Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, November 29, 2008

Masa..

Sebut kaitannya tentang masa,saya mesti tertanya-tanya, camna ek nak gunakan masa tu dengan sebaiknya?

Pagi, saya pergi shopping, petang nantilah study. Alah, petang nanti kena hadirkan diri untuk jamuan pula. Malam lah study.. Aiseh! penat sih...esoklah study..

Tibanya esok...esok lagilah study...sampailah nak final..alamak, aku tak cover apa-apa pun..

^_^

Itulah ayat common yang selalu saya lemparkan dalam hati saya... Selalu saja ada dugaan bila nak study.. Belum dicampur, ditolak, ditambah dengan perjumpaan dengan kawan-kawan, aktiviti kelab...sibuknya!!!!

Saya terdetik mahu membaca artikel yang dipetik daripada iluvislam.com.
Satu artikel yang membuka mata saya...
Marilah kita baca sama... *_*

Usrah, Meeting, Program dan...?
www.iLuvislam.com
mudzakkir
editor : kasihsayang

Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."

"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)

Friday, November 28, 2008

Rumahku Syurgaku

Rumahku Syurgaku...
Saya sudah pulang. Rindu sungguh dengan Ipoh ni.

Semangat nak balik punya pasal, tiket bas minggu pertama start semester dah beli. Dahsyat tak??
Tengah hari tadi, Nadiah and Aisyah hantarlah saya kat depan Ixora tu..baik korang ek?? hahaha
Yang tak boleh tahannya, yang nak balik saya, tapi...mereka yang lebih-lebih, pe kes??
Siap kenakan Aida lagi, kasihan sama dia. Cukuplah Affan jadi mangsa... ^_^...
Rugi sungguh tak rakam gelagat korang..erm...

Apa pun, thankz bangat sama kamu berdua, sudi temankan.
12.15 tgh hari.. terpacak kat MC tanpa hala tuju. Nak duduk kat surau, tak buka lagi...
Duduklah kat dengan kerusi, sambil siapkan subnet yang diberikan Abang Ezad semalam. Saya pakai buat je, betul atau tak, itu lain kira...^_^

Sedang saya duduk-duduk. melintaslah dua orang kanak-kanak yang masih kecil, berlari-lari anak dari satu tempat ke satu tempat. Mereka berdua memakai tudung lagi, cute sangat!!! Tersenyum saya dibuatnya. Kemudian saya melirik ke arah beberapa anak muda yang mundar-mandir kerjanya. Tertanya-tanya juga saya dibuatnya..."Tak pergi solat Jumaat ke??"

Itulah realiti kehidupan sekarang. Saya teringat satu babak dalam cerita Ta'in.. (Setiap Ahad, 9 malam di tv 3 ~org perak kome!!!~)
Selagi umat Islam tidak berjemaah beramai-ramai untuk Solat Subuh, seramainya Solat Jumaat, selagi itu kita tidak kuat pada dasarnya. Kekuatan umat Islam dilihat dari situ. Ingatlah..kita sedang dikaji....
Saya kembali berfikir....Hanya dengan pertolongan Allah sahaja kita, sebagai umat Islam akan kembali bangkit, dan kembali menggapai sejarah kegemilangan yang telag lama dirampas oleh 'mereka-mereka'...

Cukup sampai situ, saya lihat pula pasangan-pasangan romantik di sekeliling saya. Saya berlindung denganNya daripada terjebak dalam dunia seperti mereka, dan semoga mereka diberikan hidayah olehNya...

Setengah jam sebelum saya naik bas, saya jumpa Jaya (PT04)... ada jugalah member.. dekat je dia tinggal..kat Silibin je. Berborak-boraklah dengan dia tentang Zoo. Perbezaan antara Zoo Melaka, Zoo Tiping dan Zoo Negara. Katanya, Zoo Melaka best!! Kita siap boleh bagi haiwan tu makan lagi. Tapi binatang-binatang dicampurkan satu kandang, sampaikan ada yang kelihatan sakit. Zoo Taiping tak berapa sangat. Saya tak pernah pergi lagi tau, meskipun saya duduk Ipoh. Saya jadi Pak Dengar je! Katanya lagi Zoo Negara lagi best. Dan kalau boleh, janganlah pergi Night Safari sama ada Zoo Taiping mahupun Zoo Melaka. Kalau Miss Idah bagitahu, pergilah Zoo kat Singapura. Lagi best!!!!!!!!

