Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Thursday, January 29, 2009

Telatah

Alhamdulillah, selesai sudah walimah akak. Temanya adalah biru..wah, saya memang suka biru. Selepas selesai semua ni barulah rasa lega sedikit, lihat majlis berjalan dengan lancar, terubat segala kepenatan. Alhamdulillah.

InsyaAllah, 8/2/09 di sebelah pihak lelaki pula. Saya tak pasti boleh turun atau tak, jika diizinkanNya, saya akan turun. ^_^.

Hari ni saya nak berkongsi telatah anak sedara saya nombor dua bersama dengan teman-teman. Sepatutnya ada tiga video, tapi satu lagi tu saya tak dapat siarkan atas sebab2 tertentu. Video tu tentang Syafiah yang asyik dengan telefon bimbit mak ciknya (saya la tu) sambil mengikut irama lagu yang dipasangnya sendiri...wah3..bijak sungguh budak tu menekan-nekan telefon ek... erm..

Mari saksikan....




Ni semasa kat atas pelamin. Kami bersungguh-sungguh nak diamkan dia supaya dapat ambil gambar...tapi bila dah dapat diamkan dia, alih-alih tengah rekod kan je....erm....




Ni lak video selepas kenduri..time senja lak tu..ngah testing suara budak ni.. yang tolong die testing suara tu saya la..haha...dapat mak cik cam ni habislah..... die pun dh pandai cakap no,no,no...abang(tp pelat). Dah pandai buat ayo...sekali ngan aksi tangan dia..dan dh pandai jalan sikit2. Umurnya tak sampai setahun..bulan tiga ni genap setahun...

p/s : saya rindu bangat kat kalian berdua....nanti kita jumpa lagi...Jadilah anak soleh dan solehah. Salam sayang dari mak cik nurafaz buat Syabil Rusyaidi dan Syafiah 'Aqilah.

Thursday, January 22, 2009

Jalan-jalan

Kerja saya selain tak duduk di rumah..saya akan berjalan. Ke hulu ke hilir.. sama ada saya ikut parents..tak pun saya drive sendiri.. ^_^

Al-maklumlah, akak dh nk wat majlis..memang agak sibuk sedikit.
Saya ada satu kisah...kisah ni adalah kisah benar barangkali...erm...sebagai pengajaran pada semua juga pada saya...

"Mari-mari, derma untuk Gaza," Juliana memerhati gelagat dua orang lelaki yang sudah berusia membawa tabung derma sambil tersenyum memandang dirinya.

"Adik, mahu derma. Kasihanilah mereka. Derma seikhlas yang boleh untuk membantu mereka,"
Juliana pantas mengeluarkan sekeping duit lima ringgit lalu memasukkan ke dalam tabung tersebut.

"Terima kasih adik," Juliana membalas dengan senyuman.

"Mat! Mat!" Juliana tertarik untuk terus berdiri sambil memerhati seorang pak cik menghulurkan wang sepuluh ringgit kepada pak cik yang membawa tabung derma tersebut.

"Ini hah, aku nak derma!" pak cik tu terus menghulurkan duit sepuluh ringgit.

"Itu dia. Ini bekas polis ini. Pangkat besar ni. Terima kasih derma,"

"Huh, tak pe2..."

Juliana memerhati sahaja gelagat mereka. Lalu dia mengeluh......

Cerita cam budak kecik...kan?? tapi itulah realitinya. Aku pangkat besar. Ini aku nk derma ni! Ambillah..nanti kata aku sombong!! Cepat, tangkap gambar aku..banyak aku derma ni, bukan semua orang derma macam aku.

Apa yang kita lakukan adalah bergantung pada niat kita. Jika kita niat nk nama, nama lah kita dapat. Jika kita niat nak glamor..jangan risau...populariti kita akan dapat.

Satu kita dermakan, Allah akan gandakan nilai kita derma tersebut. Tapi kalau kerana duniawi kita niatkan...itu sahajalah yang kita dapat. Juliana tadi tak tahu nak buat konklusi apa pada pak cik tadi. Kasihan dia melihatnya. Niatnya baik, tapi tidak kena pada tempatnya.

Jadi, betulkan balik niat kita, jangan biarkan orang membuat persepsi yang kurang baik tentang kita meskipun niat kita baik. Ikhlaskan diri meskipun ikhlas itu hanya Allah yang mampu mengukurnya. Memberilah kita (derma) sehinggakan tangan kiri kita tak tahu apa yang kita berikan.

Syaitan takut akan 'ikhlas'..jadi..didiklah diri kita dengan sifat keikhlasan...

