Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Wednesday, December 31, 2008

Hijrah

1 Muharam 1430 bersamaan 29 Disember 2008..
Hijrah...berpindah dari satu tenpat ke satu tempat yang lebih baik..
Inilah dia kisah hijrahku..nak update semalam, agak kepenatan setelah menempuh satu hari yang agak mencabar. ^_^

Bas pada pukul 11.30 pagi delay sampai pukul 12.30 tgh hari. Terpaksalah tunggu di Medan Gopeng seorang diri. Katanya, aircond bas rosak. Tunggulah. Alhamdulillah, tepat pada waktunya ia sampai di hadapan kami semua. Naiklah, dan alhamdulillah saya duduk di depan dengan seorang kakak ni. Tapi satu je, aircond tak rasa langsung..agak panas juga.

Perjalanan diteruskan dengan singgah di Slim River. Bas SE, sure akan tansit kat Slim River dulu. Lama oOo...tunggu drebar, sampaikan ada seorang kakak India ni marah-marah drebar face to face. Ber-argue la sekejap mereka tu. Dahsyat sungguh. Dalam hati saya, asalkan saya cepat sampai sudah!!!

Lepas tu kami singgah pula Klang Sentral. Waktu dan agak lewat. Saya pun tunggulah. Tak habis dengan Klang Sentral, kami semua dibawa perg pangkalan bas SE Super. Alasannya, nak tukar bas. Kami punyalah tunggu dekat satu jam lebih. Hari sudah semakin lewat...risau gak..

Alhamdulillah, dapatlah kami naik bas ada aircond. Kemudian, sunggah pula kat Seremban. Bayangkan bagaimana perasaan saya...tapi alhadulillah, Aishah, Nadiah n 'Adilah sanggup tunggu sekali dengan red carpet tu... Bagus2..

Sesampainya saya sampai ke hampir jam 9.00malam. Masuk bilik hampir 12 malam.
Memang hari tu penatlah.

Pengajaran yag saya dpt perolehi:
1. Allah mahu tunjukkan pada kita kekuassaan dan nikmat kurniaaNya.
2. Saya tak kan naik SE dah, melainkan terdesak sahaja...
3. Memupuk semangat jati diri

Rangka bas...


Bosan ek tunggu??


antara koleksi bas



Teruskan perhatinya ya...



Mana satu nak naik!!


Friday, December 26, 2008

At home

Now, I at home..
On Monday, I'll be back..back to Malacca.
5 days at home..it gives me sweet memories especially with my cats.

***

Tesco, 25/12/2008

Tengah berjalan-jalan menuju ke pintu masuk, entah macam mana, kaki saya terpelengot(bahasa kampung saya), lalu saya terduduk di atas jalan raya. Mungkin saya tak perasan kot hala tuju saya, sampaikan terjatuh. Sakit deh...

Mula-mula sekali apabila terjatuh tu, yang saya rasakan adalah malu. Malu kerana ramai yang tengok saya jatuh. Tapi bila fikirkan semula, apa gunanya malu tu? Jadi saya tebalkan muka, buat-buat macam saya tak jatuh. Haha..

Saya teruskan berfikir sambil berjalan terhinjut-hinjut...mungkin inilah balasannya dosa kepada saya. Saya jatuh kerana kesalahan diri saya sendiri. Saya jatuh kerana kecuaian saya sendiri. Ya Allah, ampunilah dosaku ini.

Saya teringat kata-kata seorang kakak sewaktu JED hari tu. Allah bagi kita kaki, satu nikmat. Apakah kita sudah lakukan dengan nikmat tersebut? Sejauh mana kita telah melangkah dalam agamaNya ini? Sejauh mana kita telah lakukan 'sesuatu' untuk agamaNya??

Bila saya fikirkan sekali lagi, barulah saya sedar, nikmat untuk saya berjalan dengan sempurnanya telah diambil oleh Allah. Apa yang ada pada saya ini semuanya milikNya. Saya adalah 'nothing'. Susah juga nak berjalan..lagi pedih bila nak menunaikan solat. Waktu nak sujud+duduk antara dua sujud, hanya Allah sahaja yang tahu sakitnya. Kemudian, kedengaran pula sayup-sayup kata-kata sahabat saya, "Sewaktu kita solat, yang menghadap Allah adalah roh kita. Jasad kita ni hanyalah pelengkap. Kalau apa-apa berlaku pun pada jasad kita, roh kita tak ada apa-apa..Kalau ikuti kisah dulu, tengah solat seorang hamba Allah ini minta dipotongkan kakinya,"

Betul juga kata-katanya. Kerdilnya saya. Saya tahu saya tak sekuat itu. Saya tahu saya tak setinggi itu tahapnya. Semoga saya akan kecapi saat itu suatu hari nanti dalam hidup saya ni. ^_^

Sama-samalah kita bersyukur dengan setiap nikmat dan kurniaan yang telah diberiNya. Bila-bila masa sahaja DIA akan ambil, tanpa kita sedari. Bersediakah kita untuk itu semua? Kehilangan salah satu nikmatNya?

Hari ini mungkin kita boleh berlari, hari ini juga kita mungkin boleh ketawa, tapi tidak mustahil jika esok, kita bukan saja tak boleh nak berlari, nak merangkak pun susah, dan tak mustahil juga esok hari kita bukan diri kita lagi. Semuanya adalah kehendakNya.

Hargailah setiap detik yang sedang berlalu dan ingatlah..kita adalah milikNya. KepadaNya kita akan dikembalikan.

