Followers

My Wattpad

30 Oct 2008

Atas Nama Cinta



...: Atas Nama Cinta :...

..: UNIC :..


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

First saya dengar tajuk lagu ni saya rasa malas nak dengar, sebabnya tajuknya tentang 'CINTA'. Tapi saya tanya adik saya, dia bagitahu lagu ini memang tentang cinta, tapi tentang cinta manusia dengan Tuhannya.

Kerana cintanya kepada Tuhan, dia sanggup menafikan cintanya kepada manusia, kerna takut leka dalam dunia khayalannya sendiri, dalam dunia cinta yang sementara.

Saya cari lirik lagu ni..dan saya letaknya di sini buat tatapan semua.. sama-sama kita hayati lirik ni.

It is a nice song..very nice. ^_^

Semoga dengan lagu ini, memberikan kita semangat untuk terus melakar cinta kita pada Yang Maha Esa dan seterusnya sama-sama kita menuju kebahagiaan yang sebenar.

p/s : UNIC is the best!! hehehe...



27 Oct 2008

Selsai Sudah

Alhamdulillah, selesai sudah majlis akad nikah nya.

Melalui dua hari yang amat penat, namun terasa puas. Apabila kerja yang kita lalukan berhasil, memang terasa lega + puas.


Malam Sabtu - 25 Oktober 2008 -
Malam tu kami adakan bacaan tahlil, hanya di antara fami
li je. Walaupun tak ramai yang turun, namun tetap terasa ramai. Selesai bacaan tahlil, kami makan-makan, banyak jugalah menunya. Alhamdulillah, rezeki.

Sudah sesi mengenyangkan perut, tibalah masanya untuk berinai. Ikut adatlah katakan. Renjis-renjis sikit kat bakal pengantin tu...Selesai renjis-renjis, bakal pengantin pun berinailah. Yang bestnya, saya turut sama menginai pengantin. Nasib baik menjadi *_*

Selesai semuanya, barulah masing-masing siap-siap tidur. Esoknya lagi penting dan perlukan rehat yang cukup...meskipun tidur pukul 1 pagi...^_^

Ahad - 26 Oktober 2008 -
Hari tu memang agak unik. Hari tu saja kami akan menghadiri 3 kenduri. First, majlis aqiqah jiran sebelah rumah. Yang paling tak bestnya, asal jiran nampak saya, mereka akan katakan yang saya ni kakak saya ( kak lang la tu). Kata mereka rupa kami seakan serupa. Erm...saya agak tak gemar sikit. Ucapan tahniah buat pengantin, saya yang terima..(redha je la)
Petang sikit, kenduri kakak saya pula. Malamnya pula ma
jlis raya laluan rumah kami, menggunakan khemah yang sama.

Pagi tu tak ada apa sangat, biasa-biasa. Start kul 2.30 petang, pengantin disolek. Kami yang adik-beradik ni pun duk le menengok, tersengguk-sengguk g
ak (menahan ngantuk).
Betul-betul selesai menunaikan solat Asar, kami bergerak ke ma
sjid. Alhamdulillah, ramai juga la sedara-mara yang hadir, belum lagi campur pihak lelaki....

Tup-tup..dengar-dengar sikit tok kadi berbicara, abah saya take over pula. Lafaz akad diucapkan dengan sekali lafaz. Alhamdulillah. Waktu tu terasa syahdu sangat, kakak saya sudah bergelar seorang isteri. Seorang anak ayah telah menjadi tengunggjawab suaminya, dilepaskan dengan penuh kasih sayang. Walaupun ada insan yang tak dapat bersama.

Lepas tu, mulalah sesi mengambil gambar. Kat masjid, luar masjid,
kat khemah waktu makan, tengah jalan pun jadi, dalam bilik. Waktu itulah saaat mengenali kedua-dua buah keluarga.
Memang happening giler.

Rehat-rehat, bersihakn diri, selepas solat Isyak, kami ada majlis raya pula. Malam tu, saya rasakan betapa luasnya kasih sayang Allah pada hambaNya. Kakak dan abang ipar saya diraikan oleh jiran-jiran kami. Asalnya, famili kami belikan kek untuk makan malam tu, pihak AJK taman suruh pengantin potong kek. Berkenal-kenalan lagi. Alhamdulillah, nampak kegembiraan di wajah mereka. Satu taman meraikannya. Terima kasih Ya Tuhanku.

Selesai mengenyangkan perut dengan bihun, lemang, lontong, kambing+lembu bakar..sesi bergambar..pastu balik..rehat...tidur....^_^

Isnin - 27 Oktober 2008 -

Pagi ni kami bersarapan di rumah Mak Izan (adik ibu)..Ramai-ramai makan, meraikan pengantin. Banyak betul akak saya beli...tosai..roti canai..nasi lemak..(klu nak, datanglah rumah saya).

