Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, September 27, 2008

Kasih Sayang

Alhamdulillah..saya dah selamat sampai rumah. Kalau diikutkan, saya akan balik pada 29 sep. Tapi rancangan Allah adalah yang terbaik. Dengan izinNya, saya balik dengan roomate saya. Jika saya pulang pada 29, saya akan keseorang kat mmu, parents saya pun risau. Sesungguhnya kita hanya merancang tetapi Allah yang menetukannya.

Hari ini nak cakap tentang kasih sayang. Sejauh mana kita faham akan makna kasih sayang? Sejauh mana kita menerapkan @ menanamkan perasaan kasih sayang dalam diri kita ini. Dan sejauh mana kita menunjukkan kasih sayang kita.

Pada siapa sebenarnya kita nak berkasih sayang? Pada pakwe kah? Pada makwe kah? Pada keluargakah? Kawan kah? Jiran kah? Atau kucing kita kah?????

Tak kisah sebenarnya pada siapa kita nak berkasih sayang tapi biarlah bertempat ek?? tambah2 lagi bulan yang mulia ni....(faham2 je la)...x salah nak berkasih sayang tapi agama kita telah menetapkan batas-batasnya...Ingatlah..Ajaran Islam itu mudah je nak amalkan tapi kita yang menyusahkannya...alih-alih disalahkan semula pada agama itu sendiri... pe kes?????? erm....

Sebenarnya saya ketengahkan tajuk ni sebab saya touching dengan member saya ni.. Dia cakap tadi, waktu tengah shopping raya(dengan abang kandungnya)..saya join sekaki je...
"Aku tanya abang aku...dia cakap..'dia ada 3 orang adik kot...aku ada satu adik je..ko je"
faham x?? saya pun x faham sebenarnya..tapi ayat akhir menunjukkan abangnya yang amat sayang akannya kerana dia satu2 nya adiknya. Kemahuan adiknya dituruti...saya dengar pun touching. Inilah kasih sayang.

Apa lagi yang blh dikaitkan dengan kasih sayang???Tunggu sambungannya...hehehehe... (sebenarnay saya dh habis idea...)

Oh ya...di kesempatan ini saya ingin ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin..
Jangan terlalu boros...he,he....

p/s...:kepada sahabat saya...maaf ya atas mesej yang saya bagi pagi tadi.. Memang saya sedikit terasa..tapi percayalah kerana kasih sayang, saya merasakan sedemikian. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu...sebab kamu masih sahabat saya. Tak kiralah kita akan berjumpa atau tidak selepas ini..kamu tetap sahabat saya. Dan ingatlah, saya tetap berpegang teguh dengan prinsip saya. Walau apa terjadi, jangan biarkan saya mengetahuinya...sungguh ia amat perit bagi saya. Mungkin kamu tak memahaminya...jauh di hati saya...sangat pedih..................

Tuesday, September 23, 2008

Allah...

Dalam saya tak buat apa-apa ni, saya terbaca satu artikel di blog kak Zinie. Sungguh sadis saya rasakan.

Ya Allah....

http://cikgusofeya.livejournal.com/1408.html

Monday, September 22, 2008

Pemergian Selamanya

~Salam~

Kalau diikutkan nak tulis tentang buka puasa bersama anak yatim semalam, tapi pagi ini selesai Subuh, saya diberitahu oleh sahabat baik saya yang belajar di matriks akan berita pemergian sahabat kami, yang telah menemui Illahi terlebih dahulu. Arwah terlibat dengan kemalangan sewaktu perjalanan pulang dari Ipoh ke Perlis, bersama-sama dengan 4 rakannya yang lain. 2 daripadanya mengikut jejaknya. Manakala 2 orang lagi masih dalam keadaan koma.

Memang saya terkejut baca mesej yang diberi, saya ingatkan nak main-main saje, sampailah saya telefon sahabat saya tu. Barulah saya percaya. Arwah merupakan classmate saya sewaktu sekolah rendah dahulu.

Maaf kawan-kawan, mira tak dapat nak turun Ipoh, hanya doa yang boleh mira panjatkan untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.

Ini cukup menyedarkan saya, maut tidak menunggu kita dan tak pernah nak beritahu bila ia akan datang menjemput kita. Tak kiralah kita muda ataupun tua. Adakah kita sudah bersedia menghadapinya?

Kematian tidak dapat dijangka sama sekali, ia datang senyap-senyap, dan tak pernah nak beri signal. Inilah ujian Allah kepada kita.

Saya ucapkan takziah kepada keluarga arwah. Kepada kawan-kawan bekas SK Jelapang dan juga SMK Jati, tabahlah kalian.Setiap yang bernyawa pasti akan pergi juga satu hari nanti. Kematian adalah satu hakikat yang memang kita tak boleh nak lari daripadanya. Sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaasin kepada arwah, agar arwah tenang di sana.

