Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Sunday, May 31, 2009

Ipoh Mali!!

Alhamdulillah..
selamat sampai Ipoh jam 3 pagi tadi.
Satu perjalanan yang agak lama tapi disebabkan sepanjang perjalanan mata dipejam,
tak terasa sangat lamanya..

Barang -barang sudah semuanya selamat diangkut,meskipun lari dari timeline,
tapi akhirnya berjaya juga.
Selama tiga hari yang lepas, kesibukan mengemas dan mengangkut barang
telah berjaya mengisi segenap masa saya.
Penat tu cam dah sebati je..dan perlulah diingatkan..
Kekuatan dan kudrat ini semuanya adalah datang daripadaNYA.

Pada hari Khamis..tanggal 28 Mei 2009,
saya telah mengikuti konvoi jalan sampai pengsan oleh akak-akak senior.
Memang awalnya saya nak rebah dulu, sebab kepenatan angkut barang dengan Nadiah sebelum dia pulang, tapi sebabkan rasa tercabar dengan Kak Ika, saya kuatkan juga sampailah ke akhir destinasi!

Kami menuju ke Mydin mulanya. Isikan perut dan menunaikan solat terlebih dahulu. Kemudian, kami terus ke Zoo Melaka, destinasi pertama. Memang besarlah zoo tu. Kaki ni dah banyak kali memanggil untuk berhenti berjalan, tapi sebab excited jumpa kawan-kawan kat dalam tu, kami teruskan juga. Banyak jugalah haiwan yang rasa-rasanya first time dengar tu kami jumpa. Unik sungguh ciptaanNya.

Then, selepas solat Asar, kami pulang sebentar ke MMU..sesi tukar peserta. Kerna, ada peserta yang nak balik dah. So, tempat yang kosong jangan dibiarkan kosong. Saf mesti penuh.

Jadi, kami terus ke Tasik. Cadangnya nak berkayak, tapi kami berkayak mata je. Sempatlah juga main buaian, kalau kecil-kecil dulu selalu juga main kan?~~~ Setelah selesai solat Maghrib, kami makan-makan pula di Restoran Terapung. Kali kedua saya menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah.

Seterusnya, kami terus menuju ke Muzium Samudera. Disebabkan dah malam, jadi kami pun mengambil kesempatan untuk bergambar sahaja..~~
Then, kami pantas bergerak ke Menara Taming Sari. Happy Anniversary Menara Taming Sari!!
Sayang seribu kali sayang, kami tak dapat naik juga, sebab tutup sempena Anniversary nya..
Hanya bergambar sahajalah sebagai kenangan kami ke sana. InsyaAllah, ada kesempatan lagi kita naik.

Destinasi terakhir, Eyes On Malaysia. Sengkek-sengkek pun berkesempatan nak naik. Terima kasih buat sahabat yang tolong tong-tong sikit. ^_^

Inilah first time naik. Naik pula dengan geng yang best plak tu. Memang meriah gondola kami. 'Adilah, Kak Ecah, Fatin, Aishah.. kenangan terindah kan? Nanti kita naik lagi, biar suruh berhenti lama sikit lagi kat atas tu.

Akhirnya, barulah pulang ke kampus, setelah hantar Kak Suhailah pulang. Seterusnya misi mengangkut barang pula. Ini adalah second round! Angkutlah mana yang terlarat, yang selebihnya selesaikan esok pagi.

Penat tu memang penat tapi berpuas hati. Agenda saya dengan Aishah tak selesai lagi... kami terkunci di luar!! Nak nangis rasanya. Sahabat kami yang seorang tu tertido dalam bilik. Punyalah jenuh nak kejut. Akhirnya, kami buat kerja bahaya sedikit. Barulah kami dapat masuk.. Apakah kerja itu???? Biarlah rahsia!!

Nampak je katil, terus landing, rehatkan diri dan minda untuk menempuh hari yang berikutnya, sebelum pulang ke Bumi Ipoh!!!!!
~~^_^~~

Syukran buat semua. Memang satu journey yang akan diingat sampai bila-bila. Maaf dipohon kerna rasanya semacam menyusahkan beberapa orang kakak, terutamanya Kak Kamilah, Kak Zinie, dan Kak Ika. Maaf ya..

Kepada teman yang lain, insyaAllah ada kelapangan waktu, kita akan ketemu lagi.