Pejam Celik

Pejam celik pejam celik dah melangkah ke hari Khamis. Sungguh pantas masa berlalu. Kadang-kala tak sedar langsung akan apa yang dilalui. Lihatlah bagaimana manusia tertipu dengan diri sendiri akan nilai waktu itu sendiri.

Kelmarin, demi mengisi waktu yang lenggang, saya membuat keputusan menemani sahabat ke pasar malam. Sudah lama tak menjenguk ke sana setelah beberapa bulan ni menetap di Melaka. Keriuhan yang biasa didengar setahun yang lepas masih lagi hangat kedengaran, tiada langsung perubahannya, mungkin sampai bila-bila keriuhan ini akan tetap begitu.

Tetapi, hari itu, ada sesuatu yang menambahkan keriuhannya. Tabung Gaza..dari NTSP.
Wakil penduduk di situ kalau tak silap saya yang mengendalikan kutipan derma tersebut. Alhamdulillah, masih ada sifat kemanusiaan dan kepedulian mereka akan saudara kita di sana. Namun, tidak semua mahu terlibat sama, mungkin terlalu expose barangkali. Entah, saya tak berani nk buat kesimpulan sendiri. Namun, terdetik di hati akan sedikit perasaan kecewa dengan sikap orang kita. Jika kita mampu untuk membeli bermacam jenis barang, adakah menjadi satu keberatan untuk menderma, meskipun hanya seposen?? Ingatlah janji Allah, selagi kita membantu sesama kita, Allah akan membantu kita pula. Itu adalah janji Allah, dan DIA tak pernah memungkiri janjiNya.

Pada waktu ini, pada detik ini, saudara kita di Palestin menjadi mangsa kekejaman Israel. Kita di sini hanya mampu melihat, mendengar, tapi adakah semuanya begitu. Sebahagian dari kita tidak tahu langsung apa yang sedang berlaku sekarang. Lihatlah, betapa kita dikaburi dengan penipuan kita sendiri.

Saya sekadar mahu mencorak di atas lembaran hidup saya sendiri. Inilah yang saya saksikan, di hadapan mata saya sendiri. Kita semakin ketandusan dengan nilai kemanusiaan, tetapi dimewahi dengan nilai ketidakpedulian..dengan kemewahan dunia sekarang..dengan kemajuan dunia hari ini...

Hari ini adalah hari mereka..tidak mustahil jika esok lusa hari kita pula.. dan jika ini berlaku pada kita...ada harapankah untuk kita diberi bantuan?? jika hari ini kita masih berdiam diri....

p/s: Saya akan mendiamkan diri buat beberapa hari bagi menguruskan walimah akak.. InsyaAllah selepas itu, saya akan cuba men-transfer-kan sume isi kandungan dalam blog lama saya ke sini...dengan izinNya juga...

Monday, January 19, 2009

Mungkin aku

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dan menjalani kehidupan dunia yang fana ini. Hari ini saya melalui satu lagi perjalanan yang agak penat, penat tubuh dan minda, juga emosi.

Dari pagi, sampai ke petang urusan saya dengan KDN, uruskan kad pengenalan, juga urusan kakak saya yang akan mengadakan walimah ahad ni. Esok juga begitu. Tapi hari ini, emosi saya agak terganggu, dan saya akui diri sayalah puncanya. Maaf pada sesiapa yang saya libatkan dalam hal ini, bukan sengaja saya mahu libatkan kalian. Maafkan saya.

Hari ini juga Allah menemukan saya dengan teman saya sewaktu sekolah menengah dahulu...Noor Fairus... lama tak jumpa dia. Khabarnya juga baik, alhamdulillah. Banyak yang kami keutarakan. Seronok rasanya, dapat bersembang dengan teman lama setelah dihujani pelbagai tugasan.

Dalam banyak cerita yang dikemukakan, timbullah soal Amiruddin, classmate kami. Seorang kawan yang unik orangnya, banyak rahsia dipegangnya..dan kini saya diberitahu, dia berada di Sarawak. Wah, jauh sungguh Amir merantau. Dari Pulau Pinang, terbang ke Sarawak, seorang diri. Tidak mengapa, perjuangan hidup harus diteruskan.

Saya ingat kata-katanya lagi, "Aku tak akan jumpa kamu semua, selagi aku tak berjaya". Teruskanlah dan capailah matlamatmu Amir, ada jodohnya, kita semua akan bertemu juga..5 Sains, akan bersatu semula, tapi masing-masing akan membawa identiti yang baru. Akan ku tunggu saat itu, andai nyawa masih dikandung badan.

