Followers

My Wattpad

29 Aug 2008

Hari yang agak memenatkan

~Salam~

Dah masuk hari baru. Semalam ( 28 Ogos), merupakan hari yang full buat diriku yang bergelar mahasiswi...waaa. Selama berada di MMU ni....semalam barulah terasa penatnya bergelar mahasiswi.

Pagi-pagi pergi kelas. Kelas pula pukul 8 pagi. Muka saya muka on time(maksudnya), on time yang di mana saya dapat agak bila lecturer akan masuk ke kelas. So, saya akan masuk sebelum lecturer masuk, tapi bukanlah awal sangat. Apa yang saya pelajari di Kursus hari tu, sebagai pelajar yang cemerlang, sepatutnya kena datang awal, kalau boleh 10 minit la. Tapi saya.....erm.....*_*

Lepas habis kelas kul 8, bergegas pergi kelas kul 10 lak(Islamic Study)...sebelum tu isi perut dulu, kalau tak gastrik datang menyerang. Kalau puasa tu lain cerita. Perbezaan antara puasa dan lapar hari biasa amat lain....lain sangat. Erm... Dalam kelas Ust Fahim ni, sekali lagi terpanah dengan kata-katanya. Ust Fahim bercerita tentang ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Katanya, bidang pakar sakit puan secara puratanya 1:3000...jadi....kewajipan menuntut ilmu bidang itu tidak gugur. Ust Fahim cakap,"Sepatutnya Amirah dan Nadia ambik bidang sakit puan ni, bukannya IT. Jadi, kamu berdua ni adalah sikit dapat dosanya," Memang terpanah betullah. Sampai hati Ust. Memang, pada awalnya saya nak sambung perubatan, tapi keputusan SPM saya dalam Biologi (B4), tak menggalakkan saya meneruskan bidang tu. Sebab tu saya ambik IT...Erm.....

Lepas kelas kul 10, bergeas pula kelas kul 11. Jumpa pula dengan Kak Niza, sembang-sembang kejap. Saya pun masuk kelas lambat. Sempoi je saya ni, tak kisah langsung. Jangan jadi macam saya ye... Dalam kelas kul 11 tu, kami semua dihujani tension tentang midterm dan juga speaking test tak lama lagi.

Habis kelas kul 11, saya melangkah menuju ke Sri Rubi. Ada ceramah tentang "Puasa dalam Pandangan Islam dan Sains". Mula-mula masuk tu, Tuhan sahaja yang tahu betapa mengantuknya saya. Daripada pagi, saya tak rehat pun. Otak saya asyik bekerja sahaja. Bagi saya, menghadiri ceramah ni pun fardu kifayah juga kan Ust???....

Habis ceramah (around 1.45), saya pergi masjid, solat Zohor dan terus berlari-lari anak menuju ke kelas kul 2 lak. Buku pun saya tak sempat nak ambik kat bilik. Kerana nak cepat, hampir-hampir terjatuh sewaktu nak pakai kasut. Kenapalah saya hari tu.... Memang lambat lah saya masuk kelas. Tapi say adah minta maaf dah kerana lambat.

Habis je kelas, saya kena stay kejap, bincang tentang presentation mggu hadapan. Dah habis bincang tu barulah leh balik.

Balik je bilik, saya online kejap, tunggu azan Asar. Saya mandi, solat dan terus melelapkan mata, rehat!! Sampailah kul 6 lebih...

Pas Isyak lak, de study group dengan Kak Hani dan membernya. Kami study Fizik, sampai kul 11.30 malam. Memang best kawan dengan Kak Hani. Walaupun kami tak dapat nak cover semua chapter, at least kami dapat input sikit-sikit. Ok lah tu, daripada x dapat langsung. Saya ni lain sikit. Kalau belajar kat bilik, memang lambat nak pick up. Surrounding bilik tak menggalakkan saya belajar. Tapi, kalau pergi library ke, study kat luar ke. Alhamdulillah, otak saya cepat tangkap. Jadi, kalau nak ajak saya study, kena study kat luar. Erm..jangan lupa belanja sekali *_*.

Akhir sekali, saya berada kat depan laptop meng-update-kan blog saya ni. Roomate dah tidur dah.. Erm..

P/S: Kepada yang ambik IT, lebih-lebih lagi ALPHA, goog luck in midterm physics. Do the best!!! Kepada Aishah. saya tahu anda balik awal daripada saya. Memang jeles ni!!! Pepun selamat bercuti. Selamat semuanya....*_*

28 Aug 2008

Mari menuju izzah@baju baru

Alhamdulillah, baru je pas habis usrah umum tadi kat masjid. Tajuknya "Bulan Ramadhan, mari menuju izzah" by Ust Fahim, my lecturer for Islamic Study. Memang best la dia bagi ceramah. Kata-katanya agak pedas + menyusuk jiwa+ kelakar pun ada gak. Banyak input yang berjaya di perolehi daripada usrah umum ni, lebih-lebih lagi Ramadhan yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi. Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan!!!