Dan ingatlah, akan tiba juga waktu kita kelak.

~Al-Fatihah~

Saturday, September 20, 2008

Malam Istimewa

Lailatul Qadar...
Satu malam yang sentiasa dinantikan ketika tibanya bulan Ramadhan.
Satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Satu malam di mana menjadi bukti kasih dan sayangnya Allah pada hamba-hambaNya...

Jadi, sama-samalah kita berusaha mencari malam itu. Ramadhan datang setahun sekali. Tahun ini kita masih berada di bulan Ramadhan..tapi adakah kita masih ada untuk tahun berikutnya??

Kalau dulu, tertanya-tanya juga kenapa Allah rahsiakan malam Lailatul Qadar?
Sebenarnya, hikmah Allah merahsiakan malam Lailatul Qadar adalah untuk menguji keimanan kita serta untuk menguji sejauh mana kita berusaha untuk mencari malam tersebut. Bayangkan..kalau Allahdah tetapkan..Lailatul Qadar jatuh pada 23 Ramadhan...Maka, mungkin ada di antara kita pada 23 Ramadhan sahaja nak beramal..hari-hari yang lain?? Jika Lailatul Qadar menjadi rahsia.. barulah kita akan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya..setimpal dengan ganjaran yang telah Allah janjikan.

Kepada sahabat sekalian, begitu juga diri saya, raya tu raya juga, tapi bersederhanalah, ingatlah kita masih lagi belum menang kerana kita masih di bulan Ramadhan. Jika dibandingkan dengan suasana di Makkah, pada waktu inilah, kita dapat lihat ketekunan mereka menunaikan ibadat kepada Allah. Beza dengan kita di Malaysia, pada waktu inilah kita akan menyibukkan diri kita dengan segala persiapan Hari Raya.

Semoga program iktikaf di masjid dapat dimeriahkan. Dan semoga kita dapat ditemukan dengan malam Lailatul Qadar.....

p/s:Marilah kita merapatkan saf ketika solat berjamaah kerana Allah menyukai satu barisan yang tegak dan lurus. Satu barisan saf ketika solat menunjukkan bagaimana kuatnya ukhwah di antara kita. Jika jauh jaraknya..kita masih lagi lemah..jika rapat antara kita..kuatlah kita!!!

~salam~

Thursday, September 18, 2008

Sinar Baru

~Salam~

Alhamdulillah, kita masih lagi dapat menjalani ibadah puasa.

Malam ni Tarawih habis sedikit awal, dan terdapat sedikit kekeliruan sewaktu solat tadi..erm..pengalaman namanya...

Malam ni telah dikaunseling oleh seseorang selepas Tarawih. Saya mengambil masa hampir setengah jam meluahkan segala yang terbuku di hati. Alhamdulillah dengan izin Allah, dia memberikan saya kata-kata yang amat menusuk hati dan naluri saya sampai tersendu-sendu saya dibuatnya. Alhamdulillah, segala yang terbuku di hati telah saya lepaskan tadi juga.

Ini apa yang dia katakan pada saya.Saya bukan apa, saya harap pada yang membaca dapat ambil pengajaran daripada semua ini, agar jangan jadi macam saya ni!!! Mungkin kata-katanya ada kaitan dengan diri kita, termasuklah diri saya ni!

"Kalau ko nak sesuatu, ko harus memberikan sesuatu. Misalnya, ko mahukan kasih sayang dari family, ko sendiri harus memberikan dan tunjukkan kasih sayang itu,"

"Imgatlah, setiap kegembiraan seseorang, pasti ada kesedihannya. Dan setiap kesedihan seseorang pasti ada kegembiraannya. Dan ingatlah, meskipun kita ditinggalkan keluarga, kita masih ada Allah. Ingat tu,"

"Ko jangan layan sangat. Cuba lawan! Allah mahu uji ko sebenarnya. Allah tak kan uji hambaNya, melainkan mengikut kemampuannya. Ko mampu atasinya, tapi ko kene cari jalannya sendiri. Jangan hanyutkan diri ko,"

"Satu sahaja nasihat aku, kembali semula pada Allah, setiap kali kita ditimpa masalah. Seorang mukmin yang betul2 sejati, tiap kali datang ujian, dia akan gembira. Kerana waktu itulah dirinya dekat dengan Allah,"

"Kembali pada Allah"

Alhamdulillah, syukran pada yang menasihati saya tadi. Barulah saya sedar sebenanya apa yang terjadi pada saya. Dan sekarang, saya semakin lega. Fikiran saya sudah clear. Benar kata orang, kita kena bersangka baik pada Allah, insyaAllah, kehidupan kita sentiasa tenang.

