Followers

My Wattpad

31 Jul 2008

Nak Mengundi hari ini!!!!

Salam.. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat mempunyai blog kat blogspot ni. Sebelum ni kat wordpress...setahun lamanya....erm....

Terlebih dahulu, selamat menyambut Isra' Mikraj (semalam). Kami ada usrah induk tentang surah Al-Fatihah dan juga Isra' Mikraj. Best lah sangat! Ustaz Najib bagi ceramah. Memang menarik. Tapi last-last minit tu mata semakin berat...mengantuk sangat-sangat. Alhamdulillah....dapat bertahan sampai ke akhirnya.

Ustaz Najib ada bagitahu.. syaitan pada perempuan adalah matanya..begitu juga lelaki..pada matanya. Jadi kalau golongan Hawa semestinya pandangan yang diberikan. Dan baru lah saya tahu yang lelaki ni cepat perasan. Ingatkan perempuan yang lebih cepat perasaan..erm....inilah kehebatan ciptaan Illahi. Wanita juga akan menyebabkan bermulanya fitnah..erm...bahaya-bahaya.... kepada golongan Hawa, diri kita ni ibarat intan berlian, peliharalah dengan sebaiknya..jangan biarakan diri kita diambil kesempatan sesuka hati je..intan berlian, makin dijaga, makin berseri. Jadi jagalah diri kita, biar kita jual mahal tak pe..jangan kita terlalu 'bermurah hati'...

Tadi tinjau-tinjau blog Abang Aizam. he,he..sukanya de orang Perak..satu negeri kat blogspot. Hari ni hari mengundi SRC..Saya tengah semangat ni.. nak mengundi time pilihan raya lepas, tak cukup umur lagi, sekarang lah masanya untuk merasa best ke tak mengundi. Calon?? Siapakah calon yang bakal saya undi??? he,he...rahsianya. Dah de calon untuk FOSEE. Hope dia akan menang meskipun ada calon yang hebat turut bertanding untuk FOSEE.

Jadi...kepada student MMU...marilah kita mengundi.....satu undi itu amat berharga!!! VOTE okay!!!

DiaLog Ramadhan di hadapan Allah

Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk. Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya “Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?” Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya’qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.

Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

~laman web tazkirah~

Renungan

Kepada yg masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta
mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya
istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN…
Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang
yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…
Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar2 peduli. Jgn bicarakan
soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa
yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK
MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan
menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana
kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg
pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai
terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil.
Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2.
Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit
jika itu y! g benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi
akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata
tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih
sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling
menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu
terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh
cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh
mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau
sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan

~atehsolihin.multiply.com~

30 Jul 2008

Salam Jumaat

25 Julai 2008

Salam..

Alhamdulillah..dah dekat sebulan dah saya berada di MMU. Semuanya baik-baik belaka, sama ada hal-hal pelaran, kawan-kawan dan segalanya. Terasa rindu sangat2 kat rumah. Alhamdulillah, minggu depan dah boleh balik dah..cuti seminggu untuk mid-term break. Semalam, ada exam maths. Alhamdulillah ok la, tapi macam biasa cuai je. Terasa geram sangat2. nak je ambik balik kertas dan betulkan semula. Itu lah dia, pengajaran… jangan terlalu yakin dan jangan terlalu cemas…inilah padahnya. Jadikan pengajaran.

Kat MMU ni tengah hangat dengan pilihan raya tuk SRC (Student Representative Council), banyaklah flyers dan poster2 kat sekitar MMU ni…bahangnya kuat sangat. Maaf, saya sepatutnya turut serta untuk tampal2 poster2, tapi tak join pun sebabnye sibuk dengan exam. Tapi yang pastinya, waktu hari mengundi tu.. saya akan turun mengundi sekali. Kerana melalui SRC la nasib kita terjamin dan terbela sedikit. Jadi kepada student MMU, marilah kita sama-sama turun mengundi pada 31 Julai nanti. Buatlah pilihan yang terbaik kerana nasib kita pada mereka. Jika kita salah mengundi, janganlah kita ungkit serta kesalkan nanti. Berat juga ni……

Kepada yang kami-kami semua akan mengundi nanti, jalankanlah tanggungjawab kalian, jangan tinggal janji-janji manis sahaja. Kami semua meletakkan sepenuh kepercayaan pada kalian, jadi jangan dipersia-siakan kepercayaan yang telah diberi.

Jadi, pada hari Jumaat yang indah ni…kepada muslimin, jangan lupa tunaikanlah solat Jumaat yang hanya dilaksanakan seminggu sekali dengan hati yang ikhlas dan penuh rasa rendah diri. Hormatilah sahabat2 yang lain ketika mereka tengah sembahyang. Bukan apa, sewaktu khutbah, ramai yang duduk di luar masjid, duduk kat motorsikal. Bila imam bagi salam je terus pergi. Di manakah jati diri serta rasa hormat kita?? Inikah yang ingin kita tampilkan kepada yang bukan beragama Islam? Islam tidak mengajar umatnya sedemikian. Islam amat mudah. Islam itu indah, jadi marilah kita memperindahkannya.

