Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, December 13, 2008

Kuala Lumpur part 1


Kuala Lumpur...bandaraya yang memang tak asing lagi buat rakyat Malaysia!!
Hari ini saya, Nadiah, Aishah, 'Adilah berangkat ke KL sebaik sahaja kami selesai exam BI tadi. Bas kami pada pukul 12 tengah hari.

Sesampainya kami di MC, kami beli burger sebagai breakfast kami. Buat pertama kalinya saya menaiki bas Trans dua tingkat. Best tu, tapi yang tak bestnya pana
s, tak sejuk, aircond tak rasa. Dan buat pertaman kalinya juga saya tak tidur dalam perjalanan. Masa dihabiskan dengan berborak dengan Dila.

Kami sampai Pudu pada pukul 2 ptg. Setelah solat, kami mencari jalan keluar menuju ke komuter. Tak jumpa!! Tourist guard kami pun
lupa kat mana. Sesat kot kami tadi. Lawak sungguh! Ditambah pula lawak yang Aishah buat sewaktu keluar daripada komuter. Haaiiizzz...tak pe Ecah, kita bukan orang KL.... Sempat juga kami bersembang dengan mat saleh..hehehe...tanya jalan nak ke KLCC.. kami hanya cakap.."Sorry, we don't know (becoz we not from here)" *_*

Hujan lebat menemani kami berempat. Sepupu Dila jemput
kami. Sesampainya kami kat rumah Dila, kami disuruh makan. Alhamdulillah, makan nasi minyak.

Actually, kakak Dila kawan abang saya, Muhd Fadli. Mereka belajar di MMU Cyber. Kakak Dila bagitahu tadi, abang saya ada datang. Sampai hati angah, tak bagitahu Mira ek..hehehe..

Setelah rehat-rehat, kami bergegas pula untuk pulang. Memang nak tidur sehari di KL, tapi difikirkan semula, rasa tak manis pula. Jadi, kami pulang ke MMU pada pukul 7 malam. Alhamdulillah, kami sempat kejar bas dan komuter.

Sepanjang pengembaraan ke KL, banyak yang kami lalui. Ada yang menyenangkan, menyedihkan, dan menakutkan. Itulah realiti dunia pada hari ini. Kami melintas juga di hadapan anak muda yang melepak di jejantas. Saya bukanlah seorang yan
g sempurna mana, tapi terdetik di hati saya mengatakan..'Bangunlah semula, dunia kita sekrang perlukan anak muda seperti diri kita ini. Bangunlah,"

Tapi bila fikirkan semula, saya juga perlu bangun sama. Jadi, sama-samalah kita bangun. Masih belum terlambat..^_^.

Sekarang, dah ada di kampus. Memang best perjalanan kami hari ini. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkanNya. Semoga kami akan ke sana sekali lagi..untuk Kuala Lumpur part 2..*_*

~Gambar yang ditangkap memang banyak, tapi sa
ya letakkan yang patut je la~




Tu dia..kami bergambar dengan pengantin.. Kak Hidayah..kakak 'Adilah..


Ini pula gambar mereka sekeluarga.. dari kiri..abang Dila (Adi), sebelah tu adik dia (form 5), sebelah lagi, abang ipar Dila (suami kak Dila), sebelah tu pengantin (Kak Hidayah), last sekali 'Adilah (sahabat baik kami)

~Sebelum tu, terima kasih pada tuan rumah kerana menjemput kami datang, hantar kami dan layan kami..*_*~

...: Entah kenapa setiap kali ku kenangkannya pasti ia akan menghantuiku..cukuplah untuk segalanya:.. (line cerpen yang akan siap dikarang tak lama lagi)


0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design