~Doakanlah saya agar cepat sembuh. Agar sesampainya ke Melaka nanti, saya tak hinjut-hinjut dah. Bukan soal hinjut-hinjut tu..soalnya..ketika beribadah....semoga saya cepat sembuh dan semoga saya dapat melaksanakan ibadah saya dengan sempurnanya...~


Tuesday, December 23, 2008

U.K.H.W.A.H

Sambil menanti teman di hadapan library, saya mendongak ke langit. Langit yang terbentang luas dihiasi dengan bintang-bintang yang berkedipan, membuatkan saya semakin leka memerhati. Kemudian, saya melihat pula gelagat te
man-teman yang saya kenali tergesa-tergesa untuk menghadiri meeting.

Saya terus menunggu walaupun saya tahu teman saya tu tak akan datang. Naluri hati saya mahu terus duduk di situ. Saya menghabiskan masa saya hampir setengah jam di hadapan library. Kemudian, saya mula teringat akan posting Kak Zinie, apabila saya lihat gambar-gambar yang dipamerkannya, hati saya makin sayu. Buat per
tama kalinya saya terasa sesayu begini. Ukhwah yang terjalin antara saya dengan teman-teman buatkan saya semakin sayu. Terima kasih Tuhan, membenarkan saya mengenali mereka semua..terima kasih.


~ Benar kata kak Zinie, selepas gambar ini diambil, dahan pokok jatuh, dan hampir terkena kami semua. Kami terkedu dan tergamam. Masing-masing antara kami bersyukur dan seolah-olah Allah memberikan kami peluang kedua. Ya Allah, setiap yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya.~

p/s: sejauh mana pun diri ini berada, kalian semua sentiasa dalam diri ini..termasuklah akak-akak sekalian.

Lagu ini khas buat kalian..

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Sunday, December 21, 2008

Lagenda

Menjejaki identiti diri...
Menerusi lembaran diari...
Dengan keikhlasan di hati...
Hampir temui matlamat yang dicari...

Konklusi yang boleh saya berikan pada progrm JED (Jejak Explorasi Diri) yang telah berlangsung selama tiga hri di Taman Hutan Lagenda, Johor. Kami menetap sementara di kaki gunung, disertai dengan udara yang bertiup seribu bahasa.

Alhamdulillah, banyak input yang telah kami perolehi sepanjang program. Lebih-lebih lagi pada malam kemuncak JED..Kembara Malam...itulah titik permulaan baru dalam lembaran hidup kami, insyaAllah.

Terima kasih pada fasi dan urus setia sepanjang program. Program ini juga telah merapatkan lagi ukhwah antara kami, dan insyaAllah akan lebih u
tuh dari masanya sekarang.

Setiap detik yang telah berlalu sepanjang program...itulah yang akan sentiasa tercatit dalam kotak memori ini.

~tersalah set tarikh...kesilapan teknikal~

~LDK 1....Sketsa Kehidupanku~


~LDK 3...Musafir Cinta~

~Kisahku..~


~Berakhir sudah~

Friday, December 19, 2008

JED..YTM...Penang...

JED...Jejak Eksplorasi Diri
YTM...ESQ Development
Penang...kakak Dila buat majlis belah laki pula

Antara tiga pilihan ni, mana yang telah saya pilih??

Pada mulanya saya nak pergi YTM..kat Lembah Azween. Bila dapat borang hari tu, memang nak pergi, tapi member yang kamcing tak pergi, lagipun sikit je yang nak pergi, jadi batalkan hasrat untuk pergi. Daftar pula untuk JED.

Kemudian YTM cakap..wajib pergi!! Jadi terpaksalah tolak tepi JED. Setelah berunding dengan Kak Hidayah, adalah di antara kami yang dilepaskan. Saya??

Kalau ikutkan hati dua-dua pun tak pergi, saya nak ikut Dila. Tapi bila difikirkan semula, daripada saya kehilangan dua-dua, baik saya hilang satu je. Jadi, Allah letakkan saya untuk pergi JED. Jadi, kepada semua teman YTM..jangan sedih ek..program tu best...tambah-tambah lagi makan 6 kali sehari. Nanti kita saling share maklumat yang dapat ye...

Itulah kisah JED..YTM..Penang.

^_^

Thursday, December 18, 2008

Kerdip-kerdip

Mendongak ke langit, terlihat bintang berkerdipan memancarkan cahayanya. Nafas dilepaskan, bagaikan terasa relieve...

Hari ini agak kepenatan, tapi alhamdulillah, kelas bermula agak lewat jugalah, tengah hari..dan alhamdulillah, hari ini ada dua kelas sahaja..tup-tup dah pukul 3 petang. Bergegas pula ke MC untuk beli tiket balik cuti nanti. Jadilah kejap tukang penerima pesanan tiket..dari Perak dan juga dari Terengganu. Sesampai je kat MMU, terus isi perut ini..lapar kot.

Dalam bas, merancang pula tentang urusan malam tadi..dengan sedikit urusan lain yang tidak dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah disusun. Tak apalah, ada masanya nanti kita jalankan urusan tu ek. InsyaAllah. Berfikir juga dengan exam malam esok, last paper untuk midterm. Alhamdulillah, semua assignment dah siap, tunggu masa nak present je.

Setelah urusan malam tadi dilalui, adalah sedikit input yang dapat. InsyaAllah, akan dijadikan sebagai ingatan dalam menyusuri hari-hari mendatang. Dengan bantuanNya juga semuanya akan berjalan lancar, insyaAllah.

Cukuplah untuk pagi ni. Perlu study untuk paper last ni, doakan ya. Semoga saya dan sahabat yang sama-sama menduduki exam malam nanti dapat menjawab soalan dengan lancarnya.

Akhir kalam, cuba lihat langit yang terbentang luas...sungguh mendamaikan..lihatlah kekuasaanNya...