Saya juga memberi nasihat buat diri saya. Kita sebagai manusia memang kerap melakukan kesilapan tapi kita boleh mengelak daripada melakukannya…fikir2 kanlah..

Akhir kata… salam ukhwah fillah…

Exam...Muktamar Sanawi...

19 Julai 2008


Alhamdulillah, semalam dengan selamatnya saya telah menduduki first mid term exam….kul 8-9 mlm..Islamic Studies… Inilah kali pertama merasakan diri budak ‘u’. Jujur katakan…memang susah pun. Apa yang dibaca, keluarnya amat sedikit la sangat2…..tapi pepun…nasib baik keluar, kalau x kuar langsung…????

Alhamdulillah, kerana exam semalam jugalah saya mendapat azam yang baru…. pas ni nak study berul2 and jawab exam betul2!!!!!! InsyaAllah.

Habis je exam semalam, saya menghadiri Anual General Meeting (AGM) - Muktamar Sanawi IU- pergi lambat sikit. Mula2 sampai, mmg blur…apalah yang dikhabarkan oleh pengerusi majlis ni…. kelakar pun de… macam-macam…

Muktamar Sanawi macam mesyuarat agung jugalah untuk kelab..itu istilah sewaktu sekolah menengah….. sekarang nak melangkah alam baru..istilah pun baru jugalah. Semalam jugalah adanya pembubaran tanzim2, dan naiknya tanzim2 yang baru. Semualah. Ada persembahan nasyid, lucky draw ( x berapa lucky sangat), penyampaian hadiah bagi ice-breaking yang lepas.

Alhamdulillah, kumpulan saya menang untuk LDK 2 & LDK 3. Bangga jugalah.. Terima kasih kat group2 member yang hari ni de exam..(gud luck, semoga dipermudahkanNYA), thankz juga pada fasi2 kump saya… kak Niza dan kak Ida. Thank you so much…..


Kepenatan hari semalam

14 Julai 2008

Alhamdulillah, hari ini tak bangun lambat, sebabnya semalam tidur awal sangat, lepas Isyak buat sedikit preparation untuk presentation hari ini. Lepas tu, dah ada dalam alam mimpi dah. Lagipun sudah dua hari tak update blog ni. Kelmarin (Sabtu), saya mengalami perubahan mood yang mendadak. Selepas kelas Maths, saya rasa sedih + termenung je. Tak tahu kenapa. Jadi nak melayan perasaan saya tu, saya un termenung je la. Sampailah kakak senior tegur saya, katanya, “Jangan selalu termenung, nanti cepat nyanyuk. Kita biarkan sahaja fikiran kita begitu saja, tanpa berfikir”. Bila saya dengar tu, barulah saya sedikit sedar. Erm…hari ini dan Insyaallah hari-hari akan datang…akan jadi lebih baik.

Cerita tentang kepenatan, semalam, de program ice-breaking usrah kat Taman Botanikal Melaka. Program bermula dari pukul 7-5 petang ( dekat pukul 6 jugalah balik). Ingatkan kami semua naik bas MMU, tapi bas sekolah je. Memang sedih la pada awalnya, tapi ok lah, at least ada juga bas, daripada jalan kaki. Sesampainya kami di sana, komander suruh kami buat satu bulatan besar dan perkenalkan diri dengan gaya masing-masing. Yang lain pula kena ikut gaya tu sambil ingat nama dia. Bayangkanlah peserta berpuluh-puluh. Penat betul nak ingat semua, kering tekak. Tapi memang fun, dapatlah tengok kekreatifan sahabat-sahabat yang lain *_*. Aktiviti tu tak sempat nak habiskan, sebab ramai. Naib baiklah, tiba turn saya, x sempatlah.

Lepas aktiviti tu, kami semua dibahagikan kepada 9 kump. 3 kumpulan muslimin, 6 kumpulan muslimat. Saya kumpulan 4. Sahabat-sahabat kumpulan semuanya ok-ok. Game pertama kami namanya ‘Fokus’, kami semua diberikan botol air kosong, main dlam group, pas-pas kan botol. Lagu dia “Bagi, bagi, bagi, ambil, bagi”. Siapa yang tersilap bagi atau ambil botol tu, dikira kalah. Saya kehilangan fokus pada awal game dan akhirnya terkeluar. Sayang betul. Pemenang bagi setiap kumpulan bertanding sesama sendiri. Dan final pemenang dijadikan penghulu bagi muslimin dan muslimat.

Lepas game, kami semua minum pagi. Pas tu kami main game sambung titik. Kumpulan saya siap dahulu, sebabnya saya pernah main benda tu waktu sekolah dulu. Memang banggalah rasanya. Dibalas balik kerana bangga, kumpulan kami kalah dalam game seterusnya. Di mana, kami disuruh mengalihkan botol yang berada dalam bulatan dengan hanya menggunakan tali rafia dan getah, tanpa menyentuh botol tersebut. Kenalah kami semua denda. Denda pertama, dipaksa mencari duit syiling dalam baldi yang berisi air tepung + macam-macam ar. Memang geli sikit la. Tapi terpaksa….. Denda yang kedua pula disuruh alihkan cacing dari satu tempat ke satu tempat. Memang fear factor betul. Tapi bagi saya best, sebab lama dah tak pegang cacing. Kalau dulu kat kampung selalu gak. *_*

Lepas tu, kami main simpulan kasih. Simpul-simpulkan tangan, kemudian leraikan menjadi satu bulatan besar. Lepas tu…..makan n solat zohor.

