Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, February 28, 2009

Akhirnya...

Semalam saya ke KL ada kerja sedikit. Alhamdulillah setelah dirunding, dapatlah kereta yang saya nak. Al-maklumlah, saya ni demand sikit.

Banyak sungguh rintangan dan dugaan sepanjang perjalanan. Kami terpaksa mengambil jalan jauh atau dalam kata lain kami tersesat..haha..

Tengoklah sapa co-pilot kami, kasihan dia. Saya yang pandu, dia yang dipersalahkan. Tapi ok gak tu, saya hanya mengikut arahan..haha..maaf ya co-pilot.

Memang mencabar kesabaran saya sepanjang saya bergelar pemandu semalam. Kira mencabar la task saya kali ini. Mari kita tengok kes2 yang telah terjadi sepanjang saya bergelar seorang driver... jeng-jeng-jeng....

Kes pertama :
Saya beberapa kali telah mengambil 'kona' maut. Ini disebabkan oleh kejahilan saya tentang jalan raya di KL.

Kes kedua :
Saya berhenti di atas petak kuning..sedangkan tak boleh berhenti kat situ. Ini disebabkan oleh kegagalan saya untuk meramal lampu isyarat di hadapan dengan kereta yang langsung tak bergerak meskipun dah hijau. Waktu tu memang gempak la..macam nak buat drama langgar lari pula.

Kes ketiga:
Saya berjaya masuk line dengan penuh 'berhati-hati' sampaikan saya dapat rasakan polis kat belakang duk tengok je. Saya takut kena saman sebenarnya.. saya masih "P". Ini disebabkan oleh sifat panik saya apabila sesat.

Kes keempat:
Saya asyik salah masuk lorong..lorong keluar saya gi masuk. Ini disebabkan saya tak sabar nak balik melaka dah.

Kes kelima :
Ini KES BESAR. Saya hampir melanggar seorang penunggang motosikal. Hampir dan nyaris kena dia. Allah sayangkan dia, nyawanya masih panjang. Ini benar-benar menakutkan saya. Semua ini disebabkan saya yang tak pandai nak buat keputusan nak masuk line mana.

Kes keenam :
Saya hampir dilanggar dan melanggar kereta lain. haha..ini pula sebab saya salah masuk line la..

Lihatlah berapa banyak kes yang berjaya direkodkan oleh diri ini. Maaf semua. Saya tahu, lepas ni mesti tak nak naik dengan saya dah. haha..cuba kalian bandingkan saya dengan abang fadhil..siapa lagi hebat..haha...gurau je..jangan marah abg fadhil..^_^

Selesai semua kes. Sekarang masuk pula saat dan ketikanya sampai ke destinasi. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa seronoknya selamat sampai. tapi sedihnya, dalam kawasan tu pun saya leh sesat. haha.

UIA...Universiti Islam Antarabangsa..itulah dia tempatnya. Saat saya masuk, tak tergambar riangnya di hati. Sebelum ni, saya dapat tawaran ke UIA, tapi kat Nilai. Memang matlamat saya sewaktu SPM dulu nak pergi ke UIA. Arwah mak pun nak salah seorang anaknya ke sana. Tapi Allah telah memberikan saya laluan yang lebih baik. Mungkin UIA bukan tempat saya.

Saat saya berjalan di bumi UIA, rasa seronok + bangga menyelubungi diri. Mesti pelik kan, kenapa nak rasa begitu?? Saya bangga. Meskipun saya tak belajar di UIA, saya berjaya jejakkan kaki ke sana..haha..poyo je.

"Mak, mira dah de kat UIA" itu yang saya katakan dalam hati kecil ini. Harapan arwah mak nak tengok anaknya belajar di UIA, tak kesampaian, oleh itu dengan menjejakkan kaki pun saya rasa hajat itu telah tercapai. Sayangnya, saya tak sempat nak tangkap gambar. Tapi tak pe, kerna saya yakin, saya akan ke sana bila-bila masa sahaja.hehe...

Itulah dia, selesai urusan di UIA, tibalah masanya untuk pulang ke Melaka. Itu pun kami mengambil jalan jauh. Penat tau. Jalan dekat saya tinggalkan..ambillah jalan jauh. Tak kisahlah, asalkan saya selamat sampai, sebabnya, saya membawa tiga orang sahabat bersama saya. Mereka di bawah saya. Sedikit saya melakukan kesalahan, mereka mangsanya.

