Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Sunday, February 22, 2009

Seharian

Sebelum tu, saya nak memohon maaf buat komiti BIP dan BSK. Saya tak dapat hadir untuk BBQ di Astaka. Maaf, saya terpaksa siapkan kerja-kerja yang telah lama pending. Maaf kalian. Tengok tadi sewaktu tolong angkat barang, macam meriah je. Terdetik juga mahu join dan tinggalkan sejenak kerja. Tapi bila fikirkan semula, kerja yang bertimbun, kalau ditinggalkan, lagi berlambak. So, saya siapkan. Yang paling utama adalah surat-surat, dan beberapa lagi tugasan kecil, termasuklah kerja-kerja akademik.

Hari ini saya dapat pengalaman baru. Memberanikan diri bercakap sambil mempromote. Kalau ikutkan saya tak tahu nak cakap pe, tapi bila tengok Kak Erma dan Kak Nabila, saya jadi teruja. Saya tahu dah taktik mereka. Setelah memerhati gerak laku mereka..barulah saya praktikkan dalam diri saya pula. Sebenarnya pagi tadi saya tolong komiti Fain wat promotion kat Bandar Hilir. Part saya dan nadiah adalah DP dan MP.

Memang berjalan jela hari ini. Penat. Dengan panas teriknya, tapi itulah dugaan dalam bertugas. Syukran ya Fain belanja kami semua makan. Hampir 4 jam kami kat situ, alhamdulillah berjaya jual 20 tiket. Sungguh tak sangka. Syabas.

Dan saya menunggu trip ke Melaka Sentral pula nanti. Tak sabar pula nak promote lagi.hehe.
Trip kedua pula saya akan sewa keta, InsyaAllah.

Kepada Kak Erma, Abg Izzwan, Kak Nabila, Nadiah dan Fain..syukran buat segalanya. memang best la hari ni. Nanti kita pergi lagi..kita ajak Assistant Director 1 & 2 pula..hehe..

Pulang sahaja daripada mempromote, saya tolong sahabat saya dapatkan kereta pula. Memang mencabar la..saya tak pakai cermin mata kot waktu tu..tawakal jela..nasib baik saya bawa sampai ke hostel sahaja. Yang lain Abang Fadhil yang uruskan..

Abis tu, saya cuba-cuba jenguk persiapan BBQ, ada apa-apa yang saya boleh tolong, saya tolong. Sebab saya tahu yang saya tak datang untuk BBQ nanti. ^_^.
Selesai bab tu pula, saya bergegas pulangkan semula kereta sewa. Satu kes pula berlaku kat tempat parking keta..erm...dugaan. Tapi memang penat giler la saya waktu tu. Teramat penat.

Dan sekarang, saya menghadap laptop sambil mengemaskini kerja-kerja pending saya tu. Hope malam ni dapat siapkan semuanya. Sekali lagi maaf buat sahabat BIP dan BSK. Pada waktu sekarang, kerja saya adalah priority yang perlu saya tumpukan.

Semoga kalian berseronok dan jangan lupa saya waktu makan tu..^_^..

Akhir kata...meskipun penat seluruh badan ni, tapi hati saya tetap puas dengan setiap yang saya lakukan. Andai ada yang terkurang, maaf dipohon, dan InsyaAllah saya akan cuba yang lebih baik lagi!!

p/s: JANGAN LUPA UNTUK MENGHADIRI SETIAP EVENT YANG BERLANGSUNG SEPANJANG MINGGU PENGHAYATAN BUMI PALESTIN 2009.


6 comments:

zinnirah.aljannah said...

tak tahu pun awak & rumet x dtg bbq. tp makan x mknan yg didelivery? :D

all the best utk preparation MPBP yg semakin hampir. semoga dipermudahkan segala urusan~ ;)

p/s: jgn biarkn bdn penat sgt. jgn lupa rest jgk~ :D

..: nurish :.. said...

sbb tu sy pakai simple je..sweater je sy pakai hari tu..

klu sy pgi, kalah mak datin..gurau je..

x ramai tahu pun akak ^_^...biarlah rahsia..bak kata Datuk Siti.

Alhamdulillah, dapat..dah macam pesan fast food. Syukran buat semua. Yang tolong menghantarkan makanan dan juga yang tolong mengasingkan makanan untuk kami. Sedap juga. Cuma xdapat join je..hehe..

InsyaAllah, syukran kak. Kami akan lakukan yang terbaik.

hehe...nasihat bermakna tu kak. InsyaAllah, semua keletihan ini terubat jika program ini berjaya...

p/s :akak, nk beli tiket, hubungilah saya..^_^

HafizuddinPirus said...

Tahniah buat warga marketing dan seluruh Alhi MPBP yang berhempas dan terhempas pulas memarket suatu agenda paling penting buat umat Islam.

Semoga kejayaan itu sentiasa bersama korang.

InsyaAllah..

Telus,

Pemuda Gua Niah

..: nurish :.. said...

Hehe..

Sykran bebanyak. Memang terhempas kami semua, tapi terhempas itu memberikan sesuatu yang tak pernah kami lalui selama ini.

Ameen..

Syukran juga pada abg din yang turut sama membantu kami meringankan beban..^_^

.: F@!n :. said...

thanks mira...t tlg g k...pglamn mgajar kita erti kehidupan sebnr...peace..

..: nurish :.. said...

erm...

insyaAllah..klu mira rajin nk tlg...
xdela..

yup...
dan bukan mudah mahu melakar pengalaman dalam hidup..once dah terlakar ia memang satu yang tak dapat dilupakan..

rase2 kan..klu MPBP ni xde.. mira pun tak akan kenal ngn fain, wan apih, aida, wani dan bebudak Biro akademik..
dan itulah pengalaman yang pling best yang telah terlakar dalam kamus hidup ini...

korang memang best!!!^_^

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design