Aktiviti kami selepas solat, treasure hunt. Ade 9 check point, tapi kumpulan saya mampu buat sampai 5 checkpoint, satu checkpoint x sempat nak habiskan. Penat gak la, lagipun dah lama x berlari, bila kuar peluh, rasa free. Bestlah. Banyak yang kami pelajari sepanjang program tu. Dari segi leadership, sahsiah, akademik.

Saya harap lepas ni dapatlah join program macam ni lagi. Kepada abang2 dan kakak2 usrah yang telah menjayakan program ice-breaking ni, saya ucapkan tahniah dan terima kasih atas layanan baik kalian melayan karenah kami semua. Lepas ni, ajaklah kami lagi tau!!!

Setibanya di MMU, barulah saya rasa benar2 penat…………dan bersedia untuk hari baru….

Daftar kelab...duit x masuk lagi

Semalam (8 julai), de pendaftran kelab. Banyaklah kelab yang ada kat CLC. Alhamdulillah, semalam kelas abis awal, jdi pergi lah singgah kat Booth Usrah, baru nak siap2kan booth. Singgah kejap je, tak daftar pun lagi, sebab lepas tu de kelas lagi. Ingat, lepas kelas nak pergilah draw duit, RM10, pastu gi daftar dengan roomate, tapi ditakdirkan semalam…mesin ATM kehabisan duit 10. Dalam beg duit ada RM3 je.. lepas nak makan tengah hari je.

Dengar ura-ura gak, duit biasiswa masuk semalam. Pergilah check.. Ditakdirkan, bukan hari untuk saya. Waktu tu hati saya mula suram dah. Tak tahu macam mana nak buat dah. Dahlah sebelum tu, duk speaking dengan pelajar dari Kuwait (betul ke ejaan?? tak pasti..maaf jika salah). Dia tanya saya msuk kelab apa, saya cakaplah saya masuk kelab Arab. Dia pun terangkan yang bahasa Arab ni susah, dia pun sendiri tidak berapa sangat. Diorang pun ada slang, macam kita kat malaysia. Saya bersyukur sangat2, at least I get something useful from him.

Dia cakap, kalau perlukan apa2 berkaitan Bahasa Arab, boleh tanya dia. Ahamdulillah. Berbalik cerita kelab tadi. Tengah berbaris nak keluarkan duit, terjumpa lah pula salah seorang ahli Usrah. Saya dah janji dengan Kak Karmilah yang saya akan datang booth lepas kelas, tapi terus melencong kat mesin ATM. Saya takut gak, kita dah tepati janji, tapi….erm…harap2 dia tak syak apa2…lagipun, saya ada urusan…*_*

Saya bincang dengan roomate, roomate cakap, guna duit dia dulu. Saya serba salah gak. Nak minta duit kat parents pun serba salah, sebabnya sejak saya belajar kat sini, sayalah yang banyak minta duit kat parents. Alih2 dengan mood saya yang tak berapa nak baik ni..saya jalan2 kat CLC. Saya jumpa balik ahli Usrah tu.. dia nampak saya buat kali yang kedua. Saya ambil jalan yang lain, tak nak terserempak dengan dia.

Alhamdulillah, selepas tu saya tak jumpa dia dah. Saya telefon kat parents, mengadu masalah yang saya hadapi. Alhamdulillah, ditakdirkan, petang tu ibu saya masukkan duit. Petang tu juga saya pergi daftar. Selesai.

Apa moral nya cerita saya ni? Apa yang saya nak beritahu, saya ni seorang yang cepat cemas menghadapi situasi dan kadang-kala saya suka amik endah tak endah je. Dan jika tentang duit, saya amat berkira sangat.. saya selalu bajet…hampir kesemuanya saya bajet..ok…hari ni makan berapa ringgit…malam nanti macam mana pula. Itu saya.

Jadi, kepada sahabat kat luar sana, janganlah jadi macam saya. Sebaliknya hadapilah segala masalah dengan tenang. Masalah saya kecil je, tapi saya yang besar-besarkannya. Saya sendiri yang kelam-kabutkannya. Apa sahaja yang terjadi, telah dirancang oleh Allah. Terpulang pada kita macam mana kita hadapi situasi itu sendiri. Bila fikir balik gelagat saya semalam…macam orang bodoh je..macam orang xde pedoman, sedangkan saya boleh duduk diam, mohon pada Allah agar berikan saya petunjuk….

Saya juga menasihati diri saya sendiri. Hari semalam adalah sejarah untuk hari ini. Apa yang terjadi semalam, akan saya cuba untuk tidak mengulanginya buat kali kedua pada masa akan datang.. InsyaAllah.