Selesai bersarapan, kami bergerak ke pusara arwah mak, arwah pak cik rosli (suami ibu) kat Tanah Perkuburan Gurap.
Abang ipar yang bacakan doa. Setiap yang hidup p
asti akan pergi menemui Ilahi.

Saya lihat abah membersihkan kubur arwah mak, ibu saya y
ang menziarahi pusara arwah suaminya, buatkan saya sedih dan terharu sedikit. Abah n ibu akan bernagkat ke Mekah tak lama lagi. Walaupun banyak perit derita yang telah kami adik-beradik lalui sejak ketiadaan arwah, ia tidak pernah melunturkan semangat kami semua. Apa sahaja yang kami lakukan, insyaallah sentiasa bersama. Merapatkan lagi keakraban antara kami.

Meskipun apa yang kami akan lalui selepas ini sama @ tak akan berubah, tapi hari ini adalah seperti hari yang baru buat kami. Hari di mana kami akan buka buku yang baru. Seperti mana kakak saya membuka lembaran hidup yang baru setelah bergelar isteri.

Insyaallah, semoga Allah bersama-sama dengan kami dan dikurniakan kekuatanNya.
Biarlah kami tak lalui hari kami bersama insan yang am
at kami sayangi, tetapi mereka tetap ada di hati kami sampai bila-bila....

p/s : Lalui lah hari anda dengan sebaiknya... peace 4 all... ^_^



Yang ni plak, bergambar selepas k lang bersolek.... amacam??


Tu dia, jejaka yang berjaya menambat hati kakak saya, Abdul Hanan namanya. Yang pakai baju melayu merah tu abah saya, ayah mentuanya si abang ipar saya *_*


Gambar ni permintaan ramai...Tahniah buat kedua mempelai...


Pengantin bersama ibu n abah....Gambar kami adik-beradik ada juga..tapi malas nak letak.. Biar saya letak dalam diari kenangan keluarga kami ^_^.....
Semoga berbahagia ke ahkir hayat ^_^

*********************************************************************************
"Sedap la tempe ni,"
"Hah, ilah, tengok kak mira kamu tu. Dia dah bagi tanda dah," abangku bermadah pula.
"Apa ni? Tanda-tanda pula ni. Betul pe sedap tempe ni," jawabku dengan bangganya.
"Tengok ilah," sekali lagi abangku berbicara demikian.

Apa ni angah? Selagi kita boleh menikmati makanan, kita makanlah. Orang cakap, rezeki jangan ditolak, bala janganlah gatal nak cari.

Namun, saya faham maksud tersirat angah tu. Jangan risau angah, apa yang angah katakan kat mira beberapa detik sebelum maghrib tu akan mira pegang sampai bila-bila. Doakan mira sahaja. Insyaallah, ^_^

~ the end ~

23 Oct 2008

Ahad...Walimah...

Alhamdulillah..dah masuk Hari Khamis.

Tinggal lagi empat hari sahaja lagi tibanya hari Ahad.

Ada apakah dengan hari itu? ^_^

Kakak saya, akan diijabkabulkan Ahad ni kat Masjid Muttaqin..hampir benar dengan rumah kami. Kami hanya buat majlis akad nikah sajaha, kendurinya akan dilakukan sebaik sahaja ibu n abah pulang dari menunaikan umrah nanti.

Alhamdulillah, hajat ibu n abah nak buat haji tahun ni, nampaknya termakbul. Alhamdulillah.
Tahniah gak kat k lang. Penantian selama dua tahun, akhirnya diakhiri dengan terdirinya sebuah mahligai kebahagiaan. Penantian itu satu penyeksaan tapi penghujungnya amat manis sekali.

"Mira, kak lang nak minta tolong sikit. Tolong carikan lagu nasyid. Kalu boleh lagu cinta. Nak burn dalam cd. Nanti boleh pasang waktu majlis nanti,"
Saya pandang sahaaj wajahnya. Besar sungguh harapannya. Nasib baik, saya ada back up files sikit lagu-lagu nasyid.

Dan alhamdulillah, semalam saya berjaya dapatkan hampir 40 lagu nasyid bertemakan cinta + pengantin+ lagu yang dia suka. Penat juga nak carinya..menghadap laptop dari pagi sampailah ke petang. Yang susahnya bukan apa, saya tak dapat nak tahu lagu apa yang dia mahukan. Bertemakan cinta..itu terlalu umum..tapi alhamdulillah, dapatlah juga.

