Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Thursday, February 05, 2009

Melaka @ Cyberjaya

" Lepas ni nak sambung mana? Stay Melaka?"

"InsyaAllah, kalau boleh nak kat Melaka, lagipun course kat sini,"

Itulah, jawapan yang saya berikan kepada yang menanyakan saya tentang ke mana akan saya sambung belajar selepas Foundation ini. Saya tahu ke mana saya nak pergi, saya tahu apa saya nak ambil selepas ini.

Sekarang, saya ragu-ragu. Saya tetap berikan jawapan yang saya akan stay Melaka, tapi hati saya mulai berubah. Seakan mahu sambung belajar di tempat lain pula, Cyber kah barangkali? Atau di tempat lain selain Cyber? Saya pun tak tahu. Ya Allah, tetapkanlah hatiku ini dengan keputusan yang telah aku tetapkan dahulu. Dan jika keputusanku itu benar tidak sesuai untukku, tunjukilah aku jalan sebenarnya.

Apapun, saya tetap kat Melaka ni, jika bukan takdir saya di Melaka, macam mana saya pertahankan pun, tetap bukan di Melaka. Saya serahkan pada yang Maha Berkuasa.

"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan "

Saya menerima SMS ini lama dahulu, dan saya masih simpan. Benar, kita lakukan sesuatu seolah-olah tiada hari esok untuk kita, dan kita sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Dalam kamus hidup, mesti tidak lari daripada perkataan 'tapi'.

Tapi, pernah juga kita rasa diri kita ini USELESS. Everything that we do, is all useless and never brings benefit to anyone....

Itulah yang pernah saya rasa pada ketika dulu, dan pada saat ini. Apa yang saya lakukan semuanya seakan tak berguna dan tidak membantu sesiapa pun. Acap kali telah saya kecewakan, serta hampakan orang lain. Saya memohon sejuta kemaafan.

Saya selalu hilang arah, selalu sangat, sampai satu ketika tu, saya lebih suka sendirian. Biar apa yang saya lakukan, saya seorang sahaja yang tahu.
Baru-baru ini, saya tonton satu cerita "1 Liter of tears". Sebuah cerita yang mampu menggugat emosi kita. Sebuah cerita benar yang diadaptasikan dalam bentuk filem. Kalau saya ceritakan perihal filem tu, panjang meleret pula, mungkin pada posting seterusnya.

Dari filem itu, saya dapat sedikit kesedaran, sesukar mana pun hidup yang kita hadapi, hadapilah dengan tenang, terima dan redha lah dengan segalanya. Dari situ, saya cuba memotivasikan diri saya, cuba berfikiran positif. Saya akui memang susah. Sampai sekarang, saya masih gagal melakukannya.

Saya teringat kenangan sewaktu bersama dengan arwah mak. Bagaimana arwah tabah dengan penyakitnya. Bila masanya saya boleh jadi sepertinya? Ada kalanya saya menangis sendirian, melihat kepada lemahnya diri saya ini. Melihat betapa saya cepat tunduk pada nafsu saya sendiri. Melihat betapa saya hampir dikuasai dengan kejahilan diri saya sendiri. Perjalanan hidup saya masih panjang, tapi saya seakan
sudah menaikkan bendera putih.

Semangat yang saya terima selepas membaca buku Salahuddin Al-Ayubi tempoh hari juga turut sama lesap. Saya sedih dengan perubahan ini.

Saya mungkin tak boleh berlari pantas, saya juga mungkin tak boleh nak berjalan dengan sempurna dalam perjalanan hidup ini, tapi saya masih boleh merangkak perlahan. Dengan kelajuan yang saya ada itu mungkin akan menyebabkan orang lain turut sama berada dalam kesesakan. Tapi, insyaAllah, saya akan cuba merangkak pantas dan saya akan cuba berjalan laju. Agar akhirnya saya bukan lagi menjadi beban pada orang lain.

Saya bukan nak menasihati orang lain, kerna diri saya juga masih terumbang-ambing. Just satu je nasihat saya, jangan jadi macam saya. Cubalah untuk yakin pada diri. Dan jangan lihat keadaan diri kita sahaja, tetapi perhatikan juga orang sekeliling, baru kita tahu yang kita mungkin lebih bertuah dari mereka.

Walaupun dugaan kita berbeza, tapi kita datang dari arah yang sama.

p/s : Buat semua penduduk sekitar Universiti Multimedia Melaka, juga kawasan sekitar Melaka ini...marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi " MINGGU PENGHAYATAN BUMI PALESTIN" yang akan diadakan 10 Mac 2009 - 14 Mac 2009.
Ada pameran ( daripada NGO), ceramah, dan juga MALAM PENGHAYATAN BUMI PALESTIN pada 14 Mac 2009...yang menampilkan pelbagai persembahan berunsurkan keprihatinan dan kemanusiaan yang semakin menipis di kalangan kita semua. Semua dijemput hadir.

4 comments:

zinnirah_aljannah said...

apa yg telah berlaku, biarkan ia berlalu. apa yg buruk jadiknlah sbg iktibar supaya x diulang lg kelak. yg pntg kita sedar apa silap kita & bersedia utk berubah. mohonlah pada Allah supaya diberikan kekuatan. :)

p/s: i wish u'll be in melaka~ ^_^ mohonlah petunjuk drpNya kerana Dia pasti tahu apa yg terbaik buat kita. ;)

..: nurish :.. said...

syukran kak

saya cuba..

p/s : saya harap pun kat melaka..hehe..

zinnirah_aljannah said...

i know u can do it! insyaAllah~ :)

..: nurish :.. said...

^_^

kene polish lebih sikit nie!! hehe

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design