Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Tuesday, March 31, 2009

Mesej

Sebentar tadi saya menerima satu mesej daripada teman yang amat saya kenali.
Teramat saya kenali.

Kata-katanya kali ini benar-benar ikhlas dari hatinya....

Adakalanya apa yang kita ingini bukanlah semestinya akan menjadi milik kita
Adakalanya sedang kita mengejar cinta manusia, ia bukanlah yang terbaik untuk kita
Adakalanya, sedang kita mendambakan kasih sayang insan di sekeliling kita, barulah kita tahu ia sesuatu yang dikongsi bersama
Dan, adakalanya bila ia hadir, ia akan pergi dalam keadaan kita kesali
Sehinggakan sampai satu masa dan ketikanya terpaksa aku diamkan diri dan melangkah pergi

Indah bukan kata-katanya. Apa yang sedang merunsingkan dirimu sahabat??

p/s : Ingat..kita tak keseorangan. Jika apa yang kita mahukan itu tak berada dalam genggaman kita, itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Allah mengetahui segalanya..dan DIA tak pernah nak berikan yang buruk-buruk pada kita..kerna kasih dan sayangNya pada kita.
Cukuplah Allah tempat kita bergantung dan tempat kita melayarkan kasih sayang.

Monday, March 30, 2009

Mulakan hari dengan senyuman?

Selalu kita dengar, "mulakan harimu dengan Nescafe.." eh..bukan.. " Mulakan harimu dengan senyuman"...
Yup, kadang kala itu sudah menjadi slogan kita setiap kali bangun tidur, tersenyum sorang-sorang.
Sebenarnya, bukan mulakan hari dengan senyuman, tetapi, mulakan harimu dengan MENGUCAPKAN SYUKUR KEPADA ALLAH...
"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami ( tidur) "
Jika itu yang dilontarkan, kan lagi manis rasanya. Then, barulah tersenyum..kerana masih bernyawa, dan masih boleh menikmati nikmat kuriaan Yang Maha Agung.
Biarlah orang kata kita ni tak betul ke...sebab senyum sorang-sorang..tapi kita tersenyum dengan berbangga, kita masih dibangkitkan dalam Islam....jalan kebenaran...
Oleh itu, mari kita bersyukur padaNya..dan mulalah harimu dengan senyuman..setelah bersyukur...^_^..
~~Teruskan perjuangan kalian..dan teruslah tersenyum~~~~

Friday, March 27, 2009

Kempen Jom Balik Kampus

Salam.

Pejam celik, pejam celik dah hampir seminggu cuti. Pantas sungguh masa berlalu, sehinggakan tak sedar yang ia datang melewati usia kita. Alhamdulillah, dapat pulang ke kampung dan menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.

Tak banyak sangat yang dilakukan sepanjang cuti ni, lebih duk kat rumah sahaja. Kalau keluar pun, keluar bilik, keluar duk kat halaman rumah. Nak gi jalan-jalan, belum ada mood lagi, kalau keluar pun, sebabkan ada urusan.....hehe

Sedikit review sepanjang saya menghabiskan cuti nie...

Hari Sabtu
Alhamdulillah, lepas hajat nak menziarahi pusara arwah mak. Dah lama tak ke sana. Kali terakhir saya berkesempatan untuk menziarahi pusara arwah sebelum saya masuk MMU, lepas tu, tiap kali nak pergi, ada sahaja halangan yang menerjah. Kalau dihitungkan, sudah hampir 2 tahun arwah meninggalkan kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. ~Al-fatihah~

Hari tu hujan pada waktu pagi, tapi kembali cerah semula dalam jam 9 pagi. Kebetulan pula pada hari tu diadakan gotong-royong membersihkan kawasan kubur. Kerja ni secara sukarela. Alhamdulillah, ramai gak yang datang menyertainya.