Saya telah lepaskan segala kekusutan saya pada malam yang hening ini. Dan insyaAllah, saya akan cuba berusaha ke arah yang lebih baik.

Kepada kawan-kawan, maafkan diriku ini, memang banyak kesalahan yang telah aku lakukan sehingga mengguriskan hati kalian. Kepada roomateku...maaf dipinta kerana membuatkan dikau bimbang + susah hati + serba salah. Ingatlah segala yang berlaku ini tiada kaitannya dengan kalian semua...semuanya berpunca daripada lemahnya iman dalam diriku ini. Maaf sekali lagi..dan terima kasih kerana terus bersabar dengan diriku..............

Tuesday, September 16, 2008

Ini Bukan diriku

Ini bukan diriku...

Apakah itu??

Kepada yang mengenali diri saya..jika kebelakangan ini saya kejap-kejap ok dan ada kalanya saya akan berkelakuan kurang ok..maaf saya pinta. Ini bukan kehendak saya. Kerana ada kalanya, saya rasakan bukan saya yang menjalani kehidupan ini...waaa...apakah itu?? Apalah saya ni.....

Sejak peristiwa 7 september 2008, saya mula rasakan perubahan dalam diri saya. Saya seperti bukan diri saya yang dulu. Saya lebih kerap termenung, malas nak bergaul sangat, kalau ya pun hanya dengan mereka yang rapat dengan saya. Saya lebih suka menyendiri daripada bercampur dalam satu kelompok. Memang ini tak baik..tak bagus..tapi naluri saya mahukan saya bersendirian...

Saya pun tak tahu apakah ini satu perubahan yang baik?? Tapi kalau tanya diri saya sendiri..ia tak baik..sebab apa yang saya lakukan dalam kehidupan seharian, saya hanya jadi pak turut je...Saya ikut je flow hidup saya ni, tanpa berusaha untuk melakukan sesuatu.

Adakah hari ini lebih baik dari semalam? Jika ya, maknanya kita telah berjaya.. jika tak??kita adalah golongan yang rugi sangat2 dan jika ianya sama sahaja.....fikir-fikirkanlah sendiri...

Saya pun tak pasti dikategori manakah saya ini.. Saya akui..tarikh 7 September yang lepas memang telah mencorakkan kehidupan yang baru pada saya, yang menyebabkan saya rindu untuk menjadi Amirah yang dulu...

Kak Niza ada cakap.."True mukmin always calm".."Seorang mukmin sentiasa tenang dan sentiasa tersenyum..."

Saya terfikir juga..tenangkah saya....entahlah..saya sekarang pun masih keliru.. final dah dekat...perasaan saya masih tidak lagi pulih...Semoga dengan penawar ayat Al-Quran dapat menyembuhkan kekeliruan di hati saya...

Saya tidak setabah mana...namun saya cuma untuk manjadi seorang yang tabah..Segala yang telah terjadi saya redha dan saya mohon kekuatanNya untuk teruskan hidup ini.

"Bolehkah saya kembali kepada diri saya yang dulu. Dimanakah saya harus carinya?? Sungguh..bukan perubahan ini yang saya mahukan"

"Ya Allah, aku mohon petunjuk dariMu..pimpinlah diriku ini. Jangan biarkan aku terus hanyut dengan arus duniawi. Damaikanlah jiwa dan perasaanku ini, sesungguhnya hanya KAU yang mengetahui zahir dan batin diriku ini..hanya KAU sahaja Ya Allah......."

~Sungguh aku harap 7 Sept itu akan dapat aku tenangkan dlm hatiku...~Al-Fatihah~~

Monday, September 15, 2008

Coretan 15 Ramadhan

"Akak ada baca yang madu tak leh masuk dengan tembikai. Madu kan panas. Tembikai lak, orang ingat dia menyejukkan badan, tapi sebenarnya panas,"

Syukran kak Kamilah, saya pun baru je tau..he,he. Hari ni banyak perkara yang telah berlaku, ada yang membuatkan kita gelisah, geram, sakit hati, suka, gembira, dan macam-macam lagi lah.
Suppose, hari ini presentation untuk islamic study, saya pula jenis yang suk buat kerja last minit. Lagi dua jam nak mula, saya still sempat nak ubah2 slide saya...dahsyat-dahsyat. Alih-alih, ustaz cakap yang lagi 3 orang ni hari Khamis.

Dalam hati memang seronok, tapi dasarnya tak puas hati, nak present hari ni juga. Mungkin ada hikmahnya, boleh saya ubah lagi slide saya...he,he... Alhamdulillah, hope will do the best this Thursday.