Selesai bab Zoo, kami pun naik bas, sebabnya bas kami sama..SE SUPER. Dan Alhamdulillah, saya dapat tempat duduk single (senang hati saya).. Sepanjang perjalanan saya tidur dan berfikir.. lepas berfikir, saya tidur...begitulah keadaan sampai ke Medan Gopeng.

Tunggu punya tunggu parents, terserempak dengan bekas majikan saya dulu. Sembanglah kejap, dah lama tak jumpa..rupanya mereka dah buka cawangan satu lagi kat Medan Gopeng.. kedai topup..bagus2!!!

Akhirnya, saya solat kat Tesco, selesai, saya perhatikan seorang anak kecil sedang solat. Alhamdulillah, dari kecil sudah diajar menghadap Illahi...Kita bagaimana?? Jika dibandingkan kita dengan anak kecil tu????? Erm.... ingatlah solat itu tiang agama, dan soalan pertama yang akan ditanya nanti adalah solat kita.

Dan destinasi yang terakhir adalah rumahku. Rumahku...Syurgaku....
Sampai je kat rumah, saya terus mendapatkan kucing-kucing saya. Rindu bangat sama kalian!!!!
Dan esok...hari baru akan saya lalui...dengan semangat baru yang saya duk fikir dalam bas tu... hehehe...

p/s : kpd Nadiah dan Aisyah...korang rindu ek padaku..sampai nangis2 hantar tadi.. tak pe, Ahad ni Mira balik ek....hehehe..dah2, jangan nangis lagi...hehehe....

Wednesday, November 26, 2008

Mesej dari Sahabat

Teman,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar,
Persahabatan dijalin kerana Al-Khalid.

Aku mimpikan antara kita seorang Umar,
Berani menegakkan kebenaran menggerunkan musuh durjana.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf a.s,
Tetap mencintai saudaranya biarpun dihumban ke perigi tua.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagaikan harumnya pusara Mashitah.

Aku ingin persahabatan kita ini,
Bisa menjadi syafaat di mahsyar nanti.

Mesej daripada seorang sahabat.
Seorang sahabat yang amat ku rindui.
Seorang sahabat yang selama ini suka duka dilalui bersama.
Seorang sahabat yang pernah mengajar ku siapakah diriku sebenarnya.

Ingin sekali ku bertemu dengan dirimu.
Mengimbau kembali setiap detik yang telah dilalui bersama.
Semoga kita akan dipertemukan,
Dengan limpahan rahmatNya...
Dan ingatlah duhai sahabatku,
Di mana jua diriku ini, kau tetap bergelar sahabatku..
Semoga Allah membantu kita mengukuhkan ikatan persahabatan kita ini.
Dan aku senantiasa menanti waktu itu.....

Saje-saje

Kenal tak kat ne ni?? Rasa-rasa??
Inilah dia li
brary MMU...dah lama tak jejakkan kaki kat sini.
Saje je temankan Nadiah bincang-bincang dengan group dia, saya lak buatlah sikit revision..
Pastu memalut pergi baca buku Law.
.Malaysian Law, Penal Code..
Sempat juga selak-selak buku IT 2010, Information system.
Dah rasa pening sikit, saya mula meng-offer-kan
diri untuk tolong mereka wat kerja, jadi pak salin soalan sekejap..dah tahap agak boring kat situ.

Bagus kalian semua, begitu tekun sungguh menjalankan tugasan yang diberikan, sampaikan Mohana sempat mengelamun lagi..... Tahu kalian semua kepenatan. hahaha...

Lain masa kita pergi lagi ye library....

Kepada Muhd Haffis bin Mustapha, selamat hari jadi, semoga panjang umur. Semoga cita-citamu tercapai. Rindu benar dengan kalian (warga 5 Sains). Terlalu rindu. Teringat waktu study sama-sama, buat jahat @ baik sama-sama. Teringat bagaimana kelas kita menimbulkan konstroversi hebat sampai nama 5 Sains naik pejabat, menjadi buah mulut semua cikgu-cikgu. Terimbas kembali suka duka kita sepanjang berada di SMK Jati. Memang sungguh rindukan kalian. InsyaAllah,sampai masanya kita akan diketemukan dengan izin dan rahmatNya juga.
Belajar rajin-rajin sih...semoga kita sama-sama berada di puncak kegemilangan dan kejayaan....