~Ukhwah persis mutiara~

Thursday, May 28, 2009

Gantian

Alhamdulillah.
Udara yang segar di luar pada jam 3 pagi ini mendamaikan.

Semalam merupakan hari yang agak sibuk. Pagi-pagi lagi (boleh tahan jugalah paginya), bersungguh-s
ungguh membersihkan rumah baru. Meskipun malam semalamnya menerima beberapa pendapat yang agak sedikit meruntuhkan kami, namun, dengan semangat yang jitu, Allah mempermudahkan urusan kami. Kami bertiga berjaya membersihkan rumah tersebut. Dan insyaAllah, pagi nanti akan pindahkan semua barang ke rumah baru.

Mengikut perancangan, suppose, we are all having a bowling tournament this Friday, tapi Allah tak mengizinkan. Ramai antara kami yang ada hal sehinggalah hari Sabtu. Jadi tak dapatlah nak merasa bermain dengan kalian semua. Tak apalah, ada hikmahnya tu.

Setelah lama memerahkan otak, akhirnya lahirlah satu i
dea untuk makan-makan je.Saya memilih restoran Arab, sebabnya itu je yang sedikit unik kat area sini, dekat pun dekat. Sayangnya Wani tak dapat nak join kami.

Setelah kumpul bala tentera, kami pun bergeraklah, dan tak sangka lak, anak buah yang dipimpin Uddin salah masuk kedai. Huhu... Saya pun baru tahu yang ada 3 kedai arab kat situ. Yang dah pernah pergi Restoran Desa je la. Macam-macam.

Uniknya makan-makan kami ni, kami membawa cerita masing-masing...asalnya adalah cadangan nak bercerita, tapi alih-alih masing-masing dengan dunia sendiri.ok la tu..

Bak kata uddin, kami makan ala diet?? huish.. kalian tak tahu apa yang telah kami lalui sepanjang hari tu...dahsyat! Lagipun, kite perlu berjimat, apa yang dipesan tu pun dah terlebih cukup.. itu pun rezeki korang dapat rasa gak kan?

Thanks buat yang hadir. Maaf tak dapat nak jalankan aktiviti bowling tu.. pepun, makan-makan tu pun cukup best dah..yang dipanggil untuk hadir, hadir.. thanks..

Pada yang akan ke Cyberjaya menghadiri aktiviti..semoga korang seronok kat sana.
Buat yang akan ke Cyber semester hadapan, jangan lupa lak kami2 kat sini.
Pada yang stay melaka..nanti kita cuba rasa makana
n Korea lak..huhuhu~~~

Akhir kalam, thanks buat korang sume. Semoga korang hepy2 selalu..
Selamat bercuti..dan selamat memulakan agenda hidup yang baru sekembalinya ke kampus....^_^....


~korang makan sampai licin kot. lain kali, cuba-cuba hulur kat meja satu lagi tu..~~



~ Cam biasalah..keterujaan apabila jumpa Swift. Ya Allah... bilakah saatnya boleh diri ini memilikinya...~~

Wednesday, May 27, 2009


1-Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda.(dah copy)

2- Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini.
bukan 5 fakta..banyak fakta pon boleh..

1. Sama-sama ambil course IT.
2. Juga merupakan pelajar YTM.. satu kapal la katakan..anak didik YTM.
3. Orang yang selalu sy minta tolong bila melibatkan soal IT, cam montaj, burn gambar, & lain2..
4. Seorang yang memang suka cakap merapu.
5. Seorang yang agak aktif dan rasanya tak tahu erti penat.. (jgn marah)
6. Suka sangat menghilangkan diri dari MMU bila hujung minggu..

p/s : maaf ya uddin..x tau nak tulis apa..~~

3- Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima award lain

1. Melayari internet.
2. Membaca buku.
3. Suka sangat menulis cerita@cerpen@novel
4. Suka memerhati orang di sekeliling
5. Suka berdebat tapi hanya dengan member yang rapat
6. Suka tidur lebih dari waktunya ( waktu exam je)
7. Lebih banyak mendengar daripada berkata-kata
8. Minat giler kat kucing!!
9. Tak suka kerja dalam keadaan tertekan
10. Mudah beremosi ( lebih-lebih lagi bila tonton cerita sedih)

4- 5 penerima award ni pulak adalah Dan Describe Tentang Mereka.