Hari ini juga saya dapat tahu yang kawan saya, satu group waktu temuduga YTM dulu pergi Mesir!! Tahniah Ibrahem, dia muda setahun. Buat Medic ek...belajar rajin2 ek..Saya bangga juga kawan saya dapat jejakkan kaki di Bumi Anbiya, walaupun bukan saya yang pergi sana. Tapi dia cakap pe tau..."Baem pergi sana dpt dgree, mira pun dpt dgree. Bukannya Baem pergi sana dpt master terus..." Betul tu Baem, anyway, teruskan jihad anda di medan ilmu ini. Semoga dipermudahkan segala urusan di sana. Niat ikhlas kerana Allah, sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatanNya..itu yang penting kan?? Anyway tahniah!!
Kiranya Baem kawan saya yang kedua pergi Mesir, Siti Nur Amirah, kawan sekolah rendah pun selamat berangkat ke Mesir.

Saya pun bangga gak dapat melanjutkan pelajaran ke MMU. Insyaallah, akan saya belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita saya. InsyaAllah.

Masih belum erlambat lagi untuk memperbaiki diri, perbanyakkan amalan kita. Lagipun, dunia sekarang dah tak selamat dah...erm...siap sediakan diri kita sebaiknya. Lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ni...dah msuk 16 Ramadhan dah...lagi 14 hari lagi bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita...masih berpeluangkah kita menemuinya tahun akan datang, atau inikah Ramadhan yang terakhir untuk kita? Hargailah setiap saat yang berlalu, kerana ia tak kan kembali kepada kita dan tak sesekali menoleh ke belakang untuk menunggu kita. Biarlah kita yang mengawal waktu, jangan waktu mengawal kita. Dan jangan kita jadi orang yang rugi.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Cukup rasanya coretan saya kali ini.

p/s :kepada akak-akak yang bertanya apakah maksudnya NURAFAZ itu. Mesti akak-akak fikir nama tu gabungan nama saya dengan nama buah hati saya kan??? so sweet...*_*, Tapi malangnya bukan begitu.

NUR itu nama saya dan AFAZ itu merupakan satu peristiwa @ kejadian yang sampai ke hari ini masih menjadi kenangan serta ingatan saya. Apakah ia?? Biarlah rahsia... Saya namakan kenangan itu dengan AFAZ...sebab apa...biarlah saya sahaja yang tahu mengenainya. Harap ini dapat menjawab soalan akak-akak sekalian...*_*

Sunday, September 14, 2008

Berbuka di luar MMU

Hari ni agak kepenatan...
Dari pagi tadi menghadap laptop, menyiapkan slides untuk islamic studies sok.. kerja last minutes. Waktu berbuka tadi pun macam malas je, rasa nak marah je...lebih-lebih lagi peristiwa kat u-center....whatever..

Semalam, kami berbuka kat umah pak cikIsmail dan Mak cik Yati.. Best sangat.. makcik masak sedap2..(saja nak bagi kak Aini jeles)....he,he..

Alhamdulillah, rezeki kami hari tu.. Siap dapat bekal untuk sahur lagi... Best2... dapatlah juga saya melepaskan rindu pada tv..dan juga upin dan ipin......waaaa......*_*...

Thanks pak cik & mak cik...raya nanti kami datang plak..he,he,he....
Jemputla pula datang umah saya nanti...*_*...


Lauk-pauk kami semalam sewaktu berbuka....yang pling saya suka...MURTABAK!!!! SEDAP SIH!!!!

Friday, September 12, 2008

IFTAR Gempak

~Salam~

Jam kat lap top menunjukkan pukul 12.23 pagi. Mata dah mengantuk tapi kerja tak siap lagi. Nak siapkan kerja tapi masih duk depan laptop lagi. He,he...

Semalam pecahkan rekod tidur kat kul 4 pagi. Bangun sahur pukul 5 pagi. Erm...nasib baik kelas Islamic Study tak ada pagi tu, Ustaz ada hal, jadi peluang keemasan untuk tidur tak pernah dilepaskan!!!!!!

Alhamdulillah, buka puasa tadi berjemaah, ramai-ramai. Kat masjid ada talk sal dadah hari ini, dihidangkan sekali juadah berbuka. Banyak sanagt, ada kuih koci, kuih lapis, nasi putih, ayam, dan sayur. Buah lak, buah tembikai susu dan tembikai merah. Segala puji bagi Allah yang memberikan rezeki pada kami semua. Alhamdulillah.

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa lagi...sebabnya tiada yang dapat menarik naluri saya untuk menulis. Dua cerpen saya masih tergendala. Sampai sekarang tak siap-siapkan lagi. Idea ada, tapi bila kat depan laptop, semua idea berari-lari anak meninggalkan diri saya. Alih-alih tergantung je. InsyaAllah, ada masa nanti siaplah tu..

