Followers

My Wattpad

30 Apr 2009

Aduih...



Begini ceritanya..

kejadian berlaku jam 2.00 petang..ketika tergesa-gesa nak ke masjid.
Saya pun dengan cepatnya menguncikan pintu..alih-alih kunci tersekat kat tombol..
Tapi pintu terkunci...saya pun cemas. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya waktu tu. Rumet saya pun ( Nadiah ) berusaha dengan bersungguh-sungguh mengeluarkan kunci tersebut.

Alih-alih, kami mengambil kata sepakat pergi solat Zohor dulu. Damaikan hati yang resah sambil memohon agar Allah memudahkan urusan kami. Tinggallah kunci sendirian terlekat di pintu.

Selesai solat, datanglah idea "bernas" saya. Saya gunakan satu "cara" utk keluarkan kunci tersebut. Dengan bantuan Nadiah ( rumetku ) juga, kami berusaha sambil bertawakal. Dengan takdir Allah..... kunci tersebut patah. Aduih... Innalillah....

Kami pun bergegas ke office hostel..ceritakan apa yang patut..
Ambil sedikit masa sebab nak tunggu orang FMD datang betulkan. Kami bacalah paper sambil mendengar lecture free daripada kakitangan hostel. Syukran kerana memberi kata semangat dan nasihat.... Tak juga terlepas daripada lecture "pedih" Aishah...ish2...Aishah2...sampai ati..

Dipendekkan cerita...
Orang FMD pun datanglah..betulkan..dan bukan setakat betulkan....they said something..
"Saya tak pernah buka pintu begini. Saya buka pintu cermat je,"

Saya hanya memekakkan telinga...buat-buat tak faham sedangkan dalam hati Allah je yang tahu.

Orang FMD tu pun gantikan tombol yang baru. Alhamdulillah, pintu saya ada tombol baru!!! Dan hati pun sedikit terharu..mengenangkan....

Itulah al-kisahnya..
So, pengajaran, jangan kalut-kalut. Baca Bismillah bila kuar rumah. Jangan gelabah. Dan jangan cuba idea yang "bernas". Tak tahu bertanyalah..jangan memandai cuba..sebab bila dah terngadah..baru nak menyesal....

p/s : Ya Allah, bagaimana dengan pembayarannya??? hehe... InsyaAllah, ada jalannya... believe in Allah!!!!!

29 Apr 2009

AKU HAIRAN

Alhamudulillah, syukur pada Allah,
masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini.

Lama juga rasanya tak masukkan entri ilmiah..kan?? banyak merapu aja kerjanya.. ^_^

Saya nak kongsikan puisi, yang saya rasakan bertepatan dengan arena kehidupan masa kini, baik di hadapan saya, kiri, kanan, belakang, malah di setiap penjuru yang saya tempuhi..

...: AKU HAIRAN :...

AKU HAIRAN adakah kita lupa hakikat diri sebagai hamba?
Apakah kita lupa kebenaran hakiki bahwa kita adalah pendosa?
Lalu mana pintu taubat dan nikmat yang perlu kita cari?

AKU HAIRAN bukankah kita bersaksi kita bersaudara pada panji tauhid
Tapi di mana mereka bila saudaranya disembelih?
Bila ummat seiman dengannya dibunuh dan diseksa?

AKU HAIRAN apakah hilang rasional kita?
Bergaduh tentang pangkat, jawatan dan pilihanraya
Sedang ummat ini masih lagi hanyut dan sesat
Dan anak muda gembira dan menari riang dengan syaitan

AKU HAIRAN kenapakah orang-orang tua itu lebih suka berbincang
Dan berkata-kata kononnya atas dasar cendekiawan dan ketinggian ilmu pengetahuan
Demi dasar demokrasi junjungan perihal generasi masa hadapan
Tetapi anak muda tetap menari dengan rentak hidup mereka sendiri
Adakah Islam itu tertegak dengan kata-kata?