Insyaallah, akan saya terus mencari. Anggaplah ini hadiah buat bakal pengantin. Waktu majlis nanti saya bagi juga...hehehe ^_^

Bakal suaminya bekerja kat Yayasan Restu....sewaktu Kembara Ilmu ritu (anjuran IU), saya kenalkan bakal abang ipar saya tu kat sahabat saya. so, hanya yang terdekat sahaja yang kenal. Saya tunjuk kat poster je la. Dia tak ada waktu tu..ada urusan di luar. Dia mahir buat tulisan khat, ukir2 ni. Itulah kelebihannya. Bangga tau dapat abang ipar macam dia..

Masing-masing berdebar menanti Ahad ni.. lebih-lebih lagi si bakal pengantin..akan mengharungi dunia yang baru....dan yang pastinya pada hari itu saya secara automatiknya akan dilantik menjadi camera woman..kalau dulu jadi video woman. Oleh kerana jadi video woman ni agak kurang gemar..jadi tukar...

Insyaallah, semoga apa yang kami semua rancang untuk Ahad ni dipermudahkanNya, diberkatiNya..hanya dengan izinNya juga.

p/s : Tahniah sekali lagi kat kak lang. Jaga diri baik-baik. Dah nak jadi isteri orang dah. Segala yang telah berlaku sepanjang menanti hari debaran, jadikan sebagai medan untuk mematangkan diri. Tiada yang mudah di dunia ini wahai kakakku. Segala yang berlaku bertujuan hanya untuk menguji keimanan kita dan kejujuran kita. Terima kasih atas segalanya. Maafkan salah adik-adikmu yang sememangnya terkenal dengan kenakalannya. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Kami kat sini sentiasa akan mendoakan kebahagiaan k lang, kerna kebahagiaanmu adalah kebahagiaan kami juga. Biar susah senang kita bersama..seperti sebelumnya..^_^

Akhir kalam...nantikan Ahad ni...hehehe...

Hindustanku

Hindustan. Apabila penggemar cerita ini berbicara...tiada apa yang boleh disangkalnya. Wah...ayat je gempak, tapi isi kosng..^_^

Baru-baru ni saya tengok cite hindustan..melepaskan rindu tak dapat tengok selama di MMU. hehehe. Saya memang minat giler kat cite Hindustan..tapi hanya bila pelakonnya best2 sahaja. Filem Tamil pun best juga. Ada kalanya saya tengok juga. Cuma bila tang lagu tu, cepat-cepat sya tukar channel lain..hehehe....

Dulu, sahabat saya ada suruh saya tengok satu cerita ni.. tapi tak ada kesempatan nak cari..nak download kat internet pun tak berkesempatan..sampailah hari ni, saya terbaca artikel Kak Aimi yang membuat half sinposis akan cerita tersebut....Mujhse Dosti Karoge............

Cerita tu memang best sebab pelakonnya pun best2..Hrithik, Kareena, Rani....anatara pelakon yang famaous juga. Saya dah lupe akan setiap babak cerita ni..Menurut kak Aimi, cerita ini boleh dijadikan itibar. Iktibar apakah?? Sila rujuk...hehehe...

http://aimisabri.blogspot.com/2008/10/antara-hati-atau-rupa-paras-cantik.html

Actually, Hihtrik sesuai sangat berlakon dengan Kareena, kerana sifat gila2 mereka. Dan secara jujurnya, sebagai peminat filem Hindustan...saya akui..cerita Hindustan sekarang more to love story and the story is almost the same...compare to the oldest version (wah...version tu...hehehe) Tapi itulah..kalau ending nya tak happening, mahu nak dibakar pawagam tu. Filem yang sampai sekarang kalau diulang-ulang tayang, tak bosan...anataranya...K3G(Kabhi Khushi Kabhie Gam) ~bukan versi Melayu ya~, Devdas (cerita yang amat tragis sekali), Don, Mohabbatein (sedih...), Kal Ho Naa Ho (lagu nya best), Dil To Pagal Hai,Kuch Kuch Hota Hai, Asoka(kat tengah2 cite ni agak mengantuk,tapi best), Cahlte Chalte(sweet story), One 2 Ka 4 (erm..), Koi...Mil Gaya.. dan banyak lagi..

Kalau nak tulis lagi..sure meleret-leret nye...hehehe
And Shah Rukh Khan (my faveret actor) akan dianugerahkan gelaran Datuk...atas filemnya yang berlakon kat Melaka....One 2 Ka 4...erm...cerita tu memang best.