Dan kini, saya mengimbau kembali saat di UIA. InsyaAllah, saya akan ke sana lagi. dan saya mahu ke sana. Erm,..sambung belajar kat sanalah!!! ^_^

Agenda hari ini...promote MPBP kat Melaka Sentral..saya shif petang. Ayuh!!! mari ke Melaka Sentral. Jemput ke booth kami. Meriahkan program kami.. Saudara kita sedang menunggu kita di GAZA.....

p/s : Kak Wani, Wan Apih, Ain..maaf ek sepanjang perjalanan semalam. Apa pun korang memang best. Tapi lain kali tak nak naik dengan korang dah..haha..

Wednesday, February 25, 2009

Hujan

Ya Allah

tunjukkan aku jalan yang terbaik

eratkan ukhwah diriku ini dengan mereka yang mengenaliku

dan

kekalkan nikmat persahabatan yang telah terjalin di antara kami


~hujan yang turun ibarat mutiara.....ia rahmat dari Tuhan.....air mata yang jatuh membasahi pipi ibarat titisan dakwat yang akan mewarnai papan lukisan anda~

Sunday, February 22, 2009

Seharian

Sebelum tu, saya nak memohon maaf buat komiti BIP dan BSK. Saya tak dapat hadir untuk BBQ di Astaka. Maaf, saya terpaksa siapkan kerja-kerja yang telah lama pending. Maaf kalian. Tengok tadi sewaktu tolong angkat barang, macam meriah je. Terdetik juga mahu join dan tinggalkan sejenak kerja. Tapi bila fikirkan semula, kerja yang bertimbun, kalau ditinggalkan, lagi berlambak. So, saya siapkan. Yang paling utama adalah surat-surat, dan beberapa lagi tugasan kecil, termasuklah kerja-kerja akademik.

Hari ini saya dapat pengalaman baru. Memberanikan diri bercakap sambil mempromote. Kalau ikutkan saya tak tahu nak cakap pe, tapi bila tengok Kak Erma dan Kak Nabila, saya jadi teruja. Saya tahu dah taktik mereka. Setelah memerhati gerak laku mereka..barulah saya praktikkan dalam diri saya pula. Sebenarnya pagi tadi saya tolong komiti Fain wat promotion kat Bandar Hilir. Part saya dan nadiah adalah DP dan MP.

Memang berjalan jela hari ini. Penat. Dengan panas teriknya, tapi itulah dugaan dalam bertugas. Syukran ya Fain belanja kami semua makan. Hampir 4 jam kami kat situ, alhamdulillah berjaya jual 20 tiket. Sungguh tak sangka. Syabas.

Dan saya menunggu trip ke Melaka Sentral pula nanti. Tak sabar pula nak promote lagi.hehe.
Trip kedua pula saya akan sewa keta, InsyaAllah.

Kepada Kak Erma, Abg Izzwan, Kak Nabila, Nadiah dan Fain..syukran buat segalanya. memang best la hari ni. Nanti kita pergi lagi..kita ajak Assistant Director 1 & 2 pula..hehe..

Pulang sahaja daripada mempromote, saya tolong sahabat saya dapatkan kereta pula. Memang mencabar la..saya tak pakai cermin mata kot waktu tu..tawakal jela..nasib baik saya bawa sampai ke hostel sahaja. Yang lain Abang Fadhil yang uruskan..

Abis tu, saya cuba-cuba jenguk persiapan BBQ, ada apa-apa yang saya boleh tolong, saya tolong. Sebab saya tahu yang saya tak datang untuk BBQ nanti. ^_^.
Selesai bab tu pula, saya bergegas pulangkan semula kereta sewa. Satu kes pula berlaku kat tempat parking keta..erm...dugaan. Tapi memang penat giler la saya waktu tu. Teramat penat.

Dan sekarang, saya menghadap laptop sambil mengemaskini kerja-kerja pending saya tu. Hope malam ni dapat siapkan semuanya. Sekali lagi maaf buat sahabat BIP dan BSK. Pada waktu sekarang, kerja saya adalah priority yang perlu saya tumpukan.

Semoga kalian berseronok dan jangan lupa saya waktu makan tu..^_^..