AKU HAIRAN kubur mereka sudah dekat menanti
Harta tertimbun tak pernah lupa dicari
Tidak pula mengambil kisah tatkala mencuri merompak harta rakyat sendiri

AKU HAIRAN ada mereka kata pejuang Islam sejati
Tetapi ummat seiman dengan mereka kafir digelari.
Berjalan bangga kononnya menteri

AKU HAIRAN anak muda dengan hidup mereka sendiri
Berpimpin tangan, berpeluk dan bersenda menari
Tarian dengan lenggok sendiri
Adakah lupa pada ketinggian harga diri?

AKU HAIRAN Islam dianggap asing pada ummatnya sendiri
Lalu mereka kata inilah yang hakiki
Itulah yang benar dan kamulah yang salah
Tidakkah sedar kita ini pendakwah
Bukan hakim menjatuhkan silap dan salah

AKU HAIRAN bila mana kata-kata yang benar dibuang jauh
Pembawa kebenaran dianggap asing dan kebathilan dipegang teguh
Adakah ini ummat masa kini?

AKU HAIRAN ada yang berkopiah dan berserban pula,
Yang berkot dan bertali leher juga
Lambang cendekiawan moden bijak berkata
Maka kenapa hukum Allah ditolak tepi semudahnya?

AKU HAIRAN pada ummat ini, pada alam ini, pada diriku sendiri...

~dipetik cetusanminda.wordpress.com~

Bila diperhatikan semula, banyak pula kehairanan yang timbul. Adakah segala yang hairan ini akan terus dan kekal menjadi hairan?
Saya sendiri tiada jawapan buatnya..
Hanya yang boleh diperkatakan, tepuk dada tanya iman.
Hanya yang berada di lubuk hati saja yang boleh menjawab segala kehairanan yang timbul.

Usirkan segala kehairanan dan ukirkan kemanisan dalam perjuangan....

Sebelum terlupa, beberapa detik ni, yang asyik bermain di fikiran saya adalah :

"Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besarlah kebencian di sisi Allah tatkala kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan"
~ Surah As-Saf : 2-3 ~

Kenapa ini yang terdetik?

p/s : untuk apa sebenarnya kita melibatkan diri dalam sesuatu gerak kerja? untuk apa sebenarnya kita menyertai sesuatu penganugerahan? Bukankah sudah dibicarakan..kita lakukan bukannya demi nama, serta besarnya sesuatu gerak kerja itu. Kita cuba terapkan setiap yang kita lakukan kerana Allah.

Saya sedikit berkecil hati dengan tindakan "frust" kerana tidak terpilih setelah tersenarai antara yang terbaik..adakah keluar daripada dewan satu penyelesaian??????????
Ingatlah kembali duhai teman..apa sebenarnya tujuan kita menjalankan sesuatu gerak kerja???

27 Apr 2009

Siapakah??

Dalam diam mengukir senyuman.

Dalam kesedihan mengukir senyuman.

Dalam kekalutan mengukir senyuman.

Dalam kekeliruan mengukir senyuman.

Dalam bersendirian mengukir senyuman.

Setiap masa senyuman di bibirnya.

Wajahnya bersih, cahayanya umpama bulan purnama.

Kata-katanya mempersonakan.

Dirinya begitu mulia.

Dia lah pejuang agama yang disegani.

Allah kekasihNya.

Allah adalah tempat tujunya.

Allah adalah segalanya buat dirinya.

Dia igauan para sahabat.

Dia idola sepanjang zaman.

Di akhir hayatnya masih terukir kasih sayang tanpa mempedulikan kesakitan yang dihadapi.

Di akhir hayatnya masih mengukir kata sayangnya pada umatnya.

Begitu dekat umatnya dengan dirinya.