Tentang gelaran tu..memang banyak konstroversi nya. Setiap orang ada bicaranya tersendiri. Saya juga agak bersetuju..dengan artkel Abang Hanif dan Abang Aizam. Juga artikel di dalam akhbar. Tapi itulah...ada apa pada pangkat dan nama...erm...


http://nurulaizam.blogspot.com/2008/10/tan-sri-nurul-aizam-zaini-dpmp-dpsm-spm.html

http://agendaanakmuda.wordpress.com/2008/10/13/bingung/

Setiap orang berlainan pendapat...setiap orang tak sama. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Meskipun rambut lain-lain..tak bermakna hati kita sama..(faham tak?? ^_^)

Dan alhamdulillah, hari tu wat essay..dan dapat tajuk sal filem Hindustan. Begitu teguh hujah saya dalam essay tu..hehehe...tak la dapat teruk sangat markah..hehehe... nanti buat lagi tajuk yang sama...*_*

Itu sahaja lah..Walau apapun..yang baik kita ambillah dan pastikan sebelum tu ditapis. Yang buruk..tinggalkan terus..
Tengok-tengok juga Hindustan...pastikan tak lalai menunaikan tenggungjawab kita. Berat tuh...

Akhir tinta.....
^_^

19 Oct 2008

Dua Kisah

"Ibu, insyaallah, tak lama lagi Acik akan bawa ibu jumpa orang yang berjaya menawan hati Acik," bisik Huzaifah sendirian sambil menatap gambar keluarganya.

Hari ini, kalau boleh Huzaifah mahu berterus-terang akan isi hatinya. Tidak mahu lagi berselindung. Lama dia mengenali wanita tersebut, dan kini akan tibalah masanya.

"Saya pun suka kat awak," kata-kata yang membuatkan Huzaifah seakan mahu meloncat kegembiraan. Akhirnya.

"Saya memang sukakan awak, sebabnya, senang saya nak buat assignment," Huzaifah seakan terkedu. Apakah maksudnya wahai Hawa????

Adakah benar selama ini kita berkawan hanya kerana assignment? Adakah selama ini kita berkenalan atas dasar sekeping kertas? Dan adakah selama ini kau katakan yang kau menyukai aku bukan kerana diriku tetapi hanya kerana kelebihanku yang dapat menjawab dan menyelesaikan hampir kesemua soalan assignmentmu???

Sungguh..berikan aku jawapanmu.

Huzaifah terus mendiamkan diri. Lantas membatalkan hasratnya untuk membawa Hawa bertemu dengan ibunya. Huzaifah lebih mengerti....

***

Sedikit petikan daripada cerita pendek, yang direka khas oleh saya. Erm.. terlintas pula nak tulis tentang ni. Bukannya tentang cinta, tetapi tentang erti pertemuan dan juga erti persahabatan.

Firstly, what it is meant by friendship?
Kalau nak tafsirkan makna persahabatan itu sendiri, saya akui masing-masing mempunyai tafsirannya yang tersendiri.
Persahabatan.....satu ikatan yang amat murni sekali. Susah,senang, suka dan duka yang dilalui bersama, dalam arena persahabatan, tanpa mengira darjat, keturunan, perbezaan warna kulit.
Persahabatan....juga mengungkap satu suasana keakraban sesama teman.

Cuba bayangkan jika diri kita di tempat Huzaifah. Orang mengenali dirinya hanya kerana kelebihannya. Dan pada waktu yang sama mengambil kesempatan tanpa mengetahui dan memahami sebenar-benarnya siapa dirinya.

Benar. Ada kalanya kita berkawan, kita cuba gunakan sedikit kawan kita itu ke arah kebaikan, ia memang tak salah. Tapi adakah kita bersahabat hanya semata-mata kerana 'sesuatu' dalam dirinya atau memang kerana kita ingin bersahabat dengannya? Erm....

Populariti, glamour, nak tumpang nama, kekayaan, adalah perkara yang amat common yang selalu terjadi ketika kita bersahabat. Ikhlaskah diri kita sebenarnya?
Jadi, apa yang saya tersentuhnya....

Hargailah sahabat yang ada di sebelah anda itu sebaiknya. Sahabat adalah cermin kepada diri kita. Bagaimana sahabat kita, begitulah diri kita. Dunia ini adalah pentas lakonan. Kita tidak boleh berlakon seorang diri. Kita perlukan teman. Dan, kita mesti pandai dalam memilihnya. Pilihan ada di tangan kita.

Betulkan niat kita. Saya katakan juga kepda diri saya. Apa itu sebenarnya erti persahabatan...dan di mana kita letak nilai sahabat kita itu...

No one is perfect in this world, but we can still achieve the perfection.


Sehebat mana pun manusia itu, dia tetap memerlukan sahabat, meskipun hanya seorang.....

~Hargailah sahabat kita, selagi dia masih menghargai diri kita~

18 Oct 2008

Prob....

Salam
Saya terpaksa tukar skin....
De prob ngan skin yang lepas...
erm...
bukan saje2 suke2...
terpaksa...
sekian....

Lembaran Hidup Wanita Solehah

Hadiah buat muslimah...
(santapan muslimah sekalian)

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah
Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sar
ah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

~ukhwah.com~



17 Oct 2008

UFO

"Eh, macam UFO ah! Nadiah, aku nak nampak UFO. Cuba ko tengok!" kataku dengan semangatnya sewaktu diriku dan Nadiah nak ke kedai Kuning untuk menjamu selera.

