Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Thursday, January 08, 2009

Kerana satu KLIK

Sekali lagi saya telah mencatat satu pengalaman baru dalam hidup ini. Perkara yang tak pernah-pernah saya buat, telah berjaya saya jadikan kenangan manis dalam hidup ini. Persoalannya...maniskah pengalaman ini?? Erm..mari kita jejaki..

7 Januari 2009, jam 9.20 pagi. Saya telah berjaya reply satu email from CIMB..actually, saya tahu email tu spam and suppose not to respond to it..but, don't know why..gerakan hati ni menyebabkan saya menekan 'klik' pada button mouse putih saya ni...Saya pun dengan rancak mengisi segala maklumat yang diperlukan. Berdasarkan email tu.. account saya ada problem..not secure enough from viruses..especially TROJAN. So, saya pun tunggulah request TAC yang macam kita selalu buat untuk CIMB Clicks..Selesai bab tu...

Dalam lima minit selepas itu, saya menerima panggilan telefon daripada CIMB..
"Cik ada buat pemindahan wang ke Nigeria sebanyak RM 1320.48?"
Saya memang cuak dan terkejut.
"Tak ada pula,"
"Cik ada terima apa-apa email?"
"Ada," jujur saya ni...
"Cik reply?"
"Ha'ah..email sal security..saya reply la,"
"Kenapa cik reply, itu bukan email daripada kami,"
Saya terus tergamam. Barulah saya terfikir, betapa kurang cerdiknya saya. Punyalah lama email tu, baru hari tu saya nak reply...dah nasib...hhaaiizz.

Waktu tu saya hanya berdoa, kalau benar duit saya lebur, saya minta Allah selamatkan saya. Selamatkan saya...

10.31 pagi....
"Cik, ni butir-butir berkaitan hal tadi. Wang sebanyak RM1320.48 telah dimasukkan dalam akaun Western Union (Nigeria) dan penerimanya ........(nama dia panjang). Cik tak ada buat apa-apa pemindahan wang ya?"
"Tak ada, lagipun dalam akaun saya hanya RM17...camne lak leh sampai seribu lebih," bocor dah rahsia...
"Itulah, kami pun hairan, mungkin dia gunakan akaun cik untuk transferkan wang,"
"Jadi?"
"Saya minta cik buat laporan polis, takut cik disyaki terlibat dalam apa-apa sindiket,"
Sudah! Sindiket la pula...saya baik tau...
"Saya berikan butir-butir saya, jika pihak polis tanya, berikan saja nombor saya ni,"
Saya pun catatlah semuanya. End of discussion..

Tangan kaki saya dah sejuk..saya memang tak buat salah, tapi inilah kali pertama saya disabitkan kesalahan..wah....!!
Saya minta nasihat mak Nadiah, jadi saya pun bergerak ke CIMB kampus Melaka, ceritakan hal sebenar. Dan dengan kerjasamanya juga, dia cuba menelefon lelaki yang telefon saya tadi..takutnya bukan pegawai CIMB...tapi saya percayakannya.

Selesai itu, saya pergi balai polis, buat repot, yalah kita tak tahu apa yang akan terjadi...saya ditemani Kak Ika, Nadiah, dan Kak Zinie...waktu nak ambil repot ni lagi best...pegawai tu asyik senyum je..tahulah kes saya kecil je...geram juga.

Rupa-rupanya..dia tak faham cerita saya..haha..kenapalah tak tanya saya??? Dekat setengah jam jugalah buat repot tu. Ingatkan dah habis dah...saya kene pergi IPD pula..jumpa dengan Inspektor Adwam..untuk wat statement..pada pukul 4 petang.

Kali ini saya, Nadiah dan Kak Ika je. Jumpa dia, kata 10 minit, lepas tu 10 minit lagi tunggu, lepas tu 5 minit lagi tunggu...alih-alih pukul 5 petang barulah dapat jumpa. Penat, kasihan kak Ika, saya dah korbankan masa studynya.

Duk dalam bilik tu..dengar dia sembang dan tanya saya soalan. Terdengar juga seorang pegawai sedang soal siasat penjenayah. Kuat dia jerit. Sampaikan inspektor Adwam nyakat saya dan Nadiah. Tak cukup dengan tu, dia siap tanya.. CPU, keyboard, mouse, hard disk, monitor, dalam BM apa?? apa kaitannya semua itu dengan repot saya? Adakah sebabnya saya budak IT?? erm..tak pelah, asalkan kerjanya jalan.

Dalam setengah jam, barulah selesai...pergghh...hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya bila semuanya selesai. Dalam perjalanan pulang, jiwa saya terasa sedikit ringan. Saya tak tahu kenapa saya reply email tu.. Walau apa pun, ini adalah pengalaman terbaru dalam hidup saya. Saya belajar sesuatu yang baru. Pada sahabat di luar sana, jangan jadi macam saya, jangan sesuka hati reply apa-apa email, kalau rasa ragu-ragu, telefon pihak yang berkenaan.

Kepada Kak Ika, maaf dan terima kasih kerana tolong tunggu, tolong bawa, dan tolong temankan. Saya masih terasa kesannya sampai sekarang...Ya Allah, pengalaman yang cuba Kau berikan pada aku....sampai sekarang masih berlegar di benak fikiranku...

Waspadalah...kita semakin maju...

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design