Akhir kata...meskipun penat seluruh badan ni, tapi hati saya tetap puas dengan setiap yang saya lakukan. Andai ada yang terkurang, maaf dipohon, dan InsyaAllah saya akan cuba yang lebih baik lagi!!

p/s: JANGAN LUPA UNTUK MENGHADIRI SETIAP EVENT YANG BERLANGSUNG SEPANJANG MINGGU PENGHAYATAN BUMI PALESTIN 2009.


MINGGU PENGHAYATAN BUMI PALESTIN 2009

Salam sahabat sekalian.

Universiti Multimedia akan mengadakan MINGGU PENGHAYATAN BUMI PALESTIN 2009, bermula 10 Mac 2009 hingga 14 Mac 2009.

Kepada yang berhampiran dengan MMU Melaka, juga di k
awasan sekitarnya, dan tak terlepas juga semua penduduk di semua pelosok negeri, kami mengalu-alukan kedatangan kalian semua ke program yang kami anjurkan ini.

Program ini bermula dengan :

PAMERAN JEJAK PALESTIN
10 Mac 2009 - 13 Mac 2009
8.oo pagi - 5.00 petang
CLC Comcourse, MMU Melaka
..: Pameran daripada badan-badan NGO berkaitan isu Palestin ..:

CERAMAH : BAITULBAQDIS TEMPAT SUCI SEBAGAI
PEREBUTAN 3 AGAMA
12 Mac 2009
8.00 malam - 11.00
malam
CLC A2, MMU Melaka
...: Ceramah daripada Prof Madya Dr Zainur Rasyid Zainuddin, wakil Aman Palestin :...

!!!GRAND EVENT!!!

MALAM PENGHAYATAN BUMI PALESTIN 2009
14 Mac 2009
8.00 malam - 11.30 malam
Dewan Utama, MMU Melaka
...: Menggabungkan pelbagai jenis persembahan; nyanyian daripada MUADZ, drama, puisi, puisidra, dan macam-macam
lagi!! ...:
!!! TIKET RM 3 shj!!!
Duit akan disalurkan sepenuhnya kepada Aman Palestin untuk diberikan kepada saudara kita di Gaza

Ayuh!!!! mari bersama kita memeriahkan program ini. Mereka tetap saudara kita meskipun kita dipisahkan dengan sempadan negara masing-masing, tapi kita tetap dalam satu lembayung ISLAM yang mulia!!!!!

~Adakah kau lihat dan merasai~


Ni salah satu montaj program kami. Syukran dan kredit pada yang berkenaan.

Untuk tempahan tiket, boleh menghubungi :

Rifayudheen
: 016 - 7670383
Wan Mohd Haffiz : 013 - 9745009

atau

email @ buzz saya (Amirah) di
tam_mirh@yahoo.com

SEMINAR KEPIMPINAN ISLAM

Alhamdulillah, selesai sudah Seminar Kepimpinan Islam, "Dimensi Baru Kepimpinan Mahasiswa".
Sedikit sebanyak dapat input daripada seminar ini. Sesi forum dan LDK agak menyeronokkan. Syukran dan tahniah buat semua komiti SKI ini.

MP3. Itulah formula yang diberikan oleh salah seorang fasilitator.
M- Multimedia
P - Peka Isu
P - Penulisan
P - Perbahasan

Formula yang dipegang olrh seorang peminpin. Dan yang paling penting adalah menuntut ilmu. Tuntutlah ilmu kita sejauh dan sedalam mana pun.

Terdapat 3 peringkat menjadi seorang mahasiswa yang berketrampilan dalam kepimpinan :

1. Peringkat pertama adalah menuntut ilmu.
2. Peringkat kedua adalah berpersatuan. Dalam persatuan inilah kita akan membina soft skills kita. Cara kita tangani sesuatu, cara kita berkomunikaso dengan orang lain. Dan dengan inilah kita boleh menjadikan diri kita ini versatile.
3. Peringkat ketiga adalah mahasiswa yang mampu mengubah sesuatu. Mean, dalam soal sosial, politik, ekonomi, akademik, dan sebagainya. Dan yang pastinya perubahan ini ke arah yang baik.

Apa yang saya perolehi adalah, sebagai seorang pemimpin, ilmu mesti ada dan mantap, keimanan dan ketakqwaan kepada Allah perlu utuh, pengisian rohani perlu ada kerana itu adalah makanan jiwa. Seorang pemimpin juga harus berani melontarkan suara, memahami tugasnya yang sebenar sebagai seorang mahasiswa, dan banyak lagi.