Input yang berjaya diperolehi :

1) Kalau buka puasa or makan tu, dahulukan orang yang dekat @ rapat ngan kita. Cthnya, roomate kita ke. Kalau yang kat rumah tu, family kitalah of course, and then, baru jiran. Bertukar-tukarlah juada yang ada...

2) Tetapkan niat kita ketika berpuasa. Kita berpuasa kerana apa. Adakah kerana nak kurus? Adakah kerana orang lain puasa, jadi kita kena puasa juga?? Erm... niat adalah paksi utama dalam penentuan hidup kita @ hala tuju kita...

3) Ilmu itu penting. Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad. Nak aqidah yang mantap, kena ada ilmu...nak dunia, kena ada ilmu, nak akhirat pun kena ada ilmu, if nak dunia and akhirat pun mesti berilmu. Surah yang pertama diturunkan pun cakap tentang ilmu. Betapa pentingnya ilmu dalam diri seorang muslim itu sendiri.

4) Jangan melihat Islam segmen-segmen nya sahaja. Lihatlah keindahan Islam keseluruhannya. Jika begitu cara kita melihatnya, barulah kita sedar betapa izzahnya Islam ni.

5) Semua agama berpuasa. Maksudnya, tak kiralah Hindu ke, Kristian ke...mereka pun berpuasa, tapi yang membezakan puasa orang Islam dengan agama lain adalah "sahur". Jadi, bangunlah sahur. Even kita malas nak bangun makan pun, minumlah air. Pahala bangun sahur adalah sunat. Nabi pun galak kita bangun sahur. Even bagi kaum hawa yang tak boleh berpuasa, mereka bangun makan sahur sekali pun diberikan pahala sahur itu. Lihatlah Maha PemurahNya Allah.

6)Carilah kemulian Allah, nescaya Allah akan memuliakan kita pada pandangan manusia.

7) Lelaki / wanita yang berani, adalah mereka yang mempunyai kredibilitinya sendiri. Orang memandang mereka kerana kredibiliyi diri mereka dan bukannya kerana keturunan mereka. Maksudnya: "Saya ni anak Dato". "Ayah saya ustaz". "Ayah saya menteri"...

8) Latihlah diri kita bangun malam. Isilah Ramadhan kita dengan keimanan kepada Allah dan pohonlah keampunanNya. Jangan sia-siakan peluang emas yang telah Allah berikan pada kita. Datangnya setahun sekali, takut kita tak sempat bertemu dengannya sahaja. Jadi, hargailahnya sehabis baik.

Alhamdulillah, itulah sedikit sebanyak yang boleh saya summary kan apa yang telah disampaikan oleh Ust Fahim sebentar tadi.

Kalau tengok tajuk kat atas...baju baru... erm..Alhamdulillah, baju yang ditempah kat Kak Aini dah sampai. Sumayya design. Cantiklah.....seronok betul!!! Alhamdulillah. Dan kat bawah ni juga antara koleksi baju baru yang saya dapat pada semester pertama di MMU ni.......erm....


Ini baju 'Sumayya Design'. Kakak-kakak IU cakap, baju ni macam baju mengandung sebabnya kat leher dia tu... Lawak tul. Mahal oOo baju ni. Kain dia pun sedap, tak panas sangat. Kira selesa jugalah. Roomate pun baju yang sama..he,he.he

Ni pun under 'Sumayya Design'. Warna black tu menarik minat saya nak beli. He,he.. Baru dapat dah pakai untuk gi kuliah. Semangat!!!!
Yang ini pula baju sampingan. Baju IU melaka nye. Cantik tak?? Sem ni nak kumpul baju je......
Ni lak baju SRM. Nice.....*_*
Saya akhiri tinta saya untuk hari ni. kelas pagi sok. Jadi nak tidur. Selamat malam semua. Ahlam Saidah!!! Salam.

26 Aug 2008

Induksi YTM 2008

Pada 22 Ogos- 24 Ogos 2008 telah berlangsungnya Kursus Induksi YTM di Golden Beach Villas Resort di Port Dickson. Program ni diadakan bagi mengemukakan dengan lebih lanjut perihal TM kepada semua pemegang biasiswa, sebabnya nanti kami akan bekerja dengan TM. Selain itu, pengawai2 TM juga dapat mengenali kami dengan meng-update-kan butir-butir diri yang telah lama tak di-update-kan sejak interview hari tu. Selain itu juga, kami diberi sedikit pengisian motivasi agar kami lebih bersemangat untuk belajar, dapat menguasai teknik belajar dan mengingat, serta dapat fokus dalam pembelajaran. Termasuk juga dengan pembelanjaan duit biasiswa. Kami diberi taklimat bagaimana nak belanja dengan cermatnya.