Hari Ahad
Menemani adik beli barang kat SILIBIN. Ramai giler org kat situ, jaranglah ramai orang sebabnya TESCO, JUSCO, berhampiran, tapi hari tu lain plak jadinya. So, beberapa jam saya menemaninya di samping saya juga turut bershopping..^_^

Hari Rabu
Hari tu saya teruja sangat nak keluar, sebabnya, parents nak gi kedai buku. So, saya dengan semangatnya menyatakan hasrat untuk ikut. Kami pergi IPOH PARADE~~POPULAR~~NOVELHUT~~
Sambil-sambil tu melilau kat depan kedai komputer. Erm, tertarik juga dibuatnya. Alhamdulillah, saya beli satu buku berkaitan dengan komputer...erm...puas hati...^_^

Usai membeli buku, saya dibawa ke CIMB Banks..Oh, kenangan yang dulu menghantui diri saya...sebut sal CIMB, agak gusar di hati..
Ibu dan abah suruh saya buka akaun CIMB ISLAMIC.. akaun CIMB saya akan saya tutup sekembalinya saya ke Melaka nanti. Alhamdulillah, saya dah ada semula akaun CIMB... ISLAMIC lagie.. kad n bukunya warna ijau!! Jangan jeles...^_^

Hari Khamis
Hari ni, saya menemani kakak saya gi survey laptop. Satu YIK FOONG tu kami pusing, dan agak berpuas hati dengan hasil kerja kami. Banyak juga yang saya tak tahu tentang laptop ni. Terima kasih kerana menolong memahamkan saya dengan semua tu. Saya juga sempat membeli sedikit barang laptop dengan menggunakan sisa baki duit yang ada. Alhamdulillah, cukup. Tapi satu je yang mengguris hati ni.. ada seorang abang ni, menyatakan pandangannya tentang laptop BenQ, dan nampaknya dia tak suka dengan laptop tu, katanya laptop jenis BenQ is bad..totally bad. Hangin juga saya mendengarnya, tapi wat-wat tak dengar. Alhamdulillah, selama saya guna BenQ, saya berpuas hati...^_^

Dalam perjalanan balik pula, kami terpaksa menempuh banjir dan hujan lebat. Memang mencabar. Kereta NAZA akak saya meredah banjir dengan penuh bergaya..sehinggakan nak mati enjin dah. Saya waktu tu takut sangat. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya waktu tu. Bayangkan andai kami terkandas kat tengah-tengah jalan tu, air dah lah tinggi. Allahuakbar!

Kami berhenti sekejap selepas berjays menghrungi banjir tersebut. Kereta akak saya sampai berasap enjinnya. Bukan itu sahaja, time itu jugalah saya jumpa lipas dalam keta. Tak pernah ada pun lipas, entah macam mana waktu tu ia muncul. Sekali lagi diuji. Hanya tawakal sahaja kami pada Ilahi, andai lipas tu masuk baju pun, tawakal je...

Dan alhamdulillah kami selamat sampai rumah, meskipun sedikit lewat.

~~Gambar pelangi setelah hujan reda.. Subhanallah...Maha Suci Allah. Lihatlah kebesaranNya~~


Hari Jumaat
Hari ini saya akan pulang ke kampus~~~

Jadi, marilah kita bersama-sama menyemarakkan kempen Jom Balik Kampus kepada sesiapa yang akan pulang ke kampus. Kita masih belum selesai dalam perjuangan kita menuntut ilmu. Tambahan pula, masih ada MidTerm, Assignment, Final.......