Tuesday, December 16, 2008

Ku di sini

Hari ini hatiku diduga buat kali keduanya.
Kalau beberapa bulan yang lepas, hatiku yang diduga buat pertama kalinya dan telah dikecewakan oleh diriku sendiri. Kesalahanku yang menyebabkan aku dikecewakan buat pertama kalinya. Bergantung, berharap, merujuk pada yang bukan sepatutnya. Bukan padaNya aku serahkan segalanya.. oleh itu aku telah dikecewakan.

Kali ini kali keduanya. Dan yang pastinya aku akan tetap kecewa..itulah norma kehidupan. Semuanya adalah kerana diriku. Aku yang menyebabkan semua ini berlaku. Jika kali ketiga aku diduga lagi, aku akan berdiam diri. Tidak mahumenyahut, tidak mahu berkata apa-apa...kerna khuatir aku akan masuk lubang yang sama.

Sekarang, aku hanya menanti akan saat itu..kerna aku yakin yang aku akan diketemukan dengan detik itu juga suatu hari nanti.

Adakah posting aku kali ini berkaitan dengan cerpen yang akan ku karang? Atau ia adalah realiti kehidupan yang sedang aku lalui?

Jawapannya hanya aku dan DIA sahaja yang tahu. Dan biarlah ia menjadi rahsia antara diriku denganNya.

Dan kepada teman yang amat aku kasihi, yang bersama-sama menempuh alpha IT ini, janganlah bersedih dengan waktu dan juga kekangannya. Aku tahu kita disibukkan dengan pelbagai urusan, tetapi ingatlah, inilah ujian buat kita. Jadi, kembalilah tersenyum dan kembalilah bergelak tawa bersama teman yang lain. Senyumanmu dan gelak tawamu mampu meriangkan hati orang lain, termasuk diriku. InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Jangan risau, DIA ada bersama-sama dengan kita. Dan ingatlah, aku juga ada di sisimu, tetapi siapalah diriku ini.

Aku akan sentiasa mendoakan agar Allah mempermudahkan segalanya untuk kita, agar kau akan kembali tersenyum seperti dahulunya...
~dari temanmu~

9 Siti yang patut dicontohi

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

-Wanita karya dermawan yang menjadi isteri kepada Khalifah Harun Ar-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan umtuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah.


* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini?Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

Sunday, December 14, 2008

Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut

Tengah mencari-cari maklumat di dunia maya nie, saya tertarik dengan satu artikel. Artikel yang buatkan diri saya berbunga-bunga. Marilah kita baca bersama-sama.



Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a.,

Uthman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali

r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW

menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah

mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan

sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW

kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan



terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan

sehelai rambut).



Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk

yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan

mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".



Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk

yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan

memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk

yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu,

dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti

sehelai rambut".



'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang

cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu

senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari

meniti sehelai rambut".



Fatimah r.ha. berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari

sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis

dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat

orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk

ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal

dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal

dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama

itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri;

harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan

mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti

sehelai rambut".



Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari

mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu,

dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai

rambut".



"Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.." (hadith)



~Indahnya Islam...~

Saturday, December 13, 2008

Kuala Lumpur part 1


Kuala Lumpur...bandaraya yang memang tak asing lagi buat rakyat Malaysia!!
Hari ini saya, Nadiah, Aishah, 'Adilah berangkat ke KL sebaik sahaja kami selesai exam BI tadi. Bas kami pada pukul 12 tengah hari.

Sesampainya kami di MC, kami beli burger sebagai breakfast kami. Buat pertama kalinya saya menaiki bas Trans dua tingkat. Best tu, tapi yang tak bestnya pana
s, tak sejuk, aircond tak rasa. Dan buat pertaman kalinya juga saya tak tidur dalam perjalanan. Masa dihabiskan dengan berborak dengan Dila.

Kami sampai Pudu pada pukul 2 ptg. Setelah solat, kami mencari jalan keluar menuju ke komuter. Tak jumpa!! Tourist guard kami pun
lupa kat mana. Sesat kot kami tadi. Lawak sungguh! Ditambah pula lawak yang Aishah buat sewaktu keluar daripada komuter. Haaiiizzz...tak pe Ecah, kita bukan orang KL.... Sempat juga kami bersembang dengan mat saleh..hehehe...tanya jalan nak ke KLCC.. kami hanya cakap.."Sorry, we don't know (becoz we not from here)" *_*

Hujan lebat menemani kami berempat. Sepupu Dila jemput
kami. Sesampainya kami kat rumah Dila, kami disuruh makan. Alhamdulillah, makan nasi minyak.

Actually, kakak Dila kawan abang saya, Muhd Fadli. Mereka belajar di MMU Cyber. Kakak Dila bagitahu tadi, abang saya ada datang. Sampai hati angah, tak bagitahu Mira ek..hehehe..

Setelah rehat-rehat, kami bergegas pula untuk pulang. Memang nak tidur sehari di KL, tapi difikirkan semula, rasa tak manis pula. Jadi, kami pulang ke MMU pada pukul 7 malam. Alhamdulillah, kami sempat kejar bas dan komuter.

Sepanjang pengembaraan ke KL, banyak yang kami lalui. Ada yang menyenangkan, menyedihkan, dan menakutkan. Itulah realiti dunia pada hari ini. Kami melintas juga di hadapan anak muda yang melepak di jejantas. Saya bukanlah seorang yan
g sempurna mana, tapi terdetik di hati saya mengatakan..'Bangunlah semula, dunia kita sekrang perlukan anak muda seperti diri kita ini. Bangunlah,"

Tapi bila fikirkan semula, saya juga perlu bangun sama. Jadi, sama-samalah kita bangun. Masih belum terlambat..^_^.

