Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, April 13, 2009

Bukan agendanya

Alhamdulillah, setelah beberapa hari menyepi dan 'dibilas' , kini tampil semula.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang masih ada.

Sabtu yang lepas, saya terlibat dengan Bengkel Penulisan 2009. Alhamdulillah, apa yang menjadi persoalan dalam benak saya akhirnya terjawab dalam bengkel tersebut. Saya memang berpuas hati sangat. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya untuk tetap dengan keputusan untuk pergi bengkel tu. InsyaAllah.. nanti saya updatekan perihal bengkel tersebut.

Tadi, sewaktu pergi makan malam, terserempak lagi dengan kumpulan tari-menari. Sekali lagi ketemu dengan mereka, tekun sungguh kelihatannya ketika berlatih. Erm... kenapa sekali lagi saya bangkitkan isu ini??? Saya pun tak ketahuan.

60 Seconds to Fame.. Satu event yang mesti diadakan...and I'm one of the committee.. Berat juga bila lecturer letakkan nama saya dalam senarai komiti. Ini bukan salah satu 'agenda' saya. Hati saya tak tenteram sebenarnya, tapi saya turun untuk menolong lecturer saya. Entahlah..buntu juga memikirkannya. Ramai kengkawan yang saya ketemu, saya tak bagi mereka pergi ke event tu... I mean, 60 seconds to fame...

Apabila saya beritahu kawan-kawan yang lain jangan datang, ayat kedua dan ketiga dari Surah As-Saf datang menerpa benak saya.. lama juga saya berfikir..

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
"Amat besarlah kebencian di sisi Allah tatkala kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan."
**********************************************************

Apa yang saya dapat lihat....dan perhatikan..adalah kesungguhan mereka mempersembahkan agenda mereka dalam masa satu minit. Mengagumkan...jadikanlah sifat bersungguuh-sungguh tu dalam diri kita...tapi ke arah yang baik lah. Lagi satu.. ramai peserta yang menyampaikan persembahan mereka about love.. Menyampaikan lagu dalam masa seminit untuk kekasih.. Seminit sahaja? Apa gunanya itu?? Mahu khabarkan pada semua bahawa 'diri ini mencintai awak' dengan nyanyian di hadapan semua orang agar si dia tahu yang dia dihargai..dan bila saatnya MC menyuruh kenalkan buah hati masing-masing..mengapa mahu diamkan? Kenapa tak khabarkan saja????? Ingatlah..jika benar si dia menyayangi kita ( Hawa ), dia tidak akan menyentuh diri kita.

Maaf, ini pendapat saya, apa yang saya duk perhatikan sebenarnya. Saya pun bukannya baik sangat..tapi...entahlah...
Ya Allah, jauhkanlah aku daripada fitnah dunia yang mampu menarikku dengan lebih dekat kepada nerakaMU....

Dalam handset saya ada satu mesej berkaitan persembahan "cinta" tadi..
"Ada tak yang persembahan cakap macam nie....." Saya mahu alunkan ayat suci Allah..surah Ar-Rahman, kepada mahligai hidup saya. Saya harap dia mendengarnya.."

Ada tak yang sanggup buat begitu..sebab kebanyakannya menari dan menyanyi lagu cinta.... tak ada lagi yang mengalunkan ayat Allah buat bakal hidup mereka...erm....

Tak lupa juga nak ucapkan tahniah buat PENAN... dapat nombor dua..tahniah...gunakan bakat kalian di tempat yang betul..^_^

Jadi..tinggal Drama Fest.. lepas tu..I'm FREE!!! And want to concentrate on my study, reports, IU Dinner ( hope everyone participate).

Lepas semua ini berjaya saya harungi..barulah jiwa saya sedikit ringan...^__^

InsyaAllah, akan saya bangkitkan isu penulisan dengan lebih panjang lebar..Adakah anda seorang Penulis??????? Penulisan...antara dakwah dan fulus...???

Erm....penantian satu penyiksaan. Benarkah?? Mungkin benar.. tapi ada kalanya penantian itu adalah satu pagaran..~~khas ditujukan buat mereka-mereka yang menerima mesej saya tadi~~~

p/s : BiNgKaI kEhIdUpAn..


0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design