Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, April 27, 2009

Siapakah??

Dalam diam mengukir senyuman.

Dalam kesedihan mengukir senyuman.

Dalam kekalutan mengukir senyuman.

Dalam kekeliruan mengukir senyuman.

Dalam bersendirian mengukir senyuman.

Setiap masa senyuman di bibirnya.

Wajahnya bersih, cahayanya umpama bulan purnama.

Kata-katanya mempersonakan.

Dirinya begitu mulia.

Dia lah pejuang agama yang disegani.

Allah kekasihNya.

Allah adalah tempat tujunya.

Allah adalah segalanya buat dirinya.

Dia igauan para sahabat.

Dia idola sepanjang zaman.

Di akhir hayatnya masih terukir kasih sayang tanpa mempedulikan kesakitan yang dihadapi.

Di akhir hayatnya masih mengukir kata sayangnya pada umatnya.

Begitu dekat umatnya dengan dirinya.

Siapakah dia?????

~~~~~Muhammad Bin Abdullah~~~~~

Wahai Rasulullah, kaulah kekasih Allah.
Wahai Rasulullah, besar jasamu.
Wahai Kekasih Allah, dikaulah pemula detik dakwah..
yang mampu melahirkan generasi yang gah berdiri di barisan hadapan dalam agama Allah.
Merekalah yang mengerunkan musuh agama ini..

Dan, Rasulullah, kami adalah generasi yang akan meneruskan dakwah ini. Ya Tuhan, berikan kekuatan buat kami untuk terus menjalankan tanggungjawab kami..dengan tersematnya sifat kekasihMu di hati kami, dalam kami terus melangkah dan terus melangkah..

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design