Tersalah langkah

Erm..banyak kali terlintas kat fikiran tentang tajuk ni. Selalu terdetik kat hati yang selama ni apa yang saya lakukan semuanya satu kesilapan. Entah di mana silap saya. Kenapa saya katakan yang saya telah tersilap langkah? Kelmarin, saya mengalami sedikit kesulitan dalam belajar. Adakah bidang yang saya pilih selama benar2 masuk dengan diri saya? Kawan saya pernah tanya…Why u choose IT?

Saya terdiam sekejap. Macam mana saya nak cakap? Saya amik IT sebabnya saya mahu jadi security person one day. Lagipun, saya sudah diberi peluang menerima biasiswa. Alhamdulillah. Tak kan saya nak cakap kat kawan saya macam tu. Nanti dia kata saya ni banggakan diri pula. Saya tanya balik, kenapa tanya macam tu? Dia cakap raut wajah saya menunjukkan saya bukannya IT person. I’m more into medic. I look like doctor. Bila fikir balik, dulu memang nak amik medic, tapi bila keputusan SPM keluar, hala tuju saya sudah ke arah lain, ke arah yang saya letakkan ia di tangga yang kedua.

Lama saya fikir nak jawab soalan dia. Pelajar international yang kat depan saya pun duk tengok je, saya tahu dia tak faham apa yang kami sembangkan. Akhirnya saya cakap, saya pada mulanya nak wat medic, then, law…last one is IT. Saya pun tak tahu kenapa saya pilih law sekali…mungkin sebab hasrat ayah yang nak anak dia amik undang2….

Kawan saya tu pun tunjuklah muka2 IT yang ada kat situ…termasuklah diri dia. Mungkin pengetahuan saya tentang IT sedikit, tapi saya sedang berusaha ke arah itu. Mungkin saya bukan seorang doktor yang merawat pesakit..tapi saya seorang doktor IT…insyaallah..semuanya adalah ketentuan Allah. Saya hanya mampu untuk berusaha, memohon.. yang selebihnya adalah ketentuan Allah. DIA lebih tahu mana yang terbaik untuk saya.

Saya berada di tempat saya sekarang pun keranaNYA. DIA yang tempatkan saya kat sini. Jadi, lebih baik saya tidak mempersoalkan kenapa saya kat sini. Insyaallah, saya tahu setiap orang ada kelebihan tersendiri, termasuk diri saya..cuma saya masih tidak dapat mencari apa kelebihan yang terdapat dalam diri ini. Memang saya sedikit tergugat dengan soalan tu. Saya manusia biasa. Insyaallah, jika kita yakin dan berharap hanya pada Allah, DIA akan berikan kita sesuatu yang kita tak sangka-sangka. Insyaallah.

Jadi, kepada kawan saya tu….maaf ya, tak dapat jawab dengan lancarnya.Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Maaf ya. Kita berjuang bersama-sama dalam mencapai kejayaan yang diidam-idamkan. Tak tahulah dia baca ke tak blog saya ni…sebabnya…tiada siapa yang tahu siapa sebenarnya ‘nurafaz’ kat MMU Melaka….(saya bongkarkan juga tempat belajar saya..kerana saya bangga dengannya…di MMU melaka adalah permulaan untuk tangga kejayaan buat saya dan kawan-kawan…insyaAllah..)

Revolusi hidupku..

29 Jun 2008..

Erm..setiap orang mempunyai revolusi yang tersendiri. Revolusi tu…satu perubahan, tak kiralah secara fizikal mahupun mental. Alhamdulillah, memang saya sedang dalam proses revolusi tapi masih lagi terkawal. I’m one of the freshies at my university. That’s my revolution.

Kalau pada awalnya saya beritahu yang saya akan melanjutkan pelajaran ke universiti ni, hampir semua cikgu2 saya seolah-olah menmberi satu tanda tanya. Kenapa masuk situ? Kenapa tak tunggu yang lain?

Saya mendapat tawaran salah satu IPTS, dan saya sememangnya nak ke sana. IPTA, saya dapat juga, tapi naluri hati kuat nak gi ipts. xpela, janji saya belajar. Semua tahu ‘u’ ni agak sosial sikit. saya pun takut gak, takut terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

Tapi alhamdulillah, semuanya tidak seperti yang saya sangka. Saya dapat jumpa senior2 yang bergiat aktif dalam satu kelab agama ni…lebih detail… institusi usrah. Akak2 kelab ni semuanya baik2. Apabila saya dengan mereka semua, saya rasa selamat, saya rasa walaupun berada dalam kelompok masyarakat yang berbilang agama, bangsa, negara…saya masih ada ikatan yang kuat dengan akak2 usrah ni.. memang rasa selamat, at least kita jumpa mereka yang sehaluan dengan kita.

Dan sepanjang saya berada di sini, baru beberapa minggu dalam semester pertama, alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik.

Dan InsyaAllah., segala apa yang saya perolehi melalui perjumpaan kelab usrah, akan saya pamerkan dalam blog khas saya ni.

Masyitah...isteri Firaun

Bercakap fasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa ‘israk dan mikraj’ khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun.Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.

Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.

Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata “Mampus Firaun! ” Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, “Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?”

“Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah.” Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. “Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku.” Masyita bertegas dan mengatakan, “Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah.”

Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.

Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.

Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, “Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu.” Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.

Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.

Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.

Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku kehebatannya sebagai pemimpin, takbur, sombong dan berlagak sebagai superman yang kuku besi, nyatalah ciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah!

~halaqah.net~

Rasulullah...insan kamil

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi’in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:

  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
  • Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
  • Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
  • Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
  • Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
  • Wajahnya seperti bulan purnama
  • Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
  • Rambutnya sedikit ikal
  • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
  • Rambutnya terbelah di tengah
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
  • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
  • Seimbang antara kedua bahunya
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
  • Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
  • Warna kulitnya putih tapi sehat
  • Kulitnya putih lagi bercahaya
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
  • Badannya tidak gemuk
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
  • Perutnya tidak buncit
  • Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
  • Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.

Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

~laman web tazkirah~

Perbalahan antara malaikat rahmat dan malaikat azab

Pada zaman dulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendita untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.

Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat.

Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Ketika itu terjadilah perbalahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran azamnya untuk bertaubat sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dalam su’ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.

Allah kemudian menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dituju atau lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak. Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, dia kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.

~laman web tazkirah~

Nikmat yang tersirat

seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir

pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada

ayahnya…lantas, si pemuda memberitahu hajatnya

kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama…si

ayah hanya tersenyum…si anak bertambah yakin, andai keputusan

peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi

miliknya..

beberapa bulan berlalu…ternyata si anak, dengan berkat

kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup

cemerlang..hatinya berbunga keriangan…satu hari…si

ayah memanggil si anak ke bilik

bacaannya..si ayah memuji anaknya…sambil menyatakan

betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn

kejayaan si anak yang cukup cemerlang…si anak

tersenyum puas…di ruang matanya terbayang kilauan

kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu…si ayah

yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan

sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik…si anak

terkesima…sungguh…bukan itu yg

kuhajatkan…dengan hati yang berat…kotak itu

bertukar

tangan…matanya terarah kepada riak wajah

ayahnya…yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;

seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang

di hatinya…. dalam pada itu, si anak masih membuka

pembalut yang membungkus kotak itu…penutup kotak

dibuka…apa makna semua

ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover

kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka

hadapan…si anak memandang ayahnya…terasa dirinya

dipermainkan…amarahnya membuak…nafsu mudanya

bergelojak…ayah sengaja mempermainkan saya…ayah

bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta

tu…bukannya ayah x mampu utk

membelikannya…sudah ayah…bukan al-Quran ni yang

saya nak…katanya keras…al-quran itu dihempaskan ke

atas meja bacaan…si anak terus meninggalkan si

ayah..tanpa memberi walau sepicing utk si ayah bersuara…pakaiannya

disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah

ayahnya…memulakan kehidupan baru dengan sekeping

ijazah yg dimilikinya…. 10 tahun berlalu..si anak

kini merupakan seorang yang berharta…punyai syarikat

sendiri…dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang

sihat…cukup membahagiakan…namun hatinya

tersentuh…sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia

tidak pernah menjenguk ayahnya…sedang dia berkira2

sendiri…telefonnya berdering…dari peguam

ayahnya…ayahnya meninggal dunia semalam…dengan

mewariskan semua hartanya kepada si anak…si anak

diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan

perwarisan harta…dan buat pertama kalinya setelah

dia bergelar bapa…si anak pulang ke

banglo ayahnya…memerhatikan banglo yg menyimpan 1001

nostalgia dlm hidupnya…hatinya sebak..bertambah

sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya…al-quran

yang di hempaskannya masih lagi setia

berada di situ…bagaikan setianya hati ayahnya

mengharapkan kepulangannya selama ini…perlahan2

langkahnya menuju ke situ…mengambil al-quran

itu..membelek2-nya dengan penuh

keharuan…tiba-tiba…jatuh sesuatu dari al-quran

itu…segugus

kunci…di muka belakang al-quran itu…sebuah sampul

surat ternyata diselotepkan disitu…kunci itu segera

dipungut…hatinya tertanya2…nyata sekali…di dalam

sampul surat itu…terdapat resit pembelian kereta

idamannya…dibeli pada hari konvokesyennya…dengan

bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah… sepucuk

warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama

ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku….air

mata si anak menitis deras…hatinya bagai ditusuk

sembilu..penyesalan mula bertandang…namun semuanya

sudah terlambat… sekadar renungan bersama: berapa

banyak kita melupakan nikmat Allah,

hanya

semata-mata kerana nikmat itu tidak “dibungkus”,

didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

Siti Hajar

Dalam bahang terik mentari, di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim a.s. terus menunggang unta bersama Siti Hajar. Walaupun perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu. Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Setelah lebih kurang 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Nabi Ibrahim memilih salah sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim a.s. turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar. Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikitpun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya tentang perintah Allah SWT itu. Sepanjang perjalanan tadi lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata. Setelah Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim a.s. bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu : “Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?” Tanpa memandang wajah isterinya yang dicintainya, Nabi Ibrahim a.s. hanya mampu menganggukkan kepala. “”Oh… kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini.” “Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu…” “Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini… Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?” Hati Nabi Ibrahim a.s bagai disayat-sayat. Pilu dan pedih hatinya, hanya Allah SWT yang tahu. “Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku… ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah SWT.” Bila disebut ia perintah Allah SWT, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti.
Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah SWT, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ. Dia sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah SWT. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah SWT itu? Sewaktu gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah SWT, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelusuk dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah SWT. Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan ALlah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan… Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya : “Jika benar ia adalah perintah Allah SWT, tinggalkanlah kami di sini. Aku redha ditinggalkan” suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya yang berlinangan. Ditabahkan hatinya dengan berkata : “Tentang keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah SWT. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini.” Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta redha di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. “Cuma…,” katanya lagi, “doakanlah agar datang pembelaan Allah SWT kepada kami.” Nabi Ibrahim a.s sangat terharu dan bersyukur. Isterinya Siti Hajar memang wanita terpilih.
Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa : “Ya Tuhan kami, aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka dari buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu. Menitis airmatanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan yang padu pada janji Allah SWT, ditunaikan juga perintah Allah SWT walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar. Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim a.s terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah SWT. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah di dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku. Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim a.s, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga telah kering sama sekali. Anaknya Ismail a.s menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu? Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana. Namun SIti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Diapun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia telah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air. Walaupun tubuhnya telah keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang telah kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.
Tiba-tiba dengan rahmat Allah SWT, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail a.s. Waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, “Zami, zami, zami..” yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, “Berkumpullah untuk anakku.” Selepas peristiwa itu, kabilah-kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Mekah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah SWT. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Mekah menjadi tumpuan manusia untuk berdatangan. Ya, Siti Hajar, seorang wanita solehah yang merupakan isteri Nabi yang paling dicintai ALlah SWT, adalah perintis kepada semua peristiwa itu, hingga Makkah sekarang menjadi tempat yang paling diberkati dan aman.

Rasulullah dan pengemis Tua

Di sudut pasar Madinah ada seorang
pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya
selalu berkata kepada setiap orang yang
mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad,
dia itu orang gila, dia itu
pembohong,
dia itu tukang sihir, apabila kalian
mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah
SAW mendatanginya dengan
membawakan
makanan,
dan tanpa berucap sepatah kata pun
Rasulullah SAW menyuapkan makanan
yang
dibawanya
kepada pengemis itu sedangkan pengemis
itu tidak mengetahui bahwa
yang
menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah
SAW melakukan hal ini setiap
hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak
ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni
Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya
Aisyah RA yang tidak lain
tidak
bukan merupakan
isteri Rasulullah SAW dan beliau
bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan
kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau
adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah
lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi
ke ujung pasar dengan
membawakan
makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada
disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke
pasar dengan membawa makanan
untuk
diberikan kepada
pengemis itu. Abubakar RA mendatangi
pengemis itu lalu memberikan
makanan
itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya,
sipengemis marah sambil
menghardik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang
biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa
mendatangiku, bantah si
pengemis
buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah
tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu
menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya
makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku, pengemis
itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air
matanya, ia menangis sambil
berkata
kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang
padamu. Aku adalah salah
seorang
dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia
adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun
menangis mendengar penjelasan
Abubakar
RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu
menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan
setiap pagi, ia begitu
mulia….

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya
bersyahadat di hadapan
Abu bakar RA
saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita
meneladani kemuliaan akhlaq
Rasulullah
SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk
meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq,
semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani
beliau seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita
mulai dari apa yang kita
sanggup
melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak
orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu. ..

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah
dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah.. ..macam meter taxi…jalan
terus.

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak
berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan
setiap dibaca, Anda
mendapatkan
hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan
setiap orang sakit menggunakannya,
Anda
dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada
setiap bacaan do’a itu, Anda
dapat
hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do’a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah
mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang
atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.

Faedah Couple..

1] seronok [DAPAT FITNAH] glemer tau. glemer dgn mende x baik


2] seronok [DAPAT DOSA] bincang masalah masing2 macam orang dah kahwin la pulak.

3] seronok [DAPAT GENG NGAN SYAITAN]


4] dapat meluahkan masalah [ALLAH KAN ADA]..luah jangan x luah


5] banyak habis duit [LEBIH BAIK GUNA UNTUK SEDEKAH] x kurang juga y habiskan duit beli prepaid & bayar bil tepon y melambung2..masuk internet duk berjam2



6] banyak risau [TAKUT AWEK KITA ORG LAIN KEBAS BERAPA KALI DAH MISS SOLAT PASAL DOK ASYIK BERDATING X PULAK RISAU ..] yups kalau solat pun macam lipas kudung sbb takut awek majuk..


7] banyak termenung & senyum sendiri [PASAL INGAT PERISTIWA RIANG NGAN AWEK..KITA SEBAGAI MUSLIM PATUTNYA BANYAK MENGINGATI MATI Y BOLEH DTG BILA2 MASA..] kadang2 muram sebab bergaduh ngan awek..


8] lebih mengutamakan awek daripada org lain [HIDUP DALAM DUNIA SENDIRI, DYA & AWEK DYA..LAIN DAH X KISAH..] sanggup utamakan awek..serius gler bila kita terserempak dya duk dating..kita macam nak telan jer..renggang dgn kawan2 coz kapel..