Siapakah dia?????

~~~~~Muhammad Bin Abdullah~~~~~

Wahai Rasulullah, kaulah kekasih Allah.
Wahai Rasulullah, besar jasamu.
Wahai Kekasih Allah, dikaulah pemula detik dakwah..
yang mampu melahirkan generasi yang gah berdiri di barisan hadapan dalam agama Allah.
Merekalah yang mengerunkan musuh agama ini..

Dan, Rasulullah, kami adalah generasi yang akan meneruskan dakwah ini. Ya Tuhan, berikan kekuatan buat kami untuk terus menjalankan tanggungjawab kami..dengan tersematnya sifat kekasihMu di hati kami, dalam kami terus melangkah dan terus melangkah..

23 Apr 2009

IU Dinner


Satu grand event yang diadakan..
Alhamdulillah, berjalan dengan lancarny
a..

Dari petang dah kerah tenaga..sampailah malamnya..sehingga tamat program. Meski kepenatan tapi terasa puas. Alhamdulillah.

Bak kata Saudara PemudeKahfi kita, ukhwah terjalin. Benar, sa
ya first tengok komiti IU Dinner ni, de sorang dua je yang saya kenal..yang lain, boleh dikatakan nak bersua muka pun tak pernah. Dan dalam komiti ini, dapatlah berkenalan. Daripada tak kenal sesama sendiri, terus jadi mengenali antara satu sama lain.

IU Dinner memuatkan dinner. Makanan berprestij kan hotel. Alhamdulillah. Ada juga games, ada juga liputan montaj perjalanan IU. Nasyid daripada Afwan. Lakonan daripada geng2 Abang Din. Lucky draw.....erm...

Meh la tgk serba sedikit apa yang ada....


~Komiti yang bertungkus-lumus..syabas kalian!!~~



~sebelum bermulanya event~


~tu dia... dua orang MC yang segak bergaya.. Abg Fahmi..Abg Ezad~~


~Tetamu jemputan~~


~Jamal Ali mengalunkan ayat suci Al-Quran..Surah An-Nur~~


~Tu dia.. PemudeKahfi kite..hehe...~~


~tak ketinggalan juga AFWAN..dgn dua buah lagunya.. syabas kalian~~

Itulah dia serba sedikit sal IU Dinner. Alhamdulillah, walaupun first time pergi..best jugalah..dan setiap apa yang kita lakukan, pastinya tak pernah terlepas daripada kekurangan. Mana yang rasa kurang tu, kita tampal semula dengan kerja-kerja pembaikan agar pada masa akan datang lebih baik.

Setakat itu sahajalah untuk IU Dinner.. Mata pena saya dah semakin tumpul..dan akan kembali mendiamkan diri selama beberapa hari..

Tak bermakna mata pena tumpul, semuanya kelu.

22 Apr 2009

InsyaAllah..

Salam..

Dah lama rasanya tak menulis semula di blog ini.. sampaikan si Aishah (ecah_buwang) bising-bising..
"Mira, bila ko nak update nih?? Dah bersawang dah aku tengok,"

Ingatkan nak posting berkaitan dengan IU Dinner. Tapi masih tak diberi kesempatan lagi.

Juz satu posting yang ringkas.

~~Salju Sakinah~~

Bila agaknya kita akan dapatkan Sakinah...~~kedamaian~~.. tepuk dada..tanyalah iman kita..

p/s : InsyaAllah, Allah bersama-sama dengan kita. Marilah kita berdoa..semoga pembedahan ayah kepada abang ipar Ain (Nurul Ain Md Saad) selamat. Dan semoga segala yang ditanggungnya disembuhkan Allah. InsyaAllah..

18 Apr 2009

Aku tetap di sini

Aku tetap di sini.

"Kenapa kau ni murah sangat mengalirkan air mata?" Aku terkesima.
Wajahnya ku lihat. Lama aku termenung.
"Saja suka-suka," ringkas aku rumuskan jawapanku. Malas aku mahu mencoret semula segala apa yang telah terjadi.

"Saya nak benda ni secepat yang mungkin. Awak pun tahu kan bagaimana kerja orang profesional? Kita ni dah terlebih PRO dah, sebab tu semua kerja lambat," tiap-tiap hari ini sahaja yang aku dengar daripada mulutnya. Adakah dia pernah care tentang apa yang aku rasa?

"Bukan saya tak nak siapkan. Arahan daripada pihak atasan suruh saya hold on kan dulu benda ni. Kalau saya teruskan semua ini, nanti kewangan syarikat akan menjunam,"

