Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, January 05, 2009

Kembali Operasi

Lama rasanya tak update blog ni. Sejak dihujani dengan pelbagai jenis urusan plus kesihatan yang kurang baik menyebabkan saya terasa agak 'rajin' untuk meng-update blog.

Beberapa hari yang lepas, saya diserang demam panas, selepas kaki saya sembuh sepenuhnya. Inilah dia ujian Allah. Selalunya saya demam dua hari je, maksimum, tapi kali ini lebih pula. Sepanjang saya demam ni, saya mulai sedar tentang diri saya sendiri. Saya dapat belajar perkara yang baru. Dan harapnya perkara itu akan dapat mendidik jiwa saya menjadi insan yang lebih cemerlang.

Sepanjang tempoh saya demam, saya sering teringatkan rumah, keluarga saya..sampaikan sahabat saya kata saya ni demam sebab homesick. Bukan homesick. Saya mula mengenal rasa kasih sayang time demam la. Ingat lagi sewaktu saya tingkatan empat. Sekembalinya saya dari kursus imam pada bulan Ramadhan, saya diserang demam panas. Pada waktu itu, saya ingatkan saya akan mengikuti jejak arwah mak...alhamdulillah, umur saya dipanjangkanNya.. Dalam saya demam tu, saya lihat betapa bersungguh-sungguhnya ibu dan abah saya menjaga saya. Mereka tuam kepala saya, menenteramkan jiwa saya. Pada waktu itu juga, saya dalam proses nak mengenali ibu saya (mak dan ibu saya adalah orang yang berbeza). Dan dalam pada itulah saya dapat lihat kasih sayangnya...meskipun saya ni bukan anak kandungnya, tapi dia jaga saya ibaratkan saya ni dia yang lahirkan. Dari situlah saya mulai kenal kasih sayangnya. Dan dari situlah saya juga mula menyayanginya. Oleh itu, bila demam lama-lama ni, pasti saya akan ingat nak balik rumah..dan air mata pun murah sekali untuk mengalir..^_^

Syukran jazilan buat sahabat-sahabat saya; Nadiah, Aishah, dan 'Adilah, yang sentiasa ada dekat dengan saya waktu saya demam. Syukran tolong tapaukan makanan, syukran buatkan saya tersenyum, syukran kerana membebel suruh saya makan ubat. Sungguh saya tak dapat nak balasi semua itu melainkan Allah juga membalasnya. Syukran juga pada akak-akak sekalian, yang sudi drive kan saya ke JJ semata-mata nak cari bubur nasi. Jasa akak-akak tak akan saya lupakan. Syukran...

Dan akhir kata, biar apa pun yang terjadi pada kita, pastikan kita memohon agar dikuatkan dalaman..kerana jika dalaman kita kuat, insyaAllah, luaran kita juga akan kuat.

Hari ini mula final exam...kepada semua sahabat dan teman-teman saya...selamat maju jaya dalam exam. Percayalah pada Allah...bersama-samalah kita menuju puncak kejayaan..

Sekian...nurafaz ingin berbicara "Jika tak mampu untuk tersenyum di bibir, senyumlah di hatimu..."

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design