~Hari Jumaat ni saya pulang ke Ipoh...Ahad baru pulang Melaka semula~ hehe

Sunday, November 23, 2008

WHO AM I??

WHO AM I??

SIAPA SAYA??


..: Saya Nur Amirah :..
..: nurafaz :..
...: Mira :...


Itulah jawapan yang mungkin kita akan berikan...atau yang ini..

...: manusia :...

Tapi siapa sebenarnya kita?

Dalam seminar YTM hari Sabtu lepas, soalan ini ditanya..setiap kali disebut jawapannya nama kita, penceramah tu mesti kuatkan suaranya, tapi bila part 'manusia' tu, dia cakap, "dah nak dekat dah tu,"

Siapa sebenarnya kita??

...: Kita adalah hamba Allah, yang tiada punya apa-apa di dunia yang sementara ini. We are nothing. :...

APA MAKNA KEHIDUPAN??

Soalan kedua yang ditanya. Apa itu kehidupan buat anda??

...: keseronokan :...

...: ibarat roda :...

...: ibarat sampan :...

...: entah :...

apa makna kehidupan, itu adalah jawapan anda sendiri, tapi ingatlah, kita hidup untuk mencari redhaNya, untuk mencari kebahagian yang sebenarnya, untuk mengecapi kejayaan bagi menempuh kehidupan yang abadi...

~Thankz kak Hidayah atas nasihat akak, memang memedihkan hati kami tapi di sebaliknya ingin kami sedar...Thankz akak~

~lupa lak...saya ada cd SAILORMOON...nak pinjam leh...~

Agak kepenatan

Seawal jam 6.45 pagi, saya berlari-lari mengejar Aida, Wani, dan kak Izzati.
Pada awalnya dah bagitahu dah Kak Kamilah, tak jadi nak join, tapi tak sampai hati pula, akhirnya join. Malam semalam tido lewat, pukul 1 lebih tu...kat kul 2 pagi... sebabnya......rahsia...

Dalam keadaan mengantuk, kami ramai-ramai menaiki Bukit Beruang, banyak yang dikongsi bersama sepanjang perjalanan. Penat tau!! Dah la curam semacam, saya ni gayat kot..dah pesan dah kat Wani, kalau nak jalan, jalan je jangan berhenti tengah-tengah bukit tu...saya terasa amat gayat...erm??? perasaan sahajakah??

Sempatlah tangkap beberapa keping gambar tapi bukannya dari handphone mahupun kamera, sebabnya saya hanya bawa diri saya sahaja, yang lain semuanya saya tinggalkan kat hostel. So, tak dapatlah nak letak kat sini. Sesampainya kami kat atas tu, kami dah rancang dah nak ronda-ronda satu Melaka nanti. Future plan lah katakan...sesiapa yang terlibat dalam diskusi pagi tadi, siap-siap dengan wang, leh gi nanti..^_^

Kak Iqa de cakap...binatang yang betina mengalami period. ek???? saya dan kak izzati pada waktu amatlah terkejutnya, sebabnya first time kot dengar info begitu..erm.....

Balik je, saya dah tak larat nak join yang lain bersarapan, saya terus pulang hostel dan sambung tidur. Tepat pukul 9.45 pg, Nadiah kejut...ada perjumpaan dengan akak-akak BIP, nak kemas board masjid. Tapi saya kelewatan sedikit. dan sesampai je saya terus sarapan..kak suhaila bawa karipap sardin tuuu...^_^

Dah makan-makan, kami teruskan misi mencantikkan board bahagian muslimat. Tapi sayangnya, muslimat hanya seorang, kat tengah hari tu barulah dua orang. Bagus, semangat yang tinggi, dengan pertolonganNya juga kita dapat siap hias hari ini juga. Kami gak makan tengah hari pada waktu tak berapa nak tengah hari....

Balik hostel, dah nak masuk Asar, solat, dan kemudian saya merehatkan minda dan diri sampailah maghrib. Memang terasa penat sungguh hari ini. Selepas maghrib, saya, Nadiah dan Aisyah pergi makan malam. Tengah makan-makan, saya termenung sekejap. Hati saya agak tersentuh akan sesuatu dan sampai sekarang saya masih terfikir akannya. erm... lantaklah..

dan sekarang, saya ada kat depan laptop..menulis ini posting, setelah menyiapkan summary say tadi. Jap lagi nak masuk tidur untuk menghadapi hari yang baru esok pagi...^_^...