Oleh itu, sesiapa yang balik kampus awal, jangan sedih2, saya akan sertai kalian. Dan kepada yang masih berkempen Jom Balik Kampung, jangan lupa kampus pula.....

~~~~Masa sama sekali tak menunggu kita, apa lagi mahu mengejar kita.. Kita yang sepatutnya mengejar masa andai kita tahu masa itu adalah emas~~~~~

Tuesday, March 24, 2009

Jualan Kasut..

Saya bukan nak menjual kasut ye..hehe

Semalam, saya tonton Wanita Hari Ini ( WHI )...

Cerita mengenai kasut..menarik kan??
Agak trendy, pelik ( sememangnya remaja sekarang suka yang pelik2) dan yang paling bestnya, kita boleh minta dia lukiskan apa-apa sahaja yang kita mahu pada kasut tersebut.

Soal penjagaan jangan risau, ia tahan lama..cuma jangan rendam terlalu lama, jangan letak kat bawah cahaya matahari dalam tempoh yang lama, kerana nanti warnanya akan pudar.

Dan seperti biasa, yang menguasai perniagaan tersebut adalah golongan pelajar. Otak business..bagus!! Saya suka.

Tapi satu je la..mahal sedikit. Sepasang kasut harganya hampir RM50..tu yang paling murah. Dan ikut type juga...erm..

So, jika ada yang berminat..boleh2 la jenguk laman web ni...BOONG A SHOES.

p/s : yang saya nak promote adalah....saudara saya ada bukak kedai gambar...so sesiapa yang nak tempah camera man untuk apa2 jenis majlis..leh callig2..siap pakej album lagi.. Memang menarik lah, sebab saya dah tengok sample akak saya punya.

Monday, March 23, 2009

Sayangi Dunia...

Salam.

Saja nak berkongsi dan ingin juga bertanya. Baru saya dapat tahu satu berita menarik daripada adik saya.

Katanya pada 28.3.2009, selama sejam, dari pukul 8-9 malam, bagi membuktikan yang kita care pada dunia hari ini..yang mana kian tercemar...seluruh rakyat Malaysia akan memadamkan elektrik sepanjang waktu tersebut.

Terkejut juga dengar berita tu, saya tak tahu menahu pun..erm...katanya lagi ada dipromotekan di Hot.Fm..erm...

Jika perkara ini benar, dan jika benar kita prihatin, nanti satu Malaysia gelap gulita selama sejam.
Berbaloikah tindakan ini??? Mungkin ini satu permulaaan bagi mengorak satu perubahan kepada dunia hari ini. Apa tindakan kita seterusnya????

p/s : 28.3.09, saya dah ada di Melaka, bergelaplah saya sorang2 selama sejam..erm...

Thursday, March 19, 2009

Kempen Jom Balik Kampung

Pasti ramai yang teruja apabila sebut tentang balik kampung, betul tak?
Oleh yang demikian saya menganjurkan satu program iaitu KEMPEN JOM BALIK KAMPUNG.
Program ini tidak mengenakan sebarang bayaran.

Kempen ini terbuka pada semua, tempat yang di
tuju adalah kampung halaman masing-masing. Amacam? Best tak program ini. Jadi, cuti yang nak datang ni, jangan lepaskan peluang untuk menyertai. Jika ada di antara kita yang tak dapat nak sertainya, jangan kecil hati, cuti final masih ada. ^_^

Setelah menempuh mid-term, assignment, presentation, drama, dan sebagainya, terasa sedikit ringan. Dan sekarang barulah saya nak melakar s
emula jadual saya. Sekarang, barulah saya nak tumpukan betul-betul untuk final ini. Dan sekarang juga, barulah saya rasa nak cuti betul-betul...hehe....

Jadi, mari kita sertai KEMPEN JOM BALIK KAMPUNG ini!!!!!
Bas saya esok pagi!!! Tak sabarnya!!!!

p/s : jangan cuti s
angat tau.....

Sunday, March 15, 2009

Tutup buku

...: Selesai sudah :...
Alhamdulillah, MPBP telah berakhir. Memang sesuatu yang best semalam.
Mesej yang ingin kami sampaikan tersampai akhirnya, de
ngan kerjasama semua performer...

Yang teruja lagi dengan adanya MUADZ. Memang bestlah, suara dia pun sedap. Semangat yang ditonjolkan melalui lagunya dan juga takbir yang bergema di dalam dewan membakar lagi semangat kami semua. Ada yang protes gak apabila Muadz menyampaikan lagunya yang asalnya dipetik daripada hadis Nabi. Nasib baik tak terjadi apa-apa. Bagi saya, tak salah, itu adalah satu medium dakwah, dan dengan melalui lagu, sese
tengah daripada kite mudah untuk memanhami dan juga menghafal. Tapi berlainan orang lain pula ragamnya, oleh itu, tak boleh lah nak buat apa-apa.

~ saya nye TAG..de tandatangan MUADZ~

~ Saya beli CD...sahabat ISMA tolong panggilkan MUADZ..tuk tandatangan~

Persembahan drama dari UIA..pun best..x sia-sia jugalah kami pergi ke KL.. sampai tersesat-sesat ari tu...

Tak terlepas juga persembahan daripada History Society. Memang menyusuk jiwa sungguh. Syabas kepada kalian semua.

Dan syabas serta tahniah pada Abang Din n the Gang..dengan gimik yang amat gimik. Saya tengok para penonton memang cemas sangat. Bagus! Syabas!