Jadikan juga kejayaan pemimpin-pemimpin yang terdahulu sebagai pembakar semangat kita. Belajar sejarah daripada kisah mereka, ambil iktibar dan cubalah kita melakar dimensi baru dalam kepimpinan kita, lebih-lebih lagi mahasiswa sekalian!!!!

MUADZ... STAND UP

ni lagu tema Seminar Kepimpinan Islam 2009

Tuesday, February 17, 2009

Tahniah

Tahniah buat sahabat saya yang telah bergelar mak cik pada hari ini. Seronok sungguh dia setelah dapat tahu dia menjadi mak cik. Tahniah.

Begitu juga buat rumetku yang telah lama jadi mak cik..takut nanti jeles lak, wish kat Aishah je.
Pepun..korang berdua dah satu sampan dengan diriku, yang telah lama bergelar mak cik. Tapi aku advance sikit, de dua anak saudara.
Korang still sorang.
^_^


Aku faham perasaan korang bergelar mak cik. P
epun tahniah buat Mak Cik Aishah, juga wat Mak Cik Nadiah..eh silap..Mak Su Nadiah. Aishah pe lak?? hehe..

Selamat datang buat Nur Adriana Qistina (Aishah), Affan Rifqy(Nadiah), Syabil Rusyaidi(Nurafaz), Syafia 'Aqila(Nurafaz)... semoga kalian semua menjadi mujahid dan mujahidah yang akan menggegarkan dunia ini se
rta menjadi penyejuk mata ibu bapa juga mereka yang berada di sisi, yang sentiasa menyayangi diri kalian.



(Syafia 'Aqila)



(Syabil Rusyaidi)



(Affan Rifqy)



(Nur Adriana Qistina)

Ain dan 'Adilah kami menunggu anda menjadi makcik pula

Monday, February 16, 2009

Pemergian

...: Pemergian :...
Setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan dunia ini, dan kembali menemui Sang Pencipta.
Itu adalah lumrah kehidupan.

Saya baru menerima berita daripada sahabat saya. Dia menyatakan salah seorang teman kami sewaktu zaman persekolahan dahulu telah kembali menemui Illahi tengah hari tadi. Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya, langgar lari. Lori telah melanggarnya dan kemudian melarikan diri. Allahuakbar.

Kenangan arwah bersama kami tak banyak kerna arwah berpindah sekolah sewaktu tingkatan dua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah buat arwah Syafiq Razak.

Bangkit berdiri

Seakan terasa diri ini mahu lepas dari segalanya..
Tapi andai diri ku ini dipilih untuk mengembalikan kegemilangan Islam..
aku rela berada di tempat ku kini dan biarlah rintangan melanda..
Aku tetap di sini....

Apa rasanya apabila kita tak dipercayai?
Wajarkah untuk kita lari dari sesuatu?
Perlukah kita sentiasa berasa aku tak punya apa-apa?

Saya lihat bagaimana teman seperjuangan saya berjuang dalam arus duniawi ini. Saya akui masing-masing mempunya cara merenanginya berlainan. Saya dengan cara saya, dan begitu juga yang lainnya. Saya mungkin naik bas, teman saya mungkin naik kereta api, yang lain mungkin sedang menggunakan jet. Tapi satu je..kita semua sama. Meskipun kita mempunyai cara yang berlainan, kita tetap dalam satu pasukan. Sejauh mana pun kita telah melangkah, kita tetap dalam satu angkatan.

Saya percaya A. P tak pernah nak percayakan saya. R pula percayakan J lebih dari P.
Nak melakar kepercayaan pada seseorang itu bukanlah sesuatu yang mudah. Once kita percayakan seseorang, kita yakin dia akan berikan yang terbaik untuk kita. Begitu juga dalam organisasi. Biarlah si A percaya dan asyik berpihak pada P, kita sebagai pekerja, lakukan amanah yang telah diberikan kepada kita sebaiknya, dan jangan sampai kita dipijak-pijaknya. Kita perlu bijak dan pada masa yang sama cuba ambil hatinya, dengan berkata manis, tak kasar, selalu buat kerja yang disuruh dan komited.