1. Faain ( komiti MPBP yg komited...juga merupakan member YTM..satu kapal la kite..anak didik YTM..qiambola ek faain..)
2. Wan Apih ( juga komiti MPBP yang komited..org kedua yang suke sgt wat qiambola..juge anak didik YTM..)
3. Exo( dgr katanya PROF..erm...org yg suke memberi komen lebih2 lagi bab ejaan salah..~~)
4. Aida ( teman seperjuangan di MMU meskipun lain course..juge roomateku nanti..~~)
5. Kak Erma ( Akak yang baik!!! Sayang akak!! Akak kena buat nie!!!)

~~~Ni second time wat mende ni.. Kak Erma ada tag dulu..tapi tag telah ditepis dengan jayanya.. Maaf kak.. Tetibe Uddin lak.. erm.. dh wat dh..~~~~


Monday, May 25, 2009

Pilu @ Bersyukur..

Alhamdulillah..
Syukur Tuhan..

Ingin melakar di atas blog ini..
sambil-sambil melayan perasaan..
layan perasaan? apakah?

Erm..
hari ini aku sedikit dihiris pilu.. pilu dengan kesilapan yang aku lakukan.
Maaf semua. Emosi hari ini kurang baik hendaknya..kalian kena tempias.

Biarlah kepiluan hati ini hanya diriku dan juga Yang Maha Pencipta sahaja yang tahu. Semoga diriku ini diberikan kekuatan..

Oh ya..buat sahabat-sahabat yang dikasihi. Terima kasih atas kesabaran kalian melayan karenah emosi diriku ini. Diriku pada awal-awal perkenalan @ mula jejaknya kaki ke MMU, dengan diriku pada ketika ini, amat besar bezanya.. terlalu jauh bezanya. Rasanya kalian juga perasan dengan keadaan tersebut. Maaf, sungguh diri ini tak boleh nak kembalikan diri yang dulu..dah tak boleh..Harap kalian sabar buat seketika lagi. Semester depan, kalian tak akan selalu berhadapan dengan diri ini, bukannya selalu kita bergurau senda seperti sekarang.

Dan, terus-terang, diriku ini senang dengan keadaan begitu. Kalian tak akan terluka lagi, kerna diriku ini ..tak akan....

Akhir kalam, teruskan perjuangan...imtihan masih belum berakhir..

~nurafaz~

Thursday, May 21, 2009

Dua lagi..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Tiga kertas sudah selelsai dijawab..
Tinggal lagi dua akan menyusul minggu hadapan.

Satu subjek yang dirasakan berat semester ni telah berjaya dilalui sebentar tadi. Keputusannya diserahkan pada Allah..

Satu lagi subjek yang berat gak.. fizik... Isnin depan..
Semoga Allah mempermudahkan..

Jadi hari ni, nak merehatkan fikiran sebentar..
Apa nak buat ye???

Erm.. apa?
Tidur??
Owh.. tak kot.. waktu tidur saya bukannya sekarang.
Erm? Tengok movie??
Owh.. tak juga.. rumet sy pasang.. saya curi-curi tengok..

Erm..apa ya??
Huhuhu... tekalah..
satu kerja yang telah lama tergendala..^_^

Akhir kalam,
jaga diri, jaga pemakanan, jaga tidur,
jaga study, jaga iman..

Semoga seronok melalui hari-hari yang bakal mendatang..
Perjalanan masih jauh... bangun!!! huhu..

K, salam tengahari semua..

Monday, May 18, 2009

Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Senyum itu satu sedekah"


Salam imtihan dari saya...
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita hendaknya...

Saya belajar satu perkara hari ini.. meskipun dah banyak kali terlintas.. baru hari ini Allah mahu tunjukkan kpd saya akibatnya. Alhamdulillah. Ini satu pengajaran pada saya. Terngiang-ngiang pesanan seorang teman..

Syukran Ya Allah..
lindungilah kami daripada fitnah duniawi..
~~nurafaz~~

Saturday, May 16, 2009

Coretan Buat Guru-guru ku

Alhamdulillah, burung berkicauan bertasbih padaNya..
Sentiasa bertasbih dan memujiNya.
Angin pagi yang sepoi-sepoi bahasa ditambah pula dengan alu
nan muzik di waktu pagi oleh roomate-roomate ku hari ini, mendamaikan hati.
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk terus menerobos arus yang semakin deras ini. Moga diberi kekuatan olehNya..dan benar-benar perlukan kekuatan itu.

Katanya mahu senyap?
huhu...
Nampaknya gian untuk saya terus menulis di tikar penulisan ini tak dapat lagi dibendung..
Lagipun hari ini adalah hari istimewa.

Hari ini adalah hari Guru. Terimbau saat dan detiknya ketika diri ini masih bergelar seorang pelajar sekolah, beruniform, berlencana, berbasikal ke sekolah, berbaris sebelum ke kelas, dan berjenaka dengan teman-teman juga..^_^


Semua itu kini tinggal kenangan, kenangan yang akan sentiasa terpahat di memori. Sungguh, hanya sekali sahaja peluangnya untuk menjadi pelajar sekolah. Tuhan, aku benar rindu saat itu.
Wah, emo pula...maaf, inilah dia akibatnya apabila selalu berusaha untuk menjauhkan diri..^_^

Masih ingat lagi bagaimana saya pertama kali jejakkan kaki ke sekolah. Bagaimana guru-guru dan teman-teman sukar untuk menyebut nama ayahku.. lebih-lebih lagi yang pekat Englishnya.. aduih..namun itu juga satu k