P/S: He,he..Kulit page ni memang dah lama saya nak tukar. Hitam itu menawan. Saya masih belajar lagi, insyaAllah, saya tengah cuba explore apa lagi yang boleh saya masukkan dalam blog ni.... Kepada Zulthaqif........tak ada apa-apa...

Tuesday, September 09, 2008

Cerita Sadis Aishah..

Coretan kali ni tentang sahabatku Aishah, yang menceritakan sebahagian kisah hidupnya yang sadis kepadaku tadi.

Begini ceritanya....

Aishah datang kat saya sewaktu nak tunggu solat isyak tadi, dengan mimik muka yang menyedihkan..beria-ia suruh saya dan member2 yang lain dengar ceritanya.

Korang nak dengar cerita sedih tak?? Sian aku. Ketika korang berbuka puasa aku kelaparan. Aku kelas hampir lewat semalam, sabar jela. Nak beli kat bazaar ramadhan, dah habis. Jadi, aku dengan geng yang lain jalanlah pergi ke Batta Via nak beli makanan pas mghrb. Tak de rezeki kau....dah habis...sedih giler. Kitaorang pun jalan dan pesan makanan kat WIMIRI.

Dengan lapar yang tak dapat tahan lagi, aku pesan nasi putih dengan ayam masak merah. Syima lak pesan nasi lemak. Kami pun tunggu lah. Aku tengok jam, sempat tak nak Terawih kat masjid nie....

Tunggu la punya tunggu, punya tuggu, punya tunggu, punya tunggu, sampailah aku punya order, tapi dia bagi daging masak merah, sedangkan aku nak ayam masak merah. Bagilah balik order tu, tunggu lagi order yang baru. Yang si Syima lak, tunggu la punya tunggu, tak sampai-sampai nasi lemak dia.

Kami pun tanyalah.."Bang, nasi lemak mana?" Boleh abang tu jawab..."NASI LEMAK DAH HABIS LA DIK,"......Tension...kenapa tak beritahu awal-awal...tak delah kami tertunggu-tunggu.

Berkumandanglah azan Isyak...dan waktu itulah baru kami dapat isi perut kami....Tragisnya.....

Sebelum tidur lak, dah berangan dah..nak makan sahur kat bilik Mira. Tapi sedih kau...aku bangun pukul 5.25 pagi. Putus harapan nak serbu bilik Mira(Aishah tak tahu yang saya bangun sahur tadi pukul 5.30 pg).....

Sian aku........sedih tak cerita aku????

~Lawak lah Aishah ni..nak kata sedih tu tak la sangat, tapi lawak tu adalah!!!! Aishah selalu cakap, nak makan itu ini waktu sahur... tak pelah, mungkin belum sampai lagi rezeki kita nak benda yang kita idamka. Mungkin Allah akan bagi kita apa yang kita idamkan lain masa. Tiada sesiapa pun tahu perancangan Allah. Jadi jangan merungut ek..... saya pun teringin gak...teringin nak makan PIZZA......tapi helaian kertas yang berada dalam dompet cukup-cukup untuk keperluan harian.......*_*~

Apa pun Aishah...sadis jugalah cerita kau..Tahniah kerana berjaya melaluinya dengan cemerlangnya...Itulah dugaan kita di bulan mulia ni. he,he,he..... Akan ku tutupi dan akan ku kuncikan pintu bilikku andai kau mahu datang menerjah.....waspada....


Berbuka puasa dengan anak yatim

8 September 2008 bersamaan 8 Ramadhan 1429....

Semalam, saya, Nadiah, 'Adilah, Kak Izzati, Kak Kamilah pergi berbuka puasa di Rumah Anak Yatim Fatimah Az-Zahra(kalau x silap namanya). Suppose, kami pergi dengan Fakhrul, tapi.... mungkin bukan rezeji kami nak naik kereta empunya kereta tu dan mungkin Allah mahu permudahkan urusan saudara Fakhrul yang akan menduduki exam 8 malam tu agar tak tergesa-gesa...Allah takdirkan kami semua pergi dengan Kak Muharniza, follow Kak Ika, dan kami di foloow oleh Kak Ida.....

Sesampainya kami kat sana, semua dah siap-siap nak berbuka...jadi kami pun ambil port masing-masing..Sempat gak ta'aruf seorang dua..he,he..

Kami solat jemaah bersama-sama, Maghrib dan Isyak serta Terawih sekali. Ingat lagi Kak Ika cakap..."Budak-budak ni imamkan, cepat punya"...Kelakar gak.. Yelah, kat MMU yang mengimamkan adalah pak arab...Pak Arab baca panjang2...he,he...lawak jugalah...