First sampai hari Jumaat tu, memang hati ni kat tempat lain, badan je kat PD. Nak balik rumah sebenarnya. Tapi masuk je hari Sabtu, rasa seronok tu mula datang. Barulah rasa nak tinggal je kat PD. Kami menetap dalam rumah. Setiap rumah consists of 9 members, so setiap bilik dalam 3 orang gitu. De aircond!! Kat hostel MMU tak ada aircond, so itu yang best sangat tu!!!!! Makanan dia pula, Alhamdulillah, memang mewah. Kami dilayan umpama VIP. Saya ni suka makan, jadi saya makanlah. Yang bestnya lagi, hampir semua housemates kuat makan, jadi kamu selalu tambah. Kejap mihun, pastu roti, pastu nasi goreng pula. He,he...jangan amalkannya...

Program pengisian yang pertama dan akhirnya disampaikan oleh Dr Hamzah Ahmad Zainuddin. Dia menyampaikan dengan penuh semangat san memang best. Tapi saya ni cepat mengantuk, so pagi-pagi tu tersengguk-sengguk gak la dengar, duk depan sekali pula tu. Sabar je lah...

First sekali, he talked about "Time Management". I make the summary only. Apa yang saya dapat daripada pengisian ini, kita mesti kenal pasti setiap jam dalam hari-hari yang kita lalui. Maksudnya, kita hanya dikurniakan 24 jam sahaja, meskipun orang tu Sultan sekalipun, kita tetap ada 24 jam. Gunakan sebaik yang mungkin. Rancang perjalanan harian kita. Catit apa yang penting. Pastikan kita tahu di antara "penting tapi segera", "penting tapi tak segera", "tak penting tapi segera", dan " tak penting dan tak segera", dalam kita melakukan sesuatu perkara. Kalau boleh cuba kita letakkan diri kita dalam situasi "penting tapi tak segera". Ini kerana kita dapat memberi masa kepada diri kita untuk merancang apa yang akan kita lakukan. Kita akan stress dan tertekan jika kita letakkan diri kita dalam situasi "penting dan segera". Setiap kerja mesti dilakukan dengan pantas dan last minute. Tak ke ini akan membebankan??? Jangan juga letakkan diri kita di situasi " tak penting dan tak segera". Ini adalah jenis orang yang bergantung harap pada orang lain untuk melakukan pekerjaan. Kalau bahasa dalam kelas saya "COPY AND PASTE". Ex situasi. Katakan saya mempunyai assignment Math yang perlu dihantar esok hari. Saya tengah buat Math la ni. Tetiba membe saya yang duduk kat Ixora telefon, ajak main bowling kat Makhota Parade. Di sini, jika saya anggap kerja saya tu " tak penting dan tak segera", saya dengan suka hatinya menerima ajakan membe saya tu. Tapi jika saya anggap kerja saya tu sebaliknya, saya akan tolak ajakkannya dengan baik. Bagi saya assgnment is more important, kalau nak main bowling tu, esok-esok pun boleh.

Next, he talked about Financial Management. Talk in pula tentang pengurusan wang, lebih-lebih lagi kami yang dapat biasiswa ni. Nanti duit tu melencong ke tempat lain dengan sia-sia nya. Dalam talk ini, dia cakap, kita kena buat budget. Pastikan kita tahu antara "NEEDS" dan "WANTS". "NEEDS" ni something that we must have. We can't live without it. Example : food. "WANTS" is something that we want to have but we can have it maybe another time. Example : food, tapi kita nak makan PIZZA, KFC...itu yang dikatakan WANTS.

"We are what we usually do" ~Aristotle~

"We control the time, not time control us"

"Hidup kita sebagai satu peperiksaan"

"Hidup kita ada kertas soalannya"

"Opportunities come to the prepared mind"

"I think, I feel and I do"

"What I hear, I forget; What I see, I remember;
What I do, I learn" ~Confucius~

"Have mouth, will pass" ~ Meaning : Ask when we don't know~


Alhamdulillah, kursus banyak memberi manfaat dan info yang tak saya ketahui pun sebelum ini. Semoga saya dapat praktikkan semuanya. Kat bawah ni, ada lah sikit gambar-gambar kat PD. Tak banyak sangat. Yang banyak kat kamera orang lain. Kalau dapat nanti saya masukkan kat blog ni...

Dengan bangganya, inilah nametage ku sepanjang kursus ini berlangsung.
En Salam yang design tau. Semua bebudak YTM, lebih2 lagi MMU melaka..
sebaya dengan saya, suka sangat En Salam. Sebab apa ek??? Erm....