enangan.

Sewaktu tingkatan empat, saya paling tak suka subjek Sains. Pada ketika itu, kalau boleh, nak lari je dari masuk kelas, sangat-sangat tak suka. Tambahan pula guru yang mengajar itu guru pelatih. Juga, satu titik hitam telah terlakar dalam hidup saya menyebabkan saya hampir hilang langsung mood nak belajar. Yup.. 19 Ogos 2006, tarikh keramat yang akan saya ingat..

Namun, hidup masih perlu diteruskan, yang hidup pastinya akan menemui ajal, bertemu dengan Sang Pencipta. Oleh itu, saya mula bangkit sikit-sikit. Kawan-kawan yang ada terus berada di belakang, mula jinak-jinakkan semula diri dengan subjek yang tak digemari. Alhamdulillah, sampai sekarang saya adalah saya
sekarang...^_^

Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang saya bergelar pelajar sekolah. Bagaimana nama kelas saya naik sampai ke pihak atasan (pejabat) kerna satu "kes". Bagaimana renggangnya seketika hubungan murid dengan guru kerna kami ni suka wat hal. Bagaimana nakalnya kami dengan guru-guru yang ada. Tuhan, sungguh semua itu amat aku rindui..

Batch kami adalah batch terbaik..itu apa yang cikgu khabarkan.. meskipun kami ni banyak wat hal..sikit-sikit nama 5 Sains..sikit-sikit 5 Sains.. seolah-olah sudah tak ada kelas lain dah yang mahu disebut sewaktu perhimpunan. Bila terkenangkan semula, rasa kelakar pula..nakal juga ya..erm ^_^..


Dan hari ini, ingin saya ucapkan buat semua guru-guru SEKOLAH MENENGAH KEBANGASAAN JATI, Ipoh.. Selamat hari Guru. Terima kasih atas tunjuk ajar kalian. Tanpa leter kalian, tanpa rajuknya kalian, tanpa risaunya
kalian, tanpa marahnya kalian, kami bukan kami sekarang..

5 Sains 2007 ( SMK Jati) sewaktu hari anugerah. Kelas kamilah yang paling sedikit jumlah pelajarnya..^_^. Dan satu-satunya kelas Sains yang ada ketika itu..


Juga buat semua guru-guru saya, sejak Tadika.. even yang mengajar saya sekarang..
Buat teman-teman..yang mengajar saya, tak kiranya akademik atau apa jua pun.. kalian juga adalah guru.. syukran..

Lastly, khas buat guru-guru 5 Sains 2007 ( Sir Sundaresan & Teacher Ambika), maaf lama tak menghubungi kalian. Diri ini masih belum bersedia untuk menemui kalian, namun di hati, kalian diingati. Thanks for everything.. You all are the best.. Truly.. I really missed my time at school...

Akhir kalam, guru adalah umpama lilin. Lilin yang membakar dirinya sendiri demi anak didiknya. Biar air matanya sahaja yang tumpah kerna keperitan, jangan sesekali air mata anak didiknya turut sama mengalir..itulah dia guru..

Saya tak ada hadiah mahupun karya yang mahu dititipkan buat kalian, hanya doa yang mampu diberikan buat kalian, agar kalian sentiasa bahagia.

Terima kasih sekali lagi duhai guru-guruku...
A person who remembers his parents and teacher will succeed in his life. ~ SiR Sundaresan~

Oh ya.. jangan lupa juga.. ibu juga adalah guru pada diri kita.. selamat hari guru juga pada ibu @ mak.. Kalian sentiasa bertakhta di hati..

Monday, May 11, 2009

Senyap seketika

Alhamdulillah, dah lama tak menjengah ke blog ini..^_^

Setelah lama saya mendiamkan diri..dan akan terus mendiamkan diri untuk seketika..

Final dah dekat.. assignment masih ada yang belum siap..

Jadi, saya ambil kata putus untuk berhenti menulis buat seketika..

Banyak nak update sebenarnya..

Pengalaman di Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis..

Jamuan Biro Akademik..

Jalan-jalan..

Dan banyak lagi.. namun..

Saya terpaksa berhenti seketika..

InsyaAllah..lepas exam saya kembali.. lagipun saya habis exam awal.. huhuhu..

Akhir kalam, masa tak pernah nak menunggu kita..jadi rebutlah setiap peluang yang ada..
jangan nanti kita menyesal di kemudian hari....^_^

p/s : syabas buat biro akademik 08/09.. best jamuan semalam.. hadiah yang dapat pun best.. syukran sebab jemput saya sebabnya saya ni BIP..huhu..
pepun, tahniah..terima kasih.. dan semoga berjaya buat semuanya..

to abg din : terima kasih pinjamkan keta..meskipun bukan saya yang bawa.. hilang konfiden sya sebenarnya..bila mati enjin depan orang ramai..huhu.
to kak suraya : terima kasih kerna jemput saya dan sahabat yang lain..huhu..
to izat : terima kasih bawa gi restoran terapung semalam..first time kot kami gi semalam.. nanti gi lagi..main paintball lak..tul x aida, wani??
to faain, wan apih, aida, wani, aleep : terima kasih sekali lagi jemput kami semua.. oh ya, terima kasih juga utk 'gambar' kejutan tu ek..walaupun tak puas hati..tapi tak pela..^_^

to semua ahli BA : tahniah dan terima kasih...