Seronok rasa hati dapat tahu rakan-rakan yang lain semuanya baik-baik belaka. Pertemuan antara kita semua memang unik, kita ibarat satu keluarga yang besar. Biarpun nama kita semua sering kali turun naik pejabat, serta menjadi bahan bualan cikgu-cikgu di sekolah. Alhamdulillah, kini, masing-masing dengan komitmen sendiri..yang pasti akan bawa kita kepada kejayaan, InsyaAllah.

Saya pulang ke Ipoh ni pun tidak semua rakan-rakan saya tahu. Yang tahu hanya seorang je. Yang lain tu, kalau depa tahu, adalah sumber tu. Saya belum bersedia mahu ketemu kalian semua, maaf ya. InsyaAllah, habis Alpha ni, kita akan ketemu juga. Tunggu sahaja masanya untuk saya berada di hadapan kalian.

Cukup coretan kali ini, sekadar mahu mengisi kekosongan waktu setelah berfikir tadi. Apa yang terjadi telah mengajar diri saya sebenarnya. Saya akan bermula dari bawah selepas ini. Apa gunanya kita hidup, jika kita tak belajar sesuatu. Dan apa guna kita belajar, andai kita tak pernah melakukan kesilapan. Dari kesilapanlah mengajar kita segalanya.

Sememangnya diriku ini tidak sempurna, tetapi akan ku cuba mencapai kesempurnaan dalam setiap tingkah laku dan kerjaku. Saya mengarang dan menulis sememangnya ada kekurangan, tapi inilah penulisan yang datangnya dari dalam diri ini.

teruskan tersenyum...andai senyuman itu mampu menggembirakan dirimu.

p/s : ingatkan boleh resign tuk bagi bunga telur ahad nie...tak dapatlah pula..erm....
Tadi kak kamilah kol dari perlis. Seronok je dengar beritanya dari sana. Syukran kak telefon saya, meskipun mahu bertanyakan saya sesuatu. Hihihi...teringin gak nk g sane..abang saya kat sana. Apapun, de lagi beberapa hari ni kak, semoga akan akak akan sentiasa enjoy kat sana. Sampaikan salam saya pada teman saya di sana..wah, banyaknya sana nye...hehe

Friday, January 16, 2009

Dugaku

Hari ini, ketika ini, hatiku diduga lagi. Setelah berlalunya perkara yang lepas, kini diriku berhadapan dengan sesuatu yang baru.

Entah mengapa banyak yang difikirkan. Ketenangan diragut seketika.

Ya Allah, aku memohon agar dapat ku lepasi ujian ini, dan kurniakanlah diriku ini ketenangan dan kedamaian.....

Takut juga nak berhadapan dengan hari baru yang bakal menjelma beberapa detik lagi, namun, hidup perlu diteruskan..langkah perlu diorakkan, harus berani menempuhnya. Sungguh, kekuatan dariNya amat ku harapkan....

p/s : lama tak update blog. Kekangan masa dan juga kesibukan kerja menyukarkan diri untuk terus bergiat aktif.

Monday, January 12, 2009

Tamat

Sudah lama tak singgah ke blog ni. Kesibukan tugasan harian menyukarkan diri ini untuk meng-update selalu, meskipun sekarang adalah cuti semester. Alhamdulillah, final exam sudah dua hari tamat. Ramai sahabat saya sudah pulang ke rumah, tinggallah kami yang mempunyai tugasan menyelesaikannya sebelum dibenarkan pulang. Meronta jiwa nak pulang ke halaman rumah masing-masing. Itulah dia pengorbanan demi tugas.

Beberapa hari ini, saya dan dua orang sahabat saya asyik berjalan sahaja. Dan hari ini Aishah akan pulang ke Terengganu dan tinggallah saya dengan Nadiah sahaja. Sayu tau..... Saya tak ada nak cerita banyak, sunyi je MMU ni. Akak-akak senior pergi Bekok, anjuran IU. 14 aribulan ni pulanglah mereka.

Hari ini, ibu dan abah akan pulang ke Malaysia. Saya dapat mesej pada pukul 12 tadi menyatakan mereka sudah nak berlepas dariapda Madinah. Seronoknya!!! Tapi yang tak seronoknya, saya tak ada untuk jemput mereka bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Waktu mereka pergi dulu pun saya tak ada. Tak apalah, asalkan mereka tiba di sini dengan selamatnya sudah cukup bermakna buat saya. Rindu bangat sama ibu dan abah. Waa...nak balik!!!

