~


~ Saya lihat teman sebelah saya makan pizza cecah dengan kuah sup. Pelik rasanya. Jadi saya cuba tuangkan sup atas pizza saya pula.. huhu.. sedap sih! ~


~ Lihatlah berapa tingkat tu. Belum campur bahagian perempuan lagi ~


~ 5 Sains 2007..dalam kenangan. Yang tiada dalam gambar Radin dan Asyiqin.
Jadi juru kamera. ~

p/s : Sepanjang perjalanan pergi dan balik, empat kali saya bertembung SWIFT. huhu~~

Wednesday, June 03, 2009

Syurga Cinta??

Externak hard disk saya ada pada jagaan orang lain buat masa sekarang, jadi agak sukar untuk saya mengupload gambar.. ^_^ ..

Jadi, saya nak buat coretan ringkas perihal "SYURGA CINTA"

Pernah dengar nggak?
Cerita Melayu yang baru-baru aja berada di pawagam. Dengarnya cerita ini best.. erm..
Jalan cerita kaitannya cinta semestinya memberikan rating yang hebat. Benar??

Saya tonton The Making Of Syurga Cinta (TMO)...
Namun, ada satu yang menarik perhatian saya..
Yang mempromote cerita ini dalam TMO berkata..

"Kepada wanita yang bertudung, jika anda mahu bercinta dan sedang bercinta, tontonlah cerita ini,"

Saya tergamam juga..apakah cerita ini khas buat yang bertudung? Atau pelakonnya bertudung?

Ah..saya malas nak berfikir panjang.. lantas saya terus tukar siaran.. mood mahu menerjah cerita ini terus hilang.. erm
..

Pendapat peribadi :


Bertudung atau pun tidak.. itu bukan permasalahan dalam bercinta.. yang menjadi masalah adalah diri kita sendiri.. Lihatlah..kerna diri, ramai yang menjadi mangsa coletan. Salah siapakah? Ah..ini bukan masanya untuk mencari salah siapa, kerna keadaan semakin parah. Kini masanya hanya perlu mencari penawar buat segalanya.

Ya, ramai yang sedang memerhatikan kita..dan jangan satu hari nanti kita akan jadi boneka!!!

~Mungkin terkesima dengan ayat di atas, lantas saya terus ke sidang ini. Harap yang membaca mengambil iktibar. Siapa diri kita sebenarnya????????????~


~Syurga Cinta.. apakah definisi sebenarnya?~
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design