Susahlah. Ingat senang ke semua ni???
Siapa yang kat muka bumi ini bermula hidupnya dengan kesenangan?
Even, seorang bayi yang asyik menangis pun terasa susah untuk menangis. Air mata yang dikeluarkan bukan dikeluarkan dengan senang-lenang.. tangisan yang kedengaran juga bukan mudah baginya.
Tiada juga ertinya hidup ini jika apa yang kita lakukan, semuanya nak senang. Mana warna-warni kehidupan jika semuanya hitam putih?
Kesusahan itulah ibaratkan warna bagi diri kita. Dengan kesusahan itulah mengajar kita erti hidup..
Jadi jangan mudah menyerah kalah. Dan jangan mudah mengangkat bendera putih ya... ^_^

Entry kali ini khas buat teman-teman seperjuangan saya. Sama-sama kita laluinya meskipun luka parah kita terpaksa tempuhi..kerana di akhir nanti pasti manisan yang kita akan rasai..insyaAllah

Jadi, ayuh, kuatkan semangat kita ya....kita mampu mengubahnya....

Salam perjuangan buat kalian...

Friday, February 13, 2009

Ada apa pada Valentine



Esok merupakan Hari Valentine. Pasti ramai pasangan kekasih di luar sana menunggu-nunggu saat dak ketikanya hari tersebut..wah, seakan menunggu hari lebaran pula gamaknya...yelah, setahun sekali la katakan.

Sudah tentu ada yang berhempas-pulas memerah otak memikirkan apa yang perlu diberikan pada orang yang tersayang, sama ada nak beli atau buat send
iri. Erm..istimewa sungguh hari yang ditunggu-tunggu ini kan. Pasti juga ada yang sampai termimpi-mimpi akan menjelangnya hari kekasih ini. Wah, alangkah gembiranya diri andai dapat layanan bak raja sehari pada esok hari.

Tapi sedarkah kalian dengan menyambut hari kekasih ini akan mengheretkan lagi diri kita, sekaligus merantaikan lagi jiwa dan hati kita agar jauh daripada Islam. Islam tak pernah nak mengajar penganutnya akan hari kekasih ini. Bahkan, kenapa harus diadakan satu hari khas untuk pasangan kekasih? Mengapa tak diadakan terus walima
h..kan lagi barakah tu. Kan lebih bahagia? Pelik sungguh fahaman dan budaya orang masa kini.

Yang merisaukan lagi adalah, bebudak sekolah juga turut sama nak mula-mula berenang dalam lautan cinta berlandaskan nafsu dan juga mula berjinak-jinak dengan sambutan hari kekasih ini.

Perlukah Valentine's Day untuk membuktikan kasih sayang?? Apa selama perhubungan yang telah terbina langsung tak ada rasa kasih sayang sehingga perlu ada satu hari untuk menyatakannya?? Erm...
________________________________________________________________

...: SEJARAH VALENTINE :.
..

Menurut sejarahnya, Valentine atau Valentino adalah seor
ang paderi Kristian yang sangat berpengaruh dan giat menyebarkan ajaran Kristian di Rom. Raja Rom Claudius II memenjarakan penganut Kristian yang tidak sealiran agama dengannya termasuk Valentine. Meskipun dalam penjara, Valentine tetap menyebarkan agamanya kepada banduan.

Kegiatan ini akhirnya diketahui oleh Raja Rom. Lalu diperintahkan diseksa dan dibunuh pada 14 Februari 296 Masihi. Orang Kristian menganggap paderi ini sebagai orang yang mulia, sanggup berkorban dan mati kerana mempertahankan agama Kristian. Justeru besarnya pengorbanan Valentine beliau diberi gelaran Saint atau St. Pada 350 Masihi sebuah gereja dibina berhampiran kuburnya.


Dari sumber yang lain pula, didapati ketika dalam penjara Valentine jatuh cinta dengan seorang anak pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum dibunuh Raja Claudius II memberi dua pilihan. Meninggalkan agama Kristian atau dibunuh. Namun beliau lebih rela dibunuh tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis itu dengan menurunkan tandatangan
"From Your Valentine"

...: RAIKAN CINTA :...

Islam sebagai cara hidup fitrah yang telah sempurnakan ciri-ciri dan kemampuannya, turut menggariskan perayaan bagi umatnya. Sebagai umat Islam, perayaan turut menjadi salah satu cabang hidp yang mesti kita tempuhi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Hadith Abu Daud yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiyallahu'anh secara jelas menegaskan bahawa Allah SWT telah memperuntukkan bagi umat Islam dua perayaan bagi menggantikan segala bentuk keraian yang diwarisi dari za
man jahiliyah dan sumber yang tidak Islam. Dua perayaan berkenaan adalah Aidilfitri dan Aidiladha. Inilah dua hari yang bukan sahaja menjadi hari perayaan, bahkan Allah SWT menuntut kita agar tidak alpa dari merayakannya.