Hari ini juga saya mungkin akan sibuk sedikit. Pagi nanti, dalam pukul 7 pagi, nak hantar Aishah ke stesen bas (kami hantar dia pun dengan bas je, bagi sokongan dan salam terakhir untuk cuti ni). Balik, dalam pukul 11 pagi, nak pergi STAD dengan member untuk selesaikan sedikit urusan. Selepas tu ada janji temu dengan kak Wani untuk hal surat pula. Tak lupa juga nak faks kan report polis yang lepas pada pegawai CIMB (sepatutnya lama dah saya buat ni). Dan jika semuanya selesai, saya nak jumpa lecturer jap, nak selesaikan hal surat juga. Wah, agak sibuk...erm...

Oklah, sama-samalah kita menjaga masa kita..ingat lima perkara sebelum tibanya lima perkara....

Thursday, January 08, 2009

Kerana satu KLIK

Sekali lagi saya telah mencatat satu pengalaman baru dalam hidup ini. Perkara yang tak pernah-pernah saya buat, telah berjaya saya jadikan kenangan manis dalam hidup ini. Persoalannya...maniskah pengalaman ini?? Erm..mari kita jejaki..

7 Januari 2009, jam 9.20 pagi. Saya telah berjaya reply satu email from CIMB..actually, saya tahu email tu spam and suppose not to respond to it..but, don't know why..gerakan hati ni menyebabkan saya menekan 'klik' pada button mouse putih saya ni...Saya pun dengan rancak mengisi segala maklumat yang diperlukan. Berdasarkan email tu.. account saya ada problem..not secure enough from viruses..especially TROJAN. So, saya pun tunggulah request TAC yang macam kita selalu buat untuk CIMB Clicks..Selesai bab tu...

Dalam lima minit selepas itu, saya menerima panggilan telefon daripada CIMB..
"Cik ada buat pemindahan wang ke Nigeria sebanyak RM 1320.48?"
Saya memang cuak dan terkejut.
"Tak ada pula,"
"Cik ada terima apa-apa email?"
"Ada," jujur saya ni...
"Cik reply?"
"Ha'ah..email sal security..saya reply la,"
"Kenapa cik reply, itu bukan email daripada kami,"
Saya terus tergamam. Barulah saya terfikir, betapa kurang cerdiknya saya. Punyalah lama email tu, baru hari tu saya nak reply...dah nasib...hhaaiizz.

Waktu tu saya hanya berdoa, kalau benar duit saya lebur, saya minta Allah selamatkan saya. Selamatkan saya...

10.31 pagi....
"Cik, ni butir-butir berkaitan hal tadi. Wang sebanyak RM1320.48 telah dimasukkan dalam akaun Western Union (Nigeria) dan penerimanya ........(nama dia panjang). Cik tak ada buat apa-apa pemindahan wang ya?"
"Tak ada, lagipun dalam akaun saya hanya RM17...camne lak leh sampai seribu lebih," bocor dah rahsia...
"Itulah, kami pun hairan, mungkin dia gunakan akaun cik untuk transferkan wang,"
"Jadi?"
"Saya minta cik buat laporan polis, takut cik disyaki terlibat dalam apa-apa sindiket,"
Sudah! Sindiket la pula...saya baik tau...
"Saya berikan butir-butir saya, jika pihak polis tanya, berikan saja nombor saya ni,"
Saya pun catatlah semuanya. End of discussion..

Tangan kaki saya dah sejuk..saya memang tak buat salah, tapi inilah kali pertama saya disabitkan kesalahan..wah....!!
Saya minta nasihat mak Nadiah, jadi saya pun bergerak ke CIMB kampus Melaka, ceritakan hal sebenar. Dan dengan kerjasamanya juga, dia cuba menelefon lelaki yang telefon saya tadi..takutnya bukan pegawai CIMB...tapi saya percayakannya.

Selesai itu, saya pergi balai polis, buat repot, yalah kita tak tahu apa yang akan terjadi...saya ditemani Kak Ika, Nadiah, dan Kak Zinie...waktu nak ambil repot ni lagi best...pegawai tu asyik senyum je..tahulah kes saya kecil je...geram juga.

Rupa-rupanya..dia tak faham cerita saya..haha..kenapalah tak tanya saya??? Dekat setengah jam jugalah buat repot tu. Ingatkan dah habis dah...saya kene pergi IPD pula..jumpa dengan Inspektor Adwam..untuk wat statement..pada pukul 4 petang.

Kali ini saya, Nadiah dan Kak Ika je. Jumpa dia, kata 10 minit, lepas tu 10 minit lagi tunggu, lepas tu 5 minit lagi tunggu...alih-alih pukul 5 petang barulah dapat jumpa. Penat, kasihan kak Ika, saya dah korbankan masa studynya.

