Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Tuesday, December 02, 2008

Burung

Dia menjelma lagi...
Kini, dalam mimpiku. Apa salahku padanya sehinggakan dia tetap terus menjelma tanpa hentinya,
meskipun telah jauh ku hanyutkan memori silam itu.

Wah...dah lama sungguh tak kembali mengarang. Tidak diizinkanNya lagi untuk kembali giat menulis. InsyaAllah, ada masanya, kembalilah aktif.. ^_^

Hari ini mahu bicarakan perihal burung. Bukan bermakna saya nak ceritakan serba lengkap akan burung. Terlintas hal burung sewaktu duk termenung dalam kelas Ekonomi tadi. Sekawan burung berterbangan dengan riangnya.

Dalam Surah Al-Mulk, ayat 19, Allah berfirman:
Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengerbangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.

Itu dia, bagaimana Allah mahu tunjukkan pada kita semua akan kebesaranNya melalui penciptaan burung. Memang unik sekali. Ada kalanya tengok burung-burung ini terbang ikut flow nya. Seperti sedang membuat alunan di atas langit. Sekarang kan musim banyak burung di MMU, cuba perhatikan. Cuba perhatikan kebesaran Allah, yang berada di depan mata kita semua.

Kalau dahulunya,
"Aku ingin terbang bebas!"
"Aku nak hidup macam burung, bebas je berterbangan. Freedom!!!!"

Ya, memang burung terbang dengan bebasnya, tapi kita mahu jadi sepertinya? Jika kita mahu jadi seperti burung, terbang bebas, tak jadi masalah, tapi pastikan kita terbang dengan tujuan di sisi. Kita terbang dengan matlamat hidup kita sendiri. Kita terbang dengan bebasnya tapi masih mengikut laluan yang sebenarnya. Jangan kita terbang sesuka hati. Jangan kita terbang begitu sahaja sehingga kita tak tahu ke mana arah tuju kita.

Ambillah yang positif daripada penciptaan makhlukNya. Sentiasa mengingati Si Pencipta tak kira masa. Setiap detik dalam hidupnya, sentiasa mengingati Allah. Jadi, sewaktu terbang, ingatlah Allah. Sewaktu terbang renungilah kebesaranNya. Dan sewaktu terbang carilah Dia.

Jadi, simbolik nak hidup seperti burung boleh diguna pakai, tapi ambillah yang boleh dijadikan pegangan hidup kita. Agar kita tahu apa tujuannya kita hidup.

Dahulunya aku cuba berlayar,
Tapi kerap kalinya aku tersesat,
Dahulunya aku cuba mendayung,
Tapi kerap kalinya aku kebuntuan,
Dahulunya juga aku cuba berenang,
Tapi kerap kalinya aku kelemasan,
Akhirnya aku sedar,
Sesatku,
Buntuku,
Lemasku,
Semuanya mempunyai makna dan tujuan yang satu,
Agar aku memahami apa ertinya aku hidup,
Meskipun aku terpaksa harungi semua keperitan,
Dalam lautan hidupku ini...
~hasil nukilan nurafaz~

p/s: Adakah dia akan terus menghantuiku....hehehe

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design