"Ah, ah la. UFO ko!" Nadiah pun turut sama teruja.

Di keheningan malam tu kami berasa berbangga kerana dapat melihat UFO. Bukan selalu. Memang sungguh
teruja!!

Dua kali kami duk perhati benda tu, kami dapat merasakan satu kelainan.

"Mira!" Nadiah memanggilku dengan aneh sekali. Kenapa pula Nadiah ni?

"Tu KAPAL TERBANG la! Cuba ko tengok. Yang lamp
u tu cam bentuk segi tiga, kat tayar dia tu. Bukan UFO la!!!!" Nadiah membongkar keganjilan malam tersebut!!!

Oh, barulah saya dapat lihat dengan jelasnya...kapal terbang rupanya. Hati saya amat percaya yang itu adalah UFO. Hahaha....itu lah masalahnya, kalau fikiran duk fikir tentang exam sahaja. Otak saya ni duk tengah nak penuh dengan notes programming n komputer. So, anything yang saya nampak, semuanya saya duk percaya. Erm...nasib baik Nadiah cakap yang tu adalah KAPAL TERBANG, kalau tak heboh satu MMU perihal UFO ni.

Persoalannya...wujudkah benda2 ni semua? Saya dul
u minat juga cerita2 fiksyen ni. Contohnya UFO, Sailormoon, Power Rangers. Tapi Ultraman, saya tak minat. Sampai terbawa-bawa ke mimpi. Saya kena tangkap dengan UFO la...dapat naik kapal depa la...siap dapat tengpk lagi muka2 depa...sebabnya sebelum saya tidur tu, saya menelaah buku tentang UFO. Ern....cerita sewaktu budak-budak dulu. Semua nak tahu, jadi kena cari sendiri la...

Setelah pulang daripada makan....
"Nadiah, aku nampak lagi dua UFO. Sungguh bermakna malam ni...."

Itulah dia al-kisah budak nak exam dan al-kisah UFO nya. UFO.....Undefined Flying Object... erm...betul ke maksud tu??? saya hanya ingat 'Flying Object' je... 'U' tu tak pasti maksudnya...

Yang pastinya UFO tiada dalam soalan untuk last paper sok.....

yANG iNi Kah.....


Atau

YaNg Ini???????...*_*


.

15 Oct 2008

Minggu Examku

Alhamdulillah, tup-tup dah tinggal satu je lagi paper, Sabtu ni..Computer Applications. Segala paper yang sudah lepas, alhamdulillah. Takut juga bila memikirkan resultnya nanti..


Dan insyaallah, jika tiada apa-apa halangan, saya akan pulang ke Ipoh selepas exam. Parents yang ambil nanti. Wah, rindu sungguh saya dengan suasana Ipoh! Pusat membeli-belahnya, meskipun kat Melaka ni belambak shopping complex. Suasana malamnya di bandar lama Ipoh, pekan lokeng nya, pasar malamnya, san macam-macam lagi. Rindu sesangat kat Ipoh. Rindu juga tak terkata kat 3 ekor kucing saya, Ghoni, Lucky dan juga Makmur. hehehe...nama pelik-pelik..

Dinamakan dengan Ghoni...sebab menurut akak saya maksudnya kaya. Lucky pula sebabnya bertuah. Dan Makmur pula..sebabnya..bila dah kaya+bertuah, mesti berada dalam keadaan makmur je...hehehe. Kucing...kucing...

Hari Sabtu yang lalu kot, kalau saya tak lupa..saya, Aishah, Nadiah, nak pergi cari makan. Pergilah kat Ixora, tutup..pergi Wimiri pun tutup. Perut kami tersangatlah laparnya. Alih-alih kami membawa haluan kami ke Jusco...semata-mata nak cari makan pagi+tengah hari. Alhamdulillah lepas hajat kami. Balik-balik, kami kepenatan, namun berpuas hati. Dan tak disangka-sangaka berita kami bertiga ke Jusco diketahui umum...erm.....

***
Selasa-13/10/2008
"Nak jalan-jalan tak?" kata diriku sebaik sahaja pelajar foundation It tamat IT Maths.Penat memerahkan otak memikirkan jalan penyelesaian bagi soalan maths menyebabkan saya rasa malas nak balik bilik, kalau boleh, nak hirup udara segar, nak tenangkan fikiran yang serabut ni.

"Boleh juga" rumetku kata dengan selambanya.

Setibanya di bilik untuk menunaikan solat Asar, Aishah datang dengan tergesa-gesanya...