Tidak lama lagi, Hari Valentine pula muncul. Anak-anak
muda, malah mungkin juga yang sudah "out of season" sedang menanti apakah surprise yang bakal disediakan oleh insan yang tersayang, menjelang 14 Februari akan datang.

Apa kata, 14 Februari ini kita sediakan surprise yang paling bermanfaat, iaitu penjelasan berikut:

Di dalam sepotong hadith yang terdapat di salam Su
nan Abi Dawood, Rasulullah SAW telah bersabda, " Barangsiapa yang meniru atau berkumpul meramaikan sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka"

Jika benar kita mahu membuktikan kasih sayang, maka buktikanlah ia menerusi cara Islam yang halal, indah, penuh barakah da
n tiada kesan sampingan.

Tanpa perlu menunggu 14 Februari, berkahwin adalah sunnah Nabi SAW, yang jika kita serius ke arah itu, susunkanlah agenda hidup kita ke arahnya dengan baik. Usahlah dibazirkan wang untuk membeli bunga ros, kad-kad ucapan, atau candle lightdinner di restoran-restoran yang mahal, kerana semua itu adalah keindahan yang menjadi pagar-pagar kemurkaan dan neraka Allah SWT.

Kumpulkan wang dengan baik, beli buku yang mengajar cara hidup rumah tangga Islam dan laluilah 14 Februari ini seperti kita melalui hari-hari y
ang lain, iaitu mengulangkaji pelajaran, menghadiri majlis-majlis ilmu; beribadah dan berlumba-lumba mengejar kebaikan.

(Petikan daripada Abu Saif)

Pembacaan yang lebih lanjut :

Hukum Jual Bunga untuk Hari Valentine

Kenangan Valentine Seorang Mujahidah

Awas Para Kekasih!



Destinasi

Alhamdulillah,
saya sudah selmat sampai ke rumah, bas pukul 9 malam tadi, dan tiba di Ipoh dalam pukul 2 pagi.
Ramai yang hairan kenapa saya pulang secara tiba-tiba. Atau mungkin ada yang tertanya-tanya baru dua minggu start semester dah nak balik. Saya balik pun beg saya macam nak balik seminggu lamanya..^_^

Hari ini saya ada appoinment with somebody. Dan alhamdulillah, menurutnya kaki saya ni dalam kondisi yang baik, cuma salah urat sahaja. Saya nak buat X-ray, tapi dia cakap, bukan masalah pada tulang. If pada tulang, saya akan rasa sakit berpanjangan. Alhamdulillah, sakit ni datang kadang-kadang dan pada masa yang sama, saya kena kurangkan berlari..erm...saya suka berlari ke??

Jika berpandukan apa yang diberitahu oleh nenek urut tempoh hari, saya akan mewarisi sakit ni sampai bila-bila..haha..menakutkan kan?? Saya dengar waktu tu hanya mampu gelak je..sebab once dah kena susah nak baik, lagipun perkara tu dah berlaku, jadi biarkan sahajalah. Tapi semua tu ada kaitan juga dengan mainan perasaan juga kan..tul tak?? Jika kita selalu fikir sakit-sakit..memang sakitla..cuba kalau kita fikir..saya dah sihat!!! Mesti kita pun terasa sihat. hehe...

Risau juga saya akan kehilangan satu nikmat yang amat bernilai yang telah diberikan pada saya, tapi menurut apa yang diberitahu doktor tadi, seakan memberi sau pengharapan barangkali. erm..
Dan insyaAllah, saya akan menjaganya dengan baik. Bak kata orang, dah terkena baru nak beringat..macam saya la tu...

Jadi, beringatlah kalian sebelum terkena..hati-hati ketika berjalan..
dan akhir kata...jagalah segala nikmat yang diberikan pada kalian sebaiknya.

Wassalam.

Sunday, February 08, 2009

Coretan di Malam Hari

Coretan di malam hari...
Eh, silap, coretan di pagi hari..dan terlalu pagi.
Saya telah bertekad untuk tak tidur ni, sampai pukul 6.30 pagi..
Sambil memikirkan juga cara nak ke Melaka Sentral pagi nanti.