Sekarang, dah ada di kampus. Memang best perjalanan kami hari ini. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkanNya. Semoga kami akan ke sana sekali lagi..untuk Kuala Lumpur part 2..*_*

~Gambar yang ditangkap memang banyak, tapi sa
ya letakkan yang patut je la~




Tu dia..kami bergambar dengan pengantin.. Kak Hidayah..kakak 'Adilah..


Ini pula gambar mereka sekeluarga.. dari kiri..abang Dila (Adi), sebelah tu adik dia (form 5), sebelah lagi, abang ipar Dila (suami kak Dila), sebelah tu pengantin (Kak Hidayah), last sekali 'Adilah (sahabat baik kami)

~Sebelum tu, terima kasih pada tuan rumah kerana menjemput kami datang, hantar kami dan layan kami..*_*~

...: Entah kenapa setiap kali ku kenangkannya pasti ia akan menghantuiku..cukuplah untuk segalanya:.. (line cerpen yang akan siap dikarang tak lama lagi)


Friday, December 12, 2008

Ketenangan Jiwa

"Apa sebenarnya yang mengganggu benak fikiran kau ni? Cuba cerita kat aku ni, manalah tahu aku boleh tolong,"
Aku merenung jauh ke dalam anak mata sahabatku. Aku dapat rasakan kesungguhannya untuk membantu diriku ini. Oh, Tuhan, berikanlah aku kekuatan.

"Tak ada apalah. Aku ok la. Macamlah tak faham aku ni macam mana," Aku terus tersenyum, cuba untuk tersenyum.

"Dah, jangan nak tipu aku. Cepat cerita, kalau tak..kau tidur kat luar!" ayat ugutan yang selalu digunakannya membuatkan aku tersengih.

"Julia, macam mana kita nak tenang? Macam mana kita nak kecapi ketenangan?" akhirnya aku buka pekung di dada.

Julia melirikkan senyuman padaku. "Sahabat," Julia memberhentikan katanya.
Aku terus berpaling ke arahnya. Seakan dia telah mempunyai jawapannya.

"Ketenangan adalah suatu perasaan yang amat damai. Tipulah kalau aku cakap aku tak mahu tenang. Semua orang nak ketenangan. Duit, takhta, wanita, semuanya membahagiakan, tapi adakah ia memberikan ketenangan?"

Aduh, Julia bermain bahasa dengan diriku pula.
"Maaf, kau pun tahu aku bagaimana, suka berbahasa," Julia kembali menyambung.

"Aku tengok mereka semuanya seronok je. Yalah, duit banyak, apa nak semua dapat," balas aku dengan spontannya.

"Benar sahabatku. Tapi adakah keseronokan yang terpancar di wajah mereka menggambarkan ketenangan yang mereka miliki?"

Aku kembali berfikir. Lama aku mendiamkan diri. Sungguh, mataku dikaburi duniawi.

"Mereka tak tenang sebenarnya. Mereka tak memiliki seratus peratus ketenangan yang sepatutnya dikuasai,"

"Habis tu? Apa yang buat kita tenang? Selalu aku dengar, baca Al-Quran, banyakkan solat," aku terus membuka lembaran buku catitanku.

"Betul tu, tapi kan, kalau kita dapat dalaminya dan hayatinya betul-betul lagi tenang,"

"Jadi?" Julia lantas tersenyum.

"Hajar, ketenangan sebenar adalah keimanan. Orang yang beriman yakni mukmin adalah mereka yang berjaya menguasai ketenangan,"

"Kenapa?" seakan bodoh pula aku ni!!!

"Ini kerana, orang beriman memperkenankan panggilan fitrah manusia" aku semakin kabur.

"Maksud aku, orang beriman akan melakukan semua fitrah yang kita ada. Contohnya, makan, minum, tidur, disayangi, menyayangi, mengikut perintah Tuhan, mempercayai akan kewujudan Tuhan, dan sebagainya. Jika salah satu kita tinggalkan..maknanya kita tak cukup quota," aku hanya mengangguk faham.

"Kedua, orang beriman mengetahui rahsia kejadian alam
. Maksudnya di sini, dia tahu, siapa penciptanya, apa tujuan dia diciptakan, apa yang dia perlu lakukan selama dia hidup dan sebagainya,"

"Ketiga, orang beriman juga bebas daripada rasa ragu-ragu,"

"Ragu-ragu?" aku mengerutkan dahi.

"Ya, ragu-ragu. Contohnya, katakan kau pakai baju kebaya biru. Dah ok dah kau pakai, tapi bila kau pandang orang lain, kau rasa dia lebih cantik dan lebih ok daripada kau, and then mulalah kau berubah hati. Kau seperti ragu-ragu dengan diri kau and kenapa dia camtu dan kau pula begini. Itulah maksud aku. Orang yang beriman, dia akan terima diri dia seadanya kerana dia tahu Allah telah menciptakannya dengan sebaik-baik kejadian,"

Aku sekali lagi mengangguk.

"Keempat, orang yang beriman nampak jalan dan tujuan yang ditempuhinya. Macam aku cakap tadi, dia tahu tujuan dia hidup. Dan dia tak kisah pun dengan apa yang akan berlaku. Bagi dia, takdir di tangan Tuhan dan dia yakin setiap apa yang Allah turunkan padanya pasti ada jalan penyelesaian,"

"Kelima, orang yang beriman merasa dirinya dekat dengan Tuhan. Waktu inilah dia akan rasakan setiap yang dia lakukan Allah akan sentiasa memerhatikannya. Waktu dia baca Al-Quran, dia rasakan yang Allah sedang berkata-kata dengannya. Waktu solat, dia rasakan yang dia sedang berkata-kata dengan Allah. Allahu Akbar, itulah dia keindahan iman,"

Aku terkedu. Adakah aku sedemikian?