Saya akui setiap yang kita lakukan pasti terselit kepayahan, dan kesulitan. Jadi apa yang telah terjadi semalam, jadikan pengajaran..iktibar agar pada masa akan datang bila JUNIOR-JUNIOR kita buat program..leh mereka perbaiki. Dan jangan lupa lemparkan semuanya dalam POST MORTEM nanti.. ^_^

Alhamdulillah, sepanjang program ini berlangsung, banyak yang saya perolehi sebenarnya. Banyak juga yang tidak saya ketahui. Benar, isu Palestin bukan satu isu keagamaan, tapi isu kemanusiaan. Dan kita tidak harus terlepas pandang dengan isu ini, kerana Palestin merupakan tanah emas bagi kita.

Saya harap MPBP dapat memberikan impak yang maksimum pada semua..
Dan kepada semua komiti MPBP..tahniah..program kita dah tamat..tumpukan pada study..
Jangan PONTENG KELAS lagi.
Teruskan mengejar DEAN list untuk semester ini ( khas ditujukan pada IZZWAN, hehe )
Nanti FAAIN belanja semua...dia cakap tadi...hehe thnkz FAAIN..

Akhir kalam, semoga usaha kita ini diberkatiNya, dan semoga persahabatan yang terjalin antara kita berkekalan, insyaAllah.

p/s : gambar nanti saya uploadkan...

Friday, March 13, 2009

Detik semakin hampir

Detik semakin hampir.
Debaran semakin terasa.
Saat yang dinanti-nanti hampir tiba.

MALAM PENGHAYATAN BUMI PALESTIN 2009.....
Satu malam yang akan membongkarkan segalanya perihal Palestin. It is TEARS OF GAZA....

Selepas event kemuncak ini, tamatlah sudah program Minggu Penghayatan Bumi Palestin 2009.
Tak sangka sungguh pantas masa berlalu. Sekarang dah mula rasa rindu dengan saat-saat sewaktu bertungkus-lumus melancarkan program ini, except kena marah-marah tu...erm...

Tak kisahlah..pengalaman semuanya (walaupun sedikit kisah)...
Semalam..first time bawak budak-budak sekolah..actually, bukan budak pun..sebaya je..mereka semua form six. Sekolah SMKTHAM...nama penuh saya tak pasti apa dia..

Tapi tetap mereka panggil diriku ini kakak, alhamdulillah...hehe
Alhamdulillah, mereka semuanya sporting termasuklah cikgu pengiring mereka. Memang best lah, satu pengalaman baru la katakan, sebabnya bukan sahaja mempromote kan program tapi juga mempromotekan MMU.

Saya tengok Abang Din, Kak Suraya bagi penerangan. Member-member saya yang lain juga membuat penerangan, terasa seronok sangat.

Dalam meronda-ronda satu kampus, 3 budak hilang. Saya dah agak dah dari awal lagi saya conduct bebudak tu, sure ade yang hilang. Takut juga, sebabnya mereka di bawah jagaan saya, if anything happen......erm...

Semalam juga ada CERAMAH kat CLC A2. Satu pengalaman lagi yang mana saya telah terlepas nak menjemput kengkawan dari MAKTAB..tengok-tengok mereka dah ada kat masjid. Memang kepenatanlah waktu tu, berkejaran dari CLC ke EMERALD PARK..kemudian bergegas pula ke MASJID. Memang kepenatan.....

Alhamdulillah, perancangan ALLAH adalah lebih baik daripada perancangan saya. Segalanya berjalan dengan baik. Saya juga jumpa seorang kakak yang satu bas dengan saya sewaktu nak pulang dari Ipoh ke Melaka...Lihatlah bagaimana ALLAH meletakkan perancanganNya dengan teliti sekali.

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua semalam..termasuklah empat orang classmates saya, 2 Malay, 1 Indian, 1 Chinese...Saya ingatkan mereka main-main je... rupa-rupanya betul-betul datang ke CERAMAH. Alhamdulillah...terharu tau...

Dan sekarang...tinggal satu lagi event..........

Monday, March 09, 2009

Luahan

Alhamdulillah, program yang ditunggu semakin hampir. Beberapa hari ini memang kami semua mengorbankan waktu tidur untuk menjayakan program yang telah kami rancang.

Sehingga ke detik ini, kepenatan masih terasa. Tapi penat buat kerja ini memang best sebab kawan-kawan ramai. Kesungguhan mereka buat kerja memberi semangat juga untuk saya.

Yang memeningkan kepala saya sekarang adalah latihan drama saya. Setiap kali latihan, main-main. Lepas tu speaking Chinese. La.....manalah saya nak faham. Nasib baik saya tak fasih Arab, kalau tak memang saya speaking Arab je sepanjang latihan.

Tension ar dengan grouping yang ada ni. Saya dapat bayangkan bagaimana keadaan kami esok malam. Habislah. Risau juga nanti jadi kelam-kabut. Saya lihat group yang lain yang mana saya memang rapat dengan mereka tu..cuma takdir tak menetapkan saya dengan mereka...jeles ar tengok team work yang ada pada mereka. Berbeza dengan teamwork yang saya ada. Saya pun tak tahu nak buat apa dah.

So, malam ni last rehearsal before presentation on Tuesday night. I really hope that everything is under control...everything will be nice. And, InsyaAllah, i will do my best for this drama, for sure.................

Tapi serius ar..saya memang gementar memikirkan esok.....dengan PAMERAN...dan juga DRAMA....Ya Allah....