Thankz kak Aini.

Friday, November 21, 2008

Wes makang??

Wes makang??

Wes..

Dua line bahasa Jawa yang baru saya pelajari daripada seorang sahabat. Tempat kejadian adalah di dalam bas Tuah...dalam perjalanan pulang ke MMU.

Dah makan??

Dah..

Itulah translate bagi bahasa Jawa tersebut. Saya ni namanya keturunan Jawa, tapi haram tak tahu cakap Jawa.. bukan Jawa tulen kot.. dan habis dicelup-celup dek peredaran zaman.

Nak dijadikan cerita, hari ini saya meneruskan pengembaraan sekali lagi ke Melaka Sentral, kali ni dengan member-member, nak teman beli ba
rang keperluan. Memang agak shopping sakanlah gamaknya. dan sekarang, terasa amat kepenatan sekali.

Setiap kali melangkah ke Melaka Sentral, pasti ada sahaja banner-banner ini.....


Inilah dia agensi insurans... sahabat saya, Nadiah dan 'Adila dah kena dah dengan depa ni. Alhamdulillah, waktu tu saya dah kehabisan wang, jadi adalah alasan. Mereka ni dah menapak di MC sejak Ramadhan tempoh hari. Katanya pada sahabat saya, "Kami kat sini hari ini sahaja adik. Satu hari ni je,"

Tapi di manakah kebenarannya?? Mengapa perlu menipu semata-semata demi business?? Meskipun nak cari orang, tak kanlah sampai nak menipu kot. Tengoklah, sampai ke hari ini masih terpacak banner tu! Tadi, orang yang berjaya menarik sahabat saya beli insurans tu tersenyum-senyum pandang kami. Malukah kalian?? Sememangnya kalian perlu malu!!! Inikah namanya kejujuran dalam urus niaga??????????????

Walau apa pun, semua itu tak menganggu-gugat urusan shopping kami, hanya selingan dan satu peringatan buat semua. Janganlah nak menipu, nanti Tuhan marah!! Di manakah keberkatan yang dicari??

Berbalik pada pengembaraan kami, sempatlah saya beli satu buku 'Kisah-Kisah Para Nabi dan Rasul jilid 1"... "Buku ni jadikan bedtime story, nanti kome dah ada anak, bacakan bedtime story ni kat mereka. Nanti belilah buku tentang peribadi Rasulullah. Jadikan bedtime story gak," kata salah seorang antara kami...siapakah yang berkata sedemikian??????

Dalam perjalanan balik, tu yang sembang dengan 'Adilah tu, sempatlah dia ajar bahasa Jawa.. nanti belajar lagi..hehehe

Balik sahaja, dah rehat-rehat..saya tertarik juga dengan artikel 'Sebelum sujud terakhir aku sudahkan'.

Artikel yang menyedarkan. Syukran akak.

Tak lupa juga saya sempat membalas discussion dengan sahabat-sahabat di Akademik2u. Maafkan saya jika apa yang saya sampaikan tidak menyenangkan mana-mana pihak.

Dan akhir sekali....tibalah masanya untuk rehat...sebabnya esok kami semua akan dibasuh dari pukul 8.15 pagi hingga 2.30 petang.

Semua pemegang biasiswa YTM...diwajibkan hadir...jadi bersedialah jiwa dan raga anda..hehehe


Tuesday, November 18, 2008

....

....

Totally, memang tak ada tajuk untuk posting kali ini.
Saje-saje nak menulis setelah menamatkan kelas untuk hari ini.
Malam ni ada ceramah, jemput-jemputlah datang, yang semalamnya pun best, amat best...
Mungkin pada posting yang lain kot saya akan cerita lebih mendalam lagi...

Hari ni memang tak bermaya sungguh...the common reason that i can give is that... NOT ENOUGH SLEEP... it was my fault actually, willing to sleep at 3 am....

The only thing that i want to do is...SLEEP...

Alhamdulillah, dapat lah berehat sikit...bak kata orang putih..take a nap... sebelum menghadirkan diri ke kelas yang terakhir untuk hari ni. Pembelajaran untuk hari ini buat subjek English memang interesting. Dan buat pertama kalinya untuk hari ini, saya tak rasa mengantuk dah.. Barulah saya sedar, yang member-member di sekeliling saya ramai rupanya, and, i'm not alone.

