Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, April 18, 2009

Aku tetap di sini

Aku tetap di sini.

"Kenapa kau ni murah sangat mengalirkan air mata?" Aku terkesima.
Wajahnya ku lihat. Lama aku termenung.
"Saja suka-suka," ringkas aku rumuskan jawapanku. Malas aku mahu mencoret semula segala apa yang telah terjadi.

"Saya nak benda ni secepat yang mungkin. Awak pun tahu kan bagaimana kerja orang profesional? Kita ni dah terlebih PRO dah, sebab tu semua kerja lambat," tiap-tiap hari ini sahaja yang aku dengar daripada mulutnya. Adakah dia pernah care tentang apa yang aku rasa?

"Bukan saya tak nak siapkan. Arahan daripada pihak atasan suruh saya hold on kan dulu benda ni. Kalau saya teruskan semua ini, nanti kewangan syarikat akan menjunam,"

"Sekarang ni, siapa BOS awak? Saya atau orang atasan tu? Orang atasan tu BOS semua, tapi dalam projek ni, saya adalah BOS awak. Sudah! Saya mahukan report sepenuhnya petang ini juga. Dan jangan bagi sebarang alasan lagi!" sekali lagi dia meninggikan suaranya. Pernah tak rasa diri tu tersepit di tengah-tengah kekalutan??

Aku membawa diri aku. Aku sucikan diriku dengan wudhu. Sejadah aku bentangkan. Waktu Zohor sudah menjengah. Tinggal lagi dua jam untuk menghantar tugasan yang baru diterima.

Sedang asyik aku membawa diriku ke lembah ketenangan, seseorang menyapaku.
"Adik, pejabat ni ada berapa tingkat ya?"
Aku berkalih lantas memandang wajahnya. Tidak pernah aku lihat dia sebelum ini, mungkin orang baru agaknya.

"Maaflah dik, akak baru lagi kat sini. Tak sempat nak jalan-jalan satu bangunan ni,"
Aku hanya tersenyum. Pelik, bila masa dia masuk? Oh, mungkin aku tak sedar.

"Bangunan ni ada 14 tingkat kak. Kalau akak nak pergi main die, tingkat 12. Semua tingkat-tingkat yang ada ni semunya dibahagikan mengikut keutamaan kerja dan juga pembahagian tugasan,"

Kakak tersebut hanya mengangguk, faham barangkali.
"Adik,"
Aku tidak berkedip memandangnya.
" Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah An-An'aam : 17"

Aku berkerut seribu.
"Adik, hidup ini tak pernah sunyi daripada ujian dan kesusahan. Itulah proses tarbiyyah pada diri dik,"

"Muhasabah diri kita semula dik, jangan mudah mengaku kalah. Dan jangan sesekali mengatakan diri adik ni bodoh ke, tak berguna ke," diam seketika.

Aku semakin kerut seribu. Apa yang sedang cuba disampaikannya?
"Adik, ingat tau, kita tak mempunyai apa-apa hak langsung ke atas diri kita. Semua ini adalah milikNya. Bila-bila masa sahaja dia akan ambil semuanya," sambungnya lagi.

Aku memandang ke arah sejadah. Aku mengeluh berat. Macam mana akak ni tahu isi hati aku?
"Akak," aku melilau sekelilingku. Kelibatnya tiada di sisiku.
Aku kembali tidak keruan. Mana pula dia ni?

"Mungkin aku bermimpi kot. Banyak sangat aku fikirkan ni. Report, tugasan, kerjaya, macam-macam lagi. Sehingga aku dah semakin jauh dariNya," omongku sendiri.

"Ya Tuhanku, ampunilah diriku ini. Aku semakin menjauhi rahmat kasihMu. Mungkin inilah kekosongan yang aku rasai dalam diri aku. Kosongnya jiwa aku kerna tersasarnya aku daripada jalan sebenarnya,"

Aku mengeluh berat, lantas aku cuba untuk tersenyum. Barulah aku sedar keadaan aku sekarang. Kenapa aku selalu sangat EMO, kenapa aku selalu sangat ikutkan perasaan.. semua ini kerana aku tak pernah nak hadirkan diri aku dalam setiap apa yang aku lakukan dan aku tak pernah cuba untuk bergantungan padaNya.

Inilah kesilapan diri aku yang sebenaenya~~~

******************************************************************

Tulisan ringkas di kala kebuntuan melanda diri. Semoga bermanfaat.


"Kenapa kau ni murah sangat mengalirkan air mata?" ~~Kerna aku rasa aku sudah tewas dengan diriku sendiri~~

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. "
Surah Ar-Ra'd : 28

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design