22 Aug 2008

Kursus Induksi @ Kembara Ukhwah

Jam menunjukkan 12.56 tgh malam. Dah masuk hari baru. Agaknya semua dah diulit mimpi yang indah-indah belaka. Kat bawah ni pun senyap je, kalau tak dengar jugalah orang duk sembang-sembang. Oleh kerana petang tadi dah tidur, so, mata ni terasa ringan sangat. Susah pula nak pejamkan mata. Cadangnya nak la buat VB (Visual Basic), tapi...tak jumpa-jumpa pula link homework yang lecturer bagi. Erm...tak update lagi kot. Camne ni?? Sabtu ahad bukannya ada kat sini....nak kena hanta hard copy lak tu....dugaan-dugaan...

Jumaat, Sabtu, Ahad, IU mengadakan Kembara Ukhwah kat MMU. Pada awalnya nak pergi, tapi tak de rezeki lagi. Saya terlibat dengan Kursus Induksi YTM, untuk bebudak yang mendapat tajaan YTM. Kursus tu juga diadakan pada hari yang sama dengan kembara ukhwah..iaitu Jumaat, Sabtu, Ahad.

Kursus yang bakal saya pergi petang nanti kat Port Dickson. Pakaian formal, sebabnya kami akan dengar kuliah, motivasi dan macam-macam lagi la. Nampak macam boring, tapi minta-minta tak lah boring. Best kot. Ameen!!

Baju tak kemas lagi, nak bawa apa pun tak difikirkan lagi. Homework tak siap-siap lagi. Semuanya berserabut kat kepala ni. Erm..... cerpen yang saya karangkan pun dah nak masuk sebulan dah, masih tak siap-siap! Selalunya satu hari je dah siap. Sesungguhnya masa mencemburuiku. Idea pun semakin lama semakin nak hilang. Tak pe-tak pe, xde rezeki lagi nak siapkan tu.

Oklah. Saya nak masuk tidur gak la. Roomate dah lena dah. Nak baca buku gak. Macam-macamlah, memang terasa beat sangat kepala ni. Risau giler ni dengan assgmnt VB. Kalau soft copy xpe lagi, leh rujuk kawan. Ni hard copy.................kenapa lecterur tak update lagi??? kat ne nak cari soalan tu??? kat online notes tak de pun!!!! Mengapakah begini??!!!!

Sabar-sabar....

Akhir kata, majulah membaca untuk kesejahteraan diri kita, kerana hanya dengan ilmu sahaja diri kita akan selamat dengan tipu daya manusia. Tidak mengapa kita lemah luaran tapi biarlah dalaman kita kukuh sekukuhnya!!!

Doakan saya agar saya dapat menjalani hari-hari yang indah di Port Dickson nanti. Dan kepada member2 yang akan join Kembara Ukhwah, have fun walaupun acaranya dirahsiakan....erm....taktik yang bijak... (merahsiakan segala-galanya termasuklah makanan)...erm.....semoga ukhwah yang terbina di Kembara Ukhwah mengeratkan serta mengukuhkan lagi ukhwah yang telah terjalin di antara kalian semua.

Tinta emas dari nurafaz....

21 Aug 2008

Kembara Ilmu 2

~salah satu hasil karya di Yayasan Restu...cantik...~

~cari apa tu cikgu???~

~bergegas ke bas!!!~



~kalau diperhatikan...gambari tu menunjukkan 'Alif Lam Mim'......uniknya~

Erm... kembara Ilmu episod 2. Waa....mengapakah begitu. Kembara ilmu episod kedua ni akan memaparkan kepingan gambar-gambar yang berjaya ditangkap menggunakan kamera member. Syukran kepada Adilah kerana baik hatinya menangkap gambar saya.

Sebelum tu, tujuan dan misi yang ingin dicapai dalam Kembara Ilmu tu rasanya telah mencapai matlamatnya. Tahniah buat Kak Suraya dan exco2 yang lain. Saya dapat menambah ilmu saya. Alhamdulilah. Sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa lagi. Sebabnya, niat saya bukan nak tulis berkaitan dengan kembara ilmu ni. Terbaca artikel kat blog kak suraya, tu yang saja2 tambah episod kedua tu. Erm... tak pelah....carry on..

Saya duk baca blog Kak Suraya dan Kak Zinnie..ucapan daripada saya pula, 'Selamat Menyambut Hari Lahir kepada amir IU (Hazwan). erm...dah tua rupanya...(gurau je).."

20 Aug 2008

Azam baru!!!!!

Pagi...walaupun dh dekat nak tengah hari!! he,he



Bangun pagi2 entah mengapa tiba-tiba cakap,'Mulai hari ini nak blaja sungguh2! Kena rajin, x de mase nak tidur2 dah! Final dah nak dekat!!!!"