Mengapa eh tetiba cakap camtu? Sebab semalamkah??? Mungkin.....
Tiap-tiap hari, akan ada seseorang bertanyakan khabar saya, malah dia akan bertanyakan khabar semua manusia dalam kelas kami. He is such a nice guy. Saya lihat, dan saya memerhati (memang itu feveret saya...memerhati...), adakah dia selalunya happy go lucky sahaja. Selalu bertanyakan masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan sekelilingnya, mahu mereka berkongsi dengannya, tapi, dia tiada masalahkah?

Rambut sama hitam pada azalinya (sekarangkan dah warna-warni), tapi hati lain-lain. Dan tiada sesiapa pun yang tahu isi hati orang lain, melainkan dirinya sendiri. Orang yang dapat memelihara hatinya, menjaganya, mendidiknya adalah orang yang berjaya. Kerana, segalanya bermula dari hati...niat....

Rasulullah juga pernah bersabda...Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging, jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.

Jadi, motifnya saya menulis ini, adalah untuk meluahkan apa yang saya duk perhati sepanjang hari ini...dan hasilnya....saya dapat lesson from that guy... biar sesusah mana pun kita, tunjukkanlah pada dunia yang kita tidak susah.. sesedih mana pun kita..tunjukkan pada mereka yang kita sentiasa boleh tersenyum. Ya, memang payah nak lakukannya...tapi, itu hanya perumpamaan....ambillah yang tersirat.

Lesson yang kedua, kehidupan ini memberikan kita pengalaman. Susah payah, suka gembira nya kita mengharungi hari-hari yang kita lalui adalah untuk mendidik dan mematangkan diri kita sebenarnya. Cara kita bergaul, dengan siapa kita berkawan pula menunjukkan sejauh mana kita prihatin akan diri kita.

Dan sehingga ke hari ini..saya masih ingat...Dunia adalah penjara bagi orang mukmin..


Saturday, November 15, 2008

Hari jadiku...hari jadimu jua

Sabtu - 15 November 2008 -

Saya, Nadiah, Mas, Kak Zinie, Kak Suhaila, Kak Ina, Kak Aimi, Kak Nawa dan adiknya.. kami kesemuanya hari gi jalan-jalan, sempena menyambut hari jadi ahli biro BIP...tapi hanya muslimat.

Saya, yang pada awalnya, tak nak pergi, akhirnya pergi juga. Dah tertulis, saya dan rumet akan pergi, jadi kami pun pergi. Lagipun, bukan selalu pun kami dapat kumpul ramai-ramai camni.
Pagi-pagi (tak pagi sangat pun), kami berkumpul kat Ixora, tunggu bas. Sambil-sambil tu makan sandwich kak Suhaila. Terima kasih kak, susah-susah je. Rugi tak minta sikit untuk bawak balik..hehehe

Setibanya ke destinasi pertama..iaitu Melaka Sentral, kami sekira naik bas ke Makhota Parade (MP), dan sememangnya rancangan kami nak ke sana pun. Tapi, kami singgah dahulu, window shopping kat Dataran Pahlawan..memang meriah sangatlah kat situ.

Lepas tu, kami pergi isi perut kat MP. Setelah memastikan perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan mencari surau untuk menunaikan solat Zohor. Walaupun kat mana pun kita, suruhan Tuhan jangan ditinggalkan.

Selesai solat, kami teruskan pengembaraan dengan bermain bowling. Inilah first time saya main dan saya mengucapkan jutaan terima kasih buat kakak-kakak yang membenarkan saya main. Inilah dia sedikit tatapan bowling buat kalian..


Antara bola bowling yang kami gunakan...tapi selalunya ambil yang warna merah tu...


tu dia, Mas mengajar Kak Suhaila. Tak pe kak, saya pun bukannya reti main.. samalah kita..


Nampak tak nama 'WAWA'?
Saya main bagi pihak kak Nawa...bolehlah, first time main...hehehe


Ha...nampak tak tanda pangkah (x) tu... waktu tu Mas keluar, saya ganti... amacam?? buat pertama kalinya STRIKE!!! Alhamdulillah...
(bolehlah lepas ni nk main lagi)


Setelah penat beraktiviti di MP, kami menuju ke Melaka Sentral semula...cari MacDonald. Nak makan-makan..... Kami me-relax-kan minda di dalam bas..sampai termimpi-mimpi tu.... Penat sangat..^_^...

Sesampainya di tempat yang dituju, kami pun pesan makanan. Kini, tibalah sesinya mengenyangkan perut buat kali keduanya.....hehehe....