~~~nurafaz~~~

Monday, May 04, 2009

Aku Hairan 2 - cukup sampai sini

Salam pertemuan.
Lidah yang tajam,
Halusnya tinta penulisan itu..
Mampu menggegarkan dunia..

Itulah topik yang mahu saya ketengahkan pada ketika ini.
Mungkin masih ada yang berbicara akan posting saya yang lepas.
Mungkin masih ada yang sedang menghitung-hitung setiap kata-kata yang ditulis oleh ~nurafaz~

Ya, jika kita tak puas hati, berterus-teranglah, face to face.
Biar saya ceritakan asalnya saya menulis artikel tersebut. Kerna banyak yang bertanya..tapi tidak bertanya pada yang menulis ini..
Saya sedia untuk menjawab..kerna ini penulisan saya..hanya saya saja yang tahu isinya.

Dalam satu gerak kerja, memang tak terlepas langsung salah dan silapnya.
Saya memang akui..dan sebagai ahli, kita kena perbaiki.
Pada ketikanya saya menulis post tersebut..saya begitu tertekan..
Apa yang saya terima semua bagaikan satu bola menghempap muka ini..
Dan seperti tajuknya post tersebut.. "aku hairan",
saya memang hairan..
saya percaya, tapi kepercayaan tersebut telah dipecahkan..
Saya sedikit kecewa dengan apa yang telah berlaku ketika itu..
dan benar, saya tiada inisiatif untuk menyelesaikannya..
Tapi jujur, ini apa yang saya rasakan..
tak berniat untuk main fire-fire..

Jika saya adalah langkah keadaan menjadi keruh...
Saya memohon sejuta kemaafan..
Dan ini juga dari dalam diri saya..
Biarlah saya khabarkan..
Saya masih sayangkan semua yang saya miliki..
Saya masih sayangkan semuanya...
Teman-teman dan kenalan saya khususnya..
Andai kepercayaan kalian pada saya juga telah berubah,
Saya mengerti....

Mimpi yang berjaya menghuni tidur saya semalam...
Buat saya terfikir...

Saya rasa cukup sini saja...
Cukup...

~Langkah ku terhenti..terhenti..namun di hatiku, ada agenda yang aku bicarakan~

p/s : semoga berjaya dalam imtihan nanti sume teman... doakan juga diriku ini..
Kepala pusing juga memikirkan imtihan.....kerna titik hitam di hati mampu merubah segalanya..