Terharu juga rasanya. Kehidupan mereka tanpa ibu dan ayah...erm... Kat situ semuanya perempuan seramai 82 orang. Kalau tak silap, darjah satu sampai tingkatan Lima..jadi saya ni tak tua sangatlah *_*

Saya jumpa sorang ni, sekarang tingkatan lima, jurusan yang diambik, Corak dan dandanan Rambut...uniknya...first timelah saya dengar...selalunya aliran sains, sastera je. Maknanya tak lama lagi adik kita ni bolehlah buka salon..Bagus....*_*

Sewaktu solat Terawih pula, ada adik kita ni tanya saya bidang kos yang saya ambil. Susah ke kak?? Sebenarnya..tiada yang senang pun...katanya dia nak jadi pensyarah. Baguslah tu, dari kecillah kita pasang azam, dan terus berusaha ke arah itu!!!!

Selesai solat Terawih, barulah kami siap-siap nak pulang balik. Saya rasa lega sedikit. Suppose saya kena pergi OMS..tapi saya cakap kat diri saya, saya nak keluar dari MMU sekejap..sejak semalam..fikiran saya amat serabut..perasaan saya berkecamuk...saya sering termenung.. jadi dengan menyertai mjlis buka puasa ni..saya rasa lebih lega. Dapat berkenalan dengan adik-adik kita yang comel-comel belaka.

Hari ni adik-adik kita seluruh Malaysia menduduki UPSR. Saya sendiri lupa yang adik sedara saya UPSR...saya tak tahu pun UPSR bila!!! Jadi kepada adik2 ku sekalian...semoga berjaya dalam apa jua kalian llakukan..jangan gelabah2...steady je..

Kepada yang bakal menduduki PMR lak...terutamanya Ainur(sedara saya) dan Iskandar(SMK Jati)..senoga kalian bejaya hendaknya. Maaf ya lama tak contact...he,he...

Setakat ini coretan saya...

p/s : kepada kak kamilah...maaf ya salah eja nama...terima kasih atas teguran yang diberikan. Lain kali tak buat dah. Kepada akak2 sekalian (kak zinie, kak ika, kak izzati, kak aini, kak suhailah, kak wani), kepada abang hanif, dan kepada member2 baik kat mmu (nadiah, 'adilah, ain, aishah) terima kasih atas semangat yang diberikan.










lupa la plak nak set time and date tu!!!!!!!!! Rasa dah set dah semalam....erm....

Sunday, September 07, 2008

Kita Milik Allah

~Salam~
7 September 2008, bersamaan dengan 7 Ramadhan 1429H.

"Dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita akan dikembalikan"

"Kita adalah milik Allah"

"Setiap yang bernyawa pasti akan pergi suatu hari nanti"

~Subuh tadi kak lang telefon, katanya Tok Mak (ibu kepada ibu tiri), jatuh sakit. Dulu, dia diserang strok. Dah baik, dan kemudian diserang sekali lagi. Kak lang cakap, tenat, seperti arwah mak dulu. Doktor cakap tanda-tandanya sudah ada dan jika terdapat warna biru seakan lebam di kaki, masanya hampir tiba. Aku teringatkan arwah mak. Aku dapat bayangkan kesakitan tok mak seperti sakitnya arwah mak. Aku berdoa, agar diringankan beban sakit yang ditangunggnya, Sakit....terlalu sakit.

Sejak semalam lagi aku tak senang duduk. Meskipun aku tak berapa rapat dengan tok mak, tapi dia baik. Dia terima keluarga aku seperti keluarga dia sendiri. Dia layan aku seperti cucu dia sendiri meskipun dia hanya nenek tiri aku. Setiap kali jumpa, dia pasti mendoakan untuk aku. Subhanallah...hanya Allah sahaja yang tahu.

Aku bertanyakan khabarnya kat adik aku petang tadi.....balasan mesej yang aku terima tidak menyenangkan aku....ianya menambahkan kediahan aku.Tok mak dah kembali ke rahmatullah. Aku tak dapat nak bayangkan keadaan aku masa tu. Cuba untuk aku tahan air mata ni, tapi tak terdaya. Kak Aini, Kak Zinie, Nadiah, temankan aku. Maaf kalian, aku tak kuat tapi aku cuba kuatkan diri. Sampai sekarang aku masih terbayangkan keadaan aku semasa menerima mesej tu.

Aku telefon abah tadi....suara abah jawab telefon ceria..aku tahu...aku tahu yang abah tak nak aku sedih, abah saja cakap dengan aku dengan nada yang ceria. Abah tak boleh nak tipu mira. Abah bagi ibu cakap dengan aku. Ringkas je ibu cakap..."Mira tak usah risau, tok mak kebumi 11 pagi esok. Mira tak payah balik ye"..... itu sahaja dan kemudian, aku dapat dengar tangisannya. Begitu juga tangisan aku....