"Sekarang ni, siapa BOS awak? Saya atau orang atasan tu? Orang atasan tu BOS semua, tapi dalam projek ni, saya adalah BOS awak. Sudah! Saya mahukan report sepenuhnya petang ini juga. Dan jangan bagi sebarang alasan lagi!" sekali lagi dia meninggikan suaranya. Pernah tak rasa diri tu tersepit di tengah-tengah kekalutan??

Aku membawa diri aku. Aku sucikan diriku dengan wudhu. Sejadah aku bentangkan. Waktu Zohor sudah menjengah. Tinggal lagi dua jam untuk menghantar tugasan yang baru diterima.

Sedang asyik aku membawa diriku ke lembah ketenangan, seseorang menyapaku.
"Adik, pejabat ni ada berapa tingkat ya?"
Aku berkalih lantas memandang wajahnya. Tidak pernah aku lihat dia sebelum ini, mungkin orang baru agaknya.

"Maaflah dik, akak baru lagi kat sini. Tak sempat nak jalan-jalan satu bangunan ni,"
Aku hanya tersenyum. Pelik, bila masa dia masuk? Oh, mungkin aku tak sedar.

"Bangunan ni ada 14 tingkat kak. Kalau akak nak pergi main die, tingkat 12. Semua tingkat-tingkat yang ada ni semunya dibahagikan mengikut keutamaan kerja dan juga pembahagian tugasan,"

Kakak tersebut hanya mengangguk, faham barangkali.
"Adik,"
Aku tidak berkedip memandangnya.
" Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah An-An'aam : 17"

Aku berkerut seribu.
"Adik, hidup ini tak pernah sunyi daripada ujian dan kesusahan. Itulah proses tarbiyyah pada diri dik,"

"Muhasabah diri kita semula dik, jangan mudah mengaku kalah. Dan jangan sesekali mengatakan diri adik ni bodoh ke, tak berguna ke," diam seketika.

Aku semakin kerut seribu. Apa yang sedang cuba disampaikannya?
"Adik, ingat tau, kita tak mempunyai apa-apa hak langsung ke atas diri kita. Semua ini adalah milikNya. Bila-bila masa sahaja dia akan ambil semuanya," sambungnya lagi.

Aku memandang ke arah sejadah. Aku mengeluh berat. Macam mana akak ni tahu isi hati aku?
"Akak," aku melilau sekelilingku. Kelibatnya tiada di sisiku.
Aku kembali tidak keruan. Mana pula dia ni?

"Mungkin aku bermimpi kot. Banyak sangat aku fikirkan ni. Report, tugasan, kerjaya, macam-macam lagi. Sehingga aku dah semakin jauh dariNya," omongku sendiri.

"Ya Tuhanku, ampunilah diriku ini. Aku semakin menjauhi rahmat kasihMu. Mungkin inilah kekosongan yang aku rasai dalam diri aku. Kosongnya jiwa aku kerna tersasarnya aku daripada jalan sebenarnya,"

Aku mengeluh berat, lantas aku cuba untuk tersenyum. Barulah aku sedar keadaan aku sekarang. Kenapa aku selalu sangat EMO, kenapa aku selalu sangat ikutkan perasaan.. semua ini kerana aku tak pernah nak hadirkan diri aku dalam setiap apa yang aku lakukan dan aku tak pernah cuba untuk bergantungan padaNya.

Inilah kesilapan diri aku yang sebenaenya~~~

******************************************************************

Tulisan ringkas di kala kebuntuan melanda diri. Semoga bermanfaat.


"Kenapa kau ni murah sangat mengalirkan air mata?" ~~Kerna aku rasa aku sudah tewas dengan diriku sendiri~~

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. "
Surah Ar-Ra'd : 28

16 Apr 2009

Edisi terhad??

Edisi terhad?? Perkara baru yang saya dan dua orang sahabat temui.
Apa yang baru? Dan apa pula terhadnya???
Tak pasti pula pada lain orang, mungkin pernah temui benda ni.


~Lihat... aneh bukan.. Duit kertas RM50...pelik kan? Nasib baik Aishah perasan. Bila tanya kat pegawai tu.." Eh, mana dapat duit ni?"...."Ni edisi terhad"
Mungkin terhad..tapi bagi kami, macam duit mainan je..saiznya juga kecil sedikit.. erm.....