"Asal Ecah?" tanyaku.
"Aku tension ar Calculus tadi,"
"Aku ngn Nadiah nak kuar jalan2, ko nak ikut?"
"Leh gak," cepat je bagi jawapan...
"Gi solat dulu,"

Kami pun membawa diri kami ke arah yang tiada tujuannya. Bila ditanya nak ke mana, semua tak ada jawapan... alih-alih...
"Kita pergi kedai tom yam nak? Makan kat sana," Aishah memberi cadangan. Terima kasih Ecah, kalau tak tak tahulah ke mana lagi kita nak pergi.
"Kita nak ke EP kan? so aku bawa korang keluar ikut PS la, jauh sikit jalan. Baru pukul 5 kot, awal lagi nak buka puasa,"
Kami pun jalan-jalan sambil bercerita tentang kes banjir yang selalu melanda Kelantan dan Terengganu. Aishah pula brcerita tentang pengalaman keluarganya mengahadapi banjir pada tahun 1981...saat tu pun saya tak lahir lagi.

Sesampainya kami di restoran..nasib baik dah buka, tapi belum beroperasi. Segan la pula bediri depan kedai je.. jadi kami pun jalan straight lagi sampailah nak ke bukit Beruang..tapi tak pergi pun..kami berdiri je kat tepi jalan tu..macam pengembara dalam TV..kami lah musafir...hahaha..
Memang penuh bergaya sungguh kami di tepi jalan tu..siap nak bantu lagi sorang pak cik yang tekun membersihkan surau..

"Kau, tak bukak lagi la kedai tu," Ecah bersuara.
"Tu lah, aku tengok abang tu cermat sungguh buat kerja. Dari tadi kat meja tu je," balas Nadiah.
"Jom lah kita bantu dia. Cepat sikit bukak nye," saya pula menyampuk.
Memang menguji kesabaran kami sungguh. Hampir satu jam kami kat tepi jalan menunggu kedai tu beroperasi. Alih-alih...

"Kita pergi kedai kuninglah," saya sudah berputus asa. Mengantuk pun ada.
"Tu la, nanti lambat pula buka puasa," Ecah menyokong.

Kami pun jalanlah ke kedai kuning. Kedai kuning pun baru nak mula beroperasi. Kami ikut haluan kaki kami....ke manakah???? PLAZA SISWA. Itulah destinasi terakhir kami!! Dari nak makan tom yam kat kedai tom yam, kami makan tom yam kat PS. Tak pe lah, rezeki kami kat situ..

Itulah pengembaraan kami kali yang kedua.
***
Rabu-15/10/2008
Firstly nak ucapkan Hepy Besday kat abang saya Muhd Qusyairi , yang sekarang menuntut di UNiMAP. Dah tua dah ateh!!!!!!!! Semoga ateh panjang umur, dimurahkan rezeki dan hensem2 selalu. Final nanti wat tul2 tau... Nanti belanja mira makan. *_*..

Hari ini merupakan pengembaraan kali ketiga kami. Seperti biasa, saya, Aishah, Nadiah, pergi ke Jusco pula. Nadiah nak cari buku. So, kami pergilah selepas exam Islamic Studies tadi. Dalam perjalanan tu banyaklah pula dugaannya. Dengan hujannya, tak dapat basnya. Alih2 naik teksi je.. Naik je teksi, bas sampai. Sadis sungguh.

Sampai Jusco, kami cari buku Nadiah. Pastu kami pergi Melaka Mall. Ingatkan banyaklah kedai2. Alih2, sunyi je Melaka Mall tu, tak ada apa sangatlah. Bez lagi kat Ipoh!!! Penat membuang masa kat situ, kami balik semula ke Jusco. Ronda-ronda cari barang sikit, kami pun pulang.

Nak balik tu..kena tunggu bas la pula. Lama pula tu. Dekat satu jam jugalah kami tunggu. Letih sangat. Mengantuk lagi. Sabar je la.

Alhamdulillah, pukul 9 malam lebih sikit, kami sampai MMU dengan selamatnya. Apa yang kami hajati, telah kami dapat. Alhamdulillah. Dan....jujurnya...Melaka Mall tak bez!!!! Memang tak bez!! Kalau setakat ada pawaagam je.. tak guna gak. Dari luar nampak besar, tapi....erm........

Kalau nak promote Ipoh kang...ada yang protes..lebih-lebih lagi dua orang member saya yang kat dalam bilik ni... malas nak argue dah..

Dan kalau ada seorang lagi sahabat kami, mesti happening giler!! 'Adilah....kalau ko ada, lagi bez..dapat kita berempat riuhkan Melaka ni. Tak pe, semester depan, kita takluk Melaka!!! Hehehe.. kami rindu bangat kat ko. Semoga ko cepat-cepat balik ek...banyak nak story nie...erm...banyak bangat!!!

Cukup rasanya coretan kali ni. Jangan bazirkan masa seperti kami...*_*....yang baik dijadikan amalan dan yang buruk..jangan amalkan..




