Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, February 07, 2009

Beritahu Pada Muslimah

Di kesempatan masa ni, saya membuka halaman iluvislam.com,
saya memang tertarik pada mana-mana artikel yang membicarakan perihal muslimah.

Jadi saya kongsikan di sini....
di samping menyiapkan kerja-kerja yang masih pending..kerana esok saya tak ada di Melaka.
Saya akan ke Kuala Lumpur jam 7 pagi. Ada uru
san keluarga yang perlu saya uruskan. Jadi, sebelum berangkat ke sana, mesti siapkan kerja-kerja yang ada, takut nanti tak sempat pula nak update...lagipun tak elok tangguhkan kerja.

Nak pesan apa-apa ke setibanya saya di KL nanti?? Kalau nak, boleh contact saya..^_^

Akhir kalam.."Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam" dan jangan lupa ya kawan-kawan saya di MMU, akan apa yang saya minta sebelum esok...ingat DUE DATE esok...!!! ^_^

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...



2 comments:

zinnirah_aljannah said...

Syukran atas peringatan ini~ semoga kita mampu melakukannya, walaupun tak semua at least kita mencuba. :)

p/s: akak nak pesan "pesanan ringkas" drp awk setibanya awk di KL nnt, menandakn awk selamat tiba di sana~ :D

..: nurish :.. said...

InsyaAllah

hehe....

InsyaAllah,akn saya hantar nanti.. ^_^

p/s : Thanks akak

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design