Rase-rase nak digunakan atau simpan????~


~ni pula not RM 50 yang original punya. Bukan saya nak cakap yang kat atas tu tak original.. tapi yang ni biasa kita lihat kan??? Beza ngak ngan yang sebelumnya????


13 Apr 2009

Bukan agendanya

Alhamdulillah, setelah beberapa hari menyepi dan 'dibilas' , kini tampil semula.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang masih ada.

Sabtu yang lepas, saya terlibat dengan Bengkel Penulisan 2009. Alhamdulillah, apa yang menjadi persoalan dalam benak saya akhirnya terjawab dalam bengkel tersebut. Saya memang berpuas hati sangat. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya untuk tetap dengan keputusan untuk pergi bengkel tu. InsyaAllah.. nanti saya updatekan perihal bengkel tersebut.

Tadi, sewaktu pergi makan malam, terserempak lagi dengan kumpulan tari-menari. Sekali lagi ketemu dengan mereka, tekun sungguh kelihatannya ketika berlatih. Erm... kenapa sekali lagi saya bangkitkan isu ini??? Saya pun tak ketahuan.

60 Seconds to Fame.. Satu event yang mesti diadakan...and I'm one of the committee.. Berat juga bila lecturer letakkan nama saya dalam senarai komiti. Ini bukan salah satu 'agenda' saya. Hati saya tak tenteram sebenarnya, tapi saya turun untuk menolong lecturer saya. Entahlah..buntu juga memikirkannya. Ramai kengkawan yang saya ketemu, saya tak bagi mereka pergi ke event tu... I mean, 60 seconds to fame...

Apabila saya beritahu kawan-kawan yang lain jangan datang, ayat kedua dan ketiga dari Surah As-Saf datang menerpa benak saya.. lama juga saya berfikir..

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
"Amat besarlah kebencian di sisi Allah tatkala kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan."
**********************************************************

Apa yang saya dapat lihat....dan perhatikan..adalah kesungguhan mereka mempersembahkan agenda mereka dalam masa satu minit. Mengagumkan...jadikanlah sifat bersungguuh-sungguh tu dalam diri kita...tapi ke arah yang baik lah. Lagi satu.. ramai peserta yang menyampaikan persembahan mereka about love.. Menyampaikan lagu dalam masa seminit untuk kekasih.. Seminit sahaja? Apa gunanya itu?? Mahu khabarkan pada semua bahawa 'diri ini mencintai awak' dengan nyanyian di hadapan semua orang agar si dia tahu yang dia dihargai..dan bila saatnya MC menyuruh kenalkan buah hati masing-masing..mengapa mahu diamkan? Kenapa tak khabarkan saja????? Ingatlah..jika benar si dia menyayangi kita ( Hawa ), dia tidak akan menyentuh diri kita.

Maaf, ini pendapat saya, apa yang saya duk perhatikan sebenarnya. Saya pun bukannya baik sangat..tapi...entahlah...
Ya Allah, jauhkanlah aku daripada fitnah dunia yang mampu menarikku dengan lebih dekat kepada nerakaMU....

Dalam handset saya ada satu mesej berkaitan persembahan "cinta" tadi..
"Ada tak yang persembahan cakap macam nie....." Saya mahu alunkan ayat suci Allah..surah Ar-Rahman, kepada mahligai hidup saya. Saya harap dia mendengarnya.."

Ada tak yang sanggup buat begitu..sebab kebanyakannya menari dan menyanyi lagu cinta.... tak ada lagi yang mengalunkan ayat Allah buat bakal hidup mereka...erm....

Tak lupa juga nak ucapkan tahniah buat PENAN... dapat nombor dua..tahniah...gunakan bakat kalian di tempat yang betul..^_^

Jadi..tinggal Drama Fest.. lepas tu..I'm FREE!!! And want to concentrate on my study, reports, IU Dinner ( hope everyone participate).

Lepas semua ini berjaya saya harungi..barulah jiwa saya sedikit ringan...^__^

