Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Thursday, December 18, 2008

Kerdip-kerdip

Mendongak ke langit, terlihat bintang berkerdipan memancarkan cahayanya. Nafas dilepaskan, bagaikan terasa relieve...

Hari ini agak kepenatan, tapi alhamdulillah, kelas bermula agak lewat jugalah, tengah hari..dan alhamdulillah, hari ini ada dua kelas sahaja..tup-tup dah pukul 3 petang. Bergegas pula ke MC untuk beli tiket balik cuti nanti. Jadilah kejap tukang penerima pesanan tiket..dari Perak dan juga dari Terengganu. Sesampai je kat MMU, terus isi perut ini..lapar kot.

Dalam bas, merancang pula tentang urusan malam tadi..dengan sedikit urusan lain yang tidak dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah disusun. Tak apalah, ada masanya nanti kita jalankan urusan tu ek. InsyaAllah. Berfikir juga dengan exam malam esok, last paper untuk midterm. Alhamdulillah, semua assignment dah siap, tunggu masa nak present je.

Setelah urusan malam tadi dilalui, adalah sedikit input yang dapat. InsyaAllah, akan dijadikan sebagai ingatan dalam menyusuri hari-hari mendatang. Dengan bantuanNya juga semuanya akan berjalan lancar, insyaAllah.

Cukuplah untuk pagi ni. Perlu study untuk paper last ni, doakan ya. Semoga saya dan sahabat yang sama-sama menduduki exam malam nanti dapat menjawab soalan dengan lancarnya.

Akhir kalam, cuba lihat langit yang terbentang luas...sungguh mendamaikan..lihatlah kekuasaanNya...

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design