Itulah yang terpacul keluar. Entah apa yang saya mimpikan semalam pun xtau. Tapi its good, at least semangat saya nak teruskan perjuangan menuntut ilmu semakin menebal. Mungkin dua tiga hari ni hati dan jiwa saya dipenuhi dengan kegelisahan, kesedihan dan kekacauan. Ketenangan saya telah diragut!! Still sekarang saya masih terasa sedikit tidak tenang. Erm....banyak2 lah ingat Allah ya mira!!



Tadi juga YM dengan kak Niza. Alhamdulilllah, kak Niza banyak beri nasihat agar terus kuat. Dia cakap, final dah dekat, klu boleh jangan down selalu. Dia nak study saya dan kwn2 yang lain cemerlang. Waktu sekarang ni kita akan ditimpa dengan banyak ujian. Syaitan juga merancang perancangan yang baik untuk memusnahkan diri kita. Jadi kita 'mereka' merancang, kita juga harus merancang.



Thanks kak Niza. Memang benar, diri kita sentiasa diuji. Kita tak pernah terlepas daripada diuji kerana kita diuji untuk dilihat sejauh mana kita beriman. seperti firman Allah:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Tapi jangan pula kita rasa kecewa plak. Kena teruskan pejuangan walau apa pun yang mendatang. Ini juga nasihat untuk diri saya....

",,,,dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12










18 Aug 2008

Mungkinkah aku bukan sahabat yang baik???

Dah dekat pukul 12 tgh malam. Sudah mahu menjelma hari yang baru. Hari ini tajuk yang ingin dikomentarkan lebih kepada isi hati penulis blog ini sendiri. Mungkinkah aku bukan sahabat yang baik????

Kenapa ya?? Kenapa ini yang dirasakan. Selagi kita hidup, kita harus menjadi seorang sahabat yang terbaik kepada semua yang bergelar sahabat kita. Tak kiralah sedalam mana kita sudah terluka atau terguris, mereka tetap sahabt kita. Kita manusia, tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan. Kenapa ya??

Mungkin diri ini jenis yang malas nak bertanya banyak akan hal peribadi orang, kalau nak bercerita, kita boleh jadi seorang yang setia. Erm..... inilah satu kisah sahabat saya yang dilema dalam dirinya sendiri...

"Entah kenapa....aku sudah cuba sedaya upaya aku. Aku cuba menjadi seorang yang amat concern, tapi kenapa aku tak pernah temui ketenangan yang aku dambakan. Dimanakah kesilapan yang telah aku lakukan. Benar, aku seorang yang pendiam, aku jarang bertanya tentang hal peribadi orang lain, kerana bagi aku, itu adalah hal peribadi masing2. Jika mereka mahu bercerita padaku, aku akan menjadi pendengar yang setia. Tapi kenapa??? Aku sering rasakan kesedihan setiap kali dia ceritaan sesuatu hal yang aku tak tahu di hadapan rakanku yang lain. Mungkin hal itu tidak patut aku tahu, tapi sebagai seorang kawan@sahabat, aku rasakan yang aku ni seorang sahabat yang teruk. Aku tahu masalah family dia, tapi aku tak pernah tanya kenapa, siapa, bagaimana. Itu tak bermakna aku x concern. Aku sentiasa concern akan sahabat-sahabat aku yang lain.

Tapi kenapa aku tetap rasakan kesedihan dan aku tetap rasakan aku adalah yang paling bodoh sekali. Perkara kecil tu pun aku tak tahu sedangkan dia kawan aku. Memang terguris hati aku. Ya, aku suka sendirian, tapi jika mereka kenal diri aku sebenarnya, mereka akan tahu aku ni macam mana. Biarlah, mungkin ini pengajaran bagi aku. Menjadi seorang sahabat, bukan sahaja berada di sisinya sahaja, sewaku makan, berjalan, lintas jalas, tapi kita perlu tahu akan latar belakang dia juga, ini kerana selagi kita bergelar sahabat, kita perlu kenalinya. Aduh, di mana status diriku ini????

Sahabatku, maafkan aku. Maafkan aku kerana tak memahami dirimu, tapi percayalah, aku mahu memahamimu. Diamku bukan bermakna aku tidak mahu tahu apa-apa kaitan tentang dirimu. Bicaraku bukan bermakna aku hanya mahu memahami pada waktu itu sahaja. Tapi percayalah, diamku menandakan aku ingin sentiasa mahu dekat dengan dirimu. Bicaraku menandakan aku mahu mempertahankanmu. Mungkin kau tak memahami diriku, mungkin aku tak bicarakan sebenar-benarnya pada dirimu. Maafkan diriku.

Apa yang perlu aku lakukan???????? Aku buntu..."""

Kesian kat sahabat saya..erm, saya pun tak tahu nak bagi komen apa kat dia. Setiap yang melanda diri kita ada hikmahnya. Fahamilah diri kita, pasti ada jalannya. Minta petunjuk dariNYA........

