Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Friday, December 26, 2008

At home

Now, I at home..
On Monday, I'll be back..back to Malacca.
5 days at home..it gives me sweet memories especially with my cats.

***

Tesco, 25/12/2008

Tengah berjalan-jalan menuju ke pintu masuk, entah macam mana, kaki saya terpelengot(bahasa kampung saya), lalu saya terduduk di atas jalan raya. Mungkin saya tak perasan kot hala tuju saya, sampaikan terjatuh. Sakit deh...

Mula-mula sekali apabila terjatuh tu, yang saya rasakan adalah malu. Malu kerana ramai yang tengok saya jatuh. Tapi bila fikirkan semula, apa gunanya malu tu? Jadi saya tebalkan muka, buat-buat macam saya tak jatuh. Haha..

Saya teruskan berfikir sambil berjalan terhinjut-hinjut...mungkin inilah balasannya dosa kepada saya. Saya jatuh kerana kesalahan diri saya sendiri. Saya jatuh kerana kecuaian saya sendiri. Ya Allah, ampunilah dosaku ini.

Saya teringat kata-kata seorang kakak sewaktu JED hari tu. Allah bagi kita kaki, satu nikmat. Apakah kita sudah lakukan dengan nikmat tersebut? Sejauh mana kita telah melangkah dalam agamaNya ini? Sejauh mana kita telah lakukan 'sesuatu' untuk agamaNya??

Bila saya fikirkan sekali lagi, barulah saya sedar, nikmat untuk saya berjalan dengan sempurnanya telah diambil oleh Allah. Apa yang ada pada saya ini semuanya milikNya. Saya adalah 'nothing'. Susah juga nak berjalan..lagi pedih bila nak menunaikan solat. Waktu nak sujud+duduk antara dua sujud, hanya Allah sahaja yang tahu sakitnya. Kemudian, kedengaran pula sayup-sayup kata-kata sahabat saya, "Sewaktu kita solat, yang menghadap Allah adalah roh kita. Jasad kita ni hanyalah pelengkap. Kalau apa-apa berlaku pun pada jasad kita, roh kita tak ada apa-apa..Kalau ikuti kisah dulu, tengah solat seorang hamba Allah ini minta dipotongkan kakinya,"

Betul juga kata-katanya. Kerdilnya saya. Saya tahu saya tak sekuat itu. Saya tahu saya tak setinggi itu tahapnya. Semoga saya akan kecapi saat itu suatu hari nanti dalam hidup saya ni. ^_^

Sama-samalah kita bersyukur dengan setiap nikmat dan kurniaan yang telah diberiNya. Bila-bila masa sahaja DIA akan ambil, tanpa kita sedari. Bersediakah kita untuk itu semua? Kehilangan salah satu nikmatNya?

Hari ini mungkin kita boleh berlari, hari ini juga kita mungkin boleh ketawa, tapi tidak mustahil jika esok, kita bukan saja tak boleh nak berlari, nak merangkak pun susah, dan tak mustahil juga esok hari kita bukan diri kita lagi. Semuanya adalah kehendakNya.

Hargailah setiap detik yang sedang berlalu dan ingatlah..kita adalah milikNya. KepadaNya kita akan dikembalikan.

~Doakanlah saya agar cepat sembuh. Agar sesampainya ke Melaka nanti, saya tak hinjut-hinjut dah. Bukan soal hinjut-hinjut tu..soalnya..ketika beribadah....semoga saya cepat sembuh dan semoga saya dapat melaksanakan ibadah saya dengan sempurnanya...~


4 comments:

aini mardhiyah said...

syafakillah~

moga Allah menarik kesakitan dari diri sekaligus menggugurkan dosa-dosa lalu..

semoga cepat sembuh >:D<

..: nurish :.. said...

thx akak..
alhamdulillah..smkin sembuh..
turut memberikan nafas baru pada urat-urat kakiku..^_^..

~bila lg nk mkn mknan arab..yummy2..~

aini mardhiyah said...

"bila lg nk mkn mknan arab"

ops~ ehehe..

y not..

jom~

..: nurish :.. said...

InsyaAllah...pas final..

leh ajak dila skali..

sure gempak...hehe

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design