12 Oct 2008

Berlapang Dada

"Kenapa tak update??"
Rumetku menujukan soalan yang agak common bagi seorang blogger. Mungkin sibuk. Sekarang tengah nak final, fokus more to the exam. Dan bagi saya, kehilangan idea nak tulis apa.

Jadi, di keheningan petang yang agak terik ni, sayatujukan satu cerita special buat rumet saya, dan semestinya untuk semua pembaca blog ini.

Cerita ni saya petik daripada buku Us
taz Zahazan Mohamed....
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki yang tidak pernah sekalipun berbuat baik, cuma dia biasa memberi hutang kepada orang lain. Suatu hari dia berkata kepada hambanya,

"Ambillah berapa pun yang disimpan, jangan menyusahkan orang dan seringlah memberi maaf. Mudah-mudahan Allah berkenan mengampuni kita."

Setelah lelaki itu meninggal dunia, Allah s.w.t. bertanya,
"Adakah kamu pernah berbuat baik?"
Dia dengan j
ujur menjawab,
"Tidak, aku cuma mempunyai seorang pembantu dan aku biasa memberikan hutang kepada orang lain, ketika aku minta pembantuku mengutip hutang, selalu saja aku berpesan kepadanya,
'Ambillah berapa pun yang dia berikan, jangan menyusahkan orang dan selalulah memaafkan orang lain, mudah-mudahan Allah mengampuni kita,"

Kemudian Allah berfirman,
"Cukup, Aku telah mengampunimu."

Itulah kisahnya. Kisah yang dipetik daripada had
is dan al-quran. Dua harta yang amat bernilai yang ditinggalkan Nabi buat kita semua. Berpegang teguh akan keduanya, nescaya kita akan berjaya. Jadi, sempena minggu exam ni, marilah kita sama-sama berlapang dada, maafkan segala kesalahan kawan-kawan kita, moga-moga Allah mengampuni kita juga.

Kisah ni juga menunjukkan betapa luasnya rahmat dan ampunan Allah kepada hambaNya. Walau suatu amalan yang kecil, namun mendatangkan pahala yang besar.
Akhir kalam...semoga maju jaya dalam apa jua yang kalian lakukan..


8 Oct 2008

Lari...Lari...

Lari..lari..
Dua tiga kucing berlari,
Berlari-lari mengejar mase;
Bukan mudah mahu lari,
Kan lebih baik jalan je.

Waa...pantun apakah ini?? Maaf, saya lama tak mengarang pantun...Kalau dulu suka la join Portal Ukhawah nye pantun... berbalas pantun..sekarang, dah tak aktif cam dulu dah...*_*

Lari...satu perbuatan yang menyebabkan kita, sebagai manusia, mahukan haiwan, bergerak sdengan lebih pantas. Lari juga boleh djadikan bahan perumpaan dalam kehidupan kita. Tapi kenapa lari?? Kenapa saya tak cakap jalan ke, merangkak ke? Salah satu sebabnya, saya terserempak dengan seseorang yang kelihatannya seperti mahu larikan diri daripada saya. Kenapakah?

Itu tandanya, dia hormat saya. Terima kasih ya kerana cuba elakkan dari saya. Jika kita ketemuan lain hari, buat selamba je. Tiada dosanya antara kita, tak perlu nak lari-lari. Sebabnya, nanti kita akan sama-sama melakukan kerja@tugasan, dalam satu kelas yang sama.. Lagi dua semester kot saya kat sini. Jadi tak manis dalam persahabatan kita cuba melarikan diri daripada satu sama lain.

Dan pesanan saya kali ini, jangan cuba lari daripada masalah. Cuba berdepan dengannya. Minta bantuan sesiapa pun. Selagi kita menaruh kepercayaan padaNYA, DIA akan sentiasa dengan kita. Jadi, LA TAHZAN ya sahabatku.

Perkara yang lepas biarlah berlalu dan jadikanlah ia sebagai pengajaran untuk masa-masa akan datang. Hidup mesti diteruskan.

Sebelum terlupa, all the best to all my friends...in MMU, UIA, Matriks, dan semerata dunia yang still bergelar sahabat saya..yang sedang, akan dan bakal mengambil final exam.. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita.

Kucing ni saya import khas buat kalian....^_^


5 Oct 2008

Kisah Syawal

Sudah masuk syawal yang ke 5. Di kesempatan ini saya ingin menugcap Selamat Menyambut Aidilfitri buat semua umat Islam di luar sana. Semoga kita dapat memanfaatkan kehadiran bulan kemenangan ini dengan sebaiknya.

Alhamdulillah, saya dapat beraya panjang kat Ipoh. Saya akan pulang ke Melaka semula pada 7 Oktober...final saya 12...so leh rehat-rehat kat rumah.