Setelah banyak yang diborakkan, setelah hampir semua makanan dihadamkan, kami teruskan aktiviti terakhir kami dengan sesi bertukar-tukar hadiah..


Dan inilah hadiah yang ku terima...Syukran... memang menarik sekali... saya suka!!!!

Walaupun seharian berjalan-jalan, namun memang best. Terima kasih kepada semua. InsyaAllah, lain kali kita keluar lagi. Semoga ukhwah antara kita berkekalan dan semakin erat.

Friday, November 14, 2008

Mertua tak sayang???

"Pergilah basuh tangan tu, nanti mak mertua tak sayang,"

"Betul ke??"

"Ye, nanti kering, nanti mak mertua tak sayang,"

First time saya dengar dan memang saya agak terkejut. Kalau dulu, arwah mak cakap, nanti semut naik tangan kalau lambat basuh tangan selepas makan.

Saya memang percaya, tapi apa yang saya dengar tengah hari tadi....erm.......

Mungkin tak sopan kot, yalah, dah makan, tapi lambat basuh tangan....

Pepun, jawapan member saya memang bezzz...

"Tak pe... mak sayang..."

p/s : saya kebuntuan... bukan bermakna saya nak kecilkan dan lukakan hati sesiapa, tapi kalau keadaan memang tak mengizinkan, saya tidak boleh buat apa-apa. Maafkan saya akak-akak sekalian , andai saya tak muncul esok, saya mohon beribu-ribu keampunan. Ikhlas dari saya yang telah dilanda rasa bersalah dan kebuntuan...........

Thursday, November 13, 2008

Combinations...Permutation...Statistics....

" Ala, senang je probability,"

Kata-kaka Kak Hidayah masing terngiang-ngiang lagi. Setelah berjumpa face to face dengan Kak Hidayah, memang ada sedikit kesedaran dan rasa tercabar. Apa yang dikatakan Kak Hidayah ada benarnya.

"Kalau saya terminate awak, abang and kakak awak ada duit?" dua tiga kali diulang ayat yang sama.

Saya yang pada mulanya tak tahu nak jawab apa, sampailah saya terfikir....

"Mereka memang ada duit, tapi kalau nak tanggung saya, belum tentu lagi boleh atau tak," memang agak melawan, tapi nak buat macam mana, saya memang dah tercabar waktu tu.

And then, bila saya belajar kat kelas tadi, saya tahu, basic topik dan subjek ni saya dah belajar waktu form 4 & 5 dulu. Tapi waktu tu saya belajar kerana SPM...lagipun saya kurang minat sikit.

Tapi, sekarang ni barulah saya nak mula ingat-ingat balik. Mulalah terbayang cikgu-cikgu saya yang selalu ingatkan kami tentang subjek ni. Barulah timbul penyesalan kerana saya ingat sikit-sikit je.. yang selebihnya telah terbang bersama dengan angin selama saya sudah tamat SPM....

Saya tahu banyak yang perlu dilakukan, dan nasib baik kawan-kawan dalam gropu saya kebanyakannya form 6, merekalah yang banyak ajar saya. Thanks my friends....

Sesungguhnya......subjek ni agak susah, tapi InsyaAllah, saya akan buat sebaiknya!! Lagipun, saya ada perjanjian dengan Kak Hidayah, perjanjian dengan diri saya sendiri, dan perjanjian dengan family saya.

Combinations...Permutation...Statistics.... tak sangka kita jumpa lagi... dan kita akan terus berjumpa watu saya semester tiga nanti... dan dalam saya nak capai cita-cita saya, subjek ini juga amat penting buat saya...

Ya Allah, terangilah hatiku agar mudah untuk aku memahami apa yang aku pelajari, serta ampunilah diriku.

Wednesday, November 12, 2008

Surat Cinta

Adakah kita rasa gembira menerima surat cinta??

Adakah kita rasa teruja menerima khabarnya dalam surat cinta??

Adakah itu sebenarnya surat cinta yang kita sepatutnya terima dan baca??

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan surat cinta??

Viseo yang dipetik daripada Youtube ini dapat menjawab soalan di atas.

Memang best dan menusuk sangat-sangat.

$elamat menonton.. (K izzati pesan, pasang kuat-kuat...) ^_^

Part 1

Part 2


Part 3



Monday, November 10, 2008

Hari yang baru

Warkah Ibu Buat Anak Tersayang di Kampus

Sambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang masih di peringkat matrikulasi UIA.