InsyaAllah, akan saya bangkitkan isu penulisan dengan lebih panjang lebar..Adakah anda seorang Penulis??????? Penulisan...antara dakwah dan fulus...???

Erm....penantian satu penyiksaan. Benarkah?? Mungkin benar.. tapi ada kalanya penantian itu adalah satu pagaran..~~khas ditujukan buat mereka-mereka yang menerima mesej saya tadi~~~

p/s : BiNgKaI kEhIdUpAn..


9 Apr 2009

Dah Lama

Alhamdulillah, lepas kempunan nak makan benjo. Tengah-tengah lalu kat FSER..nak beli benjo la katakan..terlihat dek mata ini beberapa orang sedang menari. Dan semestinya mereka-mereka itu dari kumpulan tari-menari. Kadang-kadang duk tengok pun best juga...tengok gaya mereka menari macam mana..hehehe.. tapi yang peliknya, yang gagah perkasa pun menari sama.. erm.. dah minat..nak wat macam mana..

Soal tari-menari tolak tepi..hanya selingan semata-mata. Beberapa hari ni, kawan-kawan saya selalu sebut tentang wang...money...fulus..
dan ada yang berfalsafah.." No money, no talk".
Pentingkah duit?? Is the money is everything in this world??
Erm...
Pentinglah kan...
Kalau duit tak cukup..macam mana nak pergi IU DINNER? Kalau duit tak cukup.. macam mana nak beli makanan yang budak-budak Management dan juga bebudak Law jual? Betul tak?

Tapi duitkah segalanya? Tentu sekali bisa kita dengar, duit tak boleh nak beli kasih sayang, tak boleh nak beli kenangan, dan duit juga boleh menyebabkan diri kita lalai. Erm...

Susah juga ya... kalau semua org kepala duit..macam saya..hehe. Well...MMU kan... ada juga kawan-kawan yang dah pandai buat duit..erm..menyewakan cd movie..kerja part-time..buat website, macam-macam lagi. Tapi janganlah sampai mencekik seseorang tu dan janganlah juga sampai menikam kawan dari belakang.

Dan dengan duit ni juga akan memporak-perandakan negara..timbullah isu politik wang..erm.. saya tak nak komen banyak..sebab masing-masing dah matang dalam menentukan soal hidup mereka. Allah mengurniakan akal untuk berfikir, which is good and which is not. The choice is in our hand.

Dan kenapa pula saya timbulkan hal duit ni?? Sebab YTM x masuk duit dah ke? Bukan..sebabnya duit ni pada masa sekarang adalah aset yang penting. Saya akui..saya setuju dengan pepatah.." No money..no talk"

Setiap perkara, ada baik dan buruknya. Begitu juga perihalnya duit ni. Pandai-pandailah jaga diri dengan duit yang ada. Dan JANGAN jadikan Qarun sebagai model kita..JANGAN..
tapi jadikanlah Rasulullah @ Saidina Uthman sebagai ROLE MODEL dalam bab duit nie....

"Maka kami benamkanlah Karun bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya)".
Surah Al-Qashash : 81

Saya ajukan perihal duit ni pada RUMETKU..dan jawabnya.. DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA...erm...terima kasih bekerjasama...

p/s : takziah diucapkan kepada Abang Zulfazlizan sekeluarga atas pemergian datuknya. ~Al-Fatihah~

6 Apr 2009

Kesibukan melanda diri

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini, dan masih diberi kesempatan untuk meng-update blog. ^_^

Sewaktu iftar bersama-sama dengan teman tadi, hati terhibur dengan telatah mereka yang pelbagai ragamnya. Masing-masing membawa cerita dan acuan sendiri untuk menghiburkan diri sendiri serta teman yang ada. Waktu iftar kami memang meriah.

Seronok juga beriftar bersama, banyak yang boleh dikongsikan sebenarnya. Dalam keseronokan, terlintas di fikiran saya tentang salah satu diskusi yang menerangkan tentang konsep "mahu". Saya ingat-ingat lupa sebenarnya, tapi secara kesimpulannya yang boleh saya buat, ada sesetengah perkara kita terasa seperti terpaksa buat dan ada masanya kita buat kerana kita mahu lakukannya.