"Dan yang akhir sekali, orang yang beriman tak terumbang-ambing dengan perkataan "kalau", "seandainya","

"Yang ni aku tahu! Maksud kau, "Kalaulah aku buat ini tadi, mesti aku tak jatuh. Kalaulah aku baca buku Fizik ni, sure aku boleh score","

Julia mencubit pipiku lantas mengangguk.

"Betul tu. Baginya, apa yang berlaku telah tertulis. Jadi, tidak ada 'kalau-kalau',"

"Jadi Hajar, kalau kita nak tenang, kembalilah pada ajaran Islam yang sebenar. Kuatkan iman di dada kita ni. Jadilah seorang mukmin dan jangan hanya seorang muslim. InsyaAllah, bukan ketenangan di dunia sahaja akan kau kecapi, sampai ke dunia abadi pun kau akan miliki,"

Aku merenung wajah Julia. Ya Tuhan, KAU berikan aku seorang sahabat yang mampu membimbingku. Terima kasih Tuhan. Semoga aku akan dapat kecapi ketenangan yang aku ingini selama ini....

Akhirnya..

Akhirnya...
Siap sudah assignmentku. Baru je balik dari library dengan member-member tadi. Alhamdulillah, tinggal English dan Ekonomi yang due date nye next week. Tapikan, once semua dh selesai, sure rase relieve sangat!!

Malam ni bulan purnama. Duk tenung bulan di langit tadi. Besarnya kekuasaan Ilahi. Lihatlah bagaimana bulan itu memancarkan cahayanya. Lihatlah bagaimana bulatnya bulan tersebut.

Hari ini mungkin kita akan tersungkur,
Hari ini mungkin kita akan buntu akan hari esok,
Tapi.....fikirkanlah.....maksud tersiratnya...akan keputusan yang kita telah pilih...

~Apalah yang aku tulis ni??? Maaf ya, fikiranku agak serabut, jadi penulisan pun agak celaru..~

...: Bukan mudah untuk meluahkan sesuatu :...

Nadia's Apartment website dah siap!!!!! Mari klik!!!!


Thursday, December 11, 2008

Talkzvoid.com

What is talkzvoid.com??
It's a forum where you can talk about everything and anything!
Officially opened on 08/12/08 8.08pm!


I get it from one of my friend's blog. And of coz, one of them gave me the link. Honestly, the website is nice eh... congrate..becoz..one of my classmate is the admin. Perggh...

Hehe...have a look at it eh... I'm just promoting it. Leave a comment eh...

All MMU students...

Wednesday, December 10, 2008

Bidor 3

Kisah Bidor 3.. dan bahagian terakhir sebelum diriku melabuhkan tirai aidiladha.

Bidor 3 ini bererti, saya sudah berada di MMU. Setelah kami cuti betul-betul, tibalah masanya untuk meneruskan perjuangan kami yang masih belum selesai. Tambah pula dengan kerja yang masih lagi belum diselesaikan. Biasalah...assignment, mid-term yang tak habis lagi, iyu lagi, ini lagi. Sedikit sebanyak meragut ketenangan diri saya. Tapi bila difikirkan semula, ada baiknya saya disibukkan dengan perkara sedemikian, daripada saya membazirkan masa tak tentu hala.

Alhamdulillah, jam 11 sebentar tadi, saya berjaya menyiapkan assignment saya, dan nak hantar pagi nanti. Alhamdulillah sangat-sangat. Satu kerja dah selesai. Fikirkan pula summary untuk presentation minggu ni. Tambah lagi, mid-term English Sabtu ni. Ditambah lagi dengan percutian ke rumah 'Adilah kat KL sempena kakak dia kahwin. Tahniah!! Saya, Nadiah, dan Aishah akan turun nanti. Wah, tiap-tiap minggu asyik berjalan!!!

Actually, bila difikirkan semula, amat seronok..hehehe..seronok dibebani dengan tugasan?? Ya, seronok, at least saya dapat lupakan sebentar perkara yang tak sepatutnya menerjah ke benak fikiran saya ni...

Jadi, itulah dia kisah Bidor 3 saya...Kisah mulanya minggu sibuk buat diri ini. Dan kepada sesiapa di luar sana yang turt sama sibuk, jangan tension-tension. Steady je eh..

Saya nak berkongsi satu artikel ni, biarlah sesibuk mana pun kita, renungilah bersama..

Kenapa aku diuji?????
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
~Surah Al-Ankabut (2-3) ~

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?????
"Boleh jadi kamu membendi sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
~Surah Al-Baqarah ( 216) ~

Kenapa ujian seberat ini?????
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
~Surah Al-Baqarah (286) ~

Rasa Frust?????
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
~ Surah Al-Imran (139) ~

Bagaimana harus aku hdapinya?????
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih baik daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
~Surag Al-Imran (200) ~

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali orang-orang khusyuk."
~Surah Al-Baqarah (45) ~

Apa yang aku dapat dari semua ini?????
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."
~Surah At-Taubah (111) ~

Kepada siapa aku berharap?????
"Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
~Surah At-Taubah (129) ~

Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!!!
"...janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
~Surah Yusuf (12) ~

Sunday, December 07, 2008

Bidor 2

Lambat pula meng-update blog.
Dah janji dah kelmarin, akan ceritakan perihal naik Cameron. Wah3...macam tak pernah naik je..