"Mak......test fizik tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap."

Begitulah bunyi SMS daripada Salman. Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.

******

Bismillahirrahmanirrahim.

Man yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan Man. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga Man berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.

Man masih ada test lagi? Mak harap Man terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakk
an kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang Man akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.

Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan beru
saha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.

Man yang dikasihi, mak harap Man jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Mak tahu memang payah...memang susah belajar di sana... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, mak nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun Man sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.

Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat deng
an Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.

Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supa
ya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.


Begitulah hakikat diri kita Man..terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji' dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini.

Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh beerusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT. Mak teringat ujian fizik Man yang Man beritahu baru-baru ini. Tak apalah..tak boleh jawab sepenuhnya pun..usaha lain kali. Tapi ingat! Iringilah dengan ibadah yang kuat kepadaNya. Insya-Allah, Dia akan lebih dekat dengan kita.

Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristighfar kepada Nya. Itulah orang mukmin yang cerdik dalam erti kata sebenarnya. Cukup disini dulu Man. Insya-Allah, Mak akan menulis lagi. Salam juga dari Ayah dan adik-adik di kampung. Mak harap Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada Man untuk terus berjuang. Mak doakan agar Man sentiasa diberi rahmat oleh Allah SWT.

Wassalam

Salam sayang,
Emak

~Hasil nukilan yang dipetik dari iluvislam.com~

Artikel ini saya tujukan buat kawan-kawan saya yang akan menempuh hari yang baru dalam semester yang baru. Segala yang telah terjadi, yang mana membuatkan diri kita sentiasa dihambat kesedihan, jadikanlah ia sebagai satu pengajaran dan semangat untuk kita terus melangkah ke hadapan. Ingatlah, nasib kita tidak semuanya sama, dan Allah menetapkan sesuatu itu terjadi kerna DIA tahu di mana kemampuan kita sebenarnya. Bersangka baiklah padaNya.

Pada yang telah berjaya, tahniah diucapkan, teruskan usaha, dan teruskan berdoa, agar kejayaan itu akan menjadi diri kita pada masa akan datang, dan jangan sesekali riak, ingat, Allah boleh menarik segala yang diberikanNya hanya dalam sekelip mata. Semoga dengan kejayaan ini kita akan jadi yang lebih baik.

Begitu jugalah pada diri saya, hehe, insyaAllah, sem baru ini akan jadi yang lebih baik dariapda sebelumnya, sama-sama kita berdoa.

Betulkan niat kita, tujuan kita berada di tempat kita sekarang, dan jangan lupa ibu bapa kita , family kita, kerna mereka lah tunjang dan pendorong kita. Selalulah bertanya khabar mereka, minta restu dari mereka.

Keluarga adalah penting buat saya, dan saya sangat rindukan mereka.....

Akhir kata, selamat mula sem baru dan selamat kembali ke kampus!!!!
~hari ini jadual agak padat, tapi esok2 ok sikit, alhamdulillah..........~

Friday, November 07, 2008

I'm BACK!!!

Jummat...7 November 2008...
I'm back...back to Melaka..
After break for 3 weeks..now, my journey continues..actually, it never stop eventhough I been given a month holiday...^_^

Thankz kat ibu n abah yang bersusah payah hantar Mira. Pas ni, nak g makan dengan mereka..sebabnya mereka pulang ke ipoh esok pagi...malam tu pula ada kenduri doa selamat, adik ibu buat..

Ibu n abah akan berangkat ke Makkah pada 1.12.2008, merupakan flight terakhir, untuk menunaikan umrah. Saya ingat nak pulang Ipoh sebelum mereka berangkat, tapi ibu tak izinkan, risau fikirkan saya nanti. Katanya, mereka x bawak handphone, so x tau saya kat mana, dh smp ke belum. Mereka akan risau. Klu saya kat melaka, kat MMU, nothing to be worry.

Abah pun cakap macam ibu cakap. So, saya batalkan hajat saya, jauh di sudut hati, saya nak sangat balik. Jadi, malam ini pertemuan saya yang terakhir dengan mereka sebelum mereka berangkat ke Makkah. Tapi klu ibu izinkan saya pulang, saya akan pulang..

Walau apa pun..semoga perjalanan ibu abah sentiasa berjalan dengan lancar dan kalian berada di bawah lindungan serta jagaanNya....