Sahabat dengan kawan adalah dua orang yang berbeza. Mungkin sahabat saya tak terangkan tentang sikap dirinya yang sebenarnya. Nasihat saya, jika kita sayangkan seseorang, tunjukkan padanya. Jangan nanti kita menyesal dan mula kesal.....



Kembara Ilmu

Pagi tadi join IU pergi muzium kesenian dan yayasan restu. Pagi-pagi lagi say adan roomate telah menjalani pagi yang amat baik. Kami dah lah bangun lambat. Saya yang mamai ni punyalah tiada perasaan apabila roomate bagitahu yang lagi setengah jam kami akan bertolak...dan kami masih di bilik. Dengan baju yang belum bergosok lagi, katil tak berkemas nye. Kami segera menyiapkan diri. Alhamdulillah, dalam masa setengah jam sahaja kami berjaya menyiapkan diri kami, he,he... dahsyat tu!!

Kami bergegas ke rounbout, alih-alh, xde sape2 pun lagi. Yang ada saya, nadiah, farid, dan hafiz. Memang kelakar betul lah. Punya saya dan Nadiah tergesa-gesa menyiapkan diri. Alih-alih....erm....xpe2.

Tunggulah kami sampailah semua datang. Mula-mula terlintas nak pakai baju kurung biru, tapi nadiah cakap, pakailah baju coklat. Saya pun pakai. Ditakdirkan, saya hampir seboria dengan Syima. Segan giler!! Dah lah corak baju hampir sama pulak tu. Nak buat macam mana lagi......

Perjalanan kami mula-mula pergi Muzium Kesenian, lepas tu Yayasan Restu (bakal abang ipar kerja kat sana), pergi juga Masji Negeri, akhir sekali kami balik ke MMU. Yang bestnya sewaktu kat Yayasan Restu, adalah majlis kahwin, nak blik tu, saya, Nadiah, Adilah, Kak Karmila, Kak Izzati, Aishah dan yang lain2 dapat sedikit hadiah daripada keluarga pengantin. Itu yang best tu. Alhamdulillah, rezeki.

Memang bestlah. Banyak input yang dapat sebenarnya. Nak komentar kat sini, tak reti la plak. Tapi lepas ni saya uploadkan gambar2 yang berjaya ditangkap sepanjang kembara kami tu.


"Biarlah Rahsia....."

16 Aug 2008

Transfer to BETA

Erm.. tadi pergi makan, terjumpa dengan member lame..kali of course. Dia sudah berubah la sangat, terlalu berubah. Dulu dia tak merokok, tapi sekarang sudah merokok. Bagi saya, ini semua pengaruh kawan, jika kita pandai pilih kawan, semestinya kita akan pandai jaga diri. Tak tahu macam mana nak tegur dia. Hope kepada member2 yang lain...tolonglah kembalikan member kite ni. Kita sama-sama satu bumbung(YTM), jadi i care much.

Erm..tadi baru lepas YM dengan seorang pelajar international satu kelas, dari Yemen. Rupanya dia akan di transfer ke BETA. Kesemua member2 dia yang dari Kuwait, Libia pun ikut sama. Next Semester dia akan mula belajar. Rasa sedih dan terharulah sangat bila dia cakap, next coming week, he will see all of us. So sad... Anyway, asalkan bahagia, teruskan usaha. Menuntut itu adalah jihad. Sama-sama kita berjaya kelak!

Kepada Maeen, Ayoub, Ahmed.....good luck ok!! See u next time. Keep in touch..

silver: NEXT SIMESTER
silver: INSHA ALLAH I WILL TRAVEL TO YEMEN
nur amirah: i little bit confuse here
silver: WHY
nur amirah: u start ur lesson next semester. so, u will be in our class, or not?
silver: NO NEXT SIMESTER I WILL START STUDYING BETA SUBJECTS
silver: NOW THEY DROPPED ALL SUBJCTS
nur amirah: ooo..get it
nur amirah: what course are u taking?
silver: PROGRAMMING 1,DIGITAL,MAYBE DATABASE
silver: IN BETA
nur amirah: in malacca campus? or cyber?
silver: I CHOSE (IT -MANGMENT)
silver: ITS HERE
silver: MELAKA
nur amirah: u have friendster?
nur amirah: sorry asking too much
silver: HWT R U GONNA CHOOSE AFTER FOUNDATION
silver: NO PROBLEM ,U R LIKE MY SISTER
nur amirah: me? erm.. i will take security information
silver: GOOD
silver: BUT FOCUS AT MATH V WELL
silver: CODES ,CALCULATION MOST OF SUBJECTS
nur amirah: i try, insyaAllah. i love maths
nur amirah: one more thing, all international students will transfer to beta? including students from Indonesia?
silver: ABOUT INDONESIA I M NOT SURE
nur amirah: erm...ok, tq so much..
nur amirah: hve nice holiday....to yemen
silver: THANKS IF U NEED ANYTHING U R BIG BROTHER
silver: I WILL COME TO VISIT FRIENDS AT OUR CLASS COMING WEEK
nur amirah: sad to hear, but it is big pleasure to know u..
silver: ME TOO
nur amirah: hope dont lose contact. anyway, thanks a lot
silver: OK KEEP IN TOUCH
silver: BYE
nur amirah: ok, bye...