Aku pernah merasa kehilangan orang yang tersayang sebelum ni. Pemergian arwah mak memang telah banyak merubah hidup aku. Kehadiran ibu tiri juga turut mengubah hidup aku. Dan pemergian tok mak juga meninggalkan kesan dalam hidup aku. Aku tak sempat nak jumpa arwah. Last aku jumpa arwah, sebelum aku masuk MMU...aku ingat lagi, dia mendoakan aku agar aku berjaya dalam pelajaran aku. Itulah kali terakhir aku jumpa dia...........dan.......aku tak akan jumpa dia lagi dah selepas ini............

"Ya Allah, KAU tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Ya Allah, jadikanlah tempat rehat mereka yakni kubur sebahagian daripada taman-taman syurgaMU. Ya Allah, ringanlah seksaan kubur buat mereka. Sesungguhnya KAU Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang. Dari Engkau kami datang dan hanya kepada Engkau jualah kami akan dikembalikan....."

~Al-Fatihah buat arwah Tok Mak...dan juga arwah mak (Joriah bt Mohamed Isa)~

Lambat laun, aku juga akan turut sama bersama dengan mereka.....


Saturday, September 06, 2008

Institusi Usrah


~Salam~

Alhamdulillah, sekarang dah 6 Ramadhan, sungguh pantas masa berlalu. Sedarkah kita? Atau masih lagi kita dibuai lena dengan mimpi semalam@kelmarin@kelmarin lagi? Renung-renungkanlah.

Baiklah. Pagi ni saya memilih tajuk yang agak pelik bagi diri saya..Institusi Usrah. Mengapa saya ambil tajuk ni? Bagi saya tajuk ni unik sikit dan saya sudah berfikir setelah merenung apa yang telah saya lalui malam tadi.

Apakah itu Usrah? Usrah bermaksud keluarga. Jadi menurut kefahaman saya, selagi kita berada dalam kelompok usrah, kita adalah keluarga. Susah senang kita lalui bersama. Ini yang mengingatkan saya pada peristiwa malam semalam.

Selepas selesai sahaja menunaikan solat Terawih di masjid, saya menanti untuk tadarus Al-Quran, tapi telah ditunda ke malam yang lain. Jadi, saya pun duduk dalam masjid sebabnya saya, roomate saya, dan beberapa kakak senior cadangnya nak pergi beli makanan untuk sahur nanti. Setelah bermusyawarah, kata sepakat, pukul 11.30 malam baru nak pergi.

Jadi saya pun membawa diri ke bilik. Hampir-hampir pukul 12, saya dan Nadiah pun turun pergi masjid. Kami landing-landing kejap, and then kak Aini datang tanya nak pergi ke tak. Saya ni memang pantang diajak. Jadi kami pun berangkat. Dipendekkan cerita...waktu nak balik tu, saya lihat betapa utuh dan teguhnya ukhwah di kalangan tanzim IU. Memang tak dinafikan, mereka sudah lama menapak di Bumi MMU. Tapi apa yang saya dapat lihat, ianya satu kelainan.

Saya yang jalan kat belakang ni pun mula berfikir..macam mana lah agaknya diri saya ni untuk dua tiga tahun yang akan datang...di mana InsyaAllah, saya akan stay di Melaka. Yang dapat saya pastikan, kakak-kakak yang berada di depan saya ni tak kan berada dah di masa itu. Masing-masing membawa haluan masing-masing dengan kehidupan mereka sendiri.

Dulu, waktu first-first join BIP, Kak Suhaila ada tanya, kenapa masuk IU?? Saya tak tahu nak jawab apa waktu tu, sebabnya saya ni jenis kalau nak jawapan tentang pendapat or komen, saya akan lambat berfikir. Hanya hati saya sahaja mewakilkan diri saya.

Oleh itu, di sini, saya akan nyatakan kenapa saya join IU. Bukan hanya IU ini satu-satunya komuniti muslim...tapi ada sebab yang tersendiri.

First saya menjejakkan kaki ke MMU, saya dapat rasakan yang hidup saya akan berubah. Dengar kakak, abang, kawan-kawan beritahu MMU ni macam ni..macam ni...membuatkan saya rasa habislah saya lepas ni...Tapi persepsi saya terhadap MMU mulai berubah apabila saya bertemu dengan seorang kakak ni di masjid. Cara dia bercakap, bertanya, membuatkan saya rasa selesa. Tapi waktu tu saya baru masuk, jadi, kebimbangan tetap ada di lubuk hati saya.

Hari-hari berikutnya saya bertemu pula kakak yang lainnya, begitulah keadaannya sampai sekarang. Barulah saya tahu, sekalian kakak-kakak yang saya temui itu semuanya IU. Dan barulah saya faham apa itu sebenarnya IU.

Saya menyertai IU ini kerana di dalam komuniti ini saya rasa selamat. Saya dapat rasakan ada yang akan membimbing saya daripada terus tersasar dengan arus dunia sekarang.