Dalam diskusi tersebut, satu cerita telah dijadikan pengajaran dalam kes "mahu" ini.
Kisahnya :

Ada tiga orang adik-beradik ni, si A, B, C. Ayah mereka menyuruh A mengecat dinding rumah. Tapi asalnya si A ni tak nak buat. Oleh itu, dengan keadaan terpaksa, dia pun buatlah. Dan semestinya kerja yang dilakukannya itu tidak begitu cantiklah...
Jadi, si ayah suruh si B cat pula, katanya nanti dia akan diberikan ganjaran atas kerjanya itu. Si B pun bersemangatlah. Dia pun cat dengan cantik dan bersungguh-sungguh.
Dan si C ni pula, dia pun nak cat, tapi dia cat kerana dia tahu, hasil kerjanya itu akan memuaskan hati semua orang yang lihat; diri dia, keluarga, dan semuanya. Dan dia buat seikhlasnya.

Konsep "mahu" ini lahirnya dari hati sebenarnya, sejauh mana kita menghadirkan diri kita dalam setiap kerja yang kita lakukan..

Saya akui...ada lagi kerja-kerja yang tertangguh...baik diri saya juga teman seperjuangan yang lain. Terbeban? Saya akui juga..memang saya rasa terbeban..tapi ini adalah tugas saya, beban macam mana pun saya kena siapkannya. Dan saya mahu lahirkan konsep "mahu" atau dalam erti kata lainnya, "ikhlas"..dalam setiap yang saya lakukan.

~~Ya Allah, Kau memahami diriku ini..dan hanya kepadaMu sahaja aku serahkan segalanya~~

Mari sama-sama baca artikel "TAHU" dan "MAHU"...

4 Apr 2009

Hepy Burfday My Frenz

4 April 1990, kedengarn tangisan seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Azwani Bt Yusop.
Dan pada 3 Januari 2006, terjalinlah persahabatan antara Nur Amirah dengan Nur Azwani..^_^

Meskipun kita pernah bertemu sewaktu zaman persekolah (rendah) tapi, pada waktu itu kita berlainan kelas, dan itulah jurang yang menyebabkan diriku ini tak mengenalimu. Dan Allah Maha Penyayang, Dia menemukan diriku semula denganmu. D
an alhamdulillah, sampai ke detik ini kau tetap bergelar sahabatku meskipun telah banyak onak duri yang dilalui. Syukran teman, kerana masih bersama denganku dalam perjuangan ini.

Pada hari kelahiranmu hari ini, ingin ku ucapkan selamat hari lahir, semoga dirimu diberkatiNya dan semoga dirimu berjaya mengharungi segala yang mendatang dalam perjuanganmu.
Meskipun diri ini berada di Melaka, dan dikau di Matriks Gopeng, ukhwah yang terjalin tak menjauhkan lagi jarak antara kita.

Ingat lagi, jika dulu, setiap kali menjelang hari jadi kita, pastinya kad ucapan buatan sendiri berada di atas meja. Tapi kali ini, ingin membuat se
dikit kelainan, hehe...

Semoga kita dapat berjumpa kelak. Teruslah tersenyum seb
agaimana kau lalui hari-harimu yang dahulunya. Dan akhir kalam..selamat hari jadi...

~Fieqa, Wanie, Miera~

Ingat tak.. cikgu pernah cakap.. "Kat mana ada Mira, kat situ ada Wani"...^_^
Apa yang telah berlaku pada masa lepas banyak mengajar diri ini untuk lebih menghargai persahabatan kita.



p/s : yang pastinya..kau dah tua dari diriku...hehe

1 Apr 2009

I will take that road

The Road Not Taken
(Robert Frost)

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And to be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how many leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I -
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

~~I will stick to my decision. With Allah's help, I will stick to it, unless..Allah tells me that the way that i choose is not the right way...~~
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design