Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Friday, December 12, 2008

Ketenangan Jiwa

"Apa sebenarnya yang mengganggu benak fikiran kau ni? Cuba cerita kat aku ni, manalah tahu aku boleh tolong,"
Aku merenung jauh ke dalam anak mata sahabatku. Aku dapat rasakan kesungguhannya untuk membantu diriku ini. Oh, Tuhan, berikanlah aku kekuatan.

"Tak ada apalah. Aku ok la. Macamlah tak faham aku ni macam mana," Aku terus tersenyum, cuba untuk tersenyum.

"Dah, jangan nak tipu aku. Cepat cerita, kalau tak..kau tidur kat luar!" ayat ugutan yang selalu digunakannya membuatkan aku tersengih.

"Julia, macam mana kita nak tenang? Macam mana kita nak kecapi ketenangan?" akhirnya aku buka pekung di dada.

Julia melirikkan senyuman padaku. "Sahabat," Julia memberhentikan katanya.
Aku terus berpaling ke arahnya. Seakan dia telah mempunyai jawapannya.

"Ketenangan adalah suatu perasaan yang amat damai. Tipulah kalau aku cakap aku tak mahu tenang. Semua orang nak ketenangan. Duit, takhta, wanita, semuanya membahagiakan, tapi adakah ia memberikan ketenangan?"

Aduh, Julia bermain bahasa dengan diriku pula.
"Maaf, kau pun tahu aku bagaimana, suka berbahasa," Julia kembali menyambung.

"Aku tengok mereka semuanya seronok je. Yalah, duit banyak, apa nak semua dapat," balas aku dengan spontannya.

"Benar sahabatku. Tapi adakah keseronokan yang terpancar di wajah mereka menggambarkan ketenangan yang mereka miliki?"

Aku kembali berfikir. Lama aku mendiamkan diri. Sungguh, mataku dikaburi duniawi.

"Mereka tak tenang sebenarnya. Mereka tak memiliki seratus peratus ketenangan yang sepatutnya dikuasai,"

"Habis tu? Apa yang buat kita tenang? Selalu aku dengar, baca Al-Quran, banyakkan solat," aku terus membuka lembaran buku catitanku.

"Betul tu, tapi kan, kalau kita dapat dalaminya dan hayatinya betul-betul lagi tenang,"

"Jadi?" Julia lantas tersenyum.

"Hajar, ketenangan sebenar adalah keimanan. Orang yang beriman yakni mukmin adalah mereka yang berjaya menguasai ketenangan,"

"Kenapa?" seakan bodoh pula aku ni!!!

"Ini kerana, orang beriman memperkenankan panggilan fitrah manusia" aku semakin kabur.

"Maksud aku, orang beriman akan melakukan semua fitrah yang kita ada. Contohnya, makan, minum, tidur, disayangi, menyayangi, mengikut perintah Tuhan, mempercayai akan kewujudan Tuhan, dan sebagainya. Jika salah satu kita tinggalkan..maknanya kita tak cukup quota," aku hanya mengangguk faham.

"Kedua, orang beriman mengetahui rahsia kejadian alam
. Maksudnya di sini, dia tahu, siapa penciptanya, apa tujuan dia diciptakan, apa yang dia perlu lakukan selama dia hidup dan sebagainya,"

"Ketiga, orang beriman juga bebas daripada rasa ragu-ragu,"

"Ragu-ragu?" aku mengerutkan dahi.

"Ya, ragu-ragu. Contohnya, katakan kau pakai baju kebaya biru. Dah ok dah kau pakai, tapi bila kau pandang orang lain, kau rasa dia lebih cantik dan lebih ok daripada kau, and then mulalah kau berubah hati. Kau seperti ragu-ragu dengan diri kau and kenapa dia camtu dan kau pula begini. Itulah maksud aku. Orang yang beriman, dia akan terima diri dia seadanya kerana dia tahu Allah telah menciptakannya dengan sebaik-baik kejadian,"

Aku sekali lagi mengangguk.

"Keempat, orang yang beriman nampak jalan dan tujuan yang ditempuhinya. Macam aku cakap tadi, dia tahu tujuan dia hidup. Dan dia tak kisah pun dengan apa yang akan berlaku. Bagi dia, takdir di tangan Tuhan dan dia yakin setiap apa yang Allah turunkan padanya pasti ada jalan penyelesaian,"

"Kelima, orang yang beriman merasa dirinya dekat dengan Tuhan. Waktu inilah dia akan rasakan setiap yang dia lakukan Allah akan sentiasa memerhatikannya. Waktu dia baca Al-Quran, dia rasakan yang Allah sedang berkata-kata dengannya. Waktu solat, dia rasakan yang dia sedang berkata-kata dengan Allah. Allahu Akbar, itulah dia keindahan iman,"

Aku terkedu. Adakah aku sedemikian?

"Dan yang akhir sekali, orang yang beriman tak terumbang-ambing dengan perkataan "kalau", "seandainya","

"Yang ni aku tahu! Maksud kau, "Kalaulah aku buat ini tadi, mesti aku tak jatuh. Kalaulah aku baca buku Fizik ni, sure aku boleh score","

Julia mencubit pipiku lantas mengangguk.

"Betul tu. Baginya, apa yang berlaku telah tertulis. Jadi, tidak ada 'kalau-kalau',"

"Jadi Hajar, kalau kita nak tenang, kembalilah pada ajaran Islam yang sebenar. Kuatkan iman di dada kita ni. Jadilah seorang mukmin dan jangan hanya seorang muslim. InsyaAllah, bukan ketenangan di dunia sahaja akan kau kecapi, sampai ke dunia abadi pun kau akan miliki,"

Aku merenung wajah Julia. Ya Tuhan, KAU berikan aku seorang sahabat yang mampu membimbingku. Terima kasih Tuhan. Semoga aku akan dapat kecapi ketenangan yang aku ingini selama ini....

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design