Semester yang baru bakal tiba..kepada sahabat-sahabat saya..tak kira di mana pun.. teruskan perjuangan kalian. Sama-samalah kita mengecapi nikmat kejayaan bersama.

P/S: Malam ni saya sengsorang lagi..raya ritu pun sengsorang....rumet balik lambat...haizzz.....naseb baek de kak aini kat tingkat atas...hehehe....

Sunday, November 02, 2008

Menanti Hari

Lagi beberapa hari je saya akan berangkat ke Melaka semula. Terpaksa berangkat awallah...de internal prob..tak pe lah, asalkan jangan tak balik langsung udah... :p

Cuti 3 minggu ni pada mulanya terasa lama dan akan dirasai dengan kebosanan, tapi dah dekat-dekat nak habis ni, terasa sekejap je, dan terasa macam tak buat apa-apa je. Tapi alhamdulillah, seminggu ni terisi juga dengan jalan-jalannya, baca bukunya dan macam-macam lagi.

Baru-baru ni, saya berjaya mengasah skill yang sudah hampir 5 bulan saya tinggalkan... iaitu DRIVING

Saya drive my sister's car...NAZA.. oklah tu.. na
sib baik saya tak lupa camna nak mandu.. jalan jauh jugalah hari tu..siap hantar kakak saya pergi stesen bas lagi. Best2...
Bawa kereta ni seronok sebenarnya..cuma bila kat atas jalan raya bersama pemandu lain..ada kalanya menimbulkan perasaan yang kura
ng enak!! Yalah, lain orang, lain sikapnya...erm.....

Tapi apa pun..I had fun..and my dream is...I w
ant to drive this car... not even drive, but to own it..erm...bilalah masanya ek... ^_^

Inilah buah hati saya...memang saya terlalu idam-idamkan kereta ni. Dapat sewa pun jadilah... Tapi buat masa sekarang, hanya mampu untuk melihat dari jarak dekat dan jauh... Comel sungguh SWIFT ni kan...gerammmnyyee!!!!!

Habis cit
e DRIVE..

Sepanjang cuti ni juga..saya berjaya habis baca beberapa buah buku yang selama ini hanya menjadi koleksi saya sahaja. Saya ni suka beli buku, tapi terlalu RAJIN nak baca...so, kumpul je la...

First buku.. HADIAH BUAT MUSLIMAH karya Ustazah Siti NorBahyah. Buku tentang fiqh Wanita. Sangat berguna buku tu. Cover page pun cantik sanagt!!!!

Second buku...CHARLIE BONE AND BLUE B
OA. Kisah fiksyen. Macam Harry Potter la. Cerita sal Charlie yang ada kuasa dan sedara-mara dia pun sama. Macam mana dia selesaikan msalah dia dengan kawan-kawan dia..Saya suka sangat buku macam ni. Setiap kali baca..ia buatkan saya turut ada dalam buku tu..WAH!!! Buku Harry Potter pun best!! Best!!

Ni buku siri yang ketiga. Siri pertama, kedua.. dah tak ada (buku pinjam kat library sekolah adik). Buku ni ada 5 siri.

Third buku...ISLAM PILIHANKU. Buku ni mengumpulkan kisah mereka yang baru memeluk agama Islam. Bagaimana suka duka mereka sebelum dan selepas memeluk agama suci ini. Bila saya baca, seolah-olah mereka ni lebih memahami dan lebih menghargai nikmat Islam ni berbanding dengan mereka yang telah bergelar Islam sejak dilahirkan. Saya pun terasa sangat-sangat, betapa jahilnya saya ni tentang agama saya sendiri.

Fourth buku....MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Buku motivasi. Ada kalanya kita kena motivate diri kita ni. Such a nice book.

Dan aktiviti saya yang terakhir..alhamdulillah, saya berjaya siapkan cerpen pendek saya yang bertajuk SYAUQAH. Simple story. Erm.. perancangan saya selepas ni, saya akan cuba siapkan satu lagi cerpen.. tapi hanya tatapan diri saya sahaja..hehehe....

Banyak lagi yang saya nak buat ni...hope sempat saya lakukan sebelum pulang. Tak sabar pula nak tunggu sem baru ni!!

Oh ya... Rabu ni insyaallah, saya akan keluar dengan kawan-kawan.. nak join?? hehehe...

(Kuar nanti naik keta ni kot...hehehe)..




 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design