~YM antara saya dengan Maeen~
big honour to have them as my frenz.

Rabiah Al Adawiyah

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!”
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.”
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.”
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”
Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”


Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”


Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya.

http://groups.yahoo.com/group/BIP_0809/message/9

Tiket HAbis???Biar Betul....

Erm...exam baru habis...alhamdulillah...bolehlah jawab..kira ok la...susah pun susah...senang pun senang.

Balik-balik je bilik..tanya memeber, depa nak balik tak cuti merdeka ni...sebab dapat berita...cuti sampai 2 September... itu yang best tu...nak balik ke tak nak.... nak balik...tapi..takut de program pula, lebih-lebih lagi SRM, nak join sangat2 program depa tu. Kalau tak de program, x balik, boring la plak. Library sure tutup, xkan nak jalan2 keluar bandar melaka,....erm, satu cadangan yang bagus. Tak pe, itu boleh diuruskan lagi.

Yang paling mengejutkan, Aishah bagitahu, tiket nak balik raya ke Perak dah habis!!! Pergh...memang terkejut beruk la. Camna nak balik ni?????? Dia kata lagi, sekarang ni tengah hold tiket nak tunggu harga tiket naik. Pe kes ni??? Kasihan kat kami yang nak balik ni. Erm...

Alhamdulillah, dapat idea gak, telefon abang. Minta-minta tiket nak turun KL still ada lagi la. Dari KL, balik dengan abang, kan senang, InsyaAllah...

Moral of the story... jangan gelabah sangat. Fikir dulu, mesti ada jalan keluar. erm...

15 Aug 2008

Esok Exam!!!

Salam.... jam menunjukkan 10.58 malam waktu Malaysia di laptop ku....erm....

Esok nak exam ni..exam Eng...kat fser4019...9 pagi...tapi still not doing nothing...erm....

Inilah dia, bila malas dah menguasai diri, apa yang nak dilakukan sebelum ni semuanya terkubur begitu sahaja. Hari ni, alhamdulillah, hidup dilalui seperti biasa. Tension sal laptop ni sudah semakin reda.. Erm.. nak tahu camne redanye???
Tengah hari tadi..memang hot gile fikir sal laptop ni..dah lah lambat nak online..nak download something..wireless lak tak boleh!!! jadi...saya pun ambik kesempatan jalan-jalan dan duduk-duduk kat bangku depan hostel. Teringat kat sahabat baik kat matriks gopeng. Telefon tanya khabar yang di mana sekarang ni dia sedang cuti selama 2 minggu!!!! Jeles gak...mereka cuti lama...

Jadi saya pun dengan suka hatinya melepaskan segala tension yang ada...suppose mengadu pada Allah. Tak habis ngan tu lagi...ngadu lak kat roomate...sampailah waktu nak solat Zohor tu..barulah saya sedar..yang saya ni macam tak bersyukur. Sebab apa saya cakap yang saya tak bersyukur???? :

a) Saya dikurniakan laptop, walaupun xleh nak wireless...LAN lambat...tapi still saya ada laptop berbanding dengan orang yang xde laptop.....(nikmat yang pertama)

b) Dekat MMU ni de CITS yang di mana saya boleh online sesuka hati...kerana jadual saya tak padat...berbanding dengan orang yang tak de masa nak online langsung...(nikmat yang kedua)

c) saya dikurniakan seorang roomate yang baik hati yang selalu meminjamkan laptopnya. Bukan bermakna saya nak ambil kesempatan...tapi jika berlaku kecemasan ada talian hayat...(nikmat ketiga)

Itu di antara yang sebab yang saya muhasabahkan diri ni... Barulah saya sedar..yang saya ni tak bersyukur rupanya... Pesan saya...jangan jadi orang yang kufur...sesungguhnya nikmat Allah pada kita tak pernah putus-putus...ingatlah di mana sahaja kita berada...kita berpijak di bumiNYA...selagi kita di bumiNYA, selagi itu kita berada di dalam pemeliharaanNYA...(apalah yang saya cakapkan ni???????))

Satu lagi....kepada member2 PTO3 dan PT04...you are the best!! Nice to know each one of you guys lebih-lebih lagi PT03!!!! Hope until the end...we still friends.....

