Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Sunday, December 07, 2008

Bidor 2

Lambat pula meng-update blog.
Dah janji dah kelmarin, akan ceritakan perihal naik Cameron. Wah3...macam tak pernah naik je..

Actually dah naik dah sebelum ni, beberapa kali, dan awalnya pada tahun 2006, sewaktu arwah mak ada lagi. Pagi semalam (sebab dah masuk hari yang baru), kami bangun sedikit lewat, sebabnya, kami memejamkan mata tepat pada pukul 2 pagi, bagi saya.. Aishah lak lewat sedikit, sebab apa? Sebab pergi layan cite Sailormoon. Haiz...

Kalau ikutkan rancangan, bertolak dari rumah pada pukul 8.30 pagi, tapi sebabkan kelewatan kami, dekat-dekat pukul 9 barulah kami bergerak. Memang agak lambat. *_*

Tujuan kami naik CH, bukan suka-suka tau, nak tolong Nadiah kemaskan apartment dia. Family dia buat homestay, dan sewakan apartment dia untuk pelancong. Jadi, kami tolong kemaslah sikit. Nanti bila website apartment Nadiah dah siap, saya bagitahu ya. Masih dalam pembinaan. Nak membantu Nadiah mempromotekan apartment dia. Harap-harap menjadilah. Ameen.

Ayah Nadiah bawa kereta macam speed racer tu. Kami yang baru lepas bersarapan, berhadapan pula dengan situasi jalan macam ular, memang sesuatu yang mencabar. Rasa pening, nak muntah, semuanya berlegar-legar di seluruh badan. Alhamdulillah, tiada sesiapa yang muntah, sakit sampailah kami tiba di Tanah Rata.

Urusan kami dipermudahkanNya. Rumah tak lah teruk mana untuk dikemas. Saya dan Aishah pun tak tahu nak buat apa, just tengok dan bantu sikit-sikit je. Kami hanya ditugaskan untuk mengecohkan rumah je. Mana tak nya, sepatutnya, kami yang kejar lipas, tapi ni tak, lipas yang kejar kami. Aishah la, gi kibas-kibas nya kain, lipas tu pun dengan riangnya melompat ke arahku. Tak ke menjerit???? Haizzzzz....

Setelah kemas mengemas, kami pun makan sikit, dah makan, kemas-kemas semula untuk pulang. Dalam perjalanan, sempatlah kami singgah nak tangkap beberapa keping gambar. Even, dah habis solat pun sempat lagi nak tangkap tu. Yalah, bukan selalu pun naik CH.

Erm...pengalaman sehari naik CH bertambah mencabar lagi bila nak pulang. Memang speed racer lah ayah Nadiah tu. Amat dahsyat. Nasib baik saya aawal-awal dah pejamkan mata. So, tak rasa pening sangat. Tapi Aishah la kasihan, muntah di tengah jalan. Salah makan kot. Berbekalkan asam yang saya beli sebelum naik CH itulah kami bertahan sampai turun.

Sebelum pulang ke rumah sempatlah ayah Nadiah beli buah-buahan. Sedap makan tadi. Syukran semua, semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kalian semua. Semoga terbuka luas pintu rezeki buat kalian.

Overall, terasa tak nak balik MMU pun de. Tapi perjuangan masih belum berakhir. Kena balik. Tak dapat balik rumah pun tak pe, Allah dah gantikan yang lebih baik untuk saya dan Aishah kat Bidor ni.

Esok, balik MMU semula!!!!!
Kepada sahabat di MMU, beraya diperantauan best kan? Jangan sedih-sedih. At least, kita still dapat beraya jika dibandingkan dengan mereka yang tak dapat beraya?

Akhir kata, majulah sukan untuk negara...gurau je...


~Sambil jalan-jalan, renungilah setiap ciptaanNya, di sebalik ciptaanNya, di situlah bukti kebesaranNya. Jauh perjalanan, luas pengalaman~~

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design