Baru sebentar tadi saya menonton dua cerita, satu cerita Hindustan yang saya tak tahu hujung pangkalnya. Dan satu lagi cerita kat tv3, yang juga saya tak tahu hujung pangkalnya.

Cerita Hindustan tu bast tapi merapu sangat. Seorang yang telah mati, hidup semula. Wah,!!! Cerita yang sememangnya amat merapu bagi saya, tapip saya layan juga sambil baca buku yang baru saya pinjam di library tadi. Kelakar sungguh. Pelakon yang saya kenal dengan perwatakan yang ganas, garang, gengster, tapi berlakon dalam cerita sedemikian, menampakkan kelainannya. Tapi, feveret nye cerita tak kisahlah....^_^

Lepas habis cerita hindustan tu, sambung pula cerita tv3..yang saya sempat tengok setengah jam sahaja. Ok lah, sebabnya saya tak tahu hujung pangkal cerita tu. Ingat nak stay kat situ sampai kul 1 atau 2 pagi, tapi banyak nyamuk dan lipas pula.

Dan sekarang, ada kat bilik, menyiapkan segala kelengkapan untuk esok dan juga sedikit kerja yang masih lagi pending ni. InsyaAllah, saya tak akan tidur, takut terlepas bas esok.

Ini ada sedikit pepatah (barangkali) sempat saya coretkan sewaktu menonton dua cerita tadi...

"Bukan mudah untuk malakar kata pada awan kerana pena yang berada di tangan tak mampu untuk mencapai tingginya langit...tapi tak salah untuk terus cuba melakarnya...kan??"

Ok, cukup coretan kali ini...sambung kerja!!!!

Saturday, February 07, 2009

Beritahu Pada Muslimah

Di kesempatan masa ni, saya membuka halaman iluvislam.com,
saya memang tertarik pada mana-mana artikel yang membicarakan perihal muslimah.

Jadi saya kongsikan di sini....
di samping menyiapkan kerja-kerja yang masih pending..kerana esok saya tak ada di Melaka.
Saya akan ke Kuala Lumpur jam 7 pagi. Ada uru
san keluarga yang perlu saya uruskan. Jadi, sebelum berangkat ke sana, mesti siapkan kerja-kerja yang ada, takut nanti tak sempat pula nak update...lagipun tak elok tangguhkan kerja.

Nak pesan apa-apa ke setibanya saya di KL nanti?? Kalau nak, boleh contact saya..^_^

Akhir kalam.."Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam" dan jangan lupa ya kawan-kawan saya di MMU, akan apa yang saya minta sebelum esok...ingat DUE DATE esok...!!! ^_^

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...



Thursday, February 05, 2009

Melaka @ Cyberjaya

" Lepas ni nak sambung mana? Stay Melaka?"

"InsyaAllah, kalau boleh nak kat Melaka, lagipun course kat sini,"

Itulah, jawapan yang saya berikan kepada yang menanyakan saya tentang ke mana akan saya sambung belajar selepas Foundation ini. Saya tahu ke mana saya nak pergi, saya tahu apa saya nak ambil selepas ini.

Sekarang, saya ragu-ragu. Saya tetap berikan jawapan yang saya akan stay Melaka, tapi hati saya mulai berubah. Seakan mahu sambung belajar di tempat lain pula, Cyber kah barangkali? Atau di tempat lain selain Cyber? Saya pun tak tahu. Ya Allah, tetapkanlah hatiku ini dengan keputusan yang telah aku tetapkan dahulu. Dan jika keputusanku itu benar tidak sesuai untukku, tunjukilah aku jalan sebenarnya.

Apapun, saya tetap kat Melaka ni, jika bukan takdir saya di Melaka, macam mana saya pertahankan pun, tetap bukan di Melaka. Saya serahkan pada yang Maha Berkuasa.

"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan "

Saya menerima SMS ini lama dahulu, dan saya masih simpan. Benar, kita lakukan sesuatu seolah-olah tiada hari esok untuk kita, dan kita sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Dalam kamus hidup, mesti tidak lari daripada perkataan 'tapi'.

Tapi, pernah juga kita rasa diri kita ini USELESS. Everything that we do, is all useless and never brings benefit to anyone....

Itulah yang pernah saya rasa pada ketika dulu, dan pada saat ini. Apa yang saya lakukan semuanya seakan tak berguna dan tidak membantu sesiapa pun. Acap kali telah saya kecewakan, serta hampakan orang lain. Saya memohon sejuta kemaafan.