Actually dah naik dah sebelum ni, beberapa kali, dan awalnya pada tahun 2006, sewaktu arwah mak ada lagi. Pagi semalam (sebab dah masuk hari yang baru), kami bangun sedikit lewat, sebabnya, kami memejamkan mata tepat pada pukul 2 pagi, bagi saya.. Aishah lak lewat sedikit, sebab apa? Sebab pergi layan cite Sailormoon. Haiz...

Kalau ikutkan rancangan, bertolak dari rumah pada pukul 8.30 pagi, tapi sebabkan kelewatan kami, dekat-dekat pukul 9 barulah kami bergerak. Memang agak lambat. *_*

Tujuan kami naik CH, bukan suka-suka tau, nak tolong Nadiah kemaskan apartment dia. Family dia buat homestay, dan sewakan apartment dia untuk pelancong. Jadi, kami tolong kemaslah sikit. Nanti bila website apartment Nadiah dah siap, saya bagitahu ya. Masih dalam pembinaan. Nak membantu Nadiah mempromotekan apartment dia. Harap-harap menjadilah. Ameen.

Ayah Nadiah bawa kereta macam speed racer tu. Kami yang baru lepas bersarapan, berhadapan pula dengan situasi jalan macam ular, memang sesuatu yang mencabar. Rasa pening, nak muntah, semuanya berlegar-legar di seluruh badan. Alhamdulillah, tiada sesiapa yang muntah, sakit sampailah kami tiba di Tanah Rata.

Urusan kami dipermudahkanNya. Rumah tak lah teruk mana untuk dikemas. Saya dan Aishah pun tak tahu nak buat apa, just tengok dan bantu sikit-sikit je. Kami hanya ditugaskan untuk mengecohkan rumah je. Mana tak nya, sepatutnya, kami yang kejar lipas, tapi ni tak, lipas yang kejar kami. Aishah la, gi kibas-kibas nya kain, lipas tu pun dengan riangnya melompat ke arahku. Tak ke menjerit???? Haizzzzz....

Setelah kemas mengemas, kami pun makan sikit, dah makan, kemas-kemas semula untuk pulang. Dalam perjalanan, sempatlah kami singgah nak tangkap beberapa keping gambar. Even, dah habis solat pun sempat lagi nak tangkap tu. Yalah, bukan selalu pun naik CH.

Erm...pengalaman sehari naik CH bertambah mencabar lagi bila nak pulang. Memang speed racer lah ayah Nadiah tu. Amat dahsyat. Nasib baik saya aawal-awal dah pejamkan mata. So, tak rasa pening sangat. Tapi Aishah la kasihan, muntah di tengah jalan. Salah makan kot. Berbekalkan asam yang saya beli sebelum naik CH itulah kami bertahan sampai turun.

Sebelum pulang ke rumah sempatlah ayah Nadiah beli buah-buahan. Sedap makan tadi. Syukran semua, semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kalian semua. Semoga terbuka luas pintu rezeki buat kalian.

Overall, terasa tak nak balik MMU pun de. Tapi perjuangan masih belum berakhir. Kena balik. Tak dapat balik rumah pun tak pe, Allah dah gantikan yang lebih baik untuk saya dan Aishah kat Bidor ni.

Esok, balik MMU semula!!!!!
Kepada sahabat di MMU, beraya diperantauan best kan? Jangan sedih-sedih. At least, kita still dapat beraya jika dibandingkan dengan mereka yang tak dapat beraya?

Akhir kata, majulah sukan untuk negara...gurau je...


~Sambil jalan-jalan, renungilah setiap ciptaanNya, di sebalik ciptaanNya, di situlah bukti kebesaranNya. Jauh perjalanan, luas pengalaman~~

BiDoR

Hari ini kat Bidor. Kami ( saya, Nadiah, Aishah) pergi Bidor, beraya di rumah rumetku. Kasihan Aishah, tak dapat nak beraya di Terengganu, jadi, datanglah Perak.

Nanti Bulan Januari 2009, datang Ipoh pula *_*... Bilalah pula nak sampai Terengganu...erm..

Kami bertolak pagi, dekat-dekat pukul 9, selepas bersarapan di Kedai Kuning. Syukran ya belanja makan. Kami menaiki kereta yang dipandu oleh abang kesayangan Nadiah. Takziah ek atas apa yang berlaku pada kereta..... tak pe... normal lah tu *_*...

Sesampai sahaja kami ke rumah, disambut oleh kakak ipar dan Affan ( anak buah rumetku). Masa kami dihabiskan dengan melayan anak kecil tu....Comel sangat.. teringat kat Syabil dan Syafia......rindu sama kalian!!!


(saja wat gambar macam tu...hehehe)

InsyaAllah, esok kami akan naik Cameron..best!!!
Nanti saya cerita ek....

Erm...ini ada sedikit video Affan...jangan dengar sangat apa yang diperkatakan oleh saya, Nadiah, dan Aishah. Kami hanya bergurau!!!! Percayalah..kalau betul pun..itu Aishah je..hehe.

p/s : sahabat-sahabat yang tak balik, jangan sedih... Selamat Hari Raya tau. Gunakanlah setiap masa yang terluang tau! Dan kepada seorang teman ni, yang tertanya sal hari kejadian diri... nak bagi pendapat sikit...tak kisah la, lepas ni nak cakap apa pun kat saya..*_*

Hari kita dilahirkan itulah yang agak bermakna dan orang lain ingat. Kerna tarikh itulah kita mula nak kenal dunia. Dan ingatlah kerana satu tarikh juga, orang akan ingat bila kita akan pergi selamanya....




Friday, December 05, 2008

Study...Exam...

Sekarang dah musim demam midterm. Ramai sahabat di luar sana yang sedang mengharungi demam midterm ini. Ada juga kerana midterm, tak balik raya. Tidak mengapa, kita beraya sama-sama kat Melaka ni ye.. (tapi pastinya bukan saya)..