Duk dalam bilik tu..dengar dia sembang dan tanya saya soalan. Terdengar juga seorang pegawai sedang soal siasat penjenayah. Kuat dia jerit. Sampaikan inspektor Adwam nyakat saya dan Nadiah. Tak cukup dengan tu, dia siap tanya.. CPU, keyboard, mouse, hard disk, monitor, dalam BM apa?? apa kaitannya semua itu dengan repot saya? Adakah sebabnya saya budak IT?? erm..tak pelah, asalkan kerjanya jalan.

Dalam setengah jam, barulah selesai...pergghh...hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya bila semuanya selesai. Dalam perjalanan pulang, jiwa saya terasa sedikit ringan. Saya tak tahu kenapa saya reply email tu.. Walau apa pun, ini adalah pengalaman terbaru dalam hidup saya. Saya belajar sesuatu yang baru. Pada sahabat di luar sana, jangan jadi macam saya, jangan sesuka hati reply apa-apa email, kalau rasa ragu-ragu, telefon pihak yang berkenaan.

Kepada Kak Ika, maaf dan terima kasih kerana tolong tunggu, tolong bawa, dan tolong temankan. Saya masih terasa kesannya sampai sekarang...Ya Allah, pengalaman yang cuba Kau berikan pada aku....sampai sekarang masih berlegar di benak fikiranku...

Waspadalah...kita semakin maju...

Monday, January 05, 2009


Kembali Operasi

Lama rasanya tak update blog ni. Sejak dihujani dengan pelbagai jenis urusan plus kesihatan yang kurang baik menyebabkan saya terasa agak 'rajin' untuk meng-update blog.

Beberapa hari yang lepas, saya diserang demam panas, selepas kaki saya sembuh sepenuhnya. Inilah dia ujian Allah. Selalunya saya demam dua hari je, maksimum, tapi kali ini lebih pula. Sepanjang saya demam ni, saya mulai sedar tentang diri saya sendiri. Saya dapat belajar perkara yang baru. Dan harapnya perkara itu akan dapat mendidik jiwa saya menjadi insan yang lebih cemerlang.

Sepanjang tempoh saya demam, saya sering teringatkan rumah, keluarga saya..sampaikan sahabat saya kata saya ni demam sebab homesick. Bukan homesick. Saya mula mengenal rasa kasih sayang time demam la. Ingat lagi sewaktu saya tingkatan empat. Sekembalinya saya dari kursus imam pada bulan Ramadhan, saya diserang demam panas. Pada waktu itu, saya ingatkan saya akan mengikuti jejak arwah mak...alhamdulillah, umur saya dipanjangkanNya.. Dalam saya demam tu, saya lihat betapa bersungguh-sungguhnya ibu dan abah saya menjaga saya. Mereka tuam kepala saya, menenteramkan jiwa saya. Pada waktu itu juga, saya dalam proses nak mengenali ibu saya (mak dan ibu saya adalah orang yang berbeza). Dan dalam pada itulah saya dapat lihat kasih sayangnya...meskipun saya ni bukan anak kandungnya, tapi dia jaga saya ibaratkan saya ni dia yang lahirkan. Dari situlah saya mulai kenal kasih sayangnya. Dan dari situlah saya juga mula menyayanginya. Oleh itu, bila demam lama-lama ni, pasti saya akan ingat nak balik rumah..dan air mata pun murah sekali untuk mengalir..^_^

Syukran jazilan buat sahabat-sahabat saya; Nadiah, Aishah, dan 'Adilah, yang sentiasa ada dekat dengan saya waktu saya demam. Syukran tolong tapaukan makanan, syukran buatkan saya tersenyum, syukran kerana membebel suruh saya makan ubat. Sungguh saya tak dapat nak balasi semua itu melainkan Allah juga membalasnya. Syukran juga pada akak-akak sekalian, yang sudi drive kan saya ke JJ semata-mata nak cari bubur nasi. Jasa akak-akak tak akan saya lupakan. Syukran...

Dan akhir kata, biar apa pun yang terjadi pada kita, pastikan kita memohon agar dikuatkan dalaman..kerana jika dalaman kita kuat, insyaAllah, luaran kita juga akan kuat.

Hari ini mula final exam...kepada semua sahabat dan teman-teman saya...selamat maju jaya dalam exam. Percayalah pada Allah...bersama-samalah kita menuju puncak kejayaan..

Sekian...nurafaz ingin berbicara "Jika tak mampu untuk tersenyum di bibir, senyumlah di hatimu..."
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design