Saya selalu hilang arah, selalu sangat, sampai satu ketika tu, saya lebih suka sendirian. Biar apa yang saya lakukan, saya seorang sahaja yang tahu.
Baru-baru ini, saya tonton satu cerita "1 Liter of tears". Sebuah cerita yang mampu menggugat emosi kita. Sebuah cerita benar yang diadaptasikan dalam bentuk filem. Kalau saya ceritakan perihal filem tu, panjang meleret pula, mungkin pada posting seterusnya.

Dari filem itu, saya dapat sedikit kesedaran, sesukar mana pun hidup yang kita hadapi, hadapilah dengan tenang, terima dan redha lah dengan segalanya. Dari situ, saya cuba memotivasikan diri saya, cuba berfikiran positif. Saya akui memang susah. Sampai sekarang, saya masih gagal melakukannya.

Saya teringat kenangan sewaktu bersama dengan arwah mak. Bagaimana arwah tabah dengan penyakitnya. Bila masanya saya boleh jadi sepertinya? Ada kalanya saya menangis sendirian, melihat kepada lemahnya diri saya ini. Melihat betapa saya cepat tunduk pada nafsu saya sendiri. Melihat betapa saya hampir dikuasai dengan kejahilan diri saya sendiri. Perjalanan hidup saya masih panjang, tapi saya seakan
sudah menaikkan bendera putih.

Semangat yang saya terima selepas membaca buku Salahuddin Al-Ayubi tempoh hari juga turut sama lesap. Saya sedih dengan perubahan ini.

Saya mungkin tak boleh berlari pantas, saya juga mungkin tak boleh nak berjalan dengan sempurna dalam perjalanan hidup ini, tapi saya masih boleh merangkak perlahan. Dengan kelajuan yang saya ada itu mungkin akan menyebabkan orang lain turut sama berada dalam kesesakan. Tapi, insyaAllah, saya akan cuba merangkak pantas dan saya akan cuba berjalan laju. Agar akhirnya saya bukan lagi menjadi beban pada orang lain.

Saya bukan nak menasihati orang lain, kerna diri saya juga masih terumbang-ambing. Just satu je nasihat saya, jangan jadi macam saya. Cubalah untuk yakin pada diri. Dan jangan lihat keadaan diri kita sahaja, tetapi perhatikan juga orang sekeliling, baru kita tahu yang kita mungkin lebih bertuah dari mereka.

Walaupun dugaan kita berbeza, tapi kita datang dari arah yang sama.

p/s : Buat semua penduduk sekitar Universiti Multimedia Melaka, juga kawasan sekitar Melaka ini...marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi " MINGGU PENGHAYATAN BUMI PALESTIN" yang akan diadakan 10 Mac 2009 - 14 Mac 2009.
Ada pameran ( daripada NGO), ceramah, dan juga MALAM PENGHAYATAN BUMI PALESTIN pada 14 Mac 2009...yang menampilkan pelbagai persembahan berunsurkan keprihatinan dan kemanusiaan yang semakin menipis di kalangan kita semua. Semua dijemput hadir.

Tuesday, February 03, 2009

Semester Baru

Ahlan Wa Sahlan untuk semester baru nie.

Selamat menjalani kehidupan yang baru untuk semester yang baru.

Segala yang telah berlaku, biarkan berlaku, ambillah iktibar dari setiap yang berlaku. Mulakan segala sesuatu dengan azam yang baru.

Sem yang baru menjanjikan kehidupan yang agak berbeza dari yang dahulunya...lagi mencabar kot. Jadi sama-sama lah kita melaluinya dengan hati yang terbuka meskipun dibebani dengan urusan yang lain...^_^

Saya ada terjumpa pepatah nie dalam kotak memori saya... Bila kita tersenyum kita pasti memikirkan sesuatu..Bila kita menangis, kita juga pasti memikirkan sesuatu, setiap yang kita lakukan, pasti kita memikirkan sesuatu...Apakah sesuatu yang kita fikirkan itu???
Saya terjumpa sewaktu saya sedang termenung...erm..

Buat rumetku...SELAMAT HARI LAHIR YANG KE........ (rahsia....)

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
Semoga berada dalam per
lindunganNya...
Dah tua rupanya rumetku ini...erm....^_^

Jangan lupa belanja makan b
irthday girl....hehehe

khas buatmu...



 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design