IU buat saya rasa seperti saya mempunyai keluarga di sini. Meskipun family di Ipoh, bahang tu saya dapat rasakan di sini. Di sini, bukanlah saya nak menaikkan serta mengagung-agungkan IU itu sendiri, tapi ini semata-mata hanya perasaan saya terhadap organisasi IU.

Terima kasih kat kakak-kakak yang telah banyak membantu saya. Saya rasa sedih sebenarnya, bila dengar Kak Zinie dan Kak Aini dah nak grad, sedih sangat. Tapi tak tunjuklah.....*_*

Jadi, coretan saya kali ini hanya IU. Maaf kalau ada yang rasa lain macam je bila baca artikel ni. Saya bukanlah baik mana pun. Hanya mereka yang mengenali saya sahaja tahu siapa saya sebenarnya, itu pun bukan semua yang mereka tahu. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas sebarang tersalahnya kata-kata saya sepanjang saya bergiat di blog ni.

~Hargailah setiap ikatan persahabatan yang telah terjalin di antara kita. Janganlah cuba memutuskannya begitu juga cuba mengeruhkannya, kerana, sebuah persahabatan yang terjalin kerana Allah, sentiasa memberikan kedamaian dan kegembiraan meskipun dilanda bermacam jenis rintangan. Pada awalnya mungkin agak dingin, tapi percayalah berkat doa dan kesungguhan kita, selagi kita cuba menghulurkan tangan serta memulakan ukhwah, selagi itulah kita akan disambut dengan penuh kehormatan. Semua ini bergantung pada diri kita sendiri. Semoga sahabat sekalian serta diri saya dapat melangkah ke arah perubahan yang positif meskipun hanya seinci.~

Akhir kalam, salam muhibbah dari saya sendiri....

P/S : Hari ini bermulalah journey saya dalam kelas Web Design..he,he,he........*_*

Friday, September 05, 2008

Ramadhan Kareem

~Salam~

Lamanya tak menulis..tak sempat nak update. Alhamdulillah, kita sudah melangkah ke 5 Ramadhan. Macam mana Ramadhan sahabat sekalian?? Adakah puasa dan amal ibadat kita semakin hari semakin baik atau sebaliknya... Tepuk dada, tanya iman. Masih belum terlambat untuk berubah, begitu juga pada diri saya ini.

Sepanjang beberapa hari ni, banyak perkara yang berlaku. Banyaklah. Itulah corak duniawi. Dunia ni ibarat kertas putih. Jadi apa sahaja yang berlaku, (ujian, kesedihan, kegembiraan) adalah corak yang telukis pada kertas tersebut. Mesti dah banyak dah kan corak yang terlakar di kertas kita. Cantikkah ia?? Atau dibiarkan sahaja corak itu mengikut gayanya sendiri untuk terus dilakar??? Erm...

Sebelum terlambat, saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini . Semoga ianya lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Hargailah bulan yang telah dikurniakan Allah ini pada kita. Banyak barakahnya. Perbaikilah amal kita di bulan yang mulia ini semoga kita dapat menjadi yang lebih baik lagi.

Cakap memang senang, tapi nak buatnya???? Saya faham...saya pun kekadang macam tu juga. Kita ni manusia, ada masanya iman kita tinggi, ada masanya pula iman kita berada di bawah. Kalau boleh, cuba slow-slow, and then istiqamah. InsyaAllah dengan berkat kesungguhan, tak kan ada rasa berat nak buat amal.

Kepada sahabat-sahabat saya, belajar rajin-rajin(termasuklah diri saya ni). Final kita dah nak dekat. Jangan abaikan study. Erm...*_*

Nak cerita apa lagi??? Tak ada apa dah kot.

P/S : kepada student MMU, maaf kalau saya gunakan nama ~nurafaz~ sebagai nama pena saya. Ada yang bertanya siapa nurafaz?? Siap add lagi.. Terus-terang saya katakan, nama nurafaz tu nama yang saya reka sendiri, dan nama itu amat bermakna buat saya. Jadi kalau student MMU dengar nurafaz tu...sayalah....siapa saya??? Erm........... Jadi kepada yang saya tak terangkan hal sebenar, saya minta maaf, dan terima kasih kerana bertanya. Itu menunjukkan kewujudan saya sebenarnya..he,he,he...

Ok, akhir kalam...salam Ramadhan daripada saya. ~Ramadhan Kareem~

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (QS. Al-Baqarah, 2:183)

“Islam dibangun di atas lima perkara, yaitu: syhadatain, menegakkan solat, menunaikan zakat, haji ke Baitullah, dan puasa bulan Ramadhan.” (Riwayat al-Bukhari)
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design