~~~~~~~~~~~~~~~

Saya ada beli satu benda yang memang dah lama saya cari. Thankz kat Abang Din kerana suruh saya cari benda tu...boleh saya guna pas ni.hehe...Harganya memang CANTIK...tapi tak apalah, asalkan saya boleh guna lama....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ERM................

Friday, March 06, 2009

....: :....

....: :....

.........................................

p/s : Bukan mudah untuk melakarkan kata-kata....

Thursday, March 05, 2009

Allah is always with you

Mencuri sedikit masa untuk meng-update blog sebelum berenang ke arena meeting selepas ini. Erm...

Saya menghantar sms pada sorang kakak ni dan minta dia hadir ke meeting, tapi gayanya macam tak datang. Saya pun cakaplah dia moral support saya kerana saya gugup gak ni. First time jadi MC.

Kakak tu balas..."ALLAH is the greatest support for you. Mira akan ok if bergantung padaNya."
Terharu saya membacanya. Benar, Allah adalah pembakar semangat saya. Tapi saya tak pernah nak sedar semua tu.

Yang saya sedar, jiwa saya sekarang semakin lost. Rasa seperti saya kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam jiwa saya ini. Mungkin saya sudah semakin jauh denganNya. Sebab itu saya rasa sedemikian.

Hati dan jiwa perlukan makanan..dan makanan itu adalah cahaya keimanan.

~Saya rasa saya telah gagal..........maafkan saya...........~

Tuesday, March 03, 2009

Drama...

Dunia ibarat pentas lakonan

Kita adalah pelakonnya

Pelakon yang akan mewarnai industri kehidupan

Pelakon yang akan menentukan sendiri hala tujunya kelak setelah meninggalkan nama di muka bumi ini

Khas saya tujukan buat teman-teman yang akan menjadi pelakon dalam drama English nanti. Saya punya drama pada 9 Mac 2009...saatnya semakin hampir. Sayunya di hati adalah kerana dalam kumpulan saya tu, saya seorang sahaja yang perempuan.

Group saya kekurangan golongan Hawa. Saya sedang berada dalam lautan luas yang bakal menyebabkan saya tenggelam bila-bila masa sahaja. Saya harap saya akan terus berada di permukaan air dan terus berenang agar akhirnya saya akan temui daratan..

Cukup setakat ini. Buat teman-teman, mid-term semakin menerjah, assignment kian mengetuk, MPBP pula semakin hampir, semoga segala urusan kita dipermudahkanNya. Dan semoga kalian menjadi pelakon yang hebat, bukan sahaja dalam drama English nanti, tapi juga dalam kehidupan anda. InsyaAllah.
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design