Saya akan pulang ke Perak juga, tempat kelahiran saya, tapi bukan pulang ke rumah saya. Saya akan menumpang sebentar di Bidor untuk cuti Aidiladha ni. Bila cakap kat orang, orang akan tanya, Bidor tu bukan kat Perak ke? Kenapa tak balik je?

Benar, Bidor tu kat Perak. Saja nak buat perubahan. Bukan selalu dapat beraya dengan teman-teman (wah, macam ramai je yang nak ikut serta nie...erm...).

Hope tuan rumah yang bakal kami kunjungi esok dapat menerima kedatangan kami dengan hati yang terbuka, dan terima kasih kerana mengalu-alukan kehadiran kami. Dengar cerita, tuan rumah kata nanti naik Cameron. Wah, dah lama tak naik Cameron....tak sabar pula rasaya.

Esok, berangkatlah kami ke Bidor. Tapi sebelum tu, kena harungi midterm malam ni. Fundamental Economy...8-9 malam. Kepada teman seperjuangan lebih-lebih lagi rumetku, kita berjuang habis-habisan dan semoga berjaya!!! Lepas exam nak mimpi Affan pun boleh tau Nadiah!!! Sekarang kena tumpukan exam...hehehe. Aishah pun sama....

Tengah study tadi, saya buka lah ukhwah.com,
tertarik dengan artikel yang dibentangkan di salah satu forum...

HAI...BOLEH SAYA KENAL??..

1. hai boleh saya kenal saya tertarik dengan perwatakan sopan awak, da lama saya perhati awak,awak budak baik dan tertarik dengan tudung labuh awak......saya harap kita boleh berkenalan....ukhwah fillah eh orang kata... saya tak pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima saya, saya akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,saya tau saya bukan baik, tapi saya sentiasa cuba terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak...
keluar dengan kekawan tau, balik kntek,,,saya doakan awak.

4.wak, Kenapa tak kntek saya, saya risau awak keluar lelamer... ye,,,saya tak ada hak, saya tau saya percaya awak, tapi saya tak tau nak kata macam mana,kita tak bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tapi saya rasa awak macam berada depn saya...mungkin ini yang orang kata cinta agaknya, wak, wak cinta saya? tak hendak bagitau,,, tapi saya tau awak cinta saya... awak da malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan... hehehr...thank you...saya cinta awak...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? siapa saya dalam hati awak?

6.wak, dari kawn kita just panggil saya awak saja, macam saya tak istimewa untuk awak saja;)saya teringin juga nak jadi macam kawn sebilik saya ini, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan saja...thank you sayang...

7.yang, kekadang saya tengok ayg ini macam tak percaya saya saja,,, yela, saya just tanya awak pakai apa jerkan ;( hehehe... ye thank you bagitahu, makin sayang saya kat awak...

8,yang, saya nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk saya, sayang lah pemberi semangat untuk saya... yang, saya harap ayang dan saya tak ada rahsia lagi...jangan risau, ini kan membuktikan saya take care ayang kan... so, jangan risau k, ye... saya akan jaga rahsia kita... just mesej saja kan...

9.ayang dah lama kita mesej, boleh tak kitr jumpa? ye... ayang bawa lah kekawan k,,, thank you yang...

10.thank you panggil saya dengan panggilan abang,,, abang tunggu da lama da,,, abang tau, kita tak boleh pakser dalam perhubungan...

11.ayang, buat apa 2, nak cakap sikit, Kenapa ayang bawa satu batalion nak jumpa abang?? ayang tak percaya abang eh....

12.ayang kita jumpa k,,, abang suka ayang pakai tudung yang saya beli 2, yang macam wardina 2, bukan ayag tak cantik, just makin cantik,,,,nipis sikit saja..kita jumpa nanti ayang bawa lah seorang saja k...

13.ayg,abang nak minta maaf dengan apa yang jadi... abang tadi tersentuh jari ayg, thank you yang, tol cakap ayang, tersentuh tak apa...makin lah tebal cinta abang kat ayang.. ayang suka jumpa abang? thank you yang, tadi kasihan tengok kawn ayang duduk saja diam,...ye... nanti abang bawa kawn abang, boleh dia borak kan...yang, abang suka tengok mater ayang, malu malu pula dia,,,ayang tadi cantik...

14.thank you jumpa tadi,ayang cantik...abang romantik pun salah ke?
suka abang romantik eh, tadi jumpa da berani tenung abang.... thank you....
tengk kawan ayang dan kawan abgmcm melekat saja... senang lah kita jumpa...tengk, ALLAh membrkati kita...ayang da solat? doakan abang sekali k...

15.yang,just nak tanya... ayang cintakan abang berapa peratus?
apa tandanyer?50% saja...yang, nak tanya, rambut ayang pnjng tak, just terpikir,,,,

16.tadi terbeli tudung pendek, ,,, yang bagi kat ayang tu...yang, bagi lah gambar ayng special untuk abang pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gambar ini abang buat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abang berapa peratus? sepenuh hati? thank you!!!!!!! ilove u sayang....

18.yang, da lama kita couple, tak kan abang pegang tangan nak mara, ayang kan milik abang...thank you paham abang...

19.kata ayang cintakan abang sepenuh hati... Kalau ayng cintakan abang apa buktinyer yang,,,,


SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR.....
PEGANG TANGAN->TERABE->TERSEDAP->TERLANJUR->TERBUNTING->
TERBUANG anak->TERKELUAR VCD LUCAH->TERMALU->TERTEKAN->TERSEKSA->TERBUANG-
>->->->- >->

JIKA INI BERTERUSAN, MUNGKIN TERBUNUH DIRI....
SEMUANYA TER....TER KE?????
jawab SENDIRIAN BERHAD, SEMUANYA BERMULA DARI SMS BERBUNYI,

hai, boleh saya kenal....

(ayng di atas tadi contoh mesej, anggap no itu stage stage untuk awak kearah.... ter.... berhenti sebelum, ter.....)

~Ambillah mana yang baik dan buruknya daripada artikel ini..~


~Selamat Hari Raya Aidiladha~





Wednesday, December 03, 2008

Maaf dipinta

Di sini, saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua sahabat saya, kenalan saya.

Tadi, teman rumetku draw duit..jumpa dengan Taufik.. tukar duit seringgit2 sebanyak sepuluh keping dengan dia, sebab saya nak topup. Dia pun bagilah...

Dan saya pun berdiri situ teman rumetku, tengok-tengok dia pun nak topup, satu-satu dia masukkan duit yang ditukarnya dengan saya tadi..

Saya punyalah serba salah nye.. Kenapa tak beritahu saya?? Kenapa tak beritahu nak guna duit sepuluh tu tuk topup. Kesian dia sampai kena patah balik.

Rumetku cakap..gentleman..

Maaf la Taufik. Meskipun dia tak baca blog ni, saya tetap nak minta maaf, sampai sekarang saya masih terkenangkannya...

Semoga Allah merahmati dirimu, maaf ya sekali lagi.. maaf..

Tuesday, December 02, 2008

Burung

Dia menjelma lagi...
Kini, dalam mimpiku. Apa salahku padanya sehinggakan dia tetap terus menjelma tanpa hentinya,
meskipun telah jauh ku hanyutkan memori silam itu.

Wah...dah lama sungguh tak kembali mengarang. Tidak diizinkanNya lagi untuk kembali giat menulis. InsyaAllah, ada masanya, kembalilah aktif.. ^_^

Hari ini mahu bicarakan perihal burung. Bukan bermakna saya nak ceritakan serba lengkap akan burung. Terlintas hal burung sewaktu duk termenung dalam kelas Ekonomi tadi. Sekawan burung berterbangan dengan riangnya.

Dalam Surah Al-Mulk, ayat 19, Allah berfirman:
Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengerbangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.

Itu dia, bagaimana Allah mahu tunjukkan pada kita semua akan kebesaranNya melalui penciptaan burung. Memang unik sekali. Ada kalanya tengok burung-burung ini terbang ikut flow nya. Seperti sedang membuat alunan di atas langit. Sekarang kan musim banyak burung di MMU, cuba perhatikan. Cuba perhatikan kebesaran Allah, yang berada di depan mata kita semua.

Kalau dahulunya,
"Aku ingin terbang bebas!"
"Aku nak hidup macam burung, bebas je berterbangan. Freedom!!!!"

Ya, memang burung terbang dengan bebasnya, tapi kita mahu jadi sepertinya? Jika kita mahu jadi seperti burung, terbang bebas, tak jadi masalah, tapi pastikan kita terbang dengan tujuan di sisi. Kita terbang dengan matlamat hidup kita sendiri. Kita terbang dengan bebasnya tapi masih mengikut laluan yang sebenarnya. Jangan kita terbang sesuka hati. Jangan kita terbang begitu sahaja sehingga kita tak tahu ke mana arah tuju kita.

Ambillah yang positif daripada penciptaan makhlukNya. Sentiasa mengingati Si Pencipta tak kira masa. Setiap detik dalam hidupnya, sentiasa mengingati Allah. Jadi, sewaktu terbang, ingatlah Allah. Sewaktu terbang renungilah kebesaranNya. Dan sewaktu terbang carilah Dia.

Jadi, simbolik nak hidup seperti burung boleh diguna pakai, tapi ambillah yang boleh dijadikan pegangan hidup kita. Agar kita tahu apa tujuannya kita hidup.

Dahulunya aku cuba berlayar,
Tapi kerap kalinya aku tersesat,
Dahulunya aku cuba mendayung,
Tapi kerap kalinya aku kebuntuan,
Dahulunya juga aku cuba berenang,
Tapi kerap kalinya aku kelemasan,
Akhirnya aku sedar,
Sesatku,
Buntuku,
Lemasku,
Semuanya mempunyai makna dan tujuan yang satu,
Agar aku memahami apa ertinya aku hidup,
Meskipun aku terpaksa harungi semua keperitan,
Dalam lautan hidupku ini...
~hasil nukilan nurafaz~

p/s: Adakah dia akan terus menghantuiku....hehehe

Saturday, November 29, 2008

Masa..

Sebut kaitannya tentang masa,saya mesti tertanya-tanya, camna ek nak gunakan masa tu dengan sebaiknya?

Pagi, saya pergi shopping, petang nantilah study. Alah, petang nanti kena hadirkan diri untuk jamuan pula. Malam lah study.. Aiseh! penat sih...esoklah study..

Tibanya esok...esok lagilah study...sampailah nak final..alamak, aku tak cover apa-apa pun..

^_^

Itulah ayat common yang selalu saya lemparkan dalam hati saya... Selalu saja ada dugaan bila nak study.. Belum dicampur, ditolak, ditambah dengan perjumpaan dengan kawan-kawan, aktiviti kelab...sibuknya!!!!

Saya terdetik mahu membaca artikel yang dipetik daripada iluvislam.com.
Satu artikel yang membuka mata saya...
Marilah kita baca sama... *_*

Usrah, Meeting, Program dan...?
www.iLuvislam.com
mudzakkir
editor : kasihsayang

Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."

"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design