Saturday, May 02, 2009

Historical

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerna masih diberikan nikmat menjalani kehidupan ini..
Hari ini merupakan hari agak bersejarah..buat saya dan teman-teman...except Dila tak de.. nak join kami..dia balik!!!! InsyaAllah Dila...nanti kite keluar sama-sama..insyaAllah...

Pagi...dalam jam 11.30 pagi..saya, Kak Kamilah, Nadiah, E
cah, berjalan menuju ke rumah sewa kami yang bakal kami duduki semester hadapan. Nak selesaikan deposit rumah...Sambil-sambil sembang-sembang sal hal rumah..

Usai urusan rumah, kami, tak termasuk Kak Kamil
ah, kerna akak balik hari ini... mahu keluar kejap.. jalan-jalan.. dah lama tak jalan-jalan keluar MMU, asyik terperuk je.. so, Ain, pun join kami, katanya nak beli barang..

Bak kata Wan Apih...final lagi..2mnggu*7hari*24jam*60minit*60saat...so kami pun ambillah peluang yang sedikit ini untuk berjalan-jalan..then, serius dengan study. Imtihan masih belum ditempuhi!!!

Ke manakah kami?? Pada mulanya nak pergi ke Mydin
, tapi akhirnya kata sepakat dicapai, kami pergi Jusco..dekat je pun..

Sesampai je kat JJ, kami isi perut dulu. Punyalah ronda kafeteria..tak tahu nak makan apa..tengok-tengok gak duit di poket..huhu..
Alhamdulillah, terisi juga perut ni. Tamam makan, kami teru
s gi solat.. Jalan tu jalan gak, solat jangan dilupakan!!

Usai solat, mulalah ekspedisi kami menjelajah JJ. Hanya cuci-cuci mata, krisis kewangan yang melanda diri kami berempat, tak mengizinkan kami berbelanja sangat. Dapat berjimat.

First place kami, adalah POPULAR..nak lepaskan gian n
ak baca buku..tengok apa buku terhangat...Hampir sejam jugalah kami di situ, ronda-ronda..baca-baca buku yang berkenan di hati..tangkap gambar (sebabnye tak dapat nk beli...ade gambar pun jadilah)..bersemangat sungguh kami membaca serta membelek buku yang ada..semangat yang diterima daripada cerita Laskar Pelangi.. bagaimana tekunnya anak-anak dalam cerita tersebut mengejar ilmu yang ada..mengutip apa sahaja yang ada... semoga bila berhadapan dengan buku akademik lagi bersemangat untuk study!!!

Then, kami melangkah menuju ke tempat teddy bear pula...part nie lagi best.. macam-macam jenis bear kami jumpa..comelnye la hai...kami ronda-ronda juga kawasan permainan... tengok apa yang terbaru kat JJ tu... sambil-sambil kongsi cerita....

Then, kami turun bawah pula..beli barang makan sikit....terpaksa berjimat ni...tak baik boros..amalan syaitan..kami lihat apa yang penting-penting je..yang tak penting pejamkan mata.. ^_^

Sambil-sambil tu pelbagai ragam manusia yang kami perhatikan..ada yang main nyorok-nyorok ngn anak kecilnya..sehinggakan anak itu lari entah ke mana
..cuba bayangkan andai anaknya itu hilang?? nauzubillah. Kes anak hilang pun ade kat situ.. dan macam-macam lagilah...
Waspadalah ketika berada di tempat umum...jaga diri anda,
keluarga dan teman baik-baik.. ^_^

Selesai beli barang..kami pun pulang..dalam kul 5 petang gitu...Alhamdulillah, segala hajat di hati terlaksana..

Ni ada sedikit gambar kami..rase segan lak tangkap gambar kat tempat shopping..macam tak pernak pergi jew...aduih....

~citer feveret ku...power rangers!!~


~antara buku-buku yang sempat kami belek...ada lagi sebenarnye..~




Sebelum pulang...terjumpa lak kereta idamanku ini.. inilah dia buah hati saya sebenarnye.. insyaAllah..akan ku miliki dikau nanti...tak kiralah bila zamannya..


Tu dia..perjalanan historical kami...akhir kalam..berikan diri anda masa..jangan terlalu tekankan diri..

~~nurafaz~~
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design