9] menepati masa & janji [TAKUT AWEK MARAH/SAKIT ATI/MAJUK..SOLAT FARDU LEWAT X TAKUT PULAK..] fuuyo0oooo!!


10] lain2 lg y memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada PAHALA.


( artikel ni saya petik dari website ‘friendster’..)

Syahid dalam menjalankan tugas Rasulullah SAW

Dalam kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam, salah seorang di antaranya ialah raja Busra, surat kepada raja ini di hantar oleh Haris bin Umar Azdi ra. Sewaktu membawa surat ketika Haris bin Umar ra. sampai di Mauta beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar.
Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris bin Umar ra. adalah utusan untuk menyampaikan surat. Rasulullah SAW sangat dukacita atas kematian Haris, lalu baginda mengumpulkan seramai 3000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harthah sebagai ketua pasukan.
emudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran: “Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranva Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.” Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata: “Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagaimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”
Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah SAW memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh baginda SAW kepada Zaid. Rasulullah SAW menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan baginda berdoa: “Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”
Setelah Rasulullah SAW selesai berdoa, Abdullah bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap syair yang bermaksud: “Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan
sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar
keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air.
Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku.
Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata:
Semoga engkau telah gugur kerana Allah…. berjaya dan makmur.
Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.” Di pihak musuh pula ketuanya yang bernama Sarjil, telah mengetahui mengenai persediaan tentera Islam, Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika, Sarjil dan bala tenteranya hendak mara, ia mendapat berita bahawa Kaisar sendiri sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri dari 100,000 orang untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa ragu-ragu dan mereka berfikir samada mara atau pun tidak untuk menentang musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu. Atau mereka mengirim utusan kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan nasihat.
Dalam ragu-ragu itu Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang: “Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.” Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah bin Rawahah, maka para sahabat pun bertekad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan peperangan Mauta. Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid ra. menggenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran, maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian.
Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu. Sarjil telah mengirim berita kepada Kaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Kaisar pun menghantar tenteranya yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. Tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentara Islam yang cuma 3000 orang sahaja.
alam pertempuran yang sengit itu maka syahidlah Zaid ketua panglima tentera Islam. Jaafar ra. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera, beliau dengan sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran. Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu Jaafar membaca beberapa ungkapan syair: “Wahai manusia! Betapakah indahnya syurga.
Dan betapa gembiranya tentang kehampirannya!
Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua.” Dengan memegang bendera Islam yang berkibaran di sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memegang pedang beliau terus meluru ke arah musuh. Sewaktu meluru tangan kanan beliau yang memegang bendera telah ditetak, beliau dengan segera memegang bendera dengan tangan kiri, tetapi tangan kiri beliau juga ditetak, beliau tetap memegang kuat dengan menggigit bendera dengan bantuan kedua belah bahunya yang telah kudung. Darah mengalir seperti air paip. Datanglah musuh dari arah belakang lalu menetak Jaafar ra. sehingga terbelah dua, dan syahidlah Jaafar ra. Umur Jaafar ra. ketika itu ialah 33 tahun.
Abdullah bin Umar ra. menceritakan, “Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”
Sewaktu Jaafar ra. terbunuh Abdullah bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan. Beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar berita tentang kematian Jaafar. Dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata “Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedangkan Jaafar telah sampai ke syurga.”

Tanpa membuang masa Abdullah bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran anak-anak jarinya banyak yang parah dan banyak yang tergantung dengan isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya. Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbandingkan tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu dia tersentak dan berkata ia dalam hatinya: “Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian?” Adakah kerana cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah kerana kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah.”
Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata: “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.”
Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melemparkan daging tersebut. Dengan pedang yang terhunus beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau syahid di medan pertempuran itu.

Antara Manusia dan Buah-buahan

Untuk renungan semua:

Jangan Suka Mendedah Tubuh

Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.

Jagung membungkus bijinya yang banyak,

sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia Terhadap Pasangan

Jadilah seperti pohon pisang.

Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan Dalaman

Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.

Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,

tetapi di dalamnya lembut dan manis.

Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga Kesucian Dalam Pergaulan

Jadilah seperti sengkuang.

Walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Penyeksaan kaum Quraish terhadap Rasulullah dan para sahabat

KAUM Musyrikin Quraisy merupakan golongan paling kuat menentang Rasulullah dan ajaran-ajaran Islam. Mereka sering memperolok-olok, memperlekeh, mempermain dan mempersendakan baginda.

Mereka juga melemparkan pelbagai tuduhan, maki hamun dan turut memanggil baginda sebagai seorang gila. Mereka juga sentiasa mengawasi baginda dan memerhatikan baginda dengan pandangan yang penuh dengan kebencian dan rasa jijik.

Mereka turut menyifatkan baginda sebagai manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang keistimewaan.

Selain itu, kaum ini juga menggunakan berbagai-bagai cara untuk menghalang kelancaran Rasulullah berdakwah. Mereka telah membentuk satu kumpulan yang anggotanya terdiri daripada 25 orang tokoh Quraisy dan diketuai oleh Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri.