Alhamdulillah juga, raya tahun ini, abang sulung saya beraya 1 Syawal di rumah ini dan seluruh keluarga saya dapat berkumpul ramai-ramai sebelum raya. Dapatlah berbuka sehari satu family. Ini adalah satu nikmat yang sukar diperolehi. Alhamdulillah.

Tak lupa juga tahun ini juga hari jadi saya jatuh pada hari raya ketiga. Kalau tahun lepas, ketika berpuasa. Seronok rasanya.. dah dewasa rupanya saya ni.....*_*

Sehari sebelum raya..pergi menziarahi pusara arwah mak dan juga arwah tok mak. Dah lama rasanya tak ziarah pusara arwah. Dapat pula pergi satu family, damai di hati.

1 Syawal...pagi-pagi selepas balik sembahyang, kami makan pagi di rumah adik ibu. Tahun ini buat makan2 kat rumah dia, tahun lepas rumah seorang lagi. Mungkin tahun depan, rumah kami.. InsyaAllah jika dipertemukan lagi dengan Syawal yang akan datang. Selepas tu, balik rumah nenek sebelah abah kat Batu Gajah. Petang selepas Zohor, balik rumah opah sebelah arwah mak kat Kuala Kangsar. Dah lama tak jumpa opah. Dah lama tak jumpa sedara-mara sebelah arwah mak...*_*
Habis beraya kami pulang. Malamnya pula, sedara-mara sebelah abah datang... Seronok dapat layan tetamu... Saya ingat lagi kata2 seseorang..'tetamu membawa rahmat. Perginya tetamu akan membawa juga perginya dosa2 kita. Muliakanlah tetamu kalian....'

2 Syawal....seawal 10 pagi, kami beraya ke rumah sedara terdekat..pekena laksa...kalau kat melaka..saya selalu nak makan laksa..akhirnya..dapat juga.. Alhamdulillah. Lepas ni pekena laksa Kuala pula. Hari raya kedua kami tak banyak jalan. Sebabnya along nak balik Rawang dah. Dapat duk lama-lama sikit dengan family along. *_*

3 Syawal...pun x berjalan ke mana...jalan pun, saya pergi shopping dengan kakak, membeli hadiah perkahwinan buat kakak sahabat saya yang berkahwin pada 4 Syawal. Sahabat saya si Ain datang beraya. Thankz Ain for the present..*_*..it is useful for me..

4 Syawal...saya ditugaskan menjadi pembagi bunga telur. Penat+best. Penat...sebab kena berdiri.. Best...sebab dah lama tak jumpa member sekolah dulu. Macam2 cerita dikongsikan.. Kecoh betul...*_*

5,6 Syawal...walaupun belum saya laluinya lagi..insyaAllah, ianya akan lebih baik daripada hari2 sebelumnya......

7 Syawal...saya akan pulang ke Melaka, meneruskan perjuangan saya untuk final. Doakan saya. Dan kepada semua sahabat2 dan member2, serta kakak2 saya kenali, tak kira di MMU, di UiTM, Matriks..saya ucapkan semoga berjaya dalam final. Bersama-samalah kita mengejar kejayaan. Ingat moto saya...'steady je'...

Untuk selingan, jangan lupa bawa balik ke kampus kuih raya..begitu juga dengan duit raya...*_*



Gambar di atas adalah adik-beradikku. Kami 7 orang semuanya.
Gambar di bawah pula, adik-beradik perempuan. Yang mendukung anak kecil tu...kakak iparku..*_*



Gambar di atas tu abang-abang ku yang disayangi. Yang sulung berbaju merah. Yang kedua di bahagian kanan, yang ketiga(tp anak keempat) di kiri sekali.
Gambar di bawah pula gambar keluargaku...cumanya dua orang abang saya tak ada..sorang jadi jurugambar, sorang lagi tengah bersiap...erm...*_*



Anak kecil yang berada di gambar kiri tu..anak buahku yang kedua..namanya Syafiah 'Aqila, Comel macam mak cik nya tak?? *_*
Gambar di kanan pula itulah kak iparku(kak long) dan alongku.. Di pangkuan kak long, Syafiah.. di pangkuan along..Syabil Rusyaidi. Nama mereka start dengan huruf 'S' sebabnya nama along, Muhammad Syukri. Nama kak long, Nur Sa'adah. So Sweet...


"Wahai Maha Pengasih, jika kami jatuh cinta, benihkanlah cinta kami kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu. Wahai Maha Penyayang, jika kami jatuh hati, izinkanlah kami menyentuh hati orang yang hatinya tertaut kepadaMu, agar kami tidak terjatuh ke dalam jurang cinta yang murah. Wahai Tuhan Yang Maha Sempurna, jika kami rindu, rindukanlah kami pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu dan jagalah rindu kami itu, agar kami tidak lalai merindui syurgaMu....."
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design