Jadi...exam sok...bertawakal lah...he,he,he...

12 Aug 2008

Convo kat Cyberjaya



Ni baru pas kuar dewan... smart giler..



Ni le keretanya.. abah yang suruh tangkap.. katanya nak buat kenangan bila dah beli kereta baru nanti...



Ini lak Indo Cafe.. tadi Nescafe... Memang best la, minum free...






Tak tahu nak bagi apa kat abang...so...doraemon ni je la hadiahnye...







Graduation Party...minum and makan free juga... Alhamdulillah... hari tu asyik makan je... Alhamdulillah...








Ni la wajah selamba saya...he,he..








Ni plak Adila...dila je.. Member MMU.. akak dia grad gak.. sporting je..









Banyale gerai dibuka, lebih-lebih lagi gerai makan dan juga gerai hadiah..








Inilah dia minuman percuma tu... ini tajaan NESCAFE.. sedap...sejuk lak tu..jimat duit beli air








Malajah Wire...berkaitan dengan Human Rihgts Voice. Terjumpa dengan manager group ni..ajak jadi ahli..tapi x jadi, just nak tahu je...








Decoration.....first time tengok..macam nak tak nak je tiup belon..rupanya ada bentuk tersendiri... sure penat.....







Dari kiri, my father, my bro, my mum, my sis




Kat sini gak depa wat graduation party...makan free...








again the same picture...yang kanan sekali tu....saya ler..






ini hanya selingan..... swift.. my dream car...











11 Aug 2008

Back to MMU

Salam.. alhamdulillah..akhirnya habis cuti...dah balik dah ke mmu. Erm...x boleh nak online dalam bilik..sedih sangat.

Semalam konvo Angah. Best sangat2. Saya ada tangkap banyak gambar...tapi disebabkan xleh nak online kat bilik.....mungkin lamat sikit nak hantar gambar tu dalam blog ni...erm....

laptop plak buat hal...sedih giler...sesangatlah sedihnyer..

9 Aug 2008

Konvo Abang...

Waa... tak sangka esok dah nak balik MMU lek.


Tapi kalu ikutkan rancangan sebenar, esok pergi Cyberjaya. Abang konvo ahad ni. Alhamdulillah, dapat pergi tengok, (walaupun tak berapa nak best). Ahadnya pula, selepas habis konvo, saya akan berangkat pulang ke MMU. Terasa sungguh cepat masa berlalu, tak sedar, dah seminggu kat rumah rupanya.

Alhamdulillah, assognment dan hampir siap. Homework pun sama. Tinggal nak attend kuliah jew.

Semalam dan hari ni memang memenatkan. me-reformta-kan laptop yang dah selamat kena virus!! Tension betul. Beli lah cd Windows XP...alih2 tak leh gune, x sesuai untuk boot (cover depan tulis 100% boot)...pe kes?? erm...

Thanks pada abang kedua saya yang banyak membantu, walaupun dia jauh nun di perlis tu. Atehlah yang banyak bantu saya dalam masalah2 tentang komputer ni. Thnks ateh. Mira dah banyak belajar daripada ateh. Mira tak tahu macm ner nak format sebenarnya. Dengar suara ateh kat telefon cam boring jew.. tapi ateh nak ajar gak. Thnks ateh!! He,he....

Alhamdulillah, dengan bantuanNya juga segala kerja telah dapat dilaksanakan. Tinggal nak install driver laptop yang ditinggalkan kat hostel. Hope tak de masalah. Antivirus pun lesap... pe jenis programmer la saya ni.

Ateh cakap tadi...apalah kamu ni mira, amik komputer. Kan ateh dah cakap, beli buku dummies XP. Saya dengar je dia cakap...erm.......xpela..dari atehlah mira belajar banyak..

Jadi, bersedialah untuk pulang esok, meskipun hati ni terasa tak cukup bercuti. Kawan2 kat matriks semuanya cuti 2 minngu...best tul diaorang!! erm....

Ok, dah mengantuk le...nak wat kerja sikit, lepas tu terus nak melabuhkan tirai untuk hari ini. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini...Ameen.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi yang telah menyembuhkan diri saya ini...Alhamdulillah.

6 Aug 2008

Syabaan: Ada apa padanya??

Assalamualaikum Warahmatullah.


PENGENALAN


Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

02. Keperkasaan dan ketinggian.

03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

04. Kasih-sayang dan kemesraan.

05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN


01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.

Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN


Memperbanyakkan puasa sunat.


Saidatina Aisyah berkata:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melazimi Berzikir dan Berdoa


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.


(Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:

Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.

(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.

(Surah an-Nur: ayat 31).


KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.

(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:

Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN


Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.


PENUTUP


Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa.
InsyaAllah.

~iluvislam.com~

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design