Penubuhan kumpulan ini adalah untuk memerangi Islam terutamanya terhadap baginda dan sahabat-sahabat dengan menggunakan segala bentuk penindasan, penyeksaan dan kekerasan. Antara yang dilakukan oleh Abu Lahab ialah membaling baginda dengan seketul batu ketika Rasulullah menyampaikan dakwahnya yang pertama di majlis Bani Hashim di atas Bukit Safa. Mujurlah baginda dapat mengelak dan batu itu tidak mengenai baginda.

Sebelum baginda menjadi Rasul, Abu Lahab telah mengahwinkan anak lelakinya iaitu Utbah dan Utaibah dengan puteri Rasulullah iaitu Rogayah dan Umi Kalsom, tetapi apabila baginda menyeru orang ramai kepada Islam, Abu Lahab terus membuat tindakan melulu dengan memaksa kedua-dua anaknya menceraikan kedua-dua puteri baginda itu. Mereka pun bercerai secara kekerasan.

Dia juga sering mengekori Rasulullah. Pernah suatu hari, dia melontar ke arah baginda dengan ketul-ketul batu sehingga pecah berdarah lutut Rasulullah. Isterinya juga mempunyai perangai buruk sepertinya. Isterinya pernah membawa batang-batang duri dan meletakkannya di jalan-jalan yang dilalui Baginda sehinggalah ke hadapan pintu rumah Baginda.

Pada suatu masa, ketika dia mendengar ayat-ayat al-Quran telah diturunkan mengenai dirinya dan suaminya, terus dia memaki baginda dengan membawa segenggam anak batu untuk disumbat ke dalam mulut Rasulullah. Namun dengan takdir Allah, dia telah dibutakan penglihatan sehingga tidak nampak lagi baginda.

Pada ketika yang lain, kumpulan Quraisy ini telah mengheret bangkai binatang dan menghumbankan ke atas kepala baginda semasa baginda sedang bersembahyang. Malah ada yang sanggup melontar ke dalam periuk yang dimasak oleh baginda. Baginda juga terpaksa berlindung di sebalik batu untuk bersembahyang kerana kerap diganggu oleh mereka.

Imam al-Bukhari pernah meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud bahawa Uqbah bin Abi Muith, salah seorang daripada kaum Quraisy telah mengambil uncang najis sembelihan dan meletakkan ke atas belakang baginda ketika baginda sedang sujud. Selepas meletakkan najis itu, dia dan konco-konconya ketawa terbahak-bahak kerana terlalu suka. Baginda tidak mengangkatnya sehingga anak perempuannya, Fatimah datang dan mencampakkan najis itu.

Bermacam-macam lagi penyeksaan dan penindasan yang dilakukan oleh kaum Quraisy ke atas Baginda. Hanya manusia bodoh dan tidak berakal seperti kaum Quraisy sahaja berani melakukan kejahatan dan keburukan terhadap baginda.

Pengajaran
-Kita hendaklah membantu dan menolong orang yang melakukan kebaikan.-Jangan sekali-kali menganggu orang yang sedang beribadat menyembah Allah.

Petikan daripada buku, Untaian 366 kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd

Wasiat Imam al-Banna

  • Apabila mendengar azan maka bangunlah bersolat serta-merta walau apa jua keadaan sekalipun.
  • Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir, jangan sama sekali membuang masa dalam perkara yang sia-sia.
  • Berusahalah sedaya-upaya bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana ianya salah satu syiar Islam.
  • Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.
  • Janganlah bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh-sungguh dan serius dalam setiap perkara.
  • Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah adalah sentiasa tenang lagi tenteram.
  • Janganlah bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh pendengar kerana ia menemukan dan boleh menyakiti pendengaran.
  • Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.
  • Berkenalanlah dengan setiap rakan yang ditemui sekalipun tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah ialah berkasih dan berkenalan.
  • Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakan untuk memanfaatkan waktu dan jka berurusan maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Wasiat Syed Qutb

Saudara!

Seandainya kau tangisi kematianku,

Dan kau siram pusaraku dengan air matamu

Maka di atas tulang-tulangku

Nyalakanlah obor buat ummat ini

Dan…

Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!

Kematianku adalah satu perjalanan

Mendapatkan kekasih yang sedang merindu

Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku

Burung-burungnya berkicau riang menyambutku

Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur

Dan alam ini akan disinari falar lagi

Bialah rohku terbang mendapatkan rindunya

Janganlah gentar berkelana di alam abadi

Nun di sana fajar sedang memancar


Orang-orang yang didoakan malaikat

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-2 8)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)

3. Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu” (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia’” (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan ‘ashar secara berjama’ah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat ‘ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat ‘ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’” (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang - orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’” (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang menjenguk orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh” (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain” (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Maraji’ :
Disarikan dari Buku Orang - orang yang Didoakan Malaikat, Syaikh Fadhl Ilahi, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005

[…]www.aferiza.wordpress.com[…]

Tips Mengurangkan Tekanan

Pendahuluan
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

http://aferiza.wordpress.com/2007/